1 Jun 2015

UG Bertelagah, TITM Serang DAP, PAS Selangor Kata Tak Ada Isu Dgn DAP


Isu yang dibesarkan'

KLANG - Tekanan DAP terhadap Pas menjelang Muktamar Tahunan Pas ke-61 nanti cuma isu yang diperbesarkan.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, tidak ada isu tekanan DAP terhadap Pas sebagaimana yang digembar-gemburkan.

“Saya rasa ia cuma satu isu yang diperbesarkan sahaja. Saya kira tak ada apa isunya,” katanya selepas merasmikan majlis Sambutan Hari Guru dan Penyampaian Anugerah Hari Kualiti Pendidikan 2015 Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), semalam.

Bercakap mengenai muktamar, Ahmad Yunus berkata, ia adalah jalan penyelesaian ke atas perkara-perkara yang didebatkan.

Katanya, keputusan akan dicapai selepas penggulungan dilakukan walaupun senarionya pelbagai.

“Ia macam tradisi yang biasa berlaku. Saya rasa ahli-ahli pun dah dewasa berkaitan dengan isu yang berlaku.

“Saya harap muktamar pada kali ini akan berakhir dengan baik. Macam carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga,” katanya. -SH


DAP banyak campur tangan urusan Pas

SHAH ALAM – Terlalu banyak campur tangan pimpinan DAP dalam pentadbiran Pas membuatkan seolah-olah wujud kumpulan dalam Pas yang suka mengikut nasihat DAP.

Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, meskipun DAP merupakan rakan komponen dalam PR, tetapi parti itu tidak sepatutnya mencampuri urusan dalam Pas.

“Seperti sekarang, pimpinan DAP seolah-olah cuba campur tangan dalam pemilihan Pas yang akan berlangsung Jun ini. Antaranya ialah DAP sering menyebut mengenai keperluan untuk Pas menukar kepimpinan.

“Apabila ada kenyataan daripada DAP, ia seolah-olah mencerminkan wujud situasi begitu (golongan yang menyokong DAP). Sepatutnya tiada orang luar yang menentukan hala tuju Pas,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kelmarin bahawa wujud dua golongan dalam Pas, iaitu yang menyokong DAP dan golongan yang setia mempertahankan dasar Pas.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim bagaimanapun berkata, segala kritikan dan campur tangan DAP tidak akan menjejaskan dasar parti Islam itu.

“DAP pernah menyatakan tidak menerima kepimpinan Abdul Hadi, tetapi masih kerjasama dengan Pas. Ini sesuatu yang pelik.

“DAP tidak perlu tunggu sehingga selepas muktamar ini untuk melihat dasar dan polisi Pas. Ini kerana, bagi kita, terutamanya golongan ulama dalam Pas, sama ada sebelum atau selepas muktamar, perjuangan kita tetap sama dan tidak berubah,” katanya.
-SH


ULASAN GB

Benci sangat dengan DAP... keluar lah Pakatan Rakyat.. apa tunggu lagi? Tapi tak mahu...

Haji Hadi sampai beri katadua kepada perwakilan, pilih dirinya atau calon yang ikut telunjuk DAP.

Dan beberapa pemimpin termasuk Tuan Ibrahim Tuan Man (calon Timbalan Presiden) menyokong kenyataan Haji Hadi seperti laporan di atas kononnya DAP cuba campurtangan dalam pemilihan PAS.

Kenyataan Haji Hadi dan Tuan Ibrahim itu sebennarnya menyusahkan kumpulan mereka di Selangor yang kini membentuk kerajaan dengan PKR dan DAP di Selangor. Itu sebab exco Selangor dari PAS, Mohd Yunus Hairi membuat kenyataan "tekanan DAP terhadap Pas itu cuma isu yang diperbesarkan."

Dan kebanyakan ADUN-ADUN PAS Selanor tahu kemenangan mereka dulu adalah kerana sokongan kaum Cina yang rata-rata penyokong DAP. Serangan terhadap DAP akan meenyebabkan kedudukan mereka tergugat terutama yang dah jadi exco-exco. Kini kerusi exco-exco PAS bergegar, masing-masing dah kecut akan tertanggal semua. Mereka boleh kehilangan jawatan jika PAS keluar atau dikeluarkan dari Pakatan Rakyat. Malah ramai yang akan kecundang dalam pilihanraya jika PAS terus mengambil sikap bermusuh dengan DAP. Haji hadi dan TITM tak kasihan dan tak bersimpati pun dengan mereka.

