28 Sep 2015

Selepas Dilancarkan, AMANAH Berjalan Gagah Bersama Rakan Dalam Pakatan Harapan

Sambutan luar biasa Parti Amanah Oleh A Shukur Harun

Ketika memasuki dewan tempat berlangsungnya Konvensyen Parti Amanah Negara di Shah Alam minggu lalu, saya tertegun menyaksikan konvensyen tersebut begitu “grand”, warna-warni dan “lively”, dikuasai warna jingga.

Saya kagum dengan usaha bersungguh-sungguh panitia Amanah Negeri Selangor dan Pusat, serta bantuan pelbagai pihak lain hingga Majlis itu begitu berjaya. Pada hal Amanah hanya baru saja ditubuhkan dengan rasminya dua minggu lalu.



Persiapan dewan dan pentasnya yang berwarna-warni, lagu Amanah yang bersemangat dan semuanya sangat mengesankan.

Konvensyen gilang gemilang ini disertai pula oleh “AWAN”, iaitu sayap wanita dan Pemuda, "AMAN" serta unit keselamatannya dipanggil “ARIF”.

Semua entiti ini menyerlah dalam Konvensyen tersebut, kesepaduan gerak kerja yang sungguh-sungguh, di mana Presiden Amanah, Mohamad Sabu memeriksa perbarisan Unit Arif. Sementara Pemuda pula turut mengambil peranan penting di samping Awan.


Lebih dari segalanya, ucapan presiden Amanah, Mohamad yang sangat bernas ucapan itu menggariskan dengan jelas misi dan visi Amanah, sebuah parti politik Islam yang dinamik, progresif, terbuka, toleransi, menepati kehendak Islam sebagai Rahmat Seluruh Alam. Menentang perkauman dan ekstremisme agama dalam apa bentuk pun.

Kehadiran pemimpin DAP, PKR serta pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) seperti Wadah, Abim, Ikram dan banyak lagi memancarkan penerimaan mereka terhadap Amanah, malah menyokong perjuangan Amanah.

Dengan sifatnya sebagai parti pelbagai kaum, tetapi berpaksikan Islam, menarik perhatian pelbagai kaum dan golongan. Penerimaan luar biasa dari rakyat terhadap Amanah, menghantar isyarat jelas bahawa inilah sebuah parti politik Islam yang menepati serta sangat dinantikan oleh rakyat Malaysia.

Iaitu ketika rakyat sangat kecewa dengan parti politik perkauman yang menyebabkan negara ini terhempas dipelbagaikan krisis – ekonomi, rasuah, penyelewengan, keteresan dan pelbagai kebejatan. Ini disebabkan pemimpin yang tidak ada rasa malu dan rasa tanggungjawab.

Sebenarnya, inilah cabaran besar yang dihadapi oleh Parti Amanah, walaupun ia sangat baru dan sedang menunggu kelulusan pendaftarannya. Bagaimanapun cabaran ini akan dihadapi bersama dalam Pakatan 2.0.

Ketika berada di dewan untuk menyaksikan Konvensyen Amanah yang gilang gemilang itu, saya terfikirkan dan berdoa semoga pendukung Amanah – dari pemimpin hingga ke pendukung biasa – diberikan kekuatan oleh Ilahi untuk meneruskan perjuangan yang sukar ini.

Cabaran luar biasa ini menuntut pendukung Amanah supaya tidak melakukan kesalahan dalam apa bentuk pun, justeru rakyat sedang memerhatikan sungguh-sungguh kehadirannya.


Dengan Kelantan mendahului negeri lain, diikuti negeri Johor, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Kedah serta negeri lain, dari segi jumlah keahlian Amanah, menunjukkan sambutan luar biasa rakyat terhadapnya. Jumlah itu kini terus bertambah dengan pantasnya.

Mereka yang menghadiri konvensyen tersebut datang dari pelbagai golongan di seluruh negara - bandar dan luar bandar, anak muda dan terpelajar serta juga kalangan veteran politik yang saya kenal ramai sejak dulu lagi.

Ini bermakna Amanah diterima oleh semua golongan dan tentunya mereka ini meletakkan harapan tinggi kepada parti baru ini.


Pimpinan Amanah adalah para tokoh berwibawa, seperti Ahmad Awang (Penasihat Amanah), Abd Ghani Shamsudin (Timbalan Penasihat), Mohamad Sabu, Salahudin Ayub, Dr Dzulkefly Ahmad, Ir. Shaari Sungeb (kedua-duanya kini menunaikan haji), Mohamed Hanipa Maydin, Khalid Samad, Izham Hashim, Anwar Tahir, Dr Siti Maria. Datuk Seri Ir Nizar Jamaludin, Datuk Raja Kamarul Bahrin, Aminolhuda Hasan, Datuk Abd Rahim Abdullah, Asmuni Awi, Aiman Athirah Al-Jundi dan ramai lagi.


Kini gerak kerja Amanah semakin diperhebat dengan pembukaan lebih banyak kawasan dan cawangan seluruh negara serta rancak mendaftarkan ahli baru sebanyak mungkin.

Di samping itu Amanah juga memperbanyakkan penubuhan sayap wanitanya, Awan dan Unit Arifnya di setiap negeri dan kawasan.

Apabila berlangsung kongres pertama Amanah nanti, keunggulan Amanah akan lebih menyerlah sebagai parti politik Islam yang mendukung sepenuhnya konsep Islam sebagai Rhmatan-Lil-Alamin.

