28 Sep 2015

[WASPADA] Hentian R&R Tapah Lokasi Merbahaya...

Dua suspek kes ugut ditahan

TAPAH - Polis berjaya menahan dua lelaki didakwa terlibat kes ugutan di kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Tapah yang menjadi viral dalam aplikasi WhatsApp dan laman sosial.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, pada 23 September lalu, pihaknya menerima maklumat daripada seorang wanita yang membuat laporan di Balai Polis Alor Setar, Kedah.




Menurutnya, berdasarkan maklumat itu, pihaknya berjaya menahan dua penarik kereta di Bidor kira-kira jam 2.15 petang kelmarin.

"Dua lelaki itu didakwa mengugut mangsa di Pekan Tapah dan bukan di R&R Tapah seperti yang dihebahkan dalam laman sosial.

"Dengan penahanan dua lelaki itu kami percaya kes itu selesai,” katanya.

Som Sak berkata, kedua suspek dikatakan mahu menarik kereta milik mangsa yang didakwa tidak melunaskan hutang dengan pihak bank.

Namun begitu, katanya, dua lelaki itu tidak membawa surat daripada pihak bank yang mengatakan mereka dibenarkan menarik kereta mangsa.

Menurutnya, kedua lelaki itu juga turut mengugut mangsa yang ketika itu dalam perjalanan dari Kota Damansara ke Kedah bersama tunangnya.

Beliau berkata, kedua-dua lelaki itu ditahan reman hingga 28 September ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan. -SH


HENTIAN R&R TAPAH LOKASI MERBAHAYA

Salam semua apa yg akan saya ceta dan kongsikan adalah utk kebaikan bersama dan supaya kita semua lebih berhati hati.Tadi pagi anak sulong saya dlm perjalanan dari kota damansara kl ke alor setar. Beliau telah berhenti sebentar di Tapah krn tunangnya nak pergi tandas.

Semasa menunggu dlm kereta datang sebuah kereta seramai empat org berbangsa India terus buka pintu kereta suruh keluar dan salah seorg cakap nak tarik kereta ..dlm waktu yg sama beliau beritahu kalau boleh bg duit beliau tak akan tarik kereta , anak saya nak kol bank dahulu tapi beliau ugut u nak mampus ka sb skrg saya nak settle kalau u kol bank saya akan tarik juga kereta ..

than anak saya kata nak kol saya utk minta duit nk bayar kat dia .. bila dia benarkan , anak saya jarakkan sikit dari depa dan trs kol bank .. bank kata akaun semua clear n jgn bayar apa dan kol polis immediately ..lps tu anak saya terus kol saya menangis ketakutan .. lps dia terangkan kpd saya .. lelaki india tue trs rebut fon dan suruh say byr rm 900 kalau nak settle sb katanya kalau dia tarik keta nie bank pun akan byr rm 900 .. untuk tidak membahayakan keadaan saya bersetuju utk byr rm 300 tapi dia x setuju n ugut saya lagi ..

dia cakap skrg ank perempuan awk dgn saya nk bayar atau tak .. dgn tenang sy cakap bei saya 10 min saya bank un duit .. saya kol semula anak saya dan srh beliau jauhkan diri dari mrk dan sembunyi kat toilet n pada masa yg sama anak saya kol polis dan tunang beliau kol kawan belia sekitar tapah ... menyedari polis datang mereka iaitu lelaki india telah melarikan diri dan sempat pula ugut sekali lagi dgn berkata mereka akan ikut sampai dapat ...anak saya dan tunang telah dibawa ke balai polis ..

mengikut keterangan polis kes ini telah berlaku kerap kali di tapah dan kumpulan ini meyasarkan anak anak muda utk ugut lebih lebih lagi budak perempuan muda .. dan dua hari sudah pun pemilik kereta iswara pun kena ugut juga dan pemandu malang ini krn takut telah membayarsejumlah wang .. Tapah agak black area .. tadi kawan saya baru msj beritahu beliau nmpk kereta ini dekat R & R Behrang kelmarin kul 3 pagi .. dimana empat lelaki india ini berada dalam kereta dgn mendengar lagu dengan kuat dlm keadaan mabuk.. ini no kereta mereka.

