12 Jun 2015

[BERGAMBAR] Kumpulan Profesyenal Tolak Perlantikan


Pemimpin PAS tersingkir tolak pelantikan, tumpu pada akar umbi

Kumpulan profesional dalam PAS yang kalah pada pemilihan parti itu minggu lepas memutuskan tidak akan menerima sebarang pelantikan jawatan jika ditawarkan kepada mereka oleh pimpinan baru yang kini didominasi golongan ulama.

Walaupun desakan demi desakan dibuat agar mereka bertindak, termasuk dengan menubuhkan parti baharu dan bersama Pakatan Rakyat (PR), mereka mengambil sikap tunggu dan lihat.

"Buat masa ini saya memilih untuk menjadi ahli biasa saja.

"Biarlah kesempatan ini saya dedikasikan kepada ahli peringkat akar umbi yang mahukan saya lebih kerap dan rapat bersama mereka," kata bekas naib presiden PAS Salahuddin Ayub yang ditewaskan buat pertama kali kepada The Malaysian Insider, baru-baru ini.

Beliau merupakan naib presiden paling kanan sebelum ditewaskan secara 'block', bersama rakan yang lain, oleh kumpulan pro ulama dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Kuala Selangor Jumaat lepas.

Menurut sumber, sikap Salahuddin menolak sebarang jawatan ini dikongsi semua pemimpin kumpulan profesional yang ditewaskan baru-baru ini.

Ia disuarakan secara bertulis oleh bekas ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Khalid Samad dan Abang Ahmad Kerde Abang Masagus selain bekas AJK Muslimat Wan Aishah Wan Arifin.

Sikap ini diambil berdasarkan pendirian kumpulan ulama PAS, sebagaimana yang disuarakan ketuanya yang baharu Datuk Dr Mahfodz Mohamed, melalui wawancara dengan Mingguan Malaysia Ahad lepas.

"Sekarang ni, saya terus terang, golongan profesional dominan, dia kuat dan boleh beri fakta menyebabkan keputusan tidak boleh dibuat.

"Sebab itulah kadang-kadang tok guru terpaksa buat keputusan sendiri. Beliau merujuk kepada Majlis Syura saja. Kalau dibawa kepada AJK Pusat memang kalah.

"Kali ini apabila kebanyakan AJK sokong ulama, maka memang kerja akan menjadi mudah kerana masing-masing tahu dasar PAS.

"Semua ustaz memahami perkara itu dan memang kesetiaan mereka kepada presiden akan lebih kukuh," kata Mahfudz kepada akhbar milik Umno itu yang dikatakan sangat menghiris hati kumpulan profesional.

Ia menjadi penyebab langsung mereka menolak sebarang pelantikan.


Bagaimanapun, susulan membuat keputusan tidak memegang jawatan, mereka tidak akan berdiam diri tetapi akan bertemu ahli PAS seluruh negara dan mendengar pandangan mereka sebelum menentukan hala tuju.

Salahuddin berkata beliau akan cuba menjadi pendengar yang baik dan "mendengar ahli bawahan berbicara tentang apa yang mereka mahu, apa yang mereka tak puas hati dan yang lebih penting, apa yang mereka harapkan daripada parti hari ini".

"Saya akan berinteraksi dengan serius melalui pelbagai segmen masyarakat seperti penyokong tegar parti, anak muda, masyarakat desa, akademia, budayawan dan bukan Islam," katanya kepada The Malaysian Insider.

Sementara itu, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang didakwa golongan ulama sebagai 'duri dalam daging kepada PAS' akan membuat sidang meja bulat bagi membincangkan masa depan PAS 13 Jun ini di Shah Alam.

"Kami panggil semua pemimpin negeri kami dan juga menjemput pemimpin badan bukan kerajaan menyertai sidang ini bagi memberikan input apa yang patut kami buat selepas apa yang berlaku dalam muktamar lepas," kata Setiausaha Agung PasMa Taib Ahmad kepada The Malaysian Insider.

Selepas mencapai kata sepakat, mereka akan menyampaikan keputusan dan pandangan itu kepada pihak yang perlu di dalam PAS kerana hampir semua ahli dan aktivis PasMa merupakan ahli parti Islam itu. -TMI


'Saya akan cuba jadi pendengar yang baik'

Selepas gagal mempertahankan jawatannya dalam pemilihan Pas yang lalu, bekas Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub akhirnya memilih untuk menjadi ahli biasa tanpa sebarang jawatan dan belajar untuk menjadi pendengar yang baik terhadap akar umbi.

