20 Nov 2015

PAS Takut, Halang Debat Terbuka Husam-Mustafa

PAS Larang Debat Terbuka Husam-Mustafa

PAS menegaskan pihaknya tidak akan membenarkan mana-mana pihak menganjurkan perdebatan atau perbincangan secara umum yang membabitkan isu dalaman parti itu.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan juga menasihatkan kepada pihak yang terlibat dalam kemelut terutama yang membuat dakwaan terhadap parti dan pimpinan perlu membincangkan kemelut itu di peringkat parti.

Beliau berkata demikian merujuk kepada isu dalam PAS yang didakwa oleh beberapa pimpinan parti itu mengenai isu kononya kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu PAS dan Umno bergabung di negeri Selangor.


Terkini, Ketua Pengarah Pilihan Raya Datuk Mustafa Ali dengan bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa telah bersetuju untuk mengadakan satu perdebatan berkenaan isu tersebut.

Bercakap di hadapan pemberita di Lobi Parlimen petang ini, Takiyuddin telah mengeluarkan satu surat kepada Husam untuk hadir di hadapan Dewan Harian PAS pada 24 November ini.

"Di sini beliau boleh memberi penjelasan kepada Dewan Harian atas dakwaannya tersebut. Kita bagi peluang seluasnya untuk dia memberi penjelasan.

"Jika sekiranya dia rasa Presiden adalah pihak berkepentingan mungkin tanpa kehadiran Presiden dia boleh beri keterangan, yang ada lagi Timbalan Presiden dan Naib. Di dalam surat itu juga saya menyatakan beliau boleh membawa semua bukti-bukti atau dokumentari yang perlu," katanya.

Katanya, PAS sebagai sebuah parti Islam tidak boleh membangkitkan perkara yang boleh menimbulkan fitnah kepada jemaah.

"Dakwaan yang ada asas hendaklah pergi melalui saluran yang betul. Husam boleh bangkitkan dalam mesyuarat perhubungan kalau betul-betul niat untuk menjaga parti," katanya.

Jelas Takiyuddin, Mustafa Ali merupakan Ahli Dewan Harian turut hadir pada 24 November ini dan mungkin di dalam pertemuan itu kemelut ini boleh diselesaikan dengan lebih baik. –HD

ULASAN GB

Gayung telah bersambut, tiba-tiba PAS melarang debat Husam-Mustafa diadakan.

PAS sebagai sebuah parti Islam sepatutnya menggalakkan perdebatan terbuka kerana itu namanya prinsip ketelsan demi sebuah kebenaran.

Sekaran PAS meniru sikap UMNO - debat bukan budaya kita.


Tiba-tiba salah seorang ahli debat, iaitu Mustafa Ali tiba-tiba dinaikkan taraf sebagai ahli tribunal untuk mendengar penjelasan Husam kononnya di atas kapisitinya sebagai ahli Dewan Harian.

Sudah ada komplot untuk menekan Husam sebelum Husam hadir. Sepatutnya jika debat dibatalkan, Mustafa juga tidak boleh berada di dalam sesi pendengaran hujjah itu. Kini Mustafa seperti sudah ada "team" untuk membelasah Husam. Begitu rupanya perancangan jahatnya.

Apakah PAS takut lebih bayak hal yang akan terburai jika debat diteruskan? Apakah PAS khuatir Husam akan berjaya mendedahkan kebenaran dan kredibiliti Presiden PAS akan musnah? Apakah PAS khuatir para audien akan menyebelahi Husam dan pimpinan PAS akan mendapat malu kerana menuduh Husam sebagai memfitnah?

Jangan lupa di dalam muktamar PAS yang lalu, Husam adalah tokoh paling popular di kalangan akar umbi di mana beliau mendapat pencalonan untuk tiga jawatan tertinggi dalam PAS, Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden. Belum ada sesiapa yang memperolehi apa yang diperolehi oleh Husam.

