26 Okt 2015

Amanah: Bukan Bidangkuasa Azmin Tolak Penubuhan PH Di Selangor

Kenyataan Azmin Ali bahawa pentadbiran Pakatan Harapan tidak diperlukan di Selangor dilihat terlalu awal kerana beliau bukan presiden PKR, kata Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Salahuddin Ayub seperti laporkan oleh portal themalaymailonline.

Salahuddin berkata bahawa apa-apa ketetapan sepatutnya datang dari pucuk pimpinan pakatan pembangkang yang baharu dalam usaha untuk memutuskan apa yang diperlukan bagi meredakan soalan orang ramai mengenai peranan Pakatan Harapan di negeri tersebut.



"Azmin adalah Timbalan Presiden sahaja walaupun dia adalah Menteri Besar Selangor. Oleh kerana PKR adalah sebahagian daripada Pakatan Harapan, dia tidak boleh memberikan kata putus itu, ia mungkin hanya pendapat peribadinya sahaja," kata Salahuddin.

"Kami tidak mahu mengulangi apa yang telah berlaku dalam Pakatan Rakyat sebelum ini, jadi apa sahaja yang Azmin katakan, kami di Majlis Presiden perlu membincangkan perkara ini."

Beliau mengesahkan bahawa kerjasama Amanah dengan kedua-dua pihak Pakatan Harapan lain - PKR dan DAP - tidak terjejas dengan kenyataan Azmin pada hari Khamis lalu.

Pada hari Khamis lalu, Azmin berkata wujud perbezaan senario politik di antara Selangor dan Pulau Pinang itu bermakna kerajaan Pakatan Harapan tidak diperlukan di nerinya.

Beliau juga dilaporkan telah mengesahkan bahawa Majlis Tertinggi PKR telah memutuskan dua minggu lalu untuk bekerjasama dengan semua parti-parti pembangkang persekutuan termasuk PAS, PSM dan parti-parti di Sabah dan Sarawak.

PAS telah memutuskan hubungan dengan DAP dan tidak mahu turut serta dalam pakatan pembangkang yang baharu iaitu Pakatan Harapan, termasuk ppecahan parti PAS iaitu Amanah.

Ketika dihubungi, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad pula berkata, kenyataan Azmin sudah dijangka dan ia tidak menghairankan melihat kepada komposisi semasa Dewan Undangan Negeri Selangor.

Beliau bersetuju dengan bacaan Azmin bahawa perbezaan antara Selangor dan Pulau Pinang, menunjukkan bahawa memanglah terdapat satu lompang yang agak besar jika merujuk kepada perbezaan bilangan ahli parlimen PAS di negeri Plau Pinang berbanding Selangor.

"Kita boleh lihat ada perbezaan yang besar. Kami memahami dilema yang dihadapi Azmin, jadi sejauh yang kami tahu, ia bukanlah satu masalah besar, apa yang penting ialah memperkukuhkan Amanah dan Pakatan Harapan, "kata Khalid.

PAS hanya ada satu kerusi negeri DUN di Pulau Pinang, manakala parti itu mempunay 13 kerusi DUN di Selangor berbanding DAP 15, PKR 13, Barisan Nasional 12, Amanah 2 dan wakil rakyat Bebas 1.

"Saya fikir penyelesaian yang terbaik di Selangor adalah wujud kerjasama diantara PAS dan Pakatan Harapan di negeri tersebut," kata Khalid, yang mengesahkan bahawa cadangan beliau itu telah dinyatakan di dalam mesyuarat Amanah, namun mengakui masih perlukan perbincangan yang serius mengenainya.

Cadangan tersebut adalah untuk memastikan kerajaan yang stabil di Selangor dapat diwujudkan kerana ini akan akan menyelesaikan masalah kedudukan PAS dan Pakatan Harapan di dalam pentadbiran negeri berkenaan, katanya.

"Kalau boleh pemimpin-pemimpin negeri itu perlu menubuhkan Pakatan Harapan di Selangor dengan segera dan mengesahkan hubungan diantara Pakatan Harapan dan PAS sebagai sebuah kerajaan campuran di Selangor," kata Ahli Parlimen Shah Alam itu.

