21 Jun 2015

Akar Umbi Mahu Parti Islam Yang Baharu, Pakatan Yang Baharu Tanpa PAS...


Tuan-tuan mahu parti baru?'

Anak bekas presiden Pas, Faiz Fadzil berjanji untuk 'membawa' gemuruh tepukan hadirin dalam majlis forum malam tadi kepada Mohamad Sabu sebagai salah satu input sebelum keputusan mengenai pembentukan parti baru dibuat.

"Tuan-tuan masih mahu PAS? Kalau tak mahu, buka parti baru," katanya.

Sebaik saja ungkapan itu diajukan, hadirin membalasnya dengan tepukan yang gemuruh.

"Kalau tuan-tuan nak parti baru, kita akan bincangkan. Tepukan malam ini saya kena lapor kepada Abang Mat (Mohamad Sabu)," katanya sambil ketawa.

Bagaimanapun, tanpa menjeaskan butiran lanjut, Faiz berkata, beliau akan membawa 'tepukan' itu kepada "pemimpin" kumpulan profesional yang disingkirkan perwakilan dalam muktamar PAS lalu, iatu Mohamad Sabu.

Faiz bercakap dalam forum Apa Selepas Muktamar PAS di Dewan Perhimpunan Cina Negeri Sembilan malam tadi.

Turut hadir, Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong, pemimpin PKR Low Chee Chong dan penganalisis Lim Hong Siang.

Faiz yang turut gagal dalam cubaannya menempatkan diri dalam Jawatankuasa Pemuda PAS berkata kegagalan pemimpin PAS, DAP dan PKR menangani isu Pakatan Rakyat telah membawa kepada perpecahan gabungan itu.

"Saya tidak nafi isu (putus hubungan dengan DAP) dibawa oleh PAS. Kita ada Majlis Presiden tetapi ia tidak dapat berfungsi dengan baik sehingga memecahkan Pakatan Rakyat," katanya.

Walaupun Pakatan dikatakan berkubur, Faiz berkata, pakatan pembangkang masih hidup malah beliau percaya satu gabungan baru mungkin ditubuhkan selepas ini.

ULASAN GB

kempen pemilihan muktamar kali ke 16 akan tetap terpahat dalam sejarah sebagai kempen pemilihan paling jijik. Kempen jijik ini diterajui oleh mereka yang bergelar ulamak.

Memfitnah, mencaci-maki, melabel, menggunakan cai - kesemuanya "dihalalkan" oleh pimpinan PAS Pusat tanpa sebarang sekatan untuk memenangkan kumpulan ulama.

Sekalipun pimpinan PAS Pusatmenutup matanya, namun Allah itu tidak buta dan tidak lalai.

Sekalipun kumpulan profesional dihina dan difitnah namun Allah akan tetap memelihara mereka dan memberi mereka ruang baru untuk mengangkat dan menjulang martabat Islam seperti yang pernah mereka lakukan untuk PAS dengan slogan PAS FOR ALL.

Akar umbi di mana-mana pun kini menyuarakan tetang perlunya sebuah parti Islam yang baru bagi menggantikan PAS yang sudah busuk akibat dari perbuatan ulamak yang khiaanat, yang celupar, yang gila jawatan dan gila kuasa.

InsyaAllah, para pemimpin profesional kini sedang membuat pemantauan dan kajian. Lepas raya nanti, insyaAllah, kita akan mempunyai sebuah parti islam yang lain selain dari PAS. Kita bukan ada parti Islam baharu, malah kita akan ada Pakatan Rakyat yang baharu.

Jangan bimbang walaupun orang kata umurnya mungkin tak lama kerana umur PAS pun belum tentu panjang. Jika perjalanan parti islam yang baru itu betul tidak sebab Allah tidak "memanjangkan umurnya". Dan jika perjalanan PAS sudah tidak betul, tiada sebab Alllah tidak "memendekkan umurnya". Itu hukum kebenaran dan keadilan yang telah Allah janjikan melalui "sunnatullahNya".

42 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Setuju atas cadangan tersebut. PAS tidak boleh dipercayai. Segala tindak tanduknya merosakan penyatuan ummah. Asal jangan ABU dan PAS sudahlah.

Monkey Code berkata...

Sekiranya PKR (http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemuda-pkr-gesa-pemimpin-pakatan-hentikan-kecaman-segera-berunding#sthash.yTum0pwt.dpbs *angkara Azmin Ali-) berdolak dalik serperti PAS, adalah lebih baik bagi rakyat Malaysia yang pro PR dahulu menyertai Part Baru yang akan ditubuh dalam masa yang terdekat ini atau menjadi ahli dalam DAP.

