14 Jul 2015

Dasar Gerakan Harapan Baru Adalah Islam, Tetapi Terbuka Untuk Semua...

Gerakan Harapan Baru dilancar, terbuka untuk semua

Gerakan Harapan Baru (GHB) secara rasmi dilancarkan hari ini, dibarisi pemimpin progresif dari PAS yang sebelum ini tersingkir semasa pemilihan parti pada muktamar bulan lalu.

Pengerusinya Mohamad Sabu berkata, GHB dilihat sebagai wadah atau entiti menggerakkan semula kerjasama parti politik.

"Harapan Baru akan mengasaskan satu penubuhan parti politik baharu yang berteraskan Islam bagi mencapai matlamat tersebut.

"Harapan Baru akan mendukungi Islam yang syumul dengan pendekatan inklusif, progresif dan peduli rakyat," kata Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Antara pemimpin yang turut hadir pada majlis pelancaran tersebut ialah anak bekas presiden PAS, Muhammad Faiz Fadzil, bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib, bekas calon presiden PAS Ahmad Awang, bekas ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad dan bekas naib presiden PAS Salahuddin Ayub.

Penubuhan GHB pertama kali diumumkan Mat Sabu dalam satu ceramah di Pulau Pinang.

Beliau yang juga bekas timbalan presiden PAS itu berkata, GHB tidak menolak matlamat penubuhannya sebagai sebuah parti politik yang terbuka kepada semua kaum.

Katanya, pada masa kini, permohonan pendaftaran bagi GHB sudah diserahkan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) dan mereka masih menunggu ia diluluskan.

Lebih daripada itu, Mat Sabu berkata, penubuhan gerakan itu dilihat satu bentuk kerjasama politik parti pembangkang yang akan dikenali sebagai Pakatan Rakyat 2.0.

Bagaimanapun, Mat Sabu berkata masih belum ada keputusan muktamad mengenai nama parti baharu tersebut.

"Kita masih belum ada nama parti. Ia akan dibincangkan dan semua terbuka memberi cadangan kepada kita. Buat masa ini, kita menunggu RoS.

"Kalau ikut kita, kelmarin lagi mahu diluluskan. Kita mahu secepat mungkin, kerana sokongan akar umbi begitu kuat," katanya sambil menambah ahli jawatankuasa bagi GHB juga bersifat sementara ketika ini.

Ditanya pendirian parti baharu itu mengenai hudud, memandangkan ia menjadi faktor kepada perpecahan Pakatan Rakyat (PR), Mat Sabu berkata hudud tetap akan menjadi sebahagian daripada agenda parti tersebut.

Namun ia perlu melalui proses demokrasi berparlimen dan perundingan, katanya.

"Hudud sebahagian daripada syariat Islam... kami tidak boleh pisahkan semua itu kerana ia terkandung dalam ajaran Islam," katanya.

Beliau juga menolak penubuhan GHB akan menyaksikan ahli jawatankuasanya meletakkan jawatan di dalam PAS.

"Kita masih lagi ahli PAS. Kalau dah ada parti baharu, baru letak (jawatan). Ini parti belum ada lagi, rumah tak siap, kalau hujan nanti, bagaimana?" soalnya.

Beliau berkata penubuhan parti baharu tersebut bermaksud ia akan menjalin kerjasama dengan semua parti politik yang sealiran seperti DAP dan PKR.

Ditanya adakah ia bermakna GHB juga akan bekerjasama dengan PAS, beliau berkata ia terpulang kepada parti tersebut.

Mengulas mengenai kedudukan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Mat Sabu berkata ia akan kekal sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sementara itu, ahli jawatankuasa sementara GHB Dr Dzulkefly Ahmad berkata parti baharu itu terbuka kepada semua termasuk bukan Islam, dengan dua jenis keahlian - ahli penuh dan ahli bersekutu.

"Keahlian penuh terbuka kepada semua Islam dan bukan Islam yang selari dengan cita-cita dan matlamat gerakan.

