23 Sep 2015

PAS Kamu Ini Bagimana? Tiada Istiqamah, Asyik U-turn Sepanjang Masa....


PKR masih rakan kerjasama PAS, kata Tuan Ibrahim

Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih lagi rakan tahaluf (kerjasama) kepada PAS dalam pakatan pembangkang seperti yang ditegaskan dalam Muktamar parti itu sebelum ini, kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.


Bagaimanapun beliau menegaskan tiada kerjasama antara parti itu dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

"PKR masih rakan tahaluf PAS di dalam Pakatan Rakyat sebagaimana yang ditegaskan dalam Muktamar," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau menegaskan parti itu akan terus bersama pembangkang dalam isu yang melibatkan kepentingan rakyat dan menentang salah guna kuasa, rasuah dan penyelewengan dana awam.

"PAS menghargai jemputan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali ke meja bulat pembangkang, namun PAS memilih untuk tidak menghadirinya," katanya.

Tuan Ibrahim berkata perjumpaan antara PAS dan PKR akan diadakan dari semasa ke semasa dan sentiasa menilai setiap isu antara kedua parti itu sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"PAS akan menumpukan sepenuh tenaga menguatkan jentera parti dari segala sudut terlebih dahulu sebagai persiapan menghadapi UMNO-BN di PRU14," katanya.

Wan Azizah hari ini mengumumkan PKR, DAP dan Amanah bersetuju menubuhkan pakatan pembangkang baharu dikenali sebagai Pakatan Harapan selepas mempengerusikan rundingan meja bulat penubuhan pakatan pembangkang baharu itu, hari ini.

Presiden PKR itu juga berkata penubuhan Pakatan Harapan tidak akan menjejas kedudukan kerajaan Selangor kerana "Menteri Besar (Mohamed Azmin Ali) mendapat sokongan majoriti ahli dewan undangan negeri... Kerajaan Selangor stabil".

Daripada 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor, 2 daripada 15 Adun PAS meninggalkan parti itu untuk menyertai Amanah. DAP mempunyai 15 Adun dan PKR 13. BN memiliki 12 manakala terdapat seorang Adun bebas.

PAS mempunyai 3 Adun menjadi exco kerajaan negeri Selangor. – Bernama


PAS sah tak sertai Pakatan Harapan

PAS mengekalkan keputusan parti itu untuk tidak menyertai Pakatan Harapan yang ditubuhkan hari ini, tegas Setiausaha Agungnya Datuk Takiyudin Hassan.

Anggota Parlimen Kota Bharu itu berkata perkara tersebut diputuskan hasil Mesyuarat Dewan Harian diadakan semalam di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan di Kota Bharu.

"Bagaimanapun kita ambil ketetapan untuk tidak buat komen yang panjang buat masa ini kerana pakatan itu pun baharu sahaja dilancarkan, baru ditubuhkan," katanya dalam satu sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat berkenaan.

PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) yang dalamproses didaftarkan, hari ini sepakat menubuhkan sebuah pakatan baharu yang dinamakan Pakatan Harapan, tanpa penyertaan PAS.

Bagaimanapun, Takiyudin berkata PAS masih lagi mengekalkan kerjasama politiknya dengan PKR kerana perkara itu diputuskan pada muktamar tahunan parti itu Jun lepas.

"Usul Dewan Ulama dalam muktamar adalah jelas (iaitu) mengekalkan kerjasama politik dengan PKR... kita mengesahkan hubungan dengan DAP terputus (pada muktamar itu)," katanya.

Ditanya mengenai hubungan beberapa ADUN PAS yang dilantik sebagai anggota Exco Negeri Selangor dengan DAP dalam kerajaan

negeri itu, beliau berkata hubungan itu semata-mata sebagai anggota kerajaan sahaja.

"Jadi kita bekerjasama dalam isu-isu melibatkan kepentingan rakyat dan negeri," katanya.

