6 Dis 2015

Hudud Mana Hudud? PAS Kelihatan Bangang Setelah Ditipu UMNO Berkali-kali....

Hudud: Husam dakwa Umno tipu Pas

KOTA BHARU – Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mendakwa Umno jelas menipu Pas apabila tidak memberi laluan kepada parti itu untuk membentangkan pindaan Akta 355 di parlimen bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.

Berucap selepas Majlis Pelancaran Buku Peringatan Orang Terpedaya di Gelanggang Seni, di sini, malam tadi, Adun Salor itu berkata, kegagalan Pas itu disebabkan sikap pimpinannya yang terdahulu melanggar keputusan mesyuarat mengenai perkara itu.




“Kita boleh ditipu sebab kita tak pakai keputusan mesyuarat, kita telah tetapkan tidak boleh bawa sendiri (Rang Undang-undang Persendirian) Akta 355, sebab kalau kita bawa bukan Islam akan ‘celik’ mata, Majlis Raja-Raja masih masih tidak lulus lagi.

“Kita juga nak ahli parlimen semua sokong khususnya BN yang mempunyai banyak kerusi, jadi jika dah bincang dengan BN, biarkan dia bawa (usul), tetapi kita gatal nak bawa sendiri, lepas tu jadi ke tidak sekarang?,” soalnya di hadapan kira-kira 1,000 penyokongnya.

Husam yang juga bekas Exco Kanan Kerajaan Kelantan turut mendakwa, jika sebelum ini Pas begitu bersemangat untuk melaksanakan hukuman ini, tetapi kini pimpinannya senyap apabila rang undang-undang itu gagal dibentangkan.

“Tak jadi kenapa senyap semua, dulu ceramah seluruh Kelantan, pinda enakmen hudud, dum dum dicanang sana sini, lepas itu bawa bulan April kena tipu, bawa bulan Jun, kena tipu, bawa bulan Oktober ghaib, bulan November habis, Disember senyap,

“Kalau begini, macam mana nak hadapi pilihan raya, kita hanya boleh bagi tahu kepada rakyat kita nak buat sahaja,”katanya.

Husam berkata demikian sebagai merujuk kepada sidang Dewan Rakyat yang berakhir Khamis lalu yang menyaksikan Pas sekali lagi gagal membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian Akta 355 atau Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) bagi membolehkan perlaksanaan hukuman hudud berjalan di negeri Kelantan.

Sebelum ini, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob yang mempertaruhkan jawatannya bagi memastikan hukuman itu dilaksanakan sebelum menukar keputusannya.

Ahmad berkata, beliau tidak meletak jawatan kerana sudah berusaha supaya hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. -SH


Umno sokong hudud hanya untuk pecahbelah Pakatan, kata penganalisis

Satu-satunya tujuan Umno menyokong hudud sekarang ialah untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat (PR), menurut penganalisis politik yang mengatakan, apabila rang undang-undang itu sampai ke Parlimen, soal mengundi untuknya tidak penting kerana kerosakan sudah pun terjadi.

Mereka menolak dakwaan ahli Parlimen Umno yang menyokong hudud penting bagi memenuhi ajaran Islam, dengan mengatakan apabila tiba masanya, parti itu mungkin tidak akan menyokong rang undang-undang itu kerana ia mengundang risiko kemarahan sekutu mereka di Sabah dan Sarawak.

"Tujuan Umno menyokong rancangan hudud ialah untuk memecahkan PR. Dengan pembentangan rang undang-undang hudud di Kelantan, PR sudah di ambang kemusnahan," kata Dr Mohd Faisal Syam Abdol Hazis, pensyarah kanan Jabatan Pengajian Politik, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

"PR tidak boleh diteruskan jika PAS berkeras menghidupkan semula agenda hudud. Jadi, jika PR musnah sebelum pembentangan usul itu di Parlimen, Umno boleh senang lenang tidak menyokong rang undang-undang itu bagi memastikan BN tidak terjejas."

Pengarah Merdeka Center, Ibrahim Suffian berkata, sokongan Umno terhadap hudud mungkin merupakan satu pembohongan, terutamanya memandangkan langkah itu tidak akan diterima baik oleh BN Sabah dan Sarawak.

Katanya, kemusnahan pakatan pembangkang merupakan peluang terbaik Barisan Nasional (BN) untuk terus hidup, susulan tekanan yang diterima akibat pertumbuhan ekonomi yang perlahan dan cabaran yang dihadapi kepimpinan Perdana Menteri.

