10 Jun 2015

Muktamar Seperti Pemebersihan Etnik Rohingya


Muktamar seperti pembersihan etnik Rohingya – Ahli PAS Sepang

Saya seorang ahli PAS Sepang. Dua ke tiga hari ini saya pening selepas muktamar dengan apa yang berlaku.

Saya kira muktamar ini pelik dan musykil itu yang saya pening dan keliru.

Muktamar yang menjadi tak boleh bahas dan tak boleh buat keputusan.

Muktamar yang bukan seperti pemilihan sebenar, tetapi seperti pembersihan etnik Rohingya.

Dan satu lagi, saya terfikir mengapa sebab talak itu walaupun Allah benarkan tetapi itulah perkataan yang paling tidak disukai, walaupun talak satu, talak due atau lagilah talak tiga.

Perumpamaan cerai atau talak ini, sama seperti kata dan usul Dewan Ulama untuk putus hubungan atau cerai dengan DAP, sekarang dah cerai dan sudah terlepas ucapan talak tiga, tapi masih nak duduk sebumbung, mana boleh camtu.

Tu yang PAS dilihat seperti nak cari Cina buta sekarang ini.

Apa yang dicari sebenarnya? Keredhaan Allah atau laba dan pangkat serta jawatan?



PAS untuk semua ulama – Arafat Hambali

Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah pilihanraya yang pertama saya mula membuang undi. Masih segar di ingatan bagaimana saya terlibat secara dekat dan turut serta berkempen semasa sebelum PRU13 lalu.

Saya juga masih ingat ketika itu lebih kurang jam 11 malam bas yang dinaiki saya tiba di Terminal Bas Kangar lalu dijemput kawan dan terus pulang.

Sewaktu melintasi jalan raya perang poster hebat sekali, tidak kurang juga di kampung saya. Masih kekal juga dalam ingatan saya, setibanya di muka pintu rumah selepas bersalaman dengan ayah, tanpa menukar baju, mandi atau menjamah sebarang makanan hanya menukar selipar, saya terus bergegas ke markas PAS yang terletak di hadapan jalan kampung.

Setibanya di markas PAS, saya dan beberapa orang rakan diketuai seorang calon PKR kawasan saya mula mengatur program. Malam tersebut kami berkonvoi dari kampung ke kampung untuk berkempen.

Dari kampung yang dihuni penduduk Siam sehinggalah perumahan warga Felda. Ketika itu PKR meletakan calon mereka bagi mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan saya dan PAS meletakkan calonnya bagi mewakili Parlimen kawasan saya.

Begitu juga malam-malam seterusnya semasa ambang PRU13, kami memeriahkan markas PAS dengan pelbagai aktiviti.

Wakil PAS dan PKR duduk di bawah khemah yang sama. Pernah satu malam, rakan saya dihantar ke wad kecemasan pada malam ambang PRU13 kerana jarinya luka terkena buluh semasa menggantung bendera PAS. Tanpa sebarang kos yang ditaja kami bergegas ke hospital.

Masih segar juga di ingatan saya, sewaktu saya masih menetap di Shah Alam sebelum saya pulang ke kampung, beberapa bulan sebelum PRU13, saya turut bersama di dalam satu program di sebuah Felda di Selangor.

Program yang menghimpunkan seniman. Menggunakan seni sebagai paksi perlawanan dan menyedarkan masyarakat Felda tentang ketidaktelusan siasah pada masa itu.

Ketika itu saya masih menuntut di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam di Shah Alam. Saya juga masih ingat di suatu program, saya berdiri dan melantunkan beberapa puisi di atas pentas PAS bersama beberapa orang tokoh parti itu seperti Anbakri Haron, Muhaimin Sulam dan beberapa rakan aktivis daripada Puisi Jadi Senjata.

Dengan slogan “PAS For All” pada ketika itu, saya begitu senang dan berharap PAS dapat merubah sesuatu untuk perkembangan politik negara ditambah pula apabila mereka begitu berlapang dada menerima beberapa tokoh daripada DAP menggunakan tiket PAS untuk bertanding apabila desas-desus kencang mengatakan DAP bakal diharamkan.

