17 Jun 2015

[BERGAMBAR] Deklarasi Bakri: "Perjuangan Baru Bermula" -updated


RibUan rakyat pelbagai kaum dari seluruh negara membanjiri majlis yang pada awalnya dinamakan "Himpunan Jasamu Dikenang" yang bertukar menjadi "Perjuangan BARU Bermula" yang diadakan malam tadi di Bakri, Muar, Johor.

Begitu ramai sekali bekas pimpinan PAS yang hadir terutama dari kumpulan profesional yang disingkirkan di dalam pemilihan di muktamar baru-baru ini hadir untuk berhimpun sekaligus menjadikan Bakri sebagai tapak awal dan saksi kepada pemulaan sebuah perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan.

Diantara yang memberikan ceramahnya pada malam tadi ialah Sdra Mazlan Aliman, Dr. Mohd Hatta Ramli, Khalid Samad, Suhaizan Kayat, Datuk Dr. Mujahid Yusuf, Hanipa Maidin, Dato Seri Nizar Jamaluddin, Dato Mahfuz Omar, Dr.Dzulkefly Ahmad, Dr. Siti Mariah, Salahuddin Ayub dan Mohamad Sabu.

Selain mereka, terdapat beberapa tokoh lain yang turut hadir termasuklah Dato Kamaruddin Jaafar, Dato Mohammad Taib, Asmuni Awi, YM Tengku Puji, Adly Zahari, Rosly Omar, Faiz Fadzil dan lain-lain.

Sekalipun diberikan masa cuma sekadar 5-6 minit untuk berucap namun ternyata kesemua penceramah tidak menghampakan hadirin. Masing-masing begitu bersemangat untuk memulihkan harapan Pakatan Rakyat di dalam meneruskan aagenda perjuangan bagi menumbangkan kerajaan UMNO BN di dalam pilihanraya yang akan datang.

Dpedas.fm telah membuat lintas lansung untuk program berkenaan malam tadi.

Rata-rata penceramah menyatakan bahawa melalui Pakatan Rakyat, kita akan tumbangkan kerajaan UMNO BN kerana telah terbukti didalam pilihanraya yang lalu bahawa sokongan rakyat kepada kerajaan UMNO BN telah terus merosot dan menurun dengan kewujudan Pakatan Rakyat.

Yang jelas, semangat pimpinan dari kalangan profesional ini tidak terjejas sedikit pun dengan penyingkiran mereka dari saf kepimpinan PAS baru-baru ini.

Mereka telah dikalahkan dengan perbuatan fitnah, cai, makian, cacian, boo segala jenis akhlak yang tidak islamik yang dilakukan oleh kalangan pro-ulama yang mana ia memeranjatkan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sendiri yang merasa kecewa dengan perbuatan dan tindakan melampau yang lansung tidak dibendung oleh para ulama PAS.

Yang menjadi perhatian dan wira pada malam tadi sepastinyalah sdra Mazlan Aliman, seorang pemimpin NGO ANAK yang telah sangguo melepaskan jawatan sekalipun menang sebagai AJK PAS Pusat demi untuk menyertai barisan rakan-rakannya dari kalangan profesional.

Rakyat yang hadir berulang-ulang kali menjerit dan meminta sebuah parti Islam yang baharu ditubuhkan segera di setiap kali penceramah berceramah, bagi menggantikan PAS yang dilihat sudah tidak lagi diyakini mampu untuk melawan kerajaan UMNO BN setelah semua jawatan diboloti oleh pro-ulama dan telah bertindak untuk mengeruhkan hubungan dengan rakan-rakan komponen Pakatan Rakyat.

Apatah lagi dengan usul yang diluluskan tanpa bahas memutuskan kerjasama dengan DAP.

Malah ada ura-ura pimpinan PAS yang baru akan membawa PAS bersama UMNO apabila Presiden PAS membuat kenyataan "UMNO tidak seburuk Firaun." Ini diperkuatkan dengan kenyataan bekas Timbalan Presiden PAS, Ust Nasharuddin Mat Isa yang menyatakan "inilah saat terbaik untuk PAS-UMNO bersatu," yang mana kenyataannya lansung tidak disanggah oleh mana-mana pemimpin PAS yang baru.


Harapan dan cita-cita rakyat itu nampaknya seperti bakal ditunaikan apabila bekas Timbalan presiden PAS, Hj. Mohamad Sabu di dalam ucapannya memberikan indikasi dengan kata-katanya:

"Kami akan mencari wadah, wadah itu sebagai kenderaan untuk membela Islam, rakyat dan menentang kezaliman." aru.

Pernyataan itu disambut dengan laungan takbir lebih 5,000 hadirin sebagai tanda bersetuju.

