19 Sep 2015

Mat Sabu: Mengapa AMANAH Ditubuhkan...

Mengapa pemimpin PAS 'gugur setandan'?

Masalah label melabel di kalangan anggota dan pimpinan dalam PAS dan penguasaan eksekutif dalam Majlis Syura Ulama antara punca pemimpin PAS yang "gugur setandan" menubuhkan Parti Amanah Nasional (AMANAH), kata Pengerusinya Mohamad Sabu.

Mengakui tidak mampu memperbaiki keadaan PAS dari dalam, Mohamad berkata tindakan mendoktrin dengan label - antara lain liberal, munafik haraki dan peguam neraka - oleh satu kumpulan dalam PAS tidak bersetuju dengan kumpulan lain, berlaku cukup ketara dan dilihat berbahaya.

Bekas Timbalan Presiden PAS itu berkata, hal demikian jelas berlaku sewaktu pemilihan parti pada Jun yang menyaksikan kumpulan yang tak disukai, didoktrinkan dengan panggilan itu.

Lebih membimbangkan lagi, kata Mohamad tindakan mengkafirkan sesama kumpulan umat Islam yang berlaku di Iraq, Syria dan Libya, telah meresapi umat Islam di Asia Tenggara termasuk di Malaysia.

"Saya melihat ia satu trend yang berbahaya kepada parti (PAS), Malaysia dan umat Islam. Oleh tu, wadah baru ini (AMANAH) perlu dijelmakan untuk memperbetulkan semula konsep Islam yang sewajibnya membawa rahmat ke seluruh alam.

"Konsep itu sudah menjadi malapetaka, kerana tersalah urus, tersalah tafsir. Parti Amanah Negara menjadi satu rahmat kepada umat Islam dan rakyat Malaysia, untuk bawa aliran tajdid kepada orang Islam dan bukan Islam," katanya.

Antara wakil rakyat yang tewas dalam permilihan dan meninggalkan PAS adalah beberapa ahli parlimen dan ADUN antaranya MP Sepang Hanipa Maidin, Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Khalid Samad (Shah Alam), Dr Mariah Mahmud (Kota Raja), Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad (Kuala Terenganu), Aminoul Huda (Parit Raja) dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Dalam wawancara bersama Malaysiakini, pemimpin yang dikenali Mat Sabu itu berkata penguasaan segelintir kumpulan khusus sebagai anggota badan eksekutif PAS dalam Majlis Syura Ulama turut menjadi punca pemimpin meninggalkan PAS.

Apatah lagi, kata Mohamad, anggota Majlis Syura yang dilantik selama lima tahun dianggap sukar membuat perubahan dalaman, menyebabkan beliau dan rakan-rakan memikirkan menubuhkan parti baru yang membawa motto 'Islam rahmat kepada semua'.

Hanya ketawa dengar soalan

"Saya antara orang yang menjulang (mendacangkan) kepimpinan ulama (suatu ketika dulu), sehingga wujud Majlis Syura (Ulama PAS). Dahulu orang (tokoh) yang terlibat dalam Majlis Syura kurang terlibat dengan majlis eksekutif.

"Misalnya, ada pensyarah, bekas mufti, ilmuan, (mereka) tak kira parti sangat. Tetapi kebelakangan ini, mereka yang terlibat dengan Majlis Syura, adalah orang yang terlibat dalam eksekutif sama ada AJK Dewan Ulama dan AJK Pusat itu sendiri," katanya.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata pengaruh dan kemasukan graduan Timur Tengah ke dalam PAS yang membawa balik pemikiran dari Mesir dan negara lain tanpa melihat realiti di Malaysia antara punca pemimpin PAS menubuhkan Gerakan Harapan Baru dan AMANAH.

"Pemikiran itu dibawa tanpa melihat suasana sosial dan ekonomi di Malaysia. Inilah yang kita kata berlaku gugurnya setandan pemimpin lama dalam parti itu.

"Pengaruh daripada Timur Tengah melanda dan kita kena melihat, kehebatan Ikhwan Muslimin dari sudut dakwah, tarbiyah, ketahanan dalam perjuangan tapi kita kena akui kegagalan mereka dalam pemerintahan," katanya.

Sehubungan itu, dengan kewujudan AMANAH, Mohamad berharap ia menjadi usaha untuk membendung masalah itu, walaupun dianggapnya masih di peringkat awal, dibimbangi kesan seperti yang berlaku seperti di Timur Tengah melanda negara.