Rakyat Malaysia yang pro PR ada 2 pilihan:

1) Bersama dengan parti baru yang akan ditubuhkan oleh kumpulan G-18, yang sedia maklum quality pendirian dan prinsip mereka yang ikhlas, setia dan istiqamah dalam perjuangan mereka. Saya yakin parti baru ini akan mendapat kejayaan yang luar biasa dalam PRU 14 akan datang..berkemungkinan pada 2017/18.
Contoh terbaik parti baru ini adalah parti AKP Turki, walaupun usianya muda tetapi berjaya memenangi majority pilihanraya Turki.

2) Bersama-sama dengan DAP, yang semua sudah maklum tentang quality mereka yang berprinsip, professional, anti rasuah, amanah, tegas, efficient, adil, berani dan membela semua kaum di Malaysia ini. Rakyat Malaysia yang beragama Islam tidak perlu rasa gentar atau risau tentang nasib mereka, yang mana telah terbukti dengan jelas keadilan DAP pada umat Islam..
1) hampir 1000 jawatan diberikan pada PAS di P.Pinang, walaupun PAS hanya mempunyai 1 kerusi saja.
2) DAP membantu rakayat Kelantan yang ditimpa bala banjir besar baru2 ini dengan membina rumah baru untuk mereka, hatta tidak menjadi keberatan untuk mereka membina Mesjid sekalipun.
3) DAP bukan sebuah parti perkauman seperti UMNO, yang hanya untuk kaum Melayu. DAP membuka pintu mereka pada semua kaum2 lain di Malaysia…yang terbaru menjadi ahli mereka ialah Pak Samad (sasterawan negara), bekas pemuda PAS Johor Sheikh Omar dan aktivis Norazimah Mohamad Noor.
4) Membela keadilan dan nasib rakyat, hingga sanggup kepenjara walaupun berlainan bangsa: contoh LGE, dalam kes rogol seorang gadis bawah umur oleh Ketua Menteri Melaka dahulu.

Unknown berkata...

Ayuh semua katakan tidak kpd Pas pimpinan Hadi dan konco2nya!!!

zab berkata...

Hari ini terdapat 2 berita. Pertama, terdapat di kalangan pemimpin PAS inginkan gabungan seperti 1990, yakni 2 gabungan berbeza dengan 2 parti berbeza. Ketua DUPP begitu yakin DAP akan memberi PAS satu lagi peluang selepas 2 kali gagal. Bagi saya, alangkah bagusnya kalau nilai matawang kita macam 1990 dulu, dan harga minyak seperti tahun 1990 dulu. Kadang-kadang melucukan apabila kita merenung masa silam, mengharapkan kebahagiaan pada masa dulu dapat kembali. Sedang kan itu sudah menjadi sejarah dan sebagai mukmin, kita kena pandang ke depan dan merancang untuk berjaya. Saya ragu-ragu akan ada 2 gabungan berbeza pada masa pengundi perlukan satu barisan yang mantap.

Berita kedua juga tentang DUPP. Katanya ulama perlu terkehadapan tentang isu sosial, bukan setakat ilmu agama. Saya hairan, selama ni mana suaranya untuk rakyat? Kenapa sekarang? Ketika PAS tersepit akibat perbuatan ulama sendiri yang berfikiran singkat. Maaf saya cakap, tapi adakah ulama PAS ni budak-budak? Hari ini gaduh esok berbaik semula. Atau adakah mereka menganggap orang lain bodoh? Mungkin juga. Kalau tidak, masakan mereka macam orang gila talak.

Eloklah cadangan parti baru diperhalusi. Renungkan kejayaan AKP. Banyakkan bertemu akar umbi, dan pohonlah kepada Allah agar diberi hidayah dan dipermudahkan urusan.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah kami yakin penubuhan Parti Baru boleh menguatkan Pakatan dan paling pentingnya wajah Islam yang benar dan hakiki. Sekiranya benar tersebut akan ditubuhkan, berikut adalah sedikit input dari kami agar dapat untuk diberi pertimbangan sewajarnya:-

