1 Dis 2015

Mulut Husam Digam, Sedangkan Mulut Pencaci & Pengkritiknya Dibiarkan...

Husam diarah henti keluar kenyataan kritik K'tan, PAS

PAS mengarahkan bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa supaya tidak lagi membuat sebarang kenyataan terbuka berhubung urusan dalaman parti Islam itu serta pentadbiran kerajaan Kelantan.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata keputusan tersebut dipersetujui sewaktu pertemuan Jawatankuasa Dewan Harian PAS dengan bekas exco kanan kerajaan Kelantan itu petang ini.

“Kita juga bersetuju bahawa perkara-perkara yang melibatkan urusan dalaman parti, kerajaan negeri (Kelantan) dibuat dengan menggunakan platform parti dan diselesai mengikut saluran parti serta tidak diviralkan kepada umum.

“Kita juga bersetuju tidak akan ada sebarang kenyataan daripada beliau, kerajaan negeri yang boleh menimbulkan polimik.

"Beliau sudah bersetuju tidak akan mengeluarkan kenyataan seumpama itu sehingga kes ini diselesaikan secara dalaman," kata Tuan Ibrahim dalam sidang media di ibu pejabat PAS.

Tuan Ibrahim turut mengesahkan bahawa Jawatankuasa Dewan Harian PAS menerima dokumen dan bukti berhubung dakwaan Husam terhadap kerajaan negeri dan parti.

Beliau berkata jawatankuasa itu akan menelitinya dalam masa terdekat dan setakat ini tiada ada sebarang tindakan terhadap ADUN Salor itu.

"Kita juga telah menerima segala dokumen serta bukti daripada beliau dan pertemuan hari ini sangat baik.

"Hari ini (juga) tidak ada sebarang keputusan dibuat terhadap beliau sebab ini bukan jawatankuasa disiplin," katanya .

Sementara itu, dalam sidang media yang sama Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata segala penjelasan dan bukti yang dikemukakan oleh Husam akan disiasat dengan teliti.


Malah, MP Kota Bharu yang juga seorang peguam berkata beliau tidak menolak kemungkinan Husam akan dipanggil semula bagi memberi penjelasan berhubung kenyataannya itu.

"Apa yang diserahkan Husam mengenai ulasan beliau tentang kerajaan negeri dan semasa kita minta beliau datang kita telah minta beliau bawa sekali dokumen yang menyokong dakwaan tersebut.

"Parti akan teliti bukti yang dikemukakan itu dan jika dirasakan perlu kita akan panggil Husam semula," katanya. -mk


100 penyokong iringi Husam mengadap PAS pusat

Bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa hari ini hadir ke ibu pejabat parti itu untuk mengadap Dewan Harian PAS Pusat untuk memberi penjelasan berhubung teguran beliau antaranya melibatkan pentadbiran kerajaan Kelantan.

Beliau yang hadir sekitar jam 1.50 petang, turut ditemani lebih 100 penyokong beliau yang datang dari Kubang Kerian dan kawasan DUN Salor.

Malaysiakini juga turut difahamkan kesemua mereka tiba di Kuala Lumpur pada jam 6.30 pagi tadi, semata-mata mahu memberi sokongan kepada ADUN Salor itu merangkap yang dipertua PAS Kubang Kerian.

Husam sebelum ini memaklumkan beliau akan mengadap jawatankuasa tersebut - pada hari ini - sekembalinya dari China.

Beberapa penyokong tegar bekas pemimpin PAS itu yang ditemui Malaysiakini yakin bahawa ADUN Salor itu tidak bersalah.

Shamsul Bahri Daud, 50, dari Kubang Kerian berkata beliau menyokong penuh tindakan bekas exco kanan Kelantan itu hanya mahu membawa kebenaran dalam politik.

"Saya menyokong sepenuhnya Datuk Husam kerana dia membawa kebenaran dalam politik.

"Kita tak nak parti PAS berpecah kerana ada unsur-unsur lain dan saya yakin Datuk Husam adalah benar sebab dia berkeyakinan penuh dia adalah seorang yang benar.

