1 Jun 2015

Pilih Ahmad Awang Untuk Kukuhkan PAS Dan Pakatan Rakyat


Nizar: Pilih Ahmad Awang demi kukuh PAS, Pakatan

Presiden dan barisan kepimpinan yang baru perlu diwujudkan di dalam PAS bagi memastikan parti itu terus kukuh bersama Pakatan, bekas menteri besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Nizar berkata beliau hanya mahukan parti itu dipimpin oleh individu yang tidak memperkecilkan rakan pimpinan dalam Pakatan demi menjaga keharmonian parti.

"Selepas muktamar apa yang saya mahu ialah muka presiden yang baru dan Pakatan akan kukuh seperti asal pada 2008 yang mana persefahaman pemimpin Pakatan jauh lebih akrab dan tidak keluarkan kenyataan yang memperkecilkan rakan pimpinan Pakatan.

"Presiden perlu baru, perlu juga pimpinan yang baru yang campuran bersama ulama. PAS perlu dipimpin oleh ulama dan siapa ulama itu? Dia ialah Ustaz Ahmad Awang.

"Dia (Hadi) boleh cakap Arab, dia (Ahmad) juga boleh bercakap dalam bahasa Arab, dia (Ahmad) boleh bercakap dan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, dia (Hadi) tidak boleh.

"Kita perlukan kepimpinan yang dihormati parti dan negara kita. Dan dengan kepimpinan baru yang raikan Pakatan ia akan menghilangkan khurafat yang mengatakan hanya Umno boleh pimpin orang Melayu," kata Nizar.

Beliau berkata demikian dalam forum 'Mampukah PAS dilonjakkan Pasca Jun 2015' di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) malam tadi.

Turut hadir sebagai ahli panel dalam forum itu ialah calon Presiden Ahmad Awang dan bekas menteri besar Selangoor Tan Sri Muhammad Mohd Taib.

Nizar berkata, walaupun beliau tewas untuk mengekalkan jawatan yang dipertua PAS Kawasan Kampar, namun beliau tetap bertanding mempertahankan kerusi ahli jawatankuasa PAS Pusat pada pemilihan kali ini.

Beliau turut mendakwa, semasa pemilihan PAS kali ini, beliau teruk difitnah "orang dalam parti" berbanding yang pernah dilakukan oleh Umno semasa pilihan raya umum lalu. Beliau bagaimanapun tidak menyatakan individu terbabit.

Nafi tolak ulama

Katanya, fitnah yang dilemparkan bahawa beliau menolak kepimpinan ulama tidak benar sama sekali memandangkan segala kritikan yang diberi kepada kepimpinan PAS demi sayangkan parti.

"Adakah betul kumpulan profesional nak gulingkan ulama sedangkan saya beranggapan kalau tiada ulama (Majlis Syura) untuk tangani masalah yang di bawa Umno, dah lama PAS merudum.

"Ulama sebenarnya yang menyelamatkan parti kerana mereka ada ilmu yang boleh menyelamatkan parti. Tiba-tiba saya hari ini dituduh anti ulama dan nak jatuhkan presiden.

"Sedangkan kalau di dalam mesyuarat, kalau saya beri kritikan itu bermakna saya sayangkan orang tersebut tetapi saya lebih sayangkan parti.

"Saya beri pandangan dan kritikan kerana saya nak mereka membangun, bukankah itu peradaban dalam Islam. Semasa dipimpin oleh Allahyarham Datuk Fadzil Noor dan Allahyarham Datuk Nik Aziz (Nik Mat), saya beri kritikan yang sama dan mereka raikan pandangan mana-mana ahli PAS.

"Hari ini pandangan dalam PAS, kalau kritik presiden, ini lah orang yang sokong bawa rebah," kata ADUN Changkat Jering itu lagi.

Susulan kenyataan Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang yang dilapor memberi kata dua kepada perwakilan dan bebas memilih pemimpin sama ada yang mengikut telunjuk DAP atau sebaliknya, Nizar mempersoalkan sama ada perwakilan mahukan presiden yang didakwanya menjadi boneka DAP atau Umno.

Menurut Nizar, dalam situasi banyak pihak mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, terdapat pihak dalam PAS yang mengeluarkan kenyataan supaya mengekalkan ahli parlimen Pekan itu sebagai ketua negara.