ULASAN GB

Azmin dan PKR tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya dengan menolak penubuhan Pakatan Harapan di Selangor.

Ini kerana bilangan kerusi DUN diantara PKR, DAP dan PAS adalah hampir sama, malah jika dilihat komposisi kerusi DAP paling banyak iaitu 15. Di atas kompromi, DAP telah menyerahkan kerusi MB kepada PKR.

Jadi untuk menolak penubuhan Pakatan Harapan di Selangor adalah langkah yang tidak wajar dilakukan Azmin.

Ia seperti menafikan terus suara parti-parti lain yang ada hak di dalam DUN Selangor.

Menurut pemerhatian kita, jika Azmin kekal dengan sikapnya untuk menolak penubuhan PH di Selangor, rakyat negeri itu sudah bersedia untuk menolak Azmin dan PKR di dalam pilihanraya yang akan datang kerana momentum sokongan rakyat terhadap PH adalah tinggi di seluruh negara dan sebarang parti yang menolak PH akan ditolak oleh rakyat demi untuk mengalahkan kerajaan UMNO BN.

15 ulasan:

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Azmin telah mengulangi kebobrokan kuasa Tan Sri Khalid Ibrahim semasa menjadi MB Selangor dahulu. Khalid sering membuat keputusan tanpa merujuk kepada parti. Beliau ketika itu mentadbir Selangor laksana seorang tokoh korporat. Oleh kerana Khalid tidak merujuk kepada parti, mengenai urusan dan pentadbiran Selangor, lantaran kedegilan untuk melepaskan jawatan, akhirnya berlakulah apa yang dinamakan "Langkah Kajang". Berbagai kemelut berlaku sehingga Khalid memecat semua exco PKR dan DAP dan mengekalkan 4 exco Pas. Mujur jugalah Yb Shaari Sungip dan Yb Hasnul Baharudin membuat perakuan bersumpah menyokong kerajaan PR, dan akhirnya Khalid terpaksa melepaskan jawatan.

Azmin tidak mahu belajar dari sejarah. Azmin mengulangi sikap Khalid yang membelakangkan parti. Azmin menolak kerajaan Pakataan Harapan, dan mengekalkan kerjasama dengan Pas, parti yang sangat-sangat berkecamuk dalam konteks prinsip perjuangan. Azmin memang terhutang budi kepada Pas yang mencalonkannya menjadi MB Selangor. Azmin berandaian bahawa kemenangannya di Parlimen Gombak dan di Dun Bukit Antarabangsa hasil sokongan ahli-ahli Pas yang jitu. Itu cerita pada PRU 13. Kini sebahagian besar ahli-ahli Pas Gombak telah keluar parti dan berhijrah menyertai Parti Amanah.

Ingat wahai Azmin, kamu hanya Timbalan Presiden dan bukannya Presiden PKR. Kata putus di tangan presiden dan bukannya di pundak timbalan presiden, walau pun kamu seorang MB Selangor. Muhyidin yang tidak terpalit rasuah tetapi tidak bersetuju dengan perjalanan 1MDB, akhirnya kehilangan jawatan Timbalan Perdana Menteri. DS Anwar Ibrahim pun kehilangan jawatan TPM, lantaran tidak sebulu dengan Tun Mahathir. Azmin, kamu ini bagai mana?

AyahDi berkata...

Aku
Dengan caraku
Yang gila gila

-szmin-

Timnajib Jomfikir berkata...

Azmin Ali oohh Azmin Ali..Walaupun Anwar Ibrahim bakal PM..Tidak semestinya, setiap strategi beliau betul. Sudah terang, Pas lah yang mengkianati Pakatan Rakyat.

Berkerjalah demi Rakyat dan Pakatan Harapan YB Azmin Ali!

Tanpa Nama berkata...

MUDAH SAJA PASTIKAN AZMIN TEWAS DI DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR DAN HANYA KEKALKAN SEBAGAI MP. HILANG LAH KELAYAKANNYA DLM DUN SELANGOR MASA AKAN DATANG NI.

mizi talib berkata...

Azmin Ali, terajang dia soh masuk umno balik...