Sebelumnya Mohamad Sabu telah menyatakan kekesalannya apabila PAS terus ditipu oleh UMNO di dalam isu hudud yang setelah dua penggal parlimen bersidang, Private Bill masih gagal dibentang.

Akibat darinya juga, PAS telah berpecah, Pakatan Rakyat berantakan. Mangapakah kita terlalu bodoh untuk percaya kepada UMNO? Soalnya.

Pemimpin progresif PAS bakal tubuh parti, teruskan kerjasama DAP, PKR

Beberapa pemimpin PAS yang tewas pada pemilihan lalu tetapi masih popular di peringkat nasional bakal menubuhkan parti baharu meneruskan kerjasama dengan DAP dan PKR. Ini dinyatakan secara terbuka tetapi juga secara "berkias" sebahagian mereka dalam satu majlis penghargaan dinamakan "Malam Jasamu Dikenang", di Muar, Johor malam tadi.

"Sampai masanya PAS baharu, nama tak tahu lagi, parti yang baharu yang akan memberikan wadah yang baharu buat rakyat Malaysia bersama-sama rakan-rakan Pakatan Rakyat (PR) yang ada hari ini," kata bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin di hadapan ribuan hadirin seluruh negara yang hadir.

"Kita amat yakin dengan sokongan rakyat yang bangun membuak-buak berkehendak wadah baharu yang dipimpin daripada gerakan baru. (Marilah) bersama kami yang sedar bahawa PAS perlu naik ke satu tahap yang lebih tinggi untuk menyelamatkan negara ini daripada ajaran sesat Umno-Barisan Nasional (BN).

"Tiada pilihan lain, berilah kami sokongan dengan 'wadah' yang baharu dan kami akan bersama-sama saudara menjatuhkan Umno BN," katanya disambut tepukan gemuruh.

Pengumuman bersejarah ini dibuat pada hari sama DAP mengumumkan PR tidak lagi wujud dan hanya akan bekerjasama dengan pihak yang mahu melihat pemerintahan Barisan Nasional (BN) berakhir.

Nizar tewas pada peringkat kawasan Kampar dalam pemilihan PAS lalu bersama beberapa personaliti lain yang popular di peringkat nasional, sebahagian besarnya ahli Parlimen kanan parti itu.

Kekalahan itu berlaku akibat pengaruh kuat kumpulan konservatif yang hampir menyapu bersih semua jawatan dalam Jawatankuasa PAS Pusat pada muktamar tahunan ke-61 parti itu baru-baru ini.

Seorang lagi bekas ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin, pula membayangkan penubuhan parti baharu itu secara berkias.

Menurutnya, PAS kini dipimpin golongan "agamawan yang tindakannya tidak selari dengan keutamaan beragama" sekaligus "menguatkan prasangka terhadap Islam".

Menggunakan perkataan "wadah" yang turut digunakan beberapa pemimpin lain pada malam tadi, Hanipa berkata beliau kekal memperjuangkan sebuah parti Islam yang bertolak ansur dengan perbezaan dalam parti.

"Sebab itulah, sama ada melalui apa-apa 'wadah' sekalipun kita akan terus membawa Islam yang rahmatan lil alamin (rahmat kepada seluruh alam), Islam yang bersedia menerima dialog, Islam yang bersedia menerima apa-apa sahaja kritikan dan bersedia menjawab kritikan itu.

"Saya harap kita akan terus istiqamah dalam apa-apa sahaja 'wadah'.

"Yang penting kita mahu membentuk Malaysia baharu yang tidak melupakan agama tetapi boleh berbincang dan berdialog," kata ahli Parlimen Sepang itu dalam ucapannya.

Bercakap dalam nada sama, bekas timbalan presiden Mohamad Sabu membayangkan gabungan baharu politik akan bermula tidak lama lagi.

Menurutnya, gelombang baharu itu akan bermula dari program mereka yang akan menyaksikan satu lagi program seumpamnya berlangsung di Pahang pada 26 Jun depan.

"Saya yakin muafakat politik kali ini, dia akan bermula di selatan, dia akan naik ke utara. Johor menjadi tapak bermulanya perjuangan era baharu di Malaysia ini," katanya disambut sorakan "Bila mahu bagi borang" dari sebahagian hadirin.

Mohamad yang tersenyum mendengar sorakan itu menjawab "Tunggulah", sambil disambut tepukan bergemuruh dari hadirin.

"Kami akan mencari wadah dan wadah itu sebagai vehicle (kenderaan) dan tujuannya kita membela rakyat, menentang kezaliman dan menegakkan kebenaran," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli pula mengiyakan sorakan orang ramai yang melaung "parti baru" sewaktu beliau berucap.

"Kalau bukan kerana rakyat kita tak akan ke mana-mana.

