30 Nov 2015

Bodoh Tak Boleh Diajar, Cerdik Tak Boleh Diikut!

MB: AMANAH baru cambah, PAS dah 64 tahun

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob menyifatkan Parti Amanah Negara (AMANAH)sebagai "pokok yang baru disemai dan belum matang sepenuhnya" untuk memberi cabaran yang besar selain Umno, pada pilihan raya umum ke-14.

"Dia (AMANAH) ini baru nak bercambah dan masih di peringkat benih, kita akan tengoklah sejauh mana kekuatannya.

"PAS sudah 64 tahun, panas, hujan, banjir semua kita dah harungi.



"AMANAH ini baru bercambah, dia bubuh baja banyak, bubuh air banyak-banyak, nampaklah segar tapi hanya dalam satu polybag sahaja," kata Ahmad seperti lapor Sinar Harian hari ini.

Beliau menjawab soalan sama ada AMANAH mampu memberi cabaran besar kepada PAS selain musuh tradisi mereka Umno pada pilihan raya umum akan datang.

Sebelum ini, Presiden AMANAH Mohamad Sabu berkata parti itu sedia menggantikan PAS mentadbir kerajaan Kelantan pada pilihan raya umum ke-14 bagi "menyelamatkan" kerajaan Islam yang ditubuhkan oleh Nik Aziz.

Mohamad atau yang mesra dipanggil Mat Sabu berkata sokongan rakyat Kelantan kepada parti yang ditubuhkan akhir Ogos lalu cukup hebat. Parti mensasarkan keahlian sebanyak 100,000 orang menjelang akhir Disember ini.

Beliau dilapor memetik kajian Ilham Centre yang mengatakan 15 peratus ahli PAS di Kelantan sudah menyertai AMANAH.

Dilaporkan juga berdasarkan kajian AMANAH, kedudukan di Kelantan sekarang sudah jadi 30:30:30:10 iaitu di antara Amanah, PAS, Umno, atas pagar atau lain-lain.

ULASAN GB

Nak kata bodoh ya sombong pun ya.. jadilah dia bodoh-sombong.

Kerana apa bodoh? Kerana setiap sesuatu di mayapada ini memang bermula dari kecil, sebuah pohon bermula dari dalam sebuah polybag. Kemudian ia membersar dan dialihkan ke tanah untuk ia terus tumbuh sehingga berbuah.

Begitulah evolusi sesuatu benda yang baharu. PAS juga pernah melaluinya. PAS tidak muncul dengan tiba-tiba seperti yang ada hari ini. Ia melalui proses evolusi juga. Ia juga melalui hukum apa yang disebut "sunnatullah".

Jadi untuk merendah-rendahkan parti AMANAH sebagai "pokok yang baru disemai dan belum matang sepenuhnya" ternyata satu kenyataan yang amat bodoh. Kerana tiada pembesaran jika tiada penyemaian.

AMANAH masih di dalam polybag, katanya. Salah! "Penyemaian" telah berlaku di dalam polybag sewaktu AMANAH masih bernama Gerakan Harapan Baru (GHB). Kini AMANAH sudah diluluskan oleh ROS. AMANAH sudah keluar dari polybag. Ia kini dipacak di merata tempat. AMANAH kini sudah ada pejabatnya sendiri, wismanya sendiri.

AMANAH semakin membesar, semakin dewasa. Begitu cepat ... dalam tempoh tak sampai 3 bulan, ahlinya kini sudah mencapaai lebih 60 ribu. Dan sasaran 100,000 sehingga hujung tahun semakin menjadi kenyataan.

Begitulah bodohnya dia yang cuba mengutuk dan merendah-rendahkan AMANAH, sedangkan beliau sendiri memparkan kebodohannya lewaan kenyataannya itu.

Kemudian dia berkata lagi: "PAS sudah 64 tahun, panas, hujan, banjir semua kita dah harungi."

