14 Jul 2015

Enggan Letak Jawatan, PAS Selangor "Khianat" Dengan MSU...

Tiada sebab keluar daripada kerajaan Selangor, kata PAS Selangor

PAS Selangor tetap bersama kerajaan negeri Selangor kerana keputusan Majlis Syura Ulama baru-baru ini hanyalah memutuskan kerjasama politik dengan DAP.

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata tiada sebab anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada PAS dalam exco kerajaan negeri Selangor meletak jawatan susulan keputusan Majlis Syura Ulama itu. "Sekiranya PAS keluar daripada Pakatan Rakyat maka ketika itu PAS mungkin perlu menarik diri daripada sebarang kerajaan pakatan tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Iskandar yang juga naib presiden PAS turut menegaskan kerajaan Selangor hari ini masih kerajaan Pakatan Rakyat berikutan tidak pernah ada pengumuman daripada Menteri Besar Mohamed Azmin Ali yang kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak lagi wujud.

Selain itu, beliau berkata tiada juga sebarang pengumuman bersama daripada pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP pakatan itu sudah tidak lagi wujud.

Pada Sabtu lepas, Majlis Syura Ulama PAS membuat keputusan hubungan tahaluf siyasi atau kerjasama politik parti itu dengan DAP terbatal berikutan tindakan provokasi berterusan dan keputusan DAP mengecam serta melanggar semangat kerjasama Pakatan Rakyat. – Bernama


PAS hipokrit jika kekal dalam kerajaan Selangor, Pulau Pinang, kata Mahfuz

Datuk Mahfuz Omar menyifatkan PAS akan dilihat hipokrit jika masih kekal dalam kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang pada ketika parti itu sudah memutuskan hubungan dengan DAP, sekutu mereka sebelum ini dalam Pakatan Rakyat (PR).

Bekas ketua penerangan PAS itu mengulas mengenai keputusan Majlis Syura Ulama (MSU) PAS yang memuktamadkan untuk memutuskan kerjasamanya dengan DAP pada satu mesyuarat kelmarin.

"Apabila PAS sudah mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan DAP, maka PAS seharusnya tidak bekerjasama dengan DAP dalam kerajaan Pulau Pinang dan Selangor.

"Jika tidak, rakyat akan melihat PAS sebagai hipokrit kerana masih terus dilihat mempunyai hubungan dalam pemerintahan Selangor dan Pulau Pinang,"
kata Mahfuz yang dipetik dalam akhbar Sinar Harian hari ini.

Kontroversi isu putus hubungan PAS dan DAP tercetus sejak muktamar tahunan parti itu menerima tanpa bahas usul Dewan Ulama tersebut awal bulan lalu.

Susulan keputusan itu, kerajaan DAP Pulau Pinang menyatakan beliau menerima tanpa soal sekiranya ahli PAS dalam kerajaannya mahu meletak jawatan, tetapi mereka enggan atas alasan pelantikan dibuat parti.

Malah, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga sudah memberi kata dua kepada ahli PAS yang enggan berganjak daripada kerajaan negeri.

Sementara itu di Selangor, PAS masih lagi berada dalam pentadbirannya walaupun sudah menamatkan kerjasamanya dengan DAP di negeri tersebut.

Mahfuz berkata, langkah seterusnya kini bergantung kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang perlu mengambilkira keputusan yang dibuat Majlis Syura itu untuk menentukan hala tuju di Selangor dan Pulau Pinang.

"Jawatankuasa Kerja PAS Pusat perlu menentukan dengan bijaksana apa yang perlu dilakukan dengan ahli PAS dalam kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang," katanya.

Mahfuz juga mengulangi pendirian PAS perlu berundur daripada kerajaan negeri.

"Saya hanya memberikan pandangan ahli PAS perlu berundur daripada kerajaan.

"Terpulang kepada mereka," katanya.

Dewan Ulama PAS pada muktamar tahunan ke-61 mengusulkan parti Islam itu memutuskan hubungan dengan DAP selepas Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendapat kecaman hebat daripada parti sekular itu.
- Bernama


ULASAN GB

Kenyataan dan tindakan PAS Selangor yang enggan meletak jawatannya di dalam kerajaan negeri Selangor AMAT JELAS membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulama.

Ini kerana Majlis Syura Ulama telah memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan DAP.

Bererti secara automatik tiada lagi kerajaan Pakatan Rakyat di negeri berkenaan. Justeru itu adalah tidak bermaruah dan tidak wajar bagi PAS Selangor untuk terus duduk di dalam kerajaan negeri Selangor apabila MSU telahg membuat keputusan sedemikian.