Haji Hadi lansung tak memikirkan negeri-negeri yang multi-racial. Yang dilihat hanya Terengganu, dimana kaum Cina tidak ramai. Begitu jua Tuan Ibrahim Tuan Man yang bertanding di Jengka.... dimana kaum Cina boleh dibilang dengan jari.

Terus bermusuhan dengan DAP, berakirlah riwayat PAS Selangor...

27 ulasan:

Omar Daud berkata...

Teringat masa muda-muda dulu semasa jahiliah, umno telah mengujudkan kem pemuda tahan lasak dan dirty department, tugasnya adalah mengikut ketua yg berkuasa masa itu megat Jonet memenangkan BOSS Matlamat menghalalkan Cara, masa itu tak ada internet kami melakukan sabotage,fitnah,cari kelemahan kuli dan Musa hitam bagi dia orng bergaduh, supaya boss menang selesa, pada masa tu BOss relex ajer (BALING BATU SEMBUNYI TANGAN) buat-buat tak tahu, semua salahkan DAP , tahun 1988 satu operasi lalng dilakukan pada pembangkang terutamanya pemimpin DAP , kARPAL SING YG TAK KENA MENGENA DGN UMNO KENA ISA, kalau tak silap mat sabu pun kena, sebenarnya nak kelabukan mata rakyat , sebab umno dah berpecah, Bila memerhatikan TITM dan gerombolannya Mokhtar senik,ustaz din Dan balacinya TUC dan anak2 buahnya sebijik macam kami budak remaja yg mentah di DIRTY Department dulu, TUGASNYA IALAH MENHAPUSKAN PENGARUH PUAK YG MENENTANG yg sedang berkuasa by HOOK OR BY CROOK.Cuba perhatikan TITM relex macam tak BERSALAH Jerr.. saya BERHARAP ANGGAPAN SAYA SILAP Terhadap TITM.

Tanpa Nama berkata...

Hadi dan Tuan Ibrahim ini kuat emosi

Bagai mana orang kuat emosi boleh layak di pilih jadi pemimpin PAS

Jelas ahli ahli PAS tidak ikut ajaran NABI SAW se penuh nya

Hancur bangsa dan negara jika ada pemimpin yang gila emosi

Padan lah mudah di permain di per bodoh oleh UMNO.

Kata orang kampong dulu dulu "BODOH"

Kita orang sekarang "Tidak Cerdik"


Realiti nya ahli ahli PAS sudah buang masa tenaga wang dan peluang unituk maju dengan jenis pe mimpin GAGAL si Hadi dan Tuan Ibrahim ini.

Ekonomi sudah nak runtuh , apa akan jadi pada Rakyat jika PAS tiada nilai ekonomi.

BR1M dari PAS pun tak ada.

Makan kangkong dan rumput lah bulan Ramadhan ini.

Wan Rosli berkata...

Kelakar sgt2.. baru aku tahu kemenangan calon pas di selangor kerana pengundi cina... begitu juga kemenagan calon dap di selangor.. mana pegi agaknya undi org2 melayu selangor ..
BANGANG !!

Malaysiabaru berkata...

Sepatutnya Hadi Ping Marang beri dakwah tunjuk ajar dan tarbiah kepada non Muslim pakatan

Bukannya 'kambing hitam' orang kafir untuk political milage nk menang muktamar!!!

Berapa banyak muallaf dari Non Muslim pakatan oleh hadi Ping? Zero 0

Malu kpd Nabi S.A.W ... Ularmak kunun

Tanpa Nama berkata...

kamu yang bangang Wan Rosli.
Undi melayu sebahagian besar dah pergi ke UMNO BN.
So, PAS mengharap undi dari mana lagi kalau bukan kaum bvukan-Melayu.
Kalau tak ada mereka PAS Selangor bungkus...

Tanpa Nama berkata...

Mula-mulanya ingatkan TITM ni boleh pakai. Rupanya musang berbulu ayam. Statement dia pun kini dah nampak ikut belit-belit dan tidak konsisten. Itulah geng menipu mana boleh konsisten. Sini cakap lain sana cakap lain. Allah tunjukkan. Kes Tok Usin Ceroi terbarai semua ostad yang busuk lagi membusukkan. Tak sangka TITM pun sama juga speciesnya. Tapi kira dia memang pandai berlakun dengan SENYUMnya. Saya tak akan percaya dia jadi ketua walau satu sen nilainya. Bak kata orang, nak tahu buruknya perangai seseorang tu, tanyalah MUSUHnya atau orang yang dah bertukar MUSUH atau JIRANnya....... Itulah ceritanya... Alahai ostad-ostad UG sekalian....teruknya perangai kamu semua.

