26 Jul 2015

Hubungan PAS-PKR Putus Jika PKR Sertai Gabungan Baharu

Putus hubungan jika PKR sertai gabungan baharu, kata PAS

PAS sedia menamatkan hubungan dengan PKR sekiranya parti itu bersetuju menyertai DAP dan ‎Gerakan Harapan Baru (GHB) membentuk satu pakatan pembangkang baharu, kata Datuk Dr Haron Din dilaporkan akhbar Mingguan Malaysia.

Mursyidul am PAS itu dilaporkan berkata, kemungkinan pendirian itu dibuat selepas meneliti kenyataan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ‎baru-baru ini yang menggambarkan seolah-olah mahu memutuskan hubungan dengan parti Islam itu.

"Dengan keputusan itu maka akan terputuslah hubungan antara kedua-dua parti dan masing-masing bakal meneroka jalan sendiri selepas terbubarnya pakatan pembangkang.

“Kalau mereka hendak menubuhkan parti baharu, saya ucapkan selamat maju jaya,” katanya seperti dilaporkan edisi Ahad Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia.

Haron berkata, pihaknya yakin PAS tetap kuat dan berdiri teguh memperjuangkan Islam walaupun sekumpulan ahlinya akan menubuhkan ‎parti baharu GHB.

Katanya, ini kerana PAS pernah mengalami situasi sana melalui sejarah penubuhan ‎Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa) dan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim).

"‎Semoga GHB tidak tinggal harapan sahaja dan masa akan menentukan. Jika umur kita panjang, kita akan melihat apa yang berlaku seterusnya," katanya.

Anwar dalam kenyataan pada 24 Jun lalu membayangkan penubuhan pakatan baharu yang merangkumi semua kumpulan progresif termasuk Bersih, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) dan GHB.

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, PAS tidak akan dilibatkan dalam pakatan baharu tersebut kerana parti Islam itu menjadi punca kematian Pakatan Rakyat. -TMI


PAS MASIH BERGELUMANG DENGAN KRISIS

Tiada manusia yang boleh menafikan bahwa PAS masih bergelumang dalam krisis.

Kita panggil ini "krisis organisasi".

Apa masalah utama dalam organisasi PAS?

Saya berani nyatakan masalah paling utama adalah halatuju politik PAS yang kabur.

Saya tidak bercakap tentang matlamat PAS, matlamat PAS tetap Islam.

Sejak pasca PRU-12 lagi (2008), PAS berdepan dengan dua pandangan politik yang berbeza - pertama membentuk pakatan politik bersama PKR dan DAP atau pilihan kedua membentuk kerajaan bersama UMNO/BN.

Ramai ahli PAS percaya isu ini telah selesai bila PAS telah membuat keputusan bersama Pakatan Rakyat. Ya, ia selesai tetapi ia tidak mati disitu.

Setelah melalui pengalaman berkerajaan bersama PKR dan DAP, wujud desakan untuk PAS berundur dan mengkaji semula kerjasama ini.

Maka, timbul semula persoalan tentang model kolisi politik mana yang lebih baik untuk Islam dan Melayu - Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional.

Mereka yang percaya model politik UMNO/BN lebih baik untuk Islam dan Melayu mula menunjuk sikap tidak mesra Pakatan Rakyat dan apa yang berlaku selepas itu adalah sejarah yang semua kita tahu.

Hari ini PAS masih mendakwa bersama Pakatan Rakyat walaupun PAS telah memutuskan hubungan dengan DAP. Hal ini tentunya lucu kerana umum tahu bahawa Pakatan Rakyat adalah gabungan 3 parti, maka apabila terputus hubungan mana-mana satu darinya maka tiada lagi pakatan untuk Pakatan Rakyat.

Jadi apakah sebenarnya halatuju politik PAS? PAS perlu nyatakan dengan jelas untuk menghilangkan keresahan ahli dan pemimpin pertengahannya.