Tadi bodoh, kini sombong pula. Konon dah 64 tahun. Sedang dia terlupa setiap yang baharu itu binasa. Jika manusia, umur 64 tahun itu sudah kira "tua" dan menunggu masa dikafan, disolat dan dikebumikan. Umur Rasulullah ialah 63 tahun sewaktu baginda wafat. Bererti PAS dah terlajak satu tahun. Orang yang terlajak biasanya akan merapu, meroyan... dalam bahasa mudah dipanggil "buang tabiat".... Mungkin kerana sebab itu agaknya PAS yang ada pada hari ini mmelabel, mencaci, memaki, memfitnah, mengugut, mengancam malah bertindak diluar batas kewarasan (maka berlakulah gejala lahirnya mereka yang sewel... dimana semakin ramai ahli PAS yang berpenyakit mental yang akhirnya menjadikan mereka berperwatakan ganas seperti yang dilakukan ke atas pemimpin AMANAH Marang, Ust Miqdad Zakaria).

Menggabungkan kedua-dua di atas ternyata apa yang dinyatakan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, merangkap MB Kelantan Dato Ust Ahmad Yaakob sebenarnya kenyataan yang bodoh-sombong. atau peribahasa Melayu kata "bodoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh diikut."



34 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kelihatannya para ulamakCAI kian meroyan! Memang betul mereka menjadi bodoh dengan kesombongan yg teramat sangat.

Kalau dah tau AMANAH tu benih polibag...yang beria ia sangat serang siang malam pagi petang tu buat apa??!! Nampak sangat cakap orang yg meroyan dan takut bayang2 sendiri!

Hukum keadilan dan kebenaran memang berjalan. Semakin kamu perleceh. Semakin kamu serang. Semakin kamu hina. Semakin kuat dan kukuh sokongan rakyat terhadap AMANAH!!

Kebodohan pemimpin CAI akan mendekatkan lagi parti nyanyuk PAS itu ke liang lahad!!

Unknown berkata...

Kenapalah Ahmad Yaakob beri contoh lagu tu..?
Adoii..patutlah, perjalanan tadbir urus tidak teratur dibawah pemerintahan beliau. HISBAH mana Ahmad Yaakob? Tidak berani untuk dilaksanakan ke..? Comfirm tidak berani punya! exco2 kerajaan negeri kaki boros dan mewah.

AMANAH memanglah baru ditubuhkan, tapi..
Para pemimpin dan ahli2nya semuanya berpegalaman dalam membela rakyat dan sanggup berdepan dengan risiko diperjarakan.

Kalau setakat lama, asyik duduk pejabat yang berhawa dingin, beri kuliah habiskan masa dimasjid tanpa turun padang, memperjuangkan nasib rakyat sepenuhnya.. tak berguna jugalah Ahmad Yaakob.

Apa isu yang paling gempak yang rakyat Kelantan akan ingat sampai mati Ahmad Yaakob?


Tanpa Nama berkata...

betul tu..
satu polybag...
satu lagi bag mayat...

eh...apa2 pun yg hidup tu, matinye adalah pasti.

Tanpa Nama berkata...

Dia dah nyanyok dan terlupa ..yg pernah berpanas,berhujan dan banjir serta petir adalah pemimpin AMANAH..mereka ini yg sebenarnya benar2 berjuang dalam pas sewaktu dulu.
Manakala pemimpin2 pas yg menguasai pas sekarang adalah ahli dlm kepakaran menggentel telor saja waktu dulu..sekarang pulak nk tunjuk hero..rakyat kenallah kamu kamu semua tu.

rizal berkata...

mmg betul parti amanah masih baru. tp org yg menganggotai parti tu dah lama ditarbiah dgn politik...lebih hebat dan menjadi tunjang pas dahulunya. hebatnya pas xboleh dinafikan berpunca dari mereka juga. kalau parti amanah ni dari orang yg xpernah berpolitik lainlah jgk. kenapa pkr blh jadi hebat jg? sbb yg ada ddalamnya dah tlatih dgn politik kan? cb tgk sisa yg ada dalam pas skrg, hebat jgk kan? hebat melingkup...konon dah 64 tahunlah...

Tanpa Nama berkata...

Aku xfahamla knp org bodoh mcm ni dilantik jadi mb kelantan.siapa pilih die,Nik Aziz punya la terbaik tp dganti dgn malaon walaon bunguk mcmni.Hancur kelantan, dah xde org bijak2 ke kat kelantan.Lantikla husam....Ni mb si mangkok ayun ni,timbalan pulak lagi teruk bebalnye.Boleh ke mrk memerintah kelantan dgn pemimpin2 otak lutut mcmni.Came on org kelantan next pru jgn kasi malaon walaon ni peluang lg dh..