"Umno sekarang dalam keadaaan paling lemah apabila Tun Mahathir Mohamad, (timbalan perdana menteri) Tan Sri Muhyiddin Yassin dan adik najib turut menghentam (Najib), tetapi ada pihak pula yang kata kekalkan Najib.

"Kalau macam itu saya boleh kata, nak jadi presiden yang jadi boneka DAP atau boneka Umno?" soal Nizar yang mendapat tepukan daripada hadirin. -mk

Ahmad Awang berazam satukan PAS kembali


Calon presiden Ahmad Awang akan memberikan fokus kepada penyatuan ahli parti yang berpecah teruk sekarang sekiranya beliau terpilih memenangi kerusi itu dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61 minggu ini.

Ini kerana, beliau berpendapat, isu ini, terutama perpecahan antara golongan konservatif dan profesional, tidak diuruskan dengan baik oleh presiden PAS sekarang Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Ia perkara yang tidak wajar berlaku dalam satu jemaah Islam dan saya akan lakukan islah (pembaikan) ke atasnya," kata bekas pesuruhjaya PAS Perak itu dalam wawancaranya dengan The Malaysian Insider.

Ahmad, yang juga bekas presiden Persatuan Ulama Malaysia, akan menentang Hadi pada muktamar bermula 4 hingga 6 Jun ini di Kuala Selangor.

Berikut petikan wawancara beliau dengan The Malaysian Insider (TMI).

TMI: Mengapa anda terima pertandingan?

Ahmad: Saya rasa ia kehendak pihak akar umbi di pelbagai peringkat dalam PAS, melalui pencalonan yang diberikan, dan melayakkan saya untuk bertanding. Ke mana saja saya pergi dan berjumpa mereka, mereka merayu agar saya jangan menolak pencalonan itu.

Daripada 179 kawasan PAS, 115 sahaja yang membuat pencalonan untuk presiden (Hadi), manakala 82 lagi tidak membuatnya. Saya mendapat 7 pencalonan manakala Datuk Husam Musa, 8. Jadi, bagi saya, peluang ada di situ.

TMI: Apakah masih ada harapan untuk PAS bersama Pakatan Rakyat (PR) selepas apa yang berlaku dalam PAS dan selepas muktamar nanti? Atau lebih baik PAS bersama Umno?

Ahmad: Cakap-cakap para pemimpin yang ada nampaknya bersama dengan PR, tetapi tindakan dan perbuatan, ke arah tidak bersama lagi. Multaqa Ulama di Kedah beberapa tahun lalu juga menjelaskan usaha untuk mengkaji hubungan ini. Ia boleh dilihat melalui perbahasannya. Cuma tidak menyerang PR secara langsung tetapi menyerang pemimpin PAS yang mahu bersama PR.

Kewujudan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) dijadikan alasan untuk mengaitkan kononnya sesetengah pemimpin tidak wala' (taat) kepada pemimpin parti, tetapi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebenarnya, jika kita sokong Anwar, bermakna kita sokong PAS, kerana PAS berada dalam PR.

Jadi, PAS dan PR ini bergantung kepada siapa yang memimpin PAS selepas ini.

TMI: Bagaimana hubungan dengan Umno?

Ahmad: Kita, PAS dan saya, secara peribadi bersama dengan Umno sebelum ini. Umno bersetuju untuk berdakwah apabila kita bersama mereka. Maka, lahirlah Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri dan terbentuknya Pusat Islam, dan saya menjadi pengarah dakwahnya.

Namun selepas itu, PAS ditendang daripada Umno dan kemudiannya saya ditendang daripada Pusat Islam dan ditukar ke Kementerian Pelajaran atas arahan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi perdana menteri ketika itu.

Ia berlaku apabila saya bersetuju yang mangsa tragedi Memali adalah syahid, sebagaimana dikatakan pemimpin PAS ketika itu.

Sepanjang pengalaman ini, saya kenal Umno dan tidak akan bersama dengan Umno lagi.

TMI: Apa pandangan anda mengenai sikap penentangan DAP terhadap hudud?

Ahmad: Memang kita tahu DAP dari awal tak pernah sokong hudud. Karpal Singh pernah berkata 'langkah mayat saya dulu untuk laksana hudud'. Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah jumlah Karpal mengenainya walaupun dia tahu sikap Karpal. Yang pasti, boleh berbincang mengenainya. Ia tidak menggugat PR selagi ada perbincangan.

