22 Dis 2015

[VIDEO] Edisi Kantoi: Penafian Takiyuddin Ditolak...

TMI siarkan transkrip kenyataan SU Agung PAS, tolak dakwaan fitnah

Transkrip wawancara yang dikeluarkan oleh wartawan portal online The Malaysian Insider dan video yang disiarkan oleh Sinar Online jelas menunjukkan bahawa Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyudin Hassan berkata, PAS sedia untuk memaaf dan melupakan kesilapan Umno sebelum ini.



Dalam audio itu, wartawan bertanya, "Jadikan PAS bersedialah untuk forgive dan forgetlah," selepas Takiyudin menjelaskan kedudukan hubungan antara PAS dengan Umno sekarang ekoran pertemuan antara pemimpin kedua-dua parti.

Ketika menjawab soalan itu, Takiyudin berkata, "Itu antara ciri-ciri yang ada dalam perjuangan kita. Perkara ini bukan perkara baru."

Katanya, di dalam perjuangan PAS sendiri, ramai pemimpin parti-parti lain termasuk parti Umno sendiri yang masuk dalam PAS mereka ada kedudukan yang begitu baik dan diterima dengan hati terbuka oleh PAS.

"Itu di kalangan ahli. Sekarang ini datang parti pula kita akan apply perkara yang sama," kata Takiyudin.

Takiyudin dalam kenyataannya hari ini menafikan laporan TMI yang mengatakan PAS telah memaaf dan melupakan kesilapan Umno selama ini.

Berikut adalah transkrip temubual wartawan dengan Takiyudin yang diadakan selepas beliau menyertai majlis Perkasa semalam.

Pemberita: Salam perpaduan antara Umno dengan PAS, pemimpin PAS pun beri 1 reaksi positif?

Takiyuddin: Sebagaimana kita semua maklum ucapan diberikan presiden, cuma yang penting kepada kita, perpaduan yang diperjuangkan PAS selama ini adalah perpaduan dan “unity” berasaskan syariat.

Sebab itu sebagaimana kenyataan presiden PAS, sepanjang masa PAS berjuang atas dasar ini, sampai masanya ada pihak lain yang juga berjuang atau mengambil prinsip yang sama dengan PAS, maka PAS bersikap terbuka bersama-sama menjayakan agenda besar ini.

Atas kata kunci perpaduan atau perjuangan berasaskan syariat itu kita bersama-sama mana-mana pihak, sama ada orang Islam atau bukan Islam. Itu kenyataan presiden kita. Jelas.

Pemberita: So maknanya PAS bersedia “forgive and forget”?

Takiyuddin: Itu antara ciri yang ada dalam perjuangan kita.

Perkara ini bukan perkara baharu. Di dalam perjuangan PAS sendiri. Ramai pemimpin parti lain. Parti Umno sendiri.

Yang masuk dalam PAS mereka ada kedudukan yang begitu baik. Diterima dengan hati terbuka PAS. Itu di kalangan ahli. Sekarang ini datang parti pula kita akan “apply” perkara yang sama.


Pemberita: Apakah selepas ini PAS dan Umno akan lebih kerap bertemu dalam majlis lain?

Takiyuddin: Itu bergantung perancangan kedua-dua pihak. Kita sekarang dalam proses untuk kita berikan penjelasan yang menyeluruh kepada ahli kita tentang hasrat dan perkara ini.

Pemberita: Penerimaan ahli bagaimana?

Takiyuddin: Penerimaan saudara boleh melihat sekarang ini. Perkara yang baru memang ada tahap masing-masing.

Tapi pokoknya dalam kepimpinan PAS, apa yang dibawa presiden PAS ini adalah satu yang bersikap kolektif atas nama parti. Itu adalah “collective decision” daripada parti.-malaysiadateline


ULASAN GB

Video ada. Transkrip pun ada. Macamana nak nafikan lagi?

Apakah kerana sudah diasak oleh pimpinan dan ahli PAS maka Takiyuddin menuduh ia sebagai satu ftnah walhal bukti-bukti yang ada jelas menunjukkan Takiyuddin mengiyakan kenyataan "forgiive and forget" berkenaan?