Unknown berkata...

Salam:


Biarlah apa yg PAS dan PKR nak kata yg penting Amanah Buat kerja.Amanah mempunyai harapan sangat cerah utk ganti,pas/pkr dan umno.

Berdasarkan banci penduduk 2010 melayu adalah 17 juta orang daripada 60% boleh mengundi,dari itu 3 juta umno PAS adalh 1.6 juta,PKR lebihh kurang 0.5 juta.Overal pengundi melayu atas pagar adalah 10juta.lebih kurang 70% tak berminat politik kepartian lebih berminat pada keselesaan diri/keluarga lebih practical siapa yg boleh buat kerja.Jadi bagi setiap M/P.DUN majority melayu kebanyakkan pekerja2 kerajaan/swasta.

Andaikata pecahan pengundi di MP/DUN,40-50% MELAYU,Harapan cerah untuk PH/Amanah untuk menang adalah besar.Amanah perlu target >50% sahaja.

UMNO dan pas,dah takada ahli2 3 juta/1.6 juta lagi semuanya ILLUSI,itu sebab PAS terpaksa recruit bawah umur dan umno recruit putra yg tak boleh mengundi.

Sementara PKR,Kebanyakkan undi melayu datang dari pekerja kerajaan/swasta,mereka adalah yg realistik akan umdi siapa yg boleh buat kerja.
sebab inilah PKR nak menempek undi melayu PAS dan melayu umno yg total jumlahnya 5 juta.PKR nak makan keliling undi cina nak,undi india pun nak umdi melayu pas dan umno pun nak TAPI MALAS KERJA/Harap orang lain buat untuk dia.
Sejarah PR yg lalu,kebanyakkan pertugas2 PKR adalah orng 2 ats pagar,mereka cuma peluk tubuh sahaja.

Dinasihatkan pada Amanah buat masa ini jgn dilayan sangat dgn PKR,mereka tiada tenaga PERTUGAS DAN AHLI2 yg bila2 masa bertukar arah dari PKR ka amanah. yg penting sekarang Amaanah kena ikut resaM PADI,semakin tuduk semakin berisi.

GUNAKAN STRATEGY BOLASEPAK BAGAIMANA:
Brazil yg hebat bertahun boleh tewas pada undrdog germany 7-1,Barcelona tewas 3-1 dgn uderdog Valencia,Real madrid bleh tewas dgn uderdog real altetico, MU boleh tewas dgn swan sea.Salah satu strategy mereka ialah technic Man to man marking di mana darpada coach sampai ka captain bola,defender MFied dan striker bersungguh-sungguh ,tiada penah lelah,mengkaji teknik pehak lawan dan bila time nak "EXECUTE" baru menunjukkan TARING.

(sambungan dari strategy dulu):
Apa yg perlu amanh Buat:

1.Identify kawasan2 MP/DUN yg boleh ditandingI,pastikan melayu 40-%-50% majority.Dapatkan data2 calon2 pengundi direct dari SPR yg terkini.(KENA BUAT).sEBAB SPR akan keluarkan lagi yg baru seminggu sekali lagi sebelom PR.Maknanya kita ada masa nak check pertambahan pengundi melayu.
2.Identify bakal2 Calon dan pertugas dari sekarang tanpa lengah2 lagi.Andaikata tak terpilih jgn merajuk,bantu calon yg dipilih.Pastikan Bakal2 calon sudah melawat kawasan2 melaui daftar pengundi,samada melalui perkahwinan,kematian,hari2kebesaran, event-event rakyat.Setiap kawasan ada data2 pengundi, dikategorikan penyokong tegar..atas pagar..penyokong kita..
3.Yg penting adakan sistem bercomputer yg canggih menyimpan data2 pengundi,terkini..dari rumah karumah..sehingga bakal calon mengetahui orng yg baru berpindah ketempatnya.dan meninggal dunia.
4.Sistem security yg mampan samada data,pertugas.tiada gunting dlm lipatan

BENDA-BENDA BASIC in Amanah kena buat dari sekarang jangan lengah-lengah,kena ada THIK-TANK, khussus untuk ini.
TAK GUNA BUAT LAST MINIT, kutuk mengutuk dgn PKR atau PAS..

untuk memenangi apa-apa permainan/pertandingan Amanah kena ada a "STEP" ahead dari competitor.