Tetapi, ia berjaya menggugat PR apabila Datuk Seri Jamil Khir Baharom (menteri di Jabatan Perdana Menteri) berkata di Dewan Rakyat, kerajaan pusat sedia membantu Kelantan melaksanakan hudud, lalu terbentuknya Jawatankuasa Teknikal mengenainya.

Apabila ia dibangkitkan DAP, PAS bersetuju berbincang mengenainya sebelum dibawa ke Dewan Rakyat. Tetapi nampaknya bukan saja kepada DAP, kepada Jawatankuasa PAS Pusat juga, ia tidak ditunjuk dan diajak berbincang apabila rang undang-undang persendirian hendak dibentangkan.

Bagi saya, DAP menentang kerana mereka tidak diberi ruang mendengar apa yang PAS nak bawa. Kalau diterangkan yang hanya (melibatkan) Akta 355 yang sudah ada dalam Perlembagaan, ia tidak menjadi seteruk ini. Tetapi kerana tidak dibincangkan, jadilah macam ini.

Lagipun, kalau BN yang berkata menyokongnya, membawanya ke Parlimen, ia lebih baik kerana DAP boleh memberikan alasan kepada penyokongnya yang ia bukan dibawa PAS, tetapi Umno.

Perkara ini timbul kerana PAS percaya sangat kepada Umno. DAP lihat ini sebagai permainan politik. DAP juga pelajari hal ini dengan membaca buku Yusof Qardhawi. Tetapi bagi sesetengah pemimpin PAS, ia tidak baik. Walaupun bagi saya, ia baik, kerana DAP mula mempelajari Islam.

TMI: Apa pandangan anda tentang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), ekonomi dan Islam yang progresif dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia?

Ahmad: Apa yang berlaku kepada 1MDB menambahkan lagi bobroknya pentadbiran negara di bawah presiden Umno, khasnya yang ada sekarang.

Saya secara peribadi terlibat dalam pembinaan Putrajaya ketika menjadi panel penasihat syariah RHB Bank. RHB diberikan amanah untuk menguruskan pengeluaran bon kerajaan bagi membina Putrajaya dan kami kena kaji hal ini.

Isu penyelewengan ini memang teruk dari dulu lagi, cuma bertambah sekarang. Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak kini berada di kemuncaknya selepas teruk sekian lama.

Tan Sri Aziz Abdul Rahman yang pernah menjadi pemimpin MAS pernah berkata, beliau meninggalkan MAS dengan harta dan aset yang banyak, tetapi apa berlaku kepada MAS sekarang?

Bagi saya, kegagalan paling besar Najib ialah kegagalan memisahkan dirinya dengan pelaksana dasar, sedangkan dia pembuat dasar. Konsep pemisahan kuasa dalam pentadbiran itu dilanggar. Itulah yang berlaku dalam kes 1MDB. Dia perdana menteri, dia menteri kewangan dan dia pengerusi 1MDB.

TMI: Apa peranan ulama dalam masyarakat moden dan parti politik?

Ahmad: Bagi saya, ulama kena jadi pakar rujuk umat. Antaranya membuat kajian ilmiah supaya orang Islam, dan ahli PAS khasnya, berpolitik dengan betul dan memahami konsep politik Islam.

Misalnya bila bertahaluf dengan DAP, kita kena sokong calon DAP walaupun siapa rakan tahaluf itu, kerana itulah prinsipnya. Bukan kita kena campur semua. Pendek kata, kajian hukum fikah politik, kena buat.

Yang kedua, ulama perlu membuat kajian mendalam bagaimana melaksanakan konsep atau pendekatan ulama yang profesional dan profesional yang ulama. Ulama kena kaji untuk mengintegrasikan semua ini agar mereka tidak senang dipecahkan macam sekarang.

TMI: Apa yang anda boleh tawarkan yang tidak ada pada presiden PAS sekarang?

Ahmad: Yang saya tawarkan ialah menyatukan semua kelompok ahli PAS yang sedang berpecah sekarang. Ini perkara yang tidak wajar berlaku dalam satu jemaaah Islam, dan saya akan lakukan islah (pembaikan) ke atasnya yang dia (Hadi) tidak hendak tawarkan.

Saya juga akan usahakan agar orang Melayu dan Islam yang berada dan bergantung kepada Umno berpaling dan bergantung kepada PAS. Bagi saya, PAS belum berupaya menarik mereka selama ini.

