11 Sep 2015

[VIDEO] Dato KJ & Mohamad Taib Sertai PKR, Terus Sokong Parti Amanah -updated

Pemimpin kanan PAS sertai PKR hari ini

Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamarudin Jaffar meninggalkan PAS dan menyertai PKR. Bekas setiausaha agung PAS itu membuat pengumuman itu pada satu sidang media hari ini.

Turut serta menyertai PKR ialah bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib. Dalam sidang media hari ini, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail mengumumkan penyertaaan Kamarudin dan Muhanmad.

Kamarudin diberikan mandat menjadi pengarah politik dan polisi PKR serta memberi nasihat kepada pejabat presiden dan timbalan presiden.

Sebelum menyertai PKR, Kamarudin adalah setiausaha agung PAS dari tahun 2004 hingga 2008 dan kini beliau ahli Parlimen Tumpat untuk penggal ke-4.

Ketika itulah, Kamarudin yang mempunyai hubungan rapat dengan Datuk Serti Anwar Ibrahim sejak dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) aktif menubuhkan Pakatan Rakyat.

Penyertaan Kamarudin ke dalam PKR mengejutkan banyak pihak kerana beliau sebelum ini dilihat aktif dengan pertemuan menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah).

Bahkan pertemuan pertama Gerakan Harapan Baru dibuat di rumahnya di Kuala Lumpur.

"Kita perlu memperkasakan Pakatan dan saya akan menyokong Amanah juga," katanya merujuk kepada Amanah yang sedang dibentuk melalui pengambilalihan Parti Pekerja-pekerja Malaysia.

Muhammad pula dalam sidang media yang sama memaklumkan beliau akan terus menyokong Amanah walaupun menyertai PKR.



MP Tumpat, bekas MB S'gor sertai PKR

PETALING JAYA - [DIKEMASKINI] Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini sah menyertai PKR.

Perkara itu diumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di ibu pejabat PKR, di sini, sebentar tadi.

"Pada hari ini kita mengalu-alukan dan berbesar hati dengan penyertaan Datuk Kamaruddin Jaafar dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib ke dalam keluarga besar PKR.

"Datuk Kamaruddin akan perkukuh dan memberdaya Pejabat Ketua Umum PKR. Beliau juga berperanan sebagai Pengarah Politik dan Dasar bagi memberi input kepada presiden PKR dan timbalan," katanya pada sidang media di pejabat PKR, hari ini.

Menurut Wan Azizah, Muhammad Taib akan berperanan dalam Biro Penerangan dan Komunikasi khususnya demi mengangkat martabat masyarakat luar bandar termasuk komuniti Felda.

Sementara itu, Kamaruddin pada sidang media sama melahirkan penghargaan kepada Pas yang telah memberi kepercayaan kepadanya sepanjang berada dalam parti itu.

"Kejayaan dalam pilihan raya sejak 1999 hingga selepasnya adalah hasil kerjasama erat antara parti pembangkang.

"Komitmen saya untuk terus aktif dalam PKR. Saya telah menjalankan tanggungjawab saya ketika dalam Pas," katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Taib berkata, PKR adalah parti paling tepat untuk pembaharuan dilakukan.

"Terima kasih sebab saya dipelawa masuk PKR. Negara perlukan pembaharuan dan PKR adalah parti yang baik untuk reformasi.

"Saya nak perkukuhkan PKR dan Amanah. Negara perlukan kerajaan alternatif yang baharu," katanya.
-SH







ULASAN GB

Pada awalnya GB tertanya-tanya mengapa Dato Kamaruddin Jaafar dan TS Muhammad Mohd Taib memilih PKR dan tidak Parti Amanah sedang kedua-dua bekas pemimpin PAS berkenaan begitu aktif di dalam program-program GHB.

Kemudian GB dimaklumkan oleh seorang pemimpin Parti Amanah bahawa kita perlu bina dan perkukuhkan Pakatan 2.0. Penyertaan kedua-dua bekas pemimpin PAS itu ke dalam PKR akan menjadi jambatan untuk Parti Amanah dan PKR bagi tujuan berkenaan.

