5 Mei 2015

Apa Mahu Jadi? Pemilihan PAS Semakin Kotor ...


Muktamar Pemuda: Masa untuk 'menghina'?

Bahang 'perang' menjelang muktamar PAS bulan depan semakin panas apabila senarai rasmi diumumkan Ketua Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi hari ini.

Tanpa pengumuman rasmi dibuat mengenai pertembungan kumpulan proulama dan bukan ulama, pola pencalonan yang dibuat seluruh PAS kawasan setakat ini menunjukkan ia semakin tidak terkawal.

Untuk Pemuda PAS misalnya, ketuanya Suhaizan Kaiat turut dicalonkan sebagai pemeriksa kira-kira - suatu langkah yang sebenarnya boleh dianggap menghina atau sekurang-kurangnya tidak serius.

Turut dicalonkan untuk jawatan itu ialah menantu Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Zaharuddin Mohamad yang lantang dalam gerakan 'mempertahankan' kumpulan ulama, serta 'sekutunya' yang juga Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah.

Mohd Yusni baru-baru ini menjadi perhatian kerana berkeras enggan menggerakkan anggotanya membantu PKR dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Nama Suhaizan turut dicalonkan sebagai Timbalan Pengerusi Tetap bersama bekas Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan.

Dalam perkembangan sama, perwakilan di peringkat kawasan juga menunjukkan kecenderungan membawa semula Nik Abduh Nik Abdul Aziz ke dalam Pemuda PAS.

Berdasarkan senarai yang diedarkan hari ini, nama Nik Abduh dicalonkan untuk bertanding bagi jawatan ketua pemuda bersama anak Abdul Hadi, Muhammad Khalil (kini naib ketua kepada Suhaizan).

Nik Abduh - memenangi kerusi parlimen Pasir Mas dalam pilihan raya umum ke-13 lalu - adalah Naib Ketua Pemuda PAS ketika sayap itu diketuai Nasrudin bagi sesi 2011 - 2013.

Sementara itu ketika dihubungi Malaysiakini, Suhaizan berkata, dia tidak berasa apa-apa dengan pencalonan namanya sebagai pemeriksa kira-kira.

"Sebelum ini pun ada juga ulama atau pemimpin atasan yang dicalonkan untuk jawatan seperti itu," katanya.

Suhaizan berkata, antara tokoh utama PAS yang dicalonkan sebagai pemeriksa kira-kira ialah Datuk Husam Musa, Ahmad Awang dan Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik.

Mengenai percaturannya dalam pemilihan bulan depan, Suhaizan masih enggan mendedahkan sebarang keputusan, kecuali mengesahkan hanya akan bertanding untuk satu jawatan saja.

"Tunggulah, nanti saya akan umumkan," katanya.

Bagi Dewan Muslimat PAS pula, bekas ketua sebelum ini, Nuridah Salleh cuba dibawa masuk untuk mencabar penyandang Siti Zailah Mohd Yusoff. -mk

8 ulasan:

Unknown berkata...

Muktamar pemuda memang akan jadi huru-hara punyer..sebelum ini pemuda punyer kes pun, presiden buat bodoh aje..

Budak2 muda baru belajar main politik dan hidup mewah...pijak kapla org tua pun halal.

Tanpa Nama berkata...

Kita sekarang tak heran sekiranya pemilihan Pas semakin kotor,yang kita heran sekiranya pemlihan Pas semakin bersih sebersih salju.Sebab dari peminpin atasan dalam golongan ulamrmak wajahnya menampakan hatinya yang membenci sesama rakan.mereka lebih senang dengan musuh.Pas berkhalwat dalam kelambu dengan Umno.pergi mampus dengan PAS .Ptuiiiiiii.

Tanpa Nama berkata...

Pemilihan kali ini akan lebih kotor kerana desakan pembentukan UG dari golongan Serban putih.Kalau sudah setengah abad berjuang bermati-matian tetiba membuat pusingan U,nak bersama dgn UMN@ apa ke jadahnya? Lebih baik PAS dari dulu tak payah masuk bertanding, biar jadi mcm Al Arkam atau Kumpulan Tabligh. Buat apa susah2 masuk bertanding kalau tidak mengharapkan kemenangan? Kalau sudah hampir ke penghujung kemenagan tetiba nak berdamai semula? Pernahkan PAS terfikir semasa zaman Dato Fazil Noor dahulu? Ada sesiapa pandang PAS? Ada sesiapa yg sanggup berkerjasama dgn PAS? Jangan harap lah!! Bukan kah golongan akademik seperti Mat Sabu, Husam, Mujahid, Ustz Fazil Noor dan rakan2 yg seangkatan akademik yang selama ini yg bertungkus lumus menaikkan nama PAS dan memertabatkan Ulamak2? Manakah Ulamak Pas pada ketika itu? Manakah Nik Abduh? Manakah Ustz Harun Din? Dimanakah Ustz Nasrudin semasa itu? Selepas era Pas bangun semula, mulalah timbul golongan kononnya berjuang bersama-sama PAS? pandai pulak membuat kritikan dan bidasan-bidasan terhadap UMN@, nak tunjukkan mereka juga benci UMN@.
Nah!! Sekarang, pandai-pandai pulak nak buat Unity pulak?? Hoii? Siapa kamu? Cerita ini tak habis kesitu shj, dah nak masuk bulan Jun, sibuk pulak pemilihan Pucuk pimpinan Pas, so akan bertambahlah lagi lah kekotoran yg terpalit dalam Muktamar nanti. Kenapa? Semata-mata untuk mengatur dan memenangkan golongan Serban ini yg semua kita tahu, rata-rata golongan ini mendominasi jawatan didalam PAS.
Dulu Pati Lebai, sekarang Parti Serban.

Lebai Burger.

Tanpa Nama berkata...

Biar kotor sekotornya. Baru jumpa yang bersih.

Pemilihan pemimpin zaman Islam dahulu pun hangat. Ada juga kerja kotor. Tapi yang ikhlas akan menang dan Islam terus bersinar.

Tanpa Nama berkata...

Selah pkr jugs

Sapa suruh bagi berpuloh rib gaji kpd menantu hadi?

Tanpa Nama berkata...

Biarkan mereka terjun dgn labu2nya....lepas tu lemas sendiri...

Tanpa Nama berkata...

PAS menjadi Parti Angkot Sampah bila semua pemimpin muda tua mula menongkat langit dengan jaja jaja agama tuk dapat jawatan dan kedudukan.

Tanpa Nama berkata...

Dlm pemuda pas sudah ade lama Ustaz2 umno yg belakon jdi ustaz pas utk merosakan parti.. Cuma org pas yg bdoh... Pecaya pd lebai2 ni..