5 Dis 2015

Dokumen NOW Benar, Presiden & Timbalan YAPEIM Letak Jawatan

Akhirnya… Presiden, Timbalan letak jawatan dalam anak syarikat YaPEIM

Kira syabaslah untuk untuk National Oversight & Whistleblower (NOW) kerana pendedahan tentang YaPEIM sebelum ini.

Taklah mereka anak-beranak Umno ‘pulun’ semua jawatan sehinggakan merasakan hanya diri sendiri yang berkelayakan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yapeim, Datuk Abibullah Samsudin berkata Presiden dan Timbalan Presiden YaPEIM telah meletak jawatan di dalam semua anak-anak syarikat YaPEIM, termasuk perletakan jawatan Felo Institut Penyelidikan dan Perundingan YaPEIM Sdn. Bhd berkuatkuasa pada 1 Disember 2015.


“Keputusan ini dibuat oleh presiden dan timbalan presiden YaPEIM bagi membolehkan mereka memberi tumpuan sepenuhnya kepada urusan-urusan di YaPEIM.

“Penambahbaikan tadbir urus YaPEIM akan dibuat secara berterusan bagi memastikan YaPEIM menjadi sebuah institusi ummah yang dipercayai dan diyakini,” katanya dipetik The Rakyat Post.

Untuk makluman apa yang didedahkan NOW sebelum ini, senarai jawatan yang disandang oleh Presiden YaPEIM, Dato’ Haji Abd. Malek B. Awang Kechil berserta gaji dan elaun bulanan:-

Presiden Lembaga Pemegang Amanah
RM15,000.00
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah
RM15,000.00
Pengerusi Jawatankuasa Kerja YaPEIM
RM5,000.00
Pengerusi Panel Pemikir Pembangunan Ekonomi Islam
RM5,000.00
Pengerusi Jawatankuasa Khas LPA Program Mikro Kredit
RM5,000.00
Majlis Penasihat Teknologi Emas & Galian Bernilai
RM5,000.00
Penasihat Dasar dan Operasi Skim Ibadah Korban YaPEIM
RM5,000.00
Pengerusi, Institut Penyelidikan Dan Perundingan YaPEIM
RM4,500.00
Pengerusi, Pusat Khidmat Pembangunan Usahawan YaPEIM
RM4,500.00
Pengerusi, Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin
RM4,500.00
Pengerusi, PJ Perdana Management & Services
RM4,500.00
Pengerusi, YaPEIM Hospitality International Sdn Bhd
*tiada maklumat
Jumlah pendapatan bulanan melalui YaPEIM = RM73,000.00 sebulan.

Berikut pula adalah senarai jawatan yang disandang oleh Timbalan Presiden, Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Binti Hussin berserta gaji dan elaun bulanan:-

Timbalan Presiden Lembaga Pemegang Amanah
RM15,000.00
Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah
RM15,000.00
Pengerusi Jawatankuasa Audit YaPEIM
RM5,000.00
Ahli Jawatankuasa Pengawasan Syariah YaPEIM
RM1,000.00
Pengerusi Perbadanan Infaq YaPEIM Sdn Bhd
RM4,500.00
Ahli Lembaga Pemegang Amanah PEMANGKIN
RM2,500.00
Ahli Lembaga Pengarah YaPEIM Smart Venture
RM2,500.00

Jumlah pendapatan bulanan melalui YaPEIM = RM45,500.00 sebulan.

-ekeleh.com


YaPEIM tubuh ‘task force’ laksana tadbir urus sempurna

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) sedang melaksanakan langkah-langkah penambahbaikan ke arah mencapai sistem tadbir urus yang sempurna secara berterusan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Abibullah Samsudin berkata usaha ini diambil setelah menerima arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membentuk satu pasukan khas atau ‘task force’ bagi menilai dan menambah baik aspek tadbir urus agensi-agensi agama termasuklah YaPEIM.

“Pasukan khas ini akan diketuai oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Di dalam perbahasan pergulungannya di persidangan Dewan Rakyat pada 17 November 2015 telah menyatakan kesediaan pihak menteri dan timbalan menteri untuk menambah baik tadbir urus semua agensi-agensi agama di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) termasuklah YaPEIM.

“Beliau turut menyarankan agar agensi agama seperti YaPEIM hendaklah bukan sahaja memastikan segala operasinya mematuhi peraturan tetapi juga mestilah sentiasa berusaha untuk menepati prinsip moral dan integriti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abibullah berkata buat masa ini, presiden dan timbalan presiden YaPEIM telah meletak jawatan di dalam semua anak-anak syarikat YaPEIM, termasuk perletakan jawatan Felo Institut Penyelidikan dan Perundingan YaPEIM Sdn. Bhd berkuatkuasa pada 1 Disember 2015.

