19 Jul 2015

[BERGAMBAR] Sokongan Untuk GHB Terus Mencurah

Sokongan untuk Harapan Baru mencurah, termasuk dari jurulatih bola negara

Sokongan secara terbuka kepada penubuhan Gerakan Harapan Baru mencurah-curah ekoran pelancarannya Isnin lepas, termasuk daripada individu dan juga pertubuhan.

Kebanyakan mereka menzahirkan sokongan ini melalui kenyataan yang dibuat secara terbuka melalui media sosial, khasnya laman Facebook.

Antara sokongan yang mengejutkan datang daripada Karathu Muruthaiah, jurulatih bola sepak negara yang lebih dikenali M Karathu, yang secara terbuka menyatakannya kepada penyelaras Harapan Baru Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah.

"I like your Harapan Baru. I wish your new party all the success. Majukan Harapan Baru (Saya suka Harapan Baru anda. Saya doakan semoga parti baru anda berjaya. Majukan Harapan Baru)," tulis jurulatih bolasepak Perak itu kepada Wan Rahim melalui Facebook.

"Terima kasih Datuk. Datang dari personaliti semacam anda, ia memberikan makna yang besar kepada saya," tulis Wan Rahim membalas ucapan itu.

Sementara itu, Ikram Malaysia menjadi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang pertama menyatakan sokongan terbuka kepada Harapan Baru.

"Ikram dengan ini mengalu-alukan Gerakan Harapan Baru; sebuah NGO yang mendukungi Islam yang syumul dengan pendekatan yang inklusif, progresif dan peduli kepada rakyat," kata timbalan presiden Ikram, Hasanudin Mohd Yunus dalam satu kenyataannya.

Serentak dengan pengumuman Harapan Baru oleh pengerusinya Mohamad Sabu Isnin lepas, mereka menubuhkan jawatankuasa pro-tem di setiap negeri dan kawasan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Di Johor, tapak utama gerakan ini, ia dipimpin sendiri barisan pimpinan PAS negeri sebelum ini apabila bekas pesuruhjaya sesi lalu, yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Parit Yaani, Aminul Huda Hassan, menjadi penyelarasnya.

Di Perak, bekas bendahari PAS Pusat, Asmuni Awi sendiri memimpin gerakan itu dengan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin sebagai timbalannya.

Di Wilayah Persekutuan pula, bekas pengarah pilihan raya PAS Dr Mohamad Hatta Ramli sendiri memimpinnya manakala di Kedah ia dipimpin bekas exco Kedah, Dr Ismail Salleh.

Pemimpin lain ialah Wan Rahim yang menerajui usaha itu di Kelantan, Dr Hamzah Jaafar (Pahang), Hamzah Abdullah (Sabah), Abang Ahmad Kerdi Abang Masagus (Sarawak), Izham Hashim (Selangor), Adly Zahari (Melaka) dan Zulkifli Mohamad Omar (Negeri Sembilan).

Harapan Baru dilancarkan dengan rasminya Isnin 13 Julai lalu oleh pemimpin progresif yang tersingkir PAS.

Ia merupakan medium aktiviti kumpulan tersebut sebelum parti mereka diluluskan dengan rasmi oleh Pendaftar Pertubuhan.

Bagaimanapun, ketika sokongan mencurah untuk mereka, serangan mula datang daripada parti lama mereka iaitu PAS.

Pengarah pilihan raya PAS Datuk Mustafa Ali menyifatkan parti ini tidak akan berjaya kerana ia hanya proksi DAP, manakala ketua penerangannya Nasrudin Hassan menyifatkan pemimpin mereka sebagai pengkhianat kepada PAS.

Strategis PAS Dr Zuhdi Marzuki pula menyifatkan Islam mereka ala Islam Amerika dan akan disenangi Sister in Islam, Lawyer for Liberty, Comango, pendukung golongan LGBT dan DAP sendiri. –TMI


KENAPA PAS PERLU NAK MARAH HARAPAN BARU?
Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Gerakan Harapan Baru (GHB) yang diumum baru-baru ini membuatkan mereka menjadi sasaran tembakan peluru-peluru PAS. Pimpinan PAS menyerang mereka bertubi-tubi samada dalam ceramah, mahupun blog dan media sosial.

