30 Nov 2015

Tanpa PAS Tak Boleh Tawan Kedah? AMANAH Sanggah AMK & PAS

Pemuda Amanah sanggah AMK dan PAS Kedah

Tampil membidas dakwaan yang dilihat bersifat keanak-anakkan, Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah menyanggah dakwaan kononnya PAS mendominasi lanskap siasah di negeri utara tanah air itu sebagai tidak berpaksi kepada realiti politik sebenar.

Ketuanya, Asmirul Anuar Aris berkata, PAS hanya dapat memerintah Kedah selepas mendapat sokongan daripada semua pihak termasuk sokongan masyarakat Tionghoa apabila berada dalam Pakatan Rakyat.



“Sebagai contoh dalam PRU (pilihan raya umum) 1999 ketika 65 peratus undi Melayu berpihak kepada pembangkang, namun PAS hanya mampu mendapat 12 kerusi DUN dan 8 kerusi Parlimen,” ujar beliau dalam kenyataannya hari ini.

Mengulas dakwaan Ketua AMK Kedah kononnya PAS mendapat sokongan daripada ribuan pondok di Kedah, Asmirul berkata, PAS kalah di kawasan pondok yang majoritinya pengundi Melayu seperti di Parlimen Sik.

“PAS kalah di kedua-dua Dun dan Parlimen yang ditandingi iaitu Padang Terap, Jerlun dan juga Baling juga begitu di mana PAS kalah di Dun yang majoritinya terdapat pondok dan didiami pengundi Melayu.

“Kenyataan yang dibuat oleh kedua-dua pimpinan sahabat Pemuda parti dari PAS dan dan AMK Kedah tersebut adalah tidak berpijak kepada hakikat yang nyata,” tegasnya yang mengakui terpanggil untuk memberi reaksi apabila ‘sahabat dari sebuah parti yang menganggap mereka dominan menyahut’ dakwaan pihak AMK Kedah itu.

Menyifatkan penyertaan ramai golongan muda ke dalam Amanah biarpun parti itu belum tiga bulan usia penubuhannya, beliau berkata, sambutan tersebut lahir daripada desakan dan kehendak rakyat yang resah dengan kemelut serta kepincangan tata kelola negara.

“Secara hakikatnya, PAS tidak serius dalam menumbangkan kerajaan Umno-BN kerana telah menolak pelawaan untuk berada bersama-sama dengan Pakatan Harapan sedangkan hakikat politik Malaysia Umno-BN tidak pernah lagi tewas apabila parti-parti pembangkang tidak bersama,” bidasnya.

Sehubungan itu, Asmirul berkata pihaknya komited memperkukuhkan Pakatan Harapan yang telah dibentuk di peringkat nasional mahupun di negeri dengan pelbagai aktiviti secara bersama. -malaysiadateline.com


Putus dengan PAS jangan berangan nak perintah Kedah, kata perwakilan

Pemuda PKR Kedah menggesa agar parti itu terus bekerjasama dengan PAS.

Menurut Perwakilan Pemuda PKR Kedah Mohd Ridhwan Mohd Razali, sekiranya putus hubungan dengan PAS, maka peluang untuk menawan negeri jelapang padi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menjadi semakin tipis.

"Lanskap politik Kedah cukup berbeza, tidak sama seperti Pulau Pinang dan Selangor. Kalau putus dengan parti PAS, jangan berangan kita hendak perintah negeri Kedah.

"Berapa ribu pondok di Kedah, kebanyakannya ahli PAS. Mereka semua pengundi PAS," Ridhwan memberitahu ahli parti di Petaling Jaya, Selangor hari ini.

Meskipun begitu, Ridhwan menegas sikap hormat-menghormati perlu diteruskan di antara kesemua parti terutamanya PAS, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah).

"Soal hormat, kita hormat adik bongsu kita (Amanah), parti sahabat kita (PAS) tetapi adik bongsu kena dengar juga cakap abang long (PKR)," katanya.

Beliau turut bersetuju dengan ucapan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang menggesa agar kerjasama dikukuhkan untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada PRU14.

"Saya setuju dengan ucapan timbalan presiden tadi. Biarlah PKR tentukan hala tuju PKR. Itu jelas. Ada sesetengah pimpinan tu berserah. Macam harum manis.

"Tetapi realitinya PKR kena tentu masa depan parti sendiri, bukannya orang lain.

