16 Dis 2015

MCA Juga Tentang Hudud, Kenapa PAS Diam?

MCA tolak PAS bawa hudud

Ketika Umno menghulurkan tangan perdamaian kepada PAS, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata parti itu tidak akan campur tangan dalam hal berkenaan.

Bagaimanapun, jika Umno berhasrat membawa PAS masuk menyertai BN, MCA berpendapat ia mesti dibawa ke Majlis Tertinggi BN untuk dibincangkan.

Jika PAS tetap dengan pendiriannya untuk memperjuangkan hudud pula, kata Liow, MCA akan menentang kemasukan berkenaan.




"MCA tidak mempersoalkan atau campur tangan dalam hal dianggap isu dalaman Umno, tetapi jika mereka (Umno) mahu membawa PAS menyertai BN, kami pasti akan menentang kecuali PAS mengetepikan hudud," katanya kepada media di Subang hari ini.

Liow menjawab soalan media yang bertanya sama ada hubungan mesra Umno - PAS akan merugikan MCA dan menguntungkan DAP. -mk


Chua: Kerjasama Umno-PAS jejas parti komponen bukan Islam BN

Kerjasama Umno-PAS akan memberi masalah kepada parti-parti komponen bukan Islam dalam BN, dan berpotensi meminggirkan mereka dari arus politik perdana, kata bekas presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Berdasarkan keputusan pilihan raya umum pada 2013, kata Chua, Umno dan PAS secara bersama mempunyai 109 daripada 222 kerusi Parlimen di Malaysia, dan juga 326 daripada 505 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Katanya, jika dua parti itu bekerjasama, ia pastinya akan menyebabkan perubahan yang menarik dalam masyarakat dan persekitaran politik, dengan perubahan dan konflik dalam setiap bidang.

Dalam senario ini, tegas Chua, parti-parti komponen bukan Islam dalam BN, termasuk MCA dan Gerakan, akan berdepan dengan cabaran yang serius.

Jika Umno dan PAS berjaya bekerjasama, katanya, ini bermakna pemimpin Islam akan menguasai kuasa politik, terutamanya di negeri-negeri di Malaysia Barat dan kerajaan persekutuan.

Bagi parti-parti komponen bukan Islam dalam BN, mereka hanya akan tinggal di pinggir arus politik perdana, kata Chua dalam blognya semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas ucapan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Disember lalu, di mana perdana menteri juga menawarkan untuk memupuk hubungan yang lebih rapat dengan PAS.

PAS telah melarang ahli-ahlinya daripada mengulas mengenai tawaran Najib itu. Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz menyambut baik tawaran Najib, tetapi menegaskan bahawa PAS akan kekal sebagai parti pembangkang di peringkat persekutuan.

'Baik untuk DAP'

Sementara itu, Chua berkata, senario politik semasa memihak kepada DAP, terutamanya selepas parti itu memutuskan hubungan dengan PAS.

Beliau berkata, DAP kini mempunyai peluang dan alasan yang baik untuk menyerang MCA dan parti-parti komponen bukan Islam dalam BN yang lain.

"DAP kini boleh mencabar MCA dan parti-parti komponen BN yang lain untuk menentang undang-undang jenayah syariah, malah mencabar mereka untuk memutuskan hubungan dengan Umno," katanya.

PAS telah memperbaharui usahanya ke arah pelaksanaan hudud, di Kelantan. Ini membawa kepada perbalahan antara DAP dan PAS, dan akhirnya pembubaran Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, Chua meragui bahawa Umno akan pergi sejauh sehingga membolehkan hudud dilaksanakan di peringkat persekutuan, kerana ia sedar bahawa ini akan memberi kesan yang serius terhadap masyarakat Malaysia.

Selain itu, katanya, akan ada tindak balas yang kuat dari Sabah dan Sarawak terhadap hudud, maka adalah mustahil bagi kerajaan persekutuan untuk melaksanakan hudud.

Umno dan BN, kata Chua, tidak boleh mengabaikan potensi tindak balas dari Sabah dan Sarawak itu.

Menurutnya, perdana menteri sedang bekerja keras melaksanakan Program Transformasi Ekonomi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi.

