1 Jun 2015

Hanya Si "Tolol" Percaya Laporan Akhbar Mat Sabu Sindir Hadi


Mat Sabu bukan sindir Hadi, kata naib presiden PAS

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menyarankan orang ramai memahami keseluruhan ucapan Mohamad Sabu pada satu ceramah di Tumpat malam Jumaat lalu sebelum membuat kesimpulan, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata, kelantangan ucapan timbalan presiden PAS itu mengenai kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bukan sesuatu yang berbentuk sindiran atau memperlekehkan kredibiliti presiden parti itu.

Menurut Salahuddin, Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu, dalam ucapannya itu meletakkan satu konteks yang mana apabila PAS bersama dengan gabungan politik, barulah parti itu dapat memperluaskan wilayah dan pengaruhnya.

"Apabila buat satu kesimpulan mengenai isu yang dibawa seseorang dalam ceramah, kita harus baca keseluruhan ucapan. Kadang-kadang kita bercakap untuk memberitahu tentang satu gambaran atau senario politik yang besar, dengan memberi satu contoh beberapa individu.

"Mohamad bercakap tentang PAS boleh luaskan wilayah apabila kita berada dalam kesepakatan politik," katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas lanjut perkara itu,Salahuddin berkata, PAS boleh menawan Kelantan apabila PAS bersama Angkatan Perpaduan Ummah pada era 80-an, begitu juga dengan Terengganu apabila bersama Barisan Alternatif.

"Kemudian, sekarang ini PAS boleh menang di Johor dan kita ada kerusi di Pantai Barat, apabila bersama atas nama Pakatan Rakyat (PR)," beliau dipetik berkata akhbar itu.

Pada masa sama, beliau turut menegaskan, ucapan Mat Sabu itu bukan satu sindiran sekiranya seseorang itu membaca atau melihat keseluruhan ucapan itu.

Sebelum ini dilaporkan, Mat Sabu mempertikaikan kegagalan Hadi menawan Terengganu, selain menyindir tindakan presiden PAS itu yang mahu keluar PR.

"Pidatonya (Hadi) begitu hebat. Ceramahnya, kuliahnya, Rusila, kereta parking berbatu, jadi macam pekan sehari bila Tok Guru Hadi beri kuliah. Tapi bila pilihan raya umum, (tetap) tak boleh ambil Terengganu (daripada Barisan Nasional).

"(Sehinggalah pada) tahun 1999 kita berpakat dengan PKR, dapatlah kita memerintah Terengganu. Ertinya kita ambil Terengganu pun melalui pakatan. Bagaimana nak kuasa? Kita kena berpakat," katanya pada ceramah isu semasa PAS di Tumpat, Kelantan Jumaat lalu.

Turut hadir pada ceramah itu ialah Ahmad Awang yang akan menentang Hadi bagi jawatan presiden pada pemilihan PAS nanti.

Hadi sebelum ini dilaporkan berkata, beliau akan membawa PAS keluar daripada PR jika DAP mencetuskan provokasi ke atas parti itu selepas tidak bersetuju dengan usaha parti Islam itu melaksanakan hudud di Kelantan. – TMI


Mat Sabu timbang saman Bernama, akhbar

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap agensi berita nasional dan dua akhbar utama yang menyiarkan laporan mendakwa beliau menyindir Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mohamad berkata ucapannya dalam ceramahnya di Tumpat Jumaat lalu "diputar belit" sehingga mencetuskan "keresahan ahli, memburukan imej beliau dan menjadi ketidakharmonian dalam parti."

Sinar Harian dan Utusan Malaysia menyiarkan laporan tersebut di muka depan semalam.

"Oleh itu saya akan berbincang dengan peguam. Kalau ada kes, tindakan undang-undang akan diambil.

"Tulisan (laporan) itu berniat jahat terhadap saya dan terhadap parti saya," katanya ketika ditemui Malaysiakini di Kuala Lumpur petang ini.

