20 Mei 2015

Senarai Penuh Pencalonan JK Kerja PAS Pusat, Dewan Pemuda & Muslimat


Presiden, timbalan dicabar satu lawan satu dalam pemilihan PAS

Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang sah akan dicabar bekas naib presiden Ahmad Awang pada pemilihan PAS pada Jun depan.

Sementara Timbalan Presiden, Mohamad Sabu pula berdepan saingan daripada Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Perkara itu dimuktamadkan menerusi satu salinan pencalonan yang diedarkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi, pada sidang media hari ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah pula sah bertanding jawatan naib presiden walaupun sebelum ini disebut-sebut berkemungkinan mencabar Mohamad.

Bagi kerusi naib presiden pula, 4 personaliti sah akan mencabar 2 penyandang jawatan tersebut iaitu Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub.

Empat personaliti yang akan mencabar penyandang untuk jawatan itu adalah Ahli Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chempaka, Datuk Iskandar Abdul Samad; Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar dan Amar.

Bagi jawatan ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat sah akan dicabar Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz sementara penyandang Timbalan Ketua Pemuda Muhammad Khalil Abdul Hadi dicabar oleh Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob.

Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff akan dicabar Nuridah Salleh untuk mempertahankan jawatannya sementara Timbalan Ketua Muslimat Dr Mariah Mahmud akan dicabar Dr Rosni Adam.

Lima puluh empat nama disahkan akan bertanding merebut 18 kerusi jawatankuasa PAS Pusat.

Pencalonan untuk jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat akan hanya dimuktamadkan pada minggu hadapan selepas nama-nama yang dicalon memberi persetujuan untuk bertanding, kata Asmuni.

Sementara itu, Asmuni berkata beliau sedia menerima kritikan atau usul untuk dilucutkan jawatan pengerusi pemilihan jika ada pihak yang membawa perkara tersebut kepada perhatian parti.

Asmuni pada pemilihan 2013 bertindak meletak jawatan sebagai pengerusi selepas terdapat kesilapan dalam proses pemilihan pada ketika itu. -TMI


SENARAI CALON-CALON

Enam menerima pencalonan untuk bertanding jawatan Naib Presiden PAS pada muktamar tahunan parti itu ke-61 yang akan berlangsung pada 4 hingga 6 Jun depan.

Mereka terdiri daripada Datuk Husam Musa, Salahuddin Ayub, Ustaz Idris Ahmad, Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Bagi jawatan Presiden PAS hanya dua calon yang bertanding iaitu Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ustaz Ahmad Awang, begitu juga Timbalan Presiden PAS, antara Mohamad Sabu dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Demikian diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Muktamar Tahunan PAS ke-61, Asmuni Awi pada sidang media di Pejabat Agung PAS di sini, sebentar tadi.


Pencalonan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Sesi 2015-2017

Pengerusi Tetap
1. Hussin Ismail

Timbalan Pengerusi Tetap
1. Ustaz Kamal Ashaari

Pemeriksa Kira-Kira
1. Abdul Syukur Aziz
2. Mohd Najib Ahmad

Presiden
1. Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
2. Ustaz Ahmad Awang

Timbalan Presiden
1. Mohamad Sabu
2. Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

Naib Presiden
1. Datuk Husam Musa
2. Salahuddin Ayub
3. Ustaz Idris Ahmad
4. Datuk Iskandar Abdul Samad
5. Datuk Mahfuz Omar
6. Datuk Mohd Amar Abdullah

