Video solat tarawih pantas, tidak sah
Solat yang dilakukan secara pantas dan dilaksanakan secara tergopoh-gapah adalah tidak sah menurut pandangan Mazhab Syafie, kata Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
"Tidak sah solat itu kerana tiada tamakninah menurut pandangan Mazhab Shyafie, katanya ketika mengulas video solat tarawih yang dilaksanakan sebanyak 23 rakaat (termasuk solat Witir) dalam masa 10 minit sahaja yang kini viral di media sosial.
Katanya asas pelaksanaan rukun solat haruslah disertai perbuatan tamakninah atau berhenti sejenak bagi menyempurnakan ibadah tersebut selain membantu seseorang itu untuk khusyuk ketika bersolat.
Beliau berkata roh atau dasar solat itu sendiri adalah khusyuk dan bukannya dilaksanakan seperti dalam bentuk perlumbaan atau tergopoh-gapah.
"Adalah wajar untuk mengekalkan apa yang kita lakukan di Malaysia ini dengan adanya tamakninah dan perbuatan-perbuatan solat lain yang dapat membantu seseorang itu menumpukan perhatian ketika solat tanpa tergopoh-gapah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas pelancaran Pondok Moden Al-'Abaqirah oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di sini hari ini. - Bernama

8 ulasan:
Lekas sangat kata tak sah. Agamawan sana dah sahkan. Kena tenguk lah dulu apa hujah mereka kata sah.
Tak semestinya pantas 10 minit tak khusyuk atau lama itu khusyuk. Kalau lama berhenti lama lah. Kalau yang pantas berhenti sekejap lah. Tapi berhenti tetap berhenti sebagai syarat.
Jika tidak mahu mesjid di sini buat yang cepat pastikan imam semua di beri arahan yang betul. Lagi pun imam kita di lantik dan bertauliah.
Yang kita persoalkan orang lain kenapa ?
Khusyuk atau tidak akan di lahirkan dengan akhlak dan budi pekerti yang mulia dalam kehidupan harian.
Jamaahnya ternyata senang, tiada unsur riak,yakin Dan iklas dgn bacaan,berniat dgn rukun solat,solatnya dua rakaat dgn satu salam,mereka mengerjakan mengikut kemampuan Diri(perlu di ingat solat teraweh INI ibadat tambahan jika senang boleh ulang dirumah mengikut kemampuan,kesihatan,tidur juga Ibadan jadi bersenang2 Dan berrehat2) jadi solat INI hukumnya Sah saya ulang sah!! Datuk dokter amiritus Brutus Zulkifli x perlu membezakan solat dimalaysia yg terbaik tu dah jatuh riak!!Allah telah berfirman cilakalah orang yang solatnya menunjuk-nunjuk......(yang terbaik ikut cara rosul)..ikut cara Malaysia semuanya jahanam duit zakatpun pernah jahanam dulu...
Admin, nyahkanlah komen orang yang degil nak meninggal di atas ini
Mungkin jamaah ni ikut mahzab lain kot bukannya mahzab imam Shafie. Maklumlah kat Indonesia terdapat pelbagai mahzab tak serupa macam kat Malaysia. Cuma solat terawih seharusnya ikut cara nabi iaitu solat sambil berehat atau santai bukannya macam kilat atau lumba siapa cepat habis solat. Wallahualam
Allahu akbar. Luarbiasa cepatnya.
Orang yang berilmu dan beriman, Allah tunjukkan jalan ibadah yang benar yang mengikut telunjuk para Rasul insyaa Allah.
Wallahu `alam
Salaam dan trima kasih Dr Zul. Selain takmaninah, betul mengikut cara nabi solat, bagaimana pula taddabur bacaan karena rata-rata kita tidak fasiH bahasa al Qur'an...mohon pencerahan.
Bila baca al-fatihah tak betul maka tak sahlah sembahyang tu. Musthil tiap tiap al-fatihah boleh baca 25 saat dengan tajwid yang betul. Ini sembahayang mengarut, tak ada pahala langsung. Jika ia wajib dah tentu haram hukumnya. Jangan nak memandai mandai. Di mekah dan medinah pun tak boleh sembayang secepat itu walau pun bacaan mereka fasih alquran. Orang tak ada ilmu saja yang kata ia sah. Boleh tanya ustzah yang mahir hukum sembayang dan bacaan al-fatihah.
Catat Ulasan