12 Sep 2015

[BERGAMBAR] Kantoi: Harakahdaily Dicekup Menipu: Puluhan Ribu Dikatakan Hadiri HAMASAH 2015

Puluhan ribu sertai Himpunan Anak Muda Istiqamah

Puluhan ribu anak muda menyertai Himpunan Anak Muda Istiqamah (Hamasah) 2015 di padang Majlis Daerah Pasir Puteh petang ini.

Padang sendat dengan kehadiran anak-anak muda dari seluruh Kelantan. (Lihat gambar di sebelah: sendat ya? -GB)

Ramai yang datang berkonvoi motosikal. Himpunan anak muda bermula jam 8 pagi dengan acara pertama himpunan pendekar muda.

Program petang ini yang bermula jam 5.00 petang tambah meriah dengan kehadiran Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Hadir sama Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, timbalannya, Muhammad Khalil Abdul Hadi, naib Khairil Nizam Khirudin dan Ketua Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari serta anggota exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood.

Pagi tadi turut diadakan program himpunan guru-guru Pasti, pembahagian beras al-itaam, persembahan motosikal kuasa besar, pertunjukan autoshow dan pelancaran ARC Kelantan oleh Abdul Fattah. -Harakahdaily



ULASAN GB

Telah menjadi vial semalam di laman sosial, bahawa Harakahdaily dicekup membuat kenyataan yang tidak benar dan sah menipu di dalam laporannya mengenai kehadiran yang dikatakan "puluhan ribu" anak muda di HAMASAH 2015 yang diadakan di padang Majlis Daerah Pasir Puteh.

Sedangkan apa yang berlaku adalah disebaliknya dimana paparan foto yang dikatakan puluhan ribu itu adalah dusta dan tidak benar.

Cekupan dari udara memperlihatkan suasana padang begitu lengang malah ketika ucapan Tuan presiden pun hanya beberapa baris yang kelihatan. Seperti juga perhimpunan yang dianjurkan oleh PAS yang lain, untuk menutup ruang-ruang kosong itu, para peserta himpunan diminta untuk memegang bendera besar supaya ruang kosong itu tidak kelihatan. Anggaran sebenar, menurut pemerhati, kehadiran peserta hanyalah sekitar tidak melebihi 1000 orang, tetapi dilaporkan puluhan ribu!

Tersebar pula sepucuk surat yang ditandatangani oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan yang juga Pengarah Urusetia Belia & Sukan Kelantan menjemput para pelajar sekolah agama untuk ke program berkenaan. Ini bererti HAMASAH 2015 yang dihadiri sekitar 1,000 orang itu pula sebahagian besarnya adalah para pelajar sekolah!

Nampaknya gaya pemberitaan Harakahdaily sudah tak ubah macam media-media UMNO.

Sudah hilang akhlak dan etika Islam di dalam kewartawanan dan pemberitaan. Tak perlu lagi pertimbangan dosa dan pahala.

Maka itu sebabnya kini harakahdaily dan Harakah sudah ditimpa musibah sama seperti media UMNO... diambang kebangkrapan.

Bukan kita suka atau ingin bertepuk tangan jika nasib itu menimpa harakahdaily dan Harakah, tetapi hukum kebenaran dan keadilan tidak boleh ditipu dan didustakan. Andai bakal menuai apa yang anda tanam!









IKLAN BERBAYAR






34 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

harakahdaily dah jadi akhbar pencacai. aku dh lama x buka &x baca harakahdaily...

Tanpa Nama berkata...

"Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya!" (99:8)

cuba fikir apakah kejahatan yg sebesar zarah? adakah membuat laporan palsu itu sebesar zarah?

bhai,

kita kalau tipu sorg pun masak di akhirat. tak masuk syurga kalau tiada maaf. inikan pula menipu ribuan pembaca!!!

Timnajib Jomfikir berkata...

Alamak..harakah sudah jadi haparak.