"Dengan suara yang ramai dari rakyat, sudah bermacam-macam bunyi kita dengar tadi, apa tadi contohnya?

"(Dijawab hadirin: Parti baru!). Lebih kurang begitulah ya.

"Kita akan melangkah ke depan, kerana pembinaan negara tak akan berhenti hanya kerana kami tidak lagi dalam jawatankuasa pusat," katanya.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusoff Rawa pula menyatakan komitmen beliau meneruskan intipati semangat PR.

"Kita tak perlu bersedih kalau nama Pakatan Rakyat sudah berkubur kerana nama lain akan muncul tetapi yang penting perjuangan harus diteruskan,' katanya.
-TMI


DAP lebih faham muktamar berbanding PAS, kata Khalid Samad

Bekas ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad membidas sikap berdolak-dalik kepimpinan tertinggi PAS selepas meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 baru-baru ini. Menurut ahli Parlimen Shah Alam itu, beliau tertanya-tanya di mana logiknya usul itu yang kini diletakkan di bahu Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat untuk diputuskan.

Katanya, kedua-dua badan itu hadir pada muktamar lalu dan tidak membangkang usul itu diluluskan tanpa perbahasan.

"Dalam muktamar itu Majlis Syura Ulama ada atau tiada? AJK PAS Pusat ada atau tidak ada?

"Kalau dalam muktamar mereka luluskan usul itu, takkan keluar muktamar dia nak tolak usul itu.

"Dengan sendirinya apabila muktamar luluskan maknanya Majlis Syura Ulama luluskan, AJK PAS Pusat luluskan, Dewan Ulama PAS Pusat luluskan, Dewan Muslimat Pusat luluskan, Dewan Pemuda Pusat luluskan.

"Seluruh perwakilan daripada seluruh negara, lulus dah.

"Dah itu apa nak kata? Takkanlah pimpinan tidak faham proses muktamar ini?" katanya sewaktu berucap pada majlis "Malam Jasamu Dikenang" di Muar, Johor, malam tadi.

Katanya, tindakan DAP menerima usul itu dan mengumumkan pembubaran Pakatan Rakyat memberi gambaran parti itu lebih memahami PAS daripada PAS sendiri.

"DAP pun lebih faham. DAP kata dah bubar dah tak ada apa-apa dah," katanya.

Semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), badan pembuat keputusan tertinggi parti itu, memutuskan menerima usul muktamar PAS itu mengenai hubungan kerjasama antara mereka.

Beliau juga mengumumkan pembubaran PR ekoran penerimaan usul itu oleh DAP selaku salah satu daripada 3 parti dalam PR.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerjasama antara PKR, PAS dan DAP perlu segera disemak semula bagi memperkukuhkan kembali gabungan parti di dalam PR.

Dalam kenyataannya, ketua pembangkang itu mengakui wujud masalah dalaman PR yang memerlukan perhatian segera pemimpin tertinggi supaya ia ditangani secara bijaksana.

PKR dijangka mengumumkan pendirian mereka tentang status PR hari ini.

-TMI




Berikut ialah video montaj yang disediakan oleh penganjur himpunan






47 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terbaek..teruskan perjuangan menentang pemimpin zalim dan pemimpin menjual agaama...

Rakyat yg bermaruah akan bersama menyokong pemimpin bermaruah dan berintegriti..

ABU ASAP..

Malaysiabaru berkata...

Masyallah inilah yang di namakan perpaduan azali

Perjuangan sejati

Bersatu hati...

P.s haji hadi nak letak jawatang jadi murshidoll? Nasib hadi mcm step blater fifa yg menang tapi letak jawatang

zab berkata...

Sayu melihat Almarhum TGNA. Setelah peninggalan beliau, PAS kini di ambang kehancuran. Bukan kerana hebatnya serangan musuh, tapi hebatnya perpecahan di kalangan ahlinya.

Melihatkan perkembangan sekarang, nyatalah puak UG lah yang menghancurkan PAS. Presidenlah yang menjahanamkan PAS.

Saya merenung kembali kerana saya pernah bertanya, kenapakah setelah 60 tahun, Allah tidak mengurniakan kemenangan total kepada PAS sedangkan Allah boleh saja mengizinkan. Sekarang pintu hijab telah terbuka, sekarang apa yang terselindung sudah dapat dilihat oleh ahli, pengundi dan rakyat Malaysia. Bahawa pemimpin yang menggelarkan diri mereka ulama itu mempunyai akhlak yang buruk, cintakan harta, wang dan keduniaan. Tidak mahu bergelumang dengan peluh dan darah, masuh penjara mahupun mahkamah, sedangkan pimpinan lain ada yang sanggup hilang nyawa demi Allah.

