Pelajar perempuan bergaduh hilang dari rumah
Ibu kepada salah seorang pelajar perempuan yang bergaduh dan visualnya diviralkan di laman sosial meminta anaknya pulang.
Menurut Kilijah Abu Bakar, 45, sejak dua minggu lalu, Nurul Raihan Rahman, 16, didakwanya gagal dikesan.
Ibu kepada enam orang anak itu ketika dihubungi FMT, memberitahu kehilangan anak gadisnya hanya disedari selepas anaknya keluar dari rumah pada 10 Jun iaitu sehari selepas mereka sekeluarga pulang dari bercuti ke Pulau Langkawi.
Katanya, Nurul yang tidak pergi ke sekolah sejak empat bulan lepas selepas bergaduh dengan seorang rakan kelasnya bertukar sikap daripada ceria kepada seorang yang pendiam.
“Dia bergaduh dengan rakan kelasnya sehingga terjatuh ke dalam longkang di sekolah ekoran perselisihan faham.
“Apa yang berlaku itu telah diketahui oleh guru disiplin dan tindakan menukar ke sekolah lain juga telah diambil ke atas rakannya itu,” katanya yang mendakwa rakan Nurul Raihan itu yang telah memulakan pergaduhan tersebut.
Bagaimanapun katanya, Nurul Raihan tetap tidak mahu pergi ke sekolah dipercayai masih lagi berasa malu dengan guru serta rakan-rakannya .
“Itu bukan kejadian pertama Nurul diperlakukan sedemikian oleh rakannya. Sebelum ini dia juga pernah mengalami nasib yang sama tetapi tidak seperti kali ini hingga dia terjatuh ke dalam longkang,” ujarnya lagi.
Kilijah berkata, usaha mencari Nurul Raihan di beberapa rumah rakan yang biasa dikunjunginya juga gagal hingga memaksa mereka sekeluarga membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan pada 14 Jun lepas.
Susulan kehilangan itu, dia yang kini menderita sakit buah pinggang merayu supaya Nurul Raihan, anak kelimanya, pulang segera.-FMT

14 ulasan:
Pihak berwajib dah bagi kaunseling ke??
Jangan pandai pujuk jin je tapi anak-anak pandai-pandai lah dia dan emak ayah dia selesaikan sendiri.
Cikgu-cikgu sekolah tersebut juga telah FAIL !
Muhyiddin Yassin menteri tak berpelajaran
Tutup teruslah kementerian pendidikan
Arahkan semua guru bercuti 100 tahun
Standard pelajaran Malaysia sama mcm africa hutan zimbabwe
kenapa pulak cg yg fail. bukankah murid tu cuma duduk kt sekolah selama 6 jam sahaja dan selebihnya duduk kt rumah. lagi pun bukan semua murid kt sekolah tu hilang macam murid tadi. tuan ini mudah sangat tunding jari dan mulutufah cieit birit.mmm.
Bodoh punya komen...semua nak salah org lain tak tgk diri sendiri....
Fail mana yg cikgu tak siapkn?
Nak dirotan tak dibenarkan
Nak dimarah takut ganggu emosi
Nak disuruh kasih sayang, gaduh kerana lelaki
Payahnya bila orang melihat guru ini seperti malaikat.....
Lerr...tang mana salah cikgu? Depa ada ka suruh budak2 tu begatai berebut beboipren. Kesian la pulak geng2 cikgu cikgi ni, semua kesalahan budak depa kena tanggung. Cemana ni?
kerana selalu defend cikgu lah perkara ini terlepas. Memang betul kata Malaysiabaru jika kita faham standard pendidikan Malaysia yang di tangga tercorot.Tetapi dalam hal pelajar perempuan, kita tak boleh pertahankan cikgu sekolah tersebut begitu saja.
Berapa ramai cikgu di sekolah tersebut? Tak kan tak ada seorang pun yang tak ambil berat tentang pelajar perempuan tersebut? Tentu sekolah tersebut selalu mengada kan mesyuarat.
Nurul yang tidak pergi ke sekolah sejak empat bulan lepas.. apa tindakan sekolah?
Kalau lah ada satu je cikgu yang bersimpati dan mencuba mengubah nasib pelajar perempuan ini, satu je cukup lah. Sekurang-kurang nya dia tak lari kemana-mana. Bagaimana dengan program ibu-bapa angkat di sekolah tersebut? Sekurang-kurang nya usaha kan untuk stabil kan emosi dia.
Mengapa saya, mengapa bukan Cik gu Rosmah?
Cik gu kencing berlari, murid pun kencing berlari. Lantak kau lah !!
Mungkin ada cik gu yang prihatin tapi cik gu tersebut pun dah fade up dengan sekolah dan sistem sekali. Tapi tetap cikgu sekolah tersebut yang bersalah. Salah cikgu ini bukan tak bersebab tetapi apa pun sebab tak kan lah cikgu tak ada sifat perikemanusian.
