9 Mei 2015

Adik Noh Omar Diburu Polis Sabit Kes Tembak


Kes Tembak: Adik Noh Omar Larikan Diri Selepas Diburu Polis

KOTA KINABALU: Adik lelaki kepada Bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar yang diletakkan dalam senarai paling dikehendaki berhubung kes tembak seorang lelaki telah melarikan diri dari kediaman keluarganya.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M.Chandra berkata rumah suspek ditinggalkan kosong.

"Tidak ada seorang pun di rumah. Dia telah melarikan diri bersama keluarganya selepas kejadian itu," katanya ketika dihubungi, Jumaat.

Lelaki berusia 43 tahun itu, yang dikenali sebagai Mat Malaya, telah digambarkan sebagai bersenjata dan berbahaya selepas menembak seorang pembantu mekanik pembantu selepas pergaduhan pada Rabu.

Lelaki terbabit, dari Selangor, yang sebelum ini didakwa atas kesalahan mengedar dadah pada tahun 2007, diburu selepas kejadian pada 2.30 petang.

Polis sedang memantau pintu keluar utama di negeri ini.

"Sila maklumkan balai polis yang terdekat jika anda tahu tentang suspek," kata Chandra. -mstar


KES TEMBAK DI INANAM SABAH ... POLIS SEDANG BURU ADIK NOH OMAR.

Polis Sabah secara terbuka memohon bantuan orang ramai untuk jejak sehingga tertangkap adik kepada bekas Menteri Pertanian dan Indusrti Asas Tani dan Pengerusi Perhunungan UMNO Negeri Selangor, Dato' Seri Noh Omar, Mohd. Jusnaidi Omar, atau lebih dikenali sebagai Mat Malaya, 43 tahun, kerana terlibat dalam kes tembak percubaan bunuh di Inanam Sabah Rabu kelmarin.

Suspek pernah dihadapkan ke Mahkamah Tinggi atas tuduhan mengedar 1,088 gram ganja dan 35 gram syabu di bawah Seksyen 39B(1)(c) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan 12(2) Akta yang sama di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Tanjung Aru, pada pukul 10 pagi, 20 Mei 2007 tetapi telah dilepas dan dibebaskan setelah dipanggil membela diri.

Polis sedang memburu seorang lelaki berumur 43 tahun yang menghilangkan diri selepas menembak dan mencederakan betis seorang pembantu mekanik lelaki berumur 36 tahun, di sebuah bengkel membaiki penghawa dingin kenderaan di Jalan Tuaran, petang semalam.

Pesuruhjaya Polis Sabah Dato’ Jalaluddin Abdul Rahman berkata suspek yang beralamat di Shah Alam, Selangor, disyaki melepaskan tiga das tembakan menggunakan sepucuk pistol ketika bergelut dengan mangsa di bengkel tersebut dalam kejadian 2.30 petang itu.

"Semasa pergelutan itu, suspek mengeluarkan sepucuk pistol dari beg kecil dan mengacukan pistol tersebut kepada pengadu. Pengadu cuba menghalang, namun suspek sempat melepaskan tiga das tembakan dan satu daripadanya menembusi betis kanan pengadu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata sebutir peluru turut dijumpai di luar bengkel berkenaan dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu.

Jalaluddin berkata pemeriksaan ke atas sebuah kereta ditinggalkan suspek di luar bengkel berkenaan membawa kepada penemuan topeng hitam, satu plastik mengandungi kristal lut sinar disyaki syabu dan alat penimbang elektronik dipercayai digunakan untuk menimbang syabu di dalam kenderaan tersebut.

Beliau berkata kesemua barangan berkenaan telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa.

"Usaha mengesan suspek masih dijalankan. Bantuan daripada polis daerah dan jabatan luar akan diperoleh bagi melancarkan siasatan," katanya.


14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hukum gantung sampai mampos aje setan macam tu. Hidup pun tak bagi faedah kpd agama & negara

abuamir berkata...