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
1. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus
2. Ustaz Abd Ghani Samsudin
3. Abdul Wahid Endut
4. Datuk Abdullah Hussin
5. Dr Abu Bakar Mohamed
6. Aiman Athirah Aljundi (Raj Munni Sabu)
7. Dr Ali Akbar Gulasan
8. Aminolhuda Hassan
9. Datuk Amiruddin Hamzah
10. Apandi Mohamad
11. Dr Azman Ibrahim
12. Azman Shafawi
13. Dr Dzulkefly Ahmad
14. Datuk Dr Fadhli Hasan
15. Dr Fakrudin Fakrurazi
16. Dr Halimah Ali
17. Hanipa Maidin
18. Dr Hatta Md Ramli
19. Kamaruzzaman Muhammad
20. Datuk Dr Khairuddin Aman Razali
21. Khairul Faizi Ahmad Kamil
22. Khalid Samad
23. Lahirul Latigu
24. Zulkifli Mohd Omar
25. Marzuk Shaary
26. Mazlan Aliman
27. Misbahul Munir Masduki
28. Mohd Arif Fiazoul
29. Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin
30. Mohd Noor Mohamad
31. Dr Mohd Zuhdi Marzuki
32. Ustaz Mokhtar Senik
33. Mokhtar Suhaili
34. Dr Muhaimin Sulam
35. Muhamad Sanusi Md Nor
36. Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa
37. Mumtaz Md Nawi
38. Brig. Jen (B) Datuk Najmi Ahmad
39. Datuk Nasruddin Daud
40. Nasruddin Hassan Tantawi
41. Ustaz Nik Zawawi Salleh
42. Nor Azli Musa
43. Normala Sudirman
44. Nuridah Salleh
45. Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob
46. Razman Zakaria
47. Dr Ridhuan Mohd Noor
48. Dr Rosni Adam
49. Dr Siti Mariah Mahmud
50. Solehin Muhyi
51. Taufek Abd Ghani
52. Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad
53. Zaharuddin Mohamad
54. Ustaz Zulkifli Ismail

Pencalonan Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat 2015-2017

Pengerusi Tetap
1. Kamal Ashaari
2. Abdul Latiff Abdul Rahman

Timbalan Pengerusi Tetap
1. Riduan Mohd Noor
2. Ahmad Sabky Yusof

Pemeriksa Kira-Kira
1. Jamel Sering
2. Syahir Hasan

Ketua Pemuda
1. Suhaizan Kaiat
2. Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz

Timbalan Ketua Pemuda
1. Muhammad Khalil Abdul Hadi
2. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob

Naib Ketua Pemuda
1. Khairil Nizam Khirudin
2. Nor Azman Mohamad

Ahli Jawatankuasa Kerja
1. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus
2. Afnan Hamimi Taib Azamudden
3. Ahmad Fadhli Shaari
4. Fadhli Ghani
5. Hishamudin Abdul Karim
6. Izwan Abd Halim
7. Lahirul Latigu
8. Mohammad Arifiriazul Paijo
9. Mohd Azam Abd Samat
10. Mohd Fakhrul Razi Mohd Mokhtar
11. Mohd Hafez Sabri
12. Mohd Hakim Mohd Nor
13. Mohd Hasbie Muda
14. Mohd Nasaie Ismail
15. Mohd Nasir Zakaria
16. Mohd Sany Hamzan
17. Mohd Zawawi Abu Hassan
18. Muhammad Faiz Fadzil
19. Muhammad Hafiz Musa
20. Muhammad Ramlan Mahmood
21. Muhtar Suhaili
22. Nor Azariza Alawi
23. Nurul Islam Mohamed Yusof
24. Ramadhan Elias
25. Syahir Che Sulaiman
26. Syarhan Humaizi Abdul Halim
27. Syed Abdul Kadir Al-Joofree


Pencalonan Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat Sesi 2015-2017

Pengerusi Tetap
1. Norhashimah Deraman
2. Faizah Ismail

Timbalan Pengerusi Tetap
1. Nor Azlin Md Shamsudin
2. Fauziah Bidin

Pemeriksa Kira-Kira
1. Basmatul Uyun Yusof
2. Siti Nor Fathiah Daud
3. Normilan Mamat
4. Wan Hasna Wan Ismail
5. Zakiah Tukirin