Oleh itu, katanya, Najib tidak akan mengorbankan matlamat tersebut, dan tidak akan membenarkan mana-mana tindakan politik menjejaskannya.

Perdana menteri, tambahnya, mahu menjadikan matlamat menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi sebagai 'legasi politik' beliau untuk rakyat Malaysia, supaya mereka selama-lamanya akan ingat sumbangan beliau kepada negara.
-mk


ULASAN GB

Selepas GERAKAN, kini giliran MCA pula tolak hudud. Mengapa PAS berdiam diri Mengapa PAS hanya bising tatkala DAP yang menyuarakan tentangannya terhadap hudud Malah dikafirharbikan DAP tetapi lansung tak berkata apa mengenai MCA dan Gerakan...

Bercelaru sudah PAS kini. Itulah akibat dari perjuangan yang tidak bersandarkan ilmu dan strategi tetapi hanya berdasarkan nafsu dan emosi.

Perjuangan Islam termasuk hudud tidak boleh bersandarkan nafsu dan emosi. Ia akan menghadapi kegagalan. Ilmu dan strategi amat diperlukan dan inilah yang membeakan perjuangan yang professional dengan perjuangan yang membabi buta.

Bukankah Allah telah berfirman di dalam Surah Ar-Rahman, ayat 33:

“Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan).”

Huraiannya: kamu tidak dapat perjuangkan apa pun hatta hukum Allah sekalipun TANPA ada kukuatan, kuasaaan dan ilmu pengetahuan. Sebarang perjuangan sekalipun namanya Islam, namanya untuk menegakkan syariat Allah tanpa memiliki kekuatan, kekuasaan dan ilmu pengatahuan hanyalah perjuangan yang mengikut hawa nafsu dan akan hanya menemui kegagalan, kekalahan dan kehinaan.

"Fatwa" Ketua Ulamak Sedunia, Sheikh Yusof Al-Qardhawi sebelum ini yang menyatan "tegakkan kehidupan Islam dahulu, bukan hudud" adalah betul. Tetapi malangnya, PAS mengabaikannya.


Jikalah didengar pendapat dan nasihat Sheikh Yusuf Al-Qardhawi seperti di atas, maka tidak timbul pergolakan mengenai isu hudud. GB juga sudah ulas di dalam entri tersebut. Petikan:

Itu sebab mengapa kita perlu prioritaskan perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan disamping menghapuskan kezaliman melalui Pakatan Rakyat terlebih dahulu sebelum kita dapat melaksanakan hudud.

Dan sebab itu juga penting kita menguasa Putrajaya terlebih dahulu. Semua ajensi kerajaan sudah dapat dita kawal...sistem pendidikan pun kita kawal dan subjek hudud boleh diperkenalkan dan ditekankan di peringkat sekolah. Media main peranan untuk menerangkan hudud dan kebaikan-kebaikannya. Sedikit demi sedikit nanti rakyat akan faham mengapa hudud itu wajib dilaksanakan. Bila kita dah ada kuasa..tekanan dan halangan dari mana-mana pihak terutama dari bukan Islam hatta DAP sekalipun dapat kita kurangkan bila kita berjaya meyakinkan mereka Islam itu adil kepada semua.

Apa yang berlaku kini adalah disebaliknya. Timbul suara-suara pimpinan tertinggi PAS kata, hudud lebih penting dari Putrajaya, hudud lebih penting dari pakatan Rakyat dan seumpamanya macamlah UMNO 100% akan sokong hudud yang nak dibentangkan di Parlimen nanti...

Mereka yang hendak melaksanakan hudud sebelum rakyat dibangunkan dengan ciri kehidupan Islam adalah umpama orang yang turun berlari dari Bukit Uhud untuk merebut ghanimah, sedangkan Islam belum betul-betul menang lagi. Akhirnya, musuh mengambil peluang merebut Bukit Uhud dan kemudian menghancurkan umat Islam yang berebut ghanimah itu. Bezanya ialah kalau di dalam Perang Uhud Rasulullah saw sendiri memerintah jangan turun dulu untuk merebut ghanimah, tetapi di dalam isu sekarang, pemimpin tertinggi PAS sendiri yang menyuruh turun rebut ghanimah!