"Manakala keahlian bersekutu pula ialah kategori yang juga terbuka kepada Islam dan bukan Islam, namun mereka tidak ambil keahlian secara penuh, kerana tidak mahu memberi komitmen penuh dalam parti baharu.

"Sebab itu kita bawa pendekatan berbeza. Sangat inklusif yang merentas perkauman, bangsa dan agama," katanya. -TMI


Kumpulan progresif Pas lancar Gerakan Harapan Baru

KUALA LUMPUR: Kumpulan progresif dalam Pas yang kalah teruk dalam pemilihan baru-baru ini melancarkan Gerakan Harapan Baru (GHB) sebagai wadah dan entiti bagi menggerakkan semula kerja sama politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat.

Pengerusi GHB, Mohamad Sabu menyatakan GHB akan mendukung Islam yang syumul dengan pendekatan inklusif, progresif dan peduli rakyat.

Bahkan, GHB juga komited untuk membawa Islam yang sebenar-benarnya iaitu “rahmat untuk semua” dalam memberi pembelaan dan keadilan buat seluruh rakyat Malaysia.

“GHB masih lagi dalam peringkat ‘pro-term’. Sedang diusahakan di peringkat Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan di peringkat GHB kita masih lagu berbincang,” katanya dalam sidang media di Vistana Hotel pada Isnin. Mohamad turut menegaskan, barisan kepemimpinan GHB masih lagi ahli Pas.

“Kita masih lagi ahli Pas, selagi parti baru belum ditubuhkan, kita tetap menjadi ahli Pas. Takkan kita nak keluar rumah, sedangkan rumah masih belum siap, nanti kena hujan,” katanya.

Pada masa sama, Mohamad Sabu atau Mat Sabu menafikan bahawa penubuhan GHB adalah disebabkan kecewa dengan kekalahan pemimpin golongan progresif di dalam Pas.

“Kita tidak kecewa dengan kekalahan hari tu, sudah biasa hadapi kekalahan, tetapi kita kecewa dengan UMNO dan BN,” katanya.

Selain, GHB juga akan terus meletakkan pelaksanaan hukum hudud sebagai satu asas perjuangan.

“Hudud adalah sebahagian dalam syariat Islam. Kita perjuangkan ia dalam Parlimen dan perbincangan . Sebab kami tidak boleh pisahkan ia, itu terkandung dalam ajaran Islam,” tegasnya.

Turut hadir dalam sidang media itu juga adalah bekas Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, dan Ahmad Awang, Dr Mujahid Yusuf Rawa, Dr Hatta Ramli, Hanipa Maidin, Dr.Dzulkefli Ahmad, Tan Sri Muhamad Muhamad Taib.

Kata Mad Sabu lagi, GHB juga bersedia untuk bekerjasama dengan semua parti politik, dan juga mana-mana NGO agar UMNO/BN dapat ditumbangkan.

“Kami sedar dengan suasana politik Malaysia. Kalau nak memerintah, mesti ada kerja sama dengan semua,” ujarnya.
=FMT






ULASAN GB

Tiba juga saat yang dnanti-nantikan oleh ramai ahli-ahli PAS khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

Sebuah parti yang berbilang kaum mendukung Islam yang syumul dengan pendekatan inklusif, progresif dan peduli rakyat.

Seperti yang GB utarakan sebelum ini, petikan:

Segala rencana dan perancangan jahat, kotor dan hina untuk menyingkirkan golongan professional dari PAS kini disambut oleh G18 dengan penubuhan sebuah parti baharu, sekali gus membentuk sebuah gabungan baru Pakatan 2.0.

Iulah professional namanya. Mereka bukan kumpulan kecewa seperti didakwa oleh pihak yang menyingkirkan mereka.

Sebarang rencana dan rancangan jahat itu dilakukan oleh pimpinan tertinggi ulama dalam PAS dimana mereka sanggup melakukan fitnah, melemparkan tuduhan dan melabel kumpulan professional dengan pelbagai gelaran buruk seperti Jebon, Anwarinas, Munafik Haraki, barua, tolol, syaitan, anti ulama, kuda DAP dan seumpamanya.