Saya juga akan berusaha agar pemimpin PAS diterima sebagai pemimpin PR dan memasukkan banyak parti lagi ke dalam PR bukan setakat tiga sahaja, kerana dengan cara itu kita boleh kukuhkan PR dan tumbangkan BN.

TMI: Hudud sebahagian kecil syariah saja dan perlu kajian mendalam sebelum dilaksanakan. Boleh anda jelaskan?

Ahmad: Solat ini wajib bagi umat Islam, tetapi ada syarat untuk solat. Begitu juga hudud wajib, tetapi bagaimana ia hendak dilaksanakan? Perlu ada syarat-syaratnya. Hudud juga bukan keutamaan dalam Islam kerana berdasarkan fikah, ia terletak terkemudian berbanding dengan yang lain.

Fikah Islam disusun dengan memulakan ibadat dan ibadat yang utama pula solat. Selepas itu barulah muamalah dan selepas itu barulah undang-undang jenayah yang termasuk dalamnya hudud itu. Jadi kita perlu dahulukan yang dahulu dan kemudiankan yang kemudian.

Solat diutamakan dalam Islam kerana perlu dilaksanakan di mana saja kerana ia adalah asas untuk mendidik manusia mematuhi perintah Allah. Bila kita sudah terdidik dan patuh dengan Allah, apa yang diperintah oleh Allah semuanya akan mudah.
-TMI


10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yaa'ALLAH..

"Aarinal-haqqa-HAQQAN.."

Sbnr7KBNARAN..

Sbnr7KBNARAN "rahsia" trbongkar

Hidup ini WAJIB & WAJIB mncari sbnr7KBNARAN

Sbnr7KBNARAN-"HAQ" itu adalah CAHAYA yg maha7TERANG

CAHAYA yg maha7TERANG itu mnerangi jiwa dr DASAR-HATI yg paling2 dlm

Drp DASAR-HATI yg berCAHAYA itu mnjelma-HAKIKAT sbnr7KJUJURAN sbnr7KEIKHLASAN sbnr7AMANAH-integrity sbnr7KETELUSAN-SUCI-transperency yg ajaib-lg-MIRACLE skali..

CAHAYA..

CAHAYA-Nuuurrr yg maha7TERANG itu..

>>>akan menerangi kegelapan2-klentong-FITNAH-ONAR-putar-belit yg zalim mnipu & mNINDAS ummah!

>>>akan jls skali mnyuloh muka2-korup-RASUAH-SONGLAP-REMBAT-ESOS-BALAK-projek-proxy dll

>>>akan mmbuka "RAHSIA"-pekong-SAMAR-KELIRU sprt "HUDUD" tipu yg boleh pulak dpinda2 itu

>>>akan JELAS mnampakkan ularrrrMak-FITNAH as-SUK yg brSORBAN yg brPUTAR2 dgn ayat2Quran

>>>akan mmPAMERkan ciri2 ularrrMak2-FITNAH yg sgt7TAKUT kpd CAHAYA-hujjah-DEBAT-wacana krn HATI mrk sgt7GELAP gara2 brbuat ""FITNAH-songlap-RASUAH"" ddlm GELAP!!!!



DASAR..

DASAR sbnr7KBNARAN = CAHAYA yg maha7TERANG....mnyuloh keDASAR HATI yg paling7dlm skali..


DASAR..

DASAR FITNAH itu = GELAP & GELAP ketakutan krn AUTA-onar-songlap-RASUAH ddlm GELAP!!!!

Adakah ularrrMak2-FITNAH as-SUK tuu ingat ALLAH tidak dpt melihat keDASAR niat-HATI mrk yg korup-GELAP-songlap-RASUAH.......sbb itulah mrk sggup & trgamak brbuat FITNAH!!!!?

FITNAH!

FITNAH itu lg dahsyat-"AKHBAR" drp mmBUNUH!!!!



Semoga..

Insy'ALLAH...Ahmad Awang akan hadir mmbawa sbnr7CAHAYA yg maha7TERANG utk mnghapuskan sgl onar-makar-FITNAH-RASUAH-songlap-GELAP yg sgt7mmBINGONGkn serta bnar7MELEMASkan ummah..


Unknown berkata...

