23 Jun 2015

Nizar Tetap Sebagai Ketua Pembangkang Perak!


Nizar kekal ketua pembangkang Perak, kata DAP negeri

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang menang kerusi itu atas tiket PAS akan kekal sebagai ketua pembangkang Perak, kata Pengerusi DAP negeri Nga Kor Ming, walaupun kerjasama antara kedua-dua parti itu sudah berakhir.

Nga berkata Nizar yang juga pernah menjadi menteri besar Perak selama 10 bulan ketika Pakatan Rakyat (PR) menang dan mentadbir negeri itu pada 2008, menerima sokongan semua 18 Adun DAP dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Nizar akan kekal sebagai ketua pembangkang walaupun PR tidak lagi wujud dalam negeri ini. Selain wakil daripada DAP, saya percaya Nizar juga memperoleh sokongan daripada 5 lagi Adun PKR,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Lima lagi wakil, termasuk Nizar adalah daripada PAS dan secara bersama, mereka membentuk 28 Adun pembangkang dalam DUN.

Nga, yang juga Adun Kepayang berkata ini adalah respons sama ada DAP akan menarik sokongannya kepada Nizar untuk kekal sebagai ketua pembangkang, memandangkan DAP dan PAS tidak lagi menjalinkan kerjasama politik.

Ini adalah susulan usul memutuskan hubungan dengan DAP yang diluluskan tanpa bahas di muktamar tahunan PAS awal bulan ini.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut mengumumkan jawatankuasa eksekutif pusat parti itu membuat keputusan mengisytiharkan PR sudah terkubur memandangkan parti sekular dan rakan kongsi Islam itu tidak lagi bekerjasama.

Nga berkata walaupun PR tidak lagi wujud, Nizar boleh memegang jawatan itu kerana beliau adalah Adun yang dilantik untuk mewakili Changkat Jering.

“Kedudukan Nizar adalah wakil rakyat yang dilantik dan DAP yang membentuk majoriti pembangkang dalam DUN menyokongnya untuk kekal di situ,” katanya.

Nizar menjadi ketua pembangkang negeri sejak Mei 2009.

Nga, yang juga ahli Parlimen Taiping berkata DAP negeri mempunyai hubungan yang mesra dengan kepimpinan PAS Perak yang baharu di bawah Rosman Zakaria.

“Kami bukan musuh PAS atau pemimpinnya. Contohnya, kami akan pergi majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri mereka jika dijemput.

“Bagaimanapun, kami mempunyai hubungan kerja yang cemerlang dengan semua Adun PAS dalam melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat dilantik dalam DUN,” katanya.

Nizar sendiri gagal mengekalkan jawatannya dalam Jawatankuasa PAS Pusat bersama sekumpulan ahli “progresif” yang diketuai bekas Timbalan Presiden Mohamad Sabu yang digulingkan dalam pemilihan kedudukan tertinggi parti.

Nizar juga tewas bagi jawatan ketua cawangan PAS Kampar yang disandangnya sejak 14 tahun lalu, kepada Mohd Sofian Rejab, seorang guru agama. -TMI

ULASAN GB

Maka bertempiklah golongan pro-ulama bersama-sama UMNO... Nizar budak suruhan DAP!

Sedangkan Nizar adalah ikon pemersatu parti-parti komponen di dalam PR. Sekalipun PAS memiliki kerusi minoriti di Perak selepas PRU12 dahulu, tetapi Mohd Nizar dilantik sebagai Menteri Besar Perak berdarkan ketokohan dan professionalism yang beliau miliki. Dengki dan irihati UMNO menyebabkan beliau dilemparkan dengan pelbagai tuduhan seperti keldai DAP, talibarut Cina dan seumpamanya sehingga timbullah kononnya ada Penjanjian Pangkor II dimana dikatakan Nizar menandatangani satu perjanjian untuk bersetuju tidak melaksanakan hukum Islam apabila menjadi MB Perak. Fitnah dari UMNO ini kemudiannya digunakan dan diperpanjangkan oleh kumpulan ulama dalam PAS di dalam grand design mereka untuk menjatuhkan kumpulan profesional dalam PAS termasuk Nizar.

Sekalipun difitnahkan sedemikian rupa, hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan. Sebutir permata tetap permata walaupun dimana ia berada. DS Nizar masih diyakini oleh rakan-rakan komponen PR untuk terus menjawat sebagai Ketua Pembangkang.

Setelah dicantas oleh kumpulan gila jawatan dan gila kuasa di kalangan PAS Perak, mungkin selepas ini nama DS Nizar tiada lagi dalam senarai calon PAS di dalam pilihanraya akan datang.

Pun tidak mengapa, DS Nizar, insyaAllah, salah seorang pendokong parti baharu, dan meloponglah PAS Perak selepas ini...



17 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

Sungguh besar hati Dap!

Ini yg buat kami sanjung Dap!... Walau pakatan dah mati di bunuh ayoh Ping Marang, namun Dap mencari jalan untuk bersatu hati ... Heart to heart walau takde bidy contact...

Dap we luv ya!

Jgn terkejut jika ramai melayu kagum dan masuk Dap beramai ramai!!!

Tanpa Nama berkata...

Sokong nizar...Ulamak yg menang cara chai adalah kemenangan palsu..Nizar tetap ketua pembangkang perak...

Unknown berkata...

Hebat tak hebatnya DS Nizar ni..

Beliau ada tokoh dan layak untuk memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia akan datang..

In Shaa Allah harapan baru sedang menanti kita semua..

Unknown berkata...

Cuba kita bayangkan jika PAS majority!! Dap yg minority!!:Dah terbukti di Kedah dan terengganu bila PAS Majority kawan-kawannya hanya dapat kuah sahaja.Akibatnya kedua-dua negeri KALAH di pilihanraya seterusnya.