"Buat masa ini saya memilih untuk menjadi ahli biasa saja. Biarlah kesempatan ini saya dedikasikan kepada ahli-ahli peringkat akar umbi yang mahukan saya lebih kerap dan rapat bersama mereka.

"Saya akan cuba menjadi pendengar yang baik. Biar ahli bawahan berbicara tentang apa yang mereka mahu, apa yang mereka tak puas hati dan yang lebih penting apa yang mereka harapkan daripada parti hari ini," katanya melalui catatan di Facebooknya, semalam.

Menurutnya, beliau akan terlibat dengan pelbagai segmen masyarakat selepas ini dalam mengorak langkah ke arah pemimpin ummah bukan sekadar pemimpin parti.

"Saya akan berinteraksi dengan serius melalui pelbagai segmen masyarakat seperti penyokong tegar parti, anak muda, masyarakat desa, akedemik, budayawan dan bukan Muslim.

"Izinkan saya melaksanakan tugas ini kerana kehadiran kita hari ini bukan sekadar menjadi pemimpin parti sendiri tetapi kita mahu menjadi pemimpin ummah negara bertuah ini, ini sangat penting untuk kita merencana masa depan dan membuat keputusan politik untuk parti, rakyat dan negara," katanya.

Isnin lalu, Salahuddin turut menulis di Facebooknya bahawa tanpa jawatan, beliau masih boleh menyumbang bakti kepada perjuangan.

"Ketika kita menang dalam pertandingan jawatan, rasanya mudah untuk memberikan nasihat pada yang kalah. Tanpa jawatan kita masih boleh terus menyumbang khidmat bakti pada perjuangan. Khalid Al Walid seringkali menjadi teladannya.

"Kini sampai giliran saya mendepani cabaran ini. Telah dua hari saya menjadi ahli biasa. Tanpa jawatan tinggi insya-ALLAH saya akan terus belajar lagi untuk menjadi pejuang ummah. Berjuang untuk Islam tiada noktah dan garis pengakhiran," katanya.
-SH



Carilah ustazah, kenapa cari jebon ni, kata Aishah tolak pelantikan

Kumpulan pro ulama yang menang besar dalam pemilihan PAS baru-baru ini mula terasa kesannya apabila ramai aktivis mula menjauhkan diri daripada parti Islam itu dan menolak tawaran untuk bersama, termasuklah para artis yang menyertai mereka sebelum ini.

Penyanyi tersohor tanah air Aishah, atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, yang terkenal dengan lagu "Janji Manismu", antara mereka yang mula menjarakkan diri.

"Hai la ustazah nak cari gak jebon-jebon parasit PAS buat apa... ustazah carilah ustazah yang boleh buat kerja tu... hehe jangan cemari 'kebersihan' pimpinan baru ni," tulis Aishah dalam Facebooknya semalam, penuh dengan sindiran.

Aishah dan rakan aktivis lain, digelar jebon, parasit, barua dan anai-anai sebelum ini oleh kumpulan penyokong ulama, khasnya melalui “penulis hantu” mereka di media sosial, menyertai kempen "Say no to pelantikan."

Beliau yang kini sedang sakit dan menerima rawatan doktor, menulis dalam Facebooknya: "Dalam tengah-tengah sakit I terima message mohon bertemu dengan kepimpinan dewan muslimat baru untuk bincang-bincang pasal lajnah kesenian kebudayaan dan rekreasi (LKKR)."

Beliau merujuk salah satu biro dalam parti Islam itu yang diketuainya sebelum ini.

Aishah menyertai PAS beberapa tahun lalu dan bertanding di Parlimen Jempol, Negeri Sembilan atas tiket PAS dalam Pilihan Raya Umum 2013, namun tewas.

Beliau dilabel sebagai kumpulan profesional dalam PAS dan mendapat serangan bertalu-talu daripada kumpulan pro ulama sehingga kesemua mereka tewas.

Ketika memberikan penjelasan dalam Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS baru-baru ini, Aishah yang mempengerusikan LKKR jelas sangat tidak senang cara beliau diserang.