SEMOGA BERJAYA.Go amanah go.

mohd shahran berkata...

Pas pokok tua yang akan tumbang pada bila-bila masa. akan tumbuh anak pokok yang gantikan pokok yang tua. Hukum alam akan tetap terjadi yang tuan akan musnah

Tanpa Nama berkata...

Kalau kita berladang, pokok tua selalunya tak produktif dan akan ditebang. Pokok itu akan diganti anak pokok polybag dari baka yang baik yang diyakini akan memberikan hasil yang berganda. Itu kalau pokok ladang.

Kalau pokok balak pulak, yang tua2 tulah yang ditebang oleh kroni2 ug sampai gondol2 bukit hingga menyebabkan banjir tahun lepas. Maka mahu tak mahu pokok polybag perlu ditanam semula untuk mengelak banjir di masa depan.

PasiPekanGreenClub berkata...

sebagai orang PAS dan tidak berniat nak sertai AMANAH, aku jadi pening dan sakit kepala dengan kenyataan demi kenyataan para pimpinan PAS hari ini. Dimana kenyataan yang dikeluarkan bukan sahaja kelihatan bodoh, tetapi menuju kepada takabur dan sombong.
Tidak sedarkah pimpinan PAS, siapa mereka yang menyertai AMANAH?. Siapa yang jadi pemimpin AMANAH? Bukan semua mereka ini dari PAS!. 90% daripada ahli AMANAH adalah ahli PAS.
Bagaimana pimpinan PAS boleh bersikap bodoh metametik, bukankah dengan pertambahan seorang ahli AMANAH, maka seorang ahli PAS berkurangan.
Bagaimana pemimpin PAS boleh bersikap takabur dan sombong, adakah mereka rasa gembira bila terdapat orang Islam terkeluar dari perjuangan Islam. Adakah perjuangan Islam menjadi milik mutlak mereka?.
Adakah mereka tidak tahu bahawa menegah dan menghalang orang Islam daripada bergerak dijalan Allah merupakan dosa besar?.
Tiada jalan keluar, kecuali pimpinan PAS berusaha sedaya upaya mengembalikan semula ahli PAS kepada perjuangan PAS.
Janganlah pimpinan PAS merasa segan dan malu alah untuk mengeluarkan beberapa orang yang menjadi penyakit kepada perjuangan PAS.
Nahkoda yang bermasalah boleh menegelamkan satu kapal bersama seribu penumpang. Namun beribu penumpang boleh dipilih untuk dijadikan seorang nahkoda yang baik.

Tanpa Nama berkata...



Kalau di ibaratkan pokok, Amanah adalah dari pokok yang di tunaskan dari pokok TGNA. Pucuk nya ke hijauan cantik dan walaupun baru di alihkan ke tanah, pohonnya telah berbuah ranum walaupun belum lebat.

Sesiapa yang melihat nya pasti kagum kerana dahan pokok sentiasa di cantas bukan sahaja di baja dan di siram supaya berbuah. "Batangnya tempat bersandar, akarnya tempat bersila, daunnya untuk berteduh dan buahnya untuk dimakan"

Tapi sebenarnya tidak tepat mengambi perumpamaan Amanah dan PAS sebagai pokok. Bagaimana pula PAS yang merekrut budak-budak berumur 13 tahun?

Baik Amanah, UMNO atau PKR, ketiga-tiga mencari anak pokok dari pusat pengajian tinggi, PAS pulak cari pokok dari sekolah menengah.

Pokok yang mana kah yang akan berbuah dulu?


Tanpa Nama berkata...

kalu hudud tak jalan di kelantan taun 2015, gua akan letak jawatan.

Ada sebulan lagi nak tengok lu munafik atau tidak. Dulu Madey bila kata nak letak jawatan, Madey telah letak jawatan. Madey bukan munafik.

Gua tunggu tahun baru 2016.

otaiblues.blogspot berkata...

yang menubuh kan pan itu.bukannya bebudak hingusan.pengalaman yg ada pada mereka sama seperti pengalaman yg pas ada.
jd ia bukan nya parti yg baru seperti yg orang pas lebel kan.

Tanpa Nama berkata...

PAS sudah 64 tahun, panas, hujan, banjir semua kita dah harungi.... tetapi berdebat, takut !