Mengulas mengenai Amanah yang mendakwa akan bertanding di semua kerusi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, beliau berkata PAS tetap akan mempertahankan kerusi yang ditandingi mereka sebelum ini walaupun ia akan menyebabkan undi pecah.

"The more the merrier (lebih ramai, lebih ceria)... kalau dia (Amanah) nak bertanding, bertandinglah.. tapi kalau kita nak serahkan kerusi kita kepada dia, itu tidak sama sekali.. kalau nak bertanding dipersilakan," katanya.
- Bernama


Putus hubungan jika PKR sertai gabungan baharu, kata PAS

PAS sedia menamatkan hubungan dengan PKR sekiranya parti itu bersetuju menyertai DAP dan ‎Gerakan Harapan Baru (GHB) membentuk satu pakatan pembangkang baharu, kata Datuk Dr Haron Din dilaporkan akhbar Mingguan Malaysia.

Mursyidul am PAS itu dilaporkan berkata, kemungkinan pendirian itu dibuat selepas meneliti kenyataan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ‎baru-baru ini yang menggambarkan seolah-olah mahu memutuskan hubungan dengan parti Islam itu.

"Dengan keputusan itu maka akan terputuslah hubungan antara kedua-dua parti dan masing-masing bakal meneroka jalan sendiri selepas terbubarnya pakatan pembangkang.

“Kalau mereka hendak menubuhkan parti baharu, saya ucapkan selamat maju jaya,” katanya seperti dilaporkan edisi Ahad Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia.

Haron berkata, pihaknya yakin PAS tetap kuat dan berdiri teguh memperjuangkan Islam walaupun sekumpulan ahlinya akan menubuhkan ‎parti baharu GHB.

Katanya, ini kerana PAS pernah mengalami situasi sana melalui sejarah penubuhan ‎Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa) dan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim).

"‎Semoga GHB tidak tinggal harapan sahaja dan masa akan menentukan. Jika umur kita panjang, kita akan melihat apa yang berlaku seterusnya," katanya.

Anwar dalam kenyataan pada 24 Jun lalu membayangkan penubuhan pakatan baharu yang merangkumi semua kumpulan progresif termasuk Bersih, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) dan GHB.

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, PAS tidak akan dilibatkan dalam pakatan baharu tersebut kerana parti Islam itu menjadi punca kematian Pakatan Rakyat. – TMI (26 Julai, 2015).


ULASAN GB

Mursyidul Am PAS, Haron Din menyatakan "Putus hubungan jika PKR sertai gabungan baharu," tetapi TITM dan Takiyuddin menyatakan "PKR masih lagi rakan tahaluf (kerjasama) kepada PAS sekalipun Pakatan Harapan telah dibentuk semalam."

U-turn lgi, tiada istiqamah sekalipun dijeritkan satu dunia kononnya PAS "beristiqamah hingga kemenangan".

Langkah mengekalkan hubungan dengan PKR hanyalah untuk kepentingan exco-exco PAS bersama-sama 5,000 ahli PAS yang kini menjawat pelbagai jawatan di dalam kerajaan negeri Selangor yang diketuai oleh PKR sekarang ini. Kepentingan perut.

Itu fakta yang sebenarnya.

Jika menurut kenyataan Mursyidul Am PAS, Haron Din, sudah sewajarnya PAS meninggalkan kerajaan negeri Selangor. Pakatan Harapan telah dibentuk dan PKR bukan sahaja bergabung dengan DAP, AMANAH dan NGO, malah mengetuainya.

PAS, kamu ini bagaimana? Lansung tiada istiqamah... asyik U-turn sepanjang masa...












23 ulasan:

abrarmujahideen berkata...

Kepentingan perut n bawah perut... Entah lah tulisan Pak Subky da jd picisan bnyak " SIKAP ANJING GILA"

Unknown berkata...