Bangunkan dahulu kehidupan Islam. Itu penegasan Al-Qardhawi. Apakah Kelantan sudah beres membantu dan mebangunkan penduduk yang telah terlibat dengan banjir baru-baru ini contohnya? Kajian Merdeka Center sebelum ini adalah betul.

... Dalam tinjauan yang dilakukan terhadap 1008 pengundi, 84% daripadanya bersetuju usaha pemulihan pasca banjir diutamakan Kelantan pimpinan PAS ( daripada mengutamakan hal hudud) dan pandangan sama turut disuarakan sejumlah majoriti besar (81%) pengundi Melayu-Islam seluruh Semenanjung Malaysia.

Begitu juga persoalan good governance di dalam pentadbiran kerajaan Kelantan. Ia perlu dipertingkatkan. Masalah hutang kerajaan Kelatan kepada YIK dan isu pembalakan cukup mencemarkan imej Islam.

Berdasarkan laporan ini:

Kerajaan Kelantan mengakui tidak membayar potongan gaji dan caruman guru Yayasan Islam Kelantan (YIK) membabitkan tunggakan berjumlah RM14.6 juta. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata tunggakan tersebut berlaku sejak 2001 kerana beberapa faktor namun semakin meningkat bermula tahun lepas.

Beliau berkata potongan gaji dan caruman itu sepatutnya dihantar ke beberapa agensi seperti Biro Angkasa, Bank Islam, Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Koperasi Majlis Agama Islam Kelantan (Maik). "Tunggakan sehingga September tahun ini sahaja adalah sebanyak RM14.6 juta kerana YIK perlu menyusun kembali bayaran selepas berlakunya pelarasan gaji di bawah Skim Saraan Malaysia (SSM) yang bermula pada tahun lepas," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Baru...

21 ulasan:

Unknown berkata...

Salam:

DSAI sudah memulakanya pada 1981,tapi respond Hadi dengan Amanatnya 1981nya.Apa kesudahan DSAI beliau dibuat lauk-oleh penganut-penganut BN.ALLAH Sebnarnya dah tunjukkan jalan pada PAS,Tetapi manusia mempunyai sifat Hasad yg tidak berkesudahan,itulah kelemahan manusia.Alasan yg sama akan diberikan bekerjasama/berdakwah dari dalam.

Tanah Padang yg disediakan oleh umno sudah menjadi hutan belantara,sejak tun razak,hussen onn mahathir memerintah,sifat-sifat haiwan subur didalam umno.siapa kata umno jaga melayu??, pembunuhan antara melayu dgn melayu berlaku,contohnya Dato' Mohkthar Hasim menembak dato' taha di Gemencih pasal perebutan kawasan,en.Jalil executive Bankbumi di tembak di hongkong oleh penembak upahan umno kerena issue BMF,Dato' yahya disabotage helicopter meletop,Mona feddy kerat 18 dato'Mazlan kerana kerana inginkan kuasa bomoh nak jatuhkan lawan. Dato' musa hitam di kambing hitamkan dlm pembunuhan beramai orng2 melayu "MEMALI".dASAR EKONOMI MELAYU diperkenalkan oleh bapa najib pada 1970 30% penyertaan bumi LINGKUP,Bank bumi lingkup,bumiputra commerce LINGKUP,Maminco lingkup,Bailout 2billion MIsc mirza.Felda/felcra saham menjunam LINGKUP,uda/mara mati segan hidup tak mahu.ACTIVITY Islam, tabung haji/duit zakat/baitulmal/duit anak yatim/ semuanya nyawa-nyawa ikan.Barang-barang harian rakyat MECANAK naik macam roket/tol /minyak naik sesuka hati.Anak luar nikah/murtad usah ceritalah/buang bayi.oRANG ASING berkeliaran di malaysia,seakan malaysia ni macam di jogjakarta,atau di rangoon,atau di utapradesh,atau di hatyai,atau mongolia.RASUAH jgn cerita semua orang tahu.