Apakah PAS ingin bersama dengan PKR sahaja? Sedangkan PKR ingin bekerjasama dengan semua pihak yang menuntut perubahan termasuk DAP.

Apakah PAS ingin bersendirian?

Atau, apakah PAS ingin bekerjasama dengan UMNO?

Apa yang penting PAS perlu nyatakan sikapnya dengan jelas untuk langkah pertama keluar dari krisis ini. Kalau tidak, ahli dan pimpinan pertengahan PAS akan bertambah bosan dengan PAS.

Pilihan pertama bukan lagi satu pilihan kerana PKR tidak berminat untuk membina hubungan hanya dengan PAS.

Pilihan ketiga juga mungkin kabur kerana kalaupun PAS berminat untuk bekerjasama dengan UMNO, adakah UMNO perlukan PAS? Saya tak nampak UMNO perlukan PAS sebab UMNO sudah capai objektif strategiknya - pecahkan Pakatan Rakyat.

Maka, pilihan yang paling praktikal untuk PAS adalah bersendirian.

Buatlah satu pengumuman di akhbar "PAS Memilih Untuk Bersendirian".

Dan PAS boleh selesaikan satu daripada banyak punca krisis dalam organisasi PAS.

Bolehlah melangkah untuk selesaikan masalah organisasi yang seterusnya - iaitu masalah kepimpinan (leadership).

Ahmad Sabki Yusof
25 Julai 2015


ULASAN GB

Sewajarnya PAS bersendirian. Sebab golongan ulama dalam PAS sudah merasa kuat. Sudah merasa cukup. Tak perlu sokongan dan bantuan parti lain, malah tak perlu sokongan dan penyertaan kumpulan professional.

Setelah berpatah arang berkerat rotan dengan DAP, PAS cuba menghasut PKR untuk tidak bekerjasama dengan parti itu. Sesuatu yang tidak mungkin berlaku kerana DAP adalah sebuah parti yang mendapat sokongan majoriti kaum bukan Melayu khususnya Cina. Pembentukan kerajaan di negara ini tidak mungkin boleh mengabaikan penyertaan mereka dan tidak mungkin juga PKR menjadi tidak siuman untuk mendengar hasutan PAS untuk tidak menerima DAP. UMNO sendiri tidak mungkin dapat menjadi kerajaan tanpa sokongan parti-parti bukan-Melayu.

Semuga selepas ini, PAS benar-benar memilih untuk bersendirian. Kerana itu mungkin lebih baik bagi PAS sepertimana disarankan oleh menantu Allahyarham Usta Fadil Nor, Ahmad Sabky Yusof iaitu selepas ini, PAS bolehlah melangkah selesaikan masalah organisasi yang seterusnya -iaitu masalah kepimpinan.





IKLAN BERBAYAR







35 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memang patut PAS berjuang sendirian... PAS kan kuat... perangai puak2 UG ni makin menjadi jadi sejak Arwah Nik Aziz meninggal...selamat tinggal PASCAI...

Tanpa Nama berkata...

Hahaha...gelinyer hati tgk perangai MA PAS ni...

Tanpa Nama berkata...

Hahaha...gelinyer hati tgk gelagat Mushitdur Am PAS ni... Itu menunujukkan jiwa yg sedang kacau..

Tanpa Nama berkata...

Kau geli bolihlah tahan ,aku pulak nak muntah,memanglah putus hubangan dengan PKR sebab kalau dah orang tak sudi apa jadahnya kau nak dengan orang yang tak hingin dengan kau,buat malu dengan orang bangla je,Oang bangla pun tahu itu hulamak pas takda guna punya lebai,itu semua tolak itu isteri sendiri 3 juga ,itu makan haram juga ,dia makan takpa,orang lain haram juga,orang semua tahu ituNajis zalim punya orang tapi ini lebai juga ada sokong sama itu Hadi pek,sama juga.5x3 sama juga 6x8

Tanpa Nama berkata...

Punca masalah adalah dari tuang presiden..letak jawatan semua masalah selesai...