Beliau gagal kerana beliau bukan dari kumpulan cai, bukan dari kumpulan ulama yang semua orang tahu taktik kotor kumpulan ulama mengenepikan kumpulan progresif semasa muktamar yang lalu.

GB sudah ulas sebelum ini, bahawa kemenangan kumpulan ulama dengan taktik kotor di dalam muktamar yang lepas tidak akan ada keberkatan pada kemenangan itu sekalipun mereka melaung dan mendabik dada kononnya mereka sebagai pejuang Islam, pejuang hudud.

Kebenaran itu tetap terserlah jua sekalipun semua pimpinan dan ahli PAS berhimpun untuk menutupnya. Husam ada kekuatan tersendiri, kekuatan ruhiyyah yang tidak ada pada diri pimpinan PAS yang lain hasil tarbiyah yang beliau lalui semasa berdamping dengan TG Nik Aziz.

Tidak mengapa, kita berserah kepada Allah kerana kita yakin hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan untuk menghantar mereka yang menjalankan rencana dan taktik kotor itu ke lembah kehinaan dan kehancuran.

"KEBENARAN itu adalah dari Tuhanmu,
sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu." Al-Baqarah:147

34 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bila YB Husam beri peluang bertanya dlm dialog tak pergi. masa itulah kalau nak buktikan YB Husam ni tipu ke tidak...

Bila YB Husam ajak bersumpah, oolalamuck jadi pongdang suruh YB Husam bersumpah sorang2.

BIla YB Husam sahut cabaran, terus kecut tak berani nak debat.

dah terang lagi bersuluh presideng pas tak ada telor nak debat dgn YB Husam yg membuktikan KEBENARAN YB Husam dan penipuan hadi.

SEMOGA ALLAH SWT MELAKNAT ORANG2 YANG TIPU DAN BALUN HARTA RAKYAT.

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya pas mungkar hakiri ini ingat YB Husam tak berani sambut cabaran si spender besar tu. sebab pas senyap aje sebelum ni.

bila YB Husam terima debat, terus kelam kabut suruh org lain buat keputusan larang debat.

tlg hentikan sandiwara penipu korg... kalau takut nak debat kata ajelah... takut spender besar kena londeh dgn YB Husam ke?

bila mkn gaji elaun haram, maka tindak tanduk pun cenderung kpd yg haram... tipu fitnah label caci hina org lain...

abrarmujahideen berkata...

Master mind tp penakut ...siap panggil gerombolan dewan harian PAS utk hadapi Husam..cayok2. Memang betul lah anak didik nik aziz yg terakhir. Anak sendiri pun xdpat mewarisi karisma arwah nik aziz.

Tanpa Nama berkata...

No komen, dah agak dah... mesti tak jadi punya, macam parti gerombolan da...

Unknown berkata...

Pas dah guna strategi umno

Unknown berkata...

Kah kah kah kah kah...itupun banyak lagi walaon yg masih mengekalkan ketongongan sprt contohnya WAN ROSLI kita.

Tanpa Nama berkata...

Aku tak sokong debat dibatalkan. Buat apa nak bincang dlm Dewan Harian je ( Dewan Harian tu puak mu jah ) pengundi yg mengundi mu dulu tak tahu hak sebenarnya. Apa takutnya kalu dah betul. Bak po mu ingat PAS tu hak puak2 mu jah kah, aku ahli biasa pun ada hak atas parti dan aku serta ahli2 lain serta pengundi nak tahu sendiri perkara yang sebenarnya. Kalu mu batal debat ni nyatalah dakwaan YB Husam tu benar. Dia tahu dah kalu buat debat gak jumlah penontonnya melebihi pononton pertandingan akhir Piala Malaysia, dan sehari selepas debat banyaklah cawangan2 PAS akan dibubarkan. Aku bukan sokong YB Husam membabi buta, aku hanya nak tahu kebenarannya sebab yg akan melalak di pentas nanti adalah YB Husam dan wakil Presiden sendiri. Masa tu dua2 pihak tak leh nak susut/sorok dah.

