Azmin ikrar kerjasama dengan PAS di hadapan DAP, AMANAH
Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali hari ini mengulangi komitmennya untuk bekerjasama dengan PAS di hadapan pemimpin PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP.
Berucap pada Kongres Pemuda dan Wanita PKR, beliau yang juga adalah menteri besar Selangor berkata parti itu adalah satu-satunya yang boleh membuat semua mereka bekerja bersama-sama.
“Saya gembira kerana inilah satu-satu parti PKR yang berjaya menjana kekuatan DAP, AMANAH dan PAS untuk duduk bersama dalam satu pentas untuk lawan Umno-BN,” katanya.
Antara pemimpin yang hadir pada kongres itu termasuk Ketua Pemuda DAP Wong Kah Woh, Ketua Belia AMANAH, Sany Hamzah dan Naib Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam Khirudin.
“Kita menyambut AMAANH dalam keluarga besar kita dan muafakat dalam Pakatan Harapan bersama DAP dan AMANAH akan terus dibina dan diperkukuhkan.
"PKR juga akan meneruskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan PAS serta Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan parti politik di Sabah dan Sarawak.
"Ini ketetapan yang diambil Majlis Pimpinan Pusat yang bersidang pada 11 Oktober, kita mahu semua pihak khususnya rakan kita menghormati pendirian PKR dan jangan sekali-kali cuba melaga-lagakan kepimpinan dalam PKR," katanya.
Tidak pasti sama ada amaran itu ditujukan kepada rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan iaitu DAP dan AMANAH. -mk
Masalah dalaman pakatan pembangkang mula terserlah apabila pada sidang DUN Pulau Pinang baru-baru ini lima ADUN PKR memutuskan untuk berkecuali berhubung usul Umno mengenai projek penambakan laut. Ketua Menteri Lim Guan Eng yang juga adalah setiausaha agung DAP membayangkan tindakan mereka itu sebagai rampasan kuasa dalam PKR Pulau Pinang. -mk
\ ULASAN GB
Sungguh pelik kenyataan dua tokoh PKR di atas.
PKR yang bergolak dituduhnya pihak lain... iaitu parti komponen Pakatan Harapan.
GB sebelum ini sudah menyatakan bahawa perjuangan rakyat di kalangan komponen Pakatan Harapan perlu diperkukuhkan jika benar ada cita-cita dan hasrat untuk menumbangkan UMNO-BN.
Perjuangan masa depan negara ialah di antara BN dan PH. Anda boleh pilih yang mana satu. Soal PAS tak sertai PH, itu hal mereka. Mereka mahu bersendirian, mereka juga mahu menentang calon-calon DAP dan AMANAH, kata mereka.
Apa hal dan apa hak PKR mahu beri amaran dan menuduh PH kebudak-budakan?
Pertentangan "kem" di dalam PKR tiada kena-mengena lansung dengan PH, tapi PH yang dipersalahkan dan dituduh melaga-lagakan kepimpinan PKR. Sudah nyata bahawa di Selangor PKR cuba merosakkan PH dengan tidak mengiktirafkan pakatan tersebut walaupun PH dibentuk dengan kehadiran dan inisiatif mereka Presiden PKR sendiri. Di Pulau Pinang 5 ADUN PKR berkecuali sewaktu undian terhadap usul wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dalam isu tebus guna tanah pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jumaat lepas. Salah DAP? Salah AMANAH?
Kebenarannya, PKR gagal mendisiplin ADUN-ADUNnya untuk bersatu hati di dalam membuat keputusan berhadapan UMNO BN. Katanya mengikut "suara hati", katanya untuk menggalakkan demokrasi, katanya bla bla bla....
Jika demikian sikap PKR maka memang perlu PKR keluar saja dari PH kerana tanpa disiplin, maka tidak mungkin UMNO BN dapat dikalahkan.
Lihat saja di dalam usul tolak Bajet 2016. UMNO BN walaupun sebelumnya ada desas-desus menyatakan beberapa MOPnya akan sokong usul menolak Bajet 2016 yang dibawa pembangkang, tetapi apabila mengundi rupa-rupanya mereka bersatu hati. Kalah pembangkang.
Di kalangan pembangkang pula tidak wujud hal sedemikian. Berpecah. Di parlimen PAS berkecuali, di DUN Pulau Pinang, PKR berkecuali.
Justeru nampaknya PKR ikut cara PAS. Nak huru-harakan PH dan nak beri kemenangan kepada UMNO BN.
Rakyat dikelirukan dengan permainan-permainan "suara hati" sehingga tidak ada "kesatuan fikr dan kesatuan tindakan" baik di dalam parlimen ataupun di DUN.
Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan. UMNO BN memang akan ditolak oleh rakyat. Itu trend pengundi di dalam pilihanraya demi pilihanraya, apatahlagi sekalian banyak masalah negara yang ada kini adalah disebabkan kebobrokan UMNO BN.
Dan mereka yang tidak jelas pendirian, samada bersendirian atau khianat kepada PH juga perlu ditolak rakyat. Kerana mereka merbahaya. Makan kiri kanan.
Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali hari ini mengulangi komitmennya untuk bekerjasama dengan PAS di hadapan pemimpin PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP.
Berucap pada Kongres Pemuda dan Wanita PKR, beliau yang juga adalah menteri besar Selangor berkata parti itu adalah satu-satunya yang boleh membuat semua mereka bekerja bersama-sama.
“Saya gembira kerana inilah satu-satu parti PKR yang berjaya menjana kekuatan DAP, AMANAH dan PAS untuk duduk bersama dalam satu pentas untuk lawan Umno-BN,” katanya.
Antara pemimpin yang hadir pada kongres itu termasuk Ketua Pemuda DAP Wong Kah Woh, Ketua Belia AMANAH, Sany Hamzah dan Naib Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam Khirudin.
“Kita menyambut AMAANH dalam keluarga besar kita dan muafakat dalam Pakatan Harapan bersama DAP dan AMANAH akan terus dibina dan diperkukuhkan.
"PKR juga akan meneruskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan PAS serta Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan parti politik di Sabah dan Sarawak.
"Ini ketetapan yang diambil Majlis Pimpinan Pusat yang bersidang pada 11 Oktober, kita mahu semua pihak khususnya rakan kita menghormati pendirian PKR dan jangan sekali-kali cuba melaga-lagakan kepimpinan dalam PKR," katanya.
Tidak pasti sama ada amaran itu ditujukan kepada rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan iaitu DAP dan AMANAH. -mk
Masalah dalaman pakatan pembangkang mula terserlah apabila pada sidang DUN Pulau Pinang baru-baru ini lima ADUN PKR memutuskan untuk berkecuali berhubung usul Umno mengenai projek penambakan laut. Ketua Menteri Lim Guan Eng yang juga adalah setiausaha agung DAP membayangkan tindakan mereka itu sebagai rampasan kuasa dalam PKR Pulau Pinang. -mk
Pakatan Harapan jangan jadi macam budak-budak
Wanita PKR mengingatkan parti dalam Pakatan Harapan agar tidak bersikap kebudak-budakan kerana sering mencabar antara satu sama lain dalam pelbagai isu.
Ketuanya, Zuraida Kamaruddin berkata, parti dalam Pakatan Harapan harus meletakkan rakyat sebagai keutamaan dan mengetepikan agenda peribadi atau parti.
"Sikap cabar mencabar antara satu sama lain hanyalah menzahirkan sikap kebudak-budakan masing-masing dalam suasana politik kita yang kini kian rapuh.
"Kami percaya keutamaan harus ditumpukan kepada isu nasional yang menjadikan negara dalam kerugian besar,"katanya dalam ucapan dasarnya dalam Kongres Nasional AMK dan Wanita Tahunan ke-11, hari ini.
Menurutnya, rakan dalam Pakatan Harapan perlu menjaga batas dalam berkomunikasi dengan mempunyai sifat terbuka melalui perbincangan aktif dan kerap.
"Jangan pernah lupakan perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhempas pulas suatu ketika dahulu menyatukan kita dalam satu pakatan.
"Walaupun jasadnya dipenjarakan,namun idealismenya harus diteruskan menjalar dan meresapi pada setiap sanubari rakyat agar tiada lagi penindasan berlaku kerana kecetekan ilmu dalam politik,"katanya.
Beliau berkata, Wanita PKR bersetuju sepenuhnya terhadap resolusi yang dilakukan PKR yang komited untuk meneruskan usaha membina barisan pembangkang yang kukuh dan bersatu serta mencari penyelesaian kepada krisis negara yang mendesak. -SH
\ ULASAN GB
Sungguh pelik kenyataan dua tokoh PKR di atas.
PKR yang bergolak dituduhnya pihak lain... iaitu parti komponen Pakatan Harapan.
GB sebelum ini sudah menyatakan bahawa perjuangan rakyat di kalangan komponen Pakatan Harapan perlu diperkukuhkan jika benar ada cita-cita dan hasrat untuk menumbangkan UMNO-BN.
Perjuangan masa depan negara ialah di antara BN dan PH. Anda boleh pilih yang mana satu. Soal PAS tak sertai PH, itu hal mereka. Mereka mahu bersendirian, mereka juga mahu menentang calon-calon DAP dan AMANAH, kata mereka.