1. Parti itu mesti sebuah Parti Islam yang terbuka pada orang Islam yang didukungi oleh berbagai kaum yang Muslim yang komited.
2. Libatkan mereka yang dari berbagai NGO Muslim yang komited dengan dakwah Islam terutama dakwah dengan non-Muslim.
3. Fokus objektif parti mengutamakan dakwah Islam dan kebajikan sosial yang mengambil platform politik sebagai wadah melaksanakan objektif tersebut.
4. Kekuatan kewangan asas parti adalah dari hasil derma ahli yang berterusan melalui disiplin pemotongan gaji melalui standing instruction online banking mengikut kemampuan ahli dengan sumbangan yang minima RM1.00 atau RM5.00 sebulan. Hasil kewangan ini mesti direkod dan diurus secara telus dan profesional pungutan dan penggunaannya. Hasil kewangan lain bolehlah diusahakan dengan berbagai cara seperti sumbangan ahli DUN dan Parlimen (bila ada menang DUN dan Parlimen nanti) dan projek perniagaan yang berasaskan social enterprise yang memberi hasil pulangan yang maksimum kepada parti bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti parti.
5. Mesti ada tonggak dalam parti yang memberi tempat terhormat kepada para ulama sejati dan tawadduk memainkan peranan memberi bimbingan dan pakar rujuk disegi halal haram sesuatu keputusan, tindakan dan isu. Pengertian ulama mesti diberi definisi yang jelas dan jitu.
6. Mereka yang berkebolehan berbagai hendaklah terpilih sebagai penggerak parti dalam rencana politik yang menguntungkan Islam, dakwah Islam dan target dakwah Islam.
7. Ada termaktub dalam perlembagaan parti yang al Quran, hadis, ijmak ulamak dan qiyas menjadi rujukan.
8. Termaktub dalam perlembagaan parti perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh diputuskan tanpa rujukan kepada kumpulan tonggak parti iaitu ulama parti. Keputusan tonggak parti adalah muktamad. Mesti ada proses yang jelas termaktub dalam perlembagaan dalam memberi dan mendapatkan keputusan terhadap perkara-perkara sedemikian.
9. Pelaksana (AJK Kerja parti yang terpilih) gerak kerja parti yang terpilih dengan berbagai kebolehan mesti diberi kebebasan membuat keputusan dan bertindak demi kepentingan dan kejayaan Islam, dakwah Islam dan target dakwah Islam dalam perkara-perkara yang tidak memerlukan rujukan kumpulan tonggak iaitu ulama parti.

Ayuh Maju Dengan Parti Islam Baru.....

Allah lebih mengetahui.....

abuamir berkata...

Sokong 100% kpd anon 11.59am. Kita bina kembali maruah Islam yg tercemar oleh mereka yg rakus dgn kuasa tetapi bertanding pilihanraya tak mahu menang. Kalau parti Islam tak menang. Siapa yg mahu tegakkan undang2 & syariat Islam? umno? mimpilah...........

Tanpa Nama berkata...

Pas sudah tidak relevan..kami mau parti baru...sudah letih dgn sikap bodo sombong pas..parti baru sila tapis betul2 pemimpin baru jangan ambil semberono ulamak siku lutut pas nt pisang berbuah 2 kali

Tanpa Nama berkata...

Buka keahlian parti secara online dan manual.

Tanpa Nama berkata...

InsyaAllah sy bersama keluarga dan rakan akan sertai parti islam yg baharu

Tanpa Nama berkata...

eloklah ada satu lagi parti berasaskan Islam..aku sokong dan akan menyertai,namun demokrasi bukan cara islam ,islam memiliki khilafah itu cara para sahabat nabi mentadbir negara tapi kita tidak mengguna cara ini..agaknya kita terlalu cerdik sehingga kita tidak mahu mengikuti sunnah nabi.moga allah mengampun dosa kita semua kerana mengingkari sunnah nabi..

Tanpa Nama berkata...

Terharunya saya bila parti baru nak di tubuhkan

lan44646 berkata...

Tolak Hadi & Machai tak bernaksud tolak Islam, tahap ego da tinggi dgn ketiadaan TGNA,
Harun din dah senyap JAGA kepentingan perniagaan ,perwakilan ramai dah menyesal
Tapi tak berani luahkan , jawabla di akhirat kelak ,tindakan kecik bawa padah yg besar.
Perwakilan Pas & umno 2x5 je . Janji massuk ,
Rakyat bangsa lain pening lihat Islam yg dibawa Pas bercanggah dgn Islam yg sebenar-benarnya,
Kepimpinanan lama telah Cuba sebaik Mungkin meletakkan Islam ditahap yg dihormati.kepimpinan baru sekelip mata merosakkan perjuangan lama,
Say no to Pas & umno , parti baru tuk meningkatkan agama ,bangsa dan negara.
Tak rugi apa2 , janji ada usaha .Allah tak kan Bantu Kalu tak Cuba.