Unknown berkata...

Petunjuk hati tak sepadan status ustaz. Sombong ditambah bongkak. Beliau lupa Allah mampu memberi kuasa kpd sesiapa yg dikehendakiNya.

Tanpa Nama berkata...




Sebelum Nabi...Diutus Ke BUMI
Telah pun Wujud..."JAMAAH" yg Azali
LANGIT & Bumi...Malaikat yg Suci
Ber "SATU" Ber JAMAAH...LURUS Ber Bakti
Bukan yg 72...Dan 73 yg Di Cari
Hanyalah "SATU"...JAMAAH yg ""HAKIKI"!


Ber SATU Ber JAMAAH...LURUS Mem-BERI
Nabi pon Ber SATU...Ber JAMAAH Azali
Itulah "SATU"...JAMAAH yg Suci
The Absolute-AMANAH...The Highest Integrity!!


Marilah Ber JAMAAH...Dengan INTEGRITY
INTEGRITY Ber Makna..."AMANAH" Di Hati
Jamaah INTEGRITY...Adalah JAMAAH Nabi2
JAMAAH Yg Ber SATU...Dgn Langit & BUMI
Langit & Bumi...LURUS "Mem-BERI"
KUDUS Mendakap...AMANAH...ILAHI


JAMAAH "INTEGRITY"...Universal Azali
Itulah JAMAAH...Nabi Dan WALI
The Absolute ORDER...The Utmost TRANSPARENCY
Tak Wujud FITNAH...Songlap Men-CURI
Tak Tunggang TERBALIK..."Murtad" yg Keji
Tak Ter"Niat" RAKUS...Menyerakah Diri
Saling SIMPATI...Kaseh ""Mem-BERI""
""Ar'RAHMAN-Ar'RAHIM""-NYA...Santun Di Hati








Lawan AMANAH...Adalah RASUAH
Lawan Mem-BERI...Adalah Men-CURI
Lawan yg"LURUS..."Murtad" Yg Parah
Tunggang TERBALIK...Fitnah yg Keji


Lawan AMANAH...Fitnah Merapu
Lawan Mem-BERI...Songlap Men-CURI
Lawan SIMPATI...RAKUS Ber Hantu
Songlap RASUAH...Di Make-Up "Suci"?
PONTENG U-Turn...Tipu "KELIRU"
Berjubah Ber SORBAN...Perasan-"Wali"?









Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
Ber JAMAAH lah Dgn...Nabi & WALI
LANGIT & Bumi...Yg Mem-BERI Sumbangan
Bukan nya "Parti"...Yg Songlap Men-CURI
Bukan nya "Setan"...Yg Berjubah Ber Sorban
Yg Tunggang TERBALIK...Meng KHIANATI Janji
Yg Berlakun "Warak?"...Setan BAJINGAN
Ber "Tuhan" kan HARTA...Nafsu yg Keji


Tanpa Nama berkata...

Melihat kebodohan pemimpin2 PAS sekarang teringat aku kegemilangan TGNA dulu Tapi apa kan daya hadi pil kuda dah turn over 360degree PAS jadi parti walaon..macam lembu cucuk hidung takde aura lagi..rindu aku kat arwah TGNA..

Tanpa Nama berkata...

boleh dikatakan semua komen menyokong
amanah dan pas dihentam kaw-kaw.
bersatupadulah amanah, jangan bertelagah.
pedulikan apa orang lain nak kata.
jalankan tugas dengan ikhlas dan amanah.
insyaalah akan direstui Tuhan yang maha esa.
rakyat dah muak dengan kerenah bn/umno.
hanya amanah/pkr harapan mereka.

Tanpa Nama berkata...

Suatu kekhilafan pada arwah Allahyarham TGNA dgn melantik penggantinya Datuk Ahmad Yakob sebagai menteri besar Kelantan.
Mungkin pada anggapan arwah Ahmad Yakob ini seorang ulama boleh mentadbir dan mengurus parti dgn baik, tetapi sayang beliau kurang cerdik (pinjam kata2 GB) ditambah pula dgn nasihat dari presiden parti PAS Kelantan semakin hampir kpd lucutnya kuasa PAS di Kelantan.
Dato Mustapha Mohamad berkata inilah saat paling baik untuk UMNO merampas Kelantan.
Inilah wajah2 pemimpin PAS Kelantan yang terakhir menerajui pentadbiran Kelantan.