"Saya kenal beliau," katanya ketika ditemui di luar perkarangan ibu pejabat PAS.

Sokongan padu terhadap bekas pemimpin kanan PAS itu turut dikongsikan bersama Mohd Rosli Ibrahim, 55, dari DUN Salor.

"Kami akan ikut dia dan itu pendirian kami, kami memang 100 peratus di belakang Husam," tegasnya sambil melaungkan takbir ‘Allahuakbar’.

Sementara itu, Ahmad Mohammad, 50, dari penyokong dari Parlimen Kubang Kerian pula berkata apa pun tindakan yang bakal diambil kepada pemimpin itu mereka tetap menyokong Husam.

"Kita hadir untuk berikan sokongan dan beri penghormatan. Tidak ada apa-apa, dia (kalau Husam dilucutkan jawatan) dan kami sokong dia terus berjuang," kata Ahmad.

Mereka juga ditanya sama ada akan turut serta bersama Husam jika pemimpin itu menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH).

"Saya menyokong sebarang kebenaran yang dibawa oleh Datuk Husam," kata Shamsul Bahri yang turut disokong oleh Mohd Rosli.

Sebelum ini Dewan Harian PAS Pusat Rabu lalu memberi tempoh 30 November hingga 6 Disember ini kepada Husam untuk memberi penjelasan antaranya berhubung teguran beliau terhadap kerajaan Kelantan.
-mk


ULASAN GB

Dah betul-betul serupa dengan UMNO. Orang yang mengadu (Husam) disiasat, yang diadukan (kerajaan Kelantan) tidak.

Bolehkah Husam mendapat keadilan dengan cara sedemikian?

PAS, Kelantan tak boleh dikritik. Kalau nak kritik kena lakukan dalam kelambu. Senyap-senyap. Takut nanti ramai yang keluar PAS, ramai yang akan tolak PAS.

Kini mulut Husam digam. Tetapi tiada lansung kenyataan untuk mengarahkan semua pimpinan PAS supaya menghentikan apa jua bentuk cacian dan kutukan kepada Husam Musa seperti yang dilakukan melalui pelbagai media: samada konvensional (ceramah dan lain-lain) atau media baharu seperti FB, WA dan seumpamanya.

Melhat kepada muka-muka orang yang mendengar aduan Husam ketara ia memang berat sebelah. Muka-muka yang ada kesemuanya anti-Husam belaka yang berlakon seperti "orang tengah" untuk menyelesaikan konflik yang ada, walhal ramai melihat bahawa mereka sudah merancang untuk "menyembelih" Husam.

Kita berserah kepada Allah untuk mendedahkan kebenaran dan keadilan. Mereka boleh mengunci mulut Husam tetap mereka tidak boleh mengunci kebenaran dari dinyatakan, samada melalui Husam atau lansung dari Allah s.w.t.

Apa yang GB ulas pada tahun 2009 ki ni telah menjadi kenyataan. Petikan:

Persoalan "adab jemaah" yang ditimbulkan oleh beberapa rakan di lingkaran usrah-usrah kini perlu ditafsirkan dengan parameter baru. "Adab jemaah" bukan lagi dengan mengakui keperluan untuk mengkritik secara berbisik atau apa yang dikatakan "mengikut saluran parti". Cara itu sudah terlalu semalam, sudah ketinggalan zaman.

Kini sudah ada istilah-istilah baru yang mengambil tempat yang diterima sebagai "adab jemaah", seperti "wistle-blowing" - satu kaedah di mana ahli organisasi mendedahkan kepincangan yang dikesannya secara terbuka, "pengurusan strategik" di mana penetapan visi, misi dan objektif organisasi dibuat secara telus dan dipacu bersama oleh pemimpin dan ahli serta "etika professional" dimana nilai-nilai sejagat diakui diterima pakai oleh segenap lapisan petugas dan pekerja organisasi.