Tanpa Nama berkata...

Tak jadi jugak nampaknya program bahas antara husam dan mustaffa. Kita pun dah agak hal ni pasti dibatalkan. Pas pun tahu implikasinya. Takut nanti jadi bencana umpama kena gempa skala 9. Habis runtuh segala binaan. Habis punah segala keyakinan ahli2 yang kebanyakkan nak tahu sejelas2nya isu kenapa tok ketua berminat dengan keayuan umno. Kagum sangat dengan si misai bersongkok tinggi kaki joli duit anak yatim ni.

Jadi husam akan dipanggil mengadap dewan harian sahaja. Seram juga memikirkan husam akan masuk sorang2 ke bilik gelap samar2 itu. Apa lagi kita dah lama seram tengok muka mustaffa orang ganu nih. Ganu oii. Mung jangang maing.

Hai husam. Tak payah tuan pergi le ke tempat tuh. Tak selesa sungguh dibuatnya. Buat kat kedai mamak lagi baguslah. Selalu juga kita tengok geng2 ketayap dan serban ni buat konfren kat kedai mamak. Susun meja rapat2 dan bertekaklah sampai turun embun. Tak jadi hal punya.

Adalah dicadangkan tuan tulis sikit notis tak dapat hadir dan karang cerita penamatan isu ini dengan ayat terakhir berbunyi ' Sila beri jawapan bertulis di atas semua kemusykilan yang saya nyatakan tersebut dalam masa 7 hari. Biar rakyat membaca dan menilainya. Husam, hanoi veitnam'

DinSerati berkata...

kah kah kah
Penyokong PAS tidak akan membenarkan Husam Musa membatalkan debat. Jika Mustafa Ali tidak mahu berdebat atas apa sahaja alasan, Husam Musa mesti berdebat dengan penyokong PAS .
Husam Musa mesti membuktikan bahawa pimpinan PAS sekarang telah bersedia untuk menjual penyokong dan ahli PAS kepada UMNO.
Setelah sekian lama penyokong PAS berada dalam keraguan, inilah masanya bagi penyokong memperolehi kepastian dan keyakinan kepada isu bermukah dengan UMNO (UG).
Husam Musa tidak boleh berundur dengan hanya kerana Mustafar Ali rasa tertekan.
Husam Musa juga tidak boleh berubah dengan sebab jemputanTaqiyuddin.
Husam Musa tidak boleh mengkhianati sokongan penyokong PAS hanya dengan senyuman dan salaman tangan.

Potailangek berkata...

Korg cari lah 1001 alasan wahai walaun2..hahahaha..pada mata rakyat korg dh sama nilai ngn bn..tangan2 ulamak la yg merosak kan pas..bkn org lain..hahhahaahah.
Back up la ulamak2 jahat korg..x akan berjaya sampai bila2 pun..

pendekar penyu berkata...

Come on la PAS..sebagai pejuang yg mendokong Islam, perlu la berani.. islam tu tertegak dengan hujah. So, jawab la segala persoalan yg menimbulkan kekeliruan. Ni bukan sikit punya keliru..sampai pas dah berpecah..jgn pandang ringan.ahli2 dlm pas la ni tengah tunggu nak msuk amanah..kalau xdperjelaskan isu2 kekeliruan mcmni,silap2 pas berkubur..igt..title ulama tu tinggi darjatnya..kebijaksanaan berhujah tu kayu ukurnya.

Ibnu Saad berkata...

Mula2 pas dah setuju utk berdebat, last2 tak jdi pula dan dicari mcm2 alasan, klu dah kta Husam buat fitnah kenapa tkt berdebat atau tkt apa yg sdg disorok akan terburai dan terlondeh dan diketahui umum...ahli2 pas pun nak tahu siapa benar siapa fitnah, ayoh adakan debat atau takut utk berdepan dgn Husam...Pas bljr2 pegang kata2 ini...berani kerana benar dan takut kerana salah...