Tanpa Nama berkata...

Oi ! selama ni Wan Rosli tak tahu langsung kebanyakan calun pas s id selangor menang hasil sokongan undi kaum cina DAP.cerita menyokong Hj hadi bukan main macam nak gila ,ini penyokong membabi buta dan babi tuli.agaknya selam ni dia duduk dalm gua ,tak dapat maklumat langsung .pegi dahhh

Tanpa Nama berkata...

TITM cakap tak serupa bikin daaa,takan TITM tak baca surah al saff yang mengatakan bahawa /(wahai orang2 yang beriman mengapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak lakukan,)cakap jangan rebut jawatan tapi kamu juga lawan mat sabu,sudahlhhhh

Tanpa Nama berkata...

Geng2 UG dah kecut perut.ahli akar umbi ramai yg nak Pas kekal dlm PR berbeda dgn Presiden yg nk bwk Pas kluar.Ya Allah menangkan pendokong2 PR dlm Pas dlm pemilihan bulan 6 ini.kepadaMu kami bertawakal Ya Allah.

Urang Areng berkata...

Wan rosli... Mai aku ajar ko.. Umdi melayu 60% undi bn.. 40% undi pas.. Jadi mcm mana pas nk menang kalau cina dap x tolong..

Mohd Noramdzan berkata...

Hilang respect kat TITM...

Mohd Daud Sulaiman berkata...

Setuju... tengok kes DUN Kota Damansara

IbnAbdHalim berkata...

Politik ada seninya. Mereka gagal menguasai seninya.

Tanpa Nama berkata...

Aku dh makin jauh dgn pas ni...dulu aku punya nk bantu pas...klu nk derma tabung tak lalu depan kita pergi cari kerana nk derma sgt2 tp sekarang...nk pergi dengarceramah pun aku naik malas....derma?????setakat ni minta maaf...rugi bg..pemimpin yg suka bg rosak pas dan pakatan....pas boleh mintak dgn umno lps ni sbb duit seleweng 1MDB ada banyak bleh mintak dr najib sikit...baru sama2 boleh rembat wang rakyat kan gitu hj hadi dan TITM

Tanpa Nama berkata...



.

Ini bukan carik-carik bulu .
Ini nak sembelih ayam !

Tanpa Nama berkata...

Pro UG yakin persempadan semula akan menambahkan kerusi PAS di Selangor. Mereka tak perlu kan undi cina di Selangor sebab di Selangor banyak kawasan melayu yang boleh di pecahkan jadi 3 kerusi. Bila pro UG nafi bergabung dengan UMNO, pemimpin ini kata berapa UMNO boleh bagi kerusi pada PA.S. Dan jumlah yang dia sebut sebelum persempadanan semula.

Lepas muktamar, sebelum membuang kumpulan Professional, UMNO akan buat persempadanan semuls untuk membuka selera kepada ahli-ahli PAS yang tak mampu di tolak oleh ahli-ahli. Sasaran utama pro UG ialah Selangor.

Itu belum kira SPR.


Kepada Allah kita kembalikan.

air gunung berkata...

Anon 9:46 AM.
benar tu sedara.aku tgok ramai dah penyokong terutama atas pagar berkongsi rasa yg sama.buat apa bagi derma tin milo tang tu pon dah temberang.tabung tu utk gerak kerja pilihanraya (Semasa dkt pilihanraya)alih2 msok pilihanraya bkn utk menang..ini sudah vingok namanya...

Zary Manoff berkata...

Ngko lg bangang wan rosli... suka2 kata org bangang...

Tanpa Nama berkata...




.

Beginikah pemimpin yang di pilih untuk jawatan Naib Presiden !

Bila isu campur tangan DAP di katakan di perbesarkan, tentu lah makna nya banyak tokok tambah seperti banyak kuah dari nasi. Yang tak ada di ada-ada kan . Kalau bukan fitnah, tipu nama nya.

Tuan Ibrahim tak takut dosa ke? Tiba-tiba pulak melibatkan DAP Selangor. Akibat seronok menipu, dah eluk-eluk Hj Hadi ada modal pertahan diri, sekarang dah tak boleh pakai.

Pencalunan Ustad Ahmad Awang menutup mulut pro Hj Hadi bercakap mengenai ulamak dan wala. Pro UG tukar isu dari dua kumpulan satu ulamak dan satu lagi professional ke kumpulan sokong DAP dan satu lagi kumpulan mempertahankan dasar PAS. Ini semua kerana mereka tak dapat menandingi kekuatan Ustad Ahmad Awang secara berhemah.

