8 Dis 2015

PAS Buat Laporan Polis, Mujahid Nafi Kaitkan PAS Dengan ISIS

PAS buat laporan polis terhadap Mujahid

PAS Pulau Pinang dan penyokong bukan Islamnya menuntut Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mujahid Yusuf Rawa menarik balik kenyataan yang didakwa mengaitkan mereka dengan pengganas Negara Islam (IS) dan Al-Maunah.

Ketua penerangan PAS negeri Iszuree Ibrahim kenyataan itu berniat jahat kerana PAS terlibat mempromosikan demokrasi dan keamanan sejak ditubuhkan pada tahun 60-an.


Beliau menegaskan parti itu menolak aktiviti sedemikian.

Malah, katanya, ketika serangan pengganas di Paris, presiden mereka Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri tampil ke kedutaan Perancis di ibu negara bagi menyatakan rasa simpati.

Iszuree berkata demikian selepas membuat laporan polis terhadap Mujahid.

Iszuree menyifatkan pemimpin AMANAH seperti Mujahid sudah muflis idea dan pilih mengkritik PAS kerana gagal mendapat sokongan awam.

Putar belit, kata Mujahid

Mujahid bagaimanapun menafikan mengeluarkan kenyataan sebegitu seperti disebarkan.

“Mereka putat belit kenyataan saya dan hasilnya saya terima banyak kritikan.

“Mereka patut berhenti putar belit dan baca kenyataan sebenar saya yang disiar dalam beberapa portal berita,” katanya.

Mujahid antara pemimpin kanan PAS yang keluar beramai-ramai daripada parti itu dengan menubuhkan AMANAH sebagai sebuah parti Islam baru.

Langkah itu diambil setelah mereka ditolak beramai-ramai oleh golongan proulama dalam pemilihan PAS Jun lalu.

AMANAH mengambil pendekatan bergabung bersama pembangkang lain manakala PAS pula memilih haluan baru dengan bersendirian. -mk

Saya sebut jalur pemikiran ekstrem, kata Mujahid nafi tuduh PAS jadi ISIS

Bekas ahli jawatankuasa PAS, Datuk Mujahid Yusof Rawa menafikan beliau menuduh parti itu mengamalkan ideologi ekstremisme ala Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).

Mujahid sebaliknya berkata, beliau menyebut secara umum tentang tindakan ekstrim yang berlaku sama ada di negara atau di luar negara akhir-akhir ini termasuk insiden pengeboman di Paris.

"Saya tidak menyebut pun dalam kenyataan rasmi apa-apa tentang PAS. Yang saya sebut ialah jalur pemikiran yang boleh dianggap ekstrem, membahayakan umat Islam khususnya yang dibawa penceramah agama.

"Tiba-tiba keluar dalam media sosial kata saya kata PAS ini ISIS," kata beliau ketika ditemui di Parlimen semalam.

Antara individu yang memberi respons kepada kenyataan Mujahid ialah setiausaha politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Beliau berkata, Mujahid menyebut PAS dan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertindak ekstrim apabila melabelkan pimpinan Parti Amanah Negara (Amanah) dengan nama yang menggambarkan budaya ISIS.

"Kelakar sungguh. Tindakan MP Parit Buntar yang melarikan kerusi yang ditandingi oleh beliau sebagai ahli PAS, watikah dari PAS, kerja penat ahli PAS dan rakyat di kawasan beliau yang tidak mengimpikan jawatan dan pangkat itulah sebenarnya satu tindakan ekstrem, ganas, pentingkan diri dan pelampau.

"Takkanlah tindakan khianat seperti itu hendak dipanggil dengan nama nama yang cantik comel," tulisnya di facebook.

Menurut Mujahid yang kini menyertai Amanah, beliau mengadakan sidang media pada Selasa lalu berhubung isu ini selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjawab soalan beliau mengenai tindakan kerajaan menangani budaya ekstremisme.

"Saya buat sidang media selepas soalan saya mengenai tindakan kerajaan menangani budaya ekstremisme dijawab dalam dewan. Dalam bajet 2016 pun saya sebut isu ini.