“Keputusan ini dibuat oleh presiden dan timbalan presiden YaPEIM bagi membolehkan mereka memberi tumpuan sepenuhnya kepada urusan-urusan di YaPEIM.

“Penambahbaikan tadbir urus YaPEIM akan dibuat secara berterusan bagi memastikan YaPEIM menjadi sebuah institusi ummah yang dipercayai dan diyakini,” katanya.
-therakyatpost



32 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Padan la muka....orang ramai dah tarik balik sumbangan..termasuk la aku....selagi org umno kat atas tu.selagi tu la aku xkan bagi dah apa2 sumbangan...kito gaji dua ribu, potong gaji bagi kt org miskin..bayar zakat lagi...sebulan makan pun xcukup...yg dapat kt pimpinan atas dok pelahap...leburrr...moga mendapat balasan...

Abdul Said berkata...

Tak kisahlah siapa letak jawatan, salah banyak atau salah sikit, yang penting in satu pengajaran amat berguna kepada umat Islam Bani Melayu. Selalu mudah terpedaya dengan kata-kata manis, janji pahala dari manusia, tepersona dengan serban, janggut, songkok, baju Melayu, pangkat dan gelaran. Nakal Mat Rmpit selalunya membahayakan diri sendiri sahaja. Kata-kata manis orang yang menjaga duit orang ramai belit mereka lagi teruk dari perompak bank. Perompak bank selalunya mati ditembak polis atau dipenjara. Perompak dan penyamun terhormat hanya disuruh letak jawatan. Disaat ekonomi merudum dengan segala kos meningkat adalah wajar derma-derma berkala dan melalui potongan gaji disalorkan ketempat lain yang boleh meringankan beban mereka yang dalam kesempitan hidup!! Ingatlah kini sudah ada orang yang makan sekali sehari. Sudah ada yang makan nasi campur dengan sayur sahaja. Sudah ada yang makan pagi dan malam sahaja. Kesusahan lain seperti tidak mampu pergi ke hospital, tak mampu membeli lampin dewasa untuk ibu dan bapa, tidak mampu membayar yuran sekolah dan tidak mampu macam-macam lagi sentiasa ada disekeliling kita!!

Tanpa Nama berkata...

Tak de dgr pun komen2 dr pas,diam je,mana tuan panasihat??

Tanpa Nama berkata...

DUIT GAJI DAN ELAUN YG DI AMBIL,TOLONG PULANGKAN YEE!!!MUSIBATTT

Tanpa Nama berkata...

org potong gaji nak bantu ekonomi org Islam. mereka baham gaji besar demi nak hidup senang lenang. sepatutnya segala elaun dan gaji dlm yapeim ni kena kaji kembali. baham gaji dah sampai mcm gaji menteri pula. org lain buat NGO sehabuk gaji pun tak ambik. malah keluar duit sendiri dan berbuih mulut minta org ramai membantu mereka. yapiem mudah dapat duit sumbangan dan bantuan kerajaan senang lenang belanja duit konon demi umat Islam. buat kursus kawin sampai setengah juta. baik duit tu bantu fakir miskin dan asnaf.

lain kali kerajaan buat syarat la. setiap pelajar malaysia yg ingin menyambung pelajaran ke universiti luar negara, wajib hadiri kursus kahwin. ini buat kursus kahwin diluar negara. kahwin di luar negara, tak perlu sijil kursus kahwin pun. ini helah org2 yg nak berjalan luar negara dgn tajaan penuh yapeim. inilah yg berlaku bila akal boh kat kepala lutut. itu pun ada juga menteri yg bertaraf doktor nak memikul biawak hidup. soal yapeim buat untung itu semua org tak kisah. ini soal moral dan akhlak. patutnya menteri yg kemungkinan baru tahu akan hal ini. cakaplah kami akan siasat dan ambil tindakan yg sepatutnya. walaupun segala yg berlaku melalui prosedur sah. tapi isu sapu bersih jawatan dan elaun juga, program kursus kahwin luar negara ini perlu diteliti kembali. dlm keadaan ekonomi yg tidak menentu. pembaziran dan bolot jawatan dan elaun tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah yayasan berasaskan Islam.

itu pun masih ada parti yg nak jadi penasihat dan bekerjasama dgn mereka2 ni. maybe nak ambik manfaat kot. kot2 nanti leh dilantik berjawatan dlm yapeim agaknya. kot2 leh dapat tempias kesenangan agaknya.