Dengan jawatannya sebagai pengarah politik dan polisi PKR, Dato KJ akan memberi nasihat dan input kepada pejabat presiden dan timbalan presiden.

Manakala Muhammad Taib akan berperanan dalam Biro Penerangan dan Komunikasi yang membolehkan beliau untuk berperanan memperkukuhkan Pakatan 2.0 dengan meberi penjelasan kepada rakyat mengenai perlunya Pakatan 2.0 diperkukuhkan bagi menumbangkan kerajaan UMNO BN.

Syabas dan tahniah kepada kedua-duanya kerana keberanian dan ketegasan serta kesedian berkorban demi masa depan agama, bangsa dan negara melalui pemperkukuhan Pakatan 2.0.








IKLAN BERBAYAR




21 ulasan:

lelaki dicermin berkata...

Hahahahhah... bawa mat taip masuk mesti ada sbb... gundah gulana azmin... azmin seorg yg sebok memuja tuan presiden yg kebelakangan ni ckp melalut2... hati2 azmin...silap2 ada adun pkr letak jawatan .. mat taip bertanding...pengaruh mat taip akan mereda negeri selangor...

omar daud berkata...

sALAM:


Good,good.good, Idea yg bagus.yG penting umno/BN .Tetap ditumbangkan.Terus terang dikatakang PKR di ibupejabat takada orng boleh harap buat kerja parti.Rafizi terlalu sebuk dgn kerja-kerja investigasi.

wassalam

Malaysiabaru berkata...

Inilah org panggil exodus

Keluar beramai ramai dari Pas

Sudahnya ibarat gerabak tanpa kepala maka terjunam ke dalam gaung..

Sjgn terjunam ke dlm api neraka bersama ayoh hadi jadi pingr sudah

Tanpa Nama berkata...




Pompang POMPANG..Menyebut DASAR
Konon DASAR nya..ISLAM dan QURAN
Tup-tup FITNAH..PONTENG dan ONAR
GELAP me NYONGLAP..Bersama SETAN


Klentong HUDUD...AUTA pilKUDA
Begitu kah DASAR...Islam & QURAN??
Songlap PONTENG...Fitnah MELATA
Begitukah JUBAH..BerTopengkan SORBAN!??


Perlu kah di TEMPIK...ALLAHU'AKHBAR?
Bukan kah ALLAH itu...Maha MENDENGAR??
Ber Fikir..TAFAKKUR...Resmi si PINTAR
Si PINTAR Tak "Makan"..Fitnah & PUTAR


Biarkan si WALAQ..Ber Tempik-TEMPIK
EMOSI "Berbelit"...Bai'ah & HUDUD
Akibat Me NYONLAP...Hujjah MEREPEK
Siku dan LUTOT..Hanyut ke LAUT


Insan yg PINTAR..Bijak AMANAH
Walau Ke MANA...Menabur BAKTI
NIAT Di HATI...Bersama ALLAH
Bersama ALLAH...Hidup & MATI


NIAT di HATI...Bersama ALLAH
Tanpa "PARTI" pon...TAK jadi SOAL
"PARTI" hanya lah...Tujuan SIASAH
Sbnr7"JAMAAH...JAMAAH UNIVERSAL


JAMAAH Nabi2...JAMAAH UNIVERSAL
UNIVERSE-Integrity to d Absolute'ORDER
SeKudus7'AMANAH...AMANAH yg TOTAL
Se Mutlak7"ALLAH...Ber TAKHTA di JIWA..















Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Dalam sibuk Hadi Awang memperkatakan ahli-ahli yang keluar Pas sebagai satu proses pembersihan parti, sekonyong-konyong barisan pemimpin-pemimpin kanannya meninggalkan parti. Kamarudin Jaafar dan Muhamad Taib bukan calang-calang pemimpin. Mereka berdua ada pengaruhnya yang tersendiri untuk menubuh dan memperkukuhkan Pakatan Rakyat 2.0. Azmin yang beria-ia ingin membawa Pas menjadi anggota komponen PR 2.0, pasti terkesan dengan kehadiran dua orang bekas pemimpin Pas ini menganggotai PKR. Azmin masih terhutang budi, kerana Pas mencadangkan nama beliau menjadi MB Selangor dalam krisis "langkah Kajang" yang tidak menjadi.