Apa hal dan apa hak PKR mahu beri amaran dan menuduh PH kebudak-budakan?
Pertentangan "kem" di dalam PKR tiada kena-mengena lansung dengan PH, tapi PH yang dipersalahkan dan dituduh melaga-lagakan kepimpinan PKR. Sudah nyata bahawa di Selangor PKR cuba merosakkan PH dengan tidak mengiktirafkan pakatan tersebut walaupun PH dibentuk dengan kehadiran dan inisiatif mereka Presiden PKR sendiri. Di Pulau Pinang 5 ADUN PKR berkecuali sewaktu undian terhadap usul wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dalam isu tebus guna tanah pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jumaat lepas. Salah DAP? Salah AMANAH?
Kebenarannya, PKR gagal mendisiplin ADUN-ADUNnya untuk bersatu hati di dalam membuat keputusan berhadapan UMNO BN. Katanya mengikut "suara hati", katanya untuk menggalakkan demokrasi, katanya bla bla bla....
Jika demikian sikap PKR maka memang perlu PKR keluar saja dari PH kerana tanpa disiplin, maka tidak mungkin UMNO BN dapat dikalahkan.
Lihat saja di dalam usul tolak Bajet 2016. UMNO BN walaupun sebelumnya ada desas-desus menyatakan beberapa MOPnya akan sokong usul menolak Bajet 2016 yang dibawa pembangkang, tetapi apabila mengundi rupa-rupanya mereka bersatu hati. Kalah pembangkang.
Di kalangan pembangkang pula tidak wujud hal sedemikian. Berpecah. Di parlimen PAS berkecuali, di DUN Pulau Pinang, PKR berkecuali.
Justeru nampaknya PKR ikut cara PAS. Nak huru-harakan PH dan nak beri kemenangan kepada UMNO BN.
Rakyat dikelirukan dengan permainan-permainan "suara hati" sehingga tidak ada "kesatuan fikr dan kesatuan tindakan" baik di dalam parlimen ataupun di DUN.
Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan. UMNO BN memang akan ditolak oleh rakyat. Itu trend pengundi di dalam pilihanraya demi pilihanraya, apatahlagi sekalian banyak masalah negara yang ada kini adalah disebabkan kebobrokan UMNO BN.
Dan mereka yang tidak jelas pendirian, samada bersendirian atau khianat kepada PH juga perlu ditolak rakyat. Kerana mereka merbahaya. Makan kiri kanan.
22 ulasan:
Wahai Tn. AZMIN BIN ALI...
Pengundi 53% yg undi pembangkang pada PRU 13 yg lalu adalah utk tukar kerajaan yg memerintah. Pengundi 53% tersebut sudah muak dgn umno/bn sbg teraju kerajaan Msia.
Jika PKR DAP PAS dan AMANAH join BN sekalipun undi utk pembangkang tetap bertambah dpd 53% yg lalu. Kalau parti lambang kepala ayam istyiharkan diri mereka sbg parti pbangkang manakala parti lain bergabung dgn BN nescaya parti lambang kepala ayam yg akan dpt undi rakyat.
Tuan Azmin jgn berlagak!! Lim kit siang jgn sombong! Mat Sabu jgn bongkak! Haji Hadi Awang jgn nyanyuk!! Bahawasanya parti tuan2 mendapat tempat dihati pengundi selama ini adalah kerana parti tuan2 menentang BN!!!
Kamu mendapat undi rakyat bukan disebabkan diri kamu dan parti kamu semata mata!! Kamu dipangkah disebabkan rakyat ingin tukar kerajaan BN yg memerintah sejak merdeka yg akhirnya banyak sgt menyusahkan hidup rakyat!!
Seandainya BN mrmerintah dgn baik dan adil serta tidak ada masalah mcm skrg nescaya kamu wahai AZMIN ALI tak merasa sampai bila2pun kerusi MB yg kamu sayangi itu.
Jgn buat2 tidak faham bahawa jatuh bangun kamu dan parti kamu adalah di tangan pengundi.Jgn ugut2 parti sekutu dlm PH. Bukan Lim Kit siang dan Mat Sabu yg marah. Tapi rakyat yg mahukan pembangkang kuat yg akan marah kamu!!
Jgn takut dgn PAS. Ramai yg berdaftar sbg ahli. Atau penyokong PAS dah beralih kepada AMANAH!!