Hari ini, pergolakan dalaman PAS begitu menakutkan saya, saya tidak kisah jika MIC yang bergolak kerana parti itu secara terang-terangan tidak memiliki Majlis Syura dan Ulama.

Namun, pergolakan tersebut terjadi di dalam jemaah yang bergelar parti Islam dan ia semakin meruncingkan. Apakah mereka melupakan apa yang diperjuangkan tokoh terdahulu? Allahyarham Dr Burhanuddin al Helmy? Bukankah beliau mewakili semua?

Allahyarham juga senang dikenali sebagai profesional, boleh juga berstatus ustaz. Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor, bukankah beliau pernah memperkenalkan konsep memprofesionalkan ulama dan mengulamakan profesional?.


Tetapi ke mana perginya semangat penyatuan yang diasaskan dahulu? Apakah juga semangat mengkritik itu juga sudah menjadi suatu kesalahan untuk kebaikan? Jika ya, apakah bezanya antara PAS dan BN jika tiada semangat keterbukaan dalam merintis kemajuan untuk kelangsungan parti?

Tidak perlulah saya menulis di sini tentang pelbagai rentetan yang berlaku dahulu. Cuma kadang-kadang saya tertanya, bagaimanakah jika PAS dapat menawan Putrajaya bersama Pakatan Rakyat (PR) lalu membentuk kerajaan.

Apakah kita akan dikunci rapat terus mulut dan pena pula akan dikerat daripada untuk mengkritik jika sekarang belum pun berjaya menawan Putrajaya sudah melabelkan sesama jemaahnya dengan pelbagai gelaran

Sehingga kini, saya masih belum menjadi mana-mana ahli untuk mana-mana parti politik, tetapi sebagai anak muda, saya berasa begitu terkilan apabila melihat hala tuju politik PR terutamanya PAS.

Saya bukanlah mahu mengungkit apa yang saya lakukan kerana apa yang dilakukan tersebut tidaklah sebesar mana pun pengorbanan saya.

Cuma apabila sebuah konsep penyatuan yang digagaskan tetapi tiada istiqamah dan dengan mudah ia hampir terburai begitu sahaja.

Saya berasa sedih lebih-lebih lagi untuk generasi muda yang kurang terkesan dengan perkembangan semasa. Bayangkanlah bagaimana tanggapan mereka dan bagaimana legasi ini akan diperjuangkan.

Soal pemansuhan Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Negara (PTPTN) sudah tiada lagi kedengaran, soal cukai barang dan perkhidmatan (GST) hanya beberapa badan bukan kerajaan sahaja yang masih memperjuangkannya dan banyak lagi isu penindasan yang semakin lesu diperjuangkan.

Kembalilah kepada penyatuan yang telah digagaskan dahulu, berfikirlah secara rasional apakah hanya kuasa dan pangkat semata-mata atau mereka ini golongan yang benar-benar mahu membela rakyat jangan suatu masa ke depan.

Anak cucu kami akan mempersoalkan kenapa sebuah jemaah yang atas namanya Islam sanggup membelakangkan konsep Islam itu sendiri.


Lagu asal : Leman Raja Lawak/Lawan Solo

Jemaah tipu jemaah

Semua jemaah kita hai pakat kena tipu,
ku ingin cerita isu dalam lagu,
Ajk pusat kita dah tukaq muka baru,
Ada yg tak kenai menang cara hantu.

Pemimpin yg baik kita pakat kerjasama,
Ada jenis ambik kesempatan buat nama
Jenis banyak ckp tapi kurang buat kerja
Janggut sampai kedada lebai atas kepala

Ada pemimpin hebat digelar sebagai jebon,
Buat kerja rakyat tak kira lah masa
Ada jenis ustaz dipanggil lebai mercun
Sembangnya lebih tapi gila kuasa

Ada jemaah gila jawatan
Cantas mencantas tak kira nya kawan
Sanggup buat fitnah surat layang kiri kanan
Jenis lebai mercun menghalalkan keputusan

Jenis jemaah pandainya menipu,
Masuk utusan stetmentnya merapu
Main isu wala agama bersatu
Jenis lebai melayu..melayu tipu melayu





19 ulasan:

sarjanhasan berkata...

