8 Jun 2015

Ahmad Kardee Enggan Terima Sebarang Lantikan Dalam PAS


Jangan lantik saya lagi dalam PAS'

Tiada tanda-tanda PAS akan berpecah susulan pembersihan penuh kumpulan ulama dalam parti itu susulan keputusan pemilihan Jumaat lalu.

Tetapi mungkinkah pemimpin yang dianggap daripada kem pencabar presiden Ahmad Awang perlahan-lahan menjarakkan diri daripada kepimpinan pusat?

Ketika Mazlan Aliman, satu-satunya calon pro-Pakatan Rakyat yang terpilih, masih berkira-kira meletakkan jawatan, pemimpin muda PAS daripada Sarawak Abang Ahmad Kerdee Masagus pula mengumumkan haluannya.

Setelah 12 tahun terlibat dalam kepimpinan pelbagai peringkat, Ahmad Kerdee berkata beliau kini tidak akan menerima lagi sebarang pelantikan ke dalam PAS negeri, sayap Pemuda mahupun jawatankuasa pusat.

Dalam kenyataannya, beliau memberikan alasan mahu memberi tumpuan terhadap dua kawasan pilihan raya PAS di Sarawak, iaitu Beting Maro dan Sebuyau.

“Keputusan ini pada saya, yang terbaik untuk diri saya buat masa ini.

“Boleh jadi sahabat-sahabat dan teman- teman pimpinan punya pandangan yang berbeza, saya mohon untuk dihormati pendirian ini dan beri peluang kepada saya bergerak ke hadapan dalam 'zon khas' bagi sesi ini
.

Jawatan terakhir peguam itu sebagai anggota jawatankuasa pusat. Beliau juga anak Sarawak pertama dilantik ke jawatan itu.

Dalam pemilihan kali ini beliau bertanding mempertahankan jawatannya tetapi kalah selepas kumpulan proulama mencapai kemenangan besar hampir seratus peratus. -mk

ULASAN GB

Tegas dengan prinsip. Itulah pendirian seorang pemimpin sejati.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak susah, kan PAS kuat, lantik sahaja Din Ayam atau Nik Abduh.
Tak payah susah2, kita nak keredaan Allah. Bukan nak kemenangan pun bila masuk bertanding.

Lebai Burger.

air gunung berkata...

Kluk kek kluk klek kluk klek kluk klek.
kah kah kah kah kah kah
Pas oooo pas.apa dah jadi oiiiiii.
saper laaa yg buat Pas kena main mcm org bodo neh.gelak jer lah.x reti nak ckp dohhh

Malaysiabaru berkata...

Kita semua maklum Pas buat u-turn nak berada dlm pakatan sehingga umno buat offer lebih baik ( jawatan ahli pas di Selangor lebih 5000 org kata Abg Mat Sabu)

Oleh demikian sementara Pas masih ding dong dlm pakatan boleh tak abg mat sabu tolong kami di pkr 'expand' empire kami di kawasan Pas. Lepas habis ceramah dgn azmin tolong bagi borang Pkr dan setup pondok pkr di kawasan pas

Ye lah mana tahu bila umno dah bagi greenlight abg mat pasti dah kena pecat sebab tk wala ikut pas masuk umno.

Tolonglah abg mat yg kini mula mengakui semua fakta yg diberi oleh greenboc.

' label jebon anwarinas agen Dap' adalah alat untuk ularmak sapu jawatan ajk pas pusat! Dan mengkaburi jemaah!" TMI mat sabu di petik dlm satu kenyataan.

Greenboc dah kata lama knp baru skrg abg mat sedar?

Ayoh mari bantu pkr parti melayu juga intelektual islam pun ada dalam...

Mari tolong expand empire PKR bersama azmin Ali yg kami hormati!!! Sebelum abg mat di pecat!!

Tanpa Nama berkata...

PAS dah kena minyak senyonnyong dari UMNO minyak dagu la katakan sebab tuan guru jampi tak sempat nak jampi kerana terlalu sebuk mentololkan orang lain lagi pula telah tertelan pil kuda yang dibekalkan oleh calun PKR yang kalah.

Tanpa Nama berkata...

dulu masa menang terengganu singkir kakitangan UMNO, bila nak menang Pusat singkir Profesional, Presiden yang bijak

Tanpa Nama berkata...

Umpan dah kena..Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedia berbincang dengan PAS selepas golongan ulama berjaya mendominasi kepimpinan parti dalam pemilihan yang diadakan minggu lalu, menurut Berita Harian hari ini.

Najib dilaporkan berkata, PAS membuat keputusan jelas dengan memilih kepimpinan ulama dan diharapkan rundingan 2 parti Melayu itu akan membawa kepada kemaslahatan umat Islam di Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

PAS dah tau Najib dlm kelemasan sedang cari pelampung.

Tanpa Nama berkata...

pasti saudara ahmad kadree adalah salah seorang drpd jebon dan parasit kerana ada prinsip. tidak spt wali suci maksum masih tak nak letak jawatan di p.p kerana habuan dan tidak berprinsip.

Tanpa Nama berkata...

skrg golongan professional dh tk dlm kepimpinan. maka apa lagi UG, serlahkan diri anda utk bersama umno. apa nk sorok2 lagi, tkde sapa nk halang dah.

biar senang rkyat nk tentukan nasib PAS nnti.

pastikan PAS tidak jadi alat umno utk rampas selangor dn penang nnti.

Tanpa Nama berkata...

.
Dulu kutuk orang, label orang macam besuk tak ada.
Sekarang nak jilat balik. Bila Hj Hadi di kritik tentu lah kumpulan Hj Hadi marah. Marah kumpulan Hj Hadi di tunjuk dengan demo, dengan risalah, dengan pukul/bakar kereta dan dengan boo.

Kumpulan profesional tak macam tu. Boleh buat, bukan tak boleh buat demo, risalah dan boo tapi itu bukan profesional nama nya, apa lagi sebagai ulama yang sepatutnya menunjukkan contoh kepada DHPP yang bertanya mengapa ulama membiarkan gejala-gejala fitnah.

Dengan meletak jawatan dan menolak tawaran adalah cara orang yang berakhlak Islam. Bukan dengan mesabotaj usaha ulama atau mengutuk keputusan yang dibuat oleh ulama. Pro ulama bebas untuk buat apa saja yang mereka suka. So lupakan lah untuk mendapat jasa profesional setelah di maki dan di caci.


Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

hanya lembu yg bodoh je kena umpan masuk perangkap 100 kali.

nilai lah lagi dari zahir, inilah akibatnya. Islam suruh nilai dari sejarah juga bukan zahir saja.

tu sebb hadi sokong syiah iran sebb nilai zahir. memanglah zahir syiah ada takkiyah yg membohong besar tp perbuatan mereka lebih teruk dr kafir.

maka bodohlah org yg menyokong dan mudah tertipu oleh syiah laknat.

tu belum lagi ditipu dajjal yg hebat dan kuat sihirnya lg.