Tanpa Nama berkata...

mari keluar beramai2 dpd PAS.

bila ahli biasa yg jebon sudah keluar beramai2, maka G-18 pun bertambah yakin mereka disokong kuat rakyat.

SEBELUM MENJELANG SYAWAL, SEMUA AHLI PAS YG BERSAMA PROFESSIONAL HENDAKLAH MENYERAHKAN BORANG KELUAR PAS.

Tanpa Nama berkata...

Sudah pasti parti baru medapat sokongan kuat dr akar umbi dan rakyat.sudah lama kami nantikan parti baru islam professional... Allahuakbar

Tanpa Nama berkata...

Parti saja yang baru tapi pemimpin nya handal-handal. Bukan saja lebih baik dari PAS tetapi lebih kuat dari PKR. Orang-orang ini di hormati dan setanding dengan pemimpin DAP. Tak berlebih jika dikatakan yang parti ini mampu melaksankan apa yang gagal di capai oleh PR. Orang cina dan orang melayu memandang tinggi pada pemimpin-pemimpin ini sama hebat dengan LGE.

Antara Azmin dengan LGE, baik LGE. Duduk dalam PAS tak kemana. Ikut PKR dah was-was pulak.

PAS/PKR
UMNO/BN
Parti Baru/DAP
, tutup mata kejap .. rakyat beri sorokan dan tepukan yang lebih pada parti baru/DAP Ini yang rakyat mahukan.

Unknown berkata...

Salam

PAS sekarang tak releven lagi pada rakyat Malaysia. 2 sebab:

1. Manusia yg berada dalam Pas sekarang ini majoritinya adalah Hipokrit,mengunakan agama untuk mendapat habuan dunia yg sedikit.Islam digunakan sesuka hati dan ikut selera pemimpin2 yg ada,asalkan untung pada diri dan kumpulan.
2. Struktur Organisasi Pas itu sendiri,senang nak dieploit umpamanya,DUPP/MSU,Jika mempunyai manusia seperti no#1.
3.PAS Sekarang Tiada VISI,MISI,cara2 parti nak dibawa, HANTAMSAJALA,Ada yg nak bawa ala Taliban,ada yg nak bawa cara 70'an, ada yg nak ikut UMNO,ada yg nak ikut PR (Takut jawatan kena terajang),Dan TAKADA PRINSIP cara-kerja,Ponteng takda masaalah,makan gaji buta okay,boleh cakap A harini esok boleh cakap B.


Ada banyak lagi...KETIGA DIATAS ADALAH FAKTA, Mana mungkin kita boleh bersama mereka...JIKA NAK JUGA,KITA AKAN BANYAK MEMBUANG MASA,TENAGA DAN KEEWANGAN...SEDANGKAN KEJAYAAN YG DICAPAI SELAMA 7THN, DIRANAPKAN CUMA SATU HARI SAHAJA.
tERUS TERANG umno memang tak HINGIN PAS yg macam ini,tak menguntugkan dia tak boleh bawa pengundi2 bukan melayu,MCA/MIC/GERAKKAN dah ada. Tujuan umno ialah mengujudkan balik ketempat asal,menjadi parti kampong,KALASSSS.

Umno akan takut bila G-18 ,dapat menubuhkan parti baru dan bekerjasama dgn PKR,DAP dan menendang PAS keluar.Makna asalnya untuk membunuh support dari orang2 bukan melayu tak berjaya. Malah (Pakatan Rakyat Progresive) yg baru lebih hebat dari PR yg lama.PARTI BARU akan bertahan lama JIKA parti itu MEMPERJUANGKAN RAKYAT,dan tetap akan releven sampai bila-bila selagi bersama RAKYAT,G-18 Mempunyai Asset pemimpin-pemimpin seperti ini, so apalagi teruskan dgn organisasi baru.Rakyat pelbagai bangsa, akan bersama kamu.

Wallauhalam.

Tanpa Nama berkata...

Cadangan nama parti baru ialah parti islam malaysia (PIM)-dari rakyat untuk rakyat oleh rakyat untuk kemajuan rakyat malaysia. Amacam..

Tanpa Nama berkata...

Parti islam kena ada dua, pendapat mengenai islam akan mendapat pencerahan, kalau 1 jadi macam astro bermaharajalela ikut suka dia

Tanpa Nama berkata...

nasib baik aku blum sempat masuk jadi ahli pas..

Tanpa Nama berkata...