Tanpa Nama berkata...

jadi menteri besar ini suatu amanah yg amat berat. setiap sen mesti dijwb dimahkamah Yang Paling Adil nanti.

soalan utk azming: adakah jawatan din ayam itu memberi sumbangan manfaat kpd rakyat Selangor setimpal dengan gaji ganjaran manfaat yg diberikan kpdnya?

duit negeri bukan duit kamu utk dibelanjakan sewenang2nya. kamu nanti akan disoal mengenainya.

Umar Abdul Aziz pun takut nak guna minyak pelita negara.

jgn krn kau terhutg budi, rakyat Selangor kena tanggung!

Tanpa Nama berkata...


BACA dan Baca Lah...ALLAH Ber Firman..
NIAT Yg 'Berong?'...Mudah Di BACA
HARTA dan Kuasa...Di Jadi kan "Tuhan?"
AMANAH Yg Suci..Kelam Dan SIRNA


AMANAH Yg Suci...Bila Di NODAI
NALURI Rakyat...Ter Sentuh Ter HINA
BENGKOK Ber Belit...Helah Yg KEJI
LURUS dan Kudus...Tiada Ber HARGA





ERTI Islam...Ter Sangat lah MUDAH
ISLAM Ber Makna...Pasrah Me NYERAH
Pasrah Me NYERAH...Kepada ALLAH
Se Luhur7-INTEGRITY...Jelas Ter SERLAH


Islam Se MUDAH...Se Terang CAHAYA
Se Lurus HATI...Mudah Di BACA
Tiada BENGKOK...Timbul CURIGA
SELFLESS Ke Hadrat...Yg Maha"ESA

ERTI Islam...Pasrah Me NYERAH
Pasrah SUJUD...Merindu Ter'INDAH
Se Kudus-Se Tulus7...Se Jujur7-AMANAH
TAK Ter-Niat 'Berong'...Walau Se-ZARAH..


Pasrah Me NYERAH...Ke Yg Maha7-INDAH
Seperti LANGIT...Dan Bumi Ber BAKTI
CAHAYA Me Mancar...Hujan Men CURAH
Saling Mem-BERI...Bakti yg SUCI


Pasrah Mem-BERI...Bakti Yg SUCI
Udara Dan AIR..Per CUMA Ber KHIDMAT
Mem-BERI Tanpa...Me Mentingkan DIRI
Begitu lah Nabi-Nabi...Sayang kan UMAT


Tanpa Nama berkata...


BACA dan Baca Lah...ALLAH Ber Firman..
NIAT Yg 'Berong?'...Mudah Di BACA
HARTA dan Kuasa...Di Jadi kan "Tuhan?"
AMANAH Yg Suci..Kelam Dan SIRNA


AMANAH Yg Suci...Bila Di NODAI
NALURI Rakyat...Ter Sentuh Ter HINA
BENGKOK Ber Belit...Helah Yg KEJI
LURUS dan Kudus...Tiada Ber HARGA





ERTI Islam...Ter Sangat lah MUDAH
ISLAM Ber Makna...Pasrah Me NYERAH
Pasrah Me NYERAH...Kepada ALLAH
Se Luhur7-INTEGRITY...Jelas Ter SERLAH


Islam Se MUDAH...Se Terang CAHAYA
Se Lurus HATI...Mudah Di BACA
Tiada BENGKOK...Timbul CURIGA
SELFLESS Ke Hadrat...Yg Maha"ESA

ERTI Islam...Pasrah Me NYERAH
Pasrah SUJUD...Merindu Ter'INDAH
Se Kudus-Se Tulus7...Se Jujur7-AMANAH
TAK Ter-Niat 'Berong'...Walau Se-ZARAH..


Pasrah Me NYERAH...Ke Yg Maha7-INDAH
Seperti LANGIT...Dan Bumi Ber BAKTI
CAHAYA Me Mancar...Hujan Men CURAH
Saling Mem-BERI...Bakti yg SUCI


Pasrah Mem-BERI...Bakti Yg SUCI
Udara Dan AIR..Per CUMA Ber KHIDMAT
Mem-BERI Tanpa...Me Mentingkan DIRI
Begitu lah Nabi-Nabi...Sayang kan UMAT


Tanpa Nama berkata...

Azmin dan hadi sama sama mereng....perlu letak jawatan masing2 sbb rakyat dah muak dgn kamu..kamu berdua tak faham perjuangan rakyat..kamu brrdua hanya tahu perjuangan perut.