Mudahnya ulamak dibeli oleh umno kerana dijanjikan pangkat dan kedudukan pas akan berkubur yang digali oleh pihak ulamak yang bodoh lagi tamak

Tanpa Nama berkata...

Jika PAS benar-benar memutuskan hubungan dengan DAP, ia akan hilang lebih 1,000 jawatan berkaitan kerajaan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.

Ini akan menyebabkan PAS kehilangan apa jua pengaruh yang ia ada sekarang ke atas kerajaan Pulau Pinang.....Terlajak perahu blh undur,terlajak muktamar terima lah akibat nya.kesian ulamak memperbodohkan diri sendiri

Tanpa Nama berkata...

Hukum kebenaran dan keadilan terus berjalan. Kumpulan ulamak PAS yang buta undang-undang membuat dan meluluskan usul putus kerjasama dengan DAP, yang akhirnya mereka sendiri terkinja-kinja kononnnya "ia belum muktamad" lagi.(Jika U_TURN berlaku mana nak letak maruah Dewan Ulama bro) Jadi memutuskan Hubungan dengan DAP hanya satu Usul Sandiwara pada Asalnya bagi Mempengaruhi Perwakilan sebelum Pengundian.
KITA TUNGGU SAMADA " MEREKA MEMILIH RINGGIT ATAU ULAMA"

oleh
kita kuat

Tanpa Nama berkata...

Selamat tinggal PASCAI...dan selamat datang PASMA...

Tanpa Nama berkata...

Mrk nih memang berani bro

Si-TOLOL-siku-LUTOT yg tak lulus SRP/LCE nih memang pon gagah-BERANI

Mrk betol2 jihad berJIHAD langsung tak pakai-OTAK cukop-siku-LUTOT sbb SRP/LCE pon tak lulus...IQ memang7CIPUT

Tengoklah bukti2-JIHADsuci taiko demer yg sgt7BERANI itu mcm kat bwh nih:



1) Sudah tipu FITNAH kaw-kaw rakyat dekat pru-13 dulu dgn PilKuda..bravo!

2) Tipu FITNAH lg kpd ahli2 PAS sndiri ddlm muktamar dgn ayat2 BARUA & broka

3) Tipu FITNAH trhdp Wan Azizah konon2 tak layak sdangkan Wan Azizah "best" student kat Ireland & IQ Wan Azizah bpuluh x lebih jauh pintar dr siTOLOL itu

4) Tipu FITNAH lg konon2nya tak kemaruk jwtan tp senyap2 hantar nama wakil PAS utk jd MB di Selangor

5) Tipu FITNAH lg dgn RUU-hudud yg jls skali tunjuk tolol-KEBODOHAN dgn gelojoh sorang2 LANGSUNG tak berbincang..last2 kena KENCING tp tak serik2 jugak!?

6) Tipu FITNAH rakyat lg...RUU-hudud tu pon bukan "hudud" yg REAL mcm yg ddlm Quran tp skadar "hudud" kepala-JAMBAN ikut nafsu kepala hotak dia yg dipinda2!?

7) Tipu FITNAH sandiwara lg ddlm muktamar konon2 hularrraMak2 dah PUTUSkan sgl hubungan dgn DAP-takYah-Bahas2---noktah!!......skrg puak2 tolol-BODOH yg tak layak langsung dipanggil ulamak tuu dah KELABU asap!!!

Puak2 yg klu amik LCE/SRP pon tak lulus tuu jenuh laa sakan piang nak guna siku & kepala-LUTOT nak belit-PUTAR camner lah pulok...

...dan TUHAN akan pamirkan lg bodoh-TOLOL-siku-LUTOT mrk smakin jls & TERANG!!!!!

Saksikan & terus sama2 kita saksikan..