"Kelakar jugak bila fikir-fikirkan, pengalaman saya sendiri sebagai pengerusi lajnah kesenian... 53 tahun tak pernah adapun lajnah kesenian selama ni... 53 tahun baru ada ahli yang ada pengalaman dalam bidang seni," tulis Aishah kesal dengan serangan itu.

"Tanpa dibekalkan satu sen pun, pandai-pandailah nak hidupkan benda ni, hahaha bila I fikir semula all the hours of planning, rehearsing and meetings etc...ada masa keluar duit sendiri..sampai ke muktamar, senang-senang je perwakilan komen 'seni ni luas’," tulisnya.

"Ia macam awak beritahu kepada orang Eskimo air batu itu sejuk," katanya.

Baginya, semua yang bekerja dalam jemaah PAS melakukannya secara sukarela.

"Awak bukan bercakap dengan Menteri Kesenian dan Kebudayaan, yang ada peruntukan setiap tahun dengan gaji dan elaun untuk bergerak. Semua dibuat atas dasar kasih sayang."

"Bukan tidak boleh bertanya... tetapi sebelum hendak sindir-sindir dan maki-maki.. ingatlah yang buat kerja ni semua 'volunteers' atas masa, perbelanjaan dan 'skill' kami sendiri.

"Sebelum hendak boo, fikirkan berapa banyak masa mereka ni dah infaq pada jemaah... kalau sudah tidak mahu lagi masa atau skill seseorang itu, lakukanlah dengan berhemah... kita kan jemaah Islam.. berkelakuanlah dengan akhlak Islam yang indah ini," katanya kesal.

Sebagaimana Dewan Pemuda, kesemua pemimpin yang bukan pro ulama dalam Dewan Muslimat ditewaskan sepenuhnya pada pemilihan semasa muktamar lalu, dari ketua hingga ke exco yang lain.

Aishah merupakan salah seorang 'mangsa' itu, yang selama ini sangat aktif dalam aktiviti Dewan Muslimat.

Ekoran kekalahan yang mereka sifatkan dengan cara yang tidak sihat itu, kempen "Say no to pelantikan" dimulakan.

Sebelum ini AJK PAS Pusat, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus juga membuat kenyataan menolak sebarang perlantikan termasuk dalam Dewan Pemuda PAS.

Menerima saranan dari Profesor Datuk Dr Redzuan Othman, Abang Ahmad mahu pulang ke kawasannya di Beting Maro di pendalaman Sarawak, untuk membina PAS di sana.

"Selepas berbincang secara mendalam dengan ahli keluarga dan teman-teman rapat dengan saya dan setelah melihat serta mengambil kira faktor pelapis, kewangan, gerak kerja dan perancangan, maka saya bulat dan tekad untuk tidak menerima sebarang lantikan jawatan untuk Badan Perhubungan, Pemuda PAS Malaysia & PAS Pusat," tulis Abang Ahmad dalam kenyataan itu.

Bahkan, Mazlan Aliman yang menjadi satu-satunya AJK PAS Pusat yang tidak termasuk dalam senarai pro ulama yang menang, turut mempertimbangkan melepaskan jawatan itu.
-tmi



'Cukup-cukuplah.. Bagi orang lain pula'

"Cukup-cukuplah... Saya sudah pegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat selama lima tahun. Bagi orang lain pula," kata AJK Pas Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud.

Selain mengakui banyak menyumbang ketika diberi amanah memegang jawatan tersebut, Siti Mariah yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berkata, sudah tiba masa bagi beliau untuk menumpukan usaha dan fokusnya kepada rakyat.

"Setakat ini tak ada apa-apa lagi, saya pun tidak fikir yang saya akan ditawarkan (jawatan dalam AJK Pas Pusat).

"... Kalau saya ditawarkan pun, saya rasa saya tidak akan terima," katanya lagi sambil ketawa kecil.

Pas akan mengumumkan pelantikan AJK Pusat baharu serta biro-biro parti pada 21 Jun depan.

Perkara berkenaan disahkan oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selepas mesyuarat pertama Jawatankuasa Pusat Pas di Pejabat Pas Pusat Jalan Raja Laut di sini, malam tadi.

"Malam ini adalah mesyuarat pertama untuk mengesahkan beberapa cadangan seperti jawatankuasa tambahan dan lantikan lajnah. Perkara-perkara lain kita tidak bincang.