Sekarang Allah dah tunjuk, kerana anak dan menantu, kerana elaun, gaji dan pangkat, semuanya telah terburai. Pendek akal golongan ini dalam berpolitik telah menyusahkan kami, dan dalam masa yang sama memecahkan jemaah.

Sekarang wahai golongan ulama PAS, sudah puaskah hati kamu? Sudah tertunaikah hajat kamu? Atau adakah kamu akan bermuhasabah?

Sekarang ramai rakyat negeri saya di Kelantan yang menjadi mangsa banjir akan menghadapi Ramadan dalam keadaan daif dan tanpa rumah. Nik Amar, Ahmad Yakob, sudahkah kamu tunaikan amanah kamu untuk rakyat kamu? Sudahkah kamu tengok sendiri keadaan rakyat kamu? Adakah kamu tahu, kami pengundi di luar Kelantan hanya menunggu pilihanraya umum diumumkan sahaja untuk mengajar kamu? Kamu jangan kurang ajar dengan rakyat kamu. Tolonglah mereka, jangan dipertikaikan bantuan orang lain, tolonglah rakyat kamu.

Sekarang wahai ulama PAS, hampir 6000 orang akan terjejas rezeki akibat kebodohan kamu berpolitik. Puaskah hati kamu merembat elaun dan gaji, saham dan kontrak?

Sesungguhnya Allah Maha Kaya, Dia telah menunjukkan siapa sebenarnya kamu. Berambuslah kamu. Kami pengundi muda tidak perlukan kamu. Doa kami, semoga Allah membalas khianat kamu atas apa yang kamu telah buat.

Saiful berkata...

Ini bukannya lwn pas tapi melwn bn..biarkan pas...kita buat parti baru...

Tanpa Nama berkata...

Hamba rasa, kalau tubuh parti baru jangan guna Pasma. Guna nama baru yang tidak ada kena mengena dengan Pas. Berjalanlah dilandasan Islam yang betul, berjuang untuk semua kaum di Malaysia, bukannya perkauman. Tokoh-tokoh yang dilihat di Bakri, sudah cukup untuk menghancurkan Pas, dan berbaik-baiklah dengan Dap. Islam bukan sekadar untuk Melayu saja, tapi untuk semua umat dimuka bumi ini. Rakyat sudah muak dengan kerenah BN/UMNO, ekonomi semakin parah dan macam-macam skandal yang tidak munasabah berlaku. Rakyat terus ditekan. Harapan hamba supaya Pakatan Rakyat kuat bagi menentang kemungkaran BN/UMNO. Inilah masanya yang sesuai Mat Sabu dan rakan-rakannya bertindak bijak. Pakatan Rakyat tidak harus dikuburkan kerana segelintir manusia dalam Pas yang bodoh sombong, lebih teruk dari UMNO, tidak islamik langsung. TMJ di Johor, Bakri di Johor dan Lim Kit Siang pun kuat di Gelang Patah, Johor. Apa lagi ditunggu Mat Sabu dan geng, bertindaklah demi kesejahteraan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

PAS TIDAK BERPECAH KERANA MUSUH LUAR, TAPI PAS BERPECAH KERANA GOLONGAN MENGAKU PROFESIONAL GIAT BERUSAHA MEMCAHKANNYA SECARA SENDIRI. DI MANA LETAK KEPANDAIAN DAN KECERDIKAN APABILA NAFSU KECEWA (BILA SEDIKIT ALLAH UJI)APABILA TEWAS TIDAK DIPILIH PERWAKILAN. YANG MEMILIH ADALAH PERWAKILAN DI KALANGAN PARA AHLI. TETAPI MENYALAK MACAM ANJING NAMPAK BAYANG BAYANG MENYALAHKAN KEPIMPINAN. LEPAS TU CUBA MENCARI WADAH BARU KONON BAGI MENIDAKKAN PARTI YANG SELAMA INI MEMBERI SEDIKIT KUASA. APABILA HILANG KUASA MACAM ORANG HILANG AKAL KE HULU KE HILIR MENABUR KEMARAHAN, DAN MENCARI PUBLISITI DAN PENGARUH.
ITUKAH YG DINAMAKAN GOLONGAN MENGAKU PROFESIONAL. LAGI LAMA ANDA BUAT...MAKIN ORANG RAMAI BENCI.
TAK CUKUP TARBIYAH...PATUTLAH ALLAH KALAHKAN KUMPULAN INI.
TIDAK BELAJAR DARI PENGAJARAN PANGLIMA PERANG KALID IBNU WALID. MACAMLAH PEMILIHAN INI MUKTAMAD UNTUK SELAMANYA...BUKANKAH DLM MASA DUA TAHUN ANDA MAMPU MEMBETULKANNYA JIKA ANDA RASA SALAH. PEMILIHAN AKAN DATANG ANDA MAMPU MERUBAH..JIKA ANDA KALIAN BETUL. MENGAPA MESTI JADI BARUA KAFIR DAP MEMECAHKAN PARTI SANJUNGAN KALIAN SELAMA INI.
LAGI SEKALI...NAK TANYA...CERDIKAH NAMANYA ITU.

abrarmujahideen berkata...

diorang kata UMNO lahir kat johor, kita galang barisan bersatu baru* PARTI RAKYAT PROGRESIF* memimpin dan membuka jalan menegakkan kedaulatan rakyat dan menjatuhkan kezaliman umno-bn-pas..ABUP

Tanpa Nama berkata...