Tanpa Nama berkata...

Melayu bangsattt...buat malu Islam ajer..

Tanpa Nama berkata...

Adakah ruang dan peluang untuk mendawa mereka?

Tanpa Nama berkata...

Sedang menunggu tawaran utk gantikn tmpat tu..mcm ustaz nasha dpt gnti dato saifuddin..masyuukk..

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Tidak keterlaluan jika kita membuat kesimpulan bahawa pengurusan Yapeim ibarat "harapkan pegar, pegar makan padi". Penderma-penderma majoritinya adalah kakitangan kerajaan yang mempunyai niat suci murni membantu mempertingkatkan ekonomi umat Islam. Mereka sanggup menderma berdikit-dikit dengan membuat potongan gaji secara bulanan. Betapa malangnya wang derma mereka dimamah rakus oleh mulut-mulut yang tiada pertimbangan kemanusiaan. Walaupun dengan berselindung dengan menggunakan pelbagai jawatan untuk mendapat gaji dan elaun-elaun tertentu, namun tiada siapa yang dapat menapikan bahawa salah guna kuasa telah berlaku. Sewajibnya wang derma ini diserahkan kepada mereka yang benar-benar mengharapkan bantuan, tetapi keadaan sebaliknya berlaku. Wang derma tersebut disalahgunakan untuk mengisi tembolok pengurusan tertinggi yang bernafsu besar, tamak dan haloba.

Begitu mudah manusia yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama Islam untuk memanipulasi wang derma. Bila mengutip derma bermacam-macam dalil dan nas digunakan untuk memujuk seseorang agar menderma. Rupa-rupanya mereka ada niat jahat disebalik mulut manis melontarkan ayat al-Quran dan hadis. Sebenarnya mereka inilah yang menjual agama untuk memenuhi nafsu serakah demi mengejar habuan duniawi. Pada hakikatnya masih terlalu ramai lagi umat Islam yang miskin dan sangat-sangat mengharapkan pembelaan dari pihak yang berwajib. Selama ini Yapeim dilihat mampu memperbodohkan penderma, tetapi itu dahulu dan tidak selamanya. Terima kasih kepada NOW kerana keberhasilan membuat pendedahan penyalahgunaan kuasa pimpinan tertinggi Yapeim. Jika tiada pendedahan maka akan berterusanlah slogan, "Zakat: kutip ikut amil dan belanja ikut Jamil". Dengan pendedahan tabiat buruk Yapeim ini dikhabarkan 3,000 orang penderma telah menarik balik derma bulanan mereka. Penderma tertipu. Yapeim, kamu ini bagaimana dan kenapa menipu?

Unknown berkata...

Mak bapak antar anak belajar luar negeri bukan suruh kawin...bawa balik ijazah dulu.Ini yg yapiem sibuk buat kursus kawin tu apa jadah nya.ambil kesermpatan pulak tok menteri kita ni. ..pelahap juga

Tanpa Nama berkata...

Penasihat 25% kata, ini kerja DAP,nak hancurkan orang melayu dan umat islam.

Tanpa Nama berkata...




Wahai Sahabat....AMANAH Budiman
Hidup Mem-BERI...Indah Di HATI
Indah Di Hati...Indah Lah AMALAN
Tak Wujud FITNAH...Songlap Men-CURI
Tak Wujud PONTENG...Merapu Alasan
Tak Wujud U-Turn...Menodai JANJI
Itulah Sebaik-Baik...NASEHAT Tauladan
Jangan lah Coba...Men "TOLOL"kan Diri
Nak Jadi "PENASEHAT"...Si Penasehat pun Syaitan!?



Wahai Sahabat...AMANAH Sejati
FITRAH Mem-BERI....Fitrah Syurgawi
PANTANG Me Nyonglap...Pantang Men CURI
PANTANG Mem FITNAH...Murtad yg Keji
PANTANG Memonteng...Memungkiri Janji
Tunggang TERBALIK...Umat Di Khianati
Umat Di Khianati...Kan "BINASA" lah Diri!




Sahabat AMANAH...Sahabat Sejati
FITRAH Yg Lurus...Ber CAHAYA Di Hati
FITRAH Yg Kudus...Memancar Ber SERI
FITRAH Penyayang...Santun SIMPATI
FITRAH Mem-BERI...Lambang Syurgawi..
BATIN-Mu Kan "Terbang"...Ke Makam Ter PUJI
Makam yg INDAH...INDAH Tak Ber Tepi
Menjadi Sanjungan..Di LANGIT..Di Bumi





Tanpa Nama berkata...

