14 Jul 2015

Polis Tangkap Ali Tinju, Papagomo Diburu

Insiden Low Yat: Ali Tinju ditahan

Polis menahan Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom di bawah Akta Hasutan berkaitan dengan insiden Low Yat.

Lebih dikenali sebagai 'Ali Tinju', dia ditahan kerana didakwa membuat ucapan bersentimen perkauman di luar plaza itu pada malam Ahad, demikian menurut China Press.

Mohd Ali menjadi terkenal pada tahun 2012 apabila beliau menganjurkan "senaman punggung" di luar rumah bekas pengerusi Majlis Peguam, Datuk S Ambiga.

Ia sebagai respons kepada peranan Ambiga dalam penganjuran perhimpunan BERSIH untuk menuntut pilihan raya yang bebas dan adil. -mk


Polis akan tahan ahli politik, Papagomo hari ini



Polis akan menahan seorang ahli politik dan blogger upahan Umno, Papagomo selepas gagal menyerahkan diri berikutan cuba mencetuskan ketegangan kaum di Plaza Low Yat pada Ahad lalu, lapor The Star Online.

Ahli politik berkenaan didakwa menyampaikan ucapan berbaur hasutan di luar Plaza Low Yat seperti disiarkan di laman sosial manakala Papagomo didakwa menyebarkan gambar kononnya "mangsa" kekecohan sehingga memburukkan lagi keadaan.

"Kita sudah arahkan mereka serah diri tetapi mereka tidak berbuat demikian.

"Hari ini, kita akan cari dan tahan mereka," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar seperti dilaporkan portal milik MCA itu.

Video ucapan perkauman ahli politik itu kemudiannya menjadi viral malah disiarkan di laman media sosial Facebook.

Khalid berkata, individu lain berucap di hadapan bangunan Plaza Low Yat mengajak orang ramai merusuh, juga ‎perlu bersedia menghadapi nasib sama.

"Kita bagi mereka peluang serah diri tetapi ‎mereka mensia-siakannnya.

"Sekarang ingat kata saya, kita akan datang tangkap mereka," katanya.

Khalid berkata, polis akan mengenal pasti individu lain yang bertanggungjawab menyebarkan berita palsu di media sosial dan medium lain.

"Walaupun saya dah beri amaran, masih ada pengguna media sosial yang menyiarkan gambar daripada insiden lain dan mendakwa ia berlaku di Low Yat.

"Jangan api-apikan situasi yang sudah diselesaikan," katanya.

Khalid semalam dilaporkan berkata, antara individu yang menyebarkan berita berniat jahat ‎adalah Papagomo, dan memberi amaran kepada beliau: "Lebih baik Papagomo serah diri daripada ditahan polis."

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa juga mengesahkan polis sedang mencari pemimpin bahagian parti yang memiliki gambar rakaman video itu.

Menurut pengurusan Plaza Low Yat, suspek ditangkap pada Sabtu, 5.40 petang, selepas didakwa cuba mencuri telefon bimbit daripada sebuah kiosk di pusat beli belah tersebut.

Dikatakan selepas perkara itu terjadi, sekumpulan pemuda muncul dan memusnahkan kedai lain kerana mendakwa kakitangan kedai itu membantu menangkap suspek.

Ahad lalu, beberapa orang awam termasuk 3 wartawan cedera diserang dalam rusuhan itu selepas polis menyuraikan himpunan protes di pusat beli belah itu.

Saksi berkata, sekumpulan lelaki meluru masuk ke kedai makanan berdekatan plaza itu sekitar tengah malam dan mencederakan peronda dengan helmet motosikal.

Setakat ini, 19 orang ditahan kerana terlibat dalam kejadian itu.
- TMI







11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Wayang aje tu.deme org bn kebal.nt xtangkap pun cuma talipon je siasat,tanya khabar.kahkahjah

Malaysiabaru berkata...

WAYANG

kalau dulu tangkap harun idris masa 13mei confirm tiada rusuhan...

Apa kata tangkap Ibrahim.katak perkosa

Mufti haramsani

Dan ketuanan islam ayoh Ping Marang " cina kapir harbi anti hudud' ( nama pun kapir buduh)

air gunung berkata...

