Penubuhan pakatan pembangkang baharu dibincang semalam?
Sekumpulan pemimpin progresif PAS yang menggelarkan diri mereka sebagai G-18 mengadakan pertemuan dengan pimpinan PKR dan DAP semalam.
Pengerusi jawatankuasa bertindak G-18, Mohamad Sabu berkata, pertemuan di Kuala Lumpur semalam berjalan dengan baik dan dihadiri pemimpin kanan PKR dan DAP.
Bekas timbalan presiden PAS itu berkata, selepas Ramadan nanti, G-18 akan membuat pengumuman rasmi mengenai masa depan politik mereka.
"Ia sangat berjaya dengan semua pemimpin kanan menyertainya," kata Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu kepada The Malaysian Insider, tanpa mahu mengulas panjang.
Ditanya sama ada terdapat perbincangan menubuhkan pakatan pembangkang baharu, Mat Sabu berkata: “Tunggulah lepas raya nanti.”
Semalam, hampir kesemua anggota G-18 yang tewas dalam pemilihan lepas menyertai majlis berbuka puasa di rumah bekas setiausaha agung PAS, Datuk Kamarudin Jaffar, di Kemensah Heights, Kuala Lumpur.
Kamarudin yang juga ahli Parlimen Tumpat mengesahkan kehadiran pemimpin kanan PKR dan DAP.
"PKR datang dengan diketuai presidennya sendiri Kak Wan (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) manakala DAP juga datang," kata Kamarudin kepada The Malaysian Insider.
Selain Dr Wan Azizah, antara yang turut hadir dari PKR ialah Chua Tian Chang atau Tian Chua, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Datuk Johari Abdul dan Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali yang juga timbalan presiden PKR dikatakan tidak sempat hadir kerana terlibat dengan program di Kuala Selangor.
DAP pula disertai Lim Kit Siang, Teresa Kok, Liew Chin Tong dan lain-lain.
Dipihak G-18 pula, selain Mat Sabu, turut hadir ialah Salahuddin Ayub, Dr Dzulkefly Ahmad, Datuk Dr Mujahid Yusof, Asmuni Awi, Dr Mariah Mahmood.
G-18 sedang dalam siri pertemuan dengan pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan, susulan penubuhan jawatankuasa bertindak pada 16 Jun lalu di Muar, Johor. –TMI.
Pembangkang bincang tubuh Pakatan 2.0?
Pada hari yang sama bekas ketua pembangkang menyeru penyusunan semula dan muncul pembangkang yang kuat, para pemimpin gabungan pembangkang itu dilihat mengadakan satu pertemuan.
Sekeping foto menunjukkan sekumpulan anggota parlimen dan pemimpin progresif PKR, DAP dan PAS duduk bersama-sama dalam satu kumpulan dengan dilaporkan mereka berbincang menubuhkan Pakatan 2.0.
MP Teresa Kok yang memuatnaik gambar tersebut dalam laman Facebooknya semalam berkata ia diambil dalam satu majlis berbuka puasa di rumah anggota parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar di Kuala Lumpur malam tadi.
"Ketika keputusan muktamar PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP, tetapi malam ini ia seolah-olah memberi harapan lahirnya Pakatan Rakyat 2.0," tulis beliau.
Antara pemimpin yang hadir dalam gambar tersebut ialah bekas timbalan presiden Mohamad Sabu, tokoh DAP Lim Kit Siang, bekas naib presiden Salahuddin Ayub, MP Shah Alam Khalid Samad, MP Sungai Petnu Datuk Johari Abdul, penyanyi dan ahli PAS Wan Aishah Wan Ariffin dan Naib Presiden PKR Tian Chua dan Shamsul Iskandar Mohd Akin. -mk
ULASAN GBAktiiviti Pertama G-18 Harapan Baru
Laporan Polis Berhubung Isu FGV oleh ANAK dan Isu Pembelian Hartanah Mara di Melbourne oleh G18 Harapan Baru.
Tarikh :
25hb Jun 2015 (Khamis)
Jam :
11 Pagi
Lokasi :
IPD Dang Wangi, KL.
Semua Media dijemput hadir.
Sekian, Terima Kasih.