"Kebetulan ada beberapa insiden di Terengganu, ahli Amanah diugut dan dikasari. Jadi saya sebut secaa umum," kata beliau yang juga ahli Parlimen Parit Buntar.

Beliau juga menggesa semua pihak memberi tumpuan kepada isu ideologi ekstrimisme yang semakin menular, bukan menyerang peribadi.

"Saya takut isu sebenar yang memang bahaya kepada masyarakat tidak ditumpukan tapi isu picisan yang lebih menyerang peribadi," katanya.

Dalam sidang media Selasa lalu, Mujahid menggesa Jawatankuasa Mendepani Ideologi Ekstrimisme ditubuhkan di peringkat parlimen.
-malaysiadateline


ULASAN GB

Ada beberapa perkara yang menarik perhatian kita mengenai isu PAS dan ISIS ini.

Pertama, kenyataan Ust Mujahid sebenarnya telah diputarbelitkan. Beliau menyebut "jalur pemikiran ekstreme", bukan ISIS. Tetapi tafsirannya dilakukan oleh pemberita-pemberita portal yang mengaitkannya dengan ISIS - maka itu bukan kesalahan Mujahid.

PAS juga tidak akan dapat membuktikan kenyataan Mujahid yang mengaitkan PAS dengan ISIS.

Kedua, yang membuat laporan polis ialah Iszuree Ibrahim, seorang pemimpin PAS Pulau Pinang yang telah dipecat daripada semua jawatan yang disandangnya dalam Jawatankuasa Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sedikit masa lalu.

Siasat punya siasat, hukum kebenaran dan keadilan mendedahkan Iszuree mempunyai rekod disiplin yang kurang baik ... seseorang yang suka tidur dalam mesyuarat... inikah perwatakan seorang "pejuang hukum Islam"?


Jadi tidaklah hairan Iszuree membuat laporang polis berdasarkan hanya kepada maklumat yang tersiar di portal, bukan dari kenyataan asal Mujahid... tertidur agaknya...

Ketiga, kenyataan setpol Presiden PAS, Dr. Ahmad Samsuri yang mendapat jolokan sebagai Ketua Lajnah Penafian PAS Pusat...

Tindakan MP Parit Buntar yang melarikan kerusi yang ditandingi oleh beliau sebagai ahli PAS, watikah dari PAS, kerja penat ahli PAS dan rakyat di kawasan beliau yang tidak mengimpikan jawatan dan pangkat itulah sebenarnya satu tindakan ekstrem, ganas, pentingkan diri dan pelampau.

Tak sudah-sudah menuduh AMANAH melarikan kerusi PAS. Memang sakit hati PAS apabila kerusinya berkurangan... tetapi apa yang dilakukan oleh Mujahid dan beberapa orang MP dan ADUN yang lain yang menyertai AMANAH adalah betul, samada dari segi undang-undang atau pun moral.

Dari segi undang-undang tiada apa-apa kesalahan untuk mereka beralih kepada parti lain. Dari segi moral pula memang patut pun mereka kena ikut suara rakyat kerana mereka menang dulu kerana sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat, bukan kerana mereka calon PAS semata-mata. Berdasarkan kenyataan itu, sepatutnya wakil rakyat PAS yang perlu letak jawatan kerana mengkhianati rakyat.

Jadi ternyata kritikan Samsuri itu kesasar dan justeru itu kritikannya itu merupakan tindakan ekstreme, ganas, pentingkan diri dan pelampau .... kerana taksub kepada Presidennya.

Seterusnya persoalan jalur ekstrem... jalur kekerasan yang disebut oleh Mujahid.

Ia sesuatu yang terang dan nyata... semenjak dari muktamar yang ke 60 lagi... sudah wujud jalur ektreme di mana para pemuda PAS sudah mula melakukan ejekan dan boo-mengeboo di dalam muktamar PAS. Kemudian diikuti dengan beberapa siri keganasan dilakukan terhadap pemimpin-pemimpin progresif yang ada di dalam PAS termasuk insiden Safwan Anang yang diugut oleh beberapa orang ahli PAS. Himpunan demo depan pejabat PAS yang mencaci dan memaki golongan progresif dalam PAS. Beberapa minggu lalu, keluarga pemimpin AMANAH Marang iaitu Ust Miqdad Zakaria diganggu dan diugut....