Memang patutlah tubuh parti baru bagi menggantikan PASCAI...sebab simpan PASCAI dalam Pakatan Rakyat pun tak guna sebab akan sentiasa menjadi duri dalam daging...bentuk parti baru dan buat gabungan baru Pakatan Rakyat tanpa PASCAI...saya akan sokong 100%..

Tanpa Nama berkata...

Perlu buka membership, directly atau indirectly, kalau tidak tiada peluang dengar daripada yang bukan Muslim (aka "kapir" yang ulama ulama pas sebut macam sejenis kesalahan besar penyakit maut)

Malaysiabaru berkata...

Lim Guan eng di penjara kerana membela seorang mangsa rogol keturunan melayu..

APA LAGI MELAYU MAHU .... tolol???

Tanpa Nama berkata...

PAS Maknanya (Parti Antam Sajerlah): Boleh jadi parti Taliban/,boleh jadi Parti IS,boleh jadi Parti70'an,boleh jadi parti join umno,boleh jadi parti join pr dan yg Best tu boleh jadi parti bertanding tak nak menang...woooooow...last-last ahli yg gila sebab kena kutip derma lepas ceramah....Ceramah dkt orng cina...pas kata kami negara kebajikan...pastu minta derma..Pas pergi kat orang melayu ..ceramah..Dap tu kapir,sape keluar pas kapir...Pastu...kutip dermaa....Bukan, ahli jerr yg Gila..Rakyat pun bertambah gila..Ulamak pula berceramah/kuliah agama....ikutlah ajaran agama ..blaaa..bla....di mesjid..Habis kuliah/ceramah...hehehehhe dapat sampul..Tapi akhlaknya..kereta hebat2 siap no plat berbeli lagi..perghhhhhh


UNTUK MEMBASMI KHURAFAT AJARAN-AJARAN ,"ANTAMSAJALAH" Parti atau gerakkan baru diperlukan :"Parti Rakyat Progresive" membetulkan semula ajaran-ajaran yg mengarut yg dianuti oleh pas sekarang.

Tanpa Nama berkata...

Kepimpinan Cai Punca, Dewan Ulama yg patut dipersalahkan, kalau kata putus blah la dari pentadbiran DAP Penang.
Pengikut pun sama dah kata putus letak la jawatan, Ni kerana Duit keputusan Dewan Ulama dlm Muktamar di abaikan.

Telur dan Maruah telah lebur

cikmatgelap berkata...

munafik2 dlm pas dah mula keluar fatwa,klu keluar tinggalkan pas jadi kapir,pas memang parti islam tapi sekarang ahli2 dan pimpinannya yg tinggal bukan org mukmin lagi tapi mereka semua munafikun belaka,jadi jom kita tionggalkan pas....aku seru cikmat sabu supaya bincang2 segera dan segerakan penubuhan parti baru,masaalah ros luluskan ke tidak itu kermudian,tapi jom kita berpadui,tak payah nak letak parti islam,mcm di turki takde pun sebut islam tapi tetap kearah islam semua

Tanpa Nama berkata...

PPR - Parti Progresif Rakyat

pun ok juga, sedap disebut jg.

So kita ada PKR, PPR ,DAP

PPR landasannya Islam yg benar... bukan khawarij

Tanpa Nama berkata...

Pas Dan umno adalah 2 beradik kembar siam.apa yg Adik tahu abang mesti tau.macam mana nak tanam umno?dengan Adik dia sekali.

Tanpa Nama berkata...

Sebeno nye PAS itu tak salah yang salah Hadi Awang tu kepala batu mengaku ulama dan canang pada ahli AJK ulama sedunia tapi perangai lebih teruk dari seorang yang jahil agama mungkin Allah nak tunjuk pada hambaNya inilah rupa maknusia yang dikatakan takbur 'ujub dan riak, apakah tidaknya pabila bercakap orang lain semua salah dan bila tan ya bukti disuruh tanya orang lain pula apakah bila sedah dipanggil ulama oleh pengikut kita boleh cakap sesuka hati,itulah pemimpin PAS yang bernama HADI AWANG yang tidak boleh ditegur,sombong dan bongkak.

Hj Aduka berkata...

aku malas nak politik skrg. Ulama PAS pun tahi cirit birit, kencing merata tempat. Malu kat Guan Eng yg pernah dipenjara sebab bela Melayu. Apa Hadi buat? Melainkan sentiasa fitnah, menipu, bohong dsbnya. Inilah ULAMA kah kah kah WOI uLAMA PAS diluar sana, kamu kenyang tak lagi makan setelah kamu tipu-menipu. Abduh dengan watak sasau, Hadi kaki kencing dll.....

air gunung berkata...