Bagaimana kepala begitulah lengok ekornya

Unknown berkata...

pas ni dah jadi dua alam. sana tolak. sini nak. sana hentam. sini sokong.

tp apa2 pung... hadi adalah pas. all else does not matter!

Tanpa Nama berkata...

dia dok menggoda laki orang....ini dasar geng yang suka poligami, lepas tu senang senang dok pi cagar bini

Unknown berkata...

Pakatan Harapan jgn pandang belakang! Banyak kerja kita. Rancang , susun dan laksanakan FASA 1 - pengukuhan kerjasama FASA 2 - membina riak, ombak , gelombang dan FASA 3 - membentuk Tsunami bersejarah. Satukan azam. Lupakan persengketaan. Rakyat sedang memerhatikan kesatuan tindakan & kenyataan kesatuan baharu ini.

Tanpa Nama berkata...



PAS kena hentikan menyebut masih bekerjasama dengan PKR sedangkan PKR tidak sebut apa-apa mengenai ujud nya kerjasama. Yang PKR lakukan ialah mengajak PAS bersama dalam Pakatan Harapan.

Maka jelas lah PKR-PAS di Selangor tidak ujud kerjasama tetapi yang ujud dan yang sedang berlaku sekarang di Selangor ialah 'tolak ansur' bukan kerjasama.

Pakatan Harapan telah terbentuk. PAS kena tutup mulut. Jangan jadi macam orang gila talak !

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

"Istiqamah dalam perjuangan sehingga mencapai kemenangan". Ini adalah slogan Pas yang digunakan sebagai retorik untuk memujuk ahli-ahli Pas agar tidak keluar parti. Sekarang ini dikhabarkan, berbondong-bondong ahli-ahli Pas yang menyertai Parti Amanah Negara (Amanah). Sangat indah slogan ini apabila diungkapkan tetapi teramat payah untuk dipraktikkan. Bagaimana Pas boleh dipercayai oleh ahli-ahli, jika pemimpin-pemimpin tertingginya tidak istiqamah dalam mengotakan janji-janji yang telah diucapkan. Mursidul Am Pas dengan tegas menyatakan Pas akan memutuskan hubungan sekiranya PKR menyertai gabungan baharu. Kelmarin PKR, DAP dan Amanah telah menubuhkan Pakatan Harapan. Hari ini Pas menyatakan masih bekerjasama sebagai anggota kerajaan dalam konteks tiga orang adunnya kekal menjadi Exco di Selangor.

Sekarang ini masyarakat melihat Pas sebagai parti yang tidak ada prinsip dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat mempertahankan kuasa yang sedikit. Dalam konteks kerajaan Selangor, sewajarnya ketiga-tiga exco tersebut meletakkan jawatan kerana Pas telah menolak untuk menjadi komponen Pakatan Harapan. Pada hakikatnya Pas terlalu sayangkan jawatan-jawatan lantikan politik dan ganjaran-ganjaran lain di Selangor. Pas berjuang yang kononnya untuk menegakkan hukum Allah hanyalah pada bibir mulut sahaja, pada hakikatnya perjuangan mereka menjurus kepada duniawi sahaja. Pemimpin Pas sanggup menjilat balik ludahnya semata-mata kerana keceluparan lidah yang tidak bertulang. Pas sudah dilihat parti yang hilang arah tuju kerana sering cakap tidak serupa bikin, dan bikin juga tidak serupa cakap. Harap-harap orang bukan Islam tidak lagi menganggap tutur kata pemimpin Pas sebagai lambang komunikasi Islam yang sebenar.


Tanpa Nama berkata...

Jenis parti tak ada maruah... masih memegang jawatan negeri walaupun sudah keluar dari mana2 kerjasama politik.

Tanpa Nama berkata...

Betul tu. Binatang dualam macam belangkas ada kata makruh dan ada kata haram dimakan. Ok kita pegang hukum yang haram maka PKR tak boleh bekerjasama dengan Pas sebab.ia jenis.dualam.
a

Tanpa Nama berkata...