Membalas budi itu penting, tetapi lebih penting lagi menjaga kerukunan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Walaupun tiada 'baiah" antara Pas dan Dap, namun dilihat kedua-dua parti ini sudah bercerai talak tiga. Jika Dap keluar dari PR Selangor, secara automatik Azmin kehilang jawatan MBnya, melainkan BN bingkas bangun mempersetujui kerajaan campuran. Azmin mesti ingat, bukan empat orang exco Pas, tetapi YB Shaari Sungip dan YB Hasnul yang menjadi hero yang menyelamatkan kerajaan PR Selangor. Tanpa kenyataan bersumpah (SD) mereka berdua, pasti kerajaan PR Selangor tidak dapat diselamatkan. Akar umbi penyokong PR ingin PR 2.0 dibentuk oleh Dap, Amanah dan PKR. Pas tidak perlu dibawa masuk menganggotainya kerana pimpinan parti ini lidah bercabang dan sering memacu parti kearah pusingan U. Pas sudah dilihat tidak konsisten, bahkan sekadar ingin mempertahankan pangkat, kuasa dan habuan di Selangor. Wahai Azmin, tungggu apa lagi! Singkir Pas atau PR 2.0 menyingkirkan kamu.

Tanpa Nama berkata...

Bijak PKR.. Sekarang mereka kata nak bersama PAS, tp selepas ini PAS akan tuduh mereka tikam belakang, curi ahli dan ini akhirnya menjadi alasan tidak bersama..

Tanpa Nama berkata...

dulu 2 org ahli pas sokong kak wan, kena label barua, broker. skrg 2 org lompat masuk pkr, hadi nak kata apa? aku rasa segala label yg berkaitan dah digunapakai ke atas G18 dulu.

Ritchie Blackmore berkata...

Lu lelaki dicermin ada cermin lu punya muka ke? Yg lu busuk hati Mat Taib dan Dato Kamarudin tue apehal..lantak dieorang la nk join mana pun asal bukan Pas dgn Umno dah le.Jom ramai2 keluar Pas yg busuk !!

Tanpa Nama berkata...

Kalau pas muka tak malu join la pr 2.0
Tapi kalau hadi dan haron tak ada eloklah join.

Tanpa Nama berkata...

Pollitics is "Art of war" good tactics .

Tanpa Nama berkata...

Lihatlah bagaimana strategi PKR memanfaatkan pemimpin-pemimpin yang mempunyai pengaruh sebagai kekuatan mereka sebaik diterima menjadi ahli.
Pemimpin ini terus diamanahkan dengan jawatan-jawatan penting untuk menggerakkan parti.

AMANAH wajar memanfaatkan kekuatan mereka yang didokong oleh pelbagai NGO dengan melibatkan dan menyerlahkan pemimpin baru sebagai pelapis.

Inilah yang dilihat sejak dulu, kegagalan PAS dalam memanfaatkan kepelbagaian ahlinya kerana keutamaan mereka ialah pada latar kelulusan agamanya. Hasilnya PAS kini terumbang ambing, kuat dalam satu aspek tetapi goyah dalam banyak aspek kepimpinannya.

Moga pembaharuan politik innklusif dan Islam sebagai rahmat sekalian alam yang digerakkan oleh AMANAH akan membawa landskap baru politik matang untuk mentadbir negara.

lelaki dicermin berkata...

Hello kwn.. gua pkr lah... kalau lu baca komen bawah2 ni tahu kenapa gua ckp azmin itu mcm... lu tak baca ke lain2 blog.. ramai marah kat azmin tabik sama tuan presiden tu..

Tanpa Nama berkata...

Jangan salah pilih tok ketua ye. Jangan main tangkap muat saja. Bang mat sabu sudah cantik duduk di situ jadi penghulu bagi segala tok2 ketua. Beliau mesti diberi hak sebagai penghulu untuk menjalankan tugasnya. Biar pun dia bodoh dalam semua perkara tapi pandai dalam pidato dan sejarah tanah melayu sahaja, aku tetap kata dia pandai buat elektrik hidro, kereta hibrid dan lain2 lagi. Kerana dia ada semua orang2 paling pandai sebagai kaki dan tangannya. Kerana dia melantik pakar2 dalam semua bidang untuk buat kerja2 membangunkan negara.