"Ini belum sebut lagi soal kerusi, isu itu lambat lagi, tetapi ia akan berlaku sekiranya pimpinan kita, pimpinan Pemuda PKR memandang remeh hal ini," katanya yang turut menyifatkan agihan kerusi pada masa akan datang akan menjadi isu serius.
-TMI


29 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Biar apa pun, aku nak pilihanraya kali ni umno bn tumbang...xtahan dah hidup sekarang.taraf hidup yg tinggi...keje gaji rm3k pun xcukup skrg ni.susah sgt2...mana la x nya banyak jenayah rompak..org yg gaji kecik lagila terasa...org xda duit nk hidup sara anak bini...habis semua dicukai bagi pemimpin jahanam mentekedarah...duit anak yatim pun nak dipelahap..apa cara sekalipun aku akan undi bagi tumbang umno bn kali ni...org politik fikirkanlah formula bagi umno bn rebah serebah rebahnya.jgn bagi memerintah langsung...

Unknown berkata...

Mana ulasan gb.sgt di nanti

IrWrWs berkata...

Ulasan KS yg berlagak bijak sdgkan di dlm PAS pun beliau gagal utk pertahan jawatan..

Tanpa Nama berkata...



PKR pun dah sama bangang dengan PAS.

Semasa dengan PR, PAS gagal mempertahankan Kedah. Jika begitu kira-kira AMK, sebenarnya PKR yang tidak kuat di Kedah dari Amanah kerana Amanah ada lah bekas ahli PAS.

Jika satu lawan satu di Kedah antara PKR dan Amanah, PKR lah yang kalah sekiranya PKR tidak dibantu oleh PAS.

Amanah beberapa kali cuba berkerjasama dengan PAS dan minta berbincang supaya Kelantan selamat tetapi pemimpin PAS yang menolak pelawaan tersebut. AMK sepatutnya nasihat PAS supaya hormat pada Amanah.

Hari demi hari bertambah lagi meluat pada PKR. Nampak nya ada yang tidak kena dengan PKR sebab dari Azmin hingga yang bawah asyik minta Amanah yang berkerjasama dengan PAS.

Amanah perlu memikirkan untuk bersama DAP kerana peranan PR sebenarnya mampu di pikul oleh Amanah. Amanah bukan sahaja menganti PAS tetapi Amanah mampu menganti PR dengan kerjasama DAP.

Tanpa Nama berkata...

Jangan anggap pengundi sekarang macam sebelum ini, rakyat sebenarnya telah muak dengan lakonan PKR & PAS! PKR rasanya sudah seiya sekata dengan PAS. Majority rakyat telah muak dengan tekanan hidup seharian yg semakin membebankan - itu yang PAS & PKR tidak nampak! Pelik PKR ni masih menyanjung musuh dalam selimut!

abrarmujahideen berkata...

Aku xkisah berape bnyak negeri tumbang...ASALKAN DAPAT PERINTAH PUTRAJAYA..KUASAI PARLIMEN UTK UBAH SISTEM YANG MENINDAS RAKYAT..tq

Tanpa Nama berkata...

PKR dan PAS Kedah ni cakap ikut seap mulut saja. Realiti tolak tepi. Cubalah lihat dan bercakap berdasar fakta dan data.
PRU lepas kalau lihat dr sambutan pd hari kempen hinnga hari mengundi memang sokongan milik PR. Hakikatnya PAS terkebil2 menerima kekalahan. Tu pun perasan kuat, post mortem kekalahan tak diumum sampai kesudah...
Pondok yg diharapkan bukan macam dulu lagi...pondok sekarang ni banyak yg sudah menyertai yayasan pondok 1M...maknanya politik untuk PAS makin mengecil.

Tanpa Nama berkata...



Pemuda PKR Kedah hanya pandai bercakap pasal sikap hormat-menghormati tetapi dengan kenyataan yang berpihak kepada PAS adakah Pemuda PKR hormat pada Amanah?

Tidak ada jalan lain untuk mengukuhkan pembangkang melainkan PKR mendesak PAS bersama-sama PH. Dan PAS tidak akan bersetuju kerana PH di usahakan oleh Amanah kerana dalam semua hal PAS ingin jadi pemula dan sebagai ketua.

Jika selepas PR berkubur, keadaan adalah seperti keadaan sekarang dan PAS mampu usahakan satu pakatan menganti PR, barulah PAS memikirkan untuk berkerjasama dengan Amanah. Ini sekarang PAS sudah malu dan rasa rendah diri tapi menyalahkan orang lain.

PAS dengan perangai asyik nak jadi hero tapi tidak ada apa-apa kehebatan pada PAS untuk merancang sesuatu selain melabel dan mencela.