Lepas ni tak payah beri sumbangan pd tabung jihad pas.

Beri pd parti baru yg nak menang pilihan raya dan menumbangkan umno bn.

Tak payah nak dengar ceramah geng ostad dan geng UG.

bik mama berkata...

Betul2 kerajaan selangor sekarang telur dihujung tanduk..kalau pr terbubar dan pas tiada lg dlm pr dan worse case scenario..pas bergabung dengan umno..jumlah seat akan berbeza 3 ke 4 kerusi..persoalannya sekarang..mampukah wakil rakyat dap or pkr itu tetap dengan pendirian jika dipujuk menyeberang dgn 50juta seorg?..4 org br 200juta..selangor punyai reserve dana sehingga 3 billion..apa masalah untuk umno bayar..1mdb pun sekarang tengah carik lubuk emas..jadi..kepimpinan tolong laa fikir betul2..once selangor jatuh..belum tentu boleh dpat balik..

Tanpa Nama berkata...

Nak join sekali/ bawa 1famiy

aku berkata...

Apabila fitnah dibiarkan berleluasa dan pihak2 agamawan berdiam diri maka wujudlah perpecahan yang sepatutnya dapat dielakkan. Apabila golongan agamawan merasakan mereka sahaja yang betul maka beginilah jadinya. Apa pun nasi sudah jadi bubur kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku seterusnya. Ada orang cakap parti serpihan tidak bertahan lama tapi itu dulu sekarang dengan ledakan maklumat dihujung jari dan aspirasi rakyat yang kuat untuk menolak BN belum tentu sejarah akan berulang.

aku berkata...

Aku sekong pendapat zab, PAS sudah lama berjuang tak menang2, kali ini baru aku dapat jawapan yang jelas. Dihati mereka yang mengaku pejuang agama mempunyai sifat2 hati yang di sakit. Niat hendak menjatuhkan sahabat seperjuangan, hang puak kita saje yang betul itulah antara sebab2nya.

Unknown berkata...

Kalau ada adun pas yg join parti baru lps tu bentuk pakatan pkr + dap + parti baru... rasa yg ini lebih mantap...

Ibn Sabil berkata...

Ko ingat profesional dalam PAS bodoh2 ker macam lebai-lebai yg ko sanjung tu?
Akhlak mereka lebih mulia dari golongan ulama yg tamak kuasa, gila jawatan, ponteng, berhasad dengki sekalipun berjubah dan berserban.

Allah sengaja mengalahkan mereka untuk mmengasingkan mereka dari kumpulan ulamak yang jahat itu.

Khalid Ibnu Walid? Hahaha. Umar yang memecat Khalid tidak pernah mencaci, memaki, memboo Khalid. Tetapi apakah yg telah dilakukan oleh golongan ulama terhadap profesional?

Barua kafir DAP? Rasulullah tidak pernah mengajar untuk menghina bukan-Islam sekalipun mereka menolak Isla,m. Ajaran Islam yg kamu bawa?

Unknown berkata...

Setuju dgn saudara

Tanpa Nama berkata...

nak cerita pasal Khalid Al Walid menerima arahan untuk letak jawatan memang senang..

tapi bila kena kat batang HIDUNG... meroyan tak ingat... hahahhahahah...

muka2 berjuang kerana JAWATAN....hahhahahaha

Tanpa Nama berkata...

Parti Rakyat Progresif (PRP)? Nama tu tak sedaplah. Carilah nama yang Islamik menggambarkan parti bercirikan Islam. Tidak melampau, tidak ekstrim dan menyayangi semua kaum. PRP tu dah ada pada PKR dan DAP. Cukuplah. Kalau digunakan juga PRP mungkin kurang kesannya, keislamannya sudah tiada, hilang tarikkannya.

air gunung berkata...

Ibnu sabil.
kalah jantan x per.
neh kalah pasal CAI.
ulamak main CAI wakaka.
sbjik mcm umngok dan juga praktis masa pilih ajk bebudak persatuan dewan perwakilan mahasiswa bwh PMRAM kat mesir.kwn aku bgtau laaa.rupanya itu yg dia blajor.adehhh lucu n bangang nak mampos...bikin malu dgn org awam jer..kengkawan aku yg ustz ramai pakat malu...malu ooooii psl dia org mcm terbabit sama..