Tanpa Nama berkata...



Memang wujud satu lompang yang besar di Selangor dimana PAS mempunyai 13 kerusi.

Semasa UMNO yang menguasai Selangor, Azmin, pemimpin politik dan rakyat menjalani kehidupan macam mana sedang di jalani sekarang ini. Ada lebih dan ada kurang nya. Cum rakyat Selangor dah meluat dengan sikap Azmin dan beberapa pemimpin PKR seperti mana rakyat meluat dengan perangai pemimpin UMNO. Bezanya pemimpin UMNO berlagak dan menipu dan pemimpin PKR pula tidak yakin pada perubahan yang telah di bawa oleh PR.

Bergantung kepada PAS yang mengkhianati PR kerana takut kepada lompang yang ada merupakan satu kesilapan. Kerana cara Azmin seperti tidak yakin bahawa PR/PH ada lah lebih baik malah lebih banyak baik nya dari BN UMNO.

Benarkah Selangor mempunyai dana kewangan yang besar hasil dari pentadbiran PKR? Benarkah beberapa jabatan memberi khidmat yang lebih berkesan dibawah Azmin? Benarkah unsur-unsur salah-guna kuasa tidak seteruk semasa UMNO ?

Kalau jawapan nya benar, apa perlu Azmin pertahankan PAS dan bimbang dengan kawasan yang di menangi oleh PAS atas tiket PR?

PH telah memberi yang terbaik kepada rakyat Selangor jika di bandingkan dengan UMNO BN. Antara Pemimpin dan kakitangan Awam saling bekerjasama. Rakyat lebih senang mendekati pemimpin PH.

Bekerjasama dengan PAS untuk menang di Selangor adalah politik dahulu kala. Mana pergi nya pembaharuan yang konon nya dibawa oleh pemimpin PR semasa mula di tubuhkan? Pemimpin PR berucap meminta rakyat menilai prestasi parti dan setiap pemimpin dengan fakta dan bukan dengan politik kerana isu-isu politik selalu mengelirukan.

Rakyat Selangor akan melihat BN dan PH sama pancak politiknya kerana Azmin gagal meneruskan dan mengekalkan pembaharuan yang telah membuat PR menang di Selangor.

Tanpa Nama berkata...

tolonglah azmin kami dah muak dgn perangai hang..

Tanpa Nama berkata...

Senang je.nt buat undi.xpercaya utk Azmin

Tanpa Nama berkata...

Azmin tentu ada pertimbangan tersendiri. Kalau dilihat pandangan khalid samad ada rasionalnya juga.. azmin berada dalam dilema.. menstabilkan pentadbiran negeri atau mewujudkan satu lagi kekacauan politik yang membosankan rakyat. Perlu diingat musuh utama iaitu umngok memang menantikan pas ditendang azmin, maka dapat modal baru mereka mengugut rakyat dengan isu bangsa dan mungkin bersama pas mengugut rakyat dengan agama. Yang baiknya terus bekerja kukuhkan pakatan harapan dan biarkan pas ditendang secara automatik bila habis penggal.

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju dgn pendapat khalid samad, utk penyelesaian terbaik di selangor, umumkan pembentukan kerajaan PH dan seterusnya Pas sedia beri kerjasama tetapi tidak masuk dlm gabungan PH...tapi yg penting wan azizah tetap kena umumkan pembentukan kerajaan PH di selangor dan tiada lagi kerajaan PR....

Tanpa Nama berkata...



Tubuh PH dan bekerjasama dengan PAS. Menang lagi di Selangor. Masing-masing menuntut itu dan ini. Masing-Masing mendabik mengatakan parti masing-masing yang di pilih pengundi.

Hampir dekat pru, ugut mengugut dan berpaling tadah.

Apa yang di perkatakan sekarang dan apa yang menjadi masalah akan berterusan selepas PH-PAS menang di Selangor.

PAS tetap mahukan kerusi MB.

PH kena nekad. PAS lah yang mesti mencari jalan penyelesaian untuk menumbangkan UMNO. Selagi PAS berdegil dan tidak sedar diri, apa pun balik ke asal.