PKR dengan tabiat suka membuli. Ramai dalam PKR yang cuba menjadi macam Anwar dengan meniru gaya cakap Anwar dan imej Anwar yang di sukai oleh rakyat. Tetapi Anwar tidak bodoh kerana Anwar akan menghadapi isu seperti ini dimana kedua-dua pihak tidak berkecil hati.

Anwar tidak akan bercakap yang Amanah perlu bekerjasama dengan PAS atau PAS perlu bekerjasama dengan Amanah.Tetapi Anwar akan menekankan apa yang di perolehi dengan kerjasama tersebut.

Bukan ahli PAS sahaja yang perlu pertimbangkan untuk meninggalkan PAS malah ahli PKR juga perlu memikirkan untuk meninggalkan PKR.

Tanpa Nama berkata...

Ye sy setuju,pkr x kuat mana pun,ini realiti

Tanpa Nama berkata...

Amanah ada potensi jd abg long,tp kena amik masa

Tanpa Nama berkata...



Orang dah cakap satu undi untuk PAS sama dengan satu undi untuk UMNO. Dalam kepala otak rakyat dah terpahat PAS jadi UMNO dan UMNO tetap UMNO.

PKR sokong PAS bermakna PKR sokong UMNO.

Mengapa kesungguhan PAS untuk bekerjasama dengan UMNO tidak di tegur atau di ucapkan oleh perwakilan??

mohd shahran berkata...

Rasanya blok azmin yg bangang macam pas juga. Azmin da termakan budi dgn pas kes kajang

Tanpa Nama berkata...



Minta pemimpin Amanah beri kenyataan keras kepada PKR dan di tujukan tepat pada PKR.

Tambah kan lagi alasan mengapa Amanah ingin bertapak di Selangor. Ulangkan kenyataan yang Amanah akan mengelak dari bertanding tiga penjuru jika perlu.

Pengundi Gombak adalah pengundi PR dan kerana PAS dan PKR mengenepikan matlamat perlunya satu pakatan sudah tentu mereka tolak PKR dan PAS.

PKR se olah-olah menunjukkan mereka mampu mengekalkan Selangor bersama PAS sahaja sedangkan rakyat mahukan pakatan iaitu sistem dua parti.

PAS-PKR bukan dalam PH. Wan Azizah bersama PH bukan sebab politik tetapi menghormati kawan-kawan dalam Amanah dan DAP.

Unknown berkata...

Rakyat menolak parti yang menyebabkan ekonomi negara ini semakin tertekan. Jika PAS dan PKR ingin terus menyebabkan rakyat terus tertekan, silakan. Rakyat akan menghukum kedua-dua parti ini.

Tanpa Nama berkata...



PKR bodoh. Boodoh.

Minta kukuhkan kerjasama. Tapi angkuh kata biarlah PKR tentu kan hala tuju PKR.

Kesemua parti ada hala tuju masing-masing tetapi perlu diingatkan bahawa hala tuju parti mesti lah selaras dan bersesuaian dengan hala tuju PH atau jika mahu tumbangkan UMNO.

PKR langsung tidak membaik pulih dan meningkatkan kebaikan supaya PH lebih kukuh dari PR.

Harap ada lah yang harumanis dalam PKR, kini terpulang lah pada mereka untuk menubuhkan parti baru dengan meninggalkan PKR supaya wujud tiga parti dalam PH.

PKR telah lantik penyelaras untuk PH dan jika tidak silap orang nya ialah Kamaruddin Jaafar. Sebelum Azmin dan AMK nak bercakap tolong rujuk dahulu pada Kamaruddin Jaafar. Jika tidak, orang tahu apa tujuan Azmin dan orang-orang nya cari sebab untuk kita berkelahi.



Abdul Said berkata...

Nak tanya satu perkara yang mungkin berlaku pada masa akan datang. Katakanlah dalam satu senario keputusan pilihanraya sebuah negeri terdapat keputusan dimana jumlah kerusi yang diperolehi orang UMNo dan PAS melebih 'simple majority' dan yang lebihnya diperolehi oleh PKR, DAP dan Amanah. Adakah jaminan PAS akan menubuhkan kerajaan bersama PKR, DAP dan Amanah atau PAS akan kencing semua parti PH dan berpeluk cium dengan UMNO untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang majoriti mudah!!. Berdasarkan cakap-cakap pemimpinan PAS dan perangai Hadi yang macam orang lalok rasanya harapan PKR, DAP dan Amanah untuk dikecing sangatlah besar!! Jadilah pengundi bijak. Menolak PAS sama seperti menolak UMNO.