PAS sebelum ini sentiasa dilihat melakukan "u-turn". Jika Presiden yang bercakap, maka akan ada seperti satu Lajnah Penafian yang diketuai oleh setpolnya menafikan kenyataan itu dibuat oleh Hj Hadi.

Dan kemudian "anjing-anjing kurap" PAS (meminjam istilah yang digunakan oleh Pengarah Unit Amal Nazree Mohd Aris apabila Unit Amal dihalau keluar dari pusat pemindahan banjir di Klang) bertempik menyalahkan pihak lain kononnya berita itu diputarbelitkan.

Demikian hukum kebenaran dan keadilan berjalan..... si munafik akan terus mendedahkan wajahnya...

30 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tiada lagi tempat di bumi kelantan yang sanggup menerima Taqiyuddin sebagai wakil rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Inilah parti beragama? Agama apa? Hebat betul?

basri bin omar berkata...

Xdak brcakap..
BENAR..
Maaf

Unknown berkata...

Salam:

Beginilah parti,yg selalu mengatakan membawa dasar islam,tetapi memandang rendah tentang DISIPLIN ,umpamanya tentang disiplin kerja,desiplin bercakap,desiplin berkawan,desiplin berjanji,semuaanya dianggap tak penting,disebabkan sikap "EGO",dgn kepandaian ilmu agama,mengangap orang lain semuanya bodoh dan boleh dicucuk hidung .Selalu mereka kata orang lain tak boleh jadi ketua,mereka sahajalah yg boleh lead dan pembuat dasar.

Bila terperangkap dgn kata-kata dan perbuatan sendiri,mulalah u-turn yg menjadi mangsanya ialah orang lain dan islam sebagai cover up.

Apa dah jadi kata2 TITM?,Apa dah jadi dgn tentangan Iskandar?Bila ditegur tuang president semuanya "MENIKUS".Islamlah menjadi mangsa lagi.

Mungkin ada hikmahnya,Allah jadikan semuanya ini,sedikit demi sedikit orang2 ramai akan mengetahuinya.Sebelom ini orang ramai manyangkakan pergolakkan PAS,adalah angkara dari G18.

wALLAH'UALAM.

Tanpa Nama berkata...

Aku musykil la.
Kalu besok lusa umno masih jugak tolak hudud, adakah takiyudin masih mahu forgive & forget?

Tanpa Nama berkata...

Sorry la en takiyudin, saya ni pickup memang lambat sikit....Nak tanya, apa yg Husam cakap tentang UG tu fitnah ker bukan? Keh3

Unknown berkata...

Wan Rosli.....??????

mohd shahran berkata...

tak perlu heran. selepas TGNA tak ada pembohong, pemfitnah adalah lidah rasmi pas. ulamak dah boleh buat sesuka hati. hadi dah pegang kunci pintu ...

Tanpa Nama berkata...

Sebelum ini nama Takiyuddin tidak di kenali langsung. Jangankan semangkuk darah perjuangan yang mengalir, setitik pun tidak. Berapa ratus ribu tuntutan mahkamah yang berjaya di perolehi oleh Takiyuddin untuk dibandingkan dengan Husam dan Mat Sabu ?.

Jika di halusi kesedian Takiyuddin memaafkan dan melupakan kezaliman dan pengainayaan UMNO lebih memberi maksud PAS telah berputus asa melawan UMNO.

Orang putih cakap 'if you cannot beat them, you join them ! '.

Dah bagi maaf kemudian menafikan pulak. Macamana tu? Sah PAS bukan sahaja buruk siku tapi buruk kepala lutut.

Tetapi untuk memulakan sesuatu hubungan baik yang selama ini di anggap musuh, pihak yang menjadi mangsa kezaliman mesti lah bersedia memaaf dan melupakan. Jika tidak, hubungan antara PAS dan UMNO adalah satu hubungan yang pura-pura untuk menipu ahli-ahli PAS.