"Menariknya, pemimpin kanan PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Haron Din terpedaya dengan rancangan bijak BN memecahbelahkan pembangkang, tanpa menyedari PAS yang akan rugi besar apabila pengundi bukan Islam menolak mereka, menyebabkan ia hilang semua kerusinya di Semenanjung.

"Saya setuju yang BN Sabah dan Sarawak tidak akan setuju dengan hudud kerana ia akan melemahkan kedudukan mereka sendiri,"
kata Ibrahim kepada The Malaysian Insider.

Dr Lim Teck Ghee, pengarah Pusat Kajian Dasar, juga bersetuju, sambil mengambil maklum yang masyarakat Kristian dan bukan Islam di Malaysia Timur mempunyai pegangan yang besar dari segi kebebasan beragama di negara ini.

"Tidak diketahui ramai yang Sabah dan Sarawak mempunyai jumlah penduduk bukan Islam yang besar yang undian mereka boleh menentukan gabungan parti mana yang akan memenangi kuasa di peringkat persekutuan, terutamanya ketika pilihan raya umum dengan persaingan sengit.

"Dan bukan orang bukan Islam sahaja yang bimbang dengan kes pencerobohan terhadap isu agama dan kebebasan sivil lain," kata Lim.

Bagaimanapun, Faisal berkata, sekiranya Umno mengundi menyokong rang undang-undang itu di Parlimen kelak, ia tidak akan membawa kepada perpecahan dalam Barisan Nasional (BN).

"Sabah ditadbir Umno, manakala Sarawak ditadbir sebuah parti yang dikuasai Bumiputera Islam. Umno ialah parti yang sangat dominan hinggakan parti BN yang lebih kecil tidak akan berani menarik diri daripada gabungan itu.

"Melalui naungan atau malah ancaman, gabungan itu boleh kekal," kata Faisal.

Hadi memohon membentangkan rang undang-undang persendirian itu di Parlimen ketika sesi Dewan Rakyat yang sedang berlangsung sekarang hingga 9 April, bagi membolehkan Kelantan menguatkuasakan undang-undang hudud, walaupun terdapat bantahan daripada PKR dan DAP.

Rang undang-undang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, yang mengehadkan kuasa mahkamah Syariah kepada denda maksimum RM3,000, lima tahun penjara dan enam kali sebatan.

Satu pindaan diperlukan terhadap akta ini bagi membolehkan pindaan hudud Kelantan itu dikuatkuasakan. Bagaimanapun, sekutu PAS dalam PR berkata, hudud bukan sebahagian daripada pendirian bersama pakatan itu dan ia lantang bersuara menentang.

DAP akan bermesyuarat pada Isnin bagi mengkaji semula hubungannya dengan PR, selepas merasakan “dikhianati” PAS apabila Dewan Undangan Negeri Kelantan membentangkan dan meluluskan pindaan kepada enakmen itu minggu lalu.

PKR hari ini mengumumkan ia tidak akan menyokong rang undang-undang hudud PAS itu sekiranya ia dibentangkan di Parlimen, mengatakan parti Islam itu bertindak secara unilateral dalam hal itu dan membelakangkan keputusan Majlis Pimpinan PR.


ULASAN GB

GB sudah ulas sebelum ini mengenai hudud. Jangkaan GB menjadi kenyataan. GB kata dulu - ayam terlepas tangan bau tahi. Hudud tak jadi dibentangkan, PAS yang kini ternampak bangang setelah ditipu UMNO, bukan sekali, tapi berkali-kali.

Maka berlakulah apa yang dinamakan "krisis Hudud". Bagi ulama PAS ia kini sudah menjadi keutamaan. Walaupun Hj. Hadi sebelum ini menyatakan Hudud bukan Keutamaan.




Tiada istiqamah. Dan berlakukah tikam menikam. Mereka lupa akan hukum alamiah, hukum kebenaran dan keadilan bahawa: satu hari anda menikam orang lain, anda bakal ditikam pula. "Sunatullah" tidak pernah berdusta, dan sunnatullah juga tidak pernah berubah. Itu janji Allah swt.



Ada pula berkata, "kita tak hiraukan niat UMNO BN kerana ikhlas tak ikhlas itu bukan urusan manusia". Tetapi mereka terlupa dengan pesanan Rasulullah saw supaya jangan masuk lubang biawak dua kali. Mengapa bodoh sangat?