Sekalipun MSU mengekalkan tahaluf siyasi bersama PKR (walaupun sebelum ini PAS menghentam PKR dan DSAI di dalam isu Langkah Kajang) namun ia tidak sekali-kali menjadikan sebab kepada pewujudan Pakatan Rakyat lagi kerana keputusan MSU menganggap DAP sudah dianggap tiada lagi.

Dan sayugia diingatkan bahawa semasa PRU13 yang lalu, rakyat mengundi PAS berdasarkan kepada fakta bahawa PAS adalah rakan komponen PR.

Jangan lupa, sewaktu isu Langkah Kajang dulu, dua ADUN PAS telah digantung kerana kononnya mereka gagal mematuhi keputusan MSU.

Sekarang kenapa Mustafa Ali tiba-tiba membela pula tindakan PAS Selangor yang khianat kepada keputusan MSU dan tidak melepaskan jawatan?

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. PAS Selangor akan tetap terima bahana dan hukumnya. Ternyata sangat tindakan PAS Selangor itu adalah TIDAK BERMARUAH dan tuduhan MUNAFIK HARAKI kini ke mbali kepada mereka.

Satu perkara lagi, sebelum terlupa GB ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada 2 YB PAS yang digantung kerana telah menyelamatkan kerajaan PR dulu. Kini hukum kebenaran dan keadilan yang berjalan membuktikan tindakan kedua YB yang digantung itu, Shaari Sungip dan Hasnul baharuddin adalah TEPAT dan BENAR apabila PAS Selangor sendiri terpaksa berhempas pulas mempertahan kerajaan PR dari tumbang. Apatah lagi dengan kemunculan Gerakan Harapan Baru, kedua-dua YB itu kini mempunyai ramai "kawan" yang bersamanya kini, dan insyaAllah rakyat akan berbondong-bondong menyertai GHB selepas ini.

26 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

YA AIYUHAL PASIRUN...

belum berkuasa dah amalkan hukuman terpilih. kalau dulu sokong kerajaan negeri Selangor kena maki jadi barua, sekarang secara sukarela jadi barua. beriya2 plak tu... BERIYA2 JADI BARUA!

bottom line is RM RULES.

apabila keputusan muktamar, majlis syoru dan presiden bertembung dgn RM, RM akan selalu menang.

biar maruah tersungkur kedlm jamban, janji hidup senang lenang.

apa beza osmang jailu, jamaludin radzi dan hee yit foong dgn exco, ahli pas yg masih kekal dlm kerajaan Selangor termasuk din ayam?

TIADA.

semuanya TIADA MARUAH.

abrarmujahideen berkata...

Bukan poligami tp bermukah. Hina sungguh diorang nie...pemimpin xde malu langsung mcm najib laki bini

Tanpa Nama berkata...

Apa kau cakap ni mamat.Dalam kerajan Selangor DAP takda ke,Atau DAP kat Selagor ni lain dari DAP Penang?apa punya otak,ooooooo.otak penipu sebab nak jaga jawatan kau pusing macam2 alasan,cuba kalau bukan kau yang jadi exco ,mungkin kau yang cepat2 arahkan orang lain letak jawatan,Begitu juga dengan muslimat Pas,katanya DAP bukan jahat sangat ,sebab rupanya dia ada jawatan sebagai ahli Majlis.Whai tuang presding dan mursidol am ,apa hukuman pada oarng tak wala! ni? mengapa membisu.ambil tindakan disiplin sebab masih bersekongkol denag babi,babi tu kan haram.

Tanpa Nama berkata...

Dalam isu kajang dan isu Khaldi ibarahin dulu presideng Pas banyak menghina kawan dan rakan ,Bagaina dengan hinaan kepada Anwar,dengan Wan Azizah begitu juga dengan 2 tokoh penyelamat PKR ,HA! sekarang penhinaa itu kembali kemuka sendiri.setiap masa ada sahaj penghina terhadap mereka berdua.kita heran mengapa terjadi sedemikan rupa pada ulamak masa kini.

Tanpa Nama berkata...

Ha ha ha ha ha ha ha ha... boleh batal posa sebab ketawa melihat gelagat penyandang2 jawatan kerajaan dari PAS mempertahankan tembolok dan perut berbanding maruah dan harga diri dan parti.

air gunung berkata...

Parti Angkatan Sarkas Semalaysia.
Adoiiiiiiii.Malunya malu ooooooo maluuuuu.
Bikin malu islam shj.

Tanpa Nama berkata...

Bro, dia orang tipu kata "tiada Sebab". Parti munafik yang beragama???????

Tanpa Nama berkata...