BERMAKNA MAHATHIR sebelom tInggalkan umno,telah memelihara hutan rimba yg cukup BESAR luasnya, seprti JURASSIC PARK,selain-dari binatang2 buas yg biasa, Mahathir dah lahirkan UMnoSSIC PARK,iaitu dinosour-dinosour yg banyak disamping GODZILLA yg suka memijak/dan memakan mahkluk-mahlkuk yg jadi makananya.TAK HAIRANLAH,PENINGGALANYA LAHIR generasi LAGI PARAH,PEMBUNUHAN ALTANTUYA yg KEJAM,RASUAH BERJUTA2 (SCORPION)/dan Berbillion derma.Rakyat bertambah sengsara dgn GST..PEMBOROSAN ISTERI PM yg tiada HAD.

BOLEHKAN PAS BEKERJASAMA/DAKWAH DARI DALAM???NAK MEMBERSIHKAN HUTAN BELANTARA YG MENTERNAK gODZILLA/DINOSOUR!!Sedangkan DSAI nak membersihkan cuma binatang buas biasa sahaja ,sekarang di mana beliau??

pada ahli-ahli PAS,tuan-tuan lebih berilmu agama daripada saya,FIKIRKAN LAH.

wALLAH'UALAM.

Tanpa Nama berkata...

GB.. hentikan serangan terhadap PAS.. parti ni mcm ular sudah dikatok mati. Hancur dah kepalanya. Buat apa lagi kita nak katok sampai lunyai? Cukup biar dia mereput perlahan2 dgn perasan menjadi wakil tuhan utk mengawal dan membodohkan manusia mengharamkan itu ini mcm UMNO jugak. Hanya depa ja yg halalan thoyyiban..phui..

Tumpukan kpd PAN yg baru ni.

Tanpa Nama berkata...

kalau mana-mana parti islam tak kira parti mana pun serius nak buat hudud, sila cucuk mufti, majlis agama islam, sultan dan majlis raja-raja dulu. hudud parti politik akan jadi isu politik. bila sultan yg mahu hudud semua rakyat terpaksa setuju.
sultan johor tukar cuti mingguan kepada hari jumaat semua bangsa johor setuju. sultan johor haramkan vape semua bangsa johor setuju.

Tanpa Nama berkata...

ANA RASA LAH..
KALAU PAS + UMNO BERJAYA NANTI KITA AKAN RASA SYUKUR DAN AMANAH SERTA
PKR DAPAT JOIN SEKALI.. LAGI BAIK.
TAPI ADAKAH..

1.PAS AKAN KEKALKAN DAN PRAKTIKAN SIAR ISLAM.
2.ADAKAH UMNO BERANI KEHILANGAN MCA DAN MIC.
3.ADAKAH UMNO BERSEDIA MENGKAJI SEMULA HUKUMAN PENJARA ANUAR?.
4.ADILKAH UNDANG UNDANG ISLAM ITU..KALAU ADIL ..MACAMANA 2.6 DAN LEMBU
DLLN...BOLEH HALAL GITU JEEE??
5.BOLEHKAH KAK ROS TUTUP KEPALANYA.

ADAKAH ANDA BERANI,,,
MUNGKIN TIDAKK WAHAI PAK AJI PERESING.

Anti Fitnah berkata...

Ini ibarat kata-kata orang tua, kalau jumpa ular dengan ".....", ketuk "....." dulu. Kenapa ya? Lidah bercabang apatah cuba menjual agama demi kepentingan diri (bangsa). Haramjadah kata Tok Jib.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa nama 6.07,bukanya tujuan GB untuk menyerang Pas tak tentu hala .tetapi kini sekadar mencurah cuka ketasa luka Pas agar mereka rasa sedar betapa peritnya luka itu.kalau kita biarkan mereka reput mungkin tidak ada kesan kepada mereka yang berniat lama untuk bersama Umno .kemungkinana tujuan kereka untuk memusnahkan ,kiata tak tahu niat Hadi .niat Haron Din .niat nik abodoh.niat nik amar.niat MB kelantan .niat Mahfoz johor,tantawi .nasrudin temerloh ,Takiyudin Hasan Dr Zuhdi dan lain2 kuncu mereka.kita asayang parti Pas bukan peminpin sekarang yang terus merosakan islam.ini semua setan berwajah ulamak. ditambah lagi dengan bloger seperti Pakkarmu.Ibn Hasyim.Tranungkite,BANR dan pengomen Wan Rosli yang sekarng entah kemana.ini semua membuatkan Pas dibenci rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Pas tak setju dengan DAP sebab DAP tolak hudud dan DAP tak ambil wudud.tetapi Pas suka UMNO walaupan ada MCA didalam Bn sebab MCA tolak hudud tetapi MCA ambil wudud.Tak percaya tanya Hron Jin

Abdul Said berkata...

