7 Dis 2015

"Balaci DAP" - Ratib PAS Kepada AMANAH Sepanjang Masa

Mat Sabu jurucakap DAP, kata PAS

Kenyataan Mohamad Sabu yang mengaitkan PAS dengan kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) hanya mengesahkan yang presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu bertindak sebagai jurucakap kepada DAP, kata parti Islam itu hari ini.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Datuk Mustafa Ali berkata, ia juga strategi DAP untuk terus memburukkan PAS yang kini dianggap musuh nombor satu DAP.




Memetik sumber dalaman, Mustafa berkata, kenyataan Mohamad, lebih dikenali sebagai Mat Sabu, sebenarnya tidak dipersetujui sebahagian besar pimpinan utama Amanah, tetapi beliau terus membuat kenyataan tanpa merujuk mereka.

Katanya, Mat Sabu dilihat lebih mementingkan survival politiknya sendiri berbanding kepentingan Amanah, yang beliau sendiri sedar kini kehilangan “steam” dan momentum selepas hanya beberapa bulan ditubuhkan.

"DAP di bawah Lim Guan Eng mahukan dominasi total ke atas pengundi Cina apatah lagi dalam suasana menghadapi pilihan raya negeri Sarawak.

"Oleh itu, Mat Sabu cuba mengaitkan PAS dengan Isis untuk menakutkan pengundi Cina.

"Khabarnya, Mat Sabu juga mendapat jaminan Lim untuk bertanding di satu kawasan selamat dalam PRU ke-14 akan datang, sama ada di bawah simbol Amanah atau DAP," katanya.

Mustafa berkata, ini kerana Mat Sabu sedar kedudukannya sebagai presiden Amanah goyah kerana pengaruh kumpulan seperti Ikram, Alami dan lain-lain yang mula meresap dalam Amanah dan golongan ini tidak senang dengan latar belakang Mat Sabu.

"Untuk menyelamatkan diri, Mat Sabu tidak kisah menjadi alat atau jurucakap DAP. Apa lagi persepsi umum sudah melihat Amanah tidak lebih daripada proksi DAP," katanya.

Bagaimanapun, kata Mustafa, walaupun tuduhan itu berniat jahat, provokasi itu tidak akan memberi kesan kepada PAS kerana masyarakat umum sudah memahami pendirian PAS.

"Sebaliknya ia akan mengesahkan pandangan rakyat yang Amanah dan Mat Sabu adalah proksi DAP sebagai satu realiti, bukan lagi sekadar satu persepsi," kata Mustafa.

ULASAN GB

Tak ada modal lain. Jurucakap DAP, balaci DAP, orang suruhan DAP... itulah lemparan kata-kata pemimpin dan ahli PAS terhadap bukan sahaja mkepada Mohd Sabu tetapi kepada AMANAH.

Diratibnya berulang-kali untuk menyemarakkan rasisma dan untuk menimbulkan rasa kebencian orang Islam terhadap AMANAH.

Satu ketika digunakan sentimen hudud untuk menolak DAP. Kononnya DAP tolak hudud, oleh itu DAP dikategorikan "kafir harbi". Kita tak tahu ilmu mana yang mereka dapat, walaupun sebelumnya mereka sendiri akui bahawa DAP dan sekalian yang bukan Islam "berhak tolak hudud".


Jika orang bukan Islam diakui berhak tolak hudud, ini bererti anda yang "mengkafir-harbikan" mereka, andalah yang bersalah dan yang melampaui batas.

Dan ramai para ulama PAS "menghalalkan" dan "mendiamkan" segala cacian dan makian yang dilakukan oleh ahli-ahli PAS terhadap bukan Islam khususnya DAP. Mari sini biar GB tunjukkan hadith Rasulullah saw bahawa betapa besar dosa dan salahnya mereka mencaci dan memaki itu:

Kemudian Mustafa Ali menyatakan:

Mat Sabu, sebenarnya tidak dipersetujui sebahagian besar pimpinan utama Amanah, tetapi beliau terus membuat kenyataan tanpa merujuk mereka.

Katanya, Mat Sabu dilihat lebih mementingkan survival politiknya sendiri berbanding kepentingan Amanah, yang beliau sendiri sedar kini kehilangan “steam” dan momentum selepas hanya beberapa bulan ditubuhkan.