Mereka yang berdiam diri terhadap kepincangan dan berrahsia untuk menutup kelemahan dilihat sebagai "tidak beradab" malah dikira bersubahabat dengan kegagalan organisasi (parti) di zaman kontemporari ini.

Tanpa melupai fakta bahawa sebagai sebuah organisasi dakwah, PAS akan menghadapi tribulasi-tribulasi, tetapi di dalam bentuk baru. PAS akan menempuh gelombang tribulasi Badar, Uhud dan Khandaqnya sendiri, malah PAS akan mengharungi "Perjanjian Hudaibiyah" dan "fathul Makkah"nya sendiri.

Sebagai entiti politik pula PAS perlu bersedia untuk berdepan dengan mehnah baru. Perlu memperlengkapkan diri untuk diheret ke mahkamah bila-bila masa. Perlu bersedia menghadapi tantangan daripada ahlinya sendiri yang akan mencabar kepimpinan yang futur (lembab). Perlu menerima hakikat bahawa struktur yang ada boleh dirombak bila-bila masa pabila ia dilihat sudah tidak mampu menatangi zamannya. Kitar hayatnya (Life cycle) akan menetapkan bahawa proses kematangan parti tidak lagi menunggu pasang-surut sokongan terhadapnya.

20 ulasan:

Unknown berkata...

Salam:

Dah diibaratkan pokok yg 64 tahun usianya,akarnya dah tak menjalar lagi,ranting2 banyak yg patah,daun-daun banyak berguguran,buah yg yg harumanis dah lama kena petik,hanya tinggal 3/4 biji harumanis masih bergayut di ranting2 yg tinggi.buah-buah yg muda dimakan anai-anai,ramai yg dah lari dari berteduh dibawah pohonya.Cuma tunggu pakar perhutanan sahaja lagi samada ianya patut ditebang,takut-takut tumbang dengan sendirinya,mengangu manusia-manusia yg lalu-lalang di bawahnya.Kawanya yg sejati pun lebih kurang 69 tahun usianya,pun sama2 nak tumbang,eloklah mereka tumbang sekali bersama, lebih cepat sikit,dapat menyelamat orang ramai yg berteduh dan lalu lalang di bawahnya.

sekianlah adanya

AyahDi berkata...

Perbanyakkan zikir YA KHOBIR ... semoga Allah dgn sifatNya yang maha mengetahui akan mendedahkan segala salah laku dan perancangan para pendengki dan meninggikan kalimah yg benar

Tanpa Nama berkata...

Entahlah apa akan jadi dgn Malaysia.
Terlalu banyak kepicangan yang ada dalam parti parti politik berpengaruh yang tersembunyi yang tak boleh di selesaikan , dan tak sanggup di perbetulkan dan di dedahkan.
Kebanyakannya dipengaruhi oleh orang Melayu samaada bertopengkan bangsa atau ugama.
Kalau kita tidak boleh menghadapi rialiti dalam kehidupan ,tidak sanggup berpijak di bumi nyata maka sangat malanglah nasib melayu yg jauh di tinggalkan oleh bangsa lain.
Terlalu sukar untuk di perbetulkan walaupun dipertaruhkan nyawa dan wang ringgit ianya tidak dihargai oleh bangsa melayu yang mengaku islam ada lah ugamanya.
Saya penuh yakin kalau sdr Anuar tidak di penjarakan, Pas bermungkinan besar akan mengatakan beliaulah yg jadi punca perpecahan ini.
Bukan kita nak menyanjung beliau tapi tampa beliau tiada tokoh yg lain boleh menyatukan pihak pembangkang.
Nak harapkan Hadi kenyataannya amat tidak ada ketetapan yang jelas yang boleh difahami oleh rakyat kebanyakan.Kadang kadang dia berpelukan dgn orang yg kita rasa tak masuk akal utk berkawan dan kadangkala pula dia menjadi orang yg insaf dimana mengingati akan kita tentang sejarah Pas berkawan dgn umnun.
Ini yg dihadapi oleh pemimpin melayu ,sedangkan bangsa Cina dan India terus menopoli kehidupan dgn tindakan yg rasional,tekun bekerja amanah dalam perniagaan ,dari kedai runcik ke minimarket dan cucunya bersupermarket dan gedong perniagaan dimana anak anak melayu kita berpeluang mencari pekerjaan.
Untuk bangsa Melayu pula bukan tak hebat dgn wang ringgit tapi ,jutaan ringgit malah berbillion semuanya utk sendiri saja.tampa di menafaatkan utk rakyat.
Apa yang diharapkan moga Melayu lebih sedar,umno tak mungkin ada fomula lain utk memerintah negara Negara kearah yg lebih baik ,Pas dgn keangkuhan pemimpinnya ....maka Amanah/Dap/keadilan carilah satu persefahaman segera agar rakyat boleh bergantung harap.Iklas dalam perjuangan.
Moga kita dapat keberkatan dari yang esa.

