26 Ogo 2015

Isu Kg Mutiara Diputarbelitkan, Ia Telah Tergadai Zaman Umno BN...

Tanah Kg Mutiara, Tergadai Zaman UMNO Pulau Pinang - Dr Zaidi Zakaria GHB

Kes ini adalah antara Penduduk Kampung Mutiara dengan Tuan Tanah.

Ringkasan Fakta.

1. Tanah Kg Mutiara asalnya milik Lorraine Osman.

2. Atas sebab tertentu, Bank melelong tanah tersebut dan dibeli oleh Tuan Tanah sekarang pada 2007.

3. Tuan Tanah selaku Plaintif, telah memfailkan di Mahkamah supaya penduduk mengosongkan tanah miliknya.

4. Kes ini telah dibicarakan di Mahkamah Tinggi, seterusnya di Mahkamah Rayuan, memihak kpd Tuan Tanah.

5. Kes ini pada asal dan awalnya dikendalikan oleh Umno. 'Kebetulan' majoriti penduduk Kg Mutiara adalah ahli dan/atau penyokong Umno.

6. Tanah Park Royal Hotel.
Sebahagian penduduk Kg Mutiara sebelum ini menduduki tanah Hotel Park Royal. Bila Hotel Park Royal dibina, mereka berpindah ke Kg Mutiara.

7. Sehingga hari ini, TIDAK PERNAH ADA perundingan/perbincangan antara Penduduk dgn Tuan Tanah.

8. Atau antara Penduduk dengan Kerajaan Negeri.

9. Yang ada, adalah naik turun mahkamah yg akhirnya tetap berpihak kpd Tuan Tanah.

10. Oleh kerana kes ini kes yg melibatkan penduduk dan tuan tanah, dan pada asal dan awalnya dikendalikan oleh Umno, Kerajaan Negeri tidak terlibat dalam kes ini.

11. Peranan Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri akan berpegang kpd polisi pentadbirannya; iaitu :-

TIDAK AKAN MELULUSKAN apa jua projek memajukan tanah tersebut SEHINGGA penduduk diberi pampasan yang sewajarnya.

12. Hingga hari ini, Tuan Tanah tidak hantar sebarang permohonan kepada kepada kerajaan negeri untuk memajukan tanahnya.

13. Sebaliknya, mengguna kuasa Mahkamah supaya penduduk mengosongkan tanahnya.

14. Atas kuasa tersebutlah, kampung tersebut sepatutnya dirobohkan pada hari ini, 24.8.15.

15. Atas pandangan keselamatan pihak polis, mereka menangguhkan perobohan ini selama 2 minggu.

16. Ambil maklum, bahawa TIADA PERNAH PERUNDINGAN RASMI antara Penduduk vs Tuan Tanah , dan Penduduk vs Kerajaan Pulau Pinang.

17. YB Zairil (MP DAP Bukit Bendera), TKM1, dan YB Mujahid akan cuba membawa Tuan Tanah ke meja rundingan BUAT PERTAMA KALI.

Ini akan dilakukan dalam masa 2 minggu ini.

Semoga dipermudahkan Nya dan berjaya.

Dr Zaidi Zakaria

Wakil JK Khas (GHB) Kg Mutiara

LGE: Pembangunan Kpg Mutiara tak akan diluluskan

Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak akan meluluskan sebarang permohonan pelan pembangunan di Kampung Mutiara, Batu Feringghi, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Beliau berkata setakat ini pemilik tanah berkenaan belum mengemukakan permohonan untuk memajukan tanah itu.

"Kami tidak pernah meluluskan sebarang pelan pembangunan di kawasan itu dan kerajaan negeri tidak mengambil tindakan mengusir penduduk di situ," katanya kepada pemberita di George Town sini hari ini.

Semalam, kira-kira 1,000 penduduk Kampung Mutiara berkumpul membantah tindakan pemilik tanah yang mengarahkan mereka mengosongkan tanah berkenaan tanpa membuat rundingan.

Bagaimanapun hasil campur tangan Umno dan kerajaan negeri, pemilik tanah berkenaan menangguhkan tindakan itu ke satu tarikh yang akan ditetapkan oleh penduduk.