Tanpa Nama berkata...

Walaun da bunyi...

kah kah kah...

walaun mana reti beza islam dgn pas..

bg diorg..pas itu islam..islam itu pas...

kah kah kah..

pemikiran pun da sama mcm umno...

air gunung berkata...

Alaa apa ada sgt dgn kerajaan dan kuasa tu..
kan ulamak kata asal Allah redha......
kih kih kih.so redho ajer lahh....

Tanpa Nama berkata...

Setuju dgn pendapat saudara..

Tanpa Nama berkata...



.
ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH.

Selain bersyukur kerana sokongan dari rakyat dan di beri kekuatan kepada pemimpin profesional, kita amat bersyukur kerana ianya bermula di Bakri, Johor.

Semuga perjuangan bari ini mendapat restu oleh Tengku Mahkota Johor yang mana baru-baru ini Baginda telah menegur pemimpin kerajaan dan menunjukkan kebimbangan nya terhadap nasib rakyat.

Kepada Allah kita kembalikan.




Tanpa Nama berkata...

Omak kau bernafsu...yg pak hadi bernafsu membarua jamaah sendiri...kou x hancuk dia

Tanpa Nama berkata...




DULU ABU = ASAL BUKAN UMNO

MULAI SEMALAM ABU = ASAL BUKAN ULAMA.

LAWAN TETAP LAWAN

HIDUP ISLAM PROGRESIF.
HIDUP ISLAM PROFESIONAL.

KEPADA ALLAH KITA KEMBALIKAN.



Tanpa Nama berkata...

BUEK anom:June 17,2015, 10:38am.


WOWIIIIIIIIIIIIIII warigh ekau baru lahir ko!! memang katak di bawah tempurung,Ekauuu memang Taksub mengkhizirkan tuli, ekauuu tahu tak Ulamak ekau tu!!kaki ponteng parlimen,makan gaji buto!!kato dio nak bontangkan RUU 355 di parlimen ,tapi dio doket Jopung, raso-raso ekau pun tak tahu dio kek jopung tongah hirup mee soup jopun..hehheheheh,Ketuo ekau dah tipu semuo orang, dio tipu aku,ekau,ahli-ahlipas,rakyat, tapi rakyat yg cerdik tak percaya, cumo rakyat yg macam ekauuuajooo yg percayo.HAMMMMMMPEHHHHH MENGHABIHKAN BOREHHH,Kocek-kocek tak nak ........... menyosahkan orang ajo..

Tanpa Nama berkata...


Wahai...Anon 17-06-2015 10:38AM,

Sudahlah tu, profesional jebon munafik haraki dh nk menjauh dr PAS, apasal nk marah? sekarang PAS dah bersih suci murni, bersyukur dan gembiralah kamu.

Jgn kaitkan nasib golongan profesional dgn Khalid Walid.

Umar rdh pecat khalid tanpa membuat label2 jahat jebon munafik anwarinas dll. Jauh beza Umar rdh dgn UG PAS.

Umar rdh pecat Khalid sebb tentera sudah mula percaya setiap kali khalid ikut berperang mesti menang. sudah mula taksud kt khalid.

Kalau Umar rdh sekarang mungkin yg dipecat adalah presiden PAS sendiri kerana penyokong dh taksub sgt dgn dia. Sudah tidak tahu membeza berlainan pendapat dgn mengguling.

Tubuh wadah baru adalah perlu kerana mereka pemimpin rakyat. khidmat mereka cemerlang dan diperlukan rakyat. Mereka pemimpin yg turun padang yg kenal rakyat, bukan pemimpin belakang tabir Godfather yg tk pernah turun padang.

Label barua kafir sama mcm presiden anda.

Apa kata kita label pemimpin PAS barua umno dan umno barua MCA dan MIC. So PAS dan umno sama2 barua kafir juga.

Asalkan setuju dan berbaik2 dgn bukan ulamak, maka barualah org itu. Ini tuduhan sama mcm umno tuduh anwar.. agen yahudi, agen ulamak, agen amerika, agen india cina dll.

yg pasti rakyat islam dn bukan islam semua tolak PAS. yg pasti PAS membawa fikrah sempit dan menjurus ke khawarij.

rakyat sokong PAS kerana fikrah yg baik bukan kerana nostalgia nama PAS yg hebat. rakyat peduli apa warna hijau dan bulan penuh tu.

so PAS UG lebih baik istihar masuk BN segera. jgn mulut kata bersama PR tapi dibelakang bercinta dgn umno... ini bukan munafik haraki juga ke?