Tanpa Nama berkata...

Biarkn pas merasakan cukup selesa, biarkn mereka hanyut. Team Amanah lipat gandakan usaha kalian.

Pak Mat Mual berkata...

Pas umur 64 tahun?

Jika Pas ni pokok getah, ditanam pada tahun 1950han dah kena tebang tahun 1980. Usia produktif getah dan sawit 25 tahun tambah 5 tahun sebelum berhasil jadilah usianya 30 tahun.

Sekarang ni Pas sudah patut ditebang kerana usianya dah 34 tahun diambil kira dari tarikh tanam kali kedua.

Kulit pokok pun dah berkerapu dan terpaksa dibuat torehan parah. Kena buboh ubat penggalak susu. Torehan pun dah sampai ke dahan kerana di bahagian bawah sudah tidak boleh dirodok pisau lagi.

Sekarang ini Pas setaraf dengan pokok getah tua yang menunggu untuk ditebang dan dijual kayunya. Tapak kebun itu kena ditanam dengan tanaman baru yang lebih baik.

Pada masa ini tuan punya kebun sudah pun ada anak beneh sawit yang mampu keluarkan hasil pada umur 2 setengah tahun.

Klon sawit baru itu namanya AMANAH. Ia akan mengeluarkan hasil pada tahun 2018 iaitu dua tahun setengah dari sekarang.

Gtah tua Pas tinggal kenangan.

Tanpa Nama berkata...

Betul lah tajuk ni, tak kan lah hari ni dilahirkan dan berumur 64 tahun. Kenapa dia ingat umur 64 tahun tu cerdik ko. Manusia ni kalau dah semakin tua tu dah tak begitu cerdik doh. Begitu lah juga PAS yang akan mendapat sokongan dari kalangan yg berumur 64 tahun yg tingal di kampung2 kerana sebilangan besar yg berumur 64 ni tidak begitu celik dengan penyebaran maklumat melalui perkembangan teknologi

Tanpa Nama berkata...

Untuk mempertahankan seorang Presiden yg buta politik PAS sanggup kehilangan berpuluh2 ribu ahli, sepatutnya PAS patut memilih seorang Presiden yg baru untuk menyelamatkan PAS

Tanpa Nama berkata...

hari-hari kejatuhan mung mat yakub sudah buleh dibilang...tahu laaa nasib mung dalam PRU...aku rakyat kelate akan pastikan mung tak akan jadi MB lagih...

No more to PAS....next PRU aku tak akan undi PAS lagi...baru mung tahu langit tinggi rendah...tok kaba ko rakyat kelate toksir doh ko mung?

Tanpa Nama berkata...

Dah lama takde adun yg mati. Tiba2 rindu pulak prk! Hehehe baru boleh test power.

Unknown berkata...

Dari cerita yg aku dengar seblm pru 13 memang tgna hendak letak jawatan...rupanya geng2 serban telah pasang strategi..ramai org kelantan sendiri tak tahu pasal niat pengunduran tgna. Masaalah peraturan di setiap kerajaan negeri utk melantik mb. Surat kebenaran dr presiden parti amat penting. Jadi faham2lah.. takkan presiden parti hendak lantik husam.. dengar pun perlantikkan sesenyap yg boleh.. hingga majlis angkat sumpah pun guna sms. Tak pakai surat resmi.. lepas tu geng2 serban ni keluarkan cerita... sultan tak berkenan husam jadi mb.. tahu2 lah org melayu ni.. klu sebut perintah sultan.. takkan siasat dulu...kena terima apa yg sultan ckp... walau pun khabar2 angin.. jadi lantiklah mb dan tmb dr geng2 serban.. rakyat kelantan tak boleh membantah.. pèrintah sultan.. majlis angkat sumpah telah selesai.. itu lah ceritanya yg aku dengar.. ingat dlm gelanggang gusti je ada main kotor.. geng serban lagi licik permainan dia org..

Jeman berkata...

Saya x jumpe fakta yg TGNA mmg berhajatkn Ahmad Yakub sbg penganti.. yg saya penah nmpk ada artikel yg arwah sebut psl Husam.. klau ada mintak share tuan GB

Unknown berkata...