Unknown berkata...

Buatlah lagu mano pun ambo dan keluarga ambo tak akan undi PAScai pada PRU14 nanti.Cukuplah!Khaikkk tuiiiiii.

Tanpa Nama berkata...



Tidak ada masalah. Walaupun di sebut isu dalaman parti serta pentadbiran Kerajaan Negeri, secara lebih khususnya ia berkaitan Kerajaan PAS-UMNO oleh Hj Hadi dan pembalakan di Kelantan.

Husam boleh bercakap dan bersuara tentang hal-hal lain yang tidak berkaitan dengan Kerajaan PAS-UMNO oleh Hj Hadi dan Pembalakan.

Mengikut apa yang di katakan oleh Tuan Ibrahim iaitu Husam sudah bersetuju tidak akan mengeluarkan " kenyataan seumpama itu ".

Mengapa ketika pemilihan berlakunya perkara yang tidak sepatutnya didalam PAS, perkara ini tidak dibawa ke Dewan Harian ?

PAS mungkin selamat sekiranya perkara ini di selesaikan segera. Oleh itu, yang jelas ialah PAS sudah tidak kuat lagi kerana bilangan ahli semakin ramai yang tinggalkan PAS. Semasa pemilihan PAS kuat sebab itu masalah ketika itu tidak di pedulikan. Atau sememangnya tujuan PAS untuk menyingkir pemimpin nya yang telah menubuh Amanah.

Dewan Harian bukan sahaja mengatakan Husam akan di panggil semula tetapi sepatut nya juga mengatakan akan memanggil mereka yang terlibat secara langsung. Seperti Husam, Dewan Harian perlu nyatakan bilakah mereka yang terlibat dalam aduan Husam akan di panggil ?

14 hari dari sekarang sepatutnya sudah ada perkembangan terbaru.

Dewan Harian bukan sekadar hanya menyelesaikan masalah ini mengikut budi-bicara dengan tujuan asalkan masalah telah dapat di selesaikan tanpa memanggil mereka yang di sebut oleh Husam,




Tanpa Nama berkata...

Kawe sokong 200 peratus saranan wan amero di atas....
KAWE DAN AHLI KELUARGA YG UNDI PAS DLM BEBERAPA PRU LEPAS DAN NAIK MUAK DENGAN PAEL PERANGAI PEMIMPIN PAS.....

SELAMAT TINGGAL PAS

PENGUNDI PAS DULU TETAP BERSAMA PEMBANGKANG. .... UTK KE PUTRAJAYA

Tanpa Nama berkata...

knp parti islam tak boleh ditegur? kalau Nabi saw pun boleh ditegur. khalifah pun minta ditegur. pemimpin pas tak boleh ditegur.

YB Husam dah beritau, semua surat2 terbuka dia tu diumumkan selepas pihak yg sebelah sana gagal memberi sebarang respon. bila surat2 yg diutuskan tak berjawab atau dipendamkan oleh cth si amar tu... barulah YB Husam siarkan dlm internet...

tapi apa yg boleh diharap dr pemimpin2 yg menjual agama utk projek perumahan anak beranak, rover, hellfire dan mini cooper hingga menyebabkan banjir besar.

kalau didunia ini kamu gam mulut YB Husam, diakhirat nanti kamu cubalah gam Allah swt...

dah masuk disember ni... dah kemaskan barang2 ke belum? kamu janji nak letak jwtn kalau hudud gagal dikelantan...

