12 Sep 2015

[VIDEO & GAMBAR] Lebih 100 Peguam Sertai Parti Amanah Negara, SYABAS!!!

Lebih 100 peguam sertai Amanah tubuhkan biro undang-undang

Lebih 100 peguam menyertai Parti Amanah Negara (Amanah), ketika parti politik yang akan dibentuk secara rasmi tidak lama lagi itu dalam proses menjadi sebuah badan yang dianggotai para profesional menjelang pelancarannya dijadualkan minggu depan. Diketuai Fazaruddin Sujairi Md Radzi, kumpulan peguam itu menyerahkan borang keahlian kepada Timbalan Pengerusi Amanah Salahuddin Ayub pada satu majlis di Taman Melawati hari ini.

Kebanyakan mereka bekas ahli PAS, selainnya terdapat juga bekas ahli badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), dan bakinya adalah pemerhati pada perhimpunan Bersih 4 bulan lalu.

Peguam-peguam ini akan membantu dalam pembentukan biro undang-undang Amanah sebelum parti itu dilancarkan 16 September ini.

"Peguam yang menyertai Amanah hari ini datang dari beberapa bidang kepakaran, termasuk sivil, jenayah, syariah dan hak juga asasi manusia," kata Fazaruddin ketika mengumumkan langkah itu.

Peguam itu akan membantu biro undang-undang itu yang akan diketuai Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin, yang juga seorang peguam dan mengetuai biro undang-undang PAS sebelum meninggalkan parti itu baru-baru ini, berikutan perpecahan Pakatan Rakyat.

Hanipa berkata, kepakaran peguam itu akan menjadi penting kerana pemimpin Amanah boleh terlibat dalam beberapa pertelingkahan undang-undang pada masa depan.


Sementara itu, Salahuddin berkata, perancangan Amanah berjalan lancar untuk mencapai sasaran sekurang-kurangnya 35,000 ahli berdaftar sebelum pelancarannya minggu depan.

"Kami mengeluarkan 35,000 borang dan mencetak 50,000 borang tambahan. Jadi, kami akan mencapai sasaran kami," katanya.

Amanah, yang kini menggunakan platform Parti Pekerja-Pekerja Malaysia yang tidak aktif, sedang menunggu kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan untuk membolehkannya menukar namanya kepada Amanah.

Sebelum ini, kumpulan serpihan PAS itu gagal dalam usahanya berdaftar sebagai Parti Progresif Islam, kerana Kementerian Dalam Negeri enggan membenarkan sebuah parti menggunakan perkataan "Islam" dalam namanya. -TMI




ULASAN GB

Terima kasih, tahniah dan syabas kepada Lebih 100 peguam menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) yang bakal menganggotai biro undang-undang Amanah.

Dan GB merasakan Biro Undang-undang Parti Amanah Negara ini bakal menjadi Biro Undang-undang yang paling ramai peguam berbanding dengan parti-parti lain.

Di zaman dimana proses perundangan menjadi kritikal dan di masa fitnah begitu berleluasa kini, kehadiran para peguam yang ramai adalah satu asset dan parti yang memiliki barisan peguam yang profesyenal dalam bilangan yang ramai akan menjadikan Parti Amanah Negara sebagai sebuah parti yang benar-benar "AMANAH, PROGRESIF & PEDULI".








IKLAN BERBAYAR




19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Xfahamlah pkr ni.aku dh mula menyampah dgn pkr...Hadi dah berulang kali kata xnk join Pr 2.0 tp kenapa nampak pkr terhegeh2 nak pas.terdesak sangat ke pkr ni!!!
Pastu plak yg slalu bg kptsn si Azmin, Si presiden dh jd mcm timbalan presiden...rakyat mula menyampah dgn politik mcm ini.org dh semangat dgn gabungan pkr dap ghb tp pkr pulak menghancurkan semamgat/harapan org ramai......

Unknown berkata...

Salam

alhamdulillah:
Salute..salute..salute..Congratulate!! Bukan senang nak kumpulkan peguam,walaupun 4,5 0rang memasuki parti,terutamanya parti baru yg belum diuji dan belom siap pun lagi, ini pula > 100 orang.Ini adalah satu "result" pertugas-pertugas parti bekerja.Walaupun kejian,sindiran,halangan yg bertali arus,Memang saya "Salute"tabik springggg.PKR pun tak boleh buat macamni,bukan nak mendabik dada,tapi fakta.



Lagi..lagi..dan lagi TERUS MAJU KE HADAPAN

WASSALAM

Tanpa Nama berkata...

Habis, habis punahlah umno bn kali ini. Sarang pun belum siap, burung2 ababil sudah hinggap. Peguam2 beriman adalah umpama burung ababil, tentera Allah yang kecil tapi lemparannya menuju tepat ke sasaran. Tiada makhluk yang boleh mengalahkan tentera Allah ini.

