24 Sep 2015

Utusan Diambang Kebangkrapan: Diarah Bayar 1/2 Juta Dalam 2 Kes Berasingan

Utusan diarah bayar RM300K pada bekas GM PKNS

Utusan Melayu (Malaysia) Berhad hari ini diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM300,000 kepada bekas pengurus besar (GM) Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) atas dakwaan menerbitkan artikel berunsur fitnah dalam akhbar Utusan Malaysia, dua tahun lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O'hara membuat keputusan itu selepas membenarkan saman Datuk Othman Omar, 56, selaku plaintif terhadap Utusan Melayu, yang dinamakan sebagai defendan dalam kes saman tersebut.


O'hara memerintahkan Utusan Melayu membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 sebagai ganti rugi am, ganti rugi teruk sebanyak RM50,000 dan faedah sebanyak lima peratus bermula dari tarikh saman itu difailkan sehingga penghakiman selesai.

Mahkamah juga memerintahkan syarikat akhbar itu membayar kos sebanyak RM20,000 kepada plaintif dan membenarkan satu injunksi untuk menghalang Utusan Melayu daripada menerbitkan atau mengedar kenyataan fitnah yang sama terhadap plaintif.

O'hara juga membenarkan permohonan peguam Mohd Izral Khairy mewakili Utusan Melayu bagi mendapatkan penangguhan sementara untuk Utusan Melayu menerbitkan penarikan balik ke atas penyiaran pernyataan fitnah itu dalam dua buah akhbar selepas peguamnya memfailkan permohonan penangguhan secara rasmi berhubung perkara itu pada 1 Okt ini.

Dalam penghakimannya, O'hara berkata terdapat niat jahat dilakukan oleh pihak defendan (Utusan Melayu) kerana menerbitkan artikel itu secara melulu dan mahkamah mendapati bahawa artikel yang diterbitkan itu adalah fitnah.

Katanya, wartawan yang menulis artikel berkenaan tidak mengambil langkah yang munasabah untuk mengesahkan kebenaran artikel itu dan kelakuannya dilihat tidak bertanggungjawab.

"Mahkamah mendapati Utusan Melayu telah gagal memuaskan bahawa ia boleh bergantung kepada pembelaan kelebihan kelayakan berhubung penerbitan itu," katanya.

Pada 14 Jun 2013, Othman memfailkan saman selepas mendakwa syarikat akhbar itu telah menerbitkan artikel yang bertajuk "Dikatakan banyak timbul kontroversi ketika menerajui PKNS - Kontrak Othman tak disambung" pada 29 Jan 2013.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Othman mendakwa artikel berunsur fitnah yang diterbitkan dalam akhbar Utusan Malaysia antara lain membawa maksud bahawa beliau tidak layak untuk menjadi pengurus besar PKNS dan suka membuat keputusan kontroversi terhadap Menteri Besar Selangor ketika itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Selain itu, Othman mendakwa kenyataan itu juga membawa maksud bahawa beliau tidak jujur dan menguruskan kewangan perbadanan itu dengan cara yang tidak betul.

Beliau mendakwa defendan telah membuat kenyataan fitnah itu tanpa mendapatkan sebarang penjelasan daripadanya sehingga mencemarkan karakter dan nama baiknya di khalayak ramai.

Sehubungan itu, beliau menuntut ganti rugi am, teruk, faedah, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Peguam Datuk Dhanaraj Vasudevan mewakili Othman. - Bernama


Utusan diperintah bayar RM200,000 kepada Tony Pua

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad membayar ganti rugi RM200,000 kepada anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee berhubung artikel yang diterbitkan di akhbar Utusan Malaysia, tahun lepas.

Peguam Elly Azureen Khalid yang mewakili Utusan Melayu memberitahu pemberita, mahkamah membuat perintah itu selepas syarikat akhbar itu menerbitkan permohonan maaf berhubung penerbitan artikel yang bertajuk "Tony, Anwar Dirujuk Jawatankuasa Hak dan Kebebasan" pada 15 November tahun lepas.

Elly Azureen berkata akhbar itu menerbitkan permohonan maaf tersebut pada 23 Mei lepas.

Beliau berkata Hakim Datuk Hue Siew Kheng yang membuat keputusan itu dalam kamarnya juga memerintahkan Utusan Melayu membayar kos RM15,000 kepada Pua.

Pada 16 Januari tahun ini, Pua menfailkan saman itu dan mendakwa artikel itu yang mengandungi empat pernyataan fitnah antara lain bermaksud beliau seorang ahli politik yang tidak bermoral, tidak tahu malu dan ahli perniagaan yang tidak cekap.