Tanpa Nama berkata...

ada org beriman kpd Allah swt dan Rasul-Nya (saw). yg lain beriman kpd makhluk...

apa yg amk risaukan. kalau menang, syukurlah... kalau kalah, berusaha lg.

pas hadi ini kerja dia nak menangkan umno. tak kan tak faham2 lgi...

bila hadi menang dtganu, apa hadi buat? dia usaha nak serahkan balik pd umno.

gitu juga di Kedah. dia buat apa saja yg sakit hati rakyat supaya umno boleh menang nanti.

Kelantan bertahan krn adanya arwah TGNA dan YB Husam Musa satu2nya musuh hadi, ahmad, amar dan yg sekuncu dgn mrk.

bila arwah TGNA dan YB Husam Musa berjaya disingkirkan, mrk berusaha utk menyerahkan Kelantan kpd umno. semua kata perbuatan mrk menyakitkan hati rakyat spt yg pernah mrk lakukan dikedah.

aku berharap Amanah akan bertanding disemua kerusi yg pas bertanding kecuali dkwsn YB Husam dan mp pas yg tak sokong bajet. sila letak calon dikerusi pengkhianat2 PH dlm pkr terutama azmin.

Amanah adalah harapan baru. pkr sudah lemas sbb tu harapkan pas campak pelampung...

Tanpa Nama berkata...

logik bodoh. nik abduh berjaya dpt jawatan. bijak kah dia? dlm Parliament mcm setan bisu

rizal berkata...

bukan nak nilai apa yg org ckp btl atau x... xheran dlm pas kalau kalah pun, guna cai

Tanpa Nama berkata...

isu di sini bukan pas nak tawan kedah. kedah dan ganu yg dipegang pun keciciran. klu pas hj hadi hebat sgt, kita tgk boleh pertahankan kelantan atau tidak

Tanpa Nama berkata...

Kita pengundi2 tak berparti mesti mempunyai satu landasan utk kita bersatu dan sama2 mendidik rakyat utk membuang undi cara berhemah. Mana2 perandingan antara geng azmin atau pas lawan bn kita undi calon bebas yg mesra ph

abrarmujahideen berkata...

Dewan ulamak kempen guna cai...

Tanpa Nama berkata...

Betul tu bang...pastikan PAS jadi musuh yg nyata dulu. Ni PAS masih samar2. Takde identiti.

Nak kata pembangkang...tu tidak. Nak kata bersama BN tu tidak jugak. Senang cerita PAS ni parti sesumpah.

Kena lawan habis2an musuh sesumpah ni!! Kalau dapat jgn bagi PAS menang walau satu kerusi pun!

Tanpa Nama berkata...

Setuju sangat... Aku pun sama. Asal kan UMNO BN jatuh... Ops.... PAS cai pun sama...

Tanpa Nama berkata...

Aku memang benci dan tak kan undi.umno tapi jangan harap aku mengundi pas..samada undi rosak dan tak keluar mengundi jika yg bertanding calon pas vs umno...undi tetap diberi kpd PH walau dimana pun tempat mengundi.

Unknown berkata...

Bebudak yg ramai beribu dipondok tu Boleh mengundi ke....Biasanye bawah 18 tahun....ape bebalnye mamat nih....ketua jugak ke camni

Tanpa Nama berkata...

Aku sokong hujah atas tu.aku sama gaji lingkungan 3k sebulan tinggal dibandar berkeluarga mmg tersiksa rsnya semua benda mahal,rs cukup2 mkn je smpi ujung bulan dh risau kalau2 apa2 emergency kewangan.Apatah lagi rakyat yg gaji rendah 1000 sebulan mcmne nk survive hidup.Negara kaya berbagai2 sumber tp rakyat jugak semue kene cukai.Tu sbb komited nk tukar kerajaan tp pas dan pkr pulak buat sial.ikut hati next pru aku xnk undi pas atau pkr atau bn lg dh...jika perlu,amanah dan DAP go on bersatu,biar pas dan pkr sama2 kehilangan undi.Last2 bn jugak yg menang....aku rasa pkr juga akan berpecah 2....pkrpas dan pkrph....hancur lagi perasaan rakyat pengundi2 utk menumbangkan bn....syabas politik Malaysia

Tanpa Nama berkata...