SUHAIZAN KAIAT
Penolong Setiausaha
G18 HARAPAN BARU
Semua pls come n join
InsyaAllah, PAKATAN 2.0 bakal muncul di persada politik tanahair menggantikan Pakatan Rakyat. Kali ini kita berharap ia tanpa PAS. Terlalu banyak masalah apabila PAS berada di dalam Pakatan Rakyat. PAS tidak layak untuk berkawan dengan sesiapa pun.
Biarlah PAS bersendirian. PAS merasa dirinya sudah cukup bagus, dah cukup kuat sehingga membuang semua profesional yang telah banyak berjasa kepadanya. Malah PAS sudah tidak memerlukan undi kaum Cina lagi apabila presidennya sendiri secara sinis, bongkak dan angkuh menyatakan “Kita (PAS) sedia kerja dengan semua parti yang tidak cauvinis". Dia tak sebut DAP tapi itulah maksudnya sedangkan selama ini DAP banyak membantu PAS di dalam pilihanraya.
Semalam GB sudah ulas, petikan:
Dan semalam G-18 bersama pimpinan PR telah hadir bersama-sama di dalam satu majlis berbuka puasa. Sekalipun PAS telah mengusulkan putus kerjasama dengan DAP, sehingga menyebabkan DAP dan PKR membuat keputusan Pakatan sudah tidak wajud lagi, maka pertuemuan semalam adalah satu permuafakatan untuk Pakatan 2.0 tanpa melibatkan PAS lagi. InsyaAllah ia akan lebih kukuh dan lebih kuat, lebih cemerlang dan gemilang demi menghadapi PRU14 nanti. PAS jangan pula segan dan malu untuk terima pelawaan Chua Soi Lek, untuk bersama UMNO dan BN.... kalau tak memang tenggelam habis pru nanti...
Mustafa Ali pasti gembira dengan pelawaan sahabat baiknya itu...
31 ulasan:
Pastikan gerak kerja parti baru tersusun dan tidak terburu2 dlm membuat sebarang keputusan. Sepakat membawa berkat.
Tahniah dan selamat maju jaya utk semua yg terlibat demi masa depan rakyat dan negara Malaysia yg bertuah ini.
inyaallah pakatan baru lgi kuat. dan pas pula pegi berambus pegi masuk bn .
MULAI JUN KIM SALAM NAK BELI HARAKAH LAGI
TAK mahu lagi bersekongkol dengan kepimpinan Cai yg adanya ejekan tolol, barua dan jebon. Tak ada adab dlm berpolitik walau bejubahm beserban dan mulut isle isle tp akhlak politik MasyaAllah
Biarlah PAS dengan cara yang tradisi, kita yang mahukan perubahan teruskan dengan agenda baru.
Takbirr 1000x
Akhirnya sebuah gabungan pembangkang yg idealistic
Endorsed by Anwar Ibrahim
Salaam Pakatan 2.0:
Tahniah dan syabas, Saya cadangkan PASMA atau G-18, Dapat mengujudkan satu Akhbar resmi Parti, so that ramai rakyat di luar sana dapat mengikuti perkembangan semasa, di samping G-18 dapat pendapatan hasil dari penjualan Akhbar. Saya dah muak baca harakah,bila baca harakah macam baca utusex,macam tenguk tv1/1/3,astro.Bila tenguk geng serban di TV,Macam tenguk ust. Kazim.
Bravo/gracias/PAKATAN 2.0.
Memang rakyat Malaysia memerlukan sebuah pakatan pembangkang yang kuat untuk mendepani BN pada PRU14. BN hanya boleh ditumbangkan oleh gabungan PKR, DAP dan parti baharu mengantikan Pas. Pas tidak layak lagi bergabung tenaga dengan PKR dan DAP kerana tindak tanduk parti itu yang kini seakan-akan gunting dalam lipatan. Pas kini dilihat sebagai musuh dalam selimut Pakatan Rakyat kerana sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah dengan aspirasi bersama. Dalam nada yang lain pimpinan tertinggi Pas sudah bermain kenyit mata dengan pimpinan Umno. Pas ternyata kini sudah menjadi pro-Umno kerana hanya semata-mata dengan "muslihat persetujuan" Umno terhadap isu hukum Hudud.
