Beberapa orang tokoh anak muda menyertai Amanah hari ini bertempat di di Wisma Amanah, Kuala Lumpur. Pengumuman kemasukan tokoh anak muda dilakukan oleh Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Hj.Ayub.
Diantara tokoh anak muda tersebut ialah pengasas Centre for Political and Economic Transcendence (Competemt) Wan Anwar Wan Ibrahim, bekas aktivis mahasiswa Azan Safar, bekas Naib Presiden 1 Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) Khairol Najib Hashim dan bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Univerisiti (PMUM) Mohamad Amar Atan.
Wan Anwar dan Azan hari ini dilantik sebagai naib ketua Pemuda Amanah, manakala Khairol Najib sebagai pengarah Pembangunan Kepimpinan sementara Ammar sebagai timbalan pengarah Pembangunan Kepimpinan.
Salahuddin berkata, Pemuda Amanah berada di atas landasan yang tepat untuk mencapai sasaran keahlian sebanyak 15,000 anak muda berusia 35 tahun menjelang akhir tahun ini.
"Sebagai nilai tambah kepada keahlian Pemuda yang mempunyai kepelbagaian latar dan profesion, pemuda Amanah turut berbesar hati menerima kemasukan tokoh anak muda yang sudah menempa nama di peringkat nasional dengan aktivisme yang peduli isu rakyat," katanya.
Di sidang media berkenaan Salahuddin juga menyatakan AMANAH yakin terus maju di peringkat nasional dan antarabangsa
Walaupun Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan jumlah ahli parti Islam itu yang beralih kepada Parti Amanah Negara (Amanah) amat kecil, namun Salahuddin menyatakan AMANAH akan terus maju ke depan sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Hadi di Himpunan Fastaqim (Himpunan Kebangkitan) di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di Kota Baru pada Ahad lalu.
Salahuddin memberikan contoh jemputan Hamas pada persidangan Palestin dan al-Quds, di Istanbul, Turki baru-baru ini.
"Hampir semua gerakan Islam kita jumpa, memposisikan kedudukan kita dan dijemput Hamas pada persidangan Palestin dan al-Quds di Istanbul.
"Saya sendiri bertemu dengan kesatuan ulama Islam dunia di Qatar, Doha. Jadi ia merupakan satu penghargaan daripada saudara Islam seluruh dunia.
"Oleh itu saya tidak perlu menjawab soalan sama ada kecil atau besarnya Amanah," katanya pada sidang media tersebut seperti dilaporkan oleh Malaysian Insider.

10 ulasan:
Tahniah..terus mara melangkah ke depan demi Islam dan Malaysia yg cemerlang.
Hanya jauhari yang mengenal manikam. Begitu juga kisahnya dengan Parti Amanah Negara. Berbondong-bondong individu dan kumpulan menyertai AMANAH kerana mereka merasakan bahawa parti ini sesuai dengan keperluan Malaysia pelbagai bangsa dan kepercayaan. Parti ini menerima kepelbagaian, namun ajaran Islam mendasari perjuangannya. Tidak seperti parti induk AMANAH, Pas yang eksklusif dan didominasi oleh ulama dan pro ulama. Lantaran itu, dalam persaingan mendapatkan keahlian, Pas hanya menerima ahli-ahli baharu yang "walaqun" dan terpesona dengan kepimpinan ulama yang kononnya "maksum".
Manakala AMANAH pula menerima ahli-ahli baharu dari kalangan mereka yang berfikiran terbuka, sanggup mengkritik dan dikritik, dan yang mempunyai idea-idea yang boleh dikongsi bersama demi masa depan politik negara. Sebahagian kecil ahli AMANAH adalah cendikiawan-cendikiawan Islam dan NGO, manaakala majoritinya pula adalah mantan tokoh-tokoh profesional yang satu ketika dahulu terlalu berjasa kepada Pas. Sekarang ini tiada tokoh hebat menyertai Pas, melainkan orang-orang biasa-biasa sahaja. AMANAH pula menerima tokoh-tokoh yang menjadi "public figure" masyarakat untuk menguatkan kedudukan parti. Kepada ahli-ahli Pas yang tidak mengerti sepak terajang politik pimpinan tertinggi Pas, kamu ini bagaimana?
TANHIAH.... semoga ahli dan pemimpin AMANAH ..... terus ISTIQAMAH meneruskan perjuangan islam sebagai cara hidup..... AMANAH 4 ALL.....
Pedulikan.terus maju.jgn layan mender bdk2 sekolah rendah.ayah aku ade kreter...akn ade yg jwb kerete ayah aku besor dan strusnya.kah kah kah.lantak PAS nk jd bdk2.jgn kita ikut plak.kang kene gelak free jer...
So caya lah amanah...nak tgok gak kat persidangan antarabangsa mat sabu dok sblh h.hadi..kih kih kih.kite tgok sape yg kena....sape yg akn ke jepun plak...
Jgn berhenti..
Utk org2 kg semua, parti ÀMANAH ni adalah parti Pas baru. Jgn tk tahu. Jom kita pakat masok AMANAH ramai2.
Betul tu...
Tahniah AMANAH. Saranan saya...Dr. Paridul pada saya juga merupakan 'public figure' setidak-tidak dalam ulasan maya yang begitu bernas. Beliau perlu dilamar oleh AMANAH dalam pelaksanaan program parti seperti forum dan seumpamanya.
Cantik jika tokoh tokoh politik penguasa putrajaya join Parti Mad Sabu ni. Kalau hanya dari haluan kiri shj join tanpa haluan kanan ia memperlihatkan tiada nilai tambah pd PHarapan.
Terus melangkah ke depan AMANAH demi untuk memikul amanah rakyat kerdil yang memerlukan perhatian dan pembelaan pemimpin-pemimpin yang peduli rakyat daripada AMANAH.
Catat Ulasan