Syukur Alhamdulillah, Ustaz AA Mempunyai VISI yang ampuh dan very clear diharap mereka2 yg layak mengundi dapat menghayati isi kandungan hati nurani ustaz AA,beri ia peluang selama 2 tahun jika dia "CAKAP TAK SERUPA BIKIN" next election tukar ulama yg lain pula.As simple as that. Tak payah nak crack kepala kita, President yg ada sekarang "CAKAP TAK SERUPA BIKIN" VISI perjuangan pun tak ada. Rakyat macam saya dan ribuan di luar sana menanti dengan penuh debaran akan memberi kepercayaan penuh terhadap kepimpinan baru, tetap mengundi calon tuan-tuan, Di pr14 nanti.Walaubagaimanapun ALLAH MAHA KUASA, Dialah yg menentukan segala-galanya, kita hanya berusaha dan berdoa. WASSALAM

Tanpa Nama berkata...

Aku beberapa kali terserempak dgn DS Nizar, selamba and low profile. Layaknya dia di kerusi MB Perak. Tp. Puak2 yg tak berapa cerdik menikam dia dari blkg. Barua! Ini semua ajaran presideng ikang.. Hancur pas di buatnya..

Tanpa Nama berkata...

Kalau TGHA masih kekal sebagai Presiden PAS dan team TGAA gagal dalam pemilihan nanti, boleh la Admin tutup saja blog KELAB GREENBOC ni.

Dah bermacam cara kempen dilakukan, tapi ahli dan perwakilan xnak pakai jugak, baik Admin dok umah, jaga cucu jer.

Tanpa Nama berkata...





.

Kita bagi lah handicap pada Hj Hadi.

Kita jangan kira kesihatan Hj Hadi dan kita juga ke tepikan umur siapa yang tua.

Dalam kedudukan sebagai ulama, kita bagi dua-dua ... berapa bintang yah? Ok kita bagi dua-dua 4 bintang.

Kita bagi lagi peluang. Kita ke tepikan fitnah, U turn dan label yang di buat oleh kumpulan Hj Hadi

Ok. Sekarang dah sama level kan.

Kita sukat dan kita tapis.

Pertuturan/Bahasa

Ustad Ahmad Awang - Melayu, Arab dan Inggeris

Hj Hadi - Melayu (loghat Tetengganu) Aduh ini pun dah masalah. Bukan semua wartawan boleh interview Hj Hadi. Susah sikit lah. Tu pasal jarang-jarang Hj Hadi di temu-bual untuk dapatkan pandangan nya kecuali Utusan yang dulu pun ada masalah yang sama. Arab. Ini susah bukan apa, tapi sebab kita tak tahu bahasa Arab. Kalau Hj Hadi kutuk kita dalam bahasa Arab mana lah kita tahu, Senyum je lah. Jadi ambil Arab ni dua-dua tak ada masalah.

Hahaaa.. U no speaking English. U only read malay dan arab books.

Sebab itulah Ustad Ahmad Awang berfikiran global dan lebih terbuka.

Round .. kau orang kira lah sendiri

Hj Hadi Kalah
Ustad Ahmad Awang Menang.

Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah ya tuhanku! berilah kemenangan kpd kebenaran dan orang2 yang benar.

انك علي كل شيء قدير. لا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم. بحق محمد واله اجمعين. والحمد لله رب العالمين.

Jade berkata...

Saya dng rendah diri pohon setiap perwakilan berpikir dng mendlm sebelum membuat keputusan siapa yang patut menjadi Presiden dlm pemilihan muktamar ini. Visi AA sangat jelas n patut dicuba. Perwakilan tidak akan rugi dng pemilihan itu, lagi pula kebanyakan grassroot memang mabukan BN tersungkur dng cepat.

Tanpa Nama berkata...

Bila Mat Sabu sebut kekalahan Terengganu yang kebetulan Hj Hadi jadi MB, ada juga malaun WR yang nak bela Hj Hadi dengan mengatakan Karpal dan LKS pun kalah pada masa itu.

Bang, WR, Terlepas Negeri dengan hilang kerusi tak sama bang.

Tanpa Nama berkata...

Ustad Ahmad Awang ini bujak , professional dan orang yang ber fikir.

Tak banyak dalam PAS ada kualiti Ustad Ahmad Awang ini.

Siapa lah Hadi nak banding dengan Ahmad Awang.

Untong PAS jika Ahmad Awang Ketua Besar yang baru.

Tanpa Nama berkata...

UAA teruskan berikhtiar dan berusaha.kami sentiasa mendoakan kejayaan UAA.insya'Allah