Pimpinan Pas tidak berpijak di bumi nyata. Kemenangan mereka di pantai barat Semenanjung Malaysia pada PRU 13 adalah kerana sokongan undi kaum Cina. Tanpa undi masyarakat Cina, Pas tidak memperolehi 15 kerusi DUN di Selangor. Statistik tidak pernah berbohong. Pas pernah tidak memenangi walaupun satu kerusi DUN pun pada tahun 70an dan 80an kerana Pas ketika itu dilihat menutup pintu mereka kepada pengundi bukan Melayu/ Islam. Biarkan Pas terus bongkak dengan egonya sendiri, yang akhirnya akan menjerumuskan parti ke kancah kehancuran.
G-18 yang dibuang oleh Hj Hadi adalah tokoh2 yang amat berbakat, handal, rajin, cerdik dan yang paling berharga ialah pengalaman.
Didalam PKR kalau dikira tidak punyai kuantiti bakat seramai G-18 maupun juga DAP tidak punyai kuatiti wakil berpengalaman seperti G-18.
Amat dahsyat dan tersangat bodoh seorang Presiden tolol seperti Hj Hadi boleh ketepikan mereka semua. G-18 nak pergi kemana2 parti, saper2 akan ambek.
Didalam sebuah syarikat, kemajuan dan keutungan kompeni adalah amat bergantung kepada pekerja2 yang rajin, cerdik, berkemahiran dan berpegalaman. Adalah sangat bodoh kalau kompeni dah maju dibuang semua yang pandai dan ditukar dengan yang tolol siku lutut cakar rimau.
Didalam peperangan, raja yang tidak cukup hulubalang2 kuat biasanya tersungkur. Kalau bagi Hj Hadi, ada hulubalun tolol2 dah cukup, dia boleh lacurkan diri dan jual terus negeri dia.
apa kena dgn azming nih? dah dua kali acara penting dia ponteng. jgn jadi hadi awe yg makang gaji buto sbb ponteng parlimen. dah lapor pd kak wan apa yg berlaku sms mengadap?
bubar je jabatang agama diperangsang tuh! mais dan jais kan dah ada?
INGAT!!! sesiapa yg menang secara haram, tiadalah pahala kebaikan sedikit pun atas apa yang dikerjakan dalam jawatang tsb. pahala zero tapi dosa dapat!!!
Say No to PAS2015
Salam GB
Jangan beri 100 hari.
Ia hanya akan manfaatkan UMNO yang banyak tipu-helahnya.
Dpt info si Azmin ni pro hadi.menang pun cara tipu mcm hadi,nt rsnya merosakkn juga hubungan baru pakatan 2.0..sesiapa ada info tlg beri pencerahan...
Selamat maju jaya, G-18. Saya merasakan PAS kini sudah TIADA lagi di hatiku.
Salam.
Sebenarnya kalau nak mempertabatkan Islam ada berbagai cara tak semesti melalui Pas atau mana mana parti politik. Tidaklah boleh kita kata ahli umno tidak berusaha kearah itu atau Pas lebih Islam.
Semuanya terpulang pada hati dan niat individu. Mana mana kerajaan yang mempertabatkan agama Islam dikira sebagai negara Islam, walaupun tiada hukum hudud.
Semua manusia tidak akan terlepas dari ujian termasuk ahli agama. Banyak yang lulus dan banyak juga akan gagal. Adalah lebih malang bagi mereka yang mempergunakan agama untuk kepentingan keuntungan sendiri.
Ada 2 perkara yang laris untuk dijaja...bangsa dan agama dari sejarah ribuan tahun.
Tiada umat islam yang beriman yang berani menolak hudud. Tetapi cara dan bentuknya yang sahaja dipertikaikan...termasuk dipertikaikan oleh ahli Pas.
Pada pendapat memperjuangkan kemungkaran adalah sama pentingnya kalau tidak lebih penting dari hudud mengikut keadaan semasa di Malaysia.
Ahli Pas, Pakatan atau sebahagian umat Islam di Malaysia berpendapat adalah lebih baik Pas dan Pakatan menguasai pentadbiran negara dahulu..sebab ini adalah lebih mudah untuk promote agenda Pas. Lihat sahaja bagaimana BN melakukannya dengan GST......hebat dan berjaya.....dah kurang pun orang bercakap tentang GST.....dah terima.
Banyak isu tidak jelas dikalangan bukan islam mahu pun islam. Tiada negara yang boleh ditadbirkan dengan 2 sistem perundangan yang berlainan. Mereka tidak boleh mengatakan hudud hanya untuk Islam dan tiada kena mengena dengan bukan Islam.