Ibnu Saad berkata...

Mula2 pas dah setuju utk berdebat, last2 tak jdi pula dan dicari mcm2 alasan, klu dah kta Husam buat fitnah kenapa tkt berdebat atau tkt apa yg sdg disorok akan terburai dan terlondeh dan diketahui umum...ahli2 pas pun nak tahu siapa benar siapa fitnah, ayoh adakan debat atau takut utk berdepan dgn Husam...Pas bljr2 pegang kata2 ini...berani kerana benar dan takut kerana salah...

Tanpa Nama berkata...

Apa ke jadah YB Husam perlu hadir depan Dewan Harian (DH)? DH tu tempat walaun-walaun totok dok berlungguk. Dari TIm.Presiden,Naib Presiden dan lain2 memang dah tahu tentang usaha2 nak berUG dengan UMNO...kalau jujur patutnya yang dipanggil untuk beri keterangan dan bukti ialah Presideng, Ex Setiausaha Agung...bukannya YB Husam!! Kepada YB Husam...jangan terperangkap dengan jerat yang dipasang oleh Setiausaha dan lain2... teruskan roadshow "Demo tanyo,ambo jawab"..

Tanpa Nama berkata...

dah agak dah....batal.macamana debat dgn menantu kesayangan presiden?Pastinya batallah juga...nampaknya din ayam tak perlu masuk hospital awal sbb debat husam dgnnya pun akan dibatalkan....muka din ayam yg pucat dan semakin pucat tu dah mula berseri semula...kah..kah..kah..

Tanpa Nama berkata...

PAS dah jd parti badut. Hari2 buat lawak! Bukak je mulut misti merapu punya. Punya le penakut nak debat terbuka dgn Husam.

Konon parti yg memperjuangkan Islam. Nak lawan Husam sorang pun seluruh PANGLIMA CAI menikus...!! Bedegar degar cakap bagai langit runtuh bahawa PAS sgt kuat!! Kuat tang mana tuh ye.....??

Tak teringin ke Ustaz Panglima Cai Siku Lutut tampil offer diri utk berdebat dgn Husam??? Tunjuk2 le sikit kt Mr. Presideng bahawa Tuan boleh buat sesuatu yg menyenangkan hati Presideng!! Kena belasah dengan Husam pun tkpe...yg penting kena tunjuk jasa pada presideng!!

Ketua Pemuda Cakar Rimau Jadian Sakti pun kena le tunjuk jasa jugak. Kurang2 pun...maki le sikit si Husam Musa tu. Ini dok diam je...!! Tak best le mcm ni....!!

Din Ayam yg beria ia nak debat dengan Husam tempoh hari senyap sepi bak dah masuk dlm lubang kubo je...!! Dah terkincit dlm seluar ke tuan??!

Husam Musa dgn Mahfuz Omar saja pun PARTI KERAMAT PAS tk dapat hendel...!! Mcm mana nk jd punahsihat kpd Amno berhadapan dgn 53% pengundi yg tk sokong BN??

Tk sangka sungguh parti yg gah seuatu masa dulu kini dah jadi parti bapok... !! Ada betul jugak kata2 Tun Madey dulu tu.

" Lebih baik setan yg dikenali (umno/bn) daripada malaikat ( PAS) yg tk dikenali" Tun Madey tu ckp kias2 saja. Bukan merujuk kpd setan yg betul2 atau malaikat yg betul2 pun. Sekadar bahasa perbandingan saja.

Apa2 pun selamat berU-turn le kamu wahai parti PAS. Ingatkan dlm umno aje ada MAT MASLAN dan HASSAN MALEK.... rupa2 nya dlm PAS lagi ramai....hahaha

Tanpa Nama berkata...

di manakah maruah parti PAS? atau PAS mahu dianggap parti yang tidak bermaruah?

Tanpa Nama berkata...

Tindakan PAS meng halang debat ter buka antara YB Husam & Cikgu Pa mem bukti kan ada yg cuba di sembunyi kan.