Allah membimbing golongan professional untuk tidak berkelakuan seperti mereka. Malah ditunjukkan jalan apa yang perlu mereka lakukan demi untuk memenangkan Islam kerana Islam itu tidak terhad hanya kepada hudud sepertimana yang diperjuangkan oleh kumpulan yang kononnya memanggil diri mereka "ulama".

Biarlah si Luncai terjun dengan labu-labunya, kita berjalan terus dengan matlamat kita.... semuga Allah menerima amal kita dan melimpahkan keredhaan dan keberkatannya buat kumpulan professional yang telah ikhlas berjuang di jalanNya selama ini...



23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Moga moga Kepimpinan GAHARU tak akan guna guna Ayat Ayat ARAB yang sendiri pon gagal memahami

Contoh nya TAHALUF SIYASI sudah macam "BAHALOL BASI" bila sudah putus hubungan dengan DAP dan Pakatan tetapi tetap nak kerja dengan Pakatan harap Gaji BUTA.

Kepala Otak !!!!!

GAHARU boleh ber kembang maju jika pemikiran SIMPLE FOKUS dan BER FIKIR

Bagi Nombor Akaun Bank biar Rakyat SUMBANG WANG UNTUK RAKYAT

Bukan macam MAT BAHALOL ambik duit Rakyat buat Duit Sendiri

Kepala Otak !!!!!!

Syade berkata...

Hairan kenapa Ust Ahmad Awang tak dilantik sebgai Pengerusi..walhal dicadangkan sebagai pengganti TGHH semasa muktamar

Tanpa Nama berkata...

Tahniah kpd abg mat n the geng... saya dan keluarga akan daftar jadi ahli parti tuan nanti...tak sabar nak tunggu ceramah geng 'harapan baru' di sekitar lembah kelang...saya pasti akan turun...

Tanpa Nama berkata...

ALHAMDULILLAH.SYABAS....TERUSKAN PERJUANGAN MURNI ANDA.RAKYAT SENTIASA MENYOKONG ANDA SELAGI ANDA DIJALAN YG BENAR

Tanpa Nama berkata...

Macamana boleh dikatakan parti baharu ini tidak akan menjadi pembangkang yang kuat? PAS tak sudah-sudah menunjukkan kebebalan dalam politik. Siapa yang nak jadi pembangkang? PR 2.0 bukan nya nak jadi pembangkang.

Harapan Baru PR 2.0 ialah nak tumbang UMNO BN.

Bererti PAS terus bercita-cita jadi pembangkang dan sebaliknya Harapan Baru 2.0 bercita-cita untuk menjadi Kerajaan Harapan Baru !

Tanpa Nama berkata...

Buat masa ini PAS seperti kera sumbang. Entah macamana PAS Selangor masih mengatakan PR masih ujud sedangkan PAS tidak membuat bantahan terhadap PKR dan DAP yang memberi sokongan kepada Harapan Baru tanpa berbincang dengan PAS.

Nampak betul PAS lebih gila kan jawatan dari mempertahankan maruah.





Tanpa Nama berkata...

Terbaek..wish all d best..teruskan berjuang!!!

sb dehlawi berkata...

ulasan yg bernas dr gb, tahniah...insyaalah akn berbondong bondong lah rakyat malaysia akn join parti baharu

air gunung berkata...

Dah lama aku tunggu mender nih.dulu masih mengharap sesuatu perubahan atau anjakan berlaku dlm PAS..tp......tinggal harapan jerlah.dari pengalaman pergaulan bercampur dgn mereka yg menyokong konon2 konsep kepimpinan ulamak serta kenalan dr ex student timur tengah buat aku makin tawar hati bila melihat pola pemikiran mereka.kebanyakkan setaraf mat gebang.kerjabuat hampeh.dlm mesyuarat bincang pon berjela2 ala2 ceramah.lembik kat situ jer.kerja haram setapak pon blom gerak.kah kH kah.agak2nya lah.cmanala pepuak neh tadbir negara.aku rasalah dlm setahun tu 220 hari ceramah solat hajat.