Kelmarin Bernama melaporkan krisis dua pucuk pimpinan utama PAS dilihat semakin meruncing menjelang pemilihan parti itu awal Jun ini, dengan Mohamad semakin lantang mengkritik kepimpinan Abdul Hadi.

Menurut laporan itu, beliau lebih dikenali Mat Sabu mempertikaikan kegagalan Hadi menawan Terengganu, selain menyindir Hadi yang mahu keluar daripada pakatan pembangkang.

Mengulas lanjut, beliau mencabar ketiga-tiga media itu mengeluarkan atau menyiarkan transkrip penuh ucapan yang didakwa menyindir Abdul Hadi.

"Ucapan saya tu orang dah dengar dah. Bukan benda baru. Saya berucap di konvensyen di Perak, (perkara) ini juga," katanya.

Pada masa yang sama, beliau memuji kehebatan, ketokohan serta akhlak pemimpin PAS termasuk bekas Presiden PAS Allahyarham Datuk Fadzil Nor dan bekas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sehingga berjaya memukau kehadiran rakyat menerusi kuliah dan ceramah.

Kalau nak sindir, sindir semua

Bagaimanapun, katanya, apabila tiba beberapa pilihan raya umum sebelum ini, kedua-dua mereka gagal menguasai Kedah dan Kelantan sehingga PAS membentuk dan bekerjasama politik.

Menurutnya lagi, Nik Aziz berjaya menguasai Kelantan selepas berpakat secara politik dengan Semangat 46 dan menang pilihan raya umum 1990 selepas Umno berpecah.

Katanya, dalam pilihanraya umum pada 1978, 1982 dan 1986 PAS gagal menguasai Kelantan.

Begitu juga, kata Mohamad, di Kedah PAS berjaya menguasai negeri melalui Datuk Seri Azizan Abdul Razak selepas mengadakan persefahaman politik pada 2008 ditambah pula dengan pengundi bukan Islam sedia mengundi PAS.

Sebelum itu, katanya, PAS hanya berjaya menguasai tiga kerusi pada pilihan raya umum 1986.

"Kalau saya nak menyindir, saya sindir (termasuk) Datuk Fadzil Noor dan Tuan Guru Nik Aziz (sama). Itulah baru sindiran.

"Ertinya saya nak tekankan berbelas kali dalam ucapan saya, iaitu PAS tidak boleh bersendirian untuk tawan negeri. Inilah pokok ucapan saya (di muktamar)," katanya.
-mk




ULASAN GB

Hanya si "tolol" yang membuat kesimpulan dan yang percaya bahawa Mat Sabu menyindir Haji Hadi tidak kiralah si "tolol" itu dalam PAS atau di luar PAS.

Dari ucapan mat Sabu jelas bahawa beliau hanya melakukan perbandingan ucapan Haji Hadi semasa PAS berada dengan PR dengan sewaktu belum wujud PR. Itu saja.

Tetapi telah dimanipulasikan oleh BERNAMA dan akhbar untuk menggambarkan kononnya Mat Sabu menyindir Haji Hadi untuk mencalarkan imej Mat Sabu dan menimbulkan kebencian rakyat terhadapnya. Sama seperti kes Mat Indera satu ketika dulu.

Kita menyokong penuh Mat Sabu untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas BERNAMA dan para akhbar yang melaporkan berita fitnah tersebut.

11 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

Dah tahu perangai Yahudi bernama nasional dan perangai zionist sinar harian

Hadi masih nk berkawan dgn akhbar busyuk hati ni yg jelas kroni umno.. Nak UG dgn utusex meloya sinar haramjadah dan beruknama

Cukup lah hadi Ping!

Tanpa Nama berkata...

Saman bang Mat..banyak sikit jumlahnya...saya berdoa supaya bang Mat menang jawatan Timbalan Presiden. Klaua takdir bang Mat kalah, boleh masukkan salah satu punca kekalahan kerana laporan tidak benar dan penyelewengan fakta media kera jaan ...saman jangan tak saman...pil kuda pun kalau boleh saman...

Tanpa Nama berkata...

