19 Nov 2015

PAS-UMNO Sudah Wajar Bernikah.... Jangan Bermukah...

Teruskan saja, nikahlah, kata Guan Eng mengenai kerjasama PAS-Umno

DAP hari ini berkata, PAS wajar "bernikah" dengan Umno, memandangkan parti Islam itu nampaknya kini sudah "bersama" Umno.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata demikian ketika ditanya pandangannya berhubung kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang menolak cadangannya supaya PAS dan Umno bergabung secepat mungkin.


“Saya tidak pernah kata mereka perlu bergabung. Mereka sudah pun bersama,” katanya kepada pemberita hari ini di bilik mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Memandangkan mereka sudah bersama, nikah sajalah. Apa tunggu lagi? Tapi itu tidak bermakna yang mereka perlu bergabung.”

Nik Amar dilaporkan berkata, Lim tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan PAS perlu bergabung secepat mungkin dengan Umno, serta perlu belajar menghormati orang lain dan berdiam diri, daripada mengeluarkan kenyataan merepek.

Semalam, Astro Awani memetik pemimpin PAS itu sebagai berkata: “Saya nasihatkan dia supaya diam dan jangan cakap merapu kerana saya lihat kebelakangan ini, Lim menjadi tidak logik dan sombong dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Lim berkata, Nik Amar boleh melakukan serangan peribadi jika itu yang beliau mahu, dan tindakannya itu hanya akan membuktikan beliau sudah kering idea.

Bagaimanapun katanya, DAP tidak akan melakukan perkara sebegitu.

Beliau kemudiannya memetik komen dibuat Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, 2 hari lepas yang mengatakan buat masa kini sudah tidak banyak perbezaan antara Umno dan PAS.

Asri berkata kerjasama antara 2 parti politik itu boleh berlaku kerana pendirian mereka sudah tidak banyak berbeza kini.

Katanya lagi, perbezaan tunggal hanyalah pada nama serta perbezaan pemakaian songkok dan kopiah.

“Menyokong PAS kini seperti menyokong Barisan Nasional,”
katanya.

Malam Isnin lepas, bajet negara untuk tahun depan diluluskan menggunakan undi blok seperti diminta ahli Parlimen pembangkang dengan 128 menyokong dan 74 menentang.

Usul itu akan dibentangkan untuk bacaan kali ke-2.

Hanya 3 ahli Parlimen PAS mengingkari parti dan mengundi menentang Bajet 2016 itu.

Mereka ialah Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena), Ahmad Baihaki Atiqulah (Kubang Kerian) dan Dr Nik Mazian Nik Mohamad (Pasir Puteh).

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini berkata, bajet itu memberi manfaat kepada rakyat dan parti itu akan berkecuali daripada mengundi untuk menolaknya. -TMI


DAP sokong mufti, gesa Umno-PAS 'nikah'

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini mencadangkan supaya PAS dan Umno "bernikah" memandangkan kedua-dua parti itu tidak mempunyai banyak perbezaan.

Lim berkata demikian sebagai mengulas saranan yang dibuat Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin supaya PAS lebih serius untuk bergabung dengan Umno

"Apa mufti cakap saya setuju. Walaupun (mufti) tak guna istilah nikah, saya yang guna, tapi macam dia cakap kopiah dan songkok tak ada beza, saya rasa nikah saja.

"Jangan pura-pura. Maka pilihan raya akan datang satu undi PAS sama dengan undi BN,"
katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan pusat khidmat DAP DUN Taman Templer di Selayang.

Siapa keluar lesen judi, soal Lim

Sementara itu, Lim turut mempersoalkan kenyataan presiden PAS yang menentang usaha DAP memperkenalkan pilihan raya pihak berkuasa tempatan.

PAS memberikan alasan tidak mahu kaum Cina menguasai kawasan bandar dan menghalalkan arak dan judi kepada orang Islam.

Katanya, PAS kini dilihat seperti Umno dan BN kerana sering menyalahkan DAP walaupun kebanyakan lesen judi diluluskan oleh kerajaan persekutuan.


"Kenapa serang kami tapi tak serang BN? Umno-BN yang keluarkan lesen judi. Apa beza (PAS) dengan Umno? Umno selalu salahkan kita sebab judi.

"Judi siapa yang keluarkan lesen? Lesen judi dikeluarkan BN. Jadi apa kaitan dengan DAP?

"Dia (PAS) macam Umno sekarang. Umno selalu salahkan DAP walaupun mereka yang keluarkan lesen.