Maaf cikgu-cikgu. Untuk pengetahun cikgu-cikgu, saya ada seorang cikgu yang sangat-sangat saya sayang dunia akhirat kerana cikgu tersebut menangis kerana apabila dia mohon maaf kerana mendenda saya, saya minta kekal di tukar kan kelas. Cikgu ini sanggup bergaduh dengan cikgu kelas lain demi mempertahankan kami. Apabila hari guru, kelas tersebut memberikan sejambak bunga dan dalam ucapan terima kasih dia menyebut nama-nama kami yang nakal. Dan tiba-tiba cikgu tersebut terus tinggalkan kelas. Kami menjadi mangsa teguran kawan-kawan yang lain minta kami jaga nama cik gu tersebut dan nama kelas.
Kalau adalah cikg Habsah di sekolah tersebut mungkin pelajar perempuan tersebut tak lari dari rumah.
Itulah akibatnya bila guru merotan ibu bapa serang sekolah serang guru bila guru tegur kereta guru jadi mangsa bila guru sentuh kata guru mencabul jadi apa lagi yang tinggal pada guru untuk mendisiplinkan pelajar,hanya serahkan saja pada menteri yang berkuasa.
Ha ha...
Anak saya sekolah menengah tahfiz swasta...pelajar2 hanya lebihkurang 40 org, pun GAGAL nk disiplinkan pelajar2....apa kes....dah komplen pun masih tiada perubahan.......
Anggap saja ini semua kes terpencil. Dalam seramai 3 juta pelajar pasti ada pergaduhan macam ni terjadi setiap hari. Cuma di zaman dulu tak jadi viral kerana belum ada youtube. Tak usah kecoh2 nak viralkan kemudian jadi medan tuding menuding dalam masyarakat.
Jangan cari salah guru atau ibu bapa. Salahkan sistem politik dan sosial yang membentuk institusi dan situasi hingga jadi macam ni. Bukan kita tak tahu dalam diri manusia itu sendiri ada emosi dan perasaan. Maka hal ini merupakan manifestasi asam garam kehidupan tiap2 manusia.
Banyak lagi isu negara sepatutnya diviralkan. Jangan ambil mudah dan rasa seronok nak viralkan benda remeh temeh macam ni. Kepada orang yang ambil gambar dan suapkan dalam youtube tu, kita nak bertanya ' Anda seronok ke? rasa hebat ke apabila satu dunia tengok budak2 melayu Islam bertudung bergaduh macam ni? Kemudian budak itu merana dan malu, anda bahagia ke?
Impak lebih dahsyat dari tindakan anda adalah timbulnya perbalahan dalam masyarakat hingga tenggelam segala isu utama. Tolonglah. Janganlah buang karan nak bincang hal2 macam ni. Berilah tumpuan pada permasaalahan yang lebih besar. Masalah masa depan negara yang katanya kita nak duduk sampai kiamat ni dah nak jahanam cek oii.
Fikirkan nasib kita yang mungkin esok lusa negara kita pula betul2 bengrap macam Greece. Janganlah kita tengok saja ia berlaku depan mata. Negara Greece ada rakan AU kaya raya yang boleh bantu. Kalau negara kita bengrap, Indonesia atau jiran2 boleh bantu ke?
Oleh yang demikian itu, berhenti jadi pengguna multimedia yang bodoh. Jangan sekali2 rasa hebat boleh viralkan kes remeh temeh ni. Melayu jangan lagi jadi bangsa yang bodoh.
Datuk nenek orang Melayu adalah pembuat kapal dan meriam terbesar di dunia semenjak ribuan tahun dulu. Peta langit dsn bumi hafal dalam kepala. Walau belaysr tak nampak hujung daratan, mereaka tak pernah tersesat. Mereka bina tamaddun. Mereka mampu belayar dan kembangkan bahasa melayu dari lautan pasifik hingga ke pantai afrika. Bahasa melayu dipertuturkan di seluruh dunia. Dan orang eropah wajib belajar bahasa dan tulisan melayu pada masa dahulu.
Pasti datuk nenek kita sangat sedih kerana tidak menyangka mereka meninggalkan anak cucu yang bodoh2 macam kita di zaman sekarang.
Sian cikgu xsalah apa2 dlm hal ni..ini anak murid yg sudah terikut2 budaya negatif skrg.dlm tv tgk cter melayu semua ttg cinta2 naik meluat tgk tv cter melayu xda idea lain ke.apakah melayu bodo2 ke.dgn prog hiburan penuh2 dlm tv adakah melayu islam ni kejenye bhibur aje ke.cter ilmiah kurang sekali.inilah hasilnye.anak2 sekolah pun x abis tp dh berebut lelaki.astagfirullah...semoga dijauhkan anak2 kita gejala mcmni
Well done, Anon June 27, 2015 at 8:51 PM.
Semua ini terjadi kerana melayu tak bersikap profesional. Professional ialah bijak dan amanah.
Datuk nenek orang Melayu adalah pembuat kapal dan meriam terbesar di dunia bersikap profesional, berdisplin dan bermatlamat.
Orang yang berfikiran profesional ini lah yang menjadi Tun Nadim. Kerana itu kita sokong penubuhan parti baharu oleh G18 supaya kita ke arah profesional.
Kepada Allah kita kembalikan.
Catat Ulasan