Kemudian dia menambah lagi:

..ini kerana Mat Sabu sedar kedudukannya sebagai presiden Amanah goyah kerana pengaruh kumpulan seperti Ikram, Alami dan lain-lain yang mula meresap dalam Amanah dan golongan ini tidak senang dengan latar belakang Mat Sabu

Ketawa besar semua pemimpin dan ahli AMANAH membaca kenyataan Mustafa Ali. Dia ingat AMANAH semacam PAS. Dia ingat AMANAH sebuah parti yang eksklusif hanya untuk ulama macam PAS.

Sedangkan AMANAH kini sebuah parti Islam yang menampung semua orang yang terdiri dari pelbagai latarbelakang pendidikan, sosio-ekonomi, agama, bangsa, warna kulit malah welstanchaung juga. AMANAH juga sebuah parti yang progresif dan peduli. Kita tahu untuk menguruskan perbezaan dan kerencaman ahli-ahli. Bukan seperti PAS, golongan cai diwujudkan untuk menyingkirkan mereka yang tak sefahaman dan tak sehaluan dengan mereka.

Mustafa Ali sebenarnya sudah kecewa dengan Mat Sabu. Mat Sabu yang selama ini begitu lantang mengangkat darjat PAS ke pesada yang ada pada hari ini, tiba-tiba meninggalkan PAS dan membentuk AMANAH.,

Mat Sabu inilah orangnya yang diperkudakan oleh Mustafa Ali dan PAS selama ini. Malah di atas perancangan Mustafa Ali juga, Mat Sabu diarahkan bertanding di Kuala Terengganu di dalam pilihanraya umum 2008. Apabila Mat Sabu tewas, maka dikutuknya Mat Sabu habis-habisan.

Cukuplah, kita bukan hendak mengaibkan Mustafa Ali yang mempunyai "banyak rekod" yang kotor. Hukum kebenaran dan keadilan akan menyerlahkan siapa sebenarnya Mustafa Ali ini. Selagi banyak dia bercakap, lagi banyaklah yang bakal terdedah mengenai dirinya kerana hukum kebenaran dan keadilan tidak pernah menipu. "Sunnatullah" tetap berlansung sampai hari kiamat.

Kini Allah swt "menyelamatkan" Mat Sabu dan sekalian pemimpin Islam yang progresif dari terus diperkuda dan diperalatkan oleh golongan "ulama duniawi" dengan menyediakan mereka sebuah wadah baharu untuk memperjuangkan Islam dengan cara yang lebih profesyenal yang bernama Parti Amanah Negara. Parti politik ini akan terus berpaksi kepada politik berasakan ilmu dan akhlak, mewujudkan budaya mampu mengurus perbezaan dalam pelaksanaan prinsip hak bersuara dan tuntutan kesaksamaan seperti yang dituntut Islam dan AMANAH mendukung sepenuhnya konsep Islam sebagai Rahmatan-Lil-Alamin.

Tinggallah PAS dengan kaedah orthodoxnya, mengkafirkan orang, mengikut gaya dan kaedah ISIS (seperti kes serangan ke atas Ust Miqdad Zakaria di Terengganu).



25 ulasan:

tok janggut berkata...

Mustafa Ali bila bercakap tak serupa pemimpin ISLAM yg bercaksp...prasangka buruk amat kuat ..PAS tak layak jadi parti ISLAM jika ahli nya terutama pemimpin2nya tidak di tarbiahkn akhlak ISLAM dlm segala aspek..PAS layak jd parti yg merosakkn ISLAM .

anak Baling berkata...

Salam..puak2 ni la yg mrosakkan pas pd hari ini..msalah parti sndiri xurus,dok kira msalah parti orang..kami ahli2 pas bwahan ni bkannya tnggul yg..Allah kurniakan akal kpada kami untuk bfikir dn mnilai,wlaupun kami hnyalah tukang pcak bndera dlm parti..sudah2 la mustafa,pkara yg mu dok ratib tu kami dh jelak dngar..mulut suka sngat cirit birit..baunya dh brtebaran seantero doonia..bak kata GB,hukum alam akn bjalan..bsama2 kita tgu dn lihat..yg pnting moga ada yg brani rampas stereng bas,driver dh melalut xjmpa destinasi..wassalam

Timnajib Jomfikir berkata...

Mustafa Ali, keahlian PAS Nasaruddin Mat Isa bila nak pecat?