Pasal Duit Gaji dan elaoun kerajaan Selangor , orang orang PAS sendiri tak ber satu dengan MSU.

Yang di cela hina Cina dan DAP tapi masih hidup dengan Cukai dari business Cina.

Kepala Otak !!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

RM tu Rosmah Mansoori ke....dan DIN AYAM tu yang jual ayam kampung dan ayam bandar kat pasar seksyen 6 sebelah kedai perangsang kow tim tu kah....hihihi...

Tanpa Nama berkata...

tak ada sebab? mari aku beri sebab...

1. letak calon bertindih di kerusi PKR.
2. fitnah calon pkr supaya kalah.
3. hina presiden pkr.
4. bersikap kasar dgn DSAI.
5. hantar senarai calon mb sendiri pd sultan tanpa persetujuan PKR n DAP.
6. solat hajat nak kekalkan Khalid yg dipecat oleh PKR.
7. cuba rasuah azmin dgn jwtn mb.
8. puak mung (geng ooolamuck) tak sokong presiden PKR di permatang pauh.

dan banyak lagi...

kalau dulu dua adun yg tetap bersama kerajaan Selangor di cap sbg barua. sekarang lu sendiri beriya2 nak jadi barua...

maruah yilek pucik.

hahahahaaaa....

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Pakatan Rakyat dibentuk oleh komponen tiga parti, Pas, Dap dan Pkr. Pas melalui Muktamar 2015 memutuskan tahaluf siyasi dengan Dap. Ini bermakna tiada lagi gagasan Pakatan Rakyat. Pas yang memutuskan hubungan, maka Paslah yang keluar PR. Anehnya, Pas Selangor masih mahu lagi berkongsi kuasa dengan Dap di Selangor. Mekanisma berkongsi kuasa bermakna mengekalkan jawatan tiga exco dan lebih 5,000 jawatan lantikan politik. Hilang kuasa, maka hilanglah jawatan, gaji dan ganjaran. Oh, rupa-rupanya perjuangan Pas hanya sekadar untuk mendapat kuasa, gaji dan ganjaran. Soal prinsip perjuangan dan maruah diri boleh dikesampingkan begitu sahaja. Adakah ini slogan yang mendasari perjuangan Pas?

Malaysiabaru berkata...

Pelik kan. Apa yg kami tulis bulan lepasmjadi kenyataan.

memang sah anakngajah buncit ni dah munafik

kuta semjua tahu siapa iskandar semak

dari peranan pecat azmin director pkns sehingga sekongkol dgn khalid gagap

Tanpa Nama berkata...

Fuuulllluuusss punya pasal...apa aku kesah maruah parti...kah kah kah..

Tanpa Nama berkata...

Kerana WANG otak jadi BANGANG!!! Ada jawatan jgn harap la nak lepaskan. Biar maruah diri dipijak2, dihenyak, diludah namun WANG dan JAWATAN tetap dipertahan. Inikah contoh pemimpin ISLAM? Sebusuk2 Mat Sabu, Mahfuz dan yg lelain korang panggil JEBON tu ada MARUAH DIRI. Letak jawatan secara terhormat tanpa disuruh. Yg dok pulun kutuk org lain macam2 tu bila lagi? Nak tunggu bole pakai jet ka baru nak letak jawatan atau ada hati nak amik alih kerusi MB? Bawak2 la muhasabah diri tu... anda semua dah jauh dr pokok perjuangan asal mu...

Tanpa Nama berkata...

Ketua majlis syoru ulamarmak haron jin dan tuang pressideng menanggung akibat kerana berkahwin dengan pakatan tetapi bermukah dengan umno. Perbuatan kotor. Tak hingin aku nak walak dengan manusia jenis ni. Lama lama baalaaak.

Tanpa Nama berkata...

PAS Selangor patut cakap macam ini (tidak ada sebab) sebelum Majlis Syoru ya? Hehe..buat keputusan. Ikut kan cerita, PAS Selangor lah yang sepatutnya yang kuat menyuara kan tidak bersetuju dengan tindakan Hj Hadi menyokong Khalid Ibrahim.

PAS Selangor pun terlibat dengan cai di peringkat negeri.

PAS Selangor tak bersuara mempertahankan PKR semasa isu MB Selangor kerana pada masa itu PAS Selangor yakin dengan sokongan UMNO Selangor.

PAS Selangor tidak berprinsip dan berpendirian kerana sebelum ini mereka tidak letak jawatan dengan memberi alasan menunggu keputusan MSU ..oops sori Majlis Syoru ya? Hehehe. Bukan Majlis Suka U-turn ke??