Tanpa Nama berkata...

Boleh tengok,keputusan dah buat dulu n lps ni baru mesy utk buat keputusan atau sahkan keputusan.Buat keputusan guna kepala lutut je.fakta dan data tolak tepi.Kalau Pas berlapang dada n setia dgn pr.......pgundi luar tu pelbagai,ada yg suka pendekatan GHB dan ada yg suka pendekatan lebai sampul ni.so....undi tetap or sbb yg or lawan ialah umno bn.

Tanpa Nama berkata...

Pas kuat.ahli sejuta,ahli dari kalangan jin harun din ada berbilion2.. Apa pas nk takut.hehehe

Tanpa Nama berkata...

Tak ada masaalah Ruan mursyidul insya Allah jika PAS keluar dari PKR lagi bagus kami ahli PAS bawahan yang dulu bersengkang mata berjaga mejaga pondok dan memasang baner dan bendera akan ikut keluar dari PAS sebabnya mudah pemimpin yang ada sekarang ini bukannya mencari jalan menyelesaikan masaalah tapi asyik menuding jari mencari masaalah hinggakan sudah menghampiri tiga bulan muktamar berlalu sepatutnya kerja-kerja parti dilangsungkan buat dari peninggalan mantan AJK yang lepas tapi apa yang kita lihat hari ini sebaliknya berlaku lebih buruk lagi semua pemimpin yang dipilih termasuk mursyidul sendiri telah dihidap sindrom takut dengan diri sendiri kecuali presiden yang membisu padahal beliaulah yang menciptakan semua kemelut dalam kepimpinan PAS hari apakah ahli dan pemimpin PAS terlalu takut untuk menegur pemimpin atasan PAS atau semua ahli dan pengikut PAS sudah kehilangan jati diri.

Tanpa Nama berkata...

Eloklah tu. Dengan kawan pun belot. Keras kepala dan tak nak muafakat. Kalau masuk pakatan baru pun bukan boleh percaya. Kaki kencing, kuat menipu dan tak boleh diharap. Bawaklah haluan masing-masing. Namun jangan mimpi dapat memerintah satu negeri pun. Setakat jadi pembamgkang di Kelantan dan Terengganu bolehlah. Oh ye apa lagi bolehlah satu kelambu dengan UMNO. Jangan lambat bertindak (oops sori geng ulamak memang lembab!!) Semoga berjaya. Oh ye sibuk-sibuk pasal pakatan jangan lupa tolong mangsa banjir di Kelantan. Seronok juga bila PAS keluar dari kerajaan Selangor. Orang PAS bolehlah cari kerja dengan MA Aaron Dean!!

abrarmujahideen berkata...

Good la..nnti xmao letak jawatan exco selangor

Unknown berkata...

Hairan sungguh. Mengapa puak puak PAS-chai ini tidak habis habis mengeluarkan pelbagai jenis kenyataan. Lupakah bahawa ini semua berlaku berpunca dari puak puak mereka sendiri.Kalau benar PAS lebih kuat kalau bersendiri mengapa masih mengeluar kan kenyataan yang pelik pelik. Apa mereka semua sudah gila talak ke?
Lain kali elok di fikirkan baik-buruk nya sebelum membuat apa apa keputusan. Akibat menerima cadangan daripada bekas ahli Al-Maunah, akhir nya PAS sendiri akan musnah. Kesian para lebai malang yang masih bersama dengan PAS-chai. Tumpang tanya, sudah kah di lakukan upacara "CHAI MENGECAI" berkaitan dengan nombol bertuah yang akan menang di pertaruhan minggu ini?

Tanpa Nama berkata...

Musyidul Am lebih mengenali jin daripada musuh politik. Inilah kelebihan yang ada pada Kepimpinan PAS kini. Diharap PAS dapat menggunakan kelebihan ini bagi menggerakkan tentera alam ghaib untuk membantu kemenangan pilihanraya akan datang. Sesungguhnya semua jin akan tunduk kagum dengan kehebatan Musyidul Am cuma satu jin yang rasanya tidak tertarik dengannya iaitu Jins Shamsuddin.

