28 Sep 2015

Bekas Timb Menteri Yang Hilang Telah Ditemui

Alhamdulillah...dah jumpa

Kuala Lumpur: Bekas Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Abdullah Fadzil Che Wan yang dilaporkan hilang selepas keluar dari kediamannya di Bukit Tunku, di sini, pagi tadi ditemui selamat, 7.45 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy mengesahkan penemuan itu berkata, Abdullah Fadzil ditemui anak perempuannya di sebuah kondominium di Jalan Sultan Ismail.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.




Terdahulu, menurut anaknya, Syadil Abdullah Fadzil, 21, bapanya yang berusia 70 tahun itu turut menghidap penyakit hilang ingatan atau dementia sejak dua tahun lalu didapati keluar dari rumah jam 11 pagi selepas bersarapan bersama ibunya.

“Pagi tadi, selepas bersarapan, ayah mengajak ibu keluar ke pusat beli belah. Mereka kemudian naik ke bilik sebelum ibu mendapati ayah sudah tiada di rumah.

“Kami kemudian pergi ke pondok pengawal dan pengawal keselamatan memberitahu ayah sudah keluar dengan menaiki sebuah teksi,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, ketika keluar ayahnya memakai baju dan seluar berwarna hitam serta kasut kulit berwarna coklat.

"Dari segi fizikal, ayah kelihatan sihat dan individu yang tidak mengenalinya pasti menganggapnya seperti individu normal.

“Susulan kehilangannya itu, kami sekeluarga membuat satu laporan di Balai Polis Sentul,"katanya. -HM

Bekas timbalan menteri dilapor hilang


KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Abdullah Fadzil Che Wan, dilaporkan hilang di Bukit Tunku di sini, kira-kira jam 11 pagi semalam.

Perkara itu disahkan isterinya, Datin Seri Sharifah Shahrul Bariah kepada Berita Harian.

Abdullah, 70, yang juga bekas Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang menghidap demensia, kali terakhir dilihat keluar dari kediaman adik iparnya di Tijani di sini, dengan memakai kemeja hitam, seluar senam dan kasut kulit berwarna coklat.
-SH


9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Maaf tuan gb aku cakap. Berita ini tiada nilai berita tapi ada nilai untuk buah mengumpat. Jap lagi keluarlah macam2 umpat keji kepada bekas komponen enjin umno bn ni. Insaflah. Allah SWT sudah takdirkan dia jadi macam ni. Kita pun tak tahu esok kita ini macam mana pulak. Marilah kita meraikan beliau dengan iringan doa rahmat. ' Wahai Allah, ampunilah dosa2 kami dan dosa2 beliau, amin.. '

Tanpa Nama berkata...

YE BETUL TANPA NAMA 10.49

Tanpa Nama berkata...

sy bersangka baik dgn admin.

oleh krn beliau bekas timbalan menteri lebih2 lg menteri pertahanan adalah lebih baik diwar2kan kehilangan beliau supaya cepat ditemui.

skrg ni petaka menimpa org2 yg terlibat dgn kementerian pertahanan.

1. altantuya
2. kevin morais

Tanpa Nama berkata...

aiik belum ada yg mrngumpat kau dh spekulasi apa hal

insyaallah org PH bkn kaki cerca org. tu sebb kes najib ziana tkde PH yg nk ambik tau....tp bab bulu anu anwar...satu negara difitnah...kerja zimbabwe ke...atau org2 parti assobiyah tu.

Tanpa Nama berkata...



Kalau tak cakap yang dia ialah bekas Timbalan Menteri Pertahanan, kita pun tak kenal.

Banyak rahsia dia simpan tu... Jika tidak, tak jadi lah berita.

Keluarga pula perlu lah ambil langkah-langkah penjagaan yang lebih ketat seperti kunci rumah di simpan di tempat tersorok dan jangan biarkan beliau berseorangan terlalu lama.

Teringat arwah ayahanda ku.. Al Fatihah.

Tanpa Nama berkata...

Setahu aku yang kaki umpat fitnah dan u turn adalah tuang presideng.

Tanpa Nama berkata...

Dr fadhil seorang yg berbahasa dan merendah diri. Semasa dalam persatuan mahasiswa perak dulu, insan inilah yg kerap dijemput dan jarang menguzurjan diri moga cepat sembuh dr fadil

tanya sama itu hud hud berkata...

Orang yg banyak simpan rahsia kerajaan terutama keselamatan negara seperti anggota risik,bila pencen semua jd lupa ingatan atau demetia..
Satu kebetulan atau ada sesuatu?
Mcm kes abuya arqam,masuk tahanan,bila keluar,dia pun lupa ingatan sehingga air liur meleleh pun tak dapat nak kontrol..
Pernah tgk dlm movie bagaimana CIA karan otak org?

Tanpa Nama berkata...

Woi kome..jangan ngate oghang..kite pon esok-esok kalo panjang umur tue jugak..ntah-ntah nyanyok sampai makan tahi sendiri..simpaaang!!