"Bagi lantikan baharu, dalam peruntukan ada enam tambahan jawatan yang akan diumumkan kemudian," kata Tuan Ibrahim.
-SH




ULASAN GB

GB ucapkan syabas kepada golongan profesyenal... anda terbilang walaupun terbuang.

Ahli-ahli PAS di peringkat akar umbi akan tetap bersama kalian. Mereka meraikan ketibaan tuan-tuan:





Kepada kumpulan "ulamak" yang kini menerajui kepimpinan parti, (sekalipun dengan cara "cai" bukan dengan istikharah dan dengan cara memboo rakan seperjuangan dari kalangan professional, bukan dengan menjaga susila dan akhlak Islam), laksanakan tugas dan kewajipan kerana kamu yang tersangat ingin untuk memegang jawatan-jawatan berkenaan.

GB tertarik dengan satu komen dari ahli akar umbi:

Perebutan jawatan amat memalukan. Selama ini saya begitu hormat kepada ustaz-ustaz dan ulama-ulama. Tetapi mereka berperangai jahat berkonspirasi merebut jawatan-jawatan di peringkat kawasan-kawasan sehingga mengenepikan kumpulan professional.

Selepas ini ... buatlah kerja .. kan dah menang...jgn dok merayu-rayu lgi... tunjukkan ulamak pon boleh.... lepas ni panjat pokok sendiri pacak bendera jika nak bertanding pilihanraya.... susun kerusi bangku, pasang amplifier dan mikrofon sendiri, dirikan kemah ceramah sendiri di program ceramah... kami ahli-ahli di peringkat bawahan telah kepenatan selama ini... berikan kami berehat pula.... jangan nak hidup senang pijak kepala orang bawahan untuk anda bermegah dengan gelaran ustaz-ustaz kamu... mintalah bantuan tok usin ceroi, el-haraki, keli laut, huzir sulaiman, albangi dan mereka yang banyak berkempen untuk kamu selama ini... suruhlah mereka panjat pokok, pasang bendera, pasang khemah dan lain-lain...

ABCDEF

33 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Harun Din dah lepas tangan.... apo cito ni PAS Baru...?

Tanpa Nama berkata...

Parti Islam Semalaysia da x wujud...

perlembagaan sendiri pun dipijak2..

Keputusan muktmar adlh keputusan tertinggi..

skg lagi mau kluk klek kluk klek..

takut hilang fulus pangkat jawatan..

skg yg wjud hya lah..

Parti Siku lutut Semalaysia..

ASALKAN BUKAN UMNO DAN PAS..

Unknown berkata...

Salam semua;

Good move,pada kumpulan pro-rakyat,Tindakkan awal untuk buat road-show pada ahli-ahli akar umbi memang di-alu2kan,catatan sejarah PAS-SMGT46 (APU) adalah contoh kegagalan yg mesti dipelajari.Tertubuhnya APU dalah disebabkan kemarahan pemimpin2 yg hilang jawatan bukan kerana membela rakyat.

Saya percaya ramai diluar sana yg tidak berparti,yg atas pagar tapi sedang mencari-cari wadah yg pro-rakyat sedang menanti anda.Pemimpin-peminpin Pro-rakyat PAS memang calon-calon yg berkelayakkan,sudah di uji dengan ujian yg getir, ada yg pernah ditahan ISA,LOKAP SEMATA-MATA Pro-Rakyat.

Syabas sekali lagi, kami sebagai orng2 tidak berparti menunggu kedatangan tuan-tuan di tempat kami.

WASSALAM.

Tanpa Nama berkata...

Selepas memenangi di Mutamar, sekarang kita tunggu dan lihat kumpulan pemimpin baru PAS memenangi kerusi dalam pilihan raya 2018

Tanpa Nama berkata...

Sdr GB...siapa personaliti hg bersongkok hitam sebelah YB Khalid Samad tu ? TK.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah tolak perlantikan cukup2 la digunakan jgn smpai dilembukn sekali lagi.setuju sgt dgn tindakan menolak perlantikan tu.tp teman kurang setuju dgn sikap wait and see..... Should be tunjukkan sikap "touch and go".....rakyat dh xnk sokong pas,nk.sokong pasma....smpi bila nk wait and see.ini masih ada masa sbl next pru.kalau dh nk dkt pru baru nk tubuhkan pasma teman rase dh terlambat utk.mengatur strategi...