Amboi2..sekarang ni.. Nasaruddin Mat Isa sudah dilantik menjadi CEO GMM ya..hebat betul kihkihkih..
Lantikan dari Najib PM pulak tu. senanglah, lepas ni boleh hidup mewah jadi balaci,barua, kuda tunggangan UMNO/BN kihkihkih..

Sudah2lah Mustafa Ali..

Psst2..sekarang pakai spender saiz brp XXXL ke kihkihkih.. Pejabat di Harakah ok ke..?

Tanpa Nama berkata...

Parti Syaiton Se Malaysia

Benbrahem berkata...

Pas ada ratib anti-Dap. Ada satu lagi ratib untuk ex-ahli Pas aka ahli Amanah iaitu "ratib al-Hadi". Bukan ratib al-Hadid. Ratib ini ok. Tapi ratib al-Hadi sungguh mrnyeramkan. Sebutannya "barua, broker, tolol, pengkhianat, munafik haraki, anjing, babi". Inilah yang selalu diratibkan oleh pemimpin2 dan walaon2nya!

Tanpa Nama berkata...

Cuba tanya Mustafa, berapa elaun pengarah dia dapat semasa menjadi pengerusi Harakah. Cuba tanya staff Harakah apa kebajikan yang beliau usahakan untuk staff Harakah. Hipokrat-hipokrat inilah yang mejahanamkan PAS dan Harakah tetapi menuding jadi kepada orang lain kerana mereka direstui oleh puak-puak walaun.

omar daud berkata...

Salam:

PELIK BIN AJAIB, di selangor exco DAP/PAS/PKR saling bekerjasama dalam kerjaan Selangor, bila iskandar Samad bersama rakyt selangor dan memeberi PENERANGAN kepada rakyat bukankah ia menjadi jurucakap DAP juga????????????

manakala TONTOWI MENANG di temerloh dan ust idris di bukit gantang hasil sokongan pengundi2/pemimpin2 DAP...Bukankan dia menjadi jurucakap DAP juga?????????

Atau ISLAM TAJAAN PAS ini BERPILIH-pilih...BILA BAB AL-FULUS ,KESENANGAN,KEMEWAHAN,JAWATAN.....TIDAK DIAMBIL KIRA!!!!

Buatlah apapun mengenai issue DAP,akhirnya seperti meludah kelangit.
Masih Adakah MARUAH DIRI lagi!!! tinggalkah sahaja apa2 jawatan yg diperolehi hasil bersama semasa BERSEKEDUDUKKAN dgn DAP dulu2.

wallh'ualam.

taqs berkata...

Sy rasa x adil mengatakan amanah mengulang2 tuduhan yg selalu diungkapkan oleh umno dan dap seperti pas adalah parti yg mgamalkan amalan ISIS, mengkafirkan org dan lain2. Tetapi pada masa yg sama pas dok mengulang2 perkataan yg diungkapan umno spt amanah parti tunggangan dap dan pelbagai. Itulah sbbnye pemimpin pas dah rasa mereka hampir maksum hingga kesalahan mereka sendiri pun x nampah

Tanpa Nama berkata...

Sy rasa x adil mengatakan amanah mengulang2 tuduhan yg selalu diungkapkan oleh umno dan dap seperti pas adalah parti yg mgamalkan amalan ISIS, mengkafirkan org dan lain2. Tetapi pada masa yg sama pas dok mengulang2 perkataan yg diungkapan umno spt amanah parti tunggangan dap dan pelbagai. Itulah sbbnye pemimpin pas dah rasa mereka hampir maksum hingga kesalahan mereka sendiri pun x nampah

Tanpa Nama berkata...

Sepintas lalu saya setuju dgn tuduhan Mat Sabu penyampai DAP.
Bukan saja Abg Mat malah Amanah dan PKR juga.
Untuk Abg Mat…Pernahkah pemimpim pas mengkaji dan meneliti kenapa ianya terjadi begitu??
Bukankah selama ini ,kita boleh makan sepinggan dan minum satu gelas tampa ada syakwasangka..halal haram.
Kalau duduk semeja, tidur sebantal memang tak dapat dinafikan lagi.

Selama ini saya beranggapan BN mengikat ahlinya dgn ringgit..
Manakala PAS pula dgn Islam.
Bukan sehari dua ikatan ini ditarbiah oleh pakar pakar ulamak dalam pas malah tahun demi tahun..berhujan dan berpanas perkara biasa.

Timbul satu persoalan.
Apa yg berlaku hari ini adalah satu kegagalan.
Setiap kegagalan ada penyebabnya..