Aku sebut ini kerana ada mendengar suara2 nak ganti bang mat aku ini. Kononnya nak ganti dengan yang ada degree dan lebih cerdik. Yang datang dari pantai timur. Ewah2, datang lagi penyakit melayu ni ye. Tak habis2 nak berpecah dan berpuak2. Tak habis2 nak cari gaduh bikin kem masing2. Tanah melayu dah lumat dicincang umno bn, masih lagi nak buat hal sampai tak ada lagi tempat yang aman untuk anak cucu kita.

Aku nak tengok pemberita dari seluruh dunia tanya macam2 benda pada bang mat. Aku nak tengok bang mat jawab dalam bahasa melayu baku. Nak tengok dia dikelingi penterjemah dalam semua bahasa dalam dunia. Biar dunia tahu hebatnya bahasa melayu. Biar dunia tahu bang mat tokoh negara yang nampak koman tapi sangat2 tinggi martabatnya.

Lupakan saja nak jatuh menjatuh, beda membeda, sijil dan degree atau apa2 pun hal yang boleh memecah belahkan lagi rakyat di negara ini. Tok ketua kita kali ini mesti naik volvo rm 3 ribu tapi sain projek rm 3 billion. Kalau dulu puak mereka naik mercedes rm 600 ribu tapi sain projek rm 60 ribu, makup jadi rm 700 ribu. Elok2 siap projek, runtuh pula. Mana tak bengrap negara. Wassalam.

Tanpa Nama berkata...

Kepada Lelaki di Cermin, cakap anda betul. Saya tabik pada orang yang mengaturkan strategi ini, memang bijak, saya pun was-was pada awalnya. Dan tabik saya juga pada Mike Tyson dan Dato KJ kerana sanggup berkorban walau hati pada AMANAH.

Kepada Ritchie Blackmore, baca mesej Lelaki di Cermin betul betul, bahaya begini kalau awak belum faham tapi sudah membuat tuduhan melulu.

Kepada Anon 1:23, mesej anda penuh pujian tapi umpama DURI BERSALUT UMPAN. Sila bawa DURI DAN UMPAN anda ke tempat lain. Provokasi begini tidak mendapat tempat di Kelab Greenboc. Aku benci dengan fitnah. Sampai bila Melayu nak maju kalau asyik bergelumang dengan fitnah? Bangsa lain semua dah ke depan. SAY NO TO FITNAH AND PROVOCATION!!!

-RSM-

Tanpa Nama berkata...

Melayu berpecah2 siapa yg untung kenapa tak kembali pada quran dan sunnah

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya dari pembacaan politik saya.. PKR bukan lah nak bergabung sangat dengan pimpinan PAS yg bodoh sombong, suka maki orang dan ego x bertempat itu.. PKR hanya nak elakan penyokong akar umbi PAS yg agak ramai itu dari terus ditipu oleh pimpinan mereka.. kerana ini hanya menguntungkan Umno-BN.. Kita tahu penyokong akar umbi ini tidak berfikir secara rasional didalam berpolitik.. asal nampak saje macam Islam, pakai jubah terus sokong dan wala x bertempat.. walaupun itu hanyalah lakonan pimpinan PAS yang dah mula gelap mata dengan nikmat dunia.. Marilah kita bersama selamatkan penyokong akar umbi yang ikhlas ini samada dari PAS atau Umno dari terus ditipu oleh pimpinan mereka..
PKR memang bijak berpolitik.. mereka merapati kapal PAS yang dah nak karam sambil mengambil hati penyokong akar umbi PAS dan pimpinan pertengahan PAS dengan ajakan kononnya untuk bersama didalam Pakatan Rakyat 2.0.. Tujuan PKR hanya nak memastikan ahli PAS terutama ahli akar umbi tidak berada terlalu jauh dari gerakan arus perdana menjatuhkan kerajaan zalim Umno-BN.. dan tidak mahu ahli-ahli PAS yang ikhlas diakar umbi disalah-gunakan untuk menyelamatkan Umno dan pimpinan PAS yang dah gelap mata akibat tawaran menarik dari Umno.
Pakatan Rakyat 2.0 teruskan berjuang kami akan terus bersamamu..