Betul DAP tolak kepimpinan Hj Hadi tapi DAP tidak tolak langsung dasar PAS sebab itu DAP masih kerjasama dengan PAS. Bukan nya DAP kata hanya bekerjasama dengan Mat Sabu atau dengan Ustad Ahamad Awang. Tak ada yang pelik. Tuan Ibrahim yang tak cerdik. Maksud DAP apa-apa pendirian parti dalam isu rakyat atau apa-apa keputusan parti hendakl lah datang dari orang lain bukan dari Hj Hadi. PAS boleh bermesyuarat sesama mereka di pimpin oleh Hj Hadi tetapi apa-apa pun keputusan mesyuarat hendak lah di baca oleh orang lain.

Dasar PAS tetap dan tidak akan berubah. Baik DAP campurtangan atau tidak.
Dasar PAS tetap dan tidak akan berubah. Sekiranya PAS bergabung dengan UMNO.
Yang berubah ia lah Hj Hadi dan MSU. Ini krisis kepimpinan !

Kumpulan Hj Hadi tak menentu menghadapi lawan. Macam-macam yang di katakan ke atas lawan adalah hanya prepepsi yang tidak membawa apa-apa hasil.

Tanpa Nama berkata...

Tengok kenyataan Exco Selangor dari Pas tu. Cakap berdasarkan akal fikiran. Fikir dulu baru bercakap. Bukan berdasarkan emosi macam kat terengganu tu. Baru orang hormat.

Tanpa Nama berkata...

nampakny dlm PAS bukan saja ada ANWARINAS, tapi juga ada KITSIANGRINAS.

tp kenapa 2 label ni saja yg dicipta.

dlm PAS juga ada ramai NAJIBRINAS.

boleh pulak gitu.

Sam Sung berkata...

Sian wan rosli
Org sume bckp pkai statistik,dia bckp pakai chopstik..kikiki..
Dasar pnyokong bebal

Tanpa Nama berkata...

DAP kt keperluan PAS tukar pemimpin hanya sekarang.

dulu ketika PR berpakat tiada pun kenyataan begitu.

DAP kata begitu selepas dlm PAS sendiri bergolak dan hadi gagal menyatukan sesama PAS malah membiar PAS berpuak2.

takkaaaaan lah jika PAS bersatu, DAP tiba2 sebut 'keperluan PAS tukar pemimpin'.. sudah tentu org kata DAP gila.

dlm keadaan sekarang 'keperluan menukar pemimpin' bukan pengaruh atau telunjuk DAP, ahli PAS pun dh terima keperluan itu.

sikap pemimpin tk wibawa hanyalah menyalahkan org luar dlm pergolakan rumahtanga sendiri.

mcm umnolah, bila umno lemah disalahkan PR kerana tidak mahu bersatu dgn melayu umno. walhal kelemahan hasil tgn mereka sendiri.

semakin lama semakin byk pengauh umno dlm kepimpinan PAS.

klu gitu lebih baik masuk umno dpd masuk PAs, sekurang2nya umno tidak berimej Islam, senang cerita. kerja umno sapu kekayaan saja, tidak bertopengkan agama sgt.

yg herannya kenapa dlm PKR dan DAP tiada istilah HADIRINAS.


kenapa ek?

Tanpa Nama berkata...



Jangan lupa selepas Pilihanraya

'Apa cina mahu?'

hehe

Sekarang

'Apa Hj Hadi mahu?

HHAHAAHA ! !

Tanpa Nama berkata...

Apa masalah sebenar yang melanda PAS dan PAS ? LKS and LGE tidak ada masalah dengan Mat Sabu mahu pun Ahmad Awang. Yang ada masalah cuma Hadi dan puak UG terhadap DAP.
Dalam ketika ramai pemimpin UMNO sedang menolak Najib, Hadi pula yang pi sokong Najib. Tahu pun Najib sapu duit rakyat termasuk duit Tabung Hadi, mengenakan GST ke atas rakyat yang hidup dalam kesusahan,untuk menanggung hidup mewah suami-isteri Najib Hadi secara terang-terang menyatakan pendiriannya menyokong Najib.

Tanpa Nama berkata...

kelakar sangat. mimpi dap lg kah. umno dah suci murni wahai wang rosli?

Tanpa Nama berkata...

Pada pendapat aku, DAP xpatut campur tangan dan kritik TGHH. Ko dah tau media arus perdana mcm lahanat ko guna saluran tu buat apa. Lainlah kalau PR ni didaftarkan dgn ROS. Ikutlah dasar parti masing2 dan tumbangkan BN PRU14.