“Sebab itu apa yang disebutkan mufti memang betul. Lebih baik mereka terus bersama," katanya lagi.
-mk



21 ulasan:

lelaki dicermin berkata...

Kalau aku org biasa boleh tahu.. nape lah tuang presiden ni..berpuluh tahun cebur bidang politik..lesen judi sape yg keluarkan...

Tanpa Nama berkata...

Mengundi pas sudah sama dengan mengundi bn sekarang ini. Sungguh terang dan jelas fatwa mufti negara kita. Ya. Dr asri adalah mufti negara kita sekarang ini.

Kerana status taraf mufti2 adalah sama maka kita kena patuh fatwa mereka jika salah seorang dari mereka bersuara. Mufti2 lain yang senyap seribu bahasa itu kita bersangka baiklah. Mungkin mereka tak reti sehabuk pun bab2 politik ni. Mungkin mereka sibuk berniaga. Sibuk jaga cucu.

Kalau tok mufti kata begitu, nak sokong lagi ke pas sekarang ini. Orang kampung nak percayakan siapa? Hadi atau asri. Kalau percayakan hadi, pergilah ramaikan program dia bersama najib nanti. Salam dia yang pertama itulah tandanya dia dah bersatu atau dah sehati sejiwa dengan najib. Gambar salam itu nanti bernilai berlaksa2. Bakal diputar berjuta2 kali sampai hari ngundi.

Hebat kan? Orang berduit senang2 bayar pakar untuk dapat modal putarkan kepala orang2 kampung. Tak habis sejuta pun untuk buat pentas dan temukan dua orang besar yang ramai pengikut itu.

Hadi ini bakal mencuci bersih setiap salah laku najib. Sekarang pun dia dah mulakan. Secara resminya nanti akan diwartakan bersihnya najib itu selepas program lah.

Macam tu lah selalu terjadi kepada pak2 lebai yang tak mengaji ilmu politik tahap tinggi. Sekadar pandai hapal kitab kuning tak mungkin faham ilmu politik, ekonomi dan pengurusan manusia morden yang canggih2 itu. Kena belajar ilmu2 itu dengan sungguh2. Kena berkawan dengan orang2 bijak pandai dalam semua cabang ilmu itu.

Kalau lebai2 ini mula tunjuk pandai hal2 di atas tapi bodoh nak mampos dalam ilmu2 itu, bersiap2lah kamu akan diperdajalkan nanti. Satu jam saja kau diceramah, hancorlah minda kau. Kau jadilah pengikut mereka sampai bila2. Sebab tu kami tak hairan kau berwirid keburukkan dap dap dap macam orang gila.

Lge dah menafikan penglibatan mereka berkaitan kuasa meluluskan kerja2 maksiat. Umnolah sebenarnya buat kerja ini semenjak merdeka lagi. Tak tengok ke bukti2 bergambar yang sering dipaparkan itu. Buta ke mata hati sampai sanggup hina dap sampai macam tu sekali.

Tulis panjang2 pun tak guna kalau tak tulis kesimpulan dari cerita yang berjela2 ini. Ini dia kesimpulannya. 'Kekalkan kuasa umno bn dengan apa cara sekali pun!'


李甜福 berkata...

LESEN JUDU 4 EKOR, TOTO, BIG SWEEP, DAN KASINO GENTING YANG EKSLUSIF, TAMBAH LAGI MESIN SLOT YG BERIBU-RIBU SAMPAI JUTA BUAH....DIKELUARKAN KERAJAAN PUSAT.............P0RESIDEN PAS YG PERNAH MENJADI MENTERI BESAR TERENGGANU INI JAHILKAH, SASAU???


OTAK YG TAK BERBENAK MEMANG MENGAIBKAN...NAMPAKNYA AHLI-AHLI PAS JUGA BERBENAK UDANG DAN BUTA HURUF? TERPESONG DAN SESAT AGAMAKAH? BIARKAN PRESIDENNYA BERMAHARAJALELA DAN LAIZE FAIRE..........

Tanpa Nama berkata...



Hj Hadi sepatutnya menjadi benteng terakhir mempertahankan PAS dari berkerjasama dengan UMNO se hingga UMNO BN tidak lagi bergantung kepada hasil judi serta arak. Dan sehingga pemimpin UMNO BN tidak lagi kaya raya dari hasil yang sumbernya diragui dan tidak menguna kuasa untuk menyalah gunakan wang rakyat.