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin datang dan pergi..
Lets wait and see..

Tanpa Nama berkata...

Ambe nih dok paham bab2 persatuan, nok mintak sket pencerahan ada dok saloh ambe nak tanya.

Contoh dalam satu persatuan ada 1juta ahli. Ahli2 adakan AGM (muktamar) pilih
Presiden, Timbalan, Naib Presiden, Setiausaha, Bendahari dan AJK. Jawatan sampingan ialah dilantik biasanya oleh presiden. Betul tak jawatan dilantik tidak setaraf yang dipilih, boleh disepak keluar bila2 masa?

Katakan selepas bertahun2, mana ahli2 yang cerdik, buat kerja siang malam dan memberi khidmat terbaik biasanya akan berjaya terpilih untuk masa hadapan. Kalau malas tiba AGM baru nak jual muka2, biasanya orang tak pilih, betul tak?

Ambe agak tugas Presiden ada dua:

1. Presiden Tidor - Tugas dia tak payah buat kerja. Dia hanya perlu bagi tugas arah itu ini buat kerja. Yang lain2 buat kerja bagi dia, bantu dia dan nasihat dia. Mesyuarat besor baru tunjuk muka. Yang remeh temeh, orang bawah handle semua. Ada dok gitu?

2. Presiden Rajin - Presiden jenis nih biasanya sangat aktif. Apa masalah dan hal, dia sampai dulu sebelum orang bawah dia. Nak buat apa2 keputusan, tak payah tunggu2 sebab pale ekor semua dia dah nampak dan tahu. Biasanya Presiden jenih nih ahli2 memang suka benor. Ada dok Presiden lagu nih?

Macam mana diantara tiga jenis, mana satu molek? Presiden Cerdik, Presiden Lior dan Presiden Seumor Hidup -

1. Presiden cerdik - Biasanya tugas dia ialah pandai cari duit, jaga semua ahli, bantu mana2 ahli, ahli kalau salah dia nasihat, ahli kalau kerja baik dia puji. Biasanya harus mampu memberi kupasan lengkap pro and con atas setiap cadangan atau bantahan. Juga harus punyai pandangan jauh antara dalam dan luar.

2. Presiden Lior - Baham pitih, kianat persatuan, ada imbuhan sampai dia dulu, ada masaloh beri hok bawah selesai, AJK buat kerja dia angkat nama, kena cara senyum, tak kena cara dia veto, puji dia ok, bantah dia kena fitnah tak habis2, perjumpaan penting dia gi sorang2, nak tolong orang barulah dia ajak ramai2, ponteng mesyuarat dia kata ikut suka aku, ahli ada masaloh dia buat tak tau, mintak padangan dia kata tak tau.

3. Presiden seumur hidup - Orang kata nok boleh ke status Presiden Seumur Hidup memang susoh, kena ada 100% sifat Presiden Lior, 1% kurang pon xleh. Betul dok presiden jenis ini boleh jadi presiden sampai mati? Setiap AGM rahsia2 gi ajok ahli2 bawah hok bodo2 dipilih buat Gu masuk bertanding. Fitnoh kaw-kaw semua AJK lama. Beri senarai nama suruh pangkoh orang baru. Menang jer buat usul tak payoh bahas. Nak bahas wat apa, bukan semua AJK gu aku doh, kan aku maki mu semua! ahli barua DAP baru tau!

Unknown berkata...

Kumpulan yg tamak selalu rugi....akhlak sebagai seorang penganut Islam tak dipraktiskan...bawa perangai syaitan berbulu ayam dalam muktamar...ambil lah ko semua jawatan tu...buatlah semua kerja yg rencam tu....aku dah tak percaya pada geng ustaz ni....buat malu agama dan bangsa shj...kebenaran terserlah...tvtiga...utusang...dok pakat bg ruang bagai...sukanya sangat dok aibkan kumpulan sendiri...husam musa...khalid...dr dzul...aku tengok tenang je muka depa...tp yg ustaz tu...mcm ada tanduk lembu kat belakang kapla jingga....

Tanpa Nama berkata...




Ini sudah terbalik, Perlantikan ialah kepada orang yang bersemangat tetapi tidak ada pengalaman. Perwakilan yang silap buat pilihan ikut bisikan jin.