Semuanya itu adalah jalur ekstrem yang berlaku di dalam PAS. Dan itu semua adalah "hasil tarbiyah" pimpinan PAS sendiri yang telah menghamburkan kata-kata cacian dan makian terhadap mereka yang tak sehaluan... dengan perkataan-perkataan seperti broker, barua, tolol, pengkhianat, anjing dan sebagainya.

Hukum kebenaran dna keadilan akan tetap berjalan.... yang bersalah tetap terhukum... tunggukan!

9 ulasan:

Unknown berkata...

Iszuree Ibrahim report dalam keadaan mamai. Jadilah..

tepuk amai-amai belalang kupu-kupu, tepuk biar lama, nanti Iszuree dapat upah susu.

Tanpa Nama berkata...

MP Amanah walaupun melarikan kerusi Pas seperti dianggap oleh segelintir pimpinan Pas adalah lebih baik dan bertanggungjawab drp beberapa MP Pas yang kaki ponteng dan mengambil sikap tidak mengundi dlm bberapa usul berkaitan kepentingan rakyat.

Baik lagi YB Mujahid drp Presiden Pas.

Tanpa Nama berkata...

Dulu kenanyang kot...sedap tidok..
Sekarang rasa lapar la tuu..

Gaya profesnal..
Otak tradisenal..

Malang nasib mu..

Tanpa Nama berkata...



Dalam politik yang selalu terkena nampaknya ialah PAS samada sengaja atau tidak secara sengaja.

Bukan sebab apa yang telah dikatakan oleh Mat Sabu atau apa yang dikatakan oleh Mujahid tetapi kerana rakyat boleh berfikir cara politik PAS sebelum cai dan selepas cai.

PAS banyak kali menuduh Mat Sabu berfahaman syiah tetapi tak melekat. Bukan itu sahaja tetapi dengan berbagai-bagai tuduhan lain. Sebab rakyat tidak percaya kerana rakyat tahu siapa Mat Sabu dan kenal pemimpin Amanah yang lain.

Tetapi apabila PAS di kaitkan dengan ala-ala IS terus melekat. Sehingga apabila di katakan khususnya "penceramah agama" yang membawa jalur pemikiran yang boleh dianggap ekstrem, membahayakan umat Islam terus kaitkan dengan PAS.

Adakah kerana penceramah agama hanya ramai dalam PAS maka PAS pun buat lapuran Polis?

Kalau larikan kerusi dianggap ekstrem, ganas, pentingkan diri dan pelampau, bagaimana pula tuduhan khianat tetapi patuh kepada amanah rakyat di hukum samada di hapuskan atau di pancung??

Selagi PAS tidak berubah dan bersikap begini selagi itu lah orang akan kaitkan cara PAS dengan ala-ala IS.

Tanpa Nama berkata...

Pembangkang sebenar dlm konteks politik Msia hari ini hanyalah DAP dan AMANAH. PKR tu memang le pembangkang. Kalau kita tengok PKR skrg, nafsu membangkang nya masih ada!! Suara2 bangkang terhadap kerajaan pun masih ada.

Tapi kenapa PKR tidak masuk kategori pbangkang hardcore mcm DAP dan AMANAH??? Sudah tentu le disebabkan tindakan flip flop kerajaan Selangor yg berMB kan TUAN AZMIN kite....!!

AZMIN ni kita paham delima dia. Singkir PAS salah. Tak singkir pun salah!! Kalau singkir PAS silap2 hari bulan AZMIN boleh tersingkir dpd kerusi MB...!! Mana boleh cengitu..!! Baru jek syok2 jd MB...hehe.

Kalau biarkan PAS masih begayut kt kerajaan Selangor...AMANAH nak taruk mana?? DAP dah desak2 dah ni...utk bentuk kerajaan PAKATAN HARAPAN brrsama AMANAH di Selangor!!