2) Dalam banyak-banyak serangan, saya simpulkan bahawa peluru yang digunakan adalah berupa serangan psikologi dengan menggelar GHB ini sebagai kumpulan orang kecewa kalah pemilihan.

3) Serangan psikologi ini diasak dan disalut dengan dalil-dalil yang sedap didengar, tajam menikam, panas berapi - membuatkan ahli-ahli dari ceruk kampung tidak akan mendekati kumpulan ini.

4) Apa sebenarnya yang pimpinan PAS mahu?

Sebenarnya tak perlu sindir, tak perlu serang. Biarlah GHB tubuh parti baru. Tak perlu pecat, mereka akan gugur keahlian dengan sendiri jika menubuh parti baru.

5) Sepatutnya pimpinan PAS bersyukur kerana orang yang mereka singkir itu benar-benar hilang daripada PAS. Lega bukan? Tapi sebaliknya, pemimpin PAS terjerit-jerit serang psikologi seolah-olah tak mahu mereka keluar daripada PAS.

6) Apakah PAS mahu mereka terus berada dalam PAS supaya psikologi mereka boleh didera secara halus? Jika tidak suka, biarkan mereka. PAS patut buat kenduri macam Ibrahim Ali. Syukur kerana jebon-jebon dah lari.

7) Perlu diingat, kamu gunakan serangan psikologi "orang kecewa kalah pemilihan".

Walhal saya beranggapan mereka bukanlah memilih GHB kerana tewas pemilihan. Tetapi mereka tidak boleh terima cara pemilihan yang dilakukan.

8 ) Pemilihan itu bukan sekadar hari Muktamar. Semua orang tahu, berbulan-bulan sebelum Muktamar, mereka digelar sebagai jebon, munafik haraki, macai-DAP, geng liberal dan sebagainya. Mereka dicaci, disindir, diherdik sesuaka hati.

Malah siap berdalil aqli dan naqli. Bukan itu sahaja, mereka diasak dengan persepsi untuk menjatuhkan presiden.

9) Hasil cacian dan makian itu meresap masuk ke dalam minda perwakilan dan akhirnya diterjemah melalui pemilihan. Malah pencalonan Ustaz Ahmad Awang memberi bonus kepada kempen "menghapuskan orang yang mahu jatuhkan Presiden".

10) Siapa tidak terasa. Kamu beri contoh Ustaz Hassan Syukri yang tewas tapi tetap istiqamah dengan PAS. Adakah Ustaz Hassan dimaki dan dicaci sebagai jebon dan munafik haraki sebelum pemilihan? Tunjukkan siapa yang telah terus istiqamah selepas dilabel begitu?

11) Ustaz Nasharudin Mat Isa pun terbarai akibat serangan "UG UG UG" dan serangan "agen Umno" yang menyaksikan beliau tewas kepada Mat Sabu. Ke mana Ustaz Nasharudin selepas itu? Hilang dari peta politik PAS.

Kecewa dan membawa diri, bukan kerana kalah semata, tetapi kalah kerana hati terluka akibat dicaci maki. Itu sebab dia seorang. Kalau dia seramai 20 orang, dah lama dia gerakkan G20 versi dia sendiri. (saya pernah terlintas, apakah pemilihan lalu adalah manifestasi balas dendam kumpulan ulama ke atas penyingkiran Ustaz Nasha oleh kumpulan progresif)

12) Pemimpin PAS perlu muhasabah, kenapa mereka mahu menyerang GHB. Saya terbaca tulisan Dr Zuhdi yang penuh fakta dan kaji selidik, berdalil bagai. Tetapi saya tak nampak semua hujah itu terkena kepada kumpulan GHB itu. Sekadar andaian dan tuduhan yang tak berasas.

13) Ya, orang kampung, pembaca harakah cetak, para penyokong bawahan yang kurang maklumat, pasti bersertuju dan hadam habis tulisan Dr Zuhdi itu. Tapi orang-orang yang keluar daripada momokan dan doktrin halus, mereka tidak akan menerima dakyah sedemikian. Jika tidak suka dengan GHB sekalipun, bukanlah tulisan Dr Zuhdi itu hujahnya.