Jika kau orang marah dan benci tapi kita suka PAS Selangor buat macam ini. Sebab tekaan dan firasat kita tepat, betul yang PAS Selangor pemimpin Islam konon tapi maaf cakap lah 'No ayam jantan !'

Alasan 'hanyalah memutuskan kerjasama politik dengan DAP' adalah alasan sihipokrit. Di Pulau Pinang pulak PAS tidak letak jawatan sebab jawatan tersebut adalah atas kuota politik yang telah dipersetujui.

Mananya pergi DAP masuk campur hal aqidah ? Mana perginya maruah Presiden yang di hina oleh DAP? Mana pergi nya DAP menentang hudud? Tak ada pun Ulamak bagi alasan politik seperti suka buat keputusan sendiri atau berunding secara sulit dengan UMNO?

Presiden PAS sendiri yang tidak hadir mesyuarat pimpinan tertinggi PR dan Presiden PAS sendiri yang tidak hormat keputusan mesyuarat pimpinan tertinggi PR, nak umum apa? Tarikh PR menjadi arwah ialah pada tarikh muktamar terima usul tanpa bahas !

Sam Sung berkata...

Org lain kne ikut peraturan lah..ana ustaz n ulamak x payah lah..

Tanpa Nama berkata...

Bubar je lah MSU. Tak pun bulan puasa ini eluk jugak MSU buat bubur je.

Buat keputusan, entah apa-apa punya keputusan. Memunahkan PAS.

Dah buat keputusan, boleh break pulak. Konon-kononnya usul tanpa bahas ialah keputusan muktamar. MSU belum terima untuk memutuskan sah atau tidak.

Bila di sahkan oleh MSU usul tersebut pimpinan PAS peringkat negeri pulak tak ikut.

Siapa yang ikut siapa sekarang ini? Huru-hara lah macam ini.

Sebelum ini ramai kata orang PAS kuat dan tak boleh di beli dengan wang ringgit. Di Perak yang kena beli ialah orang PKR dan DAP. Beberapa pemimpin PKR berpaling tadah sebab wang ringgit. UMNO susah nak makan orang PAS tapi mengapa sekarang jadi macam ini? Siapa punca nya pemimpin PAS goyah?

Sekarang kerana jawatan, PAS pun sama dengan orang PKR yang di beli oleh UMNO. PAS tidak boleh berbangga lagi dengan ketahanan dan kehebatan ahlinya seperti masa lampau.

Tanpa Nama berkata...

Pas nikan suka main sumpah -sumpah , suka menyumpahkan orang lain ha sekarang sape macam sumpah-sumpah hhahahahahahahaaaa

Tanpa Nama berkata...

Pas boleh ambil mana2 lawyar untuk bela kes kekal jawatan di adun selangor sekarang. Namun kalau pas kalah dalam tuntutan tersebut, rakyat melihat pas tiada lagi memiliki maruah dan intigriti. Pas musnah kerana kepimpinannya yang tidak mampu bertindak secara profosional.

Oleh kerana Abd hadi dan Haron din yang menjadi punca masalah ini masih di situ, maka ahli2 pas yang masih cerdik dan ikhlas dalam perjuangan islam pasti akan cabut lari.

Yang tinggal adalah orang2 yang kurang arif berpolitik dalam negara berbilang kaum. Mereka bakal dimanipulasi untuk menjadi tentera jihad melawan balik mana2 golongan islam dan rakyat bukan islam yang tidak sehaluan.

Bunga2 ke arah berlakunya penghancuran parti2 yang bakal melawan bn nanti sudah pun berputik. Pas perak bukankah awal2 lagi mahu bertanding dalam semua kerusi pada pru 14 nanti. Tidak dapat dibayangkan betapa haru birunya suasana pilihan raya nanti. Rakyat pasti kecewa kalau bn keluar lagi sebagai pemenang.

Di semua negeri pantai timur dijangkakan suasana lebih haru biru dan malang lagi. Pas benar2 bakal menjadi pemecah belah parti pembangkang. Kerosakkan skala besar yang tiada tolok bandingnya pasti tercatat.

Hanya satu jalan sahaja untuk memadamkan masalah ini. Pas harus dimusnahkan. Musnahkan pas secara adil dan tidak melanggar aturan adalah satu2nya jalan terbaik. Anggaplah pas umpama satelit angkasa lepas yang sudah habis tempoh hayatnya. Kemusnahan satelit tua adalah jalan betul yang terpaksa diambil. Kalau tidak, kerosakkannya bakal membawa bencana di bumi.

Adalah dengan ini diserukan kepada semua ahli2 pas agar meninggalkan parti pas hj hadi bagi membina semula parti islam yang baru dan dinamik.