Abih boleh blah, mana cekau duit lagi, bulan-bulan masuk RM 12,000.00 tetiba tak de kerja, audi ni sapa nak bayar, nanti kena tarik nak pakai apa?
Patutlah Yapeim rajin pergi tiap agensi kerajaan bagi ceramah suruh potong gaji, ini rupa kerja diorang selama ni.

inaara cahaya berkata...

Betul

Tanpa Nama berkata...

Aku mula berenti potongan 30 hinggit aku bulan januari depan. Malaslah nak derma2 stail potong gaji cam neh.... lagipun ypeim dah kaya raya. 30 hinggit tak besar mane pom.

Tanpa Nama berkata...

Jamil Khir pula bila nak letak jawatan? Kalau dia masih berkuasa lagi, memang tak bermaruahlah!

Tanpa Nama berkata...

Bani Melayu sial..makan la ko duit haram tu..ni sume kerja melayu sial berdarah UMNGOK..kat akhirat tak terlepas la ko..daripada ketua parti,menteri agama ,kaki ampu baru lantik JPM,sume taraf penyamun..tak malu ke ko nanti angkat bendera parti menagih undi rakyat PRU14 ,dah menang pakai balik topeng penyamun..rakyat yang bodoh tahap babi hutan je pangkah parti Benyamin Netanyahu (BN).

Tanpa Nama berkata...

DAP ADA BUAT SONGLAP DUIT DERMA PERSATUAN2 CINA KE

WAHAI MELAYU PASUMNO... KAU TKTAU KE MUNAFIK ITU LBH BAWAH NERAKA DPD KAFIR.

TKTAU KE MAKAN HARTA HARAM PERUT AKAN DIISI API NERAKA.

ZAMAN NI KENA CERITA LBH MENGENAI NERAKA.

HJ HADI SIBUK PASAL TUNJUK PLAKAD KT PARLIMEN KONON TK BERADAB... BAB KEZALIMAN MCM NI SENYAP AJE JD SETAN BISU BUTA PEKAK TULI

DIA INGAT ALLAH HERAN KE DIA NAIB PRESIDEN ULAMAK DUNIA YG BISU PD KEZALIMAN

NAK SOKONG GENG SETAN BISU LAGI KE?

Tanpa Nama berkata...

Kutu perut dah bunchit dah makan duit haram baru nak letak jawatan.kemudian media bangst ni pun satu bangsat.org nak tenguk pengkhianat ini kena tangkap bukan nak letak jawatan

Unknown berkata...

Duit aku ada dlm ni... walau pun sikit...aku betul2 marah..dan menyumpah dlm hati.. kalau tgk carta peraturan yapeim semua ahli lembaga menanggung dosa kalau itu jadi dosa. Patut dia semua ni faham setiap nak buat projek yapeim perlu tubuh anak syarikat kenapa..perbelanjaan bertambah... aku bg contoh OPERASI SKIM IBADAT KORBAN YAPEIM perlu tubuh anak syarikat ke..?. Kalau nak buka ladang lembu lain. Imam kg aku nak buat korban.. dr cr lembu lapah dan masak percuma je.. ikut logik akal kenapa benda senang kena tubuh anak syarikat supaya ada ahli lembaga supaya ada elaun.. begitu juga nak buat hospital swasta.. bg aku projek yapeim begitu hanya perlu tambah kakitangan je. Samaada jurutera dlm bidang tertentu.. bos besar sama gak.. bos besar perlu pantau.. samaada untung atau rugi.. aku mcm tak percaya... tambah je kegiatan yapeim tubuh anak syarikat... ahli lembaga org itu juga.. elaun meningkat...memang betul bos besar yapeim buat duit sumbangan tu.. mcm duit emak bapak dia org.. aku rasa skg ni..semua ahli lembaga samada ibu pej. Atau anak syarikat tak tidur mlm...berribu kena sumpah seranah..

Tanpa Nama berkata...

kt luar negara ramai ust nk belajar kwin tk perlu penyamun menyibuk buang duit pi sana.

elok buat kursus PEMAKAN HARTA ANAK YATIM ADALAH ISI NERAKA

ini kursus sgt relevan

Tanpa Nama berkata...

lain kali jgn percaya dgn kutipan derma yg dikelolakan oleh org umno! derma banjir, bencana alam dll. ada audit tak. skrg tok lebai berserban pun tak boleh percaya sangat

Tanpa Nama berkata...

hati2 dgn korporat muslim sebegini. tunggu nak rembat aja. mcm2 nas boleh diberikan

Tanpa Nama berkata...