Lim berkata isu itu melibatkan tanah milik swasta dan kerajaan negeri akan terus membela penduduk di kawasan itu dan mencari jalan penyelesaian sekiranya pemilik tanah mendapatkan perintah pengusiran daripada mahkamah.
- Bernama








ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.





IKLAN BERBAYAR




12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hamno membelit mmg xkisah tu mmt keje tp pas skali membelit ape cter..dh bcinta lama tp xkawin2... Cptla kawin hamno dan pas.jgn bermaksiat lagi..bdosa tau.kikikiki

aku berkata...

Selagi Hamno selagi itulah orang melayu dibangsatkan.

Unknown berkata...

Sudah beberapa tahun PR berkuasa di Pulau Pinang ada ada aja rubbish peninggalan UMNOngok. Rubbish itu pula begitu busuk sebusuk hati perut para pemimpin UMNOngok.

Percaya lah sekira nya PR dapat berkuasa di Negeri Johor(begitu lah kebanyakan harapan rakyaat marhean Johor)sudah pasti akan resurface baggage saperti itu. Yang mempunyai physical evidence ada lah pembenaan sekolah agama yang terbengkalai. Andai kata PR berkuasa sudah pasti kegagalan pembenaan sekolah sekolah akan di pertanggung-jawab kan kepada PR.

Apa yang saya di fahamkan bahawa sekolah sekolah itu di bena ada lah untuk membayai PRU ke 13 kepada UMNOngok/BN. Walau pun saya tahu wang itu berpunca dari mana tapi ma'af tidak akan saya dedah kan kerana saya percaya bahawa akhir nya akan terbongkar jua.

Tanpa Nama berkata...

Sekarang PAS menunjukkan permusuhan terhadap DAP dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan negatif terhadap kerajaan Negeri Pulau Pinang

Tanpa Nama berkata...



Tentu masa pindah dari tanah Park Royal mereka juga di beri pampasan yang mungkin dibayar oleh UMNO. Sekarang ini yang boleh ceroboh tanah dan buka tempat kediaman di tanah kosong hanya lah orang UMNO dengan tertubuhnya cawangan UMNO. Kerana itu lah juga tempat tersebut diberi nama (Kg Mutiara) untuk meluluskan penubuhan UMNO di kg tersebut. Balairaya yang jadi markas UMNO sengaja di bina di hadapan jalan masuk dengan tujuan yang di ketahui umum.

Berbeza dengan Kampung Cubadak mereka bukan dari tempat lain malah berpuluh tahun mendiami tanah tersebut. Nasib mereka tidak dapat pembelaan pemimpin UMNO tetapi menurut sumber agen UMNO dalam kes tersebut talah hilangkan diri. Sebalik nya beberapa NGO pula yang mempertahankan hak penduduk kerana mereka benar-benar di zalimi.

Kerajaan Negeri sepatutnya membiarkan (acah-acah) untuk merobohkan Kg Mutiara pada 24 Ogos yang lalu kerana kita ingin melihat pemimpin UMNO manakah yang sanggup bermalam dalam kehmah dan yang baring di hadapan jentolak.

Pendekatan yang di ambil oleh Kerajaan Negeri dengan UMNO jauh berbeza. UMNO lah yang paling zalim dalam merampas tanah rakyat.

Dalam hal rundingan yang diberi secara percuma pasti tidak akan melibatkan pemimpin UMNO sebab itu lah di hasut nya penduduk menyelesaikan melalui mahkamah. Dan nasib penduduk lebih malang jika rundingan dibuat melalui UMNO sama macam nasib penduduk Kampung Cubadak.

air gunung berkata...

Yg tak tahannya ada yg bergelar ustaz dok viralkan keratan akhbar tu kat lamannya.lps tu bebudak yg balik timur tgh pon joint gak post kat group wassap telegram.hancus hancus.ini ka muka2 nak jaga agama n negara.

Amuraria berkata...