Sebagai contoh sekiranya mangsa adalah bukan Islam dan penceroboh, pencuri atau perogol adalah umat Islam. Mungkin mangsa tidak bersetuju dengan cara pengadilan yang menolak penggunaan dna, sains dan standard saksi di mahkamah sekular.....ini semua hendaklah diterangkan dan didik.
Begitu juga penerangan tentang takzir selain
Hudud bagi kes kes yang tidak menepati piawai beban saksi yang berat bagi Hudud.
Juga penjelasan kebaikan hudud seperti pihak Kerajaan terpaksa menggantikan atau memberi pampasan 2x ganda dari apa mangsa kerugian dan banyak lagi.
Matlamat dan objektif Hudud sebagai tools untuk membendung /menguruskan kemungkaran masyaratkat dan bukan lah sebagai ultimate punishment. Ini semua hendaklah di perjelaskan.
Apa yang Pas dah lakukan sepanjang 61 tahun berjuang dan mencanang Hudud ini dari utara ke selatan tanahair dan sabah sarawak?
Mungkin ada tapi tak pernah diketengahkan. Adakah buku-buku, kertas putih(white paper), website dan sessi atau bengkel bengkel penerangan kepada masyarakat atau dialog; Islam dan bukan Islam, NGO, parti politik lawan atau kawan.
Saya rasa ahli Pas pun tak faham.
Saya meletakkan kegagalan ini serta kegagalan mendisplinkan anggota sehingga Pas berpecah ini diatas bahu pemimpin iaitu TGHH seperti juga PM Najib bagi BN.
Saya tidak berparti tetapi telah mengundi calon Pas pada 2 pilihanraya lepas(bukan kawasan YB) atas dasar dasar Pakatan Rakyat. Saya menyokong YB Khalid dan saya rasa YB Khalid cemerlang dalam melaksanakan tugas YB selama ini dan mendapat penghormatan rakyat Malaysia amnya.
P.S. diatas adalah comment saya pada blog YB Khalid Samad.
Memang Azmin menang cara tipu dlm undi PKR,Sesiapa yg menjaga dekat pusat banyak terima complain dari cabang group aZMIN RAMAI YG MENIPU chai Azmin,Sampai sekarang tiada tindakkan di ambil. itu sebab orng yg clean macam rafizi,saifuddin nasution,Nurul izzah , nIk Nazmi Tidak dirujuk sehingga president pun tak di layan. Group Azmin ialah group yg cuba,memadamkan perjuangan DSAI. saya harap pengajaran pada G-18, supaya membina kekuatan sendiri jgn berharap pada PKR (azmin),/ug.
mrk2 yg akan dilantik utk sbrg jwtn hendaklah yg telah melalui saringan yg ketat. jgn ada org2 spt sneaky mokhtar dan zuhdi situkang jentik ataupun sitaliban the inciter.
semoga kesilapan lepas akan menjadi iktibar.
Alhamdulillah.
G18 telah menepati satu syarat ia itu berani mendedahkan pertemuan tersebut dengan tujuan nya sekali. Beberapa nama pemimpin turut disahkan telah hadir pada malam itu.
Ini bermakna dari awal kita di libatkan sama walaupun tidak berada di malam bersejarah tersebut. Terima kasih Abang Mat dan semua sekali.
Satu harapan baru kita telah tertunai. Kippidup!!!
Kepada Allah kita kembalikan.
Setuju. Jangan lupa portal berita atas talian. InnShaa Allah saya doakan yang terbaik untuk gerakan Islam yang berasaskan sunnah dan akhlak Rasulullah saw.
Aura Pakatan Rakyat 2.0 semakin hari semakin merebak dan membesar..
Lepas ini, G-18 bolehlah keliling Malaysia..sebarkan maklumat pada rakyat jelata..biar tindakan kita kehadapan dari Pas.
Silakan..
Hadi & Azmmin Ali boleh kukuhkan PR yg dah berkubur tu dgn siku n LUTOT
TETAPI..
Rakyat hanya mahu brsatu utk mngukuhkan PAKATAN yg baru
AKIDAH?
AKIDAH sape yg tenggelam?
Adakah AKIDAH ygSONGSANG-murtad-FITNAH yg dilaknat oleh ALLAH??