Eluk lah tolak perlantikan. Berikan kebebasan kepada pimpanan ulama untuk buat keputusan dan kerja. Lepas ini kita tenguk siapa jebun dan siapa pelesit/parasit.

Orang gila jawatan dan kuasa je yang tak malu terima perlantikan.

Sebelum di tawar dah di tolak.
Tapi yang pegang jawatan negeri dah di minta letak jawatan tapi nak jugak pegang jawatan.

Buat sementara ini selagi MSU tak bermesyuarat, eluk lah letak jawatan dan bila dah di putuskan usul tak sah ke di tolak ke, yakin lah jawatan tersebut akan di kembalikan kepada PAS.

Kepada Allah kita kembalikan.

Unknown berkata...

Anon 11:17 PM
Jika saya tak silap yang bersongkok sebelah YB Khalid itu ialah Tn Hj Aminulhuda Hassan, Peseruhjaya PAS Johor.

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa bukan pasal islam kalau rakyat malaysia nak hidup maju dan makmur.apa kurangnya islam umngok.takan pas nak persoalkan keislaman pemimpin umnngok.seharusnya pas tahu dengan mengamalkan kehidupan seperti dituntut al-quran kehidupan akan menjadi lebih baik.agama bukan untuk mengawal kehidupan orang lain tapi mengawal kehidupan diri sendiri supaya diri sendiri tidak dengan sewenang-wenangnya melabel orang lain sebagai barua broker jebon ataupun haramjadah berapa banyak kluk klek...mana mesyuarat syura mana lagi mesyuarat ajk pusat mana lagi muktamar yang tertinggi.akhirnya kuasa veto prrsideng perpaduwang jadi taruhan.

Tanpa Nama berkata...

Kalau letak gambar TG Hj Ahmad bin Awang di atas sekali, lengkaplah organisasi PAS yang kita ingini. Presiden: TG Hj Ahmad Awang, Timb: Mat Sabu, Naib: YB Husam, Salahuddin dan Mahfuz, KP: Suhaizan, Muslimat: Dr Siti Maria. Dewan Ulamak: ...,.Yang lain2 tu semua AJK pusat. PJ negeri2...ahli setiap negeri lantik. Inilah dia pimpinan idaman kita...Takbir !

Tanpa Nama berkata...

Ulama dan ustaz dalam PAS sepatutnya menasihat perwakilan mengadakan solat istikharah, bukannya menghulurkan 'cai' apabila dalam pemilihan. Dalam majlis seperti muktamar, ulama dan ustaz-ustaz dalam PAS mesti mengajar perwakilan supaya banyak beristighfar, bukannya mengeboo orang lain.

Tanpa Nama berkata...

Ya betul en green boc
adun Pt Yaani batu pahat

Tanpa Nama berkata...

terima kasih geng2 parasit dan jebon kerana tidak menerima apa2 jawatan biarkan geng2 cai yg buat kerja, yg terpilih pastilah yg terbaik daripada yg terbaik.


aku penyokong setia parasit dan jebon.

GEBU berkata...

Memang ustaz ada ilmu tapi bkn semua boleh beramal dg ilmu tidak seperti ulama yg sebenar dia beramal dg ilmu secara istiqamah!

Tanpa Nama berkata...

Aku sayang pas yg dulu..pas yg tuan guru payungi..penuh kasih sayang sesama umat..walau berlainan ugama..sesuai sungguh dgn ..pas utk semua...tapi semua dh berlalu...

Tanpa Nama berkata...

Pepatah melayu banyak terkena pada pas ulamak spt...."hidung xmancung,pipi tersorong2","terlajak perahu blh diundur,terlajak kata tiada guna","org tamak selalu rugi","sepandai pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ketanah juga","pandai xblh diikut,bodoh xblh diajar" dan banyak lagi tapi nik amar nk guna jg pepatah ingeris"jump of the gun"....btl2 pas ulamak skrg layak digelar BodohSombong

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Pemimpin-pemimpin Pas Pro Pakatan Rakyat yang tewas dalam Muktamar Pas 2015 ibarat lewat judul buku Marwilis Yusuf "Terbuang tetapi terbilang". Mereka cukup hebat memperjuangkan nasib rakyat. Mereka cukup hebat dalam berdebat daan berpidato. Mereka adalah demonstran jalanan membantah kezaliman pemerintah. Mereka cukup hebat pengeluarkan idea dan fakta. Mereka adalah perantara, perunding dan pendamai agama dan etnik. Mereka juga adalah intelek. Mereka milik Malaysia. Namun perwakilan Pas buta fakta. Perwakilan Pas tidak dapat mengenal manikam dan tidak dapat membezakan antara botol kicap dengan botol cuka. Lantaran kejahilan perwakilan memilih pemimpin, maka Pas kini menjadi bahan ketawa penggemar politik di media sosial dan perbualan sinis di warung-warung kopi.