Tanpa Nama berkata...

Hanya satu misi pada ku buat tatapan generasi mendatang yaitu sebuah kerajaan baru harapan rakyat yg berpijak atas paksi demi rakyat. Robohkan dan tumbangkan regim umno/bn adalah matlamat selagi hayat dikandung badan. Tiada yg lebih indah jika semua rakyat berbilang kaum dan agama bangkit membela masa depan yg gemilang utk malaysiaku yg tercinta kembali ke pesada dunia. Tidak sanggup rasanya ku titipkan kepada generasi ku sebuah negara yg korup dan bangkrup. Bangun rakyat revolusi gelombang kedua kita gerakkan. Amin

Tanpa Nama berkata...

PAS dah tak ada harapan, nak bekerjasama macamana? Musuh PAS dan musuh PR 2.0 pun dah tak sama. PAS sudah menganggap musuhnya tidak sejahat firaun lagi. Sedangkan bagi PR 2.0 musuh utama ialah rasuah dan salah-guna kuasa yang menjadikan UMNO zalim seperti firaun jugak.

Jangan berpolitik cara hipokrit lagi. Ingat bila musuh hulur tangan dengan cepat-cepat mereka sambut. Bila musuh nak rebah terus mereka bagi tongkat.

PAS suka masuh lubang yang sama dan di patuk ular yang sama. Jangan pula Harapan Baru dan PR 2.0 pun ikut sama masuk lubang yang sama dan di patuk oleh dua ekur ular yang sama.

Sekarang UMNO pun takut dengan PAS sebab jika UMNO dalam kedudukan PAS, UMNO akan letak jawatan di Selangor. Jadi mengapa Harapan Baharu perlu bekerjasama dengan PAS?

GHB terbuka kepada semua parti politik tetapi sama dan satu matlamat belum tentu memberi munafaat kepada PR 2.0 dan belum tentu nada suara kita sesuai.

GB tak nak tukar ke jadi Green Hijau Boc.? Hehehe.

Unknown berkata...

Placard @ poster kecil # harapan baru.

Ianya persis konsep poster Barack Obama dan ianya sangat baik.
Cuma tulisannya patut besar iaitu HARAPAN baru. Fontnya diBOLD.
Biar hampir penuh muka surat. Warna OK.


Apapun konsep placard macam tu sangat baik.

1. Cetak pada kertas berkualiti dan jual.Kami akan membeli sambil
menyumbang.Buat yang plastik pun OK.

2. Placard itu dibawa semasa menghadiri rally . Bayangkan ribuan placard yang sama menggambarkan kesatuan. Impak saikologi sangat tinggi.Gambar2 yang tersebar akan membina solidarity.

3. Placard itu boleh diguna berkali2.

4. Hanya placard tersebut dibenarkan dalam rally.Ia akan mengelakan provokasi pihak lawan yang sengaja menaikan spanduk yang berniat jahat untuk mencemari Harapan Baru.

5.Cetak pada baju t HARAPAN baru dan jual.

6.Car sticker jangan dilupa serta lain-lain barangan.

Syabas....

HARAPAN
BARU

sb dehlawi berkata...

dulu semangat aku untk behijrah dalam parti baru ialah 100%, tetapi kini telah naik 200% lebih lebih lgi dt husam musa dn ramai tokoh politik pas kelantan tunggu masa jugak utk behijrah. harapan aku pilihan raya akn datang kelantan dpt kepada ghb...memandangkn krajaan pas sekarang dah hilang arah...seolah olah mahu serahkn kelantan kepada bn

kepada kawan2 yg ada maklumat tokoh2 akn sertai ghb, tolong beritahu

Malaysiabaru berkata...

Masyallah hujan renyai renyai di pagi malam ke 27!

Unknown berkata...


Salam,

BERSATU adalah formula yang penting dalam berorganisasi.
Penyokong juga mesti di satukan.

Satukan iltizam, satukan cara kerja, juga satukan lambang-lambang.

Saya anggap placard Harapan baru. Dari segi konsep, saiz dan warna
sudah memadai dan boleh ditambahbaik.