Ada pula yang berhujjah, kita hendak mencapai redha Allah, walaupun tak ke Putrajaya.
Kita kata: kita hendak ke Putrajaya bersama dengan redha Allah.
Kedua-duanya itu berbeza dari sudut tekad dan implikasinya.

Memang benar kata Ustaz Kamal Koh Abdullah, bahawa yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Hudud terlepas, hubungan dengan rakan PR punah ranah dan dan matlamat ke Putrajaya musnah.


Dengan kata lain, ayam terlepas tangan berbau tahi....


23 ulasan:

Abdul Said berkata...

Orang bodoh, bangang, tolol dan pandir selalunya menjadi 'makanan' orang cerdik!!

Zali M berkata...

Pemimpinan ulamak PAS menganggap dirinya sahaja yang betul, orang tak betul. Kalau sesiapa yang mempertikaikan tindakannya dianggap kapir dan melawan hukum Allah.
Sekarang muka mau taruk mana setelah dipermainkan oleh UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Dulu haji hadi selalu berkata......perjuangan umno berdasarkan kebangsaan....asobiyyah.....nabi tidak mengaku umat.......umno tidak meletakkan quran hadis ijmak dan qias didalam perlembagaan parti......mereka kafir zalim fasik.....kalau kita mati menentang mereka.......mati kita syahid......sesiapa yang cenderung terhadap orang orang yang zalim......api neraka akan akan menyentuh mereka.....hujah diatas berdasarkan 4 ayat quran. Sekarang haji hadi tidak takutkah api neraka.....atau haji hadi akan menggunakan ayat quran yang lain untuk mempertahan perbuatan untuk menipu pengikut bawahan.
Kata tgna......
Mengapa kita beriya iya mempertahankan kapal musuh yang hampir karam.....dimana maruah kita. Jangan memperbodohkan pengikut bawahan.

Tanpa Nama berkata...



Tidak ada sesiapa yang menipu dan kena ditipu.
PAS tahu dan UMNO pun tahu.
Kalau kena tipu tidak semudah itu kena tipu.
Boleh pulak pergi cari seliper jepun semasa parlimen bersidang.
Tak kan persempadan baru pun kena tipu jugak.

Sedikit pun mereka tidak terkilan dengan kegagalan membentang hudud malah berpuas hati kerana telah berusaha setakat itu sahaja. Mereka tidak langsung mengeluarkan kenyataan yang menyalahkan UMNO kerana tidak menepati janji.

Kita menganggap hudud ini 'kena tipu' supaya pemimpin PAS seperti Harun Din dan Hj Hadi di lihat tidak bijak masuk perangkap UMNO. Dan mereka pula rela di anggap begitu kerana irihati pada seseorang.

Tanpa Nama berkata...

Hudud hanyalah alat utk dapatkan undi dan sokongan saja. Modal agama lebih senang nak goreng masa ceramah!

Sebenarnya secara jujur..TIDAK ADA SALAH PADA PARTI PAS. TIDAK SALAH DASAR DAN PERJUANGAN PAS...

Yang SALAH ialah PEMIMPIN2 PAS pasca muktamar yg terbaru!! Mereka ini ialah orang yg:-

1. Tamak dan jahat.
2. Buta mata dan buta hati
3. Bermuka tembok tidak sedar diri.
4. Deny syindrome dan flip flop
5. Kering idea dan tidak tau apa2

Pada pemimpin2 PAS sekarang yg salah ialah DAP...AMANAH...HUSAM ...MAT SABU!!! Mereka tak salah sikit pun!!

Berdegar degar MUSTAFA ALI perlekeh MAT SABU...!! Alooo...CIKGU PA. Kalo berani jumpa MAT SABU depan2 kamu berdua debat le atas apa saja isu!! Kami tak sabar nak tengok mung ada telo ke dok!!??

Jgn cakap spt nak runtuh langit. Nanti kalo ajak bersemuka lari lintang pukang!! Konon mendabik dada hebat...Nah cabarle mana2 pemimpin AMANAH selain MAT SABU pun tak apa!! Cari le tajuk yg PAS rasa boleh makan!!

Bariskan le PENDEKAR2 SIKU LUTUT PAScai...utk berdebat dgn 'Para Pengkhiant' atas!!