Tanpa Nama berkata...

sekarang siapa munafik haraki..diperkuda syaitan

perjuangan yg mencanang islam hari2 bila mula menyeleweng...kita percaya Allah akan hinakn mereka lbh teruk dr org biasa

depa ingat blh tipu Allah dgn setban dn jubah ke

Tanpa Nama berkata...

jgn beli harakah...beli aiskrim bg anak makan lbh afdhal

Tanpa Nama berkata...

Saya dah lama tak beli harakah. Baca greenboc, omak Kau dan anak sungai derhaka pun dah cukup rasanya. Saya doakan ghb terus Mara kehadapan. Tentang PR2.0 tu masih diperingkat awal Tapi sedang hangat dibincang di belakang tabir. Dah putus nanti dia orang umum lah Tu

fazil ahmad berkata...

Semalam terlihat dlm astro awani...sememangnya muka budak2 sekolah yg banyak...apa sudah jadi PAS?...

Tanpa Nama berkata...

Patutlah jualan akhbar Harakah semakin merosot. Mamak kedai jual akhbar kata banyak akhbar Harakah dah tak laku. Harakahdaily pun semakin ditinggalkan, muak membaca cerita menipu dan mengampu. Hingga hari ni pun ulamak Pas masih tak sedar diri dan bercakap takbur. Inilah baru betul dikatakan Pas ganti Umno. Suatu masa nanti, susah dibezakan berita harakah dengan utusan malaysia.Boleh UG dengan akhbar pro Umno , jadi Utusan Harakah, biar betul.

Tanpa Nama berkata...

Terbukti apabila pemimpin menipu, pengikut setia akan belajar membohong. Pemimpin menfitnah, pengikut setia akan berlumba-lumba mengadai moral demi mendapatkan perhatian dan habuan. Bagaimana golongan yang kononnya berjuang dan hidup mati atas nama ISLAM tapi akhlak mereka suka berbohong, menfitnah, bongkak, mengada-adakan cerita yg kononnya ramai memohon utk menjadi ahli, terlalu taksub dengan pandangan sendiri dan menganggap hanya golongan mereka saja yg mengetahui Islam tetapi realitinya mereka tidak lebih dari golongan yg hanya ingin mengambil kesempatan dan sebenarnya indah khabar dari rupa. Semuga Allah swt akan menunjukkan diri mereka sebenarnya dan diberi pembalasan sebagai peringatan untuk golongan yg memperalatkan agama.

Tanpa Nama berkata...

Hadi3x
Kamu behentilah menyalak
Babi dah makin banyak kat kampong aku
Kau ni pelingkup pas
Elok kau berhenti daripada terus merosakkab islam
Haron3x
Gunakanlah air jampi kau
Hadi dah masuk syaitan
Atau kau sendiri dah dimasuki jin umno
Kalau dua makhluk dah tak ada dalam pas barulah boleh buat kira.

Tanpa Nama berkata...

Dulu ramai pemimpin Pas marah pada Umno kerana dikatakan mengeksploitasi pelajar dan guru sekolah yang diwajibkan hadir program politik anjuran Umno Bn. Sebenarnya ahli dan penyokong Umno yang hadir tak ramai tetapi nampak ramai sebab budak2 sekolah diangkut sama ke tempat ceramah menteri Umno. Aku sendiri pun tahu sangat pasal taktik Umno ni sebab aku cikgu kat sekolah. Tetapi sekarang Pas pulak yang buat taktik yang sama. Memang betullah Pas nak ganti Umno. Perangai buruk Umno yang dulu dah masuk dalam minda pemimpin Pas sekarang.Pas dulu lain, Pas sekarang lain.

Tanpa Nama berkata...

Lebih baik 1.35 pm beli tasbih .banyak 2 mengingatkan allah.

Tanpa Nama berkata...

Anonymous 2.15..Mengingati Allah tak perlu beli tasbih

air gunung berkata...

GB dan sahabat sekelian.
INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI'UUN.
Itu shj yg aku mampu ucapkan jika benar perkara ini menjadi amalan PAS skrg.
Memalukan.

abrarmujahideen berkata...