Aku rasa satu parti atau wadah baru perlu di adakan.org2 lama memang sedih dan sukar utk kuar dr parti asal.mungkin berjuang dari dlm.tp aku yakin mereka ini akn ditendang oleh cai2 ulamak keluar atau pecat.so boleh teruskan dgn wadah yg sudah tersedia.cuma kena bijak atur percaturan dlm berpolitik.apa pun aku memang x ley nak pee dah dgn PAS yg terpilih melalui cai.

IrWrWs berkata...

Saya sokong sgt2 buat parti baru daripada terus menjadi gunting dalam lipatan dan musuh dlm selimut di dlm PAS.. Lagipun dap dan pkr sudah memberi restu.. tunggu apa lagi.. ? Sekarang ni memang la hanya minoriti akar umbi yg akan sokong parti baru.. mana tahu akan berubah jd majoriti pula kan?

Atau terus tenggelam slps tu.. di masa itu baru lah sedar akan kesilapan langkah yg diambil.. namun begitu kami tetap menerima anda semua jika ingin kembali.. itu pun kalau masa tu kalau tuan2 dah sedar bhw dap adalah penentang aspirasi rakyat kelantan yg mengamalkan demokrasi tulen berbanding dap (democratic party konon!)

Tanpa Nama berkata...



Semua rakyat dah tahu umno parti TOLOL mnTololkan umat

Umno/utusex hanya sokong kenyataan menteri2 bodoh-TOLOL utk lebih tololkan rkyat

Umno dah betol2 TOLOL busuk sampai keusus

Ddlm umno tiada yg lain slain yg tolol2..

..tiada yg busuk slain bangkai sampai keusus..


TUP-TUP

Tiba2 kini umno sokong Hadi Awang

Tak semena2 umno sanjung ulaaaarkeMak UG?

ITU signal jls..

ITU tanda..

..kompem bhw diMATA umno Hadi Awang & ularrrrkeMak UG lebih tolol drp ahli umno itu sndiri??

..dr pandangan utusex pula mrk itu lebih TOLOL dan lebih busuk krn hanya yg lebih TOLOL dan yg lebih busuk shj yg dpt & mampu diTOLOL2kan smahu2nya oleh umno..

...dah tentu umno seronok sgt..sbb dpt regu yg betol7TOLOL tahap siku-LUTOT yg terang2 dah kena KENCING diparlimen..tp maseh mintak utk terus diKENCINGkan lg..dan tujuannya adalah smata2 utk mngeliru mngKENCINGkan lebai2 & rkyat2 hulu & dungu smahu7nya..

DAN

Hanya yg TOLOL-siku-LUTOT jer lg yg masih betol7TOLOL memanggil mrk sbg ulamak!



Nota:

TOLOL = Sufahaq....mrk samaskali bukan ulamak

TOLOL-siku-LUTOT = Adoiyai, hangpa smua pi boh makna ikut suka hangpa laa?



Tanpa Nama berkata...



Semua rakyat dah tahu umno parti TOLOL mnTololkan umat

Umno/utusex hanya sokong kenyataan menteri2 bodoh-TOLOL utk lebih tololkan rkyat

Umno dah betol2 TOLOL busuk sampai keusus

Ddlm umno tiada yg lain slain yg tolol2..

..tiada yg busuk slain bangkai sampai keusus..


TUP-TUP

Tiba2 kini umno sokong Hadi Awang

Tak semena2 umno sanjung ulaaaarkeMak UG?

ITU signal jls..

ITU tanda..

..kompem bhw diMATA umno Hadi Awang & ularrrrkeMak UG lebih tolol drp ahli umno itu sndiri??

..dr pandangan utusex pula mrk itu lebih TOLOL dan lebih busuk krn hanya yg lebih TOLOL dan yg lebih busuk shj yg dpt & mampu diTOLOL2kan smahu2nya oleh umno..

...dah tentu umno seronok sgt..sbb dpt regu yg betol7TOLOL tahap siku-LUTOT yg terang2 dah kena KENCING diparlimen..tp maseh mintak utk terus diKENCINGkan lg..dan tujuannya adalah smata2 utk mngeliru mngKENCINGkan lebai2 & rkyat2 hulu & dungu smahu7nya..

DAN

Hanya yg TOLOL-siku-LUTOT jer lg yg masih betol7TOLOL memanggil mrk sbg ulamak!