Tanpa Nama berkata...

Dah macam budak2 geng ulamak ni..main ugut2.

Tanpa Nama berkata...



PASal jawatan Exco lah, perkara untuk menamatkan hubungan dengan PKR ini akan di bincang dulu dengan perwakilan dengan bermula dari usul tanpa bantahan. Dekat setahun setengah baru perkara ini akan kembali semula kepada Haron di peringkat tertinggi kerana kata pemutus nya ialah Haron sendiri.

PRU pun dah semakin dekat. Hehehe.

Unknown berkata...

Mingguan Malaysia dan spesisnya akan mula merencsna strategi agar PR2.0 gagal segagalnya. Sudah tentu pelurunya dari PAS. Mulut cirit birit. Hati kacau. Dendam x sudah. Ramuan asli utk diolah chef wartawan pro BN mengkucarkacirkan GHB. Awas dan waspada saudara2 ku.

Tanpa Nama berkata...





Tujuan mereka yang pro Hj Hadi menyerang GHB dengan satu demi satu hukum, dengan berbagai-bagai tuduhan dan bermacam-macam bayangan gelap adalah kerana meraka sebenarnya tidak tahu apa yang perlu mereka lakukan.

Kesilapan kita dalam membalas serangan mereka ialah apabila kita menjawab dengan menyelesaikan masalah mereka seperti kita minta mereka adakan mesyuarat dan putuskan apa yang mereka ingin kan dari pemimpin kita seperti menghantar surat dan kali ini di dalam artikel Ahmad Sabki ini kita memberitahu mereka supaya mengenal pasti masalah mana yang paling utama sebelum buat benda-benda yang lain.

Kita biarkan mereka berjalan dengan tongkat di dalam gelap supaya mereka sedar betapa susah untuk menjaga parti selama ini.

Koperasi Prihatin Kedah Berhad berkata...

Semakin serius nampaknya PAS, semakin terserlah kerjasama dengan Umno. Harakah tidak lagi menjadi lidah rasmi PAS tetapi Utusan pula mendapat berita sensasi dari PAS. Apakah ini bermakna akan ada UG PAS dan Umno? Kalau betul ini berlaku memang tak syak lagi agenda ini yang pernah dibangkit dulu adalah benar belaka. Semoga Allah tunjukkan kebenaran dan keinsafan kepada semua.

Tanpa Nama berkata...

hoi harun din
jgn riak dan takbur sangat
mu nok belasoh projek2 umno mu belasoh la
jange mu duk dengki nge ore lain
bodo kakah ni

Unknown berkata...

Din Ayam sila letak jawatan GLC Selangor.YAB Azmin apa tunggu lagi pecat PAScai.

Anti Fitnah berkata...

Selepas dikaji akan hujah dan tindakan pemimpin PAS, maka aku yakin akan tujuan PAS berbuat sedemikian semata-mata untuk survival UMNO sahaja. Depa tak sanggup melihat UMNO dikuburkan walaupun depa memang tak mungkin menguasai persada politik Malaysia. PAS kini hanya cuba mengucar kacirkan pembangkang sahaja. PAS tiada niat langsung dalam melawan UMNO-BN.
Tahu kenapa Haron Din begitu sayang pada UMNO? Hangpa pi kaji latar belakang dia dan anak-anak dia. Inshaallah akan dapat jawapannya.

Tanpa Nama berkata...

aku pelik betullah dgn perangai pimpinan pas ini. adakah pas masih anggap hubungan dengan pkr masih berterusan setelah mengambil tindakan dibawah?

