5 Mei 2015

PRK Rompin Ujian Besar Untuk TITM Sebagai Calon Timb Presiden PAS


Proses mengundi PRK Rompin bermula

Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin bermula pada jam 8 pagi ini dengan pengundi berkumpul di semua 38 pusat pengundian.

Pengundi mula berkumpul di perkarangan pusat mengundi sekitar jam 7 pagi dan anggota polis dilihat mengawal lalu lintas bagi melancarkan perjalanan proses pengundian.

Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Arifin dijadualkan mengundi di Sekolah Kebangsaan Leban Condong, manakala calon PAS, Nazri Ahmad akan mengundi di Sekolah Agama Rakyat Felda Keratong 5, di Muadzam Shah.

PRK Rompin, pilihan raya kecil yang ke-9 selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Mei 2013 diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis yang terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas.

Jamaluddin menang pada PRU13 mengekalkan kerusinya bagi penggal ke-6 selepas mengalahkan bekas Ketua Dewan Muslimat PAS Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.

Parlimen Rompin mempunyai 53,294 pengundi berdaftar terdiri daripada 52,744 pengundi biasa, 545 pengundi awal dan lima pengundi tidak hadir kerana berada di luar negara.

Pengundian awal diadakan pada 30 April lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan PRK Rompin akan diumumkan sekitar jam 11 malam, kerana keluasan kawasan yang besar dan sesetengah kawasan memerlukan perjalanan 2 hingga 3 jam untuk menghantar peti undi ke pusat penjumlahan undi.

SPR akan mengumumkan keputusan penuh PRK Rompin di pusat penjumlahan undi, Dewan Jubli Perak, Sultan Ahmad Shah. -TMI

ULASAN GB

Seperti ynag GB ulaskan sebelum ini, dua pilihanraya kecil yang berlansung minggu ini, Rompin dan Permatang Pauh, menguji dua orang kuat PAS yang bertanding jawatan Timbalan Presiden. Tuan Ibrahim sebagai pengarah pilihan raya kecil Rompin dan Mohamad Sabu sebagai Pengarah PRK Permatang Pauh. Kedua-duanya adalah calon Timbalan Presiden PAS di dalam pemilihan tahun i ni.

Seandainya PAS menang di Rompin, Mohamad Sabu bolehlah menarik diri dari bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS. Kerana dengan kemenangan itu bererti Tuan Ibrahim Tuan Man adalah orang yang paling layak ditabalkan sebagai Timbalan Presiden PAS. Ia juga bererti Tuan Ibrahim mampu melonjak PAS jauh ke depan di persada politik negara.

Tetapi jika PAS kalah di Rompin apatah lagi jika majoritinya menurun bererti Tuan Ibrahim berhadapan dengan laluan sukar untuk memenangi jawatan Timabalan Presiden kerana perwakilan akan mempersoalkan keupayaannya untuk memikul amanah membawa kemenangan kepada PAS di pentas politik tanahair.

Begitulah juga dengan keadaan Mohamad Sabu di Permatang Pauh. Walaupun itu kerusi PR, namun kememangan belum tentu berpihak kepada calon PKR akibat dari menerima perbuatan sabotaj dari parti PAS sendiri terutama dari kumpulan yang tidak suka Mohamad Sabu dan tidak suka kepada PKR dan DAP. Tugas lebih berat dipikul oleh Mohamad Sabu untuk sekurang-kurangnya mengekalkan majoriti yang diperolehi oleh Anwar Ibrahim di Permatang Pauh sebelum ini, tidak boleh kurang dari itu. Jika tidak, perwakilan Muktamar PAS Jun nanti akan menilai Mohamad Sabu telah gagal dan justeru itu tidak layak untuk menjadi Timbalan Presiden PAS.

Sama-sama kita nantikan keputusannya...

10 ulasan:

Unknown berkata...

Sebenarnya kita boleh membuka luas lagi perkara2 utk menilai mereka berdua ni..

Utk Muktamar,kita kena mengambil keseluruhan jasa2 mereka di peringkat nasional dan tempatan. bukan sekadar menilai mereka di satu tempat,pilihan raya kecil shj.