UMNO BN lah yang menambah kan lagi pengeluaran lesen judi selepas pru dan memberi permit untuk cabutan nombor dari setiap bulan ke setiap minggu. Sedangkan semasa pru UMNO BN berjanji akan mengurangkan judi apabila isu ini dimainkan oleh PAS.

Tidak ada satu kelumit pentunjuk pun yang UMNO dibawah Najib berubah ke arah kebaikan dan tiba-tiba Hj Hadi bawa PAS untuk bersama-sama UMNO.

Mengapa Amar tidak kata Dr Asri merapu sedangkan apa yang di katakan Dr Asri itu lah yang di katakan oleh LGE , dua hari sebelum itu? Ini lah pandangan sempit PAS yang kononnya orang bukan Islam tidak boleh menegur pemimpin atau parti yang konon nya Islam. Konon nya maruah Islam Hj Hadi dan orang PAS terlalu mulia untuk di tegur oleh orang bukan Islam.

Sedang kan yang patut di tegur ialah Dr Asri kerana ini hal politik. Tetapi pemimpin PAS tahu yang Dr Asri cakap atas sebab untuk menyelamatkan Islam. Dr Asri lebih tahu keburukan UMNO kerana sudah lama bercampur dengan pemimpin UMNO.

Apalah salahnya sebagai pemimpin Islam Amar menjawab dengan lebih santun lagi dengan tidak mengunakan perkataan merepek dan sombong yang bertujuan untuk menambahkan kebencian ahli terhadap LGE dan DAP.

Ya lah ahli PAS ini bukan semuanya baik macamana UMNO bukan semuanya tidak betul. Yang masuk dalam kepala dia orang (ahli PAS) ia lah 'merepek' dan 'sombong' dan terus kebencian menyelinap masuk dalam hati mereka.

Tanpa Nama berkata...



Kita suruh cepat bernikah sebab tidak mahu melihat perbuatan sumbang dan mengada-gada PAS bertepuk tampar dan dengan peluk cium selama berkerjasama. Inikan perkara baik yang perlu di segerakan, apa lagi yang nak di tunggu-tunggu? Atau masih ada kesangsian dan keragaun antara kedua-dua pihak lagi ?

Yang satu tidak ada masalah sebab berduit dan apa sahaja kehendak pasangan nya akan dipenuhi. Tapi yang jadi pasangan yang banyak masalah dan macam-macam lagi yang nak di regek kan. Macam lah lawa bergetah macam Farahdiyah !

Ingat lagi apa pemimpin dah ahli PAS katakan apabila Mashita menjadi menteri. Rupanya Hj Hadi lagi teruk dari Mahsita.

Tanpa Nama berkata...

pas dgn umno nikah ajalah
dok malu2 konon
kan dah lama mgenal hati budi

Tanpa Nama berkata...




Murka Nya ALLAH...Kepada Si MURTAD
Kerana Ber Lawanan...FITRAH yg Cantik
Ber Gelap PUNCA...Songsang dan Sesat
Bayangkan Berdiri...Tunggang TERBALIK?
Kaki Keatas...Tergantung Ter Ikat??
Kepala Kebawah...Penat & SERIK
Sbb Itu lah...MURTAD Di Laknat
Berlawanan FITRAH...Tolol Tak CERDIK



LANGIT dan Bumi...FITRAH Nya Suci
FITRAH Mem-BERI..."Percuma" Ber Bakti
Se Suci-FITRAH...Nabi dan Wali
Indah Terbayang...Kedasar HATI


Pem FITNAH Pe Nyonglap..."SUKA" Men-CURI
Melawan FITRAH...Langit & Bumi
Tunggang TERBALIK...Murtad yg Keji
Hujjah yg TOLOL...Menyiksakan Diri


FITRAH Nya Langit...Sentiasa Mem-BERI
FITRAH Nya Bumi...Pun Mem-BERI kan Bakti
Pem FITNAH Pe Nyonglap..."Akidah" Nya Men-CURI
Tunggang TERBALIK @ = Murtad...Yg TUHAN Laknati









LANGIT dan Bumi...Teguh Ber Diri
MALAIKAT pun Turut...Menjunjung Tinggi
Menjunjung Se Mutlak7..."KBNARAN" Yg Hakiki
Itulah Amanah-NYA...Semenjak Azali
AMANAH yg Indah...AMANAH Mem-BERI
LURUS Kudus...FITRAH yg Suci


Apakah "MOTIF"...Nabi2 Di Utus?
Kalau Bukan...Membuktikan "KBNNARAN"
Mem Bongkar Ke Zaliman...FITNAH Yg Rakus
Menerangi Kegelapan...Bejat "KEKELIRUAN"


Apakah "MOTIF"...Wahyu Di Turun?
Bukan kah "KBNARAN"...Yg Wajib Di Julang??
Se Mutlak7 "KBNARAN"...Yg Turun Temurun
So, SYIRIK dan Murtad pon...Jelas & TERANG








SYIRIK Itu..."HARTA" Di Dada
MURTAD Itu...Tunggang TERBALIK
AMANAH Yg Suci...Diputar di Hina
FITNAH Penyamun...Di Make-Up "CANTIK?"