Perhimpunan BERSIH xde lak Harakahdaily nak lapor...lepas gambo hadi najib kena pijak bru nak lapor...padan muka. Tulisan Pak subky da haprak.

omar daud berkata...

Salam

Sebenarnya kejadian di atas adalah satu Iktibar pada Amanah untuk ddipelajari,keBENARan walaupun pahit hendaklah kita terima.Bila keBENARan ditutup dgn peNIPUan maknanya,kita tidak mahu membuat pemBAIKan (correction),bila dibiarkan berterusan dia akan jadi budaya.Sekarang jelas nampak politik PAS sama sahaja politk secular yg amalkan negara ini,tiada bezanya dgn politk umno.
Rakyat majority tertunggu-tunggu apa sebenarnya politik bukan secular yg selalu dianjurkan PAS ,yg selalu mendabik dada,mengatakan dasarnya dasar islam sejar dari AMANAT HADI 1981 dulu.orang lain tak boleh mejadi ketua,jika tidak ikut dasar PAS.

WASSALAM.

Tanpa Nama berkata...

Sebelum ini artikel tersebut aku baca di blog lain. Dan aku buat tak kisah. Sebab lambat laun mereka akan buat perkara demikian.

Terus terang aku berharap sangat GB tak masuk kan cerita ini dalam blog GB bukan untuk menjaga aib mereka tetapi cukup rasanya mereka dah termalu !

Sekarang aku sendiri yang malu, simpati dan kesian pada mereka. Aku masih ingat satu masa dulu orang cina pun baca harakah. Begitu lah hebatnya Harakah.

Adakah selepas siasatan akan di umumkan Harakah telah di sabotaj kan dan seorang wartawan telah diberhentikan perkhidmatan nya?

Satu pembohongan akan di ikuti satu lagi pembohongan untuk memperbetulkan pembohongan yang terdahulu.

Tanpa Nama berkata...

2:50 PM

Memang tak perlu beli tasbih. Nanti orang balik Haji dapat banyak tasbih.

Tanpa Nama berkata...

Harakah ni nak tipo sapa sebenarnya.
Pengundi2 mana boleh tipo2.
Kenapa muka hadi sekarang tak berseri lagi?
Tak kan gembira tspi muka kelat semacam?

Tanpa Nama berkata...

Ini ke yang dikatakan anjing menyalak kat bab tu......ish ish....becare what you wish for......!!!

abrarmujahideen berkata...

Terbaru; hadi awe kata " biar kita menyalak bukit, ade " babi" dlm buki" ini kah nak berdakwah..sesama islam ag kasar n biadab

Tanpa Nama berkata...

pas dah jd umno. guna kt awam, budak sekolah, lk mcm tu

Tanpa Nama berkata...

Hj.Hadi dah mula melallut buken semua orang islam dimalaysia ni buta Hj.Hadi oooi yang bengong dan buta hati mu tu Hj.Hadi sebab mu maseh dok ingat boleh buat amanat kafir mu masa mu dok bemusuh dengan UMNO tapi sekarang dah jadi perangai UMNO dpk maki sana maki sini apa kejadah perangai mu nie kalau nak maki pun usah ditempat tebuka mu mengaku mu ualam malu la sikit pada orang-orang jahil macam ambo nie,umbo pun orang PAS juga tapi ambo tak la serupa puak yang lari tu ambo sayang PAS nie tapi perangai mu kena ubah lah sikit jika tidak macam mana ambo nak kempen untuk ahli nak masuk PAS.Bodoh tak boleh ditegur mu nie.

Tanpa Nama berkata...

dah jadi umno. knp kerajaan negeri kerah budak2 sekolah utk ramaikan majlis? ini majlis parti atau kerajaan negeri?

Tanpa Nama berkata...

Heran jgk dgn tuang presideng ni. JEBON TOLOL BARUA BROKER semua dah keluar dari hutan PAS.!!! Skrg tuan kata SALAK BABI pulak dah!! Sapa plak BABI yg tinggal dlm PAS tu ye???