Tanpa Nama berkata...




in respond to
bik mama said...
Betul2 kerajaan selangor sekarang telur dihujung tanduk..kalau pr terbubar dan pas tiada lg dlm pr dan worse case scenario..pas bergabung dengan umno..jumlah seat akan berbeza 3 ke 4 kerusi..persoalannya sekarang..mampukah wakil rakyat dap or pkr itu tetap dengan pendirian jika dipujuk menyeberang dgn 50juta seorg?..4 org br 200juta..selangor punyai reserve dana sehingga 3 billion..apa masalah untuk umno bayar..1mdb pun sekarang tengah carik lubuk emas..jadi..kepimpinan tolong laa fikir betul2..once selangor jatuh..belum tentu boleh dpat balik..

June 17, 2015 at 10:49 AM

Itu baru sambutan rakyat di Johor. Belum di Selangor.

Yang banyak duit ialah PKR bukan UMNO. Sebab yang jaga dan tadbir Selangor ialah PKR. Dulu Kini dan Insyaallah selam-lama nya UMNO tak kaya lagi. Kalau kaya masa isu MB Selangor UMNO dah beli adun PKR. Mahathir sendiri yakin amat UMNO tak akan dapat rampas Selangor, bukan saja sebab Kerajaan Selangor kuat tetapi Mahathir juga tahu susah nak beli adun dari parti-parti tersebut.

Jangan letak harga RM50 juta itu sama dengan harga bontot sialfool.


Kepada Allah kita kembalikan.


Tanpa Nama berkata...

Setuju dengan anon 1.06 pm. Buat anon 10.38, pergilah mencacai tempat lain. Kalau pemimpin UG kamu tu nanti nak bergabung dengan UMNO baru kau nak sedar ke.... Khaid bin Walid berkata selepas dipecat.. ..aku berjuang bukan kerana UMar tetapi kerana Allah ... Umar berkata semasa memecat, ... aku memecat Khalid bukan kerana aku dengki atau irihati tetapi kerana dia sudah mula didewakan oleh tentera Islam seolah-olah kemenangan tentera Islam bukan dari Allah... rujuk buku tulisan Ibrahim Agha.. Sekarang yang didewa dan diwalaki adalah Tuang Presideng yang suka tuang mesyuarat. Orang bermesyuarat, dia ke Jepun. Pas dah huru-hara, dia kata tak ada masalah...

Tanpa Nama berkata...

Kumpulan progresif ini TETAP akan menang. Insya Allah. Kumpulan PAS al-Taliban sudah tidak relevan lagi.

Jawe berkata...

Bagus, nak join parti baru. Sebelum ni mmg undi PAS tapi tak jadi ahli. Nak undi lagi sori la, korang pun tknk g Putrajaya, tknk menang tapi nak jawatan.

Keadaan sekarang ni mmg kena rush tubuhkanparti baru sbb ada kemungkinan pilihanraya dipercepatkan. Tindakan cepat korang mmg aku respek. Teruskan, biarlah PAS nak jadi apa. Mesyuarat diorang lama lagi, nak bertindak lagi lama.

Aku sokong hudud tapi berpegangan ia masih belum sesuai dijalankan atas sebab musibah banjir yang lalu dan kesempitan hidup rakyat marhaen. Pandai ko ea NA, gempa sebagai bala dari Allah, tapi banjir sebab terlebih hujan bukan pembalakan. Kerosakan mmg disebabkan tangan manusia la bro.

Unknown berkata...

Sokong. Daftar online. Keluarga saya 10 org standby

Tanpa Nama berkata...

Aduussh.

Kan Hj Hadi kata nak jadi imam pergi buat mesjid lain.
Masa tu semua nya mengiyakan tanda setuju.

Tak masuk akal bila yang memimpin 100% pro ulamak yang buat taik, yang kena bersihkan pro profesional.

Anon tu tentu akan halau profesional kalau yang hadir malam itu cuma 20 orang.

Abdul Said berkata...

Di mata ramai kita hanya tahu gulongan pro diboo, diperlekeh dan diberi gelaran yang jijik. Di mata ramai kumpulan pro bercakap macam orang dalam kesedihan dan merasa hampa. Apalah agaknya kata-kata yang dilemparkan kepada mereka ketika pimpinan bermesyuarat dan berbincang. Tak berani nak menuduh namun hati kecil ku berkata penghinaan yang dilemparkan bukan sedikit dan amatlah pedih dan mencederakan perasaan. Sebab itulah setiap hari ada sahaja yang terbongkar dan terserlah kepada umum. Petanda awal PAS akan menjadi parti wilayah sudah ada. Balik kepada asalnya. Bangsa Johor, Selangor dan Perak tidak yakin dengan kebolehan ulamak tanpa gadingan dari kumpulan pro. Semoga kebenaran akan terserlah dan yang mengkhianati perjuangan akan ditimpa kehinaan didunia dan akhirat!!