Nota:

TOLOL = Sufahaq....mrk samaskali bukan ulamak

TOLOL-siku-LUTOT = Adoiyai, hangpa smua pi boh makna ikut suka hangpa laa?



Tanpa Nama berkata...

SETUJU. Janji Pakatan Rakyat (PR) tumbangkan BN. PAS sudah nampak mahu bersama dengan Umno. Pilih parti baru bagi menggantikan PAS. Ulama Yang Hipokrit dan berbaik dengan musuh kita tinggalkan.

azhar rangkuti berkata...

PPR - Parti Progresif Rakyat

kalau diterjemahkan ke B.I - People Progressive Party @ PPP sama mcm parti pimpinan Kayveas dlm BN yg sekarang umpama hidup segan, mati tak mahu

Parti Ikhwan Nasional atau Parti Islah lebih relevan dgn objektif pnubuhan

my 2 cents

Tanpa Nama berkata...

Kekuatan parti bukan semata-mata bergantung berapa lama parti telah di tubuhkan. UMNO dengan berbagai masalah, satu demi satu. PAS jangan cerita lah. Lagi kartun dari kartun.

Parti baru ini di tubuhkan tidak sama dengan penubuhan PKR. UMNO dan PAS di tubuh semasa merdeka. Parti baru ini tak sama denga Jasa dan Hamim. Masa itu berapa kerat orang yang ambil tahu. Dan mereka tak kena label dan perbezaan antara mereka tak jauh bezanya iaitu dua-dua ulamak.

Yang sekarang ialah Islam progresif. Kelebihan pemimpin progresif ini dapat menyesuaikan parti dengan pembaharuan dan keadaan semasa maka itu dilihat macam sekular. PAS pro ulamak menolak pembaharuan dan lebih selesa bercakap pasal akhirat. Semua yang ada sekarang bagi pro ulamak ialah sekular.

Mereka selesa dengan mengamalkan IslamTimur Tengah seperti Syria, Iraq, Mesir, Somalia, Algeria dan Pakistan. Kata Mat Sabu. Bukan jubah dan serban saja yang pro ulamak ikut, suasana mesjid ikut sana jugak. Kipas boleh pakai atau tidak, tak penting. Bilik air berbau ke tidak tak kisah. Kalau boleh bentuk bangunan bandar pun nak ikut arab. Nampak macam dunia ini tak penting sangat.

Pro ulamak cuba bukan tak cuba mengubah menjadi progresif. Itu yang pakai kereta mewah, guna cai dan pergi Jepun. Sengaja menawar jawatan kepada pro profesional. Tapi mereka kena banyak lagi belajar dengan UMNO dan selalu lah ikut UMNO ke luar negara sehingga mereka tak kekok menguna sudu, garfu dan pisau. Atau sekurang-kurang nya mengikut pakaian yang di pakai oleh penceramah ustad Kazim.

Parti baru ini ialah parti Islam.Yang suka konservatif boleh ikut Hj Hadi. Yang progresif boleh ikut kumpulan Mat Sabu. Satu maju ke hadapan dan satu tak kemana-mana. Yang tak kemana-mana ini lah sesekali di guna oleh UMNO untuk menimbulkan kekeliruan dan menyerang DAP dengan isu agama. Bila di tubuh parti baru, mereka akan serang pulak parti baru dengan memperguna imej Islamik.

Parti baru ini di tubuhkan untuk memberi gambaran sebenar tentang Islam kepada orang bukan Islam. Pro ulamak sekadar berteori. Pro profesional mempraktikan Islam dalam masyarakat dengan berpijak pada realiti. oleh itu parti baru ini akan bertahan lama kerana mereka yang berfikiran progresif akan bertambah lebih banyak dari mereka yang berfikiran konservatif.

Tanpa Nama berkata...

Parti baru. Ya, tubuh parti baru.
Pas boleh blah dari Pakatan Rakyat.
Pas dah jadi duri dalam daging Pakatan Rakyat.
Selagi mereka ada Pakatan Rakyat takkan aman.
Hidup Mat Sabu & geng
Hidup Mat Sabu & geng
Hidup Mat Sabu & geng
Bila tubuh nanti berbaik-baiklah dengan Pkr dan Dap.
Rakyat dah muak, tak-tak habis bertelagah.
Bila Malaysia ni nak aman da...
BN/Umno tak boleh harap.
Pakatan Rakyatlah harapan rakyat semua.

Tanpa Nama berkata...