Pemimpin2 PAKATAN HARAPAN jgn jadi BODOH nak berkonflik sesama sendiri!! Kami dah jemu dgn perbalahan sesama pemimpin pembangkang!! Mcm bodoh pun ada!! Ramai dikalangan pengundi yg undi PR dulu adalah pengundi yg tidak berparti atau atas pagar!!
Undi atas pagar bila2 boleh swing kpd mana2 parti. Cukup2 la kamu buat kami menyampah pemimpin PAKATAN HARAPAN tak kira le DAP AMANAH atau PKR!! Cukuplah PAS saja yg dapat berbakul sumpah seranah di atas pengkhianatan mereka kepada pengundi!!
Azmin nampaknya bukan nak kuatkan kedudukan PH/PR. Dia nak kuatkan kerusi MB Selangor yg dipegangnya. Bukan kepentingan parti tapi kepentingan dirinya sendiri.
Atas dasar kepentingan PH di peringkat Nasional dan di negeri-negeri, PKR sepatutnya tidak bersekutu dgn PAS lagi di Selangor. PAS pun 'openly declared' yg mereka tidak berminat untuk berkuasa politik tetapi ingin menjadi 'Penasihat' kpd UMNO/BN. Oleh itu, sewajarnya PKR, yg memang berhasrat untuk menguasai politik Malaysia bersama DAP dan Amanah, tidak buang masa lagi menceraikan PAS. Biarlah PAS bersendirian dgn matlamat dakwah mereka, ini yg mereka mahukan pun.
Jom promote AMANAH.
sifir yang mudah terang lagi bersuloh!
tengok ni :-
A)PAS- nak lawan semua kerusi Amanah dan DAP!(terbukti pernah khianati calon PKR!)
B)PAS- nak jadi penasihat UMNO BN.
C)PAS- bukan gila kuasa (tapi nak jadi penasihat orang gila)
D)PAS- dah tunjuk wajah sebenar pusing 360 darjah sejak kembalinya TGNA.
E)PAS- tak sokong undi tolak bajet
F)PAS- untuk melayu islam (Assobiah) slogan FOR ALL dah ghaib
ISHTIHAR SAJA PAS MUSOH PAKATAN HARAPAN!
aku yakin orang melayu samada dalam atau luar parti apa pun sekarang dan lain2 kaum akan ajar BN pada PRU akan datang ni..
wahai pemimpin pakatan sekelian- bukan masa lagi anda bertekak dan memperjudikan masa depan anak cucu kami!!!
Azmin Ali sebenarnya "sleeper agent" yang dihantar oleh UMNO untuk menghancurkan pakatan pembangkang dari dalam. Berhati-hati dengan Azmin.
Lain macam je Azmin. Nak katakan terkena penyakit meroyan Hadi tak boleh kerana belum sah lagi. Namun kita kena peka akan apa-apa kenyataan yang akan beliau keluarkan pada masa akan datang. Jangan jadi Hadi. Otaknya terseliuh bila Almarhum TGNA tiada. Azmin pun nampak kearah itu bila DSAI dipenjarakan. Semoga apa yang berlaku ini merupakan tapisan halus hukum kebenaran untuk membuang orang-orang yang bermuka-muka macam Hadi!!
Kalau Pakatan Harapan hendak lawan Bn dan takluk putrajaya, sila buang azmin. Tolong buang azmin dengan kadar segera!
Ini negeri selangor dan parti pembangkang bukan bapak dia punya!
Selamat jalan azmin..
Betul la
Tanda2 UG makin terserlah di selangor.
Pas memainkan peranan penting.
Azmin byk berpolitik drp betulkan jln berlubang
Azmin nak minta budak2 pas tolong pacak bendera dan kempen pkr dalam pru nanti. Tanpa pas pembangkang tak boleh menang, konon. Pigidah azmin. Pas dah konyol sebelum pru nanti. Kali ni orang tak main2 poster dah. Rakyat dah menderita. Mereka dah faham dan senyap2 simpan dendam. Kemudian mereka akan balun cukup2 bn kali ni. Kau tengoklah, azmin.. Bodoh punya maknusia!
Azmin Ali asal dari UMNO. Skrg, PAS pula sokong UMNO..memang Kena dah tu.
Jika, matlamat mereka untuk kepentingan diri sendiri..tunggulah kekalahan mereka nanti di tangan RAKYAT!
AMANAH dan DAP teruskan agendamu, melawan UMNO/BN sampai tumbang!!
Mengenai PAS dan segelintir pemimpin PKR, RAKYAT kebanyakkan akan mengajar mereka!