Oramg yang Berani , Benar dan Jujur tak perlu sindir sindir orang lain

Apa yang di tutur adalah fakta kebenaran

Bila tak jujur mula main sindir tipu tipu gaya tidak bijak , gaya bahalol

Apa kah air mula Mat Sabu ada rupa orang jenama GAGAL , BACUL atau BODOH ???

Cuba buat perbandingan nyata sama Hadi , Nik Amar , Ahmad Yaakob , Tuan Ibrahim sama Mat Sabu.

Ada jawapan cukup dah betul lah tu.

Tanpa Nama berkata...

Aku masih ingat ketika aku masih kecil..di alam sekolah rendah.. jiran aku selalu memasang kaset ceramah mat sabu.. kini setelah 25thn berlalu.. aku masih menganggap mat sabu aset/senjata pas yang umno takuti.. helah pro vs ulamak adalah untuk menjatuhkan mat sabu.. bila panglima perang tewas mudah bg umno merobek benteng pas.. semoga Allah merahmati perjuangan mat sabu

Tanpa Nama berkata...

IBU
BAPAK
TUNJANG

IBU kpd MASAALAH

BAPAK kpd MASAALAH

TUNJANG kpd MASAALAH adalah lahanat-FITNAH

DASAR kpd lahanat-FITNAH ini adalah sundal-songlap-RASUAH ddlm GELAP!


Sundal

SONGLAP

RASUAH busuk ddlm GELAP inilah yg ahli2 wajib jls NAMPAK!

Coba?

Coba jwb??

Nape buat FITNAH pilkuda betol2 dekat-SANGAT2 pd hari mngundi PRU-13 dulu???

Isu jenayah "PILkuda" swajarnya repot pd POLIS nape war2 FITNAH kat TV3 & Utusex Meloya???

Nape buat khianat-FITNAH dgn sengaja bg WATIKAH 3-penjuru pd PRU-13 itu?????

Ingat!!!!

DASAR

DASAR..dan DASAR kpd FITNAH adalah songlap-RASUAH ddlm GELAP,,inilah jwpannya!!!!!!!


Ada?
Adakah?? FITNAH mrupakan akhlak-RasuluLLAH???

Ada?
Adakah?? FITNAH mrupakan AKIDAH-RasuluLLAH????

BUKAN?
BUKANkah?? FITNAH mrupakan akhlak-AKIDAH kpd "Yahudi-Musyrik-Munafiq-JAHILIYAH" yg sgt2 dikutuk dan tlh pon dilaknat oleh ALLAH?????


FOKUS

FOKUS & FOKUS

FOKUS & FOKUS Mat Sabu..serta perWAKILan2 semua adalah kpd isu-FITNAH yg mnjd TUNJANGpokok kpd sbesar7MASAALAH yg tlh dbawa oleh sipmbawa'FITNAH sikaki'FITNAH & siBapak'FITNAH itu yg sgt2 "WAJIB" dibongkar habis2an utk dpt sama2 diSAKSIkan...bukan SENGAJA dibuat2-BUTA tak NAMPAK, sdangkan itulah sbesar7 sbesar7 sBESAR7"KEMUNGKARAN" yg swajib7nya dihapuskan dgn sulohan CAHAYA yg bnar7TEPAT & bnar7TERANG!

Ingat..

Disebalik RASUAH...adalah onar-makar-FITNAH!?

Disebalik FITNAH...tlh mencurah2 ESOS-balak-projek-proxy-songlap-RASUAH!?

FITNAH & RASUAH..adalah sbejat7 sjahat7 mentekedarah DARAH & keringat ummah!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Jadikan Kuala Selangor, kuala memudikkan bukan menghimpun sampah...