Tanpa Nama berkata...

Ini kes cakap dulu kemudian baru gunakan akal. Bila akal sudah menghakimi yang dicakap itu adalah kesilapan besar, penuh kontroversi, bersifat loklak, maka kenyataan penafian pasti muncul. Selalu kita dengar penafian oleh orang politik kunun pemberita salah lapor, pemberita salah tafsir bla bla bla! Takkan tak tau mana2 portal2 media arus perdana atau alternatif ni sudah lama ambil langkah merakam kenyataan2 atau jawapan2 oleh mereka yg dilontarkan soalan2 atau permintaan penjelasan sesuatu isu atau peristiwa.

Tanpa Nama berkata...

yang aku musykil sangat ni..
presiden pas kata .. pas tgak mau ambil alih putrajaya.. pas hanya nak jadi penasihat jer...
mmmm... kalau nak jadi penasihat takyah susah payah nak bertanding pru atau prk ....
buang duit dan tenaga jer lah..

tokjanggut berkata...

aku setuju, mari kita mulakan kempen sekarang.

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin yang mudah lupa pada prinsip dan sejarah. Mengejar cita cita yang tiada penghujung bila meragui ilmu diguna pakai pada tempat yang tidak betul.

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin yang mudah lupa pada prinsip dan sejarah. Mengejar cita cita yang tiada penghujung bila meragui ilmu diguna pakai pada tempat yang tidak betul.

Tanpa Nama berkata...

Aku rasa Wan Rosli dah masuk ICU sebab terkejut dengan ungkapan cinta memual dan meloyakan antara ketua kabilah songkok dengan ketua kabilah lebai dan sebaliknya.

Tanpa Nama berkata...

SALAM SEMUA,
NAMPAKNYA SUDAH TIADA LAGI PEMIMPIN YG BERKALIBER/BERBAKAT KEPIMPINAN
DALAM PARTI MELAYU;
MUSTAPA ALI,
HASSAN ALI,
IBRAHIM ALI,
AZMIN ALI,
TAKIYUDIN....

KALAU SETAKAT AHLI MASUK PARTI LAIN TAK PERLU DI PERSOAL SBB MEREKA
BUKAN PERANCANG SESUATU PROJEK.

TAPI KALU KETUA PARTI,. KITA KENA KAJI DULU KALAU KITA NAK JAGA PARTI KITA YG BERKUALITI...KECUALI PARTI KITA PUN CAP AYAM JUGAK.BUKAN CAP
ISLAM.

KALU TIDAK ORANG AKAN KATA..
MUDAHNYA PEMIMPIN KITA NIH.


SEMALAM KAWAN DENGAN DIA NI, HUKUMNYA HARAM.
HARI NI, PULAK HALAL,
ESOK PULAK HARAM BALIK,

MACAM MANA KITA ORANG KAMPUNG NI NAK IKUT.

KALU PEMIMPIN ATASAN TU.

SAMUN SANA SINI...MINTA MAAF...INSAF DIRI...BERESS.
BOLEH KAWAN,,TAK PERLU DAKWA DAKWA..
SENGEK BETUL KETUA PAS HARI NI..
TAK FAHAM AKU.

nick berkata...

Inilah dia contoh nyata pepatah melayu "Tok guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari"! Masih adakah diantara kita yang meragui apa yang dilaporkan oleh akhbar2 ini? Bukankah sudah berkali2 pimpinan2 PAS ni "bercakap dulu, fikir kemudian" (sebab otak letak kat siku dan lutut) dan apabila kebodohan mereka itu telah menjadi kutukan rakyat, mereka akan membuat tuduhan bahawa kata2 mereka sudah diputar belit atau mereka difitnah. Inilah dia muka sebenar puak2 yang sekarang menerajui PAS, saling tak tumpah macam muka pemimpin2 UMNO. But then again, kalau tak sehati sejiwa dah tentu tak akan nak bekerjasama, kan?

Nick.
Cape Tiger.

Abdul Said berkata...