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Sememangnya Azmin Ali menjadi faktor utama terbantutnya penubuhan kerajaan Pakatan Harapan di Selangor. Zuraidah Kamarudin juga adalah spesis yang mempunyai DNA yang sama waktu dengan Azmin. Pakatan Rakyat telah dikuburkan oleh Pas sebaik sahaja parti ini memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP melalui Muktamar 2015. Oleh kerana ada "kong kali kong" dengan Pas, Azmin sanggup menggali kembali kubur Pakatan Rakyat dan menghidupkannya kembali dengan tidak mendapat restu rakan sekutu DAP dan AMANAH.
"Langkah Kajang" berjaya digagalkan oleh Pas. Jika berjaya bukan Azmin yang menjadi MB Selangor sekarang. Pas adalah parti komponen yang Pakatan Rakyat yang menggagalkan Wan Azizah sebagai MB Selangor. Terlalu banyak kejelekan Pas dalam kemelut menentukan pengganti Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor. Selain menamakan beberapa orang exconya, Pas juga menamakan Azmin sebagai calon MB. Lantaran campur tangan istana, akhirnya tersingkirlah Wan Azizah, dan Azmin dinobatkan sebagai MB Selangor. Disimpulkan pengkisahan, Azmin terlantik sebagai MB Selangor adalah kerana lantikan Pas, dan bukannya lantikan partinya sendiri PKR, atau pun DAP.
Pada hakikatnya Azmin terhutang budi kepada Pas. Tanpa Pas, pasti bukan Azmin yang menjadi MB Selangor sekarang ini. Justeru terhutang budi, Azmin sanggup membelakangkan resolusi penubuhan kerajaan Pakatan Harapan di Selangor. Pas terlalu banyak membuat onar di Selangor, sehingga sanggup bersengkokol dengan mengizinkan tiga orang adunnya kekal menjadi exco khalid Ibrahim. Untuk terus berkuasa Khalid sanggup memecat kesemua exco PKR dan DAP. Mujurlah kelicikan YB Shaari Sungip dan YB Hasnul Baharudin menandatangani akaun bersumpah (SD) kesetiaan kepada kerajaan Pakatan Rakyat. Tanpa SD Shaari dan Hasnul, pastinya Khalid Ibrahim masih menjadi MB Selangor dengan pembentukan Kerajaan Perpaduan (UG) Pas dan Umno. Gelagat Pas jugalah menyebabkan PKR tidak dapat mempertahankan DUN Kota Damansara pada PRU 13 kerana ketamakan Pas meletakkan calonnya juga di situ.
Azmin mungkin terlupa bahawa politik adalah satu permainan yang sungguh berisiko. Politik menjanjikan serba kemungkinan. Politik adalah seni dan strategik. Tersalah langkah akan mengundang kehancuran. Pemerintahan BN kini menyebabkan rakyat hidup menderita kerana kepayahan hidup. Mood rakyat adalah anti BN dan anti kepada politik kronism walaupun kerana terhutang budi. Rakyat akan bangun menghukum pemimpin yang tidak membela mereka melalui PRU 14 kelak. Hari ini Azmin adalah MB Selangor yang berkuasa, tetapi melalui PRU 14 kebarangkalian beliau menjadi mantan MB, mantan exco, mantan adun dan mantan MP tidak mustahil. Politik adalah permainan dan politik terhutang budi hanya menjanjikan perpindahan sokongan. Azmin, kamu ini bagaimana?
Sy tak setuju dgn pendapat GB tentang undi suara hati. Sepatutnya wakil rakyat mesti memgundi mengikut kehendak pengundinya, bukan partinya. Dalam soal PP. Ini melibatkan alam sekitar dn terkesan terus kpd penduduk terbabit. Usul BN adalah usul yg baik yg patut disokong oleh semua adun. Tetapi dlm kes tersebut kerajaan PP akan jika diluluskn. Kerajaam ini patut beri hujah ini semasa perbahasan dan adun boleh nilai sendiri masing2 tanpa ikut arahan parti. Kita nak politik baru yg benar2 mewakili kehendak rakyat. Kita nak adun yg berfikir, bebas bkn hanya mengikut. Sepatutnya ahli2 di kaw sendiri yg memilih calon utk mewakili mrk bukan ditentukan oleh pemimpin parti. Ini dpt mengelakkn adun dikuasai oleh individu tertentu. Kita lihat Malaysia mengamal demokrasi diktator. Semua wakil rakyat dikawal oleh seseorg pemimpin dlm parti/pakatan masing2. Diktator dipilih oleh wakil rakyat. Dimana seruan politik baru yg dilaung2kan.
Mengapa kamu bodoh sangat Anon 9:28 pg
Sebarang perbeaan pendapat di dalam parti hendaklah diluruskan di dalam parti. bukan masuk dewan undangan negeri lepas tu pergi sokong usul pihak umno bn.