PAS adalah parti berlandaskan Islam. Islam zaman ini selain berteraskan Alquran dan Hadith Rasulullah s.a.w. ia ugama perlu bimbingan mereka yang mempunyai ilmu ugama yang sangat mendalam. Rakyat biasa sedikit sebanyak boleh juga berfikir dan membezakan yang haq dengan yang batil. Rakyat biasa juga boleh merujuk kepada sirah Rasulullah s.a.w. riwayat sahabat-sahabat, kitab-kitab hasil nukilan ulamak-ulamak tersohor demgam bantuan guru-guru atau pun sendirian. Ini bererti rakyat biasa sudah boleh membezakan mana satu ulamak dan mana pula ulardalamsemak. Tujuan PAS adalah mulia. Ibarat kenderaan ia satu pengankutan yang ideal untuk menuju kepada satu destinasi berpandukan peta yang tertera dalam Alquran dan Hadith. Namun bila pemandunya mula lalok dan kenderaan singgah tak tentu hala atau pun memilih jalan yang sungguh merbahaya maka penumpang-penumpang perlu bertindak. Kita boleh buat apa saja asalkan kenderaan balik kepada jalan asal termasuk 'MENCAMPAKKAN PEMANDU DAN KUNCU-KUNCUNYA KEDALAM GAUNG'. Namun meninggalkan kenderaan itu adalah suatu perkara yang merugikan. Kita perlu membuat sesuatu agar pemandu dan kuncu-kuncunya terjun sendiri dari kenderaan tanpa dipaksa. Mungkin kita oleh sembur racun, pemedih mata, air gatal atau pun lemparkan beberapa ekor ular kapak kepada pemandu dan sahabat-sahabatnya. Kita mesti ingat PAs adalah hak semua yang memperjuangkan Islam ia bukan hak pemandu!! Kenderaan ini juga bukan dibeli oleh pemandu atau emak bapa beliau.

Tanpa Nama berkata...

En Rosli...itu hudud dah boleh bentang kat parlimen tak? Dah kena kencing dgn umngok pun masih tak sedar lagi...ini dah lapan kali kena patuk ular dr lubang yg sama...pun masih bangang dlm politik...elok lagi berkawan dgn non muslim yg jujur dan tepati janji drp yg mengaku ulama tp menabur fitnah sana sini tanpa bukti...bila ajak berdebat penakut hampasss...puiii..

Tanpa Nama berkata...

Orang yang membaca peta mesti lah pakar dan bijak. Ini penting sebab kalau sesat tak boleh U turn. Kena terus dan cari jalan keluar di hadapan. Kerana banyak simpang, yang baca peta sudah tentu tak tahu mana jalan yang paling dekat dan selamat. Yang dia pilih Jalan Hudud.. Dia sengaja melepasi simpang jalan-jalan yang di tanam pokok bunga dan bertar seperti Jalan Amanah, Jalan Kasih-Sayang dan Jalan Adil.

Yang jadi pemandu ramai tapi yang berpengalaman dengan jalan ke destinasi cuma satu dua orang je sebab jalan nya berliku, bercuram dan mendaki. Malim Gunung pun tak mampu nak mendaki gunung ini.

Bagi pakar baca peta dan pemandu, dua-dua sedar dan tahu arah destinasi yang perlu di tuju. Tetapi kerana pemandu orang yang sama, tiba-tiba pakar membaca peta menukar nya dengan pemandu lain yang tidak berpengalaman.

Lebih dikesali, bila pakar baca peta gagal menterjemahkan petunjuk-petunjuk dalam peta tersebut kepada dua orang pakar baca peta yang lain. Kenderaan asal kini telah menjadi tiga kenderaan dan mempunyai induk kapal (PR) Peta yang sama, peta dia sendiri, dia baca lain dan dua orang pakar tersebut baca lain.

Kenderaan ini bertukar pula jadi spaceship, Tiga-tiga kapal melekat pada mothership dan pakar yang menguna peta kitab mengambil keputusan meninggalkan mothership. Kalau jalan mendaki gunung pun tersesat macamana lagi jalan yang tak ada jalan melainkan hanya arah.


Sekadar bercerita bukan nak menyanggah pandangan anon June 22, 2015 at 10:25 am di atas.


bat8 berkata...

Sdra silap....PAS hanyalah wadah, ia bukan perjuangan itu sendiri. PAS definitely bukan kenderaan yg sdra andaikan.

Tanpa Nama berkata...

G18 tubuh parti baru bergabung dengan DAP dan lain2 NGO
Untuk PRU 14 untuk menentang BN.