Mansuh je YAPIEM. Tak de sesiapa yang nak bagi derma lagi.

Kalau tubuh apa-apa yayasan pun selepas ini, tetap jenis malaun jugak yang jadi Presiden dan Timbalan Presiden. Setahun dua okay lah ...

Tanpa Nama berkata...



Sebulan RM 73,000 dan Timbalan 45,500 sebulan.

Jumlah tahun menjawat jawatan sebagai Presiden dan Timbalan Presiden RM berapa ?

Tanpa Nama berkata...

Kami rakyat hidup makin miskin...kami sedar masih ada lagi miskin dari kami...potongan gaji bulan2 nak bantu org miskin dr kami...cukai pun kami bayar...zakat mmg dah wajib bayar memang xpelah...gaji sederhana aja...tengok payslip ja mcm byk...tp hakikat kos hidup yg tinggi, xboleh menyimpan..cukup2 makan ja..anak bini nak tanggung lagi...sana sini cukai saja...kami xpalah.blh ikat perut...tp xkan sanggup nak tgok anak bini ikat perut...kena la cari duit lebih...cari lebih pun xdpt lebih mana pun...kami xpalah lagi...antara golongan sederhana...masih boleh survive sikit ...tp mcmna golongan yg miskin...mereka lagi terkesan..keadaan memaksa mereka mencari rezeki yg tak halal sbb nak cari rezeki halal xseberapa mana...sedihnya hidup kt negara ni...memang xpernah langsung undi bn...tp terkesan la hasil pilihan org lain...harung je la...bila dpt tau kes songlap ni.mmg xterkejut..tp geram...ingat lah doa org yg dizalimi tiada hijab...aku doakan satu je.moga pilihanraya lepas ni, tiada parti yg zalim sebegini akan menang...

Tanpa Nama berkata...

pelik juga ....pelajar-pelajar malaysia kat perancis je gatal-gatal nak kahwin ke..??? camana pelajar kat negara lain, tak reti nak kahwin belaka ke? Khunsa belaka agaknya yang belajar tempat lain tu ....?

jamilkhair bila pula nak letak jawatan...???? tak malu ke...??????????

nick berkata...

UMNO ni adalah wabak berbahaya yang sedang mengancam kehidupan rakyat. Apa sahaja yang disentuh oleh UMNO akan musnah dan hancur. Tanah rezab melayu sudah tinggal sekangkang kera aje. Sudah berapa banyak organisasi, pertubuhan, badan2 dan perniagaan milik bumiputera serta berkaitan denga Islam yang sudah terkubur dek penangan UMNO ni. Dana negara dah hampir 1 trillion lesap dan sekarang UMNO sedang menghancurkan negara ini pulak dengan menambah hutang untuk perkara2 yang membazir.

Hutang negara sudah melebihi 600 billion (tak termasuk hutang2 yang secara tak langsung ditanggung atas jaminan). Orang melayu ingat hutang ni UMNO nak tanggung? Jangan mimpi lah! nanti sampai anak cucu kita kena tanggung hutang2 yang dibuat oleh orang2 UMNO ni. Kita susah disuruhnya berjimat cermat tapi diaorang nak bermewah2, senang aje dengan menambah hutang (kita jugak yang kena tanggung). Undilah lagi UMNO ni biar kita semua jadi hamba abdi dan dijual kepada negara asing. Aset strategik pun dah kena jual cuma tunggu masa je nak jual rakyat.

Nick.
Cape Tiger.

Tanpa Nama berkata...

Terbaik, semua salah dap cina kafir yang celaka dan berniat Hina agama. Tuan guru HHA boleh confirm

otoote berkata...

Si Jamil camne?...sepatutnya ceo cfo coo semua kena pecat skali dgn menteri ..timbalan menteri....perdana menteri. Sembelih 2 ekor tu buat korban....yg lain kira dah bersih ke

otaiblues.blogspot berkata...

orang islam salah guna kuasa pada intitusi yg menjaga membantu umat islam yg memerlukan.
mana maruah kamu?
letak jawatan sebab dah diketahui ramai tentang salah laku.
kalau tak didedahkan.sampai ke matila di kerjakan duit yg ada tu.
memang harem zadih.

Hidup Najib! berkata...

Nak free hoiday,shopping dan main golf