Tanpa Nama berkata...

Azmin mesti minta exco PAS letak jawatan atau akan di pecat.

Konon Azmin terhimpit sebab Hj Hadi lah Azmin jadi MB bukan Wan Azizah. Bukan salah Azmin sebab dari awal Azmin dah tarik diri. PAS yang sengaja kucar-kacirkan keadaan. Hj Hadi cuma hantar nama je tapi yang berkuasa melantik ialah Sultan.

Sebelum itu , Azmin perlu ingat, PAS beriya-iya mempertahankan Khalid. Kalatu tak kerana pemimpin PKR nak tukar MB, Azmin pun tak dapat jadi MB. Yang paling tak setuju dengan Khlaid ialah Azmin.

Azmin kena bukti dia seorang pejuang bukan nak kan kedudukan atau jawatan. Azmin tak perlu tunggu untuk masa yang lama untuk membuat keputusan. Jangan nak buat rundingan sulit dangan pro ulamak.

otoote berkata...

balik2 contohkhalid r.a hehehe. Cai...coppss..cari idea lainla kan ulama pandai cari nas dalil....pi celop Mesir Jordan 4 taun dah ngaku ulama. Apa org lain yg dok sini tak ngaji kitab ke.....hampeh

Tanpa Nama berkata...

Subhanallah. 100% yang aku sayang dan kagum tewas dalam pemilihan. Mereka akan menerima jika tewas secara berhikmah. Tapi kekalahan mereka satu penghinaan dengan cara 'cai'. Nahuzubillah. Apa jua teruskan perjuangan pejuang tulen. Semoga kemenangan dipihak yang benar. InsyaAllah.

Tanpa Nama berkata...

Semua orang tahu sebab Khalid r.a. dipecat oleh Umar r.a. Pokoknya, apabila seseorang itu didewa-dewakan. Dalam konteks ini, siapa yang di dewa-dewakan? Tepuk dada, tanya selera. Jangan salah guna sirah. Understand the rationale. Ramai sekali yang menyalah gunakan sirah ini.

Tanpa Nama berkata...

Kaedah cai merugi kan pas dan kenapa pimpinan pas tak halang Tindakan yg kotor ini berlaku dan ini padah nya

azhar rangkuti berkata...

Parti Ikhwan Nasional

sounds more attractive

azhar rangkuti berkata...

PARTI IKHWAN NASIONAL

OK?

abuamir berkata...

Golongan pro kena tubuhkan parti baru kerana pas berjuang bukan mahukan kuasa di putrajaya tetapi hanya mahukan keredaan Allah aje. Kalau bertanding dlm pilihanraya tetapi tak mahu menang lebih baik tak payah bertanding kan lagi senang. Lebih baik pas jadi macam gerakan dakwah aje tak payah bertanding pilihanraya.

Golongan pro perlu bergerak dari akar umbi utk sokongan yg kukuh & mantap. InsyaAllah akan berjaya............amin.

zyde berkata...

Bang...fitnah tu..sio2 dapek doso koring...kesian ekau

Unknown berkata...

Ambo setuju dengan demo guuu...anak2 kelate di perantauan akan mengajar mat rileks dan nik rover pada pru14 nanti.

Tanpa Nama berkata...

PATI BARU: PARTI ISLAM PROGRESIF

Tanpa Nama berkata...

Ada yang bersuara nama parti baru yang bakal
bergabung dengan Pkr dan Dap menggantikan Pas
ialah Parti Islam Progresif (PIP).
Ini cantik berbanding Parti Rakyat Progresif (PRP).
Sangat sesuailah Mat Sabu dan geng memimpin PIP.
Islam yang sederhana, progresif pun yang sederhana.
Ini telah pun disuarakan oleh Mat Sabu.
Sekiranya hari ini PIP lulus pendaftaran,
esok saya dan isteri hantar borang jadi ahli PIP.
Kalau PRP, sorilah...

Tanpa Nama berkata...

mudah-mudahan parti baru ini akan diberikan kekuatan oleh Allah untuk terus memperjuangkan nasib rakyat Malaysia yang semakin hari semakin teraniaya. Saya akan berikan sokongan padu kepada parti baru ini in shaa Allah. Nampaknya impian untuk ke Putrajaya bisa jadi nyata.

azhar rangkuti berkata...

sbaiknya tdak mgunakan kalimah Islam pd nama parti. cukuplah ia dihina oleh ahli2 parti yg bkenaan dgn kelakuan & tindakan mereka yg langsung tdak mgambarkan ajaran Islam yg sbenar.

gunakan kalimah Ikhwan (Psaudaraan) atau Islah (Reform) yg lebih mzahirkan sifat & matlamat parti itu sndiri.

my 2 cents