Apakah aura dan senario yang berlaku di Batu Pahat, muktamar ke-60 lalu akan bersambung di Kuala Selangor? Khabarnya suasana muktamar di Batu Pahat tahun lepas ada sedikit kekecohan atau kejadian yang menjatuhkan maruah parti agama itu. Apakah ia akan disambung di Kuala Selangor? Kalau di Batu Pahat ada sesetengah pemimpin "dipukul", di Kuala Selangor mereka akan "dikuburkan." Begitukah?
Apakah pemilihan Kuala Selangor itu sebagai isyarat Pas akan bertanding bersendirian di Selangor dalam pilihan raya akan datang? Bahawa semua kerusi baik parlimen dan DUN dalam kawasan-kawasan itu, bahkan di seluruh Selangor Pas akan berhadapan dengan lawannya secara mendada?
Kuala Selangor yang menjadi lokasi muktamar itu biarkan menjadi kuala memudikan segala sampah dalam Pas, bukan kuala yang menghimpunkan barangan buangan. Perwakilan semua kena ingat bahtera bernama Pas itu akan belajar menempuh samdura PRU ke-14 dua atau tiga tahun lagi. Untuk merentasi lautan itu bahtera Pas memerlukan seorang kapten yang konsisten dengan pembantu-pembantu yang bukan sahaja setia, tetapi cekap membaca deruan ombak dan pintasan gelombang bagi mengelakkan bahtera Pas itu karam tenggemlam.

Unknown berkata...

Sudah Terang lagi Bersuluh, inilah Bukti-Bukti yg SAHIH umno di belakngnya, masakan akhbar2 perdana mereka mebenarkannya TERPAMPANG di muka depan. Inilah teknik dulu2 yg mengadu dombakan pehak lawan, mereka lupa kebanyakkan rakyat celik IT, Kita boleh agak strateginya serampang 2 mata. 1.memecahbelahkan pemimpin PAS, 2. Meredakan kemarahan rakyat dgn issues 1MDB,GST dan yg paling terbaru adalah kenaikkan harga minyak.Di harap para perwakilan PAS nanti dapat menilai kearah mana tuan prerisdent sekarang nak bawa PAS.

Anti Fitnah berkata...

Tak kan sampai hari ni orang PAS tak kenal yang mana Permata dan yang mana TAHI? Ingat Pesanan orang lama PAS, kalau musuh sokong sahabat kita bermakna sahabat kita tu ada masalah dengan kita TETAPI kalau musuh dok kutuk sahabat kita bermakna sahabat itu memang sahabat kita yang SEJATI.
Teruskan perjuangan murni kerana Allah swt, Bang Mat. Allah swt sentiasa bersama hambaNya yang ikhlas, rendah diri, ... sukan menentang KEZALIMAN.

Tanpa Nama berkata...

mari undi online siapa warga maya suka .. pro Ug atau pro pakatan
setakat ini pro pakatan leading
http://www.malaysiakini.com/news/300350

Tanpa Nama berkata...

.

Sokong yang membawa rebah. Di saat-saat akhir, kempen UMNO untuk membantu kem Hj Hadi telah di U turn kan supaya mereka terdesak dan buat sesuatu yang di luar jangkaan semasa pemilihan. Akhbar tersebut sengaja menyiarkan ucapan Mat Sabu dengan tajuk provokasi. Dan mereka sedar yang keesukan hari nya akan ada kenyataan yang memperbetulkan kenyataan tetsebut. Mereka sengaja memberi faktor kemenangan pada Mat Sabu. Sekarang pro UG terkapai-kapai.

Apa pun, siiapa yang makan cili, dia lah yang terasa pedas.

Tanpa Nama berkata...

Sekadar menyindir tak apa lagi. Dan perkara yang di cakap pun memang betul.
Jangan fitnah dan menipu (ikut telunjuk DAP lah dan bentang hudud) dah memang sah-sah berdosa.

Ceramahnya, kuliahnya, Rusila, kereta parking berbatu, jadi macam pekan sehari. Sepatutnya menjadikan Tok Guru Hadi jadi lebih warak dan mengikut resam padi.

Kalau Mat Sabu terus cakap 'PAS berjaya memerintah Terengganu kerana berkerjasama dengan pakatan.' Tak ada impact nya. Jadi, nak 'sound' nya sedap kena lah bagi satu senario.