Kegagalan anda untuk turut bersama2 membina semula parti yang baru ini dan masih bersama2 hj hadi akan mendedahkan anda menjadi petualang agama, bangsa dan negara. Terlalu banyak rekod2 kegagalan hj hadi dicatatkan. Pakar2 strategi ilmu politik mengesahkan hj hadi tidak layak memimpin sebuah parti pembangkang.

Tanpa Nama berkata...

Pada firasat saya..PKR akan tunggu sehingga parti baru sah di tubuhkan dan
jumlah adun Pas yang menyertai parti baru diumumkan. Setelah bilangan adun Pas yang menyertai
parti baru itu memberi majoriti yang kukuh kepada PKR, DAP dan GBH, barulah PKR singkirkan Pas.

Tanpa Nama berkata...

Kalau dipecat exco pas sekarang.... satu selangor boleh dengar takbir raya yang paling syahdu...... jahatnya aku ni..... hasut macam papagomolah pulak. Sorilah pas cai aku geram sangat dengan perangai hadi... apa pun selamat hari raya maaf zahir batin.... kalau kena pecat tu sedarlah ketentuan Allah.... kita semuakan nak keredhaan Allah... cuma optional pada pas cai alang2 tak mau putrajaya... selangorpun apa salahnya tak mahu juga.

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin Pas(cai) sekarang dari Mursidul Ang, Presiding sampai ke bawah semuanya menjadi "the laughing stocks" @ "the stooges" yang amat menghiburkan. Kalau rasa tension bacalah statement @ rakaman video mereka. Memang ada kelas!

Tanpa Nama berkata...

Renong

Renong-HALUSI

Sama2 kita renong-HALUSI apa yg tlh trjd kpd hularrmak yg prasan 'suci' itu..


Ddlm Quran ada dikesahkan pengikut2 nabi Musa as yg tlh MENYIMPANG drp sbnr7JALAN-kudus yg ditunjukkan oleh Musa kpd mrk ttpi mrk tlh MENYIMPANG drp sbnr7JALAN-lurus itu..lalu ALLAH mnjdkan mrk gelap-MURTAD-SESAT-barat dikawasan padang Teeh dmana mrk tidak dpt mncari jln kluar brpuloh2 tahun lamanya..

SAMA

SAMA-seperti..

..kenyataan2 yg kluar drp hularrrmak2 yg PRASAN 'suci' itu SAMA-seperti pengikut2 Musa as yg tlh gelap-MURTAD-SESAT-barat krn tlh MENYIMPANG drp sbnr7JALAN-Lurus-KUDUS yg dbawa nabi SAW dgn sgl PONTENG-onar-khianat-FITNAH-songlap yg tlh pon mrk lakukan..

Sbb itu kenyataan2 mrk dilihat..

--Penoh dgn PUTAR-belit

--Berdolak-dalik konar u-turn

--Bercanggah kenyataan AWAL dgn yg akhir

--TONGGANG-langgang tiada satu pon yg dpt dprcaya/dPEGANG

--Saling brcanggah diantara morrsyittol Presideng timbalannya dll

--seolah2 ibarat pokok yg trbongkang AKAR nya keatas pucuk/daunnya kbwh

--ibarat slps kesan GEMPA-bumi, smuanya hoyong-HAYANG brantakkan kcamuk brselerakan

--TIIADA..TIADA..TIADA jawapan yg pasti slain gelap-MURTAD-SESAT-barat tanpa sulohan sbnr7CAHAYA-Lurus sbg "JAWAPAN" yg maha7TERANG damai mnyinari..



Nota:

SESAT = ddlm pemikiran IDEA & kenyataan2 yg berlawanan-meNGELIRUkan!

MURTAD = aturan2-SYSTEM-LURUS-trsusun mnjd bengkok-ROSAK-brantakkan TONGGANG-langgang!

GELAP = tiada CAHAYA yg maha7TERANG..tiada JAWAPAN...tiada JALAN kluar


Semoga..

Smoga kita sama2 dpt trbuka mncari sbnr7MAKNA-erti-DEFINASI yg bnar7HAKIKI ddlm hidup ini utk mneroka smutlak7KBNARAN yg Azali yg tlh dlalui oleh smua nabi2..

"arinal haqqa HAQQAN.."

wassalam..

Tanpa Nama berkata...

Semua ini terbukti walau tinggi mana pun serban tp ulamak pas bertuhankan duit.agama hanya alat supya nmpak islam.padahal lebih buruk dr syaitan

Ritchie Blackmore berkata...

Barang siapa yg melanggar perintah majlis syurga ulama maka neraka jahanam adalah tempatnya...