Cuba kita renong dan berpikir apakah penyebab nya.
Ada 2 perkara yg memainkan peranan dalam kes ini.
Samaada orang yang mentarbiah atau yang jadi ketua itu takpandai atau Islam itu tak bagus.
Tapi adakah Islam itu tidak bagus //??? Mejoriti dari kita akan berkata tidak mungkin..
Oleh yg demikian siapa sebenarnya tak baik.

Inilah penyakit dalam pas, bila gagal dia akan menyalahkan orang lain yg menyebabkan kegagalan itu.
Tidak pernah untuk menyalahkan diri sendiri.
Sifat takabur ,riak,dan sombong bodoh yg diwarisi perlu di kuburkan segera.
Percayalah wahai sahabat. Perkara yg tak rasional atau berfikiran secara songsang tidak waras itu tidak mungkin akan berkekalan.
Kalau ini yg kita amalkan semakin cepatlah kepupusan bangsa Melayu.

Janganlah kesucian ugama itu yg kita pertaruhkan diatas kebodohan kita sendiri.

Pas sekarang ini sudah tak mampu utk berperang dalam politik.
Pas Cuma ada mariam tua dan peluru kapor yg hanya boleh menggertak lawan nya sahaja.
Dengan peluru kapor itu jua dia menggertak ahlinya…kadang kadang tak meletop pun..
Bila ahli keluar lastik ….baru nak ajak berbincang.
Sesiann…

Tanpa Nama berkata...

Itu jealah modal yg pascai ada...dap, dap dan dap...
Dah sama mcm umngok...umngok dulu...sikit2 anwar, semua sebab anwar...skrg dah berjangkit kat pascai...ini semua sebab dap...apa daaaa...perangai sendiri yg huduh mcmlah rakyat tak nampak...ponteng hadir parlimen pun sebab dap jugak ke...

Tanpa Nama berkata...


Apa yang di perkatakan oleh Mustafa bukan nya satu penafian.

Apa yang di katakan oleh Mat Sabu ujud nya fahaman Isis dalam PAS bukan nya satu yang boleh di jawab dengan begitu sahaja kerana ianya lebih berat dari isu NFC, malah lebih berat dari isu RM 2.6 ..

Sekadar membalas dengan mengatakan Mat Sabu sebagai jurucakap DAP tidak mampu menjelaskan sokongan Nik Aduh dan Din Ayam yang menunjukkan sokongan dan mengangkat kematian Lotfi Ariffin dan mereka yang tinggalkan PAS hendak lah di hapuskan.

Sepatutnya Mustafa mengunakan pendekatan Salahuddin yang mengatakan fahaman IS boleh meresap dalam mana-mana parti termasuk Amanah bagi menghentikan 'takfiri' diantara kumpulan-kumpulan dalam Islam.

Bagaimanapun setakat ini Amanah belum ada tanda-tanda amalan 'takfiri' jika dibandingkan dengan PAS. Itu pun masih ada pemimpin Amanah yang mengambil pendekatan tidak bersetuju dengan Mat Sabu. Kerana secara tidak langsung kenyataan Mat Sabu termasuk dalam takfiri.

Segelintir pemimpin PAS yang selama ini mengelar, mencela dan menuduh bermacam-macam pada pemimpin Amanah tidak pernah di perbetulkan dan di tegur oleh Timbalan dan Naib termasuk Dewan Ulamak.. Apa yang di katakan ini pun boleh di kira takfiri sekalipun ianya memang dilakukan oleh pemimpin PAS.

So, kawan-kawan, biarlah kita jangan jadi kumpulan yang di resap 'takfiri' kerana kebenaran dan keadilan akan berjalan ...


- SAIH -

Tanpa Nama berkata...



Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub, berkata pihaknya khuatir dengan ideologi IS yang dilihat berkemungkinan menyerang parti itu, berikutan ia sudah melanda banyak pergerakan kumpulan Islam di seluruh dunia, termasuk negara ini.

Setuju dengan Salahuddin.

Penyokong PAS dan Mustafa seronok dengan kenyataan Salhauddin kerana seolah-olah kenyataan Salahuddin memperbetulkan apa yang Mat Sabu katakan.

Itu kata mereka. Ini kata kita (saya) pula

Yang di maksudkan oleh Salahuddin ialah pihaknya khuatir dengan ideologi IS yang dilihat berkemungkinan 'menyerang' parti itu.