Walaupun mereka sudah terbuang dalam saf kepimpinan Pas, namun mereka tidak terbuang dalam persada politik tanah air. Rakyat Malaysia tidak lagi memerlukan Pas yang konservatif dan perkauman. Pas yang kini dipimpin oleh golongan pro ulama tidak akan mencipta sejarah kegemilangan melainkan mengulangi sejarah kegagalan tahun 60an, 70an dan 80an. Stail kepimpinan saf kepimpinan Pasca Muktamar 2015 bukan sekadar tidak menyakinkan pengundi bukan Islam, malahan penyokong bukan Islam pun akan menjauhkan diri dari Pas. Resolusi muktamar memutuskan hubungan dengan DAP adalah satu permulaan bagi satu kesudahan Pas dalam arena politik Malaysia.

Pakatan Rakyat versi baharu memerlukan gandingan PKR, DAP dan parti Islam yang baharu. Rakyat tetap mahukan pejuang Islam tulen. Rakyat Malaysia memerlukan sebuah parti Islam baharu yang moderat dan tolerat, yang tidak anti agama lain dan chauvanis. Pemimpin-pemimpin Pas yang sudah dibuang oleh perwakilan seharusnya menjaga maruah diri. Jangan terima lantikan parti kerana semata-mata mengejar pangkat dan jawatan. Mereka adalah pemimpin yang berwibawa dan berkarisma. Duduk sepakat berbincang mengenai survival dan kesimbungan perjuangan politik. Pas hanyalah wadah. Pas adalah parti politik dan bukannya agama. Menukar parti bukan menukar akidah. Ayuh tubuhkan parti baharu untuk kita gembleng tenaga bersama PKR dan DAP membela nasib rakyat yang kini kian tertindas. Biarkan Pas menggunakan siku dan lutut mempertahankan jawatan, pangkat dan laba politik. Biarkan Pas tenggelam dalam "doktrin kemaksuman pemimpin dan kewalaqan ahli". Luncai pun tidak mahu terjun lagi bersama doktrin Pas.

Tanpa Nama berkata...

biar pahit tetap ku telan tapi sekarang tidak lagi kalau pas buat program tok sahkan nak susun kerusi nak datang pun aku fikir 1000 kali. selamat bertugas para ulamak.

Tanpa Nama berkata...

Setuju sgt dgn komen Dr...Pakatan Rakyat skrg memerlukan gabungan baru antara PKR, DAP dan Parti baru yg dianggotai oleh Husam, Mat Sabu, dan mereka2 yg sewaktu dengannya...inilah tuntutan yg paling ideal setakat ini...anda semua setuju tak?

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong cadangan bekas MB SELANGOR dap tarik balik hubungan tghh d pas tarik balik hubungan dap . tunjuk kan contoh yg baik . Baru la rakyat ikut jangan la ego sangat .

Tanpa Nama berkata...

Salam semua, yang benarnya pro UG ini adalah kaum yang sudah terkena penyakit waham. Cinta dunia dan takut mati! Dan penyokong bawahan mereka mudah termakan fitnah. Tak tau saya mentera apa Presiden pakai.

Tanpa Nama berkata...

anon, siapa yang nak tarik dulu. Boleh caya ke PAS ni?

Kalau tarik pun buat kacau dan rosakkan PR buat apa tarik? Tarik supaya PAS tak perlu letak jawatan kan?

Masa Hj Hadi U turn kat Selangor, bertanding tempat PKR dan menuduh berbagai macam termasuk jadi kuda tunggangan DAP, kenapa Khlaid diam tak bersuara. Bila pro ulamak dalam keadaan buntu, Khalid pun bersuara. Khalid bukan berpihak pada DAP atau PR. Khalid membalas jasa Hj Hadi.

Tanpa Nama berkata...

Pas sudah jadi barah dlm PR.elokla dibunag barah tu sbl merebak merosakkn anggota yg lain

Tanpa Nama berkata...