Kalau ikut pendekatan Hadi negara ini akan hancur. Tak ada prinsip. Bertindak ikut serban sendiri. Yang ada disekeliling pun sama. Sama-sama mereng. "Kita kena terima mereka sebab mereka perjuangkan perkara yang sama. Kita maafkan mereka." Kalau polis macam ini habislah Malaysia. Ohh kita kena maafkan diorang. Satu uniform. Kena maafkan walaupun merompak. Pejabat tanah pulak akan cakap ooh kita kena maafkan sebab mereka memperjuangkan perkara yang sama. Tak apa mereka tak bayar cukai. Tak apa mereka salah guna tanah. Kewujudan kedua-dua parti Bani Melayu ini menunjukkan bertapa rendahnya taraf pemikiran bangsa ini walau pun kononnya sudah merdeka lebih setengah abad. Pemikiran tetap bertaraf feudal dan primitif. Pemimpin-pemimpin Melayu janganlah perasan sangat yang mereka setaraf dengan pemimpin Jepun, Korea, Taiwan, Singapura dan Iran. Mereka hanya boleh berganding bahu dengan Mugabe, Said Berre, dan dulu dengan Gadaffi dan Muhammad Taraki atau pun Babrak Kamal!!

Tanpa Nama berkata...


Takiyuddin menyamakan ahli UMNO yang masuk parti PAS.

Bagi Takiyuddin, sebagai parti agama, PAS bersedia memaafkan mereka. Sepertimana PAS memaafkan kalangan ahli UMNO yang masuk parti PAS, begitulah PAS akan buat mengikut cara yang sama iaitu memaafkan UMNO.

Adakah PAS akan terus memaafkan Najib sekiranya hari ini Najib masuk parti PAS?

Belum lagi kedengaran ada pemimpin UMNO yang berani cakap 'kita sama-sama lupakan persilihan yang lepas dan saling bermaaf-maafan.' Yang ada 'tali-tali Allah', 'demi Islam' dan 'untuk penyatuan orang melayu'.

Tiba-tiba ... Takiyuddin memberi kemaafan dan sanggup melupakan kezaliman yang di lakukan oleh UMNO ke atas ahli-ahli PAS.

UMNO tidak masuk PAS. Berbeza dengan ahli UMNO yang masuk PAS. jika UMNO masuk PAS, memang patut UMNO di maafkan.

Macamana kalau wartawan tanya soalan yang sama sekali lagi. Apa pulak kata Takiyuddin ? Tidak maaf pun susah jugak.

Ini bererti UMNO tidak berubah. UMNO berlagak sebagai penjajah. UMNO masih lagi dengan kesamsengan nya yang sengaja mencetuskan isu supaya UMNO terus berkuasa.

UMNO perlu membuat ahli PAS suka pada UMNO terlebih dahulu. Sekiranya UMNO berubah dan dapat meyakinkan pemimpinnya menyesal dengan perbuatan mereka yang lampau,
tidak ada sesiapa yang akan mempersoalkan kesedian Takiyuddin memaafkan UMNO. Itu pun akan memakan masa bertahun kerana tindakan Najib dengan rekod nya yang luar biasa amat mencurigakan semua pihak.

Tanpa Nama berkata...

Oleh kerana Allahyarham DTGNA telah tiada maka unjuran untuk berbaik2 dgn disebelah sinuun makin menjadi2 mulut aje kata disebaleknya tetapi hakikat sebenarnya semangat nasinalisma pun ada pada pemimpin2 atas ...apa pun konsep perjuangan dah lari dari tekad awal penubuhan parti pada tahun 1951.....entah la

Dol berkata...

ni taki ckp bagi pihak sapa?

klu bg pihak PAS, sudahkah ahl2 PAS diminta pandangan mereka?

senang2 je nk wakilkan parti seluruhnya.

masalah akar umbi pas dgn umno dh selesai ke belum?

masalah seperti tuntutan Memali dll mcmana?

maaf boleh maaf.. tp bukan ckp kosong aje.