14) Saya antara orang-orang yang tidak bersetuju penubuhan GHB. Tetapi saya tidak menolak penubuhannya kerana mereka yang mahu menubuh GHB lebih tahu apa yang mereka perlu buat.

Mereka merasai keperitannya dihalau secara clean sweep.

15) Berbalik kepada serangan psikologi pemimpin PAS, saya rasa lebih baik PAS diam sahaja dan biarkan mereka bergerak mengikut haluan mereka. PAS sudah halau mereka, maka usah sedih dengan kehilangan mereka.

Tak perlu serang mereka dengan label pengkhianat, jebon dan munafik haraki lagi.

16) Semua itu hanya akan mendatangkan simpati kepada mereka dan backfire kepada PAS. Bukankah PAS yakin dengan kekuatan sendiri dan sudah bersih daripada unsur-unsur jebon yang mahu jatuhkan Presiden? Mereka tidak akan mampu tarik ahli PAS yang setia. Yang tak setia kepada PAS, buka jalan keluar kepada mereka, usah ditangisi, usah dirindui. PAS akan bersih. Buat kerjalah dengan senang hati. Biarkan mereka, usah meroyan pula.

Sekian.



Bagi sesiapa yg tidak mengetahui akan perkara sebenarnya.....tanyalah pimpinan PAS Sendiri

Bagi sesiapa yg tidak mengetahui akan perkara sebenarnya.....tanyalah pimpinan Pas sekarang ini, siapa yg pertahan Enakmen Jenayah Syariah Kelantan yakni EJSK di dalam dan luar Parlimen..dan dimana jua pentasnya..samada kpd lawan atau kawan...Siapa?...yang dituduh menolak hudud itulah yang mempertahankan perlaksanaan Hudud di Kelantan termasuk dipentas2 forum brbahasa BI dan BM....samada yg dianjur parti politik atau NGO2...

Namun ingat sdra....Perjuangan
ISLAM bukan hanya sekadar Perjuangan Hudud.....Perjuangan Islam adalah perjuangan untuk Menegakkan (Tamkin) Syariat Seutuhnya dalam sebuah masyarakat dan negara Madani yang perlu menghormati Kedaulatan undang2 atau As-Siyadah al-Qanuniyah atau Rule of Law.

Perjuangan yang sedari awal ditahap Makkiyah lagi telah mengherdik dan membidas (wailul lil..) golongan Mutaffifin yang Curang, Culas dan Khianat dalam Tadbir-Kelola Urusniaga dan menzalimi dan memperbudakkan golongan Marhaen...lantas "Mengangkat Karamah Insaniyah"..Human Dignity dan memberikan manusia erti

Kemerdekaan Insan sebenarnya..dalam Erti Hifzul Hurriyah yang Hakiki...
Perjuangan Islam yang mendobrak segala bentuk Asobiyah yang membelenggu keintelektualan manusia berfikir dan membuat keputusan yang wajar dan waras bersandarkan Ilmu Naqli dan Aqli.. BEBAS dari Unsor dan Politik Ketakutan dan Peras Ugut...termasuk Asobiyah Kepartaian yang melampau sehingga "Mengagung dan Mentaqdis" Pemimpin meskipun ternyata mereka Silap dan Kekal dalam kesilapan....

Perjuangan untuk "Memakmurkan Bumi dengan Mengurus Khazanah Kekayaan Negara" dengan Mampan dan Kompeten serta bebas dari melakukan Khusran atau Kerosakan sehingga lahir "Kesejahteraan dan Kemakmuran buat Semua Rakyat" dengan TIDAK diizinkan Kekayaan DiBolot oleh segelintir penguasa politik yang RAKUS bersekongkol dgn segelintir koporat Tamak sehingga lahir Segelintir manusia menjadi SUPER-KAYA serta Wujud JURANG ATAU KESENJANGAN KAYA-MISKIN yang terlalu lebar dan terus melebar...