GB..

Inilah akibat bila si-TOLOL-siku-LUTOT itu bermain2 dgn onar-FITNAH yg sgt2 dibenci serta diLAKNAT oleh ALLAH...lebih2 lg dgn topeng2 Quran hadis jubah & SORBAN!!!!!!!??????

Alangkah sgt7 sgt7 sgt7 sgt7 dmurka & sgt7sgt7 diLAKNAT oleh ALLAH!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Mrk nih memang berani bro

Si-TOLOL-siku-LUTOT yg tak lulus SRP/LCE nih memang pon gagah-BERANI

Mrk betol2 jihad berJIHAD langsung tak pakai-OTAK cukop-siku-LUTOT sbb SRP/LCE pon tak lulus...IQ memang7CIPUT

Tengoklah bukti2-JIHADsuci taiko demer yg sgt7BERANI itu mcm kat bwh nih:



1) Sudah tipu FITNAH kaw-kaw rakyat dekat pru-13 dulu dgn PilKuda..bravo!

2) Tipu FITNAH lg kpd ahli2 PAS sndiri ddlm muktamar dgn ayat2 BARUA & broka

3) Tipu FITNAH trhdp Wan Azizah konon2 tak layak sdangkan Wan Azizah "best" student kat Ireland & IQ Wan Azizah bpuluh x lebih jauh pintar dr siTOLOL itu

4) Tipu FITNAH lg konon2nya tak kemaruk jwtan tp senyap2 hantar nama wakil PAS utk jd MB di Selangor

5) Tipu FITNAH lg dgn RUU-hudud yg jls skali tunjuk tolol-KEBODOHAN dgn gelojoh sorang2 LANGSUNG tak berbincang..last2 kena KENCING tp tak serik2 jugak!?

6) Tipu FITNAH rakyat lg...RUU-hudud tu pon bukan "hudud" yg REAL mcm yg ddlm Quran tp skadar "hudud" kepala-JAMBAN ikut nafsu kepala hotak dia yg dipinda2!?

7) Tipu FITNAH sandiwara lg ddlm muktamar konon2 hularrraMak2 dah PUTUSkan sgl hubungan dgn DAP-takYah-Bahas2---noktah!!......skrg puak2 tolol-BODOH yg tak layak langsung dipanggil ulamak tuu dah KELABU asap!!!

Puak2 yg klu amik LCE/SRP pon tak lulus tuu jenuh laa sakan piang nak guna siku & kepala-LUTOT nak belit-PUTAR camner lah pulok...

...dan TUHAN akan pamirkan lg bodoh-TOLOL-siku-LUTOT mrk smakin jls & TERANG!!!!!

Saksikan & terus sama2 kita saksikan..


GB..

Inilah akibat bila si-TOLOL-siku-LUTOT itu bermain2 dgn onar-FITNAH yg sgt2 dibenci serta diLAKNAT oleh ALLAH...lebih2 lg dgn topeng2 Quran hadis jubah & SORBAN!!!!!!!??????

Alangkah sgt7 sgt7 sgt7 sgt7 dmurka & sgt7sgt7 diLAKNAT oleh ALLAH!!!!!!

Tanpa Nama berkata...


.
Pro ulama ingat boleh terlepas begitu saja je ke...

Nak harap PAS letak jawatan, nampaknya liat sangat.

Kalau degil jugak, semua ahli PAS yang pegang jawatan di minta supaya menangkat sumpah menyokong LGE dan Azmin.

Kita tenguk putar putar putar. Wang besar. Wang besar.


Kepada Allah kita kembalikan.

Unknown berkata...

Saudara sarjanhasan,

Luahan rasa hati mu itu memang tepat.
Para ulamak dan para ulamak mercun yang cemburu dengan pencapaian PAS mula mencari jalan bagai mana mereka nak menghancurkan PAS dari dalam. Sebelum PAS mencapai kejayaan dari luar Kelantan ia nya tak begitu. Bila kejayaan yang sedikit itu mula menjelma mereka yang tamak sudah tak senang duduk sehingga tuntutan agama pun mereka sanggup "PIJAK dan INJAK". Maka timbul lah pelbagai perkara yang terkeluar dari ajaran Islam.