Ketua Dewan Muslimat
1. Siti Zailah Mohd Yusoff
2. Nuridah Salleh

Timbalan Ketua Muslimat
1. Dr Siti Mariah Mahmud
2. Dr Rosni Adam

Naib Ketua
1. Mumtaz Md Nawi
2. Salamiah Mohd Noor

Ahli Jawatankuasa
1. Aida Yusof Rawa
2. Aiman Athirah Al Jundi (Raj Munni Sabu)
3. Dr Asiah Ali
4. Aziah Saad
5. Dr Che Faridah Ismail
6. Fareedah Samad
7. Dr Halimah Ali Abdullah
8. Hamidah Wan Daud
9. Husna Hashim
10. Ilvira Mohd Dasuki
11. Kartini Ahmad
12. Khairiah Mohamad
13. Mariam Rashid
14. Mastura Mohamad
15. Dr Najihatussalehah Ahmad
16. Noor Hanim Ismail
17. Noorshina Mamat Noor
18. Noraini Hussin
19. Norhayati Bidin
20. Normala Sudirman
21. Rohani Ibrahim
22. Datuk Siti Aishah Ghazali
23. Siti Murshidah Ramly
24. Sofea Zakaria
25. Dr Uyun Abd Malek
26. Dr Uzaimah Ibrahim
27. Dr Wahibah Tahir
28. Wan Hasrina Wan Hassan
-HD




6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...



.

Kekalkan kedua-dua penyandang Naib Presiden, Husam dan Salahuddin. Mereka berdua mampu menuteralise kan situasi.

Kekalkan semua penyandang Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat. Rekod Jawatankuasa masih bertahan. Memuaskan. Tak teruk sangat.

Jika Presiden Hj Hadi maka Naib Presiden mestilah pilih Tuan Ibrahim. Tak boleh gandingkan Ustad Ahmad Awang dengan Tuan Ibrahim. Seperti Hj Hadi, Tuan Ibrahim condong ke UG.

Jika Ustad Ahmad Awang dan Mat Sabu di pilih PAS kekal dalam perjuangan nya selama ini. Jika Hj Hadi menang dan Tuan Ibrahim di pilih, PAS bukan seperti sekarang tetapi PAS kembali zaman nostagia. Kilauan Emas. Retro. Orang menderita sakit suka kembali ke zaman silam. Teringin sangat pergi ke tempat yang dia jatuh dulu. Dan situ juga lah dia akan terjatuh sekali lagi kerana tengelam dalam kenang-kenangan.

Apa tujuan Hj Hadi menyebut Kerajaan Perpaduan yang melibatkan TGNA Anwar baru-baru ini? Mengapa Hudud tiba-tiba di bangkitkan semula ?

Kini timun di tangan perwakilan dan pisau pun di tangan perwakilan. Jangan ikut suka sebab timun bukan sekadar untuk di makan begitu sahaja tetapi menjadi hiasan pada sajian dalam hidangan.

Kepada Allah kita kembalikan.

D'BETA berkata...

Presiden AA
Timb MS
Naib HM, SA, MO
Ket Pemuda SK

Tanpa Nama berkata...

Empat jawatan utama iaitu Presiden, Timbalan Presiden, Ketua Pemuda dan Timbalan Ketua Pemuda macam pertandingan antara kepimpinan yang tumbuh dalam lingkungan Melayu dengan lingkungan Malaysia.

TGHH, DTITM,Nik Abduh, dan Khalil adalah dari Pantai Timur. Lahir dan membesar dalam kalangan majoriti Melalyu.

Ini berbanding dengan Mohd Sabu, Suhaizan, Ustaz Ahmad Awang dan Raja Ahmad Al His yang lahir dan membesar dalam kalangan penduduk yang lebih mewakili citra Malaysia. Pelbagai kaum dan di Pantai Barat.

Pertandingan ini juga melihatkan pertembungan antara pemimpin yang lahir daripada kalangan aktivis dengan yang datang daripada saf kepimpinan dewan ulama'.

Begitu juga dalam pemilihan kali ini, calon Presiden, Pemuda dan Jawatankuasa Kuasa mempunyai pertalian keluarga (TGHH, Zaharudin dan Khalil, Nik Mohd Abduh & Tuan Ibrahim Tuan Man).

Tanpa Nama berkata...

ada blogger kemukakan persoalan:

KENAPA SATU NAMA BERTANDING DUA JAWATAN? KENAPA NAK PEGANG LEBIH DARI SATU JAWATAN?

mohd shahran berkata...

yang penting keluarkan ketua tolol HA DAN ANAK2 TOLOL

Tanpa Nama berkata...

Mokhtar Senik......manyak bahaya wooo