1 Ogo 2015

[BERGAMBAR] MH370: Objek-Objek Lain Ditemui, Botol Air Minuman Dan Botol Pencuci


Berapa barangan lain telah turut ditemui selepas penemuan beg pakaian yang telah rosak semalam di kawasan Pulau Reunion dimana serpihan disyaki milik pesawat MH370 dijumpai.

Diantaranya ialah sebotol air minuman tertera tulisan bahasa China dengan sebotol pencuci yang memparkan tulisan bahasa Indonesia.

Sementara itu, seorang nelayan Denmark, Les Pinniger menemui empat botol air plastik 1.5 liter, sebotol berjenama CACTUS (satu jenama air botol yang terkenal dikeluarkan oleh sebuah syarikat air minuman di Malaysia), dan menyatakan ia mungkin memberikan petunjuk untuk mencari serpihan yang disyaki pesawat MH370.

Barangan-barang tersebut telah diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk siasatan lanjut.

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan menyatakan ia masih terlalu awal untuk mengaitkan barang-barang tersebut dengan misteri kehilangan pesawat MH370 pada bulan Mac tahun lalu.

Kebetulan, daripada 227 penumpang pesawat MH370 adalah terdiri dari warganegara yang berbeza, diantaranya seramai 152 warganegara China, Malaysia (38), Indonesia (12), Australia (7) dan Perancis (tiga).

Semalam sebuah beg pakaian yang telah rosak teruk telah ditemui oleh seorang pekerja pembersih pantai di Reunion berdekatan dengan tapak di mana serpihan dipercayai dari penerbangan MH370 yang hilang tahun lalu ditemui.



BEG PAKAIAN DITEMUI SEMALAM







IKLAN BERBAYAR







6 ulasan:

Awanama berkata...

label masih elok macam baru keluar dari kilang ! eh! jadi macam jiran sepakat membawa berkat, 3 objek dijumpa mudah dating bersekali dari tiga Negara, ni kena jin ifrit david copperfield yg menandatangan perjanjian dengan makhluk ifrit laknatullah.

Awanama berkata...

Naik flight bleh bawa clorox ke?
Setau aku asid dan bahan kimia xleh bawa naik flight.
Ni siap botol air cactus siap clear leh baca tulisan di botol.
Logik ke botol terendam dalam air laut setahun setengah siap dgn terik matahari tetap menghasilkan tulisan yg sgt jelas lagi???

Malaysiabaru berkata...

Ketika rakyat malang Malaysia di timpa bala demi bala

Anwar tersiksa di penjara sungai Buloh...
Adakah Anwar akan mati di sana atau kluar sebagai seorang oku?

Di saat rakyat bercelaru ringgit sebentar tadi cecah 8.31 dan seluruh asean menjunam mata wang mereka...mana rakyat nak lari?

Apa pun tahniah kpd sesiapa yg telah membeli ringgit pada harga 3.71 dan menanti untuk cecah 4.80,dan membuat keuntungan untuk sesuap nasi bagi keluarga .ereka... Dalam jahanam pun ada yg buat duit


Jgn.luper derma kpd bloger pakatan 2.0

Admin berkata...

Naik flight nak bawak mineral botol kecik pon tak lepas.. Lagu mano botol besar ada.. Ops lupa.. Itu mybe pilot yg punya..

Awanama berkata...

MH 370 hoax :-
barnaclehoax.jpg (800×3368)
http://82.221.129.208/barnaclehoax.jpg

Awanama berkata...

pengeluar air mineral jenama C***** tu mesti bangga gila dah genap setahun botol dan stickernya masih ditemui utuh...?? bulih caya ka ni