Tarak berani kann..kannn?? Tapi tak malu asyik yg perlekeh dan menghina pemimpin dan parti lain!! Parti kamu tu tunggu nak tenggelam je bersama kapal umno!!

Jangan2 nanti ramai dikalangan kamu ni yg melompat secara KATAK sebelum kapal tenggelam!! Biasala utk selamat kan perut sendiri...kan!??

Sebab itu jgn mabuk dan syok sgt kutuk parti dan prmimpin lain. Parti kamu pun tak tau lg untung nasib!! Yg tentukan kamu kuat atau lembik...bukannya diri kamu sendiri!!! Itu perasan namanya!! Kuat atau lemah kamu...pengundi yg tentukan!!

Pongpangpong...mendakwa kuat!! Bubarkanle DUN Kelantan tu...nak tengok kuat ke tidak!!!...

Sakit betul hati tengok org tk sadar diri ni...kih kih kih

Tanpa Nama berkata...

Hudud itu hanya untuk berbalah dgn DAP...dan menyalahkan DAP..
Dah tercapai pun matlamat tu...

Tanpa Nama berkata...

Arwah Pak Yus lagi mulia dpd ulamak2 jadiang dalam PAS.

Tanpa Nama berkata...


No. Negeri Keluasan (km²) % negeri Keluasan (km² ) Peratus
1 Pahang 35,960 10.90% 1 Sarawak 124,449 37.70%
2 Perak 21,005 6.40% 2 Sabah 73,613 22.30%
3 Johor 18,985 5.70%
4 Kelantan 14,931 4.50% JUMLAH 198,062 60.00%
5 Terengganu 12,955 3.90%
6 Kedah 9,425 2.90%
7 Selangor 7,956 2.40%
8 Neg Sem 6,646 2.00%
9 Melaka 1,658 0.50%
10 Pulau Pinang 1,033 0.30%
11 Perlis 795 0.20%
12 Kuala Lumpur 342 0.10%
JUMLAH 131,691 39.80%

Sejahtera semua,
Diatas saya pamirkan keluasan Malaysia utk tatapan umum terutama pencinta PAS utk di fikirkan.
Saya penuh yakin ,YB Perdana Menteri dan menteri menteri BN yg lain juga adalah orang yang bijak.
Kalau pemimpin Pas jua adalah orang yg bijak tentu dapat memikirkan sesuatu mengenai perkara di atas.
Maseh banyak ruang yg perlu diterokai diSabah dan Serawak.
Terlalu besar kebergantungharap BN dgn kawasan di Sabah/Serawak.
Terlalu besar talian hayat yg bisa membantu untuk terus bertahta.
Dengan kawasan yg luas,penduduk berselerak, dgn seribu kepayahan amat mudah pemerintah utk
menggula gulakan rakyat.
Di sana rakyat yg berbilang kaum dan ugama ,mana mungkin kita menghadkan kebebasan mereka..
tetapi inginkan mereka menyukai kita.???????
Apalah ada dgn brim belanja sehari pun tak cukup…..itu kata rakyat Malaysia Barat.
Mungkin tidak di Timur.???
Apa hairannya dgn air dan letrik sedangkan bil nya melambung menyusahkan kita….membayarnya.
Ini kata di Barat tapi mungkin tidak di Timur.

Oleh yang demikian pikirlah ,wahai tuan guru Hadi /Harun.
Segala huduk itu mainan BN.
Umno menyokong hudud sekarang ialah untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat (PR)
Bukan menyokong tapi baru cadang nak bincang….
Betapa rendahnya kefahaman pemimpin pas dalam isue ini.
Baru nakbincang kita dah betelagah hebat.
Alangkah bodohnya pimpinan kita.

Kalau ini lah cara berfikir ada baik kita serah saja pada BN kerana mereka lebih bijak.
Bijak berpolitik dan bijak pula mengumpul dana peribadi.
Usah dirungut dgn kepayahan dalam hidup sebab memang kita bodoh.
Bukan kah si bodoh itu makanan si cerdik??

Tapi tuan presiden bukan orang yg bodoh.
Sebab Tuan presiden pun senang dan beruwang.

Yang bodoh Anuar dan rakyat jelata.