1. hadi hina presiden pkr.
2. hadi biadap dengan ketua umum pkr.
3. hadi fitnah calon pkr.
4. hadi letak calon bertindih dengan kerusi pkr.
5. hadi cuba rasuah azmin.
6. hadi tuduh pkr sbg broker.
7. hadi sokong khlida yg dipecat oleh pkr.
8. hadi hantar senarai calon sendiri ke istana.
9. hadi tak sokong calon pkr di permatang pauh.
10. hadi bohong tak bentang ruu hudud pas.

hanya pas saja yang tinggal dlm pakatan rakyat. dap dan pkr telah secara sukarela menendang diri mereka keluar dari pakatan dan akan join PAKATAN 2.0.

tinggallah pas terkonteng2 berseorangan dlm pakatan yg dah lumpuh.

apa2 pun pas harus bergembira dan potong kek kerana telah berjaya mencapai impian utk menguasai pakatan rakyat. pas adalah SATU2nya parti dominan dlm pakatan rakyat. hadi tak perlu lagi datang mesyuarat kerana semua keputusan hadi buat. pas bolehlah lantik hadi jadi calon pm jika pakatan rakyat memerintah.

hooray... hooray... hooray... pas... good riddance...

PKR + DAP + GHB - PAS = PAKATAN 2.0.

Tanpa Nama berkata...

kata lah seelama ni pkr, dap dan semua ngo muslim n no muslim meletakkan pas yg lead pakatan...dan hadi yg jadi ketua dan calon pm....agak2 dia nk buat dak statemnt bodo yg pecahkan pr.....klu dulu lg dia nk buat hudud..masa pr tgh kuat pon dia dah bentang....klu bentang ikhlas tak pa..tp ikut strtegi musuh....masalah nya sama dgn puak bn...masih dok anggap org ramai pekak wailon...tak tau nk pikiaq

Tanpa Nama berkata...

PKR pun serupo juga tak leh wat keputuse cepat.Dah mu tau dah sek PAS la ni kaki kecing,tunggu apo lagi sepak la keluar PR.Jenis baso ngor belaka .Ada kepetingan diri.Buat nayo ko Rakyat dok tertunggu2 tak tau nak wak gapo.Nak ikut hak mano dok tergantung2 tadak keputusan baso Jenis BURIT BUSUK belaka Cissssssssssssss.Jangan sampai kami meluat ko puak2mu pula.Ada setengah G18.Contohnya Mahfuz Omar paedah gapo mu kecek lagutu .Mu ni dok alik mana?Alik Pas Ko Alik GHB.Pendirian tu biar cerak jange wi jadi rorak'

Tanpa Nama berkata...

Pas sebenornya malu tapi mau...??
malu nak cakap hingin bersama dgn.umeno. tunggu punya tunggu, umeno tak plak melamar...
dah tu nak buat gemana...!!!

Tanpa Nama berkata...

Ahli ahli semua nak sokong tuang presideng yang Suka fitnah sifat tamak langsung Tak bersalah???

Tanpa Nama berkata...

Bila sebut nama hadi teringat perbuatan dan percakapan yang tidak baik.Jangan pula suatu hari nanti nama hadi ini macam nama hassan malek dan mat maslan yang sinonim dengan kebodohan.Suatu hari nanti akan ada orang berkata

1. "janganlah awak hadikan orang" maksudnya seseorang kawan menegur kawannya supaya jangan mengumpat/fitnah/tipu/label orang lain.

2. Ponteng - Seorang guru bertanya kepada muridnya "kenapa awak hadi kelas kelmarin.

Unknown berkata...

Salam semua.

Kita memang nampak (petunjuk) dah salah, buruknya perangai sesetengah kepimpinan ulamak (ustaz, ustazah, pros PAS) - akhlak rendah, busuk hati? understatement!! Ulamak su' makin terserlah "their true colours" ...tamak harta kuasa (dunia), berdendam, suka memaki & menghukum orang.. zalim dah tu... baik sikit daripada apa IS rebels buat aje !

Sabor geng... Bior ler kita marah berpada-pada, agak-agak ler bro & sis.. jangan terlampau membenci macam orang gila @ golongan dimurkai Allah...& whatnots. Kita buat apa patut aje.