Masaalah yang melanda kerajaan PAS Kelantan menunjukkan kalau pentadbiran moden diserahkan kepada lebai-lebai, sesebuah organisasi akan hancur lebur. Cuma Kelantan dapat bertahan kerana karisma Almarhum TGNA. Terengganu sepengal sahaja. Kedah pun sama. Puak lebai termasuk lebai kulup tidak mempunyai ilmu untuk pentadbiran moden. Mereka perlukan kerjasama pro-pro yang berjiwa patuh syariat. Apatah lagi kalau anggota-anggota pentadbiran bisu, buta dan pekak dan tidak mempedulikan teguran, pandangan dan rintihan dari 'stake holders'. Jangan perasan kalau sudah hafal kitab kuning, kalau sudah ada BA dan MA atau Phd sekali pun dalam bidang ugama sudah layak jadi ketua, atau sudah boleh mentadbir sesebuah organisasi. Saya teringat kisah Prof Sheikh Yusuf Qardhawi yang dihalau dari kuliah prof nya kerana mempunyai lain pandangan berkenaan suatu isu. Begitulah Hadi dan tujuh lapan kerat lagi orang yang mengaku ulamak. Tidak boleh ditegur. Mungkin takut berhujah atau tak ada hujah ataupun memang sudah gelap hati!!Kalau beginilah cara PAS ditadbir dan mentadbir, tak salah rasanya saya berdoa supaya PAS kembali kepada status asalnya pada zaman tahun 50an dan 60an. Kembali kepada zaman gelapnya. PAS ibarat sebuah kereta tercanggih menjadi idaman setiap insan yang menghargai kemajuan kejuruteraan automotif. Namun kereta canggih itu memerlukan orang yang faham membaca manual kereta tersebut dan sangat mematuhi apa yang disarankan terhadap nya. Kini kereta canggih ini sudah jatuh ketangan seorang ketua satu kaum di Papua yang anunya pun tidak tertutup dan memaksa pengikut-pengikutnya seperti dia. Habis jahanamlah kereta itu. Dengan lain kata, kereta canggih, pemandu bangang!!

Tanpa Nama berkata...

Tiada lagi undi untuk pas pis pus.

Unknown berkata...

Najib menerajui UMNO dan membawa UMNO sehingga ke peringkat paling bawah dan hina sekali.

PAS pula, setelah ketiadaan allahyarham TGNA dan terus dipimpin oleh Hadi Awang sehingga kini asyik mengkianati rakan-rakan seperjuangan sahaja.

Kalau mereka hendak bergabung, gabungan mereka tu nanti bukanlah yang terhebat, malahan akan menjadi gabungan kutukan orang ramai/rakyat.

Pandangan saya, UMNO dan PAS bergabung atau tidak, dua parti Melayu dan Islam ini..sudah tidak disukai oleh generasi masakini, orang ramai/rakyat. Bawakan melayu dan Islam mereka, terlalu kolot dan keji untuk dipatuhi.


Tanpa Nama berkata...

Setuju. Banyakkan mewar-warkan program Amanah. Kita cuba halakan Amamah ke politik baru. Kita pandang ke depan. Jom bawa pembaca2 merindui Malaysia yg baru, aman, adil dan bersatu.

Unknown berkata...