Unknown berkata...

Depa kan, sudah join UMNO. Guna taktik untuk menipu mestilah sama mcm UMNO.

Hadi Awang call Takiyuddin, tolong Taki..kau kena kanselkan debat..nanti jubahku dan spender stopa akan terlondeh..naya kite sek ganu nanti, dapat malu besar.

In Shaa Allah apa-apa counter attack dari mereka-mereka yang ingin mengenakan Husam Musa(pemimpin yang baik) akan gagal.

Abdul Said berkata...

Perdebatan akan membuat semua fakta terbentang untuk 'public consumption'. Semua akan terburai. Yang baik mau pun yang buruk. Namun yang jelas akan terbongkar segala kudis, kurap, panau dan kanser yang dihidapi PAS masa kini. Keadaannya yang tidak merasa senang akan membuat pendebatnya huru hara dan kelam kabut macam ketuanya juga. Sementara belum kritikal tahap 4 eloklah bergabung atau bernikah dengan UMNo!! Itu pun kalau UMNo nakkan janda mereka yang penuh dengan penyakit!!

Tanpa Nama berkata...

Pas ganti umno! Mmg sah dah mcm umno!

nick berkata...

Hanya golongan2 yang berbohong serta suka menyembunyikan kebenaran sahaja yang tidak mahu berdebat! Dizaman Rasulullah SAW, berdebat dengan Rahib2 dan pendita2 adalah salah satu cara menegakkan kebenaran. Dan dari sejarah, kita semua dapat mengenal puak2 yang suka menyembunyikan kebenaran dan suka membuat fitnah adalah mereka2 yang akan mengelak dan lari dari berdebat.

Malah dizaman Rasulullah SAW juga, pendusta2 dan pemfitnah tidak mahu "bermuhabalah" dengan Rasulullah. Maka kita sebagai Umat Nabi Muhammad SAW sepatutnya faham akan sirah baginda dan mengambil iktibar serta ilmu dari kisah "perdebatan dan tekad untuk muhabalah baginda" agar kita dapat mengenal siapa yang benar dan siapa yang kerjanya dok menipu dan menyembunyikan kebenaran. Rasulullah sudah memberikan kita cara untuk mengenal si pembohong dan si penyembunyi fakta dan kebenaran. Apakah alasan kita untuk masih ragu2 dan bersangka baik? Taat Rasulullah atau taat mereka2 yang mengaku selalu mimpi jumpa Rasulullah? Kalau tu pun masih dok nak tanya Ustaz lagi, berat nanang le kamu semua woi! (ini ditujukan kepada ahli2 PAS yang masih dok blur lagi!

Nick.
Cape Tiger.

Tanpa Nama berkata...


Ini lah hasil bekerjasama dengan UMNO. Baru tak lama mana pun antara PAS dengan UMNO bermanja-manja dah PAS ikut UMNO. Macamana debat 1MDB sama jugak lah debat Kerajaan Perpaduan Selangor. Ini lah yang PAS belajar dari UMNO tetapi apa yang UMNO belajar dari PAS ?

Jika speaker ugut letak jawatan, dah tentu Hj Hadi pun acah-acah letak jawatan.

Isu dalaman parti ini dah lama terdedah sampai Husam bersumpah, mengapa tiba-tiba nak dibawa untuk di bincang dalam parti. Yang Husam tuntut ialah kebenaran bukan untuk menyelesaikan kemelut. Bukan Husam yang menipu atau yang memutuskan ingin bergabung dengan UMNO. Kalau kemelut ya, selesaikan dalam parti.

Tak pelik ke, jika apa yang Husam katakan dan lakukan sejak kebelakangan ini di beri perhatian oleh pemimpin PAS. Sedangkan apa yang di katakan oleh Hj Hadi dan yang di lakukan oleh Hj Hadi tidak diberi perhatian. Hj Hadi berkali-kali menyebut nya dan macam-macam yang telah dilakukan nya sejak isu MB Selangor sehingga rundingan dengan Perkasa pun PJ Selangor tidak tahu menahu. Tetapi Husam yang di minta hadir memberi penjelasan kepada dewan harian.