Tanpa Nama berkata...



Apakah tindakan Dewan Harian sekiranya memang di dapati berlakunya salah-guna kuasa sehingga melibatkan wang ringgit dalam isu berkaitan pembalakan ? Adakah ianya akan di lapurkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya ?

Dewan Harian ini tidak jauh beza nya dengan berdebat. Kedua-dua nya adalah format sessi soal-jawab . Cuma dalam Dewan, Husam berseorangan dan manakala pihak ke dua pula di wakili oleh tiga orang pemimpin PAS.

Tetapi lebih baik Husam berseorangan bersemuka dengan 3 orang wakil Hj Hadi dari Husam berseorangan didalam bilik yang kerusi nya di susun oleh Husam sendiri. Husam kira anak jantan lah.

ZakariaNgah berkata...

Terik ni no more. Not for PAS.

Unknown berkata...

Yaaaaa
Tiada tempat lagi bagi pas di hati keluarga kami. Tak sabar menanti hari mengundi melihat pascai menggelupur di bumi ini. Drp pengundi kota bharu.

Tanpa Nama berkata...

Ambo tengok muka2 Takiyudin, TITM, dll pun dak muak. Apa lagi Presideng. Ekonomi orge2 Melayu Islam yg puak2 ni dok perjuangkan makin lemah & lepas tu, dinasihatkan bermacam-macam. Pemimpin gapo dio nih! Perangai macam artis nok cari publicity, kecek pun sound stupid, padahal loyar, bekas pensyarah. Semoga mereka ni hilang di mukabumi politik Malaysia. membosankan!!!

Tanpa Nama berkata...

Saya bersetuju 200% untuk tidak memberi undi kpd PAS lg DLM PRU akan datang. Selamat tinggal PAS.

Tanpa Nama berkata...

Mana blh gam mcmtu.Rakyat yg undi pas,rakyat berhak tau apa2 pengkhianatan dlm pas... UG merupakan pengkhianatan terbesar dlm pas,mana boleh sorok2. Igt rakyat bodoh?igt.rakyat xda otak utk bfikir tindak tanduk pas yg terus melompat UTuRN selepas kematian Nik Aziz...Soryla Pas.Rakyat skrg dh bijak2.. Mungkin bbrp golongan tua mrk blh tipu kelentong disebalik serban/jubah yg besar,bg org2 muda xpandang pakaian anda,kami menilai sikap akhlak dan gerak kerja anda.Sorry to say "undi kami bukan utk pas"..kami gerakkan kempen ABU dan ABP....Asal Bukan Umno dan Asal Bukan Pas.....

Tanpa Nama berkata...

Setuju dengan wan amero...semua ahli keluarga aku takkan beri undi kepadaPAScai lagi dlm pru akan datang di dun kota lama dan parlimen kota bharu...

Adios PAScai...kamu hilang 12 undi dari kami

Tanpa Nama berkata...



Sebelum Nabi...Diutus Ke BUMI
Telah pun Wujud..."JAMAAH" yg Azali
LANGIT & Bumi...Malaikat yg Suci
Ber "SATU" Ber JAMAAH...LURUS Ber Bakti
Bukan yg 72...Dan 73 yg Di Cari
Hanyalah "SATU"...JAMAAH yg ""HAKIKI"!