Baru aku terbaca duit kerajaan yg di kumpulkan melalui gst dah 30 belion. Terlebih dr taget. Dgn segala kazanah alam yg ALLAH bg kat malaysia ni.. kelapa sawit..minyak. padi. Pokok getah.udang harimau.. kerang.(2 ternakkan ini di sorok dr thailand supaya tak di ciplak ).balak..mangga harum manis ( Allah hanya benar di perlis sahaja) sayur2ran di cameron. Yang paling baru di pahang.(tak ingat nama bahannya)sampai keluar perkatan myvi salut tepung.. kita rakyat malaysia tak perlua lagi bayar cukai... tol,roadtax,cukai perniagaan,cukai pintu,cukai tanah,LHDN,. Cukai yg aku sebut ni..cukai dlm lingkungan kehidupan aku sahaja..kalau org berniaga mungkin lg byk cukainya.aku cukup heran..rakyat malaysia ni REDA je ( terutama org melayu ) apa sahaja cukai2 yg kerajaan kenakan. Aku cukup ingat pru 10 atau pru 11 kerajaan mansuhkan lesen tv dgn radio sebyk rm 12. Seorg pakcik tu.. tgh bercerita kesah pemansuhan lesen itu. Punya gembira dan bersyukurnya pakcik tu..sambil memuji kerajaan BN. Aku lihat dan dengar..ini lah melayu ciptaan umno.. lagi satu. Sedara sebelah anak buah aku. Org felda.waktu kenduri..boleh keluarkan ayat..kita jangan bagi sesiapa pun memerintah malaysia kecuali umno. Skg harga sawi 70 sen sekilo.. kalau org lain memerintah mahu harga sawi sekilo rm2.50 nanti.aku yg muda2 sekeliling pakcik tu hanya pandang sama sendiri. Dlm hati aku.. patutlah org felda terlalu sukar utk kita ubah mentelitinya.. kalau itu je yg dia boleh fikir.. di akhirnya aku terfikir.. duit gst yg 30 belion tu.. sah2 salah satu cabang.. mulai tahun depan rumah2 mangsa banjir di kelantan tu akan mula di bina atas peruntukkan kerajaan pusat..jadi semua org kelantan berbesar hati menerima umno kembali..sbb kerajaan kelantan tak pandai jaga hati rakyat..umno bagus dan baik hati.

Tanpa Nama berkata...

Buang karan saja layan Pas. Ayuh gerakkan Semangat Amanah utk menarik lebih ramai ahli.

Tanpa Nama berkata...

hudud pas hanya satu penipuan nafsu. namun ianya dipandang mulia oleh lebai kulup yang jumud dan mudah tertipu dengan jenama agama,

mahu ke syurga dengan jalan pintas hanya dengan alasan menjadi pengikut ulamak politik bila ditanya Allah di padang mahsyar kelak.

jika mahu bereksperimentasi, mari kita tonton movie "Alangkah Lucunya Negeri Ini" dan selepas itu tolong tanya pemimpin pas seperti hadi, TITm, Idris dan lain apakah mereka mampu memberi jalan penyelesaian dengan pendekatan terus kepada hudud? apakah masuk saja islam terus dihukum walau tanpa keinsafan, kesedaran dan ilmu?

dengan pendekatan pas terhadap umno sekarang ini, saya ingin bertanya kepada hadi dan najib "Bagaimanakah pendekatan ini mampu menambah pendapatan bulanan saya pada tahap sekurang-kurangnya keperluan asas?"

jangan lupa institusi pendidikan tinggi telah pun kamu jadikan bahan Komoditi dan dalam masa yang sama kamu bercakap soal modal insan. tanpa rakyat berpengetahun tinggi negara tidak akan maju dan minda rakyat terjajah.

setelah kamu bermain golf dengan obama atau mencandat sotong dimasa lapang adakah kamu merasa tenang?

pergi jahanamlah dengan retorik agama dan bangsa kamu, itu semua hanya untuk keluarga kamu saja.

satu penipuan yang sangat celaka dan teramat sial.

.... Alangkah lucunya mereka ini dipanggil ustaz.

link movie: https://www.youtube.com/watch?v=vjBIWhE7wbw

Tanpa Nama berkata...

Pada pendapat aku la,mesti ada hikmah semua ini Allah aturkan.Mungkin selepas ini pas umno bergabung akhirnya kalah juga pru,pembangkang menang.Kesian pd dsai pengorbanan walau masuk dlm penjara tp xsedikit pun dihargai pas tp mungkin juga ada hikmahnya, kalau dsai masih bebas, semua masalah hatta 2.6bilion tu pun mst dikaitkan dgn dsai...Maybe next pru menang dsai keluar dan jadi pm memperbetulkan kembali lanskap politik Malaysia.. Hadi+Najib gabungan yg mantap utk terjun bersama labu labunya...