Tanpa Nama berkata...

aku syak hadi harun ding dan pelakun2 forum perdana adalah ajen2 umno yg berjaya meresap kedlm pas. segala kenyataan hadi yg berupa hasutan tak pernah mendapat perhatian sb pdrm. kalau pemimpim pas yg lain spt mat sabu pernah kena sumbat dlm penjara, tp hadi dgn amanat hadi yg menyebabkan solat dua imam, perceraian dsb tak pernah kena soal oleh polis.

brp kali hadi haruan din pernah ditahan dilokap atau diminta lapor ke balai?

lelaki dicermin berkata...

...baru2 ni berbual dgn seorg kwn...rupanya cerita belakang tabir sekarang dah berdendang.. salah seorg ulamak pas... ULAMAK PALING KAYA DI MALAYSIA..aku sambung cerita kawan aku tu begini.. salah seorg sahabat aku pernah berurusan dgn satu syarikat yg memiliki permit teksi yg byk di lembah kelang.. salah seorg staff syarikat itu bg tahu sahabat aku.. ulamak tu salah seorg pemegang saham syarikat teksi itu. Kejadian tu zaman DRM . Patutlah DRM tak pernah jentik ulamak pas tu.. lagi satu . Kesah dah lama juga... tanam pokok jati di lebuhraya plus kalau kita lihat waktu kita menuju ke selatan..kontrak tu dengarnya dpt ulamak tu juga. Itu kesah yg dpt di lihat. Agaknya byk lagi saham2 pelbagai syarikat yg ulamak tu ada.. kalau ulamak tu mempunyai sifat2 salah seorg sahabat nabi yg jutawan tu ( lupa nama nya ). Memang utk kembangkan agama islam takpe.. ini byk ucapan2 ulamak2 tu pro pada umno..
.

Tanpa Nama berkata...


PAS punya cerdik boleh terima janji UMNO tanpa syarat.

Logiknya jika UMNO betul ikhlas UMNO boleh buat tawaran kepada PAS semasa TGNA sekiranya benar Hj Hadi dan Harun Din mendapat sebarang faedah dari pembentangan hudud ini.

TGNA seorang yang jujur, baik hati dan pintar.

UMNO jadi tolol kalau cuba pancing hudud semasa TGNA.
Si tolol macam UMNO cuma boleh makan orang yang lebih tolol dari UMNO.

- SAIH -

omar daud berkata...

Salam:
Kondisi PAS sekarang,tak boleh buat apa-apa selagi Ulamak2 politik berkuasa tiada siapa yg boleh ditegur.Mereka2 ini diibarat next to GOD,apa2 sabdaan dan firman mereka tak boleh di comment atau ditegur.

wallah'ualam.

Tanpa Nama berkata...

Pas pada asalnya tidak bodoh kerana di dlmnya ada kumpulan progresif..yg bodoh adalah hadi buncit dan harun jin...bila kumpulan progresif keluar pas secara beramai ramai, barulah pas bertukar menjadi parti org org bodoh bermula dari presiden sehingga ke akar umbi di kg yg tak tahu apa2..yg mereka tahu hanya jaja agama dan nama Allah untuk dpt sokongan,itu pun dikalangan puak2 yg tiada pelajaran.

Tanpa Nama berkata...

Setuju sgt...puak puak takfiri ni adalah puak2 tak sedar diri dan lupa daratan..menjual agama dan jual nama Allah utk perut diri dan keluarga..pergi jahanamlah pas pis pus.

Tanpa Nama berkata...

Pas ganti umno....pas ala ala umno....pas perlu diperbetulkan oleh ahli yg bijak pandai...bukan ahli yg ber wala semata mata...seolah olah dalam pemikiran ahli yg berwala mengatakan pimpinan atas itu adalah ulama.punyai ilmu agama..keputusan depa adalah ilmu dari allah...kalau macamtu alangkah senang lah hidup ini..xperlu atur strategi.xperlu guna akal fikiran...nabi dulu pun mengatur strategi menghadapi puak kafir quraisy.berbincang jugak dgn sahabat...adakalanya pemikiran sahabat yg dipersetujui...walaupun baginda mengeluarkan juga idea baginda...skrg ni lain jadinya.ulama xseberapa.tp riak dengan ilmu agamanya....maaf ckpla...kalau kedengaran agak kasar..tp tu lah hakikatnya...kejahatan disebalik serban...(bukan ditujukan utk ulama yg benar2 membawa ilmu allah tidak mengharapkan balasan dunia dan tidak mendampingi pemimpin berkuasa).....

NAA ZAR berkata...