Penyamun & penyangak selamat dibawah lindungan umno. Kalau ikutkan kes dadah sebelum ni memang dah ketali gantunglah jawabnya. Tetapi dgn kuasa yg ada pd abangnya selamat sementara, skg nak tutup macam mana lagi. noh omar bila nak tawan selangor & jadi MB? Muka tak tahu malu, adik penjenayah besar pun nak cover.Muka tampal kulit babi 14 inci sebab tu bebal.

Salah tetap salah, kenapa nak cover? umno pembela penjenayah selamanya..............

Tanpa Nama berkata...

Adik Noh Omar ini keluarga Kaya Ber Gaya tok sah risau risau.

Duit Tabung Haji hilsng tu kena risau

Jangan2 ada mainan suroh buat berita kecoh Rakyat lupa LAHANAT kebas duit Hajeee atau Haji

Eh!

Ada Lembaga Hitam jaga Tabung Haji pulak.


Ada BON BON ke ?????

BotakGopeng berkata...

Aku setuju dengan kata-kata GB...Hukum Kebenaran Tetap Berjalan !
Walaupun Mat Malaya ni adik Noh jangan la babitkan Noh sebab dia bukan jaga adik dia, semua tau yang dia ni jaga UDANG sahaja!

Tanpa Nama berkata...

.

Dah kesalahan dulu lepas Kali ini lepas jugak

Mangsa yang kena tembak bukan tak kenal suspek dan bukan mulut yang kena tembak tapi suspek sempat melarikan diri

Mustahil polis terlepas pandang sebab suspek mempunyai kesalahan dadah lampau Jika dadah masih di jual orang orang yang mempunyai rekod ini lah yang di awasi oleh polis seperti kes Benjy

Kepada Allah kita serahkan

Malaysiabaru berkata...

Ada sapa boleh tanya Non Omar

Aku nk order udang babee merah 100kg dari kawan baik ali baba cinapek tanjung Karang di tanah milik kerajaan yg dia rembat

Minggu depan nk order ketum 100kg yg jenis ketam boleh jalan lurus dari adiknya...

Kalau takde takpee lah... Mungkin nk kena tanya Najib..

Tanpa Nama berkata...

senang je tangkap abang dia dulu, nanti adik dia keluar la.

Tanpa Nama berkata...

Kesian......
Udang dan ketam yg tak bersalah pun ikut busuk nama sbb dikaitkan dgn noh

Malaysiabaru berkata...

Ini ketum jenis LAKLOK punya .... Sabah famous udang dan ketam.. Benih import tanjung Karang mariiii... Menteri pertanian konon..

Tanpa Nama berkata...

lepas ni aku rasa mulut noh omar berlapiklah sikit kat parlimen kalau tak macam dia yg hero umno....hahaha

Tanpa Nama berkata...

Tak ada beza dua adik beradik ini

muka pun sama

Kalau adik ada pistol tak mustahil abang pun ada pistol

cuma tu lah satu jual dadah satu jual udang

Tanpa Nama berkata...

Tak lama lagi keluar kenyataan....kes ini dah selesai dgn cara baik

Tanpa Nama berkata...

Hukum Pengurusan Tabung Haji:
Jika anda berfikir ada pihak yang akan menghukum Pengurusan TH, anda silap. Kita yang harus menghukum mereka. Saya dan anda. Bagaimana? Beraturlah. Jangan pegang sepanduk, jangan bersuara, jangan marah, jangan maki. Hanya bawa buku pelaburan. Pindahkan caruman anda ke institusi kewangan yang lain. Saya cadangkan Permodalan Nasional Berhad (PNB) atau mana-mana institusi kewangan yang menawarkan produk atau pelaburan yang mematuhi sistem perbankan Islam.

Ini harus berterusan sehingga pengerusi dan ahli lembaga pengarah yang terlibat meletak jawatan. Jika anda mengeluarkan semua wang anda, mereka tiada pillihan, selain daripada melepaskan jawantan mereka. Ini adalah hukuman kepada TH dan amaran kepada yang lain.

Tanpa Nama berkata...

Biarlah undang yang lunaskan bkn kata2 yang x baik pada keluarganya plak