Pengundi PAKATAN RAKYAT dlm PRU13 dulu dah bising2 tak pueh hati...pasal apa PAS yg dimenangkan dulu atas tiket PR dibiarkan berkapuk kt kerajaan Selangor skrg?? Liat pulak tu nak lepas jawatan. Macam2 alasan direka!! Menarik tak menarik alasan tak penting. Yang penting kena ada alasan...!! haha

Jadi sekarang ni musuh no. wahid UMNOBN ialah DAP/AMANAH. Selain itu, PAS jugak tidak ketinggalan utk menombor wahidkan DAP/AMANAH sbg musuh. Maka PAS/UMNO berkongsi mata dan level dalam kesama rataan musuh mereka...!!

UMNO secara solo nak bergomol dgn DAP/AMANAH tak terlarat. Kudrat takde!! Dahlah dimaki hamun oleh 53% pengundi yg sah2 makin meningkat peratus memaki hamun umno setiap hari..!! Peningkatan peratus memaki hamun umno sekarang tidak dapat tidak dpd penyokong2 pemimpin UMNO sendiri..!!

Penyokong...TSMY..TUN MADEY..MUKHRIZ..SAFFAIE APDAL..kompom2 maki UMNO tiap hari...!!! Ini le yg mbawa pertambahan angka 53% kepada lebih kurang 73% skrg...!! haha

Manakala dlm keadaan semput dgn masalah dalaman berserta skandal2 yg membelit MENTERI UTAMA DS NAJIB...maka tiadalah larat sangat UMNO nak bergasak dgn DAP dan AMANAH secara lone ranger...!!

Lalu dibisikkan le oleh PEMBISIK YG DIKENALI ke telinga para pemimpin parti LONE RANGER YG TAK DIKENALI utk menghentam DAP dan AMANAH sepanjang masa!! Maka meroyan le partu lone ranger menyerang mbabi buta...!! Kena tak kena lain cerita...yg penting serang!!

Kesimpulannya..."Musuh kepada musuh adalah sahabat. Sahabat kepada musuh adalah musuh". Lalu PAS/UMNO berkongsi dan manfaatkan kata2 pujangga tersebut buat2 bekalan dalam saling sihat menasihati...!!

Kesimpulan last...haha. PKR tak kuat sebab telonya kena pegang dgn PAS.Manakala telo PAS dijerut oleh UMNO. Bukan itu saja. Telo UMNO turut digenggam oleh PAS. Jadi masing2 PAS/UMNO saling jerut menjerut telo sesama sendiri.

Tak sapa yg perasan antara PAS/UMNO...sapa yg paling senak perut kena picit kat TELO...!!??


kah kah kah

Anti Fitnah berkata...

Peribahasa Melayu ... Buka Pekung Di Dada.
Inilah ungkapan yang sesuai bagi PAS pada hari ini. Makin banyak kenyataan yang dikeluarkan dan makin banyak tindakan yang dilakukan oleh pemimpin PAS, makin kelihatan PAS ni makin tiada kewibawaan dalam mentadbir. Makin hari makin jelas akan sifat kemunafikan dalam diri mereka. Jelik dan amat membosankan. Tiada yang membina.
Sedarlah pemimpin BESAR PAS agar menasihati pemimpin bawahnya tidak mengeluarkan kenyataan yang bukan sahaja nampak BODOH tapi memang BODOH. Bapa borek Anak Rintik. Sebagaimana acuan begitulah hasil kuihnya.
PAS harus mula bercakap berdasarkan fakta. Tinggalkanlah buday menFITNAH terutama kita yang mengangkat sumpah sebagai seorang MUSLIM. Kita bukan Melayu tapi MUSLIM.

Dol berkata...

SUATU PAGI YANG HENING

Takuuuutttt ! Kenapa tuan haji?

Ada org tuduh PAS adalah IS

Betul ke tuan haji?

Kau tak baca ke apa Mat Sabu dan Mujahid cakap?

Apa nak takut tuan haji kalau itu tak betul?

Bahaya tau sebab umnu dan US sgt alergi dengan IS... sama mcm AlQaeda dan Taliban. Tak pasal2 nanti pemimpin dan ahli PAS ke dalam.

Ada org simpan wallpaper IS pun kena tangkap tau. Wallpaper pun mengancam keselamatan negara.

Laaaa... kan parti tuan haji parti islam berani berjihad. Apa nak takut.