Memandangkan di Rompin Pas tidak mengalami gangguan boikot. Tidak seperti di permatang pauh.

Untuk Muktamar, my choice still Abg Besar Mat Sabu.

Tanpa Nama berkata...

Disini simple calc dan harapan dan doa ..
PRK Rompin .. team Pro pakatan berharap pas kalah teruk disana dan UG moral akan rendah..
atau Pro pr neutral [bersangkabaik]
begitu di PRK PP..
sudah tentu Juak UG berharap/doa PKR kalah atau kurang teruk majority
senang juak ini akan kempen saat akhir june ini..
bias2 ini sudah ada pulauan drp PP pas..

so ..
Jika Team parti bergelar pejuang Islam bersangka buruk satu sama lain dan memenangkan BN parti yg zalim ..
moral sini .. all Bullshit utk parti politic konon pejuang Islam dgn redha kalah pd BN penzalim ini.
tungguu aje..

IrWrWs berkata...

"Bermula daripada pilihanraya 2008, saya (Nasaruddin Mat Isa) usahakan atas keputusan Majlis Syura Ulama PAS Pusat yang bermesyuarat pada 28b April 2008, yang memutuskan selepas satu kajian dibuat tentang lanskap politik , selepas daripada 2008 satu bulan satu kajian dibuat, keperluan kepada PAS ketika itu, untuk mengadakan perbincangan dan sesi dialog dengan mana-mana parti politik , usaha dalam usaha untuk memperkukuh kedudukan Islam dan Melayu dalam Negara kita"

X de satu pun perkataan perpaduan.. dia ni je yg memandai tambah2 termasuk perkataan UG.. mmg tepat pas tendang dia ke tepi.. hassan ali sampai ditendang ke luar.. Kini pas sudah pun kembali kuat dan akan bertambah kuat x lama lg bila pas dpt tendang plk puak2 pasma..
Kami golongan majoriti sentiasa bersamamu TGHH !!

mohamad berkata...

jgn kecil dgn skop hujah, menilaikan seseorng dgn pemilihan kuasa pengundi.
lebih lagi dgn sikap pengundi yg ibarat lalang d tiup angin. sehebat mana pun, blum boleh tentukan arus hk memilih

Malaysiabaru berkata...

Letak jawatan Tuan Ibrahim Tuan Man!!!

Sampai bila kita nak ada timb presideng yg selalu kalah ?

Tanpa Nama berkata...

TITM tidak layak langsung untuk nk jadi Timb. Presiden. Xder karisma. Popularity jauh lebih rendah dari Abang Mat.

Pliss ler, Abang Mat mesti dikekalkan di tapak no. 2 PAS.

Tanpa Nama berkata...

Siapa golongan majoriti.....puluh tahun berjuang asyik kalah memanjang...majoriti apa itu... UMNO lah golongan majoriti...pas asyik mengutuk saja....sunnah apa itu... penuh dengan penyakit hati

Tanpa Nama berkata...

Orang Orang MELAYU PAS mesti pakai Otak tuk ber fikir

Apakah orang lemah wajar jadi Pemimpin?

BAHALOL lagi layak jadi pemimpin????

Ini ajaran NABI SAW ke ????


Yang GAGAL harus undur untuk kemajuan bangsa agama dan PAS

Tanpa Nama berkata...

Salam Wan Rosli

Bila kenyataan tersebut di dedahkan oleh Nasar? Tahun 2008 ? Tolong dedahkan hasil kajian sekali dan masuk kan sebab apa Nasar kena tindakan disiplin sekali

'Mana mana parti politik' tu boleh tak jelaskan parti mana yang boleh memperkukuh kedudukan Islam dan Melayu dalam Negara kita ini

IrWrWs berkata...

Malaysiabaru br sedar dr lamunan ke.. belum jd Timb. Presiden macamana nk letak jawatan.

Wassalam anon 11 30 pm.. ust nasa tidak pernah dikenakan tindakan disiplin mcm hassan ali.. beliau cuma dipinggirkan.. maaf sy x de details pasal kajian tuh..
Pada perkiraan saya parti yg boleh memperkukuhkan kedudukan islam dan melayu adalah didahului oleh pas kemudian umno kemudian pkr....