Pihak mana kah yang di katakan 'menyerang' ? Sudah tentu pihak yang telah di 'resapi' oleh fahaman IS. Parti manakah yang memulakan 'takfiri' dan yang pemimpin nya menulis menyokong pejuang IS ? Mustahil parti yang baru lahir yang menyerang parti yang lebih lama ? Mustahil parti yang baru beberapa bulan pulak yang 'menyerang' parti yang telah berpuluh-puluh tahun lamanya dan yang begitu kuat ?

- SAIH -

muhd ammar afif berkata...

maaf saya nak menegur jgn kita buat perkara yg sama mcm pas mengkafirkn org dah membuat cacian mcm tuan sebut syaitan.. hope tuan tarik cacian istilah pas itu..

Azmi Saffie berkata...

Betui..betui..betui..

Husmad Ahmad berkata...

Parti umno sedang bercakaran parti pembangkang susah nak bersatu jadi macam mana dengan target nak ke putra jaya?

Abdul Said berkata...

Undi Pas = Undi Umno. Undi Hadi = Undi Najib. Ada faham ka??? Kalau tak faham ada lagi satu. Undi Hadi = Undi Brehim Ali.

Dol berkata...

Siri 1

PILKUDA DAN KESANNYA KEPADA OTAK

Pilkuda adalah ubat khayal yg boleh merosakkan otak tkkira org muda, org tua, ulamak, ahli politik, lelaki, wanita, yg suka pakai spender atau tidak. Kesan pilkuda akan kena kepada sesapa saja. Kesannya ialah mangsa akan sentiasa berkhayal perkara2 karut yg tiada asas.


KAITKAN PAS DGN IS DIANGGAP JURUCAKAP DAP

Satu khayalan pilkuda yg sgt dangkal.

Apa kena mengena DAP dgn IS ? Betul2 takde modal.

Kalau mat sabu kena saman trafik pun tapa akan kata punca DAP. PAS mengatakan Amanah pengkhianat dan mesti dihapuskan, lebih utama dpd musuh sendiri. Amanah yg jadi mangsa doktrin IS pemimpin PAS, kenapa nk tunggu DAP bagi idea utk jawab?

IS adalah isu umat Islam, tak kaitan langsung dgn DAP.


STRATEGI DAP BURUKKAN PAS

Khalayan sindrom takut DAP tapa.

PH tkperlu apa2 strategi nk burukkan PAS. PAS memang dh buruk dgn sendirinya. Adakah Hj Hadi ponteng parlimen kerana dihasut DAP? Supaya PAS dpt nama buruk?

Adakah PAS gagal bentang hudud disebabkan DAP halang mereka ke parlimen ditengah jalan? Kalau dia ponteng parlimen sebb manipulasi DAP, waah hebat sungguh DAP dan banggang sungguh haji itu.


MAT SABU KEHILANGAN STEAM

Khayalan sexual tapa.

Dasar tapa ni tk lekang dr unsur lucah steam. Dulu tk percaya kes spender, tp bila dia guna perkataan steam seolah2 ada kebenarannya mat spender ini. Otak mcm umnu menjurus ke lucah saja.

Kalau demi survival politik lebih baik mat sabu kekal jd balaci PAS mcm tapa. Join saja walaun maka kekallah mat sabu Tim. Presiden. Tapi mat sabu menentang arus walaun dan menghadapi kecaman dr PAS sendiri. Ini bukti mat sabu seorg pejuang bukan seorg melukut dalam politik mcm tapa.


DAP MAHU DOMINASI TOTAL ORG CINA

Khalayan otak assobiyah tapa hasil berkawan dgn umnu.

Sebagai parti politik kita memang nk undi semua bangsa, bukan cina atau melayu saja.

Dgn memburukkan PAS jika ianya fitnah, DAP takkan dpt undi. Pengundi cina org yg bijak. Mereka nilai apa kerja buat org politik membela mereka. Mereka tolak pemimpin yg menipu dan rasuah. Tak logik DAP timbulkan isu IS utk dpt dominasi pengundi cina. Cina peduli apa isu IS.

Dol berkata...

Siri 2

LGE JAMIN TEMPAT MAT SABU BLH MENANG ATAS TIKET DAP ATAU AMANAH

Khayalan politik tapa sebelum PAS berkubur dpd politik.

Dah mat sabu ada parti sendiri buat apa nk guna logo DAP. Mat sabu seorg ketua parti politik bukan mcm tapa yg hanya balaci hj hadi. Nak buat apa ketua sebuah parti menumpang logo parti org lain.