UMNO-BARU yang telah terhidu "AROMA" tersebut mula memainkan peranan dengan menabur wang. Keakraban Nik Beduh(si kecik)dengan Teuku Adnan itu pasti mampu memberikan jawapan, itu pun kalau dia ikhlas.

To refresh your minds, elok lah di hayati ucapan penangguhan tuang Presiden yang saya anggap satu ucapan yang begitu angkuh dan sombong. Juga perhatikan body-language the so call (BOMOH MELAYU)semasa saudara Mat Sabu sedang berucap. Kebetulan dia duduk di belakang saudara Mat Sabu yang sedang berucap. Memek muka nya mengambarkan betapa meluat nya si bomoh Melayu ini kepada saudara Mat Sabu.

Kedua dua episode yang saya nyatakan ini ada kah sebahagian dari ajaran "ISLAM"? Harap para Ulamak dan ulamat mercun yang menang melalui "CAI" dapat memberikan jawapan.

PRU ke 14 is just around the corner. Kalau para ahli PAS yang committed tidak mampu melaku kan sesuatu elok lah di baca Innalillah kepada parti tersebut.

TtG berkata...

sarjanhasan...tak abis lagi ka..majoriti dah buat keputusan..move on please..pas masuk umno ka? kan dah TITM dah ulas..takkan join umno..
please la greenboc..jgn melukut di tepi gantang..orang dah tak suka geng ni..cukupla..ulas masalah rakyat lagi baguih...dendam sampai mati pun tak habis...
better yg sokong progresif buat pasma sbg parti...
bole jadi mcm parti AK di Turki..mana la tau..tuah ayam nampak di kaki...

Tanpa Nama berkata...

Encik Sarjan Hassan, ulamak pun nak naik BMW atau Vellfire atau Lexus. Ulamak juga nak gaji puluh-puluh ribu, nak juga bini 2 atau 3 orang, nak juga duduk dalam istana, bercuti ke Europe atau US. Orang-orang dulu yang berkorban wang ringgit, emas perak, masa siang dan malam, tidur dalam lokap, kena penjara, kena buang daerah dan macam-macam kesulitan itu mereka punya hal. Kesian kat diorang. Asyik kena tipu je . Yang teruknye menipu kali n ialah orang yang digelar ulamak. Ayoyo!!

Tanpa Nama berkata...

Nak move on macama mana?
Selagi tak letak jawatan dan seterusnya keluar dari PR, ding dong lah macam tu jugak.
Dapat majoriti lebih dari yang di jangkakan dan dah buat usul tanpa bantahan dah. A go go lah, apalagi terhengeh-hengeh.
PAS tak join UMNO tapi PAS dah jadi UMNO. PAS ganti UMNO!!!
Bila dah sama celakanya tak payah join, mana satu UMNO dan mana satu PAS pun orang dah tenguk sama.

Tetapkan keputusan putus hubungan dengan DAP dan letaklah jawatan secara bermaruah. Berjalan lah macam hero (slow motion) dengan jubah di tiup angin.

Yang move on, Mat Sabu dan Hanipa je.

Potailangek berkata...

Doa harian PAS GANTI UMNO tlh termakbul..yiihaaaa

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Apabila diamati ternyata Muktamar Pas 2015 adalah mekanisme golongan pro-ulama menghapuskan golongan profesional dengan slogan "nyahkan calon-calon yang pro-Pakatan Rakyat dan agen DAP" dalam kepimpinan Pas. Tindakan mereka berjaya dan terkapai-kapailah pemimpin-pemimpin ini tanpa sebarang jawatan dalam hiraki kepimpinan Pas.