MORAL OF THE STORY:Ajaran Ahklak oleh ulamak-ulamak PAS, a/Ialah bersifat Tamak hanya utk geng dan kumpulan sendiri.b/Jika dapat kuasa bersama dgn kawan,pastikan geng aku dapat lebih,sabotage -sana sabotage sini,walaupun kumpulan aku selalu ponteng.c/Jika kemahuan aku tak dapat berpakat dgn musuh, tikam dari belakang.d/Boleh melabelkan sesiapa yg berbeza pendapat dgn mereka.
Tapi ALLAH nak tunjukkan ahklak yg baik tak semestinya dari ulamak shj,tetapi pengajaran di sini ialah ianya boleh datang dari sape-sape yg allah pilih,samada dari orn2 bukan islam atau orng islam.

AKIDAH dan AHKLAK hendaklah seiring barulah setiap perbuatan dan tindakkan dapat keredhaan ALLAH.
WALLAHUALAM

Tanpa Nama berkata...

Sokong zuhdi@zack dan din ayam...penerus kegemilangan pas...tanpa zuhdi dan din ayam bangunan raja laut pas mesti x berduit....hihihi..hidup zuhdi dan din ayam....jangan jeles ya geng pro rakyat...

Unknown berkata...

Ok encik ayam...beres no problem!!

Unknown berkata...





Aisehman geng..
Zuhdi sama din ayam cukong utk Pas ka..Patutlah..

Tak jeles la geng..
Cuma,kasian shj..




Tanpa Nama berkata...

Hmmm Nizar permata ye. Tapi tokoh PAS lain terutamanya yang berada di Pulau Pinang nak cerita macam mana pula? Ketika umat islam bersatu isu hudud Nizar bersatu tolak hudud. Lagi tanya kenapa dia digilai DAP? Bro Malaysia baru love DAP? Then go ahead. Another Othman Wok in the making. Cukup2 la tu... Ps. Kalau bro Green berani siarla komen saya ini.

Tanpa Nama berkata...

anon 2:19 pm Kau memang talibarut umno. sebab ko kata umat Islam bersatu kerana hudud, sdgkan pas telah ditipu hidup2 oleh UMNO.
Nizar tolak hudud kerana Haji Hadi sendiri pernah kata Hudud Bukan Keutamaan. Sheikh Yusof Al-Qardhawi sendiri menyatakan hapuskan dulu kemiskinan, selesaikan dulu masalah kebajika umat Islam, bukan hudud.

Orang DAP malah majoriti kaum bukan Islam suka Nizar kerana pendekatan Nizar yang lebih berhemah. Nizar pemimpin PAS yang profesyenal mampu berbahasa Mandarin dan Tamil.

Dan kini ramai orang Melayu/Islam sertai DAP. ... jadi pergi matilah PAS dan UMNO selepas ini...

Tanpa Nama berkata...

jgn cerita pasal hududlah. dah jelas hadi dah kena tipu dgn umno. dah dua kali parlimen bersidang, masih tak dpt nak bentangkan. ada pula kakak tua yg ancam nak perang besar kalau tak bentang bulan oktober akan datang.

bila mahfuz tanya diparlimen, ada geng ostad bantu? harimau yg pemalu dah jadi pondan. yg ada siku dan lutut hanya simpan dlm jubah. semua senyap dan bisu. makan gaji buta. lain kali letak je selipar atau beruk sbg calon ganti mrk.

yg paling ketara sekali penipuan hadi ialah dia sendiri ponteng walaupun ruu tu ada disenaraikan. MACAM MANA NAK BENTANG HUDUD KALAU HADI SENDIRI TAK DATANG? ADA HADI BISING PD UMNO PASAL HUDUD SELEPAS DIA BALIK DR JEPUN?

Tanpa Nama berkata...

Hello ANOM June 23, 2015 at 2:19 PM
Hello, I know u r from ameno!!"Another Ibrahim Ali in the making", Here we go ABUP, :Anything But Umno/PAS.
hahhahhhhhhahahhahh:
U r saying GB, not dare enuff to post ur posting!!!!Come on la bro!!!

Tanpa Nama berkata...

Anon 2:19 kata Nizar tolak hudud, cuba buktikan perkataan mana/ceramah mana yg Nizar tolak hudud?Geng pil kuda ni kuat betul fitnah.phui....

Unknown berkata...

Menate ni bodoh supo lembu...PAScai anjing barua BN...lebai2 mercun dan ustat2 sampul yg hina dan keji jual agama....sebangsat bangsat manusia adalah PAScai.

Unknown berkata...

Aku pun kurang pasti kenapa melihat muka hj hadi tidak mendatang rasa syahdu, belas dan kasih sepertimana menatap seraup wajah tok guru hj abd aziz. Mungkinkah hati hadi sebenarrnya tidak tulus, ikhlas dan hitam dgn perasaan dendam ?

Unknown berkata...

Ya ... benar . Saya amat setuju dgn tuan.

Unknown berkata...

Ambo setuju guu.Jauh beza dgn Arwah UFN dan TGNA langit dengan bumi.Ambo tengok muka ayah ping marang gak sero putus angin guu.Tak dak aura Islam langsung supo boss ISIS adalah.Berattt guuu.

Tanpa Nama berkata...

Aku x phm mcmane tok hadi bleh lg kene game ngan bn.tgk dorang punya mainan bila sedar umno da nazak dia kononnya menyokong pembentangan hudud bg melagakan pas n dap n pkr ...pastu main tarik tali ...hasilnya pas n dap bertelagah nampak game umno berhasil...cita2 aku nk tgk bn tumbang so buatlah yg terbaik asl umno tewas