Peguam2 beriman tahu rahasia titik kelemahan orang2 bersalah. Bersilat lidah macam mana pun tetap tewas di gelanggang.

'You are guilty, pay one billion' Ini peguam punya kerja. Ini boleh bikin jatuh muflis. ' You are guilty, hanged to die' Ini pun peguam punya kerja. Matilah dia. Wasssalam.

air gunung berkata...

Benar...
teruskan kerja anda..
Kerana slps ini semakin kotor dan keji
permainan lawan anda...

Unknown berkata...

Berita ini adalah berita nyata dan menjadi "propaganda" yang positif kepada Amanah. Membuatkan PAS makin kecut perut kerana insiden ini akan menggemparkan komuniti PAS sekaligus mendorong lebih ramai profesional menyertai Amanah. Keahlian Amanah juga akan mencacak naik kerana suntikan keyakinan. Bijak susunatur strategi Amanah. Ada 5 hari lg sebelum 16 September. Elok hari2 ada sahaja berita gempar yg sengaja di susun untuk buatkan PAS berpeluh!

Unknown berkata...

Syabas PAN

Tanpa Nama berkata...

Gembira!!!gembira!!!

Tanpa Nama berkata...

Gumbira gumbira
Gumbira gumbira
Proses pembersihan
Proses pembersihan
Pas akan menjadi parti yang lebih suci kerana peguam peguam neraka telah keluar dari pas.
Itulah kelebihan parti yang telah disirami air jampi lalu dihalau oleh ulamak sucinya dengan bantuan siku dan lutut. Selamat berjaya kepada pas yang mempunyai pengikut walaknya yang semakin ramai. Mereka akan bertakbir walaupun ulamaknya mencaci maki. Walak sungguh mereka. Gumbira gumbira. Bukannya kuciwa kuciwa.

IrWrWs berkata...

Artikel dan komen canggini br betul.. tak de nak buruk2kan parti lama.. bukak citer baru..

Tanpa Nama berkata...

Wan Rosli,
Bawak la ngadap cerita2 sebegini di depan Presideng. Ini semua cerita benar dan terbaru. Tiada U-Turn punya. Pastikan Tuan Presideng sentiasa gumbira!

Tanpa Nama berkata...

Akhir zaman ni macam 2 boleh jdi .beringat lah .

Tanpa Nama berkata...

Saya pun heran dgn pkr...kita harap pkr akan buat keputusan yg tepat dan terbaik...

Tanpa Nama berkata...

saya SEDIH sebab MP PAS kena curi oleh PKR. Kalau kena curi dgn Amanah kira ok la juga. INI satu penghinaan, satu sindiran kepada PAS. Apa lagi kita blah la dari kerjasama dgn PKR
MALU LA KITA, MANA MARUAH KITA BILA PKR CURI YB KITA.
KITA KAN KA KUAT, apa lagi exco kita keluar la dari kerajaan Selangor. Din ayam pun letak la jawatan GLC negeri sebagai bantahan'

Sambil Aku tersenyum je memerhatikan Kepimpinan Cai

#janganrasakitalebihbaikdrorglain berkata...

Alhamdulillah.Teruskan perjuangan

Tanpa Nama berkata...



Buat apa duduk dalam PAScai. Adakah peguam-peguam tersebut di rujuk sebelum pembentangan hudud ?

Unknown berkata...

Aku baca artikal yg bg tahu KJ dan mat taip masuk pkr di greenboc ni. Aku tertarik salah satu komen.. yg bg tahu kenapa pkr masih nak bersama2 dgn pas..hanya utk menjaga pengikut pas yg totok yg nampak serban dan jubah sokong pas.. aku rasa komen tu ada benarnya...

Tanpa Nama berkata...

artikel yang memburukkan parti lama tidak memberi apa-apa makna kepada ketua parti. sama lah jugak dengan gambar ketua di pijak tidak memberi kesan kepada ketua dan parti cuma kerana ada sedikit ruang kesempatan maka disuarakan lah rasa tidak puas hati.

Artikel hanya pandangan dan belum tentu betulnya tetapi tindakan keluar parti dan menyertai Amanah lah yang sepatutnya yang lebih diberi perhatian oleh Hj Hadi dan pemimpin PAScai.

Kesannya pada parti macam orang kena strok !

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulilah. ..... saya bukan ahli PAS tp mengundi PR dan ins sha Allah terus undi PR ..... dan menTOLAK .... PAS....

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulilah. ..... saya bukan ahli PAS tp mengundi PR dan ins sha Allah terus undi PR ..... dan menTOLAK .... PAS....