15 Mei 2015

[VIDEO & GAMBAR] Sah Ust Ahmad Awang Tanding Jawatan Presiden Lawan Hadi


Ahmad Awang akan cabar Hadi sebagai presiden PAS

Bekas Naib Presiden PAS, Ahmad Awang akan mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk jawatan presiden pada pemilihan parti itu pada Jun ini.

Ahmad, 79, berkata beliau menerima pencalonan yang ditawarkan kepadanya kerana percaya parti Islam itu perlu ada perubahan kepimpinan selepas lebih sedekad di bawah Hadi.

"Ini sebuah parti mengamalkan demokrasi dan kita mahu memperkasakan parti," kata Ahmad selepas menyerahkan pencalonannya di Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur, pagi tadi.

Ini merupakan pertama kali Hadi dicabar semenjak memegang jawatan presiden selepas Datuk Fadzil Mohd Noor meninggal dunia.

Katanya, beliau sedar pelbagai komen dibuat terhadapnya menerusi media sosial walaupun beliau baru saja dicalonkan.

Ahmad berkata, beliau juga sedia menerima pencalonan sebagai pemeriksa kira-kira yang disifatkannya penting.

"Saya bukan saja dicalonkan bagi jawatan presiden tetapi turut menerima pencalonan bagi jawatan pemeriksa kira-kira di beberapa tempat.

"Jawatan itu lagi penting, jika laporan kewangan tidak diluluskan oleh pemeriksa kira-kira, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) boleh batalkan," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat Asmuni Awi baru-baru ini mengumumkan Ahmad dan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dan Ahmad layak bertanding jawatan presiden.

Asmuni berkata, bagi jawatan presiden untuk Muktamar Tahunan PAS pada Jun depan, walaupun 4 pencalonan diterima, hanya Hadi, Husam dan Ahmad layak untuk bertanding. – TMI


Lepas 13 tahun, Hadi sah dicabar

Bekas naib presiden PAS Ahmad Awang mengesahkan akan mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi merebut jawatan presiden PAS pada pemilihan parti itu bulan depan.

Ahmad yang juga bekas anggota Majlis Syura PAS berkata alasan beliau menawarkan diri adalah untuk memperkukuhkan parti.

"Ini adalah parti yang demoktrik dasarnya. Jadi sesiapa (saja) boleh dicalonkan daripada ahli dan boleh mencalonkan. Ini meningkatkan ukhwah dalam parti," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan surat untuk bertanding, di ibu pejabat parti itu hari ini.

Dalam 13 tahun pentadbirannya, ini kali pertama kedudukan Hadi (atas) sebagai pemimpin nombor satu PAS dicabar.

Ahmad, 79, berkata beliau mendapatkan maklumbalas daripada para penyokong dan penasihatnya sebelum memutuskan untuk bertanding.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan jumlah percalonan kawasan yang diterimanya.

"Sekarang PAS berada di persada politik negara, sebab itu saya menerima pencalonan ini... Saya tidak mahu mengecewakan mereka," katanya.

'Satukan PAS'

Ahmad, yang menjadi sebahagian ulama dalam PAS, difahamkan menjadi pemimpin PAS yang akan menitikberatkan ke arah memperkasakan Pakatan Rakyat, berbanding Hadi.

Sebagai pesuruhjaya PAS Perak 2008, Ahmad memainkan peranan utama membantu menubuhkan Pakatan Rakyat di negeri itu.

Ahmad berkata beliau mahu PAS menerima sokongan bukan Islam termasuk sokongan pengundi tegar mereka bagi menggantikan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

"Saya mesti berusaha menyatukan PAS semula dengan semangat persaudaraan parti yang jadi tunjang Pakatan Rakyat.


"Dan hari ini (walaupun) pemimpin PAS bersama Pakatan, keadaan perlu diperbaiki, lebih-lebih lagi kita menuju ke Putrajaya.

"Dengan semangat demokrasi dan pilihanraya ke-14 ni, kita punya harapan," katanya.