Wahai Sahabat...AMANAH yg Sejati
CAHAYA AL-Quran...Mudah & TERANG
SYIRIK dan Murtad...Bukan lah "ILUSI"
Terang & Nyata...Jelas Ter "PAMPANG"
Menyembah Patung..."Old-School" yg BASI
Duit & "HARTA" lah...Dada Ber Goncang!!?


"Wa-SYARIK-Hum-Fil-AMWAL"...ALLAH Ber Firman
SYIRIK itu..."HARTA" Ber Takhta
ESOS Balak...Projek di "UMPAN"
Termakan "UMPAN"...Buruk Padah Nya
Se Hina-Hina "Abdi"...Yg Mengikut Arahan
W.pon Ter Paksa...FITNAH Ber Dusta





Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
Sujud Dakap Lah..."KBNARAN" Yg Hakiki
LANGIT dan Bumi...Kan Mnjd Teman
MALAIKAT pun Turut...Setia Menemani
Seluruh "ZAT" Yg'SATU...Pun Memberi Sanjungan
Batin Mu kan "TERBANG"...Ke Makam yg Tertinggi




bomohJinBangi berkata...

Kah kah kah
nikah tak payah isytihar kepada umum, cukup hanya pihak lelaki dan perempuan setuju.
Nikah mutaah ini nikah sementara, atau sekarang orang panggil "kerjasama".

Tanpa Nama berkata...

KAWE DOK AKANG MENGUNDI PAS DLM PRU14....
SELAMAT TINGGAL PAS
TAHNAH DAN TERBAIK AHLI PARLIMEN PASIR PUTEH.... TUAN MEMAHAMI HASRAT KAMI DAN TIDAK MENGABAIKAN MANDAT YG DIBERI UTK MEMBANGKANG....

Mana $$$$ Rosli pencacai pas....no no. 1

Tanpa Nama berkata...

hahahhaha..hahahhah $$$$ rosli sedang cari idea,dia kata usah dok layang..macai2. DAP Kapiaq jahat..sokonglah orang melayu umno..walaupun orng melayu penyamun,kaki kencing..kaki bunuh orang,kaki belit,tak mahu hudud..TAKPA UMNO ORNG MELAYU..Nanti bila join umno..boleh tipu guna SPR ubah sempadan..cara kita dapatkan hudud..idup melayu idup Isle..$$$$ rosli.

Tanpa Nama berkata...

Aku nak royak sor ko YB PAS/PR ni, kami undi PAS/PR dulu adalah utk mengantikan UBN kpd PR. Bukan saja2 undi utk mu boleh jadi YB. Nak Tanya kpd YB PAS skrg khasnya di Kelantan dan Msia amnya nak jadi YB lagikah utk PRU 14 nanti? Kalu rasa nak keluar segera dari PAS join lah PH. Pemimpin PAS malah semua org tahu kalu PAS berkerjasama dgn Umno mamposlah PAS. Pak cik/Mak cik hak paku 8" ( istilah org Kelantan ) pun akan tercabut apatah lagi org muda, sebab tu lah pemimpin atasan PAS tak berani nak royak terus terang hak nak bergabung ni, dok ralek main cik ku chat jah. Kalu tak caya cuba lafaz dan istihar nak bergabung dgn Umno. Pah tu kalu dok main 3 penjuru bila PAS nak menang YB weh. Kawe tahu demo hanya malu aib ko big boss demo jah lepas tu buatlah olok2 sokong, dalam hati ketik nak marah. Biarlah jadi org yg berprinsip YB weh.

Anti Fitnah berkata...