Senang je.semua nya sebab duit.exco2 pas patut letak jwtn kat slgr,beri pada amanah...tp sebab duit,xkira la semua tu...kan sng je sifirnya pas....pelahap duit jugaa...halal ke haram ke belakang kira.




Tanpa Nama berkata...

u turn teragung puak pasug ialah

berdekad2 berjuang nk hudud

last2 hudud dah tk minat

sekarang hobi baru label pengkhianat pada Amanah

PKR pernah dikhianati 40 pemimpin yg hebat seperti
ezzam tp kepimpinan berakhlak dan progresif tidaklah
hari2 canang pengkhianat pengkhianat mcm pas buat sekarang

pas ug dh tkde kerja

elok pergi buat kerja nk laksana hudud tu


biarkan 'pengkhianat' dengan perjuangan nya

amat pelik istilah mengatakan Amanah curi pemimpin PAS

hadi ingat pemimpin dlm pas tu kasut kat masjid ke yg boleh dicuri2

begitu hinanya org lain dlm pas pd pandangan hadi



hadi seorg saja ulamak , yang lain semua kasut yg boleh dicuri bila2 masa... timbalan ke bawah semua kasut

Tanpa Nama berkata...

Semua dalam Pakatan Harapan bersetuju Anwar menjadi PM. PAS setuju atau tidak? Ingat Anwar ialah Penasihat PKR. Kena selesaikan yang ini dulu seperti mana Pakatan Harapan yang mempunyai harapan yang sama iaitu Anwar akan menjadi Perdana Menteri !

Tujuan berpakat ialah untuk menguat kan antara satu sama lain. Mengatur strategik bersama-sama. Tapi PAS dalam berpakat dengan PKR, mengatakan hanya menumpukan tenaga untuk menguatkan jentera parti dan bukan pakatan antara PKR-PAS.

Jelaskan samada PKR bersetuju bersama PAS untuk membentang hudud

PAS selamat sebab sebab Harun Din kata jika PKR sertai gabngan baharu tetapi PKR mengetuainya dan adakah PKR yang mengetuai pakatan bersama PAS ?

Tanpa Nama berkata...

Tunggu kehancuran PKR disebabkan cara Pas menjakankan taktik pecah dan hancur.Kalau PKR tidak brhati2 dalam menjalankan tahalul dengan Pas ,tunggu masa akan kecundang dan pengikut akan bertambah benci ,lahat apa ydng dilakaukan Azmin.ramai yang tak puas hati cara Azmin bertindak.

Abdul Said berkata...

Siapa yang dah rasa diri tu nyanyuk eloklah berundur dan berubat. Janganlah menyemak mata orang. Orang pun dah menyampah dan tak kuasa nak layan. Kalau layan pun itu mereka yang tidak reti berfikir. Makin lama makin parah!!!

Tanpa Nama berkata...

Awas anjing gila sedang menyalak bukit yang disangkanya babi.
Hadi? Haron?
Kamu ini bagaimana???????

Tanpa Nama berkata...

hadi masuk hospital, najib datang.
haron din masuk ijn, najib datang.
Anwar masuk HKL, tak ada pun najib...

hadi, haron dan najib sah satu kapal. geng ostad kalau kat parlimen pun lepak dengan mp umno.

Tanpa Nama berkata...

Mereka berebut kuasa dalam PAS!

Unknown berkata...

Aku membayang kenapa beriya2 pkr bersama pas dan tulisan MSO berkenaan gabungan pas dgn umno. Rasanya pkr hanya di kutuk oleh org2 bawahan parti je... rasanya ini strategi politik. Kalau benar kejadian pas dgn umno bergabung.. dgn cara pkr skg ini... undi utk pakatan harapan akan meningkat bila pas benar2 bergabung dgn musuh di pru 14.. Kalau baca tulisan MSO tu gabungan tu akan terjadi. Sikap pkr akan menguntungkan pakatan harapan. Aku yakin strategi rafizi mengena..walau pun org pas kata strategi rafizi berkenaan langkag kajang gagal... bg aku ia tak gagal cuma mb yg nak di lantik tak menjadi... tp pkr masih pegang jawatan MB.
.