Apa guna memanggil Husam setelah PJ Johor mengatakan Husam sepatutnya ikut kawan-kawan yang tubuh Amanah dah di tuduh keciwa setelah tewas dalam pemilihan.

Husam tidak perlu hadir kalau setakat dewan harian sebab yang perlu hadir ialah Hj Hadi si kaki ponteng ! Husam kena tolak dan minta di adakan dewan khas. Walaupun Husam boleh menghadapi mereka secara bersendirian, sebaik-baiknya Husam bawa pemimpin PAS yang berani demi kebenaran.

Kita yang menyokong Husam beramai-ramai mengiringi Husam untuk memberi sokongan dan menjaga keselamatan Husam.

Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

YB Husam jgn pergi mengadap sorang2. bawa saksi yg berpihak pada tuan spt Hanipa. takut kalau pergi sorang2 kena debik, tak ada saksi pula...

lagi afdhal jgn pergi langsung! buang masa krn apa yg tuan kata itu benar.

teruskan roadshow 'demo tanyo ambo jawab' ke seluruh Kelantan utk bersihkan nama tuan.

YA ALLAH. TETAPKANLAH KAMI DALAM KEBENARAN DAN BERSAMA ORANG2 YANG BENAR. SELAWAT DAN SALAM ATAS JUNJUNGAN MUHAMMAD DAN ALI MUHAMMAD.

Tanpa Nama berkata...


PAS sama dengan UMNO.

Mengundi PAS memberi undi kepada UMNO.

Dan sekarang taraf dan pemikiran ahli PAS yang bijak menentukan mana yang benar dan mana yang tidak, telah di cai kan oleh pemimpin PAS. Ahli PAS di samakan pulak dengan ahli UMNO yang malas berfikir dan menganggap apa yang ketua buat semua nya untuk rakyat. Akhir nya duit YaPIEM, Tabung Amanah, Mara, Tabung Haji semua nya di guna untuk nafsu serakah mereka.

Berfikir lah sejenak. Apa yang dibangkitkan oleh Husam adalah benar. Tidak ada yang minta Husam menarik balik kata-katanya. Tidak ada yang beri amaran akan saman Husam. Tidak ada tindakan disiplin ke atas Husam sebaliknya di minta hadir mengadap dewan harian.

Apa yang akan dibuat oleh dewan harian selain menerangkan tujuan dan faedah nya keputusan Hj Hadi ingin bergabung dengan UMNO. Kerana jika mereka nafikan sudah tentu Husam keluar meninggalkan dewan.

Jika tujuan dan matlamatnya menguntungkan parti, mengapa tidak terus di sampaikan kepada ahli? Mengapa ada yang kata tidak ada pengabungan dan mengapa Hj Hadi dan Harun Din kata akan ada ?

PAS kata kerjasama tersebut ialah seperti banjir, menangani jenayah dan pencerobohan negara asing. Kerjasama memerlukan dua pihak. Sepatutnya UMNO pun menunjukkan kerjasama seperti menghapuskan penjualan arak secara terbuka dan melaksanakan hudud dengan lebih teratur di serahkan secara resmi kepada UMNO.

PAS boleh serbu tempat penjualan arak terbuka seperti mana Hassan Jati serbu di Selangor.




Tanpa Nama berkata...

aku lebih suka debat itu batal sebab? dengan terbatalnya debat itu membuktikan bahawa selam ini memang Hadi sudah ada perancanagn bersam Umno cuma selama ini ada halangan j kuat dari al marhum TGNA aje.bila TGNA kembali ke rahmatulalah ,mengelupur hadi bergerak secara haramjadah untuk bersa,ma Umno.padahal beliau tahu ada ayat yang menwerangkan tentang kalau menyokong orang zalim .ayat 113 surah HUD .biarkan hadi terus berbuat begitu dan setiap hari ada saje doa dari orang kena zalim menuju kepada Hadi .haron pun sama ,buatlah sesuka hati kau.