What's paramount is kita sendiri untuk jadi pejuang@penyokong jemaah Islam kena ler "Tingkatkan ilmu, iman, niat & kualiti kerja kita bior sentiasa diredhoi, diberkati Allah.. di "jalan yang lurus" ! InsyaAllah kita teruskan mintak taufik (petunjuk) & hidayah daripada Allah untuk kejayaan dunia & akhirat & elak dicampak ke neraka jahanam ! Amin Yaa Allah !

Tanpa Nama berkata...

Memang penipu. Masa pilihanraya janji macam macam.
Lepas piliharaya kata manifesto bukan janji pulak. Penipulah tu.

bat8 berkata...

Well said....crystall clear n crisps.

bat8 berkata...

Derr....xde kena mengena dgn PKR.....jgn nak longgok masaalah sendiri kat org....tu bukan sifat ulamak yg mengaku pewaris Nabi.....tu sifat samy vellu...

Abdul Said berkata...

La apa nak jadi dengan lebai ni. Macam budak-budak. "Aku tak kawan Mahfuz , engkau jangan kau dengan dia." Hek eleh macam perangai budak sekolah rendah. Yang engkau tu nak kawan dengan UMNO takpe. UMNO tu kawan dengan Parti Komunis China!!. Amacam. Macam nilah lebai. Kalau nak merepek lain kali sangkutkan kopiah tu dulu biar kepala licin. Jangan jadi fitnah kepada orang rama. Sorang dua buat perangai macam gila khinzir yang lain terbabit. Disebabkab 3, 4 ekor tak senonoh ulamak-ulamak lain dapat nama!!!

Tanpa Nama berkata...

Elok putus dari sekarang senang dan mudah untuk mengatur langkah bagi PAKATAN RAKYAT 'PR', yang penting tolak PAS yang nak berUG dengan BN. Silakan... Yang penting GHB bersama PR. Sesiapa tak kira parti mana sekalipun jika mereka bersama PAKATAN RAKYAT kami sokong. Sekian.

Tanpa Nama berkata...




Sudah terang pun masih nak bersuluh suluh lagi.

Masih ingat ke atau buat-buat lupa, PAS telah mesabotaj Wan Azizah di prk yang lepas. PAS biarkan ahli nya berdemo semata-mata sebab PKR tolak hudud.

Sehingga ke hari ini PKR masih tidak menyokong hudud Hj Hadi.

Pertanyaan ini di tuju kepada Mursyidul Am PAS, mengapa tunggu PKR menyertai PR 2.0 bersama DAP dah GHB baru nak putuskan hubungan dengan PKR dan bukan kerana PKR menolak hudud?

Bukan kah sebagai parti yang memperjuangkan hudud akan memutuskan hubungan dengan mana-mana parti yang menolak hudud.

Mana letaknya hudud dan mana letak nya menyertai pakatan pembangkang yang baharu?

Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

Biarkan luncai terjun dengan labu nya walau si luncai cuba tarik org yg lawan umno agar tenggelam sekali.
PAS bawah haron dan hadi nak karam silakan dan terus lakukan agenda yg telah di rencana sejak 2008.
Jangan nak heret parti lain dan ikat ahli sejati PAS yg menentang perancangan hadi dan haron melakukan sabotaj parti sejak tok guru masih hidup lagi.hadi buat gerak kerja dalam PAS pusat.haron buat kerja dalam majlis syuru.bila pecah tembelang semua menikus takut kena marah dengan tok guru.memang patut PAS yg ada sekarang tenggelam sebab ada ulama yg tak taat dan buat kerja kotor tanpa pengetahuan ketua nya dulu.

Tanpa Nama berkata...

Mengapa tak putuskan hubungan dengan ahli-ahli PAS yang menyokong ketua mereka yang menubuhkan GHB. Lagi elok mana yang bukan lobai, ustad dan ulamak pun dipeghambat keluar. Biarkan dalam PAS tinggal bersama manusia suci dalam debu sahaja. Amacam?