Kini Amanah “walking tall”, berjalan gagah sebagai parti politik Islam yang berpotensi besar. Ia dijangka akan membawakan gelombang besar untuk mencetuskan perubahan melalui demokrasi.


Ia diharapkan Amanah akan mengambil peranan penting, atau “center stage” dalam gabungan politik pembangkang yang baru nanti.

Walaupun ia parti politik yang paling baru di tanah air, tetapi dengan latar belakang pengalaman dan ketokohan pimpinannya yang luas dalam perjuangan politik selama puluhan tahun, kita yakin Parti Amanah mampu berperanan dengan berkesan dalam memperkukuh pakatan baru pembangkang nanti.

Tokoh ini bukan saja sudah terdedah di peringkat nasional, bahkan di peringkat antarabangsa dengan segala kepakaran masing-masing.

Dari itu, saya yakin, para tokoh ini dan pendukungnya akan menjadikan Amanah bukan saja sebagai parti politik yang mantap, tetapi berintegriti dengan pendukunya memperlihatkan akhlak Islam yang mulia.

Malaysia dan rakyatnya sangat lama merindukan sebuah parti politik berbilang bangsa dan agama, peduli rakyat, memperjuangkan keadilan dan kebebasan, meletakkan nilai kemanusiaan yang tinggi dan harga diri.

Maka di sinilah, saya kira, Parti Amanah, mampu memenuhi hasrat rakyat Malaysia ini.

Dalam tinjauan saya dengan beberapa tokoh NGO di Konvenssyen itu, mereka menyatakan harapan supaya Amanah tidak mengulangi kesilapan dan kelemahan kebanyakan parti politik yang ada sekarang.

Mereka kecewa melihatkan kebanyakannya mengesampingkan integriti dan sibuk memikirkan kepentingan puak dan kaum, menyebabkan mereka terlibat dengan politik perkauman, rasuah dan penyelewengan.

Yang utamanya, Amanah mestilah muncul sebagai parti Islam yang berintegriti, benar-benar memikul amanah rakyat dengan pendukungnya memiliki akhlak Islam yang tinggi.

5 ulasan:

omar daud berkata...

Salam


Alhamdulillah,teruskan usaha,tambahkan ilmu,perbaiki apa yg yg patut,insyallah akan beroleh keredhaan Allah.

sekarang saya pergi di mana2 DUN selangor kain rentang pendaftaran ahli baharu sedang dijalankan. keep it up.

laman GB pun dah bewarna-warni orange.

wassalam

Tanpa Nama berkata...

Bila pemimpin2 ADUN2 dan MP2 Pas keluar pas dan menubuhkan parti AMANAH...maka pemimpin cai begitu meroyan sambil mengungkit!!!

Kononnya ADUN dan MP yg keluar pas bawak lari kerusi yg dimenangi atas tiket pas!! Lalu diungkit jasa dan penat lelah serta sumbangan ahli2 Pas bawahan yg bertungkus lumus memenangkan calon yg lari tersebut!!

Kononnya jugak ADUN dan MP AMANAH telah mengkhianati ahli pas yg membantu kemenangan mereka. Wahai pemimpin pasCai...ketahuilah oleh kamu beberapa pekara:-

1. Jangan lupa sumbangan dan jasa serta pengorbanan ADUN dan MP yg bertahun tahun berjuang dalam pas!!

2. Jangan lupa juga...disebabkan usaha mereka2 yg kamu halau dengan SENARAI CAI masa muktamar dulu ramai calon pas yg menang dikawasan campuran.

3. Ketahui jugak oleh kamu. Ahli akar umbi yg memenangkan ADUN dan MP atas tiket pas dulu kini telah bersama sama berhijrah ke AMANAH. Lalu di mana benarnya ADUN dan MP mengkhianati ahli2 pas kwsan tersebut??

4. Kalau ADUN dan MP pas yg bersama AMANAH letak jawatan. ADUN dan MP PAScai di selangor pun kena letak jawatan. Sebab mereka menang oleh undi penyokong PR ketika itu.

Sesungguhnya semakin banyak pemimpin pasCAI komen tentang AMANAH semakin jelas kebusukkan dan ketololan mereka....kih kih kih

Malaysiabaru berkata...

Habislah Pas pis pus


BUNGKUS pas kali ni

Tanpa Nama berkata...

Gumbira gumbira.
Proses pembersihan.
Lama tinggal 2 3 kerat.
Baru betoi betoi bersih.
Tinggal ulama suci kudus dan mulus.
Selamat maju kebelakang istiqomah bersama ulamak

Tanpa Nama berkata...



Jika hanya pemimpin Amanah yang tidak sehaluan dengan Tuan Presiden maka lantak lah Tuan Presiden hendak besar kepala atau hendak keras hati.

Ingin saya bertanya 'formula politik apakah yang di pakai oleh Hj Hadi' dan 'perasaan bagaimana kah yang terbit dari hati Hj Hadi' kerana pukul rata mereka yang bersama Amanah adalah ahli PAS yang dah bertahun-tahun.

Jika sekumpulan orang yang tidak suka dengan arahan Hj Hadi masih boleh dianggap Hj Hadi mungkin dipihak benar. Jadi mengapakah Hj Hadi tidak jadikan sambutan konvensyen ini sebagai satu petunjuk dimana silap dan salahnya selama ini ??