Cuma saya ingin mencadangkan placard dicetak dengan saiz yang sma,
kata-kata yang smama tetapi dalam 4 versi:

1. Tulisan jawi
2. Tulisan Melayu
3. Tulisan Cina
4. Tulisan India

Placard tersebut dicetak pada kertas kualiti dan di JUAL. Khususnya
diprogram rally HARAPAN baru.

Sesuai sangat dengan konsep inklusif HARAPAN baru.

Impaknya juga bagus. Bayangkan orang cina angkat placard jawi, orang India angkat
placard cina, orang melayu angkat placard India. Gambar2 akan jadi viral.
KESATUAN akan dapaat diujudkan tanpa sedar.

Satu lagi handsign. HARAPAN baru kena ada hand sign.tak perlu modal.
Ini satu lagi Simbol KESATUAN. Jika Najib dengan jari telunjuk, HRAPAN baru
elok gunakan tanda GOOD iaitu tangan digenggam dengan ibu jari tegak.

Dalam rally akan berlaku serentak acara angkat tanda good.
Ingat tak dalam satu perhimpunan lampu dipadam dan beribu2 orang ONkan HP. Hebat. KESATUAN ujud dalam perbuatan.

HARAPAN baru - berjuang di era siber. Gunakan sosial media sepenuhnya.

Selamat Berjuang saudara2ku.

Nota: GB tukar konsep warna baru pun OK. :-)

Unknown berkata...


Salam. mulai hari ini harap semua penyokong
Harapan Baru mula menyebarkan gambar placard
harapan baru.

Kita lakukan apa yang mampu. Mungkin ianya
kecil tetapi penting. Harapan baru mesti
meniti namanya dari mulut ke mulut.
Dari handphone ke handphone.Ke seluruh negara.

Gunakan agenda ziarah menziarahi sebagai peluang mengwarwarkan lahirnya HARAPAN baru disegenap pelusok Malaysia.

SELAMAT HARI RAYA


Tanpa Nama berkata...

Saya rasa Gerakan Harapan Baru patut bergerak sbg NGO shj utk kukuhkan Pakatan 2.0. Utk bertanding PRU boleh guna wadah PKR ataupun DAP kerana jenama parti2 tersebut telah diterima rakyat. Hubungan baik dengan DSAI dan LGE sepatutnya menjadi batu loncatan utk G18. Bayangkan Mat Sabu bertanding atas tiket DAP, sudah tentu penerimaan org2 melayu terhadap DAP bertambah baik dan mengelakkan DAPhobia oleh org2 melayu. Syabat abg mat, teruskan usaha. Abg Mat kuatkan.....

Tanpa Nama berkata...


Sama2 renongkan..

"..wa ma arsalnaka illa RAHMATAN lil'alamiin"

Tiada diutus Muhammad SAW itu slain mnjd RAHMAT ksluruh alam-alam..



Apakah RAHMAT itu?

RAHMAT = ibarat CAHAYA yg mnyinar sntiasa ADIL-saksama utk sluruh alam-alam

RAHMAT = ibarat CAHAYA mnyinar yg TIDAK tahu erti pilih-KASEH/bias kpd smua makhluk2'NYA

RAHMAT = ibarat CAHAYA LURUS yg maha7TERANG dpt mnyuloh/diRASAi hingga kdasar stiap HATI

RAHMAT = TIDAK pernah kenal-BULU..tiada assobiyah-KAUM..kita smua SATU-anak cucu Adam as!

RAHMAT = TIADA kasta-FEUDAL-gelaran...tiada sTOLOL pangkat-NOBAT-glamor budak2 hingusan

RAHMAT = universal-UNVERSE-globalise...planet2-GALAKSI-bumi..maha7AGONG maha7LUAS trbuka

RAHMAT = spasrah7KEPASRAHAN kpd ssuci7NILAI-jujur-ikhlas-AMANAH-MERIT-budi yg TAKde tolok bandingan..

RAHMAT = SELFLESS..

RAHMAT = TOTALLY selfless..