2. Kalau nak jadi wakil rakyat tapi x mahu dengar ckp parti, boleh tapi dgn syarat masa pilihanraya bertanding jadi calon bebas.
3) PKR pun sudah rosak ikut PAS. Tak mahu ikut dasar PH.
Saya setuju 100% ulasan GB.
Anon 9:28
Aku stuju dgn idea ko tu. Biar partern politik kita berubah. Asyik ikut kehendak parti aje. Bukannya ikut kehendak rakyat!! Parti asyik berpolitik rakyat yg jd mangsa.
Memang betul seseorang individu itu dipilih mewakili parti. Memang betul ahli parti kena patuh pada dasar2 parti.Tapi TAPI jika kehendak parti bertentangan dgn KEPENTINGAN RAKYAT maka keutamaan harus berpihak kepada rakyat!!
Dlm kes PP. Usul yg dikemukaan oleh umno mungkin ada kepentingan rakyat. Sepatutnya kerajaan PP perlu menjelaskan terlebih dahulu kebaikkan projek tersebut kpd semua ADUN PH P. Pinang.
Salahkah ADUN PKR ambil sikap berkecuali?? Kalau menolak usul umno...nanti nampak kpd rakyat PKR tidak peka dgn isu2 rakyat yg diperjuangkan oleh umno PP. Dlm masa yg sama PKR PP ingin dilihat sebagai parti yg bukan tunggangan DAP. Padahal usul umno tentang projek itu pun bukan sungguh2 nak bela rakyat pun. Melainkan semata2 nak buat isu dan mengocak perpaduan PKR - DAP Pulau Pinang!!
So tindakan berkecuali PKR pulau pinang dlm usul umno tersebut sebenarnya langkah bijak. Mereka dpt meneutralkan presepsi bahawa PKR PP dikuasai oleh DAP. Dlm masa yg sama PKR sbgai parti yg peduli rakyat mengatasi sentimen politik kepartian.
Seharusnya DAP jgn terburu buru buat statement yg menguntungkan musuh. Mereka sepatutnya bersifat gentle dgn bagi kenyataan terbuka bahawa PAKATAN HARAPAN mengamalkan demokrasi dan bebas berbeza pendapat dlm memperjuangkan nasib rakyat.
Buat statement yg bagi presepsi positif terhadap PH. Ini tidak!! Hentam dulu baru buat penjernihan kemudian. Bangkit le PH (DAP PKR AMANAH) rakyat tak suka politik era 70 an dan 80 an!! Jangan rendahkan kebijaksanaan rakyat seperti umno/bn yg tidak pernah berubah pendekatan terhadap rakyat!!
Sepatutnya kamu bergaduh bertumbuk sesama sendiri dlm memperjuangkan kepentingan rakyat. Tapi bergasaknya kamu biar rakyat tidak tahu. Bila buat statement di media haruslah seia sekata! Itu baru betul!! Kadang2 aku rasa nak seligi jugak pemimpin2 PH ni. Sebingai pemimpin umno pun ada ku tengok...haha
Aku setuju kalau Azmin ikhlas supaya pembangkang dpt bersatu. Tapi pas ni terlampau ego dan sombong, sedikit pun tidak ada rasa perlunya mereka bersatu. Pada hal PAS juga tahu kalau berlaku pertandingan 3 penjuru PAS juga akan kalah. Kpd YB PAS dan ahli-ahli PAS janganlah kamu taksub melampau kepada pemimpin atasan yg mereka ni semua ada kepentingan tersendiri. Kalau kamu kalah mereka di peringkat atasan tu semacam sudah ada jaminan masa depan, tinggallah kamu tersengih2. Kpd Azmin kamu juga harus fikir berlembut dan bertolak ansur tu ada juga batasannya. Kalau dah sampai melutut ditangga nak pinang anak orang tapi ayahnya berkeras tak mahu tu dah sangat melampau.
Pandangan saya kontra dengan kebanyakan komen diatas.
Pada saya, bukan Azmin yang termakan budi Pas sebaliknya Pas yang mohon ehsan Azmin.
Azmin boleh saja pecat exco Pas. Buktinya semasa mula menjawat MB dulu, Azmin telah buang satu peruntukan Exco Pas daripada 4 kepada 3 sahaja.
Pas menyedari Azmin ada kebolehan memecat semua Exco Pas dan Azmin pun tahu kedudukan Pas Selangor dalam kerajaan Selangor berada dalam genggamannya.
Pas sedar banyak kesilapan yang telah dilakukan oleh Presidennya terhadap PKR dan ini ada dalam kepala Azmin.