Beliau memohon ganti rugi am, teruk, faedah, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah. Peguam Guok Ngek Seong mewakili Pua.
=Bernama


ULASAN GB

Saman setengah juta di dalam dua kes berasingan tetapi dengan sebab yang sama - FITNAH!

Nampaknya Utusan tidak boleh lagi menyembunyikan hakikat bahawa syarikat itu sedang di ambang kebangkrapan!








10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...





"Deen" nul'ISLAM..."SYSTEM" yg PASRAH
PASRAH di Dalam...Cahaya ALLAH
Terang Ben DERANG...Tak Wujud FITNAH
Tak Wujud GELAP...Songlap RASUAH


PONTENG Khianat...U-Turn & FITNAH
Adalah Kerana...Songlap Ber JUTA
TAKUT "Rahsia"...Ter Burai PECAH
Ber Bagai FITNAH..PilKuda di CIPTA


ISLAM itu..."SYSTEM" yg LURUS
"AUDIT-Hisab"...Tidak Ter LEPAS
Cahaya yg TERANG..Menyuloh HALUS
Walau SATU "Sen"...Tak akan di KEBAS


Wahai Sahabat...Sahabat BUDIMAN
SEJARAH Mengajar...Erti & MAKNA
Sejarah Pem FITNAH..Me Nikam KAWAN
Adalah KERANA..."Harta" Ber JUTA


Kerana Men CURI..."Wang" Ber JUTA
Khazanah RAKYAT...Harta NEGARA
Ponteng FITNAH...Rakyat Di PERDAYA
Itu lah ""RAHSIA""...Yg Wajib di BUKA




Unknown berkata...

Kalau bengkap...utusan malaysia ni... mahu said zahari menangis ...sayu hati dia agaknya...

Tanpa Nama berkata...

Kalau bangkrap, Harakah akan ambil alih.

Tanda- tanda pun dah ada. Apa lagi selepas ini Amanah terkehadapan dari PAS dan Mat Sabu semakin popular.

Tanpa Nama berkata...



Yang ini Jamal Kembung pecah perut tak peduli.
Yang ini Jamal Tongkol longgok tak ambil tahu.
Yang ini Jamal Sardin sepiring RM5 buat selamba.

Utusan tunggu keputusan Khir Toyo mohon di tukarkan hukuman penjara ke hukuman khidmat masyarakat.

Tanpa Nama berkata...

Utusan boleh bengrap ke kawan? Lidah iblis umno bn ni tak boleh bengrap punya. Tuan2 cakap macam orang bodoh tak tahu ilmu sahsiah. Utusan ini tetap hidup sampai bila2 selagi wujud umno bn. Berapa banyak kos untuk mencetaknya tetap tersedia. Mungkin senyap2 duit tuan2 juga dipam masuk untuk memberi nyawa kepada nyawa parti umno itu sendiri.

Ini lidah resmi parti. Ini peluru parti. Ini nyawa parti. Macam radio dan tv. Alat2 ini kena ada, macam alat2 yang tuan2 bawa pergi sawah. Kena ada cangkul, tajak, topi mengkuang dan kopi o. Kalau tak bawa alat2 ini tuan2 kena gelak dan dianggap sudah cukup2 gila atau nyanyuk.

Utusan kena ada. Penyunting spin berita kena ada, agen pejabat pm kena ada. Kalau tak ada umno bn bolehlah dianggap sudah kojol atau senyap2 terjun tingkap lari ke seberang.

Tanpa Nama berkata...

Saya pantang orang panggil orang lain bodoh. Komen anda boleh tahan tapi sayang anda angkuh.

Bangkrap tu tak semesti Utusan tutup. Kalau tak bangkrap nama nya apa sebab sampai duit kita pun di pamkan ?

Kalau ikut kan akal orang yang faham hal-hal bisness, Utusan ini dah beberapa kali bangkrap. Perniagaan yang tidak membawa keuntungan bertahun-tahun adalah dalam keadaan bangkrap. Harga saham juga satu indekator keadaan Syarikat.

Korban lah angkuh anda sempena Raya Korban.

Tanpa Nama berkata...

utusan kaya..UMNO support...setakat ratus juta tu celah gigi aje..masih ada bpuluh2 bilion lg

Abdul Said berkata...

Utusan tidak akan bangkrap. Utusan tetap ada. Mengapa?? Sebab terlalu ramai yang bingai-bingai membeli, membaca dan mempercayainya!!!

Tanpa Nama berkata...

Utusan tk bole bankrupt. Najib ada duit derma rm2.6b. Bila mau habis?

Tanpa Nama berkata...

Utusan melayu sapatut nya tukar nama kpd USETAN MELAYU