Takut nanti...yg tinggal dlm PAS ialah pemimpin2 CAI yg kuat bersiku dan berlutut je. Sementara itu..Datuk Takiyudin kata pulak bahawa PAScai sedia utk terima wakil rakyat dari parti lain yg ingin masuk PAS. Ini baru adil bagi pasCAI setelah Dato KJ menyertai PKR...

Persoalannya....adakah wakil rakyat dari parti lain yg sudi atau teringin nak masuk parti CAI...??? Ada kaaa...kaaaa??? Hahahaha...ngigau ke DATO TAKIYUDIN ni...???

Memang benarlah sekarang penyakit UMngok dah berjangkit dan sebati dgn PAScai....

Dulu dikatakan yg tinggal dlm umno ialah pemimpin BODOH yg disokong oleh penyokong bodoh. Org bijak (pakar/profesional) semua dah masuk pas. Itu dulu. Sekarang org bijak dah dihalau oleh pemimpin CAI...maka yg tinggal la yg jenis TONGOK2 yg mampu fikir pakai SIKU dan LUTUT....hahaha.


Penyokong...pengundi dan ahli pas yg bijak turut keluar bersama pemimpin2 profesional pas ke kapal baru yg lebih selesa dan sesuai dgn realiti semasa. Tinggallah pas didokong oleh pemimpin cai dgn penyokong CAP AYAM sama mcm parti reput AMNO...haha.

Dulu saya bangga sebagai penyokong PAS...sekarang. Nak sebut sebgai BEKAS PENYOKONG dan PENGUNDI PAScai pun dah segan.....hahaha

tanya sama itu hud hud berkata...

Coba tengok gambar ke 6 dari atas.zoom sebelah kanan.
Akan nampak sah2 superimposed.tgk saiz lelaki yg dukung budak tu dan bandingkan dengan saiz orang disebelah dia..
Hancus2..harakah dah taraf utusan.
Subky latif dah setaraf awang selamat..
Apa nak jadi dengan geng walaun ni..

Tanpa Nama berkata...

KPN marah dituduh jadi anjing
TGHH gumbira ngaku dia bapok anjing
Menyalak bukit menghalau babi
Bukit dah kosong masih menyalak tak henti2
Maknanya itu adalah Anjing Gila Babi

Tanpa Nama berkata...

Patut la pak aku yang tak main tenet pun tak beli dah harakah.. padahal berpuluh tahun harakah sumber berita alternatif dia, la ni dia beli akhbar pkr plak sbg sumber baru. Pak aku cakap pas la ni macam dah tak pikir dosa pahala.. tgk pj pas negeri, masa buat fitnah tak takut dosa, bila kena saman baru takut hilang dunia.. lagi mau ngaku ulamak ka??

Tanpa Nama berkata...

Apa untung nya setakat berbohong macam ini?

Alang-alang berbohong baik menipu sekali macam Najib, 2.6 billion. Sindrom ini akan berlaku dan mungkin sedang berlaku dalam PAS.

Apa kelas berbohong beribu-ribu yang hadir program semata-mata nak seronok kan ahli PAScai? Apa untung nya mengadai nilai-nilai Islam dalam harakah untuk se orang presiden yang suka buat uturn?

Tanpa Nama berkata...

Bohong sunat ka.....atau kamera nya x bagus ...tak dapat capture puluh2 ribu yg lain.....

Tanpa Nama berkata...

Mengapa ada anjing menyalak ketika ini di hadapan bilik gerakan PAScai? Bukan ada orang dalam pejabat malam-malam ini?

Tanpa Nama berkata...

tkpayah cita la kt sini bab tasbih dn zikir

kita bkn jenis tunjuk luaran isle2 tp tipu hudud

Tanpa Nama berkata...

KITA TK PERLU JADI BUDDHA..

KITA TAK PERLU JADI KRISTIAN...

TAPI KITA BOLEH JADI JEBON DGN TAK WALA PADA PRESIDEN.


amanat hadi versi 2015

Zack2k berkata...

Omakko pun jgn bacala...mengarut janda tu...