JAMAAH "INTEGRITY"...Universal Azali
Itulah JAMAAH...Nabi Dan WALI
The Absolute-AMANAH...The Utmost TRANSPARENCY
Tak Wujud FITNAH...Songlap Men-CURI
Tak Tunggang TERBALIK..."Murtad" yg Keji
Tak Ter"Niat" RAKUS...Menyerakah Diri
Saling SIMPATI...Kaseh ""Mem-BERI""
Kaseh ""Mem-BERI""...Kaseh Abadi
""Ar'RAHMAN-Ar'RAHIM""-NYA...Santun Di Hati
SELFLESS...Tiada Sesekali Pentingkan Diri
SELFLESS...CINTA Nya Demi KBNARAN yg Hakiki
SELFLESS...Hanyalah "AMANAH"-NYA yg Ber Takhta Di Hati
SELFLESS...Bagaikan LANGIT dan Bumi yg Kudus Mem-BERI
SELFLESS...Kaseh Mem-BERI, Tak 'Reti' Men-CURI









Lawan AMANAH...Adalah FITNAH
Lawan Mem-BERI...Adalah Men-CURI
Sembunyi GELAP...Nafsu Serakah
BALAK Di Songlap...'Ranap' Negeri


Lawan AMANAH...Adalah RASUAH
Lawan Mem-BERI...Adalah Men-CURI
Lawan yg"LURUS..."Murtad" Yg Parah
Tunggang TERBALIK...Fitnah yg Keji
Takut Ber DEBAT...Takut Ber Hujah
Bak Budak Hingusan...Yg Tak Baligh Lagi
Habis Di "Pulun"...Mnjd Ahli!?


Lawan AMANAH...Fitnah Merapu
Lawan Mem-BERI...Songlap Men-CURI
Lawan SIMPATI...RAKUS Ber Hantu
Songlap RASUAH...Di Make-Up "Suci"?
PONTENG U-Turn...Tipu "KELIRU"
Berjubah Ber SORBAN..."Bangkai" Di Hati!








Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
JAMAAH Yg'SATU...Kaseh Mem-BERI
Kaseh Mem-BERI...AMANAH-NYA-TUHAN
Jelas Ter GAMBAR...Di Langit & BUMI
Kaseh Mem-BERI...Lambang IKATAN
Lambang Ikatan..."JAMAAH" yg Azali
Mem-BERI Mengikat...ERTI "Pe-Nyatuan"
"TALI" Yg"SATU...ZAT yg Suci
AHAD dan AHAD...Bilal Ucapkan
"Erti" JAMAAH...Yg Mutlak HAKIKI..



Wahai Sahabat...Budiman Sejati
JAMAAH Yg"SATU...Kaseh Mem-BERI
Saling Mengerti...Saling SIMPATI
JAMAAH Yg"SATU...Tak 'Reti' Men-CURI
Kaseh Mem-BERI...Kaseh Abadi
Mnjd FITRAH...ZAT yg Suci
ZAT Yg Indah...INDAH Tak Ber Tepi




Tanpa Nama berkata...



Sebelum Nabi...Diutus Ke BUMI
Telah pun Wujud..."JAMAAH" yg Azali
LANGIT & Bumi...Malaikat yg Suci
Ber "SATU" Ber JAMAAH...LURUS Ber Bakti
Bukan yg 72...Dan 73 yg Di Cari
Hanyalah "SATU"...JAMAAH yg ""HAKIKI"!





JAMAAH "INTEGRITY"...Universal Azali
Itulah JAMAAH...Nabi Dan WALI
The Absolute-AMANAH...The Utmost TRANSPARENCY
Tak Wujud FITNAH...Songlap Men-CURI
Tak Tunggang TERBALIK..."Murtad" yg Keji
Tak Ter"Niat" RAKUS...Menyerakah Diri
Saling SIMPATI...Kaseh ""Mem-BERI""
Kaseh ""Mem-BERI""...Kaseh Abadi
""Ar'RAHMAN-Ar'RAHIM""-NYA...Santun Di Hati
SELFLESS...Tiada Sesekali Pentingkan Diri
SELFLESS...CINTA Nya Demi KBNARAN yg Hakiki
SELFLESS...Hanyalah "AMANAH"-NYA yg Ber Takhta Di Hati
SELFLESS...Bagaikan LANGIT dan Bumi yg Kudus Mem-BERI
SELFLESS...Kaseh Mem-BERI, Tak 'Reti' Men-CURI









