26 Okt 2015

PKR & DAP Bantah Dakwaan PAS Kononnya Pakatan Rakyat Masih Hidup

Pakatan Rakyat sudah lama berkubur, kata PKR kepada PAS

Pakatan Rakyat (PR) sudah mati, demikian kata seorang pemimpin PKR hari ini selepas timbalan presiden PAS mengatakan gabungan pembangkang itu masih hidup walaupun hanya mempunyai 2 ahli.

Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, PR yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS, tidak lagi mempunyai dasar rangka kerja, mahupun Majlis Presiden yang membuat keputusan bersama, begitu juga urusetia yang menyelaraskan program dan aktiviti pakatan itu.



Semua itu wujud selepas PR ditubuhkan pada 1 April, 2008 berikutan pilihan raya umum tahun itu, dengan dasar rangka kerja bersamanya disediakan pada 19 Disember, 2009.

"Hari ini semuanya itu tidak lagi wujud dan ini bermakna PR tidak lagi berfungsi," kata Saifudin yang juga bekas setiausaha agung PKR.

Beliau mengulas kenyataan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man malam tadi yang PR masih hidup seperti mana terbukti melalui sokongan dan kerjasama politik di Selangor dan Kelantan.

"PR tanpa DAP adalah platform politik yang masih utuh dan kekal sehingga kini. PR masih lagi wujud," katanya.

Timbalan presiden parti Islam itu berkata, PAS dan PKR mengadakan pertemuan minggu lalu dan mereka bersetuju menyusun semula kekuatan antara mereka.

Tetapi Saifuddin hari ini berkata, pemahaman Tuan Ibrahim mengenai apa yang dibincangkan dalam mesyuarat itu mungkin berbeza.

Saifuddin berkata, PKR mengadakan 4 pertemuan dengan PAS setakat ini, dan semuanya diketuai Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Katanya, tidak ada satu pun mesyuarat itu yang turut dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Namun, tiada sebarang keputusan politik pernah dibuat ketika mesyuarat itu melainkan sekadar bertukar-tukar pandangan perihal isu semasa, kata Saifuddin, sambil menambah, menjadi dasar PKR mengekalkan pendekatan terbuka dan inklusif dengan semua parti yang bertekad menumbangkan Umno-Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

"Pernah dalam satu pertemuan yang saya turut hadir, PKR mencadangkan PAS dapat bersetuju dengan 'formula satu lawan satu' dan perwakilan PAS meminta untuk kembali membincangkan idea itu dalam mesyuarat pimpinan utama parti.

"Idea ini, jika dipersetujui PAS, boleh dilaksanakan melalui satu 'electoral pact’ dan bukannya Pakatan Rakyat, seperti yang Tuan Ibrahim fahami,"
katanya.

Saifuddin berkata, Pakatan Harapan kemudiannya ditubuhkan sebagai sebuah gabungan baharu di antara PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah), sebuah parti serpihan diterajui pemimpin PAS progresif yang ditewaskan pada pemilihan parti pada Jun lalu.

"Rasional penubuhannya ialah berlaku kelompangan yang perlu diisi segera demi memberikan pilihan alternatif kepada rakyat. PAS turut dijemput menganggotainya tetapi masih belum bersedia ikut serta,
" katanya.

PAS enggan menyertai pakatan baharu itu, mengatakan ia tidak lagi boleh bekerja dengan DAP selepas memutuskan hubungan dengan bekas sekutunya itu, dan kerana pemimpin Amanah adalah "pengkhianat" kerana meninggalkan PAS.

Sehubungan itu, Saifuddin berkata, keutamaan sekarang ialah memperkemaskan Pakatan Harapan dan hasilnya semakin dapat dilihat.

Mesyuarat pertama Majlis Presiden Pakatan Harapan diadakan pada 19 Oktober lalu, disusuli pengumuman belanjawan alternatif mereka oleh Dr Wan Azizah selaku ketua pembangkang pada 21 Oktober.

Kenyataan bersama pimpinan Pakatan Harapan juga dibuat, menyentuh pelbagai isu semasa, manakala jelajah Pakatan Harapan ke seluruh negara dilancarkan di Labis Johor pada 9 Oktober, 2015.

"PKR komited dengan usaha Pakatan Harapan untuk turun menemui rakyat dan menerangkan pelbagai perkembangan isu yang membabitkan kepentingan rakyat terbanyak.

"Pada masa sama 'engagement' dengan PAS diteruskan kerana sedar pentingnya seluruh tenaga dan potensi parti pembangkang, termasuk dari Sabah dan Sarawak, digembleng ke arah menumbangkan pemerintahan BN," katanya.

Sehingga itu, katanya, satu-satunya pakatan politik yang PKR terlibat memeterai perjanjian ialah Pakatan Harapan, dan perundingan ke arah melaksanakan 'formula satu lawan satu' dengan BN membabitkan parti lain termasuk PAS akan diteruskan. -TMI


Panggil mesyuarat Pakatan, tengok siapa datang, kata Pua

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua hari ini mencadangkan satu mesyuarat majlis presiden Pakatan Rakyat (PR) diadakan, bagi menamatkan perdebatan mengenai sama ada pakatan pembangkang itu masih wujud atau tidak.