Lama dah umporno/BN perintah Pulau Pinang tapi disamping menyalak 'ketuanan Melayu" dan memaki hamun DAP yang baru beberapa tahun memerintah apa jasa & pembangunan umporno/BN untuk Melayu Pulau ? Parti lahanat ini hanya pentingkan kroni,kocek SAHAJA Melayu nak limgkup atau mampus mereka punya pasal ,sebab itulah ramai Melayu merempat ke tanah seberang Butterworth,Sg Petani ,Sg Bakap,Nibung Tebal,Kulim & merata tanah besar mencari perumahan murah kerana tak mampu beli di pulau ,umporno/BN perintah lebih 50 tahun tapi hanya kayakan puak sendiri tanpa ambil endah kesulitan & kesusahan bangsa Melayu untuk milik rumah yang mampu milik, hanya ada rumah tak mampu milik di pulau ,akal penyangak@penyamun para pemimpin Melayu umporno/BN hanya mau buat duit tanpa berjasa atau berjuang untuk puak Melayu marhaen yang rata2 miskin & tak mampu walau hanya flat atau rumah pangsa , rumah pangsa pun bikinan UDA lahanat di Tg Tokong boleh lihat sendiri betapa seksa & merana para penghuni di situ, dengan sempit, jumpa jamban dulu bila masuk rumah dengan dua bilik kecil ,lif seallu rosak,bayangkan kedudukan mereka !Jika KERAjaan umporno/BN sejak dulu lagi perihatin masalah Melayu mereka wajib membela kaum Melayu tapi si bangang@lembu totok yang banyak menyokong parti karat biru itu tetap percaya parti umporno/BN pembela Melayu ! ABU !

mujadid berkata...

Mana perginya duit Tabung Dana Hartanah Bumiputra yg diperuntukan kepada Pulau Pinang sebanyak RM500juta.
Dana ini adalah utk selamatkan hartanah bumiputra dari jatuh ke tgn orang bukan melayu.
TAN Sri Nor Mohd.Yaakob yg handle dana ni.Tanah milik Lorreine Esmi Osman sepatut diselamatkan dgn menggunakan tabung ni.
Inilah sikapnya pemimpin Umno yg retorik tp tidak pernah menjlnkan amanahnyg dipertanggungjawabkan.Bila berucap seolah2 memperjuangkan nasib melayu.
Tapi hakikatnya tauke2 Cina dok dibelakang sedang menanti habuan dari pemimpin umno

Tanpa Nama berkata...

GB, ringkasan fakta no 1 menarik perhatian saya, Lorraine Esme Osman. Sy tahu ramai yg tidak tahu siapa LEO dan kaitannya dgn George Tan, Hashim Shamsudin, Rais Saniman, Jalil Ibrahim, Mak Fook Tan, Carrian Group, BMF. Peranan Jho Low dan 1MDB hari ini adalah lakonan semula watak LEO dlm skandal BMF. Kg Mutiara hanyalah legasi kecil peninggalan LEO berbanding BMF, tidak lama lagi kita akan lihat pula legasi peninggalan Jho Low. The possibilities are endless.

Unknown berkata...

sambil menjilat2 kaki umno,najib dan rosmah....

Abdul Said berkata...

Orang-orang yang menumpang diatas tanah tu jangan nak salahkan orang lain. Perkara berlaku berdekad-dekad yang lalu. Semasa UMNO ada kuasa pun tidak dihiraukan inikan pula bila tiada kuasa di Pulau Pinang. Inilah balasan akibatnya bila ada otak tidak berfikir, bila ada mata tidak mahu melihat dan bila ada tangan tidak berusaha!!. UMNO Pulau Pinang setakat membuat pertandingan boria bolehlah selain dari menipu orang Melayu!!! Diharap Melayu Pulau Pinang akan mengundi UMNO lagi!!!!

Tanpa Nama berkata...

Orang-orang melayu yang mula-mula sekali kena usir ialah nelayan-nelayan yang terlibat dengan pembinaan jalan. Keluhan dan rayuan nelayan telah di siarkan oleh Utusan pada ketika itu. Dalam berita tersebut rumah nelayan di kehendaki berpindah ke dalam iaitu jauh dari persisiran pantai.

Dan begitu lah seterusnya apabila pembangunan di pulau tersebut terus pesat. Malangnya semasa pemerintahan BN, rakyat tidak diberi pembelaan dan ganti rugi yang adil seperti yang di titik beratkan oleh kerajaan DAP/PR2.