hutang perlu dibayar dulu
kezaliman perlu dipulihkan dulu
segala yg disabotaj perlu diadili dulu
segala rompakan mesti dipulangkan semua dulu

mana boleh maafkan begitu saja.
buka soal dendam tp nak maaf mesti ada kaedah juga

jgn kerana kepentingan hadi sorang yg memperalatkan
PAS seluruhnya maka taki berckp bg pihak beliau.

hj hadi memang tkkena apa2 dpd umnu. sekali aje hj hadi kena
sembur sikit gas masa bersih dulu. memang tkde apa sgt
kerugian.


semakin jelas PAS adalah parti hj hadi dan pasug.

ahli2 dn penyokong hanyalah balaci yg wala semata2 tanpa
byk soal. sebab telah didoktrinkan ulamak adalah mengetahui
segala2nya.

kata ulamak adalah petunjuk Tuhan. ulamak PAS dan mcm ayatolat syiah
yg maksum.

ahli2 pas teruskan kerja mengusung tin milo. teruskan takbir bila dijerit takbiiir. teruskan cium tgn ulamak yg sudah berpeluk dgn perkasa.

dan yg paling penting...

JGN ADA LAGI AHLI DAN PENYOKONG PAS YG MENGUTUK UMNU WALAU SEJAHAT MANAPUN UMNU MEROMPAK DAN MENZALIMI !

AHLI DAN PENYOKONG PAS TIDAK LAYAK LAGI UTK MENGKRITIK NAJIB APATAH LAGI MENGKRITIK ROSMAH DAN 1MDB. HARAM HUKUMNYA.

AHLI PAS DAN PENYOKONG WAJIB MEMERANGI AMANAH DAN DAP.. BERGABUNG DGN PERKASA JIKA PERLUKAN KERJA2 SAMSENG UTK TUJUAN ITU. HALAL DAN WAJIB SEMUA ITU.

DAP adalah musuh islam. Amanah adalah pengkhianat Islam

umnu mca dan mic dan bn semua adalah muaalaf yg perlu disantuni.

rosmah adalah isteri khalifah negara islam yg mesti dihormati. jgn sesekali ditegur apa pun dia nk buat kerana menegur itu sama dgn menjadi alat musuh islam. membiarkan itulah yg aula.




Dynamic Hijrah berkata...

SU Agong PAS tk fhm B.Inggeris tp dia ni lawyer. Ni dunia IT tuan SU Agong, tk pyh dok bohong la mcm Pres juga bohong. Transkrip dan video ada utk dunia crosscheck. Jgn la kerana dh mesra dan berbaik dgn UMNO dok ikut bohong mcm Pres. UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Hahaha!

Jangan Takiyuddin kata setiap tahun Najib dan bagi pihak Isteri nya memohon ampun dan maaf, zahir dan batin, sudah lah...

Ia itu ucapan Najib sempena menyambut Hari Raya Puasa.


Sekarang meh kita lupakan cerita maafkan UMNO. Yang nak kita ceritakan berani sungguh Takiyuddin menafikan yang dia telah memaafkan UMNO. Cepat betul Takiyuddin dapat ilmu dari UMNO.

Dalam masa yang tak lama, Tuan Ibrahim pun meletakkan 6 perkara supaya UMNO menunjukkan kesungguhan nya untuk mendaulatkan agama. Kira macam taqlik jatuh cerai lah jugak.

Dah naik atas pentas, dah bersanding, dah dua tiga kali melalui 'malam pertama' , baru nak bacakan taqlik cerai.

Masa pembentangan bajet macam semua ok je..