Lawan AMANAH...Adalah FITNAH
Lawan Mem-BERI...Adalah Men-CURI
Sembunyi GELAP...Nafsu Serakah
BALAK Di Songlap...'Ranap' Negeri


Lawan AMANAH...Adalah RASUAH
Lawan Mem-BERI...Adalah Men-CURI
Lawan yg"LURUS..."Murtad" Yg Parah
Tunggang TERBALIK...Fitnah yg Keji
Takut Ber DEBAT...Takut Ber Hujah
Bak Budak Hingusan...Yg Tak Baligh Lagi
Habis Di "Pulun"...Mnjd Ahli!?


Lawan AMANAH...Fitnah Merapu
Lawan Mem-BERI...Songlap Men-CURI
Lawan SIMPATI...RAKUS Ber Hantu
Songlap RASUAH...Di Make-Up "Suci"?
PONTENG U-Turn...Tipu "KELIRU"
Berjubah Ber SORBAN..."Bangkai" Di Hati!








Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
JAMAAH Yg'SATU...Kaseh Mem-BERI
Kaseh Mem-BERI...AMANAH-NYA-TUHAN
Jelas Ter GAMBAR...Di Langit & BUMI
Kaseh Mem-BERI...Lambang IKATAN
Lambang Ikatan..."JAMAAH" yg Azali
Mem-BERI Mengikat...ERTI "Pe-Nyatuan"
"TALI" Yg"SATU...ZAT yg Suci
AHAD dan AHAD...Bilal Ucapkan
"Erti" JAMAAH...Yg Mutlak HAKIKI..



Wahai Sahabat...Budiman Sejati
JAMAAH Yg"SATU...Kaseh Mem-BERI
Saling Mengerti...Saling SIMPATI
JAMAAH Yg"SATU...Tak 'Reti' Men-CURI
Kaseh Mem-BERI...Kaseh Abadi
Mnjd FITRAH...ZAT yg Suci
ZAT Yg Indah...INDAH Tak Ber Tepi




Abdul Said berkata...

Kita juga bersetuju untuk tidak mengundi PAS mulai sekarang demi kebaikan umat Islam di Malaysia.

Kita juga bersetuju untuk tidak menderma kepada PAS, Ustad-ustad PAS, Pondok-pondok PAS dan juga tidak akan membenarkan mereka dibawah kuasa kita supaya tidak melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti PAS.

Kita juga bersetuju supaya semua calun-calun pelbagai peperiksaan pas dengan cemerlang tanpa melibatkan diri dengan PAS!!

Unknown berkata...

Selepas tempoh 14 hari bakal menentukan kredibiliti dan akauntabiliti Dewan Hairan PAScai Pusat dan Majlis Syoru Ularmak.
Ingat rakyat sedang memerhati kamu!

Tanpa Nama berkata...

Kpd YB Husam, aku pengundi DUN Salor dan Parlimen Kubang Kerian mahukan keputusan perbincangan itu diumumkan kepada pengundi dengan kadar yang segera. Fakta2 perkara2 yang telah berlaku telah diserahkan tak kan nak buat keputusannya mengambil masa berbulan2. Kami pengundi nak tahu sgt mengenai:
a. Cadangan kerajaan perpaduan dgn UMNO di Selangor khasnya.
c. Kegiatan pembalakkan yg berleluasa di Kelantan ( kalu sesiapa
rasa nak minum teh tarik free gi lah ambik air dari sungai2
di Kelantan )
Bakpo PAS nak susut hal yg berlaku kepada pengundi, mu naik jadi YB dulu tu kerana undi aku. Dekat nak gundi nanti lembeklah tengkok puak2 mu utk minta simpati, malu gak sikit.

Unknown berkata...

Setuju dgn demo boss.Bakpo dok susut punca?Rakyat Kelate yg mengundi PAS berhak tahu perkara sebenar jgn dok main wayang.