Beliau menafikan dakwaan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man malam tadi yang PR masih hidup walaupun ia hanya dianggotai PKR dan parti Islam itu sendiri.

"Pendirian DAP sama sampai mati, PR tidak lagi wujud.

"Kalau PR masih hidup, mungkin sesiapa boleh mengadakan mesyuarat majlis presiden PR dan lihat siapa yang akan hadir.

"Mungkin hanya PAS yang akan muncul. Jadi, jika itu yang berlaku, maka ia tidak wujudlah," kata Pua kepada pemberita selepas merakamkan kenyataan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya hari ini.

Menegaskan semuanya kini berakhir, beliau berkata sebarang kerjasama antara PKR dan PAS ketika ini tidak ada kena mengena dengan PR sebagai satu pakatan rasmi seperti sebelum ini.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata malam tadi, PR masih hidup dan dianggotai PAS dan PKR, seperti yang dibuktikan melalui sokongan dan kerjasama politik antara mereka di Selangor dan Kelantan.

Tetapi Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, PR sudah lama terkubur dan satu-satunya perikatan politik yang dianggotai PKR ialah Pakatan Harapan, yang turut dianggotai DAP dan Parti Amanah Negara, parti PAS serpihan.

Saifuddin berkata, empat mesyuarat yang diadakan antara PAS dan PKR setakat ini hanya menyaksikan kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan mengenai isu semasa, kerana menjadi dasar PKR mengekalkan pendekatan terbuka dan inklusif.

Ditanya mengenai pertemuan antara PAS dan PKR yang dilihat agak kerap, Pua hari ini berkata, bukan hak DAP menghalang dua parti itu dari bermesyuarat.

"PKR boleh bercakap dengan mana-mana pihak yang ia mahu bercakap, kerana ia parti yang lain, ia bukan DAP," katanya.

Tetapi, beliau berkata, jika PAS menyertai Pakatan Harapan, parti itu mesti bersetuju dengan platform dasar bersama gabungan itu yang diumumkan sebaik ia dilancarkan.

"Mana-mana pihak – saya fikir sudah dinyatakan sebelum ini – yang menerima platform dasar bersama kami dan boleh bekerja dalam rangka kerja gabungan itu serta bersetuju dengan perjanjian gabungan itu, boleh menyertai Pakatan Harapan," katanya.

PAS enggan menyertai pakatan baharu tersebut, mengatakan ia tidak lagi boleh bekerjasama dengan DAP selepas memutuskan hubungan dengan bekas sekutunya itu, dan menganggap pemimpin Amanah "pengkhianat" kerana meninggalkan PAS.

PKR, dalam mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat pada 11 Oktober lalu memutuskan, keanggotaan Pakatan Harapan akan diperluaskan untuk cuba dan memasukkan PAS serta Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyertai mereka. –TMI


ULASAN GB

PAS nampaknya semakin kalut dan karut. Dahulu komain mengnhentam PKR, sekarang terpaksa menyembah PKR untuk bersamanya sehingga menyatakan Pakatan Rakyat masih wujud sedangkan PASlah yang menguburkannya melalui resolusi muktamar 2015 yang memutuskan supaya PAS membatalkan kerjasama dengan DAP.

Tidak ingatkan pemimpin-pemimpin PAS mengherdik PKR?


Rakyat mengingati kesemuanya itu sekalipun PKR dilihat seperti bersetuju untuk berbaik dengan PAS semata-mata untuk survival politiknya yang khuatir dengan ugutan PAS akan meletakkan calon-calonnya di kerusi-kerusi PKR yang bakal menyebabkan pertandingan 3 penjuru.

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Kita lihat nanti keputusan di dalam pilihanraya akan datang apakah kesudahan semua adegan drama ini.

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tugas yang di bagi oleh penerima derma kepada parti barua ni adakah terus membuat kecoh... Kalau tiada siapa ball bersama mereka tentu Tak boleh kecoh.

Makauka tebal terus nak buat pakat an dengan sendiri supaya boleh terus buat kecoh

Unknown berkata...

Kekdg kesihan pulak tgk pas ni... skg ni hidung tak mancung pipi tersorong2...

Tanpa Nama berkata...

Mohon maaf...pas hilang undi 3...aku..isteri n anak...xpa wp 3 org...tp kena ajar para pengkhianat ini....kita nak tentang kezaliman...depa dok zalim kat ckgu yik...xpa..xpa...mu tunggulah p.raya akan dtg nnt...

Tanpa Nama berkata...

Ah semua depa nak deal. Kjaan negeri kelantan bnyk berhutang la ni. Bajet pun ciput...cuba selidik..kalau tak Tuan Guru Haji Najib atau Tuan Azmin tolong nak harap siapa lagi?
TG Haji Hadi deal dgn TG Haji Najib.
Tuan Ibrahim deal dgn Tuan Azmin..
Tu dia...