KEROSAKAN SEL-SEL OTAK MEMBAWA MUDHARAT

Semakin hari sel2 otak pemimpin PAS semakin merosot. Bukan saja daya ingatan yg menyebabkan mereka asyik lupa apa yg mereka cakap semalam, malah daya memahami perkataan pun semakin merosot.

Adapun kesan2 fitnah dan kata2 maki hamun serta makan minum yg tak diredhai (walaupun konon nk keredhaan Allah) adalah penyebab kepada kemerosotan daya ingatan dan pemahaman terhadap sesuatu perkataan.


PAS ADALAH IS atau PAS BERFIKIRAN IS

Untuk menjadi IS dan disabitkan dengan IS lebih mudah difahami. Mereka perlu berbai’ah dengan pemimpin atau Abu Bakar Baghdadi. Dalam kes PAS mungkin dengan Abu Hadi Al Marangi. Dalam baiah itu mereka mesti sumpah setia dengan pemimpin dan jemaah. Akur perintah walaupun untuk membunuh, tidak perlu dipersoal arahan ketua. Sebab ketua lebih mengetahui dan diakui kebenarannya. Serupa maksum lagi tau. Tidak boleh tidak. Engkar bermakna mati.

Jika ini ada dilakukan PAS, maka mereka adalah IS. Soalannya adakah ini berlaku dalam PAS? Setakat yg kita tahu tidaklah ada lagi secara jelas. Maka mereka tidak wajar dikatakan IS.

Adapun yg dikatakan Mat Sabu dan Dr Mujahid adalah dalam PAS ada yg BERFIKIRAN EKSTREM dan dalam konteks masakini ianya bermaksud .. SEPERTI, SEOLAH2, ADA PERSAMAAN DENGAN PEMBAWAKAN DAN PEMIKIRAN kumpulan IS di Timur Tengah.

Walaupun mereka tak daftar sebagai ahli IS tapi perangai dan perbuatan mereka yg melampau terhasil daripada pemikiran ala IS.


POLIS AKAN TANGKAP ‘PEMIKIRAN’ IS

Jadinya jika cikgu sekolah tanya ;

Sama tak maksud PAS ADALAH IS dan PAS BERFIKIRAN EKSTREM MCM IS ?
Murid paling bodoh dalam kelas tu akan jawab .. TAK SAMA.

Malangnya ada seorg budak2 yg tak sekolah diluar kelas itu menjawab dalam hati .. SAMA TU.

Bila membesar aktiflah dia dlm politik menyertai sebuah parti isle. Dapat pula sedikit jawatan di Penang tapi diberhentikan kerana kesedapan tidor lebih dinikmati daripada tugas yang diberikan.

BANGUN SAJA DARI TIDOR MAKA KE BALAI POLISLAH DIA UNTUK BUAT REPOT DR MUJAHID TUDUH PAS ADALAH IS.

Dalam hatinya berkata2 ..... jika aku gagal dalam politik sekurang2nya AKU AKAN POPULAR SEPERTI AYAHANDA RANI KULOP... raja repot... idola aku.

Oh ye lupa... budak tu namanya Iszuree Al Sleepy


Tanpa Nama berkata...

Kaki tidur time kerja ni biasanya aktip betul waktu malam. Dia hidup dan segar sampai pukul 3 pagi. Cakap berdegar2 dan buat macam2 kerja merapu seperti kejar harta karun, cari barang mistik, jumpa tukang tarik, buat pelaburan merapu dan lain2 kerja gila.

Esoknya dia tertidurlah. Tidur kerana kelumpuhan mental dan fizikal yang memang minta berehat. Kalau paksa juga, alamatnya mati kena stroklah. Banyak dah kita tengok orang macam ni mati mengejut kena strok. Nasiblah. Muda2 lagi kau kena mengadap Allah Taala dalam keadaan kosong amal tapi banyak angan2 dan buat kerja tak de faedah.

Tanpa Nama berkata...



Menuduh pengkhianat dan di pancung@dihapuskan dengan Menuduh IS dan minta dibendung@di atasi di peringkat awal, yang mana kah yang berat tuduhan nya.

Kerana tak mampu mempertahan kan PAS yang dah terbukti dengan beberapa kenyataan ganas ala-ala IS buat lah lapuran polis.