RAHMAT = SELFLESS to d core without any PERSONAL interest n only-LOVE/God come'FIRST



Nota:

Apb kita bnar7meRAHMATI sluruh alam-alam..

alam manusia..

alam tumbuhan..

alam serangga-haiwan..

alam lautan-ikan2..

..SERTA sluruh alam2 ddlm GALAKSI-cakrawala'NYA yg maha7AGONG-Luas itu..maka RAHMAT drp"NYA" akan mncurah7MENJELMA-hadir kpd kita semua..

"..YARZUKHU min haisula yahtasib"

"arinal haqqa-HAQQAN.."

Wassalam..

Unknown berkata...


Salam, Blog the sniper ada menyiarkan borang ONLINE sebagai ahli Gerakan Harapan baru.
Malangnya borang tersebut tak ujud.

Adakah pihak sekretariat ada membuka keahlian?
Bukankah ianya hanya platform?
Bukankah parti baru belum diishtiharkan?

Adakah ini permulaan satu permainan sabotaj?

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Kehadiran Gerakan Harapan Baru memang dinanti-nantikan oleh rakyat marhaen yang dahagakan pembelaan. Namun begitu, kehadiran NGO ini amat digeruni oleh pemimpin-pemimpin Pas. Untuk menghilangkan rasa takut dan ngeri, mereka melemparkan tuduhan bahawa kewujudan parti baharu ini tidak akan membawa kebaikan kepada Islam. Kononnya tiada nilai tambah. Parti ini akan mempusakai kehadiran parti Berjasa dan Hamim sebagai parti serpihan Pas. Tindakan pemimpin-pemimpin Pas yang bersetuju dengan pemilihan berdasarkan "cai" tidak pula mereka memikirkan akan natijahnya.

Saya merasakan ada yang tidak kena pada nama pertubuhan ini."Gerakan Harapan Baru" seharusnya ditukar kepada "Gerakan Harapan Baharu". Perkataan "baru" dan "baharu" membawa makna yang berbeza. "Baru" ialah kata bantu manakala "baharu" ialah kata adjektif. "Baru" kalau diterjemahkan ke bahasa Inggeris membawa maksud just, manakala "baharu" pula membawa maksud "new" . Dalam erti kata lain, "baru" berkaitan dengan tempoh masa yang belum lama berlalu seperti dalam contoh berikut:

i. Pas baru sahaja memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP.
ii. Hadi Awang baru tiba dari Jepun.
iii. Persidangan parlimen baru sahaja selesai.

Manakala 'baharu' (new) pula merupakan kata adjektif yang menerangkan keadaan sesuatu yang berlawanan sifatnya dengan 'lama' atau 'buruk' seperti yang terdapat dalam contoh berikut: kereta baharu, baju baharu, majalah baharu, pelajar baharu, guru baharu, kaedah baharu, teknologi baharu dan sebagainya.

Sebelum NGO ini berkembang maju dan menerima keahlian, lebih baik namanya ditukarkan. Jika namanya dikekalkan mungkin akan menjadi bahan lawak pihak-pihak yang tidak menyukainya. Pakar-pakar bahasa pastinya akan bersuara menyatakan kesaalahan pada nama NGO ini. Pastinya UMNO dengan angkuh menyatakan Mat sabu dan kuncu-kuncunya lemah dalam pengusaan bahasa Melayu. Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

Rasanya UAA bukan mahu pun jawatan tuang presideng tetapi melihat tatakelakuan dan pendekatan TGHH, menyebabkan beliau sanggup bertanding jawatan tersebut...org dh tua ni jarang nk besusah payah jadi prezz kecuali ada sebab..

Tanpa Nama berkata...

1 daerah sg.petani menyokong penuh harapan baru. Mint no acc utk dana dan borang ahli

adi berkata...

Tahniah kepada GHB...cumanya apabila berjaya mendapat tempat dan kedudukan yg baik nanti...jgn dilupa kepada para bloggers...berikan pengiktirafan kepada mereka...tulang belakang dan nadi penggerak...sekadar pendapat...