Lainlah ketua PAS kuat ponteng parlimen. Tak lama nnti gunalah logo umnu utk survival politik sebab org dah menyampah tengok logo telur penyu busuk ditengah2 warna hijau.


IKRAM, ALAMI MERESAP DLM AMANAH DAN TAK SENANG LATARBELAKANG MAT SABU

Khayalan jin meresap ala harun din dalam otak tapa.

Adalah bodoh utk IKRAM atau ALAMI masuk Amanah kalau mereka tidak suka presidennya. Kenapa mereka tk masuk PAS? Sebab PAS 100 kali lebih busuk dpd UMNU. Kenapa mat sabu nk rasa tergugat dgn mereka? Sedangkan memang Amanah kempen ngo2 beramai2 bersama mereka.

Sindrom takut tergugat ni hanya ada pada pemimpin umnu dan pasug saja. Kalau mat sabu takut tergugat sebagai pemimpin politik lebih baik dia bertanding atas bebas.. guna logo spender besar...dan koyak.


PERSEPSI AMANAH PROKSI DAP

Khayalan budak dadah meresap dlm otak tapa.

Ini alasan budak2 paling bodoh dlm umnu meresap dlm otak tapa. PERKASA pun tk guna dah alasan bodoh ni. Yg pasti PAS adalah kuda dan keldai tunggangan UMNU. Dan UMNU sgt kecewa sebb keldainya itu sgt slow dan suka tidor dan ponteng buat kerja. Perabis duit umnu saja bagi makan keldai jenis PAS ni. Ada hati keldai ni nk jadi penasihat tuan dia. Kalau dah keldai tu buatlah cara keldai.

Klu umnu bela PAS tapi PAS tk berperanan dlm parlimen, ponteng kuat, rugilah umnu. Ingatkan PAS singa garang yg boleh lawan PH dlm parlimen, rupanya nk gaji buta tidor saja. UMNU reject keldai PAS. Hanya keldai tak malu aja yg terhegeh2 dgn umnu.


PROVOKASI TIDAK MEMBERI KESAN PADA PAS

Khayalan merasa kuat mcm superman tapa (superman memang suka tayang spender)

PAS ni memang jenis dh dungu, sudah tentu takde apa pun akan beri kesan pd PAS. Kita sedar itu. Masih khayal dengan merasa kuat kuat dan kuat. Yg pasti PAS memang kuat membohong dan kuat ponteng dan kuat melabel org lain.

Kuat mengampu umnu juga dan kuat jilat najib.
Cakaplah dan nasihatlah sebanyak mana kebenaran pun, memang tk beri kesan kpd PAS. Sebabnya kerana matahati PAS sudah dibutakan oleh HUDDDUUUUUUIIITTT. Hudud hanyalah khayalan PAS saja.

Tanpa Nama berkata...

Saya suka komen Abang Dol..

Mantap dan berisi bernas. Teruskan bang

Tanpa Nama berkata...



Terimakasih Dol.

Panjang tapi berisi dan sungguh menarik.

- SAIH -

Tanpa Nama berkata...

Kta biarkan pas dgn bulan.... Kta tukar ke amanah pulak.

Anti Fitnah berkata...

Sejahat-jahat DAP, depa tak pernah khianat pada rakan dalam PR malahan memecat ahlinya yang bertanding sebagai calon bebas melawan calon PR.
Sebaik-baik PAS, asyik dok tikam belakang rakan dalam PR dengan memasukkan ahlinya sebagai calon melawan calon PR terutama PKR.
Siapa yang sebenarnya anak haramjadah? PAS, UMNO atau DAP? UMNO daha haramjadah lama dah. PAS dah mula mengorak langkah mengikuti jejak UMNO malahan lebih hebat daripada UMNO. UMNO juga tidak tikam sahabatnya dalam BN walaupun depa tu memang jahat. DAP ... akan menghukum ahli yang jadi pengkhianat dan bukan mengiyakannya.
PAS ... macam mana mu ????? Haramjadah juga kot malahan lebih teruk daripada UMNO tok tok.

Tanpa Nama berkata...

Betul2...tapi geng walak buta kayu tak boleh terima hakikat ini...hebat betul hadi...yg huduh pun napok comel...

Tanpa Nama berkata...

Dh sampai masanya pas Jd balachi umno...