AJM 1324 ALZA PURPLE GELAP KERETA TINTED 100% GELAP X NMPK ORG PUN

So modus operandi mmg area hway tapah ..sila war warkan kpd saudara mara dan sahabat handai agar berhati hati .. seblom ini saya hanya dgr cerita sahaja tapi ini benar benar terjadi kpd anak saya .. Ya Allah terketag lutut bila bercakap sendiri dan diugut oleh pemuda indias itu.

Sila share di FB , watsapp atau mana mana media sosial agar penjenayah ini dapat didakwa. alhamdulilah skrg anak saya dah sampai alor setar .. Syukur kpd Allah swt. aminn n tq semua.











15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ingat tak laporan dari kes serupa di selatan nkve? mangsa menalipon polis. bila polis tiba, polis tu boleh berborak2 dgn penjenayah. yg pelik keterangan diambil dari penjenayah tapi tiada kenyataan diminta dari mangsa...

Tanpa Nama berkata...

org miskin belajar bodo. besar jd penyamun ratus2
org kaya belajar pandai, besar jd ketua penyamun bilion2

tajir berkata...

Dah polis tahu kerap berlaku kenapa tak perang habis2an gangster gelap ni.
Anak saudara aku pun kena sebijik macam kejadian ini, siap parang samurai lagi.

Heran aku dengan polis ni...

Tanpa Nama berkata...

Sibuk dok intai mana pi ahli2 politik

Tanpa Nama berkata...

OPOCOT!!! terkezut den... ingat silap blog...

greenboc kena tukar jadi orangeboc atau jinggaboc...

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH TUAN ADMIN BLOG DAH WARNA OREN...WARNA YG TEPAT

HIJAU ADALAH SEJARAH DUKA KEMENANGAN ASSOBIYAH DIATAS KEDANGKALAN BEBERAPA ULAMAK

Tanpa Nama berkata...

Tuan, kembalikan warna yang lama, aduhai..sakit mata terlalu cerah sangat.. oren??

Tanpa Nama berkata...



Kalau boleh semua gambar yang berwarna hijau hendak lah di 'orange' kan .. Baju Melayu berwarna hijau di 'orange' kan ..

Nanti gambar perhimpunan 60,000 pun di 'orange' kan ..

Tanpa Nama berkata...

Aku pun terkezut! ahahaha....nama kena tukar tu!

Tanpa Nama berkata...

Tuan 2.10. Serta tuan2 yang mendengar aduan dari tuan 2.10. Sila pantau perkembangan kes ini dari A sampai Z. Sila laporkan perkembangannya dari masa ke semasa. Kalau jadi juga macam kes di atas, bermakna negara dalam bahaya. Tersangat BAHAYA untuk kesejahteraan dan masa depan negara. Itu saja aku nak cakap!

Unknown berkata...

Hahahaha...btl tu nama pun kena tukar...

Tanpa Nama berkata...



aduhai..sakit mata terlalu cerah sangat.

Hahha !! Patut lah cermin mata Tuan Presiden semakin tebal nampak nya ..

Lagi pun kalau Hijau di sangka nya bukti ...

Tanpa Nama berkata...



Kalau Amanah boc .. isu nya hanya mengenai Amanah..

So apa kata Harapan boc ?

Kita ada kucing warna oren jugak. Kita namakan Ren je .

Tanpa Nama berkata...

Jangan sekali2 tukar nama greenboc yang hebat ini. Tuan gb, sila kekalkan nama besar ini. Kita bukan budak2 nak kecil hati, nak beremosi dengan warna2 indah ciptaan Allah taala ini mentang2 kita tidak selesa dengan parti yang satu lagi. Biarkan namanya Kelab Greenboc tapi ahli2nya pakai seragam oren. Itu nostalgia indah lagi unik sebenarnya.

Supaya orang selalu ingat ada sejarah di belakangnya. John Deery pembuat traktor di us berbangga dengan warna hijaunya dan banyak lagi hijau2 yang menjadi kebanggaan bangsa2 maju di barat.

Tanpa Nama berkata...

Macam mana hasil siasatan polis boleh jauh beza sangat dengan laporan? pastu boleh buat kesimpulan base on keterangan penjenayah je?...pelik sangat...aku harap suruhanjaya salah laku polis diwujudkan...nape dulu dah masuk parlimen tapi tiba2 x stuju diwujudkan? Polis pun harus dipantau