Tidak dapatkah anda mengungkap perjuangan Islam selain dari perjuangan Hudud saja sehingga bila Lawan dan Musuh yang masih Rasuah, BoRos dan Bolot 'tampak semacam nak terima Hudud'..maka kita Mudah2 ditemberang dan ditipu sebab mereka sudah mahu sokong Hudud..??......Apakah sebegitu wajarya?

Mengapa sebegini Kekakuan Pengungkapan Perjuangan Islam...satu " Intellectual Paralysis" yang sangat mengaibkan dan menyempitkan...

Ingat apa yang kedua-dua AlMarhum Ustaz Fadzil Noor dan TGNA sebut dan peringatkan kita akan tipu-helah musuh ....husnuz dzan biar bertempat dengan mrngambil kira juga tuntutan Hazar...."Berwaspada" sebagai peringatan Kitob AlLah..

Panjang pulak saya dah bersyarah......memang banyak lagi yang boleh dihuraikan akan perjuangan Islam yang Syumul dan semestinya Bukan Hanya Sekadar Hudud...sudah banyak kali juga rasanya telah saya sebutkan dan tuliskan.....

AlLahu 'Alam
AlLahu al Musta'an...

Pencerahan dari Dr Dzulkifli Ahmad
S/U GHB Pusat




LIVE CERAMAH GHB DI KANGAR PERLIS
DIBAWAKAN OLEH RADIO PEDASFM



Get the Flash Player to see this player.











18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cun!!!

SuJeng berkata...

Alhamdulillah

Tanpa Nama berkata...

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Kau rahmatilah perjuangan baru kami ini, ya Allah!

Tanpa Nama berkata...

Tahniah. tinggalkan parti Pas, parti ajaran sesat. Tubuhkan parti yang betul2 islamik yang dapat menarik bukan islam masuk islam.Taniah mat Sabu.

Unknown berkata...

SYABASSSS.....WELDANN, KIPIDAP.
SI YU TEK OVER PUTRAJAYA..
NEVER...,NEVER..., NEVER..GIVE UP.

kopipanas berkata...

Momentum yang baik dari Perlis. GHB berjaya menarik golongan muda dan veteren. Terbaik yang saya nampak perpaduan audien melayu cina siam...Tiada cercaan dan makian terhadap PAS walaupun GHB dikecam oleh pimpinan PAS. Musuh utama BN dan UMNO serta kebobrokan pimpinannya diutarakan. Nyata GHB bukan gerakan yang tercetus akibat sakit hati dan kecewa kalah.

sb dehlawi berkata...

alhamdulillah lebih 5000 datang majlis ghb di kota bharu dn lebih rm5000 derma dikumpul. tahniah ghb

Tanpa Nama berkata...

PAS tak perlu bimbang. Ini sekadar mewarnai arena dakwah dan politik Malaysia saja. Lebih baik lagi demi pengukuhan, PAS patut mempertimbangkan untuk bergabung dengan ISMA kerana sekarang tiada lagi perbezaan ketara di dalam nada perjuangan keduanya. Sekurang-kurangnyanya GHB mempunyai identiti wadahnya sendiri.

Malaysiabaru berkata...

Hebat!!!!

Complete!!!!

Ex bendahari

Ex setiausaha agung

Ex pengarah pilihanraya

Ex vice prisideng

Ex deputy presideng

Ex pas mp

Ex pas adun

Ex pas members

Wow ! Hebat !!!

Tanpa Nama berkata...

Sekiranya penubuhan GHB ini menyebabkan ada insan yang tidak boleh tidur malam ataupun kadar gula dalam darah meningkat atau pun tekanan darah meningkat ataupun tiba-tiba berat badan naik mendadak atau pun keupayaan seksual terganggu maka semua ahli-ahli dan penyokong GHB perlu memohon maaf kepada mereka. Kita doakan mereka sihat secepat mungkin. Biarlah mereka mencerca kita semua kerana orang yang terganggu kesihatan lazimnya menanggung stress dan tekanan mental!! Maafkanlah mereka.

Unknown berkata...

Syukur, Alhamdulillah.

Allah memberikan ruang dan peluang menyebarkan ajaran Islam yang syumul melalui GHB.