Pas hanyalah wadah perjuangan. Pas bukan agama. Menukarkan wadah perjuangan bukan bermakna menukar agama dan akidah. Tiada nas atau dalil keluar daripada Pas menyalahi agama Islam. Dalam situasi Malaysia kini, gabungan parti-parti pelbagai identiti diperlukan untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional. Dap dikenali sebagai parti yang mendapat sokongan masyarakat Cina bandar, PKR parti yang popular di kalangan masyarakat pertengahan pinggir bandar. Parti Islam yang lebih terbuka diperlukan oleh masyarakat Melayu Islam luar bandar menggantikan Pas yang faundamentalis Islam dan "tertutup". Jika parti baru ini bergabung dengan PKR dan DAP untuk membina "Pakatan Rakyat II" pastinya mampu mengambil alih Putrajaya pada PRU 14 kelak. Biarkan sahaja Pas bersendirian dalam Pakatan Rakyat atau bergabung dengan BN. Gelombang kebangkitan rakyat yang kini hidup amat tersiksa mampu menenggelamkan Barisan Nasional atau Pas. Apatah lagi jika parti baharu yang ditubuhkan itu nanti dapat menarik kesemua atau kebanyakan Adun dan Ahli Parlimen Pas yang dilabel sebagai "pro Pakataan Rakyat dan agen DAP".

Memang golongan "pro Pakataan Rakyat dan agen DAP" berjaya dihapuskan oleh golongan pro ulama dalam politik Pas, tetapi tidak semestinya dipersada politik tanah air. Mereka yang tersingkir ini adalah golongan intelektual yang sudah masak dengan sepak terajang politik, semestinya mereka ada strategi untuk kembali dan survival dalam pentas politik Malaysia. Dalam tempoh yang terdekat kita akan melihat, golongan mana yang akan menjadi "nokia" politik Malaysia. Politik itu adalah strategi dan bukannya membujur lalu melintang patah.

sb dehlawi berkata...

malam ni barisan chai akn meeeting nok lantik biro. mintak dt husam, salehuddin, khalid, hanifa, abg mat sabu dn progresif lain jgn terima jiko barisan chai nok lntik pegang biro biar padan muko dio

Tanpa Nama berkata...

Yang penting kita wajib ikut Ulama dan Muktamar. Bila dah kata putus maka semua warga pas yg berezki dgn kerajaan negeri pimpinan DAP kena la BERAMBUS. Baru la Isle isle.
Tak kan bab duit jadi boleh pulak langgar ketetapan muktamar dan buat U-Turn. Nak kerja terus dengan kerajaan Negeri boleh TAPI kena la buat MUKTAMAR KHAS pembatalan resolusi yg diterima.

Mudah kan untuk difahami. Lagi pun dah kuat apa lagi BERAMBUS la dari PR terutamanya di Selangor. Kalu runtuh kerajaan Selangor ada PRN, apa takut kan ke kita KUAT dah tentu MB dari Pas.Tak kan nak U-TURN dan memalukan Dewan Ulama pulak kannn.
Apa pun mudah patuhi lah Muktamar dan ULAMA baru ada maruah,
Sekali lagi cakap BERAMBUS

Malaysiabaru berkata...

Ye lah atatuya dah mati

Apa kata mahathir move on... Pedulu apa siapa pembunuh sebenar. Move on lah

Peduli apa hadi dah jadi ularmak ajaran sesat move on lah

Peduli apa syahrul dah lalok move on lah

Move on ... Gst ka kena rogol ka... Move on laaa ..kalau kn rogol pm Sabah kata relax la just lay back n enjoy it... Dah puas move on laaa

Unknown berkata...

Menate shahrul ni budak bengong mari hutan mano nih?mung gi sekolah ko dok bodo?a piece of junk.

Tanpa Nama berkata...

Mmg aku da move on...

ASALKAN BUKAN UMNO DAN PAS..KHALAS..

REMINDER TO PARTI SIKU LUTUT SEMALAYSIA..SO CALLED PAS

JGN JUAL AGAMA UTK KEPENTINGAN DUNIAWI..ITU LAGI KEJI DARI ANJING DI TEPI JALAN..

Tanpa Nama berkata...

Putar Alam Selalu @ PA syestem