Jeman berkata...

Sek ganu meme x gune.. bakpo la sek klate nok join demi nih..

Unknown berkata...

Wan Rosli tu Apco.....skrg PasApco......penasehat tak bertauliah.......

Tanpa Nama berkata...



Yahudi Madinah...Yg Ahlul-KITAB
Nabi Mengajak...Untuk Ber DEBAT
Agar TERANG..."Sandiwara" yg GELAP
Demi "KBNARAN"...Cahaya MUKJIZAT


Si Ahlul-KITAB...Takut Ya! Amat
Kerana "KBNARAN"...Menyuloh TERANG
Sanggup Ber "JANJI"...Tetapi KHIANAT
Akhirnya Ter USIR...Tertunggang LANGGANG





Diminta Ber DEBAT...Tiada Keberanian
Diajak "MUBAHALAH"...Kecut Ya! Amat
Spesis yg "SAMA"...Berjubah Ber SORBAN
Seperti Ahlul-KITAB...Yg Sesat & MURTAD









Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
Sejarah Ahlul-KITAB...Jd kan lah Panduan
Yg Mengaji "KITAB"...Dan Mengejar HABUAN
Adalah "Kaldai"...Yg Menjadi TUNGGANGAN



Wahai Sahabat...AMANAH Sejati
Cari dan CINTAI lah..."KBNARAN" Hakiki
Yg HARUM Semerbak...Mekar dan MEWANGI
Semakin Kau Damba...PUAS Tak Terperi











Tanpa Nama berkata...



Yahudi Madinah...Yg Ahlul-KITAB
Nabi Mengajak...Untuk Ber DEBAT
Agar TERANG..."Sandiwara" yg GELAP
Demi "KBNARAN"...Cahaya MUKJIZAT


Si Ahlul-KITAB...Takut Ya! Amat
Kerana "KBNARAN"...Menyuloh TERANG
Sanggup Ber "JANJI"...Tetapi KHIANAT
Akhirnya Ter USIR...Tertunggang LANGGANG





Diminta Ber DEBAT...Tiada Keberanian
Diajak "MUBAHALAH"...Kecut Ya! Amat
Spesis yg "SAMA"...Berjubah Ber SORBAN
Seperti Ahlul-KITAB...Yg Sesat & MURTAD









Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
Sejarah Ahlul-KITAB...Jd kan lah Panduan
Yg Mengaji "KITAB"...Dan Mengejar HABUAN
Adalah "Kaldai"...Yg Menjadi TUNGGANGAN



Wahai Sahabat...AMANAH Sejati
Cari dan CINTAI lah..."KBNARAN" Hakiki
Yg HARUM Semerbak...Mekar dan MEWANGI
Semakin Kau Damba...PUAS Tak Terperi











Unknown berkata...

Kalau dato husam ingin pergi bertemu dewan harian, saya syorkan ianya dilakukan di tempat terbuka.. Yakni dimana2 dewan yg boleh tempatkan ydp2 pas seluruh Negara, dato husam boleh melantik lawyer mengiringi beliau. Saya syorkan hj asmuni..dan 3 org saksi.. Ust ahmad awang, Abg mat & Khalid samad.

Tanpa Nama berkata...

Mana wan rosli ni.rindu plak dgn komen2 bodoh beliau. Kahkahkahkah

Hidup Najib! berkata...

Benteng terakhir menyelamatkan tuang presideng...bercakap sendiri atas pentas bukan main lagi..malaun lah,barua lah,balaci lah,anjimg salak bulit lah,spender besar lah...ajak debat terus jd sotong..

Tanpa Nama berkata...

Pakatan Harapan perlu bertanding disemua kerusi parlimen, jika tidak kerusi yang di menangi Pas menjadi aset bagi UMNO