Lu ni batu api laaaa. 3:41

Unknown berkata...

PAS sudah mamposss di kuala selangor di bunuh lebai2 mercun dan ustaz2 sampul haramjadah bangsat barua ug yg tolol.Haramjadah punya anjing2 mengaku olamak....yg tinggal PASCAI munafikun.

Tanpa Nama berkata...

Saya x lah pandai sangat tentang hal2 ulamak ni. Namun saya tertanya2 jua adakah golongan profesional ni buka ke ulamak juga.
Nak jadi Doktor, PhD, Engineer, Peguam, Saintis, Pakar Ekonomi dan sebagainya perlukan ilmu yg tinggi. Maka apakah mereka ini bukan ulama juga?
Fikirka sekiranya PAS nak perintah negara mesti ada ahli fikir bijak pandai ahli profesional Islam. Takkan nak harapkan semua dpd pihak ustadz2 saje. Mereka hanya pandai tentang hukum hakam dan lain2 mengenai Islam.
Saya seorang jurutera, juga pengurus risiko dan pengasas syarikat kewanagan syariah. Pernah duduk dalam majlis syariah. Ahli lembaga syariah terdiri dpd mereka yg pakar bukan hanya dalam bidang muamalah islam juga ilmuan dari segi ekonomi, kejuruteraan, perkaunan, undang2 dan lain2 lagi. Maka kita perlukan ulamak dalam semua bidang bukan fiqah, tasauf, hadith, usuluddin dan tafsir saja. Tida akan dapat menerajui negara sebab cetek pemikiran.
Saya berfikir PAS akan terkubur sebab jadi Mat Jenin dan Pak Pandir yg berangan tinggi dan tjdak berpijak di bumi nyata Allah ini. Jika mereka melihat pada sejarah Rasullulah dan para Khalifah mereka menerajui tapi di sokong oleh ketua2 yg pakar dlm bidang masing. Tidak di pinggirkan namun di beri ruang untuk menjadi lebih maju dan berkembang fikiran dan ilmu dalam segala bidang.
Saya hidu semacam akan ada agenda yg buruk dalam PAS oleh para kumpulan ulamak ini yang akan makan diri mereka sendiri. Mereka tidak boleh berfikir secara baik dan konsisten serta terbuka seperti Rasullah dan para sahabat dan khalifah.
Mereka pentingkan diri sendiri dan melabelkan para prodesional atau ilmuan duniawi sebagai musuh.
Apa salahnya saling lengkap melengkapi? Tiada akan ada syurga sekiranya tidak lalui hidup di dunia. Allah mahu umat Islam menjadi orang yang berilmu dunia akhirat supaya dapat menyaksikan kebeaaranNya dunia dan akhirat.
Mengapa golongan ulama ini fikiran cetek dan tidak konsisten dengan apa yang mereka war2kan?
Sekarang nama PAS telah busuk dan tidak di hormati oleh rakan seperjuangan tahluf siyasi dan menjadi bahan lawak
Terlajak Perahu boleh berpatah balik. Terlajak Niat Boleh Batalkan. Terlajak Kata Akan Binasa.
Wallahu'alam.

Tanpa Nama berkata...

Selamat tinggal PASCAI...mohon geng professional yg dipinggirkan bergabung membentuk satu parti baru...tolonglah buat segera sementara masih ada waktu sebelum tibanya pru akan datang...

Tanpa Nama berkata...

Hooii kawan2 mlm ni ada ceramah Nik Amar dan Zuhdi kat Taman Melewar...jom kita pakat ramai2 pergi dengar...
Agak2 lah kelakar tak kalau ada kawan cakap kat kita macam tu...kahkahkahhh...

Tanpa Nama berkata...

Anon 11:47 PM, tuan memanglah kelakar kalau cakap macam tu. Silap-silap kena tangkap dan diperiksa air kencing. Mana tau kot dah pekena air daun ketum. Kita tengokla bulan puasa ni kalau datang kat Selangor ada sambutan atau tidak. Tak payah tazkirahlah kalau yang berceramah tu bikin tak serupa cakap!!!

Unknown berkata...

Tazkirah oleh ustat2 sampul dan lebai2 mercun pencacai PASCAI sapa nak datang?Cari makan jual agama...khianat pulak tu.khaikkk tuiii