Unknown berkata...

Salam:

Hari demi hari,bulan demi bulan,nampaknya PAS semakin KALUT,Sekali lagi Tuan Ibrahim tuan Man,melawan tawkeh,apa kata tuang president?apa kata dewan ulama?apa kata dr.Zuhdi?setiapkali salah saorang dari mereka buka mulut??setiap kali bahu longkang dapat dihidu.

style PAS, semua nak tiru orang,orang buat majlis himpunan ilmuan agama dia pun nak buat majlis himpunan perkumpulan bangsa,orang buat perhimpunan dia pun buat juga,orang mengadakan permuafakatan dgn berbagai bangsa dia pun sebuk mencari bangsa lain yg dah tak laku,orang pakai kot dan tie dia pun sebuk nak pakai kot dgn tie, sepatutnya sebagai parti yg CLAIM bawa dasar islam,dia kena betul-betul bawa cara ajaran rasulallah yg sebenarnya yg betul-betul diREDHA oleh ALLAH.Bukan tiru bulat-bulat lepastu claim bawa dasar islam.


wallahualam

pemerhati berkata...

Pas telah menjadi parti serba salah sekarang..nal bersama pakatan harapan mereka dah bakar jambatan dgn Dap manakala dgn Amanah mereka kata penhkhianat...maka terpaksa berkepit dgn PKT utk surviva politik mereka.. dimanakah mmaruah PAS dan maruah Islam...Adakah mereka mengadaikan nya demi kelangsungan periuk nasi mereka?

Abdul Said berkata...

Saya cukup respek dengan pimpinan PKR, DAP dan Amanah. Sanggup mereka melayan parti orang gila yang diketuai oleh orang-orang yang nyanyuk yang bercakap tak tentu hala macam ular berkepala tujuh. Kesian juga tengok sahabat-sahabat yang menjadi ahli-ahli PAS ditempat saya. Dulu mereka selalu cerita pasal akiviti dan pemimpin mereka. Ini termasuklah guru alQuran saya. Sekarang mereka tak berbunyi langsung. Agaknya mungkin kerana ada sorang dua sahabat-sahabat mereka yang saya tibai kerana bodoh macam *&*&C telah memberitahu tentang pendirian saya terhadap parti mereka. Lesu sungguh mereka sampaikan bagi pemilihan AJK masjid yang baru pun mereka tak berkempen seperti dahulu.

Tanpa Nama berkata...



Apa sebenar kerja Tuan Ibrahim ini?

Kenapa dia tak bersama Husma memperbetulkan pemimpin PAS di Kelantan.

Dulu PAS di pandang kerana Kelantan adalah negeri contoh kepada orang Islam di negeri lain. Jika PAS mahu menang di negeri lain jadikan Kelantan seperti mana di tadbir oleh TGNA.

Penyakit PAS semakin teruk. PAS seperti sukar terima takdir yang PR dan mati. PR disahkan mati, ulang mati, apabila salah-satu organnya penting. mati. DAP dan PKR tidak boleh hidup dalam PR, macamana pulak PAS yang bersendirian boleh 'hidup'?

Tanpa Nama berkata...

Anon 12.45....

PAS hilang 13 undi dari seisi keluarga ku yang mengundi di Kelantan...Kerajaan Kelantan bakal bertukar tangan...

Tanpa Nama berkata...

Anon 10.18 pg...pas juga akan kehilangan undi aku sekeluarga...sebuah parti yg telah undur ke blkg spt 20 thn dulu...aduhai pascai2...

Unknown berkata...

Semua dakwaan PAS yang mereka kuat dan boleh berjuang sendiri adalah retorik sahaja.Banyak kenyataan pemimpin mereka mengambarkan suatu yang tersirat yang benar-benar menakutkan mereka.Bukan mereka tidak faham kenyataan yang Pakatan Rakyat telah terkubur angkara tindakan mereka sendiri tetapi keegoaan dan rasa malu mereka yang menyebabkan mereka masih didalam lamunan dan angau dengan PKR.

Tanpa Nama berkata...

Kalau PAS Gagal di Kelantan orang yg bertanggung jawab adalah HAJI HADI.Saya pengundi DUN Wakaf Bharu

Tanpa Nama berkata...

Mcmana tak kuat bro...kubu kuat kat tmn melewar skrg ni pun dah golap gulita...bila nik amar, derih ahmad dan iskandar nak buat ceramah kat situ...aku pun teringin dan rindu jugak nak dengar apalah isi ceramah diaorg ni...

Abdul Said berkata...

Encik Tanpa Nama 9:10PTG. Jangan terlalu yakin dengan tuduhan tuan itu. Hadi akan putar belit statement bila kalah nanti, atau naik pesawat udara ke Jepun selepas keluar mengundi dan balik sebulan kemudian. Nanti bila ditanya mengapa jadi begitu ia akan buat blur macam minum air daum ketum. Hilang kerajaan Terengganu pun ia buat tak kisah inikan pulak negeri Kelantan. Apa dia peduli. Gumbira. Gumbira!!!