Tanpa Nama berkata...

Agak sukar utk memahami political strategy depa ni.. Apapun Syabas PAN. Pas perlu masa bertenang, makin lama presiden bertenang, makin ramai yang lari.. keh keh keh

Tanpa Nama berkata...

Dan juga percaya masih ramai ahli dalam PAScai yang mengharapkan PAScai kembali jadi parti PAS dan menyambut baik pelawaan PKR.

Ketahui lah yang sememangnya Hj Hadi tidak akan bersama pakatan. Hj Hadi yang terkenal dengan U turn tetapi tidak akan sesekali U turn untuk tunduk kepada kehendak akar umbi termasuk beberapa pemimpin dalam parti.

Berapa orang dalam PAScai yang berani kata PAScai masih kuat atau ada kekuatan sendiri? Cuma Hj Hadi seorang dan setiap kali itu lah Hj Hadi ulang-ulangkan. Sedangkan pemimpin satu demi satu keluar dari parti.

PKR akan terus pelawa dan sampai bila Hj Hadi akan menolaknya? Kita akan lihat sedikit demi sedikit Hj Hadi akan menjadikan fahaman dalam PAScai mengikut acuan Al-Arqam. Anak-anak muda yang baru tersemat dalam jiwa untuk bersama Islam akan mudah di pengaruhi dengan ucapan-ucapan Hj Hadi.

Tanpa Nama berkata...

Ibarat pinang balik ke tampok, sirih balik ke junjung.

Kamarudin seorang intelektual dan Muhammad Taib seorang politik yang berpengalaman lebih sesuai bersama PKR. Oleh kerana PKR memainkan peranan sebagai orang tengah dalam PR maka kedua-dua mereka ini memang sesuai diberi peranan masing-masing.

Sekiranya ujud secara resmi gabungan PR mereka berdua adalah antara orang yang perlu diberi perhatian.

Abdul Said berkata...

Saya tak faham maksud 'pembersihan' dalam PAS seperti yang dinyatakan oleh Tuan Presiden kerana yang dicakap dan yang dibuat tidak sekata bahkan berlawanan. Kalau PAS ibarat sebuah rumah agam dan sedang diambil tindakan pembersihan maka sudah tentu terdapat kerja-kerja seperti membuang sampah yang ada dalam tong sampah, menyapu sesawang, mengelap cermin, membersihkan dinding, mengilatkan lantai, membersihkan perabut dan tugas-tugas lain yang berkaitan. Namun tindakan Tuan Presiden menunjukkan perkara berlawanan seperti menghalau, tukang masak dan pengawal rumah, membuang dapur masak yang mahal dan boleh dipakai, membuang tilam yang empok dan terpaksa tidur atas lantai, melontarkan semua buku-buku rujukan keluar rumah, rumput panjang dihalaman tidak dipotong, pokok-pokok bunya tidak disiram...dan setiap petang tuan rumah duduk di beranda sambil minum kopi 'o' cap kucing miang dan menyanyi-nyanyi sambil tersengih ...'gembira....gembira...'.

Tanpa Nama berkata...

Aku dok tunggu MB Kelantan@Ahmad Yaakob & Nik Amar + Pak Mentua Nik Abduh@Dato' Fatah + Nik Abduh + SikuLutut keluar statemen... Kamaruddin Jaafar bercerai ngan bini dia 3 talak sekaligus. Tp tadak pulak statement tu spt yg dorang guna hentam Dr Hatta. Hakim Syarie Kelatan yg hukum jatuh talak sblm bicara melalui akhbar pun diam ja??? Pelik jugak... atau Dato' KJ ni diberi excuse kerana dia Kelantanese??? Hadi pun diam ja... atau dah habis idea nak 'mengata'.. atau sibuk cari duit nak bayar saman... atau sibuk cari akal nak twist cerita songlap balak...