Semasa saya kecil-kecil duluu, kalaulah anak muda, tak kiralah lelaki atau perempuan, kalau dilihat keluar berdua-duaan, maka mak ayah akan cepat-cepat meminta depa berdua dinikahkan atau terus menikahkan depa berdua. Kenapa? Ini untuk mengelakkan fitnah yang bakal terjadi dan mengelakkan manusia lain terlibat dengan fitnah. Itu dulu.
Kini ... kini bukan sahaja manusia suka akan fitnah malahan depa suka mencipta fitnah (seolah-olah depa ingin "pahala percuma" kononnya)agar manusia lain terlibat dengan fitnah juga.
Akhir-akhir ini (semenjak peninggalan Tok Guru Nik Aziz), PAS sudah mula terasa bahang Melayu akan hilang kuasa dan tidak takut Islam akan hilang kuasa. Depa takut Melayu dihina tetapi tidak takut Islam dihina. PAS selalu menafi dengan kata-kata tapi perbuatan depa menunjukkan sebaliknya. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa PAS dan UMNO makin hari semakin nampak serupa.
Saya amat hairan kenapa PAS boleh menuduh DAP dengan tuduhan yang bukan-bukan seperti lesen judi, lesen arak, ... Janganlah PAS menonjolkan keBODOHan dan keTOLOLan. Adakah orang Melayu memang begitu mudah diperMAINkan, diperBODOHkan, diperTOLOLkan, ... ?

Tanpa Nama berkata...

Nikah jer lah pas oii... cerai yg dulu cerai talak tiga... tak der restu org tua.. sekarang org tua dah tak ada... so... kena nikah semula... proses cina buta pun dah selesai... kan dah mengaku dah kena main tunggang tebalik oleh dap... soh boleh lah nikah semula..

Selamat pengantin baru.. pas love umnoh..

Tanpa Nama berkata...

ayuh!! buktikan kejantanan mu aji adi. tunggu apa lagi? cepat buat kenyataan pas akan bergabung dengan umno. tapiii... berani ke bang aji adi nak umum? kikikikiki.. alahai bang aji adi kaki ponteng.

Tanpa Nama berkata...


Anggaplah pada hari multaqa nanti sebagai satu majlis pertunangan. Dalam majlis tersebut kedua-dua pihak akan memutuskan berapa hantaran, berapa dulang dan berapa lama bertunang yang telah di bincangkan oleh agen mencari pasangan.

Harap jangan lah bertunang lama-lama sampai 3 tahun. Macam-macam boleh jadi dalam 3 tahun. Yang mati pun ada.

Tapi yang pelik pasangan berkain samping merah dan berkeris kontot, tak pulak melenting.

Bapak pengantin (Harun Din) dah cakap bersedia menerima pasangan tapi bapak pengantin yang kaya tak cakap apa-apa pun lagi.

Tanpa Nama berkata...

Banyak untong laa hadi. Nikah dgn org kaya. 2.6b maaa.

Tanpa Nama berkata...

Sekarang ada sebuah parti yang pelik dalam dunia.manakan tidak di Pulau Pinang diarah jadi PEMBANGKANG .di Selangor masih dalam kerajaan bersma DAP ,PKR dan pas ,diluar hina rakan seperjuanagn .didalam kelambu ingin berselingkuh dengan Umno.Ini semua adalah idea Presideng mereka yang terus membuli ahli bawahan.

Tanpa Nama berkata...

Malu kepada orang indonesi kerana parti peminpin islam berselingkuh dalam kelambu dengan parti melayu konon.hendak bercumbu aje suruh nikah tak nak,lihat wajah lelaki yang tak gangteng ,pakaian seperti ulamk tersohor tetapi pemikiran nya menghala kepada perbuatan khianat.

Tanpa Nama berkata...

Kita janagn marahkan hadi sebab inilah usaha beliau selama ini .usaha untuk bersam Umno tetapi dulu ada penghalang kuat iaitu Al marhum Fadil Nor dan almarhum TGNA ,kini tiada lagi batu penghalangnay hanay yang ada Husam sahaja.itu sebab Hadi makin terus meluncur pergi tanpa sekatan ditambah dengan pelincir keluaran haron din,Teruskan Hadi mhancurkan Pas sebab pas adalah sebauah parti sesat di dunia ini ,keran di Penang jadi pembangkang tetapi di Serlangor masih jadi babi tunggangan DAP.padan muka .

Zary Manoff berkata...

YB tu gapo? YANG BENGONG ko...

Hidup Najib! berkata...

Umno plant hadi jd trojan horse untuk meruntuhkan PR...la ni masa untuk reward hadi...mgkin dijdkan punahsehat bertaraf menteri...dekat2 PRU nanti bnyk demand kena terajang lah ko...pas will never learn...forever...sigh...