Dalam keadaan sekarang yang agak bergolak diantara Pas dengan DAP/Amanah, hanya PKR yang ada upaya mengikat dua kelompok ini di Selangor.
Jika Azmin mengikut rasa hati marah kepada Pas serta diapi-apikan oleh DAP dan/atau Amanah, situasi poltik Selangor lagi kacau. Tumpuan beliau kepada pentadbiran negeri pun terjejas.
Pas dangan sokongan Umno akan lebih vokal lagi memporakperandakan politik Selangor.
Dalam keadaan yang genting sekarang, adalah sedikit kelebihan bila Azmin melayan Pas sehingga tamat penggal ini. Dia boleh memberi fokus kepada kebajikan rakyat Selangor. Pas Selangor pun tahu untung nasib (sedar diri) dan tidak sangat mengganggu Azmin.
Jika Pas dipecat dari kerajaan Selangor kedudukan kerusi menjadi 30 PH vs 26 pembangkang. 2 kerusi PH ditolak untuk jawatan Speaker dan Timbalan menjadikan kedudukan 28 vs 26. Kelebihan 2 kerusi boleh berubah bila-bila masa jika ada ahli PH yang belot kena beli.
Jika keadaan 28 vs 26 jadi realiti, kedudukan kerajaan PH sangat genting terutama jika membabitkan usul-usul penting dalam mesyuarat dewan undangan negeri. Jika ditakdirkan dua atau tiga orang adun PH tidak dapat hadir atas sebab yang ditentukan Allah, maka habislah kerajaan PH.
Tentulah Azmin telah menimbangkan kemungkinan ini dan dengan sebab itu dia terpaksa mengekalkan situasi sekarang. Kita yakin pemimpin DAP dan Amanah pun memahami kedudukan ini dan dengan itu membiarkan Azmin mengurus situasi seperti yang berjalan sekarang.
Kita semua patut menjadikan kes DUN Kelantan yang mempunyai kelebihan satu kerusi suatu ketika dahulu sehingga mendorong Pas Kelantan memaksa semua ADUN Pas bersumpah baiah mentalak tiga isteri demi untuk menyelamatkan kerajaan Pas, bukan menyelamatkan kerusi peribadi MB Kelantan.
Janganlah pula berlaku ADUN PH dipaksa berbaiah cerai talak 3 untuk selamatkan kerajaan PH Selangor kerana mengikut dendam kesumat kepada Pas.
wassalam
Anon 10:15
Lain kali adun, mp tak perlulah hadir dlm dewan utk undi usul. Cukup ketua pembangkang dan wakil kerajaan. PH, BN dan Pas bahas sesama adun, mp masing2. Bila dah buat keputusan bg kat ketua masing kmdn serah kat speaker. So jgnlah bising pasalHaji Hadi ponteng masa undi usul.
Semua kena tau kenapa masa pemilihan antar nama mb xletak nama Azmin.Krn sendiri tau bgmana status azmin.Tetapi pucuk pimpinan lemah utk btindak thadap Azmin.Skrg Azmin dah jd mb.Ibarat luka sudah menjadi barah dlm pkr.tunggu barah tu meletup maka punah ranahlah pkr dan juga ph.Kemudian BN ambil alih semula selangor. Bijak x strategi BN.jangan sangka org bn bodoh semua,ada segelintir yg bijak mengatur strategy... Skrg pkr terperangkap dgn pas dan dap pan.Rakyat melihat drama sandiwara politik pkr dan ph.Anda fikir mrk mahu undi anda lagi?????fikir2kanlah
Sebenar kekdg fikir apa yg azmin tu ada pro ada kontra.. yang heran kenapa kenyataan penting mcm ni azmin keluarkan.. mana wan azizah...?. Sebenarnya mungkin azmin tak faham atau ingat kes2 MB selangor yg lepas...SATU2 JAWATAN POLITIK DI MALAYSIA INI YG MEMPUNYAI BADI.. IALAH JAWATAN MENTERI BESAR SELANGOR. KALAU TAK BETUL MENGEMUDINYA...AKAN DI PENJARA... MEMATIKAN KERJAYA POLITIK ATAU KENA LETAK JAWATAN PENUH MEMALUKAN.. sekarang pisau dan timun di tangan azmin...biar dia sendiri yg mengayakan.. walau pun aku memang tak berapa gemar sikap dia masih pro pd pas.. sbb bg aku haja tuju pkr mesti di buat skg... sbb kalau dlm masa dekat pru nanti rakyat akan keliru jika masa itu baru nak dgn sape pkr hendak berkwn rapat masa itu...di takut pula masa media BN akan mendendangkan hala tuju pkr itu sumbang....bagi aku cara dap dan amanah betul..hala tuju mesti di buat dr awal...silap2 kalau betul strategi dap dan amanah menjelang pru 14.. rakyat malaysia tak pandang pkr...azmin seolah2 tak fikir... seandai PH dpt memenangi pru 14.. apa2 jawatan yg azmin akan pegang masa itu... pasti dap dan amanah akan bantah..