"Maka jika tidak tak diubat untuk mencari jalan penyelesaian, masa yang begitu panjang diperlukan untuk keluar daripada kemelut. Di peringkat awal kita kurang atau kita matikan ia memberi keburukan kepada Islam dan kepada umatnya," katanya.

Ditanya sama ada masalah tersebut disebabkan kelemahan kepimpinan Hadi, Mohamad mengambil jalan selamat dengan enggan mengulas dan hanya ketawa apabila soalan itu dilontarkan.

Soal integriti

"Kebolehan, jasa, kekuatan seseorang tidak dinilai (dalam pemilihan baru-baru ini), tapi apa dinilai - kamu ini daripada puak mana. Bila penilaian seperti itu, maka diundi mengikut senarai yang diberi kepada perwakilan.

"Bukan dilihat daripada pencapaian pada orang yang memegang jawatan itu. Itu yang menimpa parti lama saya dulu, harap ia tidak berulang dalam Parti Amanah Negara," katanya.

Selaku ketua AMANAH, beliau mahu menyatukan penghayatan akidah dan akhlak Islam dan pentadbiran dengan menitik beratkan soal melawan rasuah dan integriti yang kurang dihayati berbanding masyarakat Eropah.

"Dalam erti kata lain, akhlak Islam ada pada orang Eropah, Jepun, Korea, Singapura. Akhlak jahiliyah ada pada orang Islam.

"Orang melihat ingetriti dalam pemerintahan kita tak ada kecuali Tok Guru Nik Aziz. Integriti dalam pemerintahan kita, tidak ada mengikut laporan dalam dan laporan luar.

"Jadi inilah perlu diutamakan kalau Islam dan umat mahu muncul semula," katanya yang menepis tuduhan menjadi kuda tunggangan DAP dan parti itu tidak memberikan satu sen pun melainkan sokongan moral kepada penubuhan AMANAH.

Mohamad juga berkata beliau mengarahkan supaya pimpinan AMANAH 'menutup mulut' daripada bercakap mengenai isu pembahagian kerusi dan pilihan raya umum buat masa ini, sebaliknya memberi tumpuan kepada pengukuhan organisasi sehingga Disember.

"Kami nak tumpu mobilisasi ahli, dan menubuhkan kawasan. Itu yang kita nak tumpu. Saya pun pesan kepada semua pimpinan, jangan bercakap soal kerusi nak tanding, saya nak tumpu sehingga akhir Disember ini," katanya. -mk









IKLAN BERBAYAR






9 ulasan:

Saiful berkata...

Teruskan..jgn dikenang masa lepas sgt... Maju..terus..maju...niat Allah yg tahu

Unknown berkata...

Salam


Teruskan perjuangan,dari pemerhatian saya semasa perlancaran "Amanah" memang hebat, keangotaan ahli wanita cukup ramai sekali.Ini memberi signal yg cukup baik,sebab pengundi wanita di malaysia mewakili separuh total pengundi.
Jika perancangan yg rapi dilakukan terutama wanita,kepringkat akar umbi,saya percaya "Amanah" dalam masa 10 tahun lagi dapat mengambil alih tugas "wanita" dan "puteri" umno.Rahsia lamanya umno bertapak di bumi malaysia kerana peranan wanita mereka.Saya prhatikan Kak wan pun terkedu,ramainya wanita bersama "Amanah".
Pada peringkat ini memang banyak ujian,halangan,daripada pihak musuh,terutama kawan lama yg terasa irihati di atas kejayaan perlancaran ini.Sengaja dijaja cerita-cerita yg non -issue,insyallah berkat kekuatan,ketabahan pemimpin2 dan ahli-ahli semuanya berlalu.
Tugas kita sekarang menambahkan ahli,dan memperkukuhkan orginisasi supaya dapat memperbaiki kelemahan-kelemahan yg ada.Kita di umpama menaiki kapal terbang utk sampai ka destinasi,semasa bermulanya penebangan "Take of" kita akan menghadapi "air-pocket" nanti bila sampai daitas, kapal terbang akan stabil,dan semasa perjalanan kita akan menhadapi awan tebal dan kpl terbang akan bergonyang2 sedikit menghadapi "air turbulance" jgn risau,pilot yg berpengelaman akan pastikan "terbulance " diudara hanya seketika sahaja.Dan seterusnya selamat "Landing: kadestinasinya.