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Media arus perdana yang dimiliki oleh Umno / BN sering memberi gambaran yang negatif mengenai kehadiran GHB dalam kancah politik mutakhir ini. Pas juga memberikan gambaran buruk mengenai GHB. Rakyat Malaysia bukanlah setolol yang difikirkan oleh sesetengah pemimpin tertinggi Pas. Rakyat Malaysia sudah celik akal dan celik politik. Mereka akan mencari kebenaran di sebalik kombinasi tohmahan Umno dan Pas yang bermusuh di mata tetapi bersubahat di hati. Ledakan informasi melalui langit terbuka menyebabkan mereka tidak akan menerima bulat-bulat apa sahaja yang diperkatakan oleh Umno dan Pas. Konsep riverse psycology (psikologi berbalik) akan menyebabkan khalayak mencari kebenaran. Tohmahan Umno dan Pas memakan diri dan menguntungkan GHB yang memperoleh publisiti percuma.

Sokongan rakyat Malaysia terhadap GHB mencurah-curah ibarat hujan lebat di musim tengkujuh. Kelompok manusia yang tidak terlibat dengan politik sudah mula meminati poltik. Rakyat Malaysia yang tidak mengira latar belakang dan usia terpanggil untuk bercakap mengenai iklim politik negara. Hanya si tolol sahaja yang sanggup menganggukkan kepala bersetuju dengan penjelasan-penjelasan Najib dan ahli-ahli kabinetnya mengenai 1MDB yang terbeban hutang, kantong KWSP, LHDN, Tabung Haji dan Petronas yang kering kontang lantaran dipinjam oleh kerajaan, hutang negara yang mencecah RM700 bilion, penurunan nilai mata wang dan kebanjiran pendatang asing. Kemelut-kemelut ini jika tidak ditangani akan membawa Malaysia menjejaki Greek sebagai negara.

GHB ditubuhkan bukan kerana kekecewaan tetapi desakan jiwa besar barisan pimpinannya yang agenda mereka adalah untuk membela rakyat. Rakyat marhaen Malaysia akan mengalami kerugian besar jika Mat Sabu dan konco-konconya dibiarkan berihat menikmati wang pencen mereka. Biarkan mereka terus menggilap potensi kepimpinan membenteras gejala salah urus BN terhadap hazanah negara. Darah yang mengalir di tubuh barisan kepimpinan GHB adalah darah "Mat Indera" yang matlamat mereka untuk membebaskan Malaysia dari belenggu penyelewengan dan korupsi kerajaan BN. Adalah menjadi sesuatu yang tidak janggal jika GHB akan menjadi NGO dan seterusnya menjadi parti siasah paling popular dalan carta politik Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya GHB tidak perlu bermula dari bawah. Sokongan padu seperti ini memberi gambaran yang GHB hanya perlu menyambung usaha mereka yang terputus di dalam parti PAS.

Sebaliknya pro Ulamak lah yang kena bermula dari awal untuk mendapatkan keyakinan ramai.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah! Tahniah! Tahniah

Tanpa Nama berkata...

kpd jawatankuasa GHB

sila uruskan jika penyokong hendak memberi sumbangan
melalui online.

jika boleh la.

Tanpa Nama berkata...

mohon jawatankuasa GHB gerak utk menerima sumbangan secara online


jika relevan la

Tanpa Nama berkata...

i peminat dr zulkefly

pemikiran beliau sgt hebat

ceramahnya bernilai intelek

susah nk cari intelek yg berfikrah islami begini

beliau umpama permata, disamping permata2 lain GHB



tp permata2 beginilah yg dibuang oleh golongan buta hati
dan rendah intelektual dlm memahami perjuangan


permata2 ini dicampak keluar tingkap parti islam sakit itu

... tapi mereka disambut oleh rakyat... tk sempat menjejak tanah


tiba2 yg mencampakkan mereka itulah yg sakit menggelodak bathin mereka.

bukan salah rakyat tp memang mereka sudah berpenyakit rohani sebelum ini lagi.

what to do... kesiaaaaaaan

Tanpa Nama berkata...

tu dia tecurah curah punya dok mai