Memang patut pun kewibawaan dan cara Azmin di ragui.
Dari dulu sejak tertubuhnya PH, Azmin dan beberapa pemimpin mempersoalkan keputusan DSWA dan mengatakan se olah-olah DSWA telah melakukan kesilapan.
Selepas mesyuarat, maka di putuskan PKR akan menerima penubuhan PH dan teruskan hubungan dengan semua parti pembangkang.
Ok. Tetapi mengapa sejak dari itu tidak ada kenyataan Azmin yang memberi perhatian lebih termasuk kerjasama dengan Amanah. Mentang-mentang PAS dan DAP ada kerusi banyak, Amanah tidak di pedulikan.
Tahukah Azmin dan pemimpin PKR yang lain, sekiranya pemimpin Amanah terus bersama PAS, bila-bila mereka boleh butakan hati untuk bersama-sama dengan UMNO asalkan mereka dapat bahagian mereka. Jika Azmin sekarang bertindak demi rakyat, begitu juga lah pemimpin Amanah yang kekal dalam PAS untuk bersama-sama UMNO adalah demi rakyat.
Jika tidak kerana Amanah sudah tentu PAS Selangor hari ini sudah mentuntut bermacam-macam lagi dan mungkin sanggup mengugut Azmin semata-mata hendak buat DAP marah.
Lain lah kalau politik PAS tidak seteruk sampai begini. Menang lah PAS sekali lagi, tahu lan Azmin nanti langit tinggi ke rendah.
Amanah juga ada pendirian iaitu Pemimpin PAS perlu berubah dan jika tidak Amanah akan bertanding dikerusi PAS. Sanggupkah PAS menyerahkan kerusi kepada Amanah?
Setidak-tidak nya, kenyataan dan tindakan PAS seperti menyokong bajet dan membisu dalam soal mengenai 1MDB hendak lah di beri teguran keras oleh PKR. Apa guna ada nya pakatan sekiranya tiada persefahaman. PKR DAP Amanah menolak bajet kerana menyusah kan rakyat dan PAS berkecuali dan menyokong. Jangan bodohkan kami !!
PKR perlu diberi tempuh untuk menentukan siapa pilihan di hati bukan sekadar menyebut pendirian PKR/Azmin. Pemimpin PKR yang tidak bersetuju dengan pendirian tersebut atas sebab menolak Hj Hadi perlu menyertai Amanah.
Jika kerjasama dalam PR yang telah di persetujui dengan perjanjian itu pun PAS khianat, ini kan pulak sekadar 'pada pendirian Azmin'.
Apa beza tindakan UMNO yang dengan sengaja mengada-adakan 'kes liwat' terhadap Anwar dengan tindakan pemimpin PAS yang betul-betul telah 'meliwat' rakyat.?
Jika benar seperti yang Azmin kata PKR berjaya menjana kekuatan DAP, AMANAH dan PAS untuk duduk bersama dalam satu pentas untuk lawan Umno-BN, perkara ini tidak perlu di sebut (ikrar) dalam kongres dengan memberi amaran jangan sesekali melaga-lagakan kepimpinan dalam PKR. Sebaliknya di raikan dengan gumbira dan horey-horey. Jangan ingat kami boleh di tipu!
Yang duduk atas pentas konon bersama-sama lawan BN-UMNO dari DAP Ketua Pemuda dan Ketua Belia AMANAH sementara PAS Naib Ketua Pemuda PAS !! Nasib baik jugak lah, kalau tidak PAS akan hantar ahli nya yang berumur 13 tahun.
Kita berpegang pada prinsip perjuangan. Jika kita melihat pada pro dan kontra, dalam politik tidak ada yang salah dan tidak ada yang betul.
Politik PAS kotor dan tidak bermaruah. Pendirian PAS tidak menentu dan terbukti telah mungkir janji.
Jika begini cara politik PKR, tak payah lah dulu susah-susah nak buat Kajang Move dan pecat Khalid.
Pemimpin PKR tolak UMNO sebab UMNO salah guna kuasa tapi apabila Hj Hadi salah guna kuasa, PKR buat-buat tak nampak.
Pas munafik
Catat Ulasan