Tanpa Nama berkata...

Macm mana lah hampa nak perentah negara pembangkang nak tubuh sepakatan pun kecuh hampa sedaq dak yang politik hampa tu sedang dipermainkan oleh musuh hampa UMNO tu depa dah bubuh pencetus ulamak dalam pakatan hampa tunggu la PRU 14 nanti ada lagi oghang pakatan harapan yang akan lompat hampa tunggu kalau masin mulut aku hampa akan puteh mata la kalau kalau hampa dok pujuk PAS yang dah fikiaq depa kuat tu.cuba hamap renung sat bial pemimpin PAS kata sorang kata putus tiga kata tak putus dan dok mengaku lagi yang PR masih utuh dan PKR masih kawan baik PAS apakah hampa pekak ka apa dan buta ka mata dan tuli ka telingga.

Unknown berkata...

Pakatan Harapan.... Move forward!!! Pas x nak join. Bagi aku Alhamdulillah krn no more khianat lepas ni. Aji Adi dan geng2 jgn takabur.

Anti Fitnah berkata...

Jangan salahkan Azmin. PKR hanya bersikap orang budiman dengan tidak menolak PAS. PAS saja yang pipi tak macung pipi tersorong-sorong. Langkah ini sudah menunjukkan betapa jeliknya dan kejinya PAS.
Adakah benar PKR menganggap PAS sebagai rakannya setelah menyertai Pakatan Harapan? Sekiranya PAS masih bermaruah seperti mana kehendak Musyidul Am depa, letak jawatan dan keluar dari pentadbiran kerajaan Selangor dan juga Pulau Pinang. Tak perlu berdalih-dalih lagi. Lagi lama PAS dok bergayut kat situ, lagi jelas sifat kemunafikan PAS. Cakap tak serupa bikin.
Sempena semangat korban di pagi Aidil Adha, apakah pemimpin PAS sanggup berkorban demi maruah parti PAS? PAS lambang parti yang memperjuangkan Islam (kononnya),adakah ini semangat dan sifat Islam yang hendak dipamerkan oleh PAS? Cakap tak serupa bikin, mengkhianati kawan, tikan belakang kawan, tuduh kawan tanpa bukti, memberi gelaran yang jelik kepada kawan, ... tapi akhirnya masih ada hati nak dudukk maka semeja dengan kawan tadi. Yang lebih memilukan hati ialah kawan yang pernah dihina oleh PAS tidak pula menghalau PAS malahan masih membiarkan PAS makan apa saja yang ada. Inilah beza antara pemimpin PAS dan pemimpin PKR/DAP/Amanah.
Beranikah pemimpin PAS meminta maaf secara terbuka kepada orang yang pernah dihina oleh mereka pada pagi raya ni?

Tanpa Nama berkata...

Jangan cerita pasal pas lah parti paling menyampah aku dengar. Pergi lah jauh2 jangan asyik nak buat u turn saja. Mengabiskan duit saja.

Hidup Najib! berkata...

Dulu pas ni confident nak ug ngan umno..kunun atas dasar penyatuan umat melayu/islam...umno terus mainkan hudud dan pas terperangkap...la ni mana ada isu hudud lagi...umno dan pas dua2 sonyap...yg terbukti pas kena main ngan umno...tu yg sekejap2 u turn tu...sekejap siku,sekejap tgn sekejap lutut..pls lah rakyat kelantan dah cukup terseksa...lebeh2 lagi tgk cara korang handle banjir beso last year..hancussss..smpai la ni maseh ada yg duduk dlm khemah apa cer??..pemimpin ckp je beso..mmg la msg2 dah mula berkereta beso...next pru tolak pas dr kelantan..cukup2 lah..