22 Mei 2015

Mujahid: "Senang-senang Tuduh Orang Liberal, Anti-Ulama..."


Anak bekas presiden PAS bimbang jika Nik Abduh menang ketua Pemuda

Kemenangan Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz dalam persaingan ketua pemuda dibimbangi akan merencatkan agenda pembaharuan sayap itu, kata anak kepada bekas Presiden PAS Datuk Fadzil Noor.

Faiz Fadzil yang juga bertanding merebut jawatan ahli jawatankuasa Pemuda PAS Pusat dalam pemilihan parti kali ini bimbang kenyataan yang dikeluarkan Nik Abduh sebelum ini akan menghalang agenda pembaharuan parti.

“Saya risau kalau betul kenyataan dia semalam, dia kata hudud boleh buat di Kelantan tapi bukan di Malaysia.

“Saya risau kalau pemimpin macam ini, apa yang dia nak bawa? Kalau saya nak reform Pemuda, saya takut tak boleh nak reform sebab ketua pun tak tau apa nak buat,” katanya menerusi forum "Masa Depan PAS Pasca Muktamar" yang diadakan di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur malam tadi.

Beliau berkata, pembaharuan hanya dapat dilakukan kepada mereka yang bersedia untuk berubah dan disokong oleh pimpinan lain.

Nik Abduh sebelum ini sering kali mengkritik parti-parti komponen lain Pakatan Rakyat (PR) secara terbuka terutamanya DAP dalam isu hudud Kelantan.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menyelar golongan ustaz muda yang tidak hormat kepada pemimpin kanan dalam parti.

Katanya, golongan berkenaan dengan mudah menuduh kelompok dalam PAS sebagai liberal dan anti ulama sedangkan masih tidak memahami landskap perjuangan parti.

“Yang baru masuk PAS 2,3 hari, bercakap macam masuk PAS dah 20 tahun. Tak hormat dekat orang tua, orang lama. Macam la mereka dah kenal PAS lebih awal daripada kita.

“Tandatangan borang pun tak kering lagi ni, dah mencabar orang tak betul. Ini ustaz-ustaz muda ini yang balik dari Mesir. Tak hormat langsung ulama-ulama yang dah ada di sini.

“Senang kata dekat orang liberal, anti ulama. Apa ini? Baru balik 2,3 hari. Belajarlah dulu. Kami belajar dari bawah, bertatih daripada cawangan naik kepada kawasan dan negeri,” katanya yang turut menjadi panel dalam forum berkenaan.

Senada dengan Mujahid, Faiz berkata apa yang dibimbangkan adalah golongan ustaz muda yang akan membawa PAS ke jalan yang terpesong.

Katanya, insiden demonstrasi di depan Pejabat Agung PAS memberikan imej yang buruk kepada parti sekali gus memberi mesej yang salah terhadap agenda perjuangan parti.

“Yang kita bimbang ustaz muda bawa parti ke jalan terpesong. PAS boleh dibawa ke jalan terpesong menjadi ekstrem bila saya tengok beberapa orang buat demonstrasi di hadapan Pejabat Agung.

“Ini budaya samseng. Kalau kamu handal sangat, ada prinsip, buatlah demonstrasi di depan PWTC. Kenapa depan pejabat agung? Depan pejabat sendiri, melalak dalam rumah sendiri,” katanya.

Pada Februari lalu, sekumpulan Pemuda dan Ulama PAS dipimpin Ketua Pemuda PAS Kuantan Noorzazilafadli Ibrahim dan disertai Ketua Ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik berdemonstrasi di pintu masuk Pejabat Agung PAS.

Mereka menaikkan kertas pemidang menuduh ketua pengarah pilihan raya PAS Dr Hatta Ramli sebagai dalang konspirasi menggulingkan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Turut dituduh ialah Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Naib Presiden Datuk Husam Musa dan Ketua Penerangan Dewan Muslimat Aiman Athirah al-Jundi.

Dalam memorandum yang disampaikan, mereka mendakwa lebih separuh daripada AJK PAS tidak menyokong Hadi. -TMI.


ULASAN GB

Begitulah juga dengan Tuan Presiden PAS, senang-senang tuduh orang broker, barua dan tolol....

Sungguh terdesak sangat dan sungguh pelahap sangat untuk berkuasa kumpulan pro-UG ni....

Kesemua tuduhan seperti liberal, anti-ulama, broker, barua, tolol, jebon akan kembali kepada si penuduhnya.... kerana demikialah hukum kebenaran dan keadilan berjalan...

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

.

Gila ke apa Anak Nik Aziz ini. Sejak bila Kelantan bukan sebahagian dari Malaysia?

Nak harap Najib buat, tak payah memang lah tak akan terjadi sebab yang bentang hudud ialah MB@Kerajaan Negeri. Kalau Kelantan dah bersedia Johor Kedah Perlis 10 kali bersedia dari Kelantan kalau dibanding kemajuan negeri. Apa lagi masalah banjir masih lagi memberi kesan kepada rakyat Kelantan.

Hudud yang memberi kebaikan pada Islam seperti yang kau sendiri kata kau tentang. Yang 1MDB Songlap duit TH GST kau sokong.

Boleh ke bila seseorang pemimpin Islam bergelar Haji dan 'Berjiwa Besar' serta PM kepada rakyat khusus ahli UMNO yang semua nya melayu beragama Islam bentang hudud, lalu kita tentang, kata tak boleh? Tak kan pemimpin Kelantan saja yang nak masuk Syurga. Ahli ahli UMNO negeri lain pun nak ikut ahli UMNO Kelantan masuk Syurga.

Soal nya bukan menghapuskan kemiskinan tetapi bagaimana untuk membantu yang miskin.