Hadi tidak pernah dicabar sejak 13 tahun lalu, selepas parti memperkenalkan kepimpinan ulama.
-mk





ULASAN GB

Fasal 25(2) Perlembagaan PAS menyatakan :

Presiden, Timbalan Presiden dan tiga orang Naib Presiden hendaklah dipilih dan dilantik akan dia oleh Muktamar Tahunan PAS pada tiap-tiap dua tahun daripada ahli-ahli PAS atau dengan apa-apa cara jua yang dipersetujui oleh Muktamar Tahunan PAS itu.

Oleh itu tidak sepatutnya timbul sebarang pertikaian dan halangan untuk Ustaz Ahmad Awang bertanding jawatan Presiden.

Jika ada mana-mana pemimpin atau ahli PAS yang mempertikaikan keputusan Ustaz Ahmad Awang menerima pencalonan untuk bertanding jawatan Presiden maka ternyata suara-suara itulah yang bertentangan dengan Perlembagaan PAS dan sepatutnya dikenakan tindakan disiplin.

23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mulai hari ini ustaz kena berhati2. serangan spt apa yg berlaku keatas dr hatta dan dr dzul mungkin diulangi.

Tanpa Nama berkata...

Bagus kita lwn sama itu kepala UG..

apa ekk ??? berkata...

Tuan punya blog.. bleh nyatakn siapa.kepala Ug nie.. siapa dalang... dedahkan.saja... biar semua pwngundi tau... orgg munafik2

Tanpa Nama berkata...

Kat blkg ustaz Ahmad Awang adalah mejar zaidi. U take a right side mejar 'Good!

Tanpa Nama berkata...

Sementara itu blogger Tulang Besi, @ Abdul Rahman Abdul Talib mendedahkan usaha mensabotaj UAA oleh seorang kakitangan di Pejabat Agung PAS. Beliau menulis:

Ada hantu di Pejabat Agung tu yg tak hantar surat tawaran pada Ust Ahmad Awang sampai semalam. Kita tau hantu ni sapa sbb dia memang barua UG.

Sebelum ni pun org sama sorok surat aduan sebuah kawasan di Kelantan.

Syukur alhamdulillah ada org pegi Pejabat Agung dan tolong ambilkan. Kalau Ust Ahmad Awang tunggu surat dihantar, alamat sampai tutuplah surat tak sampai.

Sampai mcm tu sekali hantu2 UG di Pejabat Agung ni nak sabotaj.

Tanpa Nama berkata...

Hj Hadi sudah wajib mengundurkan diri atau digantikan dgn org lain. Krisis kepimpinan beliau menjatuhkan imej parti Islam di mata rakyat.

Tahniah Ustaz Ahmad Awang kerana berani menyuburkan demokrasi dlm PAS.

Tanpa Nama berkata...

Aku memohon PD Illahi semoga Ustaz Ahmad Awang menang Presiden Pas nnti.Dan membawa Parti kePangkal Jalan.Aminn

Tanpa Nama berkata...

Walaupun aku bukan ahli pas, tapi aku selalu mengikut perkembangan nya selepas ustaz fadhil nur pergi. Akhir2 ini aku sangat meluat cara kepimpinan haj hadi. Aku sangat2 berharap ada orang cabar dia.. Nah sekarang aku puashati ustaz ahmad awang, mau mencabarnya. Aku harap ahmad awang terpilih supaya hajat ug tidak kesampaian, kerana aku nampak puak ug dlm pas ni seolah2 memberi tongkat pada umno setelah parti tu telah cemas,lemas,dan kapalnya hampir karam. Hj Hadi dah menjadi liabiliti kepada perjuangan PR... Dia wajar dibersarakan...

Ruhal Hanafi berkata...

Siapa yang layak mengundi, semua ahli Parti PAS atau perwakilan sahaja? Berapa org yang layak mengundi?

pok amid littor berkata...

Harap2 nakhoda sekarang ni diganti kerana nilai kepimpinannya sudah tahap longkang

sb dehlawi berkata...

marilah kita solat hajat supaya Allah swt memberi kemenangan kepada uaa sebagai presiden

Tanpa Nama berkata...

Ust Ahmad Awang (Pro PR) lawan Hj Hadi (Pro UMNO)...

Sama-sama kita tunggu samada ahli PAS bijak atau dungu...

Tanpa Nama berkata...

.

Round Satu

Hj Hadi kalah.
Ustad Ahmad Awang menang.