Ingt.dia ade syafaat cium tgn..so bakal x kena haper2 laa

Tanpa Nama berkata...

Zuhdi da brsuara..tuduh ghb dsenangi lgbt..kah kah kah...lawak2..sebijik mcm umno serang dsai..

Tanpa Nama berkata...

Sorang silap tempat buat tarian pungkoq dan sorang sepatutnya jaja fitnah lucah umprono tapi lain pula dibuatnya.

Saiful berkata...

Bagi dok lokap seminggu ..raya dlm tu..lepas tu bg masuk jel..nnt baru tau mana p melayu tu..

Tanpa Nama berkata...

Come on lah Anwar kena 5 tahun, tak lari pun.
Masa dedahkan perangai Anwar macam dia lagi hebat dari Anwar. Berani menanggung risiko. Piiirah !

Tanpa Nama berkata...

Masyarakat kita lebih percayakan cerita palsu dan kabar angin dari cerita yang se benar nya. Percaya lah dalam negara kita, tidak ada satu pun cerita yang benar kerana maklumat-maklumat dan rekod-rekod yang sengaja di sembunyi atau yang di cipta mengikut kemahuan pihak yang berkuasa.

Tetapi dari cerita yang tidak benar ini, satu demi satu, lama kelamaan terjadi lah peristiwa dan perkara yang benar. Keadilan dan kebenaran sedang berjalan.

Yang benar di putar belitkan sehingga menjadi pembohongan yang melampau dan dinafikan hak-hak mendapat keadilan dan ketelusan.

Cerita yang tidak benar, di jadikan benar dengan melibatkan mahkamah dan penglibatan orang-orang yang hilang kredibilitinya. Pemimpin tidak rasa bersalah dan malu bercakap sesuatu yang tidak benar walaupun hari-hari.

Kita terpaksa menanggung akibat yang sangat teruk dan membazir masa yang panjang untuk mengetahui kebenaran. Dan apabila kita tahu tentang kebenaran tentang sesuatu perkara tersebut, kita sudah terlambat.

Kita percaya setelah 1MDB berhutang berbillion. Kita percaya pemimpin UMNO guna duit rakyat setelah TH dan Mara beli tanah mahal. Kita percaya NFC tidak mustahil sebab ada duit 700 juta pun boleh masuk dalam akuan Najib seperti di lapurkan oleh WSJ. Dan akhirnya kita semakin percaya Hj Hadi dan PAS tidak berpegang pada dasar Islam dengan berdolak-dalih setelah PAS berpecah dan PAS Selangor tidak letak jawatan.


Tanpa Nama berkata...

Kasik duduk dalam lokap 1 bulan tengok....
Keluar misti jadi bodo.

Tanpa Nama berkata...

Geng2 rasist macam ni sepatutnya tak wujud di malaysia yang berbilang2 kaum.

Tanpa Nama berkata...

SAYA AGAK MARAH DENGAN KEDANGKALAN DAN KEWARASAN ORANG2 YANG BERGELAR AYAHANDA DAN BANG LONG MENGAMBIL TINDAKAN MEMBABI BUTA TANPA MEMBUAT SIASATAN TERLEBIH DAHULU. SEMUDAH ABC SEORANG YANG BERGELAR AYAHANDA DAN ABANG LONG DITIPU ANAK BAIAH YANG TERLIBAT DALAM JENAYAH TETAPI MENGATAKAN DIRINYA DIANYAYAI PEKEDAI CINA.AKIBATNYA PERKARA YANG TAK SEPATUTNYA BERLAKU TELAH TERJADI DAN KEBENARAN TERSERLAH BILA ANAK BAIAH TERLIBAT DALAM JENAYAH CURI. AYAHANDA DAN ABANG LONG TERSILAP LANGKAH DAN INI TELAH MEMALUKAN BANGSA MELAYU SENDIRI. SAYA BERHARAP AYAHANDA DAN ABANG LONG MENGAMBIL PENGAJARAN DARI PERKARA INI SEMOGA KITA SEMUA DAPAT HIDUP AMAN DAN SELESA DINEGARA YANG TERCINTA INI.