Amerika nak serang Iraq...dia serang dulu twin tower WTC.....3 ribu lebih rakyat dia terbunuh......
Hadi & the Walaon nak serang DAP....... dia pergunakan HUDUD berserta tipudaya umno......habis "gugur setandan" pemimpin profesional progresif fan ahli2 PAS.
TEKTIK HADI = TEKTIK AMERIKA
Sama dengan tektik YAHUDI

Timnajib Jomfikir berkata...


Tak jadi kenapa senyap semua???

dulu ceramah seluruh Kelantan, pinda enakmen hudud, dum dum dicanang sana sini, lepas itu bawa bulan April kena tipu, bawa bulan Jun, kena tipu, bawa bulan Oktober ghaib, bulan November habis, Disember senyap.

APA!!!! PAS di tipu dan terus di tipu lagi...hmmm..awat, hangpa ni tak ada perasaan ka??

Para sahabat Nabi berjuang pun..tak adalah mcm hangpa..nak redho Allah pun bertempatlah. Nabi tak ajar berjuang lagu ni.

Ke, hangpa ni pengikut puak syiah tegar? Tak suka dengan Nabi Muhammad saw.

mansor berkata...

kejayaan sesuatu organisasi amat bergantung kepada penerajunya aka pemimpin. PAS kini diterajui oleh individu yang tidak mempunyai karisma dan pandangan jauh. begitu mudah PAS terpedaya kepada UMNo hanya pada janji nak sokong hudud. sepatutnya PAS curiga terhadap janji UMNO disaat mereka sedang kelemasan, namun PAS percaya, ini menunjukkan betapa lemahnya pimpinan itu. Maka adalah merbahaya negara diserah kepada pemimpin2 ini kerana mereka akan memudaratkan negara kepada musoh. ironisnya kewafatan TGNA telah membuka pekong PAS selama ini. seolah2 yg benar2 istiqomah bagi perjuangan PAS hanya TGNA...wafatnya beliau maka wafatlah perjuangan PAS....

Mahija Ganendra berkata...

Bukan tak tau .itu semua memang agenda/wayang dia orang

Tanpa Nama berkata...

Hehehe... itu pun ada hati nak jadi penasihat ekonomi.. hehehe macam maharaja lawak.

Tanpa Nama berkata...


PAS ada yang ponteng dan ada yang berkecuali semasa tolak bajet. PAS ada yang ponteng dan ada yang berkecuali semasa pembentangan persempadanan.

Ini yang menjadi keraguan dengan tindakan PAS.

Jika PAS betul-betul serious dan yakin dengan sokongan UMNO, tidak menjadi masalah jika hudud di bentang di parlimen kerana seperti mana PAS sanggup ponteng dan berkecuali, UMNO pun boleh ponteng dan berkecuali dalam isu hudud.

Tanpa Nama berkata...

Cayalah husam... Support Husam....terus bongkarkan pas biar rakyat nilai sejauh mana pendirian pas... Dulu hudud hudud hudud....skrg mana hudud,jwtn mb pun masih pegang lagi..kata org perak "ckp berdegar2 tp berk merata gelegar"...inilah sifat2 org pas skrg.. Ckp takbur riak, cakap tinggi xpernah jatuh, org lain semua salah...kan dah kene bodoh lg dgn pas,dulu Nik Azizi dh pesan awal2 jangan masuk lubang 2kali...buat jugak, ni kira bijak ke pas??!!!nt lepas ni buat lagi, kene tipu jelah memanjang dgn Umno tp alih2 DAP jugak disalahkan...Umno xde nk bgabung dgn pas,die mainkan pas utk musnahkan pr..skrg pas makan umpan.hah.padannnnnnn....bijak2 pas bfikir cara siku dan lutut. Skrg rasakan kemaluan yg amat dasyat.kahkahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Tok lebai pas yg riak...mimpi jumpa nabi pun nak hebah kat org..siap masuk utube bagai...mana la ilmu tu lenyap...riak ujub menguasai diri...dah bertaraf tok guru dah..pun riak jugak..lain sifatnya dgn Allahyarham TGNA(semoga rohnya dicucuri rahmat) tawaduk merendah diri, warak, zuhud..tidak memaki hamun org...Dlm pas, org yg ponteng parlimen xamanah tu pun dilantik jd pemimpin...dok parlimen pn same mcm ponteng.xbersuara..xde idea..apebendani..lucut jawatan.baik p candat...tentu arahnya...