Syabas pada mereka2 yg berhempas pulas merealitykan,parti ini.
go amanah GO.

WASSALAM.



Tanpa Nama berkata...

GB,tolong sampai kn pd PKR jgnla memujuk pas...cuba tgk perangai hadi masih kekal sombong dan bongkak...Org lain xda kuasa dlm PAS....hadi yg bkuasa so ckp2 titm atau yg lain nampak berlembut tetap xblh pakai.Hadi kuasa veto...Masih ada berjuta lg pengundi2 atas pagar yg akan sokong pr baru.Jgn risau sangat pengundi2 pas nt semua benda xmenjadi... Yg dkejar xdpt,yg dkendong berciciran....

Tanpa Nama berkata...

Good

Tanpa Nama berkata...

Itu jawapan diplomasi. Jawapan sebenar ialah sebab Hadi sudah hilang akal, sesat, gila kuasa dan sombong bongkak kerana merasakan dirinya ulamak besar, suka memaki hamun orang, sering mungkir janji, terlampau mendengar cakap menantu Din Ayam dan akhir sekali bebal yang tidak boleh diubati.... ulamak dunia yang sesat lagi menyesatkan.

Tanpa Nama berkata...

Nabi HADIR...Tanpa ber KITAB
WAHYU di Kalbu...Ter Pahat ERAT
Telus KUDUS....Tiada SONGLAP
"AMANAH" Lurus...Cahaya SEJAGAT



Nabi Mem BAWA...Makna Dan ERTI
HAKIKAT Hakiki...Definasi AZALI
MURTAD Syirik...FITNAH yg Keji
Kerana SONGLAP...Rasuah di HATI


Kerana SONGLAP....Rasuah Di HATI
Onar PONTENG...Fitnah KHIANAT
Songlap RASUAH...Klepet Men CURI
Men CURI Keringat...Khazanah UMAT


Men CURI Klepet..Khazanah UMMAT
Balak ESOS...Projek yg "GELAP"
Klentong JUBAH...Sorban yg JAHAT
U-Turn FITNAH...Kerana SONGLAP


SEMUA Benci...Dgn Pen CURI
Apa tah Lagi..Ber Jubah Ber SORBAN
Di Klepet di CURI...Ber JUTA Ber LORI
Hebat Me MUTAR...Hadis & QURAN


BALAK di Tebang...Be Ribu EKAR
Hasil NEGERI...Ciput SEKALI
Rumah BESAR...Kereta pon BESAR
Mangsa BANJIR...Ter Biar SEPI


LONDON Turki...Nyaman ROMANTIK
Tempat JUTAWAN...Happy Ber LIBUR
Songlap CURI...Fakeh yg LICIK
"RAHSIA" di BAWA...Ke Dalam KUBUR


Khazanah SIAPA...Yg Mereka CURI?
BUKAN kah itu...Khazanah UMMAH??
Adakah Men CURI...AJARAN Nabi???
Menyonglap Mem FITNAH..Ajaran ALLAH????








Nabi BUKAN....Mencari HARTA
BUKAN Mencari...NOBAT Duniawi
Mem Bawa CAHAYA...Erti & MAKNA
Mencurah KASEH..."CINTA" Abadi


Men Curah KASEH...."CINTA" Azali
Me NYATU Kaseh...Langit & BUMI
Indah nya KASEH...SUCI Sejati
Saling Mem BERI...Saling Me'NGERTI

Tanpa Nama berkata...

wanita yg masih bersama parti bulan gerhana adalah gred 3


sebb baiah tu terus talak 3

mari bersama amanah.....suami yg amanah tkkan bersama paryi yg mengadai isteri yg jg amanah allah

amat janggal sebuah parti isle beriya2 nk robohkn masjid jemaah sendiri

biasanya yg suka roboh masjid ni samada israel atau syiah atau khawarij je

Tanpa Nama berkata...

Ketuanan Hadi harus dilindungi dengan kepala siku dan kepala lutut.... Cai Cai Cailaka.

Tanpa Nama berkata...

semoga Illahi merahmati niat hati ikhlas hamba2NYA yg benar2 berjuang di atas jalan NYA;;;-)..hanya sekadar saling ingat mengingati..peace..