ATAU
AKIDAH maha7LURUS slurus7CAHAYA yg maha7TERANG benderang yg bnar7mNYULOH kbejatan ummah???
Nota:
Ciri2 CAHAYA = LURUS mnerangi SEMUA = SELFLESS sharing-giving to ALL!
Silakan..
Hadi & Azmmin Ali boleh kukuhkan PR yg dah berkubur tu dgn siku n LUTOT
TETAPI..
Rakyat hanya mahu brsatu utk mngukuhkan PAKATAN yg baru
AKIDAH?
AKIDAH sape yg tenggelam?
Adakah AKIDAH ygSONGSANG-murtad-FITNAH yg dilaknat oleh ALLAH??
ATAU
AKIDAH maha7LURUS slurus7CAHAYA yg maha7TERANG benderang yg bnar7mNYULOH kbejatan ummah???
Nota:
Ciri2 CAHAYA = LURUS mnerangi SEMUA = SELFLESS sharing-giving to ALL!
Sekiranya Mat Sabu & Geng boleh yakinkan rakyat.
Sudah pasti Haji Awang & Geng akan tunggang langgang.
aku setuju dengan admin tu! harap tak kelibat proulama ada didalamnya. memang akan menyusahkan! tok ketua dewan ulama pas dah bagitau dah selagi prolib(G18) ini berada didalam pas atau ajkpp, proulama akan kalah berhujah untuk membuat sesuatu keputusan termasuk haji hadi.sebab tu kadang2 haji hadi sendiri yang buat keputusan.ALLAH swt telah mencampakkan kedalam hati mereka(UG/GU/PROULAMA) ini perasaan takut,bimbang,keluh kesah dan berbagai lagi.adakah ini 'BALA DARI ALLAH swt?' aku bukan sebahagian dari mereka2 ini! semuga ALLAH swt permudahkan usaha G18 ini agar menjadi kenyataan.AMIN.......!
Kepada pimpinan pas yg berjuang dgn siku dan lutut, Semoga kalian mendapat redha Allah. Teruskan berdakwah dgn siku dan lutut dalam jubah. Takbir!
Tahniah sekiranya ia akan menjadi kenyataan. Chempaka hilang satu undi untuk mu PAS. Alah satu undi is nothing dude Iskandar.....! Lu menang sebab ramai AHLI2 PAS dikawasan chempaka.
Setelah surat terbuka, Hj Hadi keluar kan pulak surat arahan kepada PAS Selangor supaya memberi sokongan kepada Azmin. Ini merupakan tindakbalas dari Hj Hadi berikutan pertemuan G18 dengan pemimpin kanan PKR dan DAP.
Samada memberi sokongan atau tidak kepada Azmin tidak memberi apa-apa perbezaan melainkan jika ada ura-ura Azmin hendak memecat exco PAS. Cara Hj Hadi ini seperti duda memujuk jandanya supaya menerimanya kembali.
Hj Hadi berharap dengan surat arahan kepada PAS Selangor mendapat perhatian dari pemimpin PKR dan DAP. Langkah Hj Hadi ini adalah satu usaha yang ketinggalan kebelakang. Satu permainan lama yang di ulang-ulang berkali-kali, mudah-mudahan dapat semula sokongan dari ahli PAS.
PKR dan DAP berserta parti baharu yang akan di tubuhkan oleh G18 sudah berjalan dengan nafas baru. Pemimpin-pemimpin tersebut memikirkan cara baru untuk mendapatkan kesefahaman bersama dan cara baru untuk menghadapi musuh sebagai satu pasukan. Cari lah cara lain bukan lagi mengunakan cara 'boleh bersetuju untuk tidak bersetuju'.
Kepada Allah kita kembalikan.
kah kah kah.. aku dah bertahun tahun tak baca harakah. semua brita syok sendiri je dlm tu.
Mcmanalah si Tantawi tu..boleh terfikir nak sebut siku dan lutut ..
Mungkin, tantawi suka menonton rancangan maharaja lawak..kot..
Tidak pun, karok komedi..
Azmin duri dalam daging PKR.kalau masih ada azmin sukarlah menakluk putrajaya....
Komentar yg tepat dan jujur.
Ya betul. Cuma kita pula jgn tergesa2. Kerana tergesa2 adalah amalan shaitan. Yg pasti akan ramai kuncu UMNO baik PAS akan "TANAM" spy. Itu kena ingat
Catat Ulasan