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Bukan MCA sahaja yang tolak hudud, bahkan Gerakan juga menentang hudud. Kedua-dua komponen BN ini menentang hudud dengan cara yang berlainan. MCA menentang hudud hanya dengan lisan sahaja. Manakala Gerakan telah membawa kes ini ke mahkamah. Ini bermakna Gerakan cuba menghalang perlaksanaan hudud melalui proses perundangan yang melibatkan perlembagaan negara. Dap pun mempunyai pendekatan yang sama dengan MCA menentang hudud tetapi tidaklah sampai membawanya ke mahkamah.

Pas memutuskan tahaluf siyasi dengan Dap dengan alasan Dap menentang hudud. Ironinya sekarang ini Pas mempamerkan watak terlalu mahu berdampingan dengan Umno yang kononnya untuk melasanakan hukumm hudud. Parti-parti komponen BN dengan tegas menyatakan mereka akan hanya menerima Pas sekiraanya tidak melasanakan hudud. Kita melihat Pas yang kini dipimpin secara total oleh golongan ilmuan agama yanag tidak memahami sepak-terajang senerio politik tanah air. Dengan bertagankan hudud, Pas terjerat di persimpangan. Pas berada di persimpangan dilema. Lantaran jerat hudud Umno hampir mengena, Pas hilang arah dan Pakatan Harapan mengukuhkan kedudukan. Pakataan Harapan seharus lebih kuat sekarang jika Pas tidak dipermainkan Umno.

Pada hakikatnya, baik Pas, Umno, Amanah atau apa sahaja parti siasah sekalipun tidak akan mampu melaksanakan hukum hudud di Malaysia selagi perlembagaan negara tidak diubah. Semua orang tahu perlembagaan hanya boleh diubah jika mendapat mandat 2/3 ahli parlimen. Pas mungkin tidak sedar bahawa ahli parlimen mereka hanya tinggl 16 orang (5 sudah menganggotai Amanah), dan memerlukan lagi 132 orang MP lagi untuk berjaya membentuk 2/3 suara majoriti
di parlimen. Pas tidak faham ilmu Matematik mudah untuk mengubah perlembagaan negara. Inilah bahananya Pas membuang pakar-pakar pemikir. Mereka ini sudah membentuk parti Amanah. Pas kini berjuang atas dasar membujur lalu melintang patah tanpa perancangan strategi. Pas, kamu ini bagaimana?

Tanpa Nama berkata...

Sebab...MCA tu jawa...yg cina tu hanya DAP, DAP & DAP...tak percaya? Cuba tanya din ayam...hahahaaa...

Tanpa Nama berkata...

Bukan MCA dan GERAKAN saja yg tolak hudud, UMNO sendiri pun tolak hudud. Ustaz2 dan ustazah2 dlm UMNO pun tolak utk melaksanakan hudud. Hj HADI pun tau. Semua komponen BN tolak hudud.

Tanpa Nama berkata...

Apakah MCA tidak menyatakan pendirian nya dan tindakan yang akan di ambil sekiranya UMNO bersetuju dengan pembentangan Hudud oleh PAS tempohari ?

Siapa kah yang menipu dalam hal ini?

Amanah berjalan lancar. Amanah tidak ada isu yang nak di gunakan ke atas pemimpin Amanah. Lebih-lebih lagi apabila pemimpin PAS di arah tutup mulut selepas Najib menghulur salam berbillion-billion kepada Hj Hadi.

DAP di minta jangan masuk campur hal Islam. MCA senang-senang masuk campur. Ini pun PAS gagal menunjukkan keadilan dalam Islam!

Bas PAS yang di pandu oleh Hj Hadi hilang arah !

Tanpa Nama berkata...

betul tu. selepas perintah 50 thn lebih, jika umno nak laksanakan hudud sudah tentu hudud terlaksana. hadi/harun din buat2 tak faham? atau ada agenda lain

Tanpa Nama berkata...

Aha. Betul jgak. Wang Rosli kat mane ye? Mungkin dah bercuti, dapat bonus dan peluang yamseng kat luar negeri kot..