Sebab apa? Sebab kumpulan Hj Hadi berharap dengan mendapat banyak pencalunan akan menakutkan Ustad Ahmad Awang. Dan dengan mencalunkan Ustad Ahmad Awang sebagai Pemeriksa Kira-kira kumpulan Hj Hadi berharap Ustad Ahamad Awang akan malu untuk menyelamatkan PAS.

Kalau kumpulan Hj Hadi tak merasa malu dengan taktik ala umno yang telah gagal ini hilang lah salah satu sifat orang yang beriman iaitu rasa malu buat perkara yang salah. Dalam umno jika taktik ini di gunakan calun akan menarik diri. Hello, Hj Hadi dalam umno nanti boleh lah guna. Ok.

Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

Pelik.

Ramai ternanti-nanti keputusan Ahmad Awang dan di sambut dengan semangat untuk kemenangan.

Dan ramai ternanti-nanti Hadi berundur kerana kali ini jawatan yang di sandang selama 13 tahun akan di cabar di muktamar nanti. Walaupun banyak dapat pencalunan untuk Hadi namun tidak ada semangat. Jika ada pun semangat lama dan semangat ini lah yang akan ada dalam PAS jika tidak di tukar orang baru jadi Presiden.

Tanpa Nama berkata...

Negara Demokrasi pertandingan macam itu adalah digalakkan supaya rakyat berpuas hati.Tidak salah jika beri laluan pada orang lain.

Tanpa Nama berkata...

1 (pro PR ) 1 (pro umno ) tiada masallah yg penting Islam itu d utamakan bukan kerana jawatan.

Tanpa Nama berkata...

Biar aku jawapsiapa kepala UG tu?
Namanya Abdul Hadi Awang (TG)
Kenapa saya kata gitu:
1) pada tahun 1998 Abdul Hadi lah org yg bertanggungjawap mengetengah kan UG dlm persidangan PAS
2) Terlibat dlm komplot utk bergabung dgn umno di selangor (bersama Khir Toyo) dan cuba melantik Hassan Ali sebagai MB
3)Berkomplot secara rahsia utk bergabung dgn umno dan cuba menarik azmin semasa krisi mB di selangor utk menggantikan Khalid Ibrahim
4) Kata2nya yg cenderung kepada Umno dlm isu hudud

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Ustaz Ahmad Awang kerana berani menyuburkan demokrasi dlm PAS.

Tanpa Nama berkata...

Kepala UG mesti ditewaskan kalau tidak PAS akan hancur ditangan BN. Hadi elok sangat berhenti dan bersara dan beri laluan mudah kepada pencabar sebab dia lebih sesuai jadi Presiden.
Dinn Ayam pun sudah buat rasuah di kalangan pemuda sbb nak menang pemuda. Inikah amalan parti Islam.

Koperasi Prihatin Kedah Berhad berkata...

Jika tuan Presiden berjiwa besar dan Islam wadah perjuangannya berilah laluan kepada Ust Ahmad Awang bagi mengelakkan sebarang perpecahan dalam jemaah PAS. Semoga ia menjadi kenyataan. Amiinn

Tanpa Nama berkata...

Kenyataan Ahmad Yakob berhubung keputusan Ahmad Awang bertanding boleh tapi nak menang susah.

Sah tak cerdik politik. Yang penting bagi pro UMNO Ulamak ini ialah dapat kemenangan dan bukan untuk membuat perubahan dalam parti PAS. Memilih Hj Hadi yang berjalan mengundur kebelakang bukan satu perubahan sebab PAS telah pernah bersama UMNO satu ketika dahulu dan sekarang Hj Hadi nak mengulangi perkara yang sama.

Pemikiran seperti Ahmad Yakob ini lah yang perlu kan pembaharuan. Sukar menang masih bererti ada peluang untuk menang!

Menewaskan Nizar dan pemimpin professional yang lain bukan satu pembaharuan kerana kita sedia maklum kemenangan pro Ulamak UMNO telah mengadaikan maruah PAS.

paksu azam berkata...

Lepas ni..radio dan tv akan tlg kempen sama unt tuan presiden..percayalah..

Tanpa Nama berkata...

Dah keluar sikit sikit.

Nama Hj Hadi dah berulang ulang tertera tulisan nama Hj Hadi di bawah skrin tv.