amk ni nak cari populariti ni. ke agen umno yg takut dan dengki dgn wujudnya PH. Pas kedah dulu tumbang pun kerana gagal bawa perubahan yg terkesan di hati rakyat negeri kedah. ini belum lagi isu pergolakan dalaman pas kedah sehingga wujudnya pasma. isu pemilihan calon sebelum pru dan isu bendera pas kaler hitam yg dikatakan(syiah), isu boikot calon, isu khianat parti dan kempen utk parti lawan. kalau ikutkan mcm2 isu ada. pernah ke pas kedah ambil peduli. pas kedah tanpa PH akan mengalami kekalahan yg sama. rakyat negeri kedah mahukan perubahan dan kemajuan. rakyat negeri kedah mahu kerajaan peduli dgn permasalahan mereka. pas bersendiri tidak akan menerbitkan sebuah manifesto yg membantu rakyat. dulu pun pas kedah siap sindir PR selangor yg byk memberi pada rakyat. isu insaniah yg masih belum selesai dan bermasalah akan melekat pada kerajaan pas kedah. tu di daerah Baling sana. sepatutnya sentimen benci umno itu kuat dan menebal kerana di sanalah berlakunya peristiwa berdarah memali. tapi daerah Baling parlimen dan dun hbs umno sapu bersih kecuali satu dun saja yg pas berjaya kekalkan. hebat sangatkah ahli parlimen Baling tu sampai boleh beli undi warga Baling. umumnya daerah ini ramai org yg masih susah. pendapatan bergantung pada hasil getah. jadi Brim, rumah rakyat, dan mcm2 agenda kerajaan dan gerak kerja hebat umno menabur wang demi ambil hati warga Baling berjaya. mereka berjanji hospital pakar, pusat pengajian dan lain2 lagi utk dimajukan diBaling. dan nampaknya mereka berjaya. ahli parlimen Baling terkenal dgn CSR nya dan cara inilah yg dia buat bagi nak ambil hati warga Baling. adat manusia bila termakan budi, tergadai undi. peduli la umno itu teruk ke. janji kawasan aku umno dia bagus. peduli la dia nak mkn komisen tbg haji ke. janji setiap imam, jkk juga bilal kot. dapat masuk nama pi buat haji. ditaja oleh wakil rakyat. apa yg pembangkang mampu buat utk ubah mentaliti rakyat supaya tolak umno jika pembangkang tidak mampu utk bantu rakyat keluar dari masalah kesusahan meneruskan penghidupan sehari hari. umno ceramah tak minta duit..siap dapat bantuan lagi. Pas ceramah minta derma utk kelangsungan parti. tapi tgk ustaz2 dan pemimpin mereka semua kemas2 belaka.

jadi fikirkanlah. pemimpin dan parti kena ubah gaya mereka. pemimpin dan parti kena dengar rintihan dan kehendak rakyat. jika parti nak tunjuk jaguh dan memimpin ikut pandai mereka tanpa mempedulikan rakyat yg benci sangat dgn kerajaan umno yg banyak menindas rakyat. mungkin pru nanti bila rakyat tgk parti dan pemimpin yg bertanding tak berkenan di hati. ada kemungkinan rakyat tidak akan turun membuang undi. undi utk umno biasanya konsisten kerana mereka beri habuan. tapi undi pada pembangkang adalah mengikut mood rakyat. jika rakyat yakin pemimpin itu bagus dan parti itu mampu membawa perubahan. mereka akan undi jika tidak. mereka tidak peduli. baik undi umno. kot dapat duit dan brg2 sikit. ada gak habuannya. undi pembangkang lum tentu berhasil. dulu dah beri peluang sekali. tak nampak pun hasilnya. perkara2 ini yg akan ada dlm minda2 warga kedah. apa yg mampu pas kedah buat untuk menarik kembali sokongan kepada mereka. meraih kembali kepercayaan mereka. dgn kini bunga2 seperti akan wujudnya satu kerjasama pula antara pas dan umno. rakyat memerhati gelagat pemimpin dan parti pas. dunia tanpa sempadan kini memungkinkan org kampung utk mengakses segala maklumat yg ada. pemimpin dan parti jgn anggap rakyat kini bodoh dan buta hal politik juga hal agama. tindak tanduk kamu sentiasa diperhatikan. bekerjalah untuk rakyat, dan pikullah amanah dan harapan rakyat lebih dahulu dari kepentingan parti dan diri.

Tanpa Nama berkata...

kita syg pan krn pan pejuang islam sebenar biarkan apa rakyat nak kata.
Perjuangan yang ikhlas akan menghasilkan buah yg manis.Hudud jgn dijadikan bahan ejekan oleh DAP,ini akan merosakkan perjuangan kita.