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Tanpa merujuk kepada politik Islam, politik sekular itu merujuk kepada permainan yang kotor. Politik itu adalah "matlamat menghalalkan cara" yang bersesuaian dengan Teori Machevalli. Politik juga menjanjikan serba kemungkinan. Barisan pimpinan Pas tidak lagi mengamalkan politik Islam. Cakap mereka berdolak-dalik dan sering membuat pusingan U. Pas bukan lagi parti dakwah sebaliknya ia telah bertukar kepada parti takfiri. Tidak hairanlah pimpinan Pas membuat kenyataan pada hari semalam dan menafikannya pada hari ini, dan mengiakannya pula pada keesokan harinya. Jawatan Setiausaha Politik Presiden Pas dan Setiausaha Agung Pas adalah dua jawatan yang berfungsi sebagai lujnah / agen penafian parti. Pas sudah dilihat sebagai parti yang tidak ada pendirian. Pas seakan-akan tidak ada tulang belakang, sama seperti haiwan invertebrata. Parti yang seperti invertebrata ibarat kapal tanpa nakhoda yang akan hanyut dibawa arus.

Tanpa Nama berkata...

SU agung pas play save, mula dgn pemberita mcm senada dgn presiden, lepas tu nafi apa yg wartawan tulis, hr ni sorang naib presiden pas kata 180 darjah terbalik.

mana 1 yg betui?

apa2 pun lantak lah, amanah terus mencipta kekuatan. mlm tadi teler road show sampai di jitra.
-----------------
dlm tenet ada blog suka buat propaganda hentam amanah, dengki betul omakkau dekat amanah, siri jelajah amanah dipapar gambar konon org x ramai. tapi mlm tadi d jitra kira org ramai, meriah, jgn dok pecaya pd omakkau, aku berada di tempat tu, kutipan RM1K lebih, serahan borang keahlian 527, tak ok lagi ka? hang nak banding dgn parti mana, amanah baru 3 bulan tubuh.
------------------

aku dok sebelah anak seorang pemimpin di satu tempat yg amat sinonim dgn pas, karat ijau di kbg pasu ni, tapi mereka dah masuk amanah, tanya ramai lagi kah yg belah sini, dia kata ada ramai yg harummanis.

mcm di pokok sena ustaz ridwan bgtau, byk harumnais nak gugur sedikit masa lagi.

Anti Fitnah berkata...

Semakin hari semakin kelihatan seperti ada satu tindakan dan tata laku yang sengaja dibuat oleh pemimpin PAS agar PAS dibenci, dikeji, dikecam, dimaki ... dipinggirkan. Seolah-olah pemimpin PAS yang dok ada la ni sengaja mem"BURUK"kan PAS dengan tindak tanduk dan ucapan depa. Pemimpin PAS sengaja membuat kenyataan yang "buat tak serupa bikin" agar boleh dimarahi, dikecami, ... Entahlah apa nak jadi dengan PAS ni. Kalau silap sekali, ok le. Ini berkali-kali. Mukminkah pemimpin PAS yang dok ada la ni? Saya bukan menghukum tapi bertanya. Lagipun saya bukan Tuhan yang boleh menghukum. Saya hanya manusia biasa yang ingin bertanya.

Tanpa Nama berkata...

Pas sekarang ibarat gergaji bermata dua; sorong makan, tarik pun makan. Kenyataan President Dan konco-konconya bagi menarik sokongan puak Najib dan kenyataan TITM serta konco-konconya pula untuk menarik sokongan puak Muhyidin serta sebahagian besar hasrat rakyat dan pengundi. Jadi pas mengambil kesempatan di atas perpecahan dalam umno. Inilah sikap pemimpin pas sekarang Dan siapakh yang menggadaikan prinsip?

Tanpa Nama berkata...

http://alhusseyn51.blogspot.my/2015/06/tahniah-kepada-setiuasaha-agong-pas.html

sekadar peringatan... takot2 lopa...

Tanpa Nama berkata...

Tak peliklah kalau Takkiyudin..org yg sanggup cium tgn MB Perak...

Tanpa Nama berkata...

Katanya, "di dalam perjuangan PAS sendiri, ramai pemimpin parti-parti lain termasuk parti Umno sendiri yang masuk dalam PAS mereka ada kedudukan yang begitu baik dan diterima dengan hati terbuka oleh PAS"..ini membuktikan pemimpin2 pas yg sediada tiada kualiti dan bodoh2 belaka termasuk hadi, amar dan nik bodoh serta nasiruddin taktahwan.