Jadi ada dua versi hudud. Satu Hak Kelantan. Satu Hak Allah untuk semua mengikut syarat-syarat yang dihuraikan oleh Ulama tersohor.

Kepada Allah kita kembalikan.

Anti Fitnah berkata...

Seperti mana yang saya katakan dahulu. Presiden PAS hanya manusia biasa, begitu juga dengan ustaz muda seperti Nik Abduh, Mokhtar Senik, ... Tidak dinafikan bahawa mereka memang (mungkin) tinggi ilmu agama di dalam dada depa tapi dalam politik, mereka ni mentah macam bayi yang baru dilahirkan. Kita tahu dalam sejarah Islam, kita belajar bagaimana Nabi Muhammad saw menjalankan tugas baginda sebagai pendakwah, penceramah, contoh bagi kawan dan lawan, ... malahan bertindak sebagai ahli politik yang tinggi integriti. Nabi Muhammad saw tidak pernah sekali pun melabel musuhnya dengan gelaran yang menjijikkan, apatah lagi terhadap sahabat sendiri.
Ilmu agama yang ada pada ustaz, kita pun tak tahu depa belajar dari mana? Buku? Penghayatan? ... Kalau kata depa belajar dari sejarah Nabi Muhammad dan para sahabat, ini telah menjadi penghinaan kepada Nabi Muhammad dan para sahabat. Keadilan tidak ditegakkan malahan membenarkan kezaliman terus berleluasa semata-mata mementingkan KEBANGSAAN yang mana amat dilarang dalam Islam. Kalau begitu penting KEBANGSAAN, kenapa depa "begitu bermati-matian" nak menegakkan HUDUD pulak? Bukankah itu sifat manusia munafik? Berjuang suatu yang dilarang dan pada masa yang sama, cuba jadi malaikat pulak? Bolehkah setan duduk dalam syurga dan pada masa yang sama, malaikat duduk dalam neraka?
Melayu ... Melayu ... Melayu ... Janganlah hangpa terperdaya dengan manusia berjiwa setan yang berserban tinggi? Kalaulah benar mereka tu ulama, sudah tentu mereka tidak akan memperjuangkan semangat KEBANGSAAN. Ulama sebenar hanya memperjuangkan keadilan sejagat. Inilah ulama "Melayu" yang memalukan Islam malahan memburukkan imej Islam. Saya tidak salahkan depa ni sebab setan memang suka menghasut manusia TAPI bila dah peringkat tak mampu membezakan yang HAK dan BATHIL, ....... Fikir sendirilah. Lupakan keturunan hang sebab ianya tidak membantu semasa di akhirat nanti.

Tanpa Nama berkata...

Kawanan dengan Presiden TOLOL sudah ikut mentaliti Presiden jugak

Buat malu nama Nik Aziz Arwah saja

Malaysiabaru berkata...

Ada jugak Anak Nik Ajis yg terpesong?

Kesian

Tontontvi hellfire . Din ayam. Yusni jaafar mat piah.

APA DAH JADI DGN ANAK MUDA SEKARANG

ustaz bunuh tunang ... Ustaz liwat pelajar rahfiz ... Ustaz bagi ajaran sesat ayoh hadi Ping...

Malaysia boleh!

Abootarbus berkata...

Hj hadi dah sampai level maksom, ostat yg lain dah hampir level wali........ Mencarik adat, sebab tu diorang tak beradat@ beradap. Ilmu apa yg diorang ada? Sy yakin diakhirah nanti mereka ini akan disoal dulu kerana mengambil sebahagian quran utk kepentingan diri....... Menjual agama.

Tanpa Nama berkata...

Sekiranya kerajaan mahu melaksanakan hudud di Malaysia dalam masa terdekat, Nik Abduh Nik Aziz menjadi orang pertama tidak bersetuju.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu memberitahu, sekiranya secara tiba-tiba Perdana Menteri mahu berbuat demikian, ia bukan masa sesuai.

"Jika di Parlimen, YAB Pekan kata mahu laksanakan hudud di Malaysia pada tahun 2016, saya orang pertama bangun menentang," ujarnya pada Forum Israk Mikraj Menyingkap Keadilan Perundangan Islam di Masjid Al Azim, Pandan Indah malam tadi.

Hudud PAS ini bkn Hudud Allah. Ini hudud politik cari makan pak2 lebai malang dan ostad2 duniawi.

Boleh pulak hudud dipinda2, dibuat separuh2, berpilih2, ditangguh2 ikut suka ati tok nenek dia.

Kalo org bkn dari golongan ulamak atau ustaz yg cakap spt Nik Abduh gerenti dilabel kufur,terpesong akidah. Maki hamun dah tentu punya. Bila berhujah tak pandai.. kaedah melabel, menggugut dan menfitnah yg digunapakai puak ular dlm semak nih. Sungguh memalukan akhlak si penjual agama.

Tanpa Nama berkata...

.

Tak tahu lah apa tafsiran Abduh tentang 'belum bersedia'. Mungkin sekiranya MB dan PM semua dari kalangan ulama baru di tafsir 'sudah bersedia'. Masalah jugak sebab tujuan pro ulamak bertanding pilihanraya bukan untuk menang.

Dalam UMNO ada ulama. Dalam Kerajaan ada mufti ada Majlis Fatwa. Dan setelah mendapat pandangan dan nasihat Najib pun nak buat hudud. Tiba-tiba Abduh tolak dan tentang. Hebat betul Abduh !

Tanpa Nama berkata...

Jika Hj Hadi dan geng UG menang lagi dlm muktamar nanti, maka hanya satu yg aku nak ucapkan "selamat tinggal PAS...."

Tanpa Nama berkata...

Untuk kelangsungan PAS di hari muka, maka eloklah Hj. Hadi dikalahkan dalam pemilihan nanti.