MB Kelate yg paling bodoh dalam sejarah.Level dia hanya mudir sekolah arab jer.Lebih dikenali sebagai Mat Rileks aka Mat Slow.

Tanpa Nama berkata...

tk kira tua atau muda.. lama atau baru

untuk membina memang susah dan memakan masa

tp utk meruntuh sekejap saja

tk kira pas seratus atau 200 tahun, tp pas diruntuhkan oleh
pemimpin sendiri dlm sekelip mata

tua jgn disangka bapak, muda jgn disangka anak

kalau tua bangka lagi jgn disangka manusia.. mungkin saja sudah jadi tunggul mati yg tidak berguna

amat dungu dan lembam utk menilai keutuhan parti dgn usianya.


Tanpa Nama berkata...

Maknanya PAS ni pun advance jugak le. Selain guna ayat2 agama. Nama istana pun turut kena petik jugak le oleh geng hulamak PAS.

Kira dh selevel hamno le ni. Hamno guna bangsa dan selit2 jugak istana sesekali. Tapi rasa2 lebih bagus hamno dpd PAS bab ni. Setidak tidak hamno tk le nampak munafik. Cuma mereka jahat dan nampak jahat. PAS nampak tak jahat tapi jahat sama paras je dgn hamno.

PAS malaikat yg tk dikenali..... bahasa kiasan tun madey je. Rupa2nya memang betul pun. PAS bagaikan malaikat time petik2 ayat agama. Lepas tu...berakhlak spt shaitoon!!

Perangai mcm tu ke nak laksanakan hukum ALLAH?? Sudah2 le jual agama tu PAS oiii....kami dah nyampah dgn taktik korang tuuu...

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Parti Amanah Negara (AMANAH) dituduh sebagai pokok yang baru bercambah, tidak matang dan tidak mantap. Tuduhan ini hanya dilontarkan oleh "seorang suami yang gila talak setelah menceraikan isteri". Masakan tidak merogan , kerana "isteri" yang diceraikan masih cantik, menggiurkan dan diminati ramai. Duda tersebut semakin tinggi darjah gila talaknya, kerana apabila habis sahaja edah perceraian, jandanya berkahwin dengan seorang bujang yang kaya, tampan dan menawan.

Pada hakikatnya AMANAH ibarat pokohon yang ditut atau diklon dari pokok induknya Pas. Pohon yang diklon itu sama usia dengan pokok induknya. Kematangan dan kemantapan dua parti ini adalah sama kerana kedua-duanya dari benih yang sama. Amanah pada awalnya bertubuh kecil, tetapi apabila dibaca dengan ramuan-ramuan semulajadi cepat membesar. Pas dan Amanah kini sama besar dan sama tinggi. Amanah dilihat lebih berstrategi dan dianggotai oleh golongan profesional dan intelek. Saki baki yang tertinggal dalam Pas hanya golongan yang bertaraf "walaqun". Barisan pimpinannya pula tersdiri daripada golongan ulama yang entah bagaimana dan dari mana mendapat tauliah "takfiri". Dengan "autoriti" yang ada, maka Pas melabel AMANAH dengan label-label yang tidak terjangkau oleh pemikiran manusia waras. Ular menyusur belukar tidak akan hilang bisanya. Begitulah AMANAH, tidak langsung menghiraukan fitnah-fitnah tersebut, sebaliknya bekerja keras menambah ahli dan populariti. Kini AMANAH laku di pasaran ibarat goreng pisang panas. Lantaran itu, Pas kini dilihat seperti orang gelandangan kerana gila talak kehilangan isteri yang anggun.

Unknown berkata...

Betul jeman.Hearsay mahkamah tak terima boss.

Ibnu Saad berkata...

Sebenarnya dato menteri besar kelantan ni keliru...Parti Amanah memanglah baru ditubuhkan..tetapi kebanyakan ahli2nya dari parti lama ...bahkan mereka yg memimpin skrg ini jauh lebih berpengalaman dlm soal siasah ..mereka juga satu masa dulu penggerak utama dlm pas...jangan lihat parti...tetapi lihat org yg menyertainya...

Unknown berkata...

Tak kisahlah baru tumbuh ker atau dah 64 tahun... yg penting undi... ingat tu undi... undi... undi tu penentu masa depan parti tu... kalau takde orang nk undi apa guna nya...