16 Mei 2015

[BERGAMBAR] KIsah Sebenar Pemandu Bas Tinggalkan Budak Tahfiz Tepi Jalan


Tindakan seorang pemandu bas meninggalkan anak-anak tahfiz di tepi jalan hanya kerana sebab yang tidak masuk akal, mengundang kemarahan orang ramai.

Difahamkan, serombongan anak-anak tahfiz dalam perjalanan dari Kedah ke Melaka menggunakan khidmat bas Famira Travel & Tours.

Pemandu bas yang seakan-akan tidak sensitif membiarkan radionya mendendangkan lagu dangdut sehingga menimbulkan rasa kurang senang anak-anak tahfiz berkenaan.

Salah seorang dari mereka meminta agar pemandu berkenaan menghentikan lagu itu.

Berang dengan permintaan anak-anak tahfiz itu, pemandu terbabit menghentikan bas dan mengarahkan anak-anak tahfiz tadi keluar dari bas berkenaan.

“Sedih bila orang Islam sendiri buat anak-anak yatim dan fakir macam ni. Kau jangan lupa, doa anak-anak yatim yang dianiaya ini mudah makbul,” kata Durratun Nurin yang meminta agar semua pihak menyebarkan insiden terbabit.

“Dah call banyak kali tapi tak angkat. Sewa bas bukan murah. Ikutkan hati nak je doa biar driver tu eksiden mati masuk gaung,” katanya yang cukup geram dengan tindakan pemandu bas yang tidak bertanggungjawab itu.

Menurut Durratun lagi, mereka telah mendapat bas ganti. Beliau juga turut melaporkan perkara itu kepada SPAD dan menteri pelancongan.

“Tunggu dan lihat macam mana. Saya post di Facebook supaya jadi pengajaran kepada orang di luar sana. Janganlah mentang-mentang yang dibawa, yang dilayan itu anak yatim, anak fakir, maka kamu melayan dia macam sampah, macam pengemis.

“Mereka pun manusia. Sikap double standard inilah kena kikis,” katanya. -wowberita


20 ulasan:

arai berkata...

Elok digantung saja perkhidmatan syarikat tersebut. Pemandu sebegini tak boleh dibiarkan begitu saja kerena buat sesuatu tak fikir panjang. Bodoh nak mampus! Lebih baik dia kerja sendiri, boleh tengok samada maju atau tidak. Pihak berkenaan tak boleh biarkan perkara ini begitu saja. Wajar diambil tindakan.

Tanpa Nama berkata...

esok kalau mati pasangkan lagu dangdut pengganti doa atas kubur.

Tanpa Nama berkata...

Orang yang mengabaikan hak-hak anak yatim dengan cara menzaliminya atau tidak mengurusinya adalah pendusta terhadap agama Islam. Allah berfirman:

"Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim," (Al-Maa'uun 107:1-2)

Tanpa Nama berkata...

Tiada nilai2 kemanusiaan dan zalim menganiaya anak2 itu.

Tanpa Nama berkata...

Alangkah baiknya jika wajah manusia jijik ini disiarkan utk tatapan umum.

Tanpa Nama berkata...

INI lah akibatnya lahir melayu Islam. Tetapi tak mahu pelajari Islam.

wakatawakata berkata...

Memang tak patut sangat ! Tetapi kita kena faham realiti : dreba bas berkenaan tu bukannya ada kelulusan pun, sama ada akademik atau akhlak ! Entah2 lesen memandu pun diperolehi secara anugerah; maklum lah buta kayu !

Tanpa Nama berkata...

PEMANDU MABUK KOT

Tanpa Nama berkata...

Rampas Lesen memandu,kayuh basikal pun diharamkan.biar dia tumpang Lori babi je!!

Tanpa Nama berkata...

Boikot saja syarikat Famira Tours and Travel..Byk lagi syarikat bas2 yg lain.Biar jadi pengajaran supaya Boss nya meneliti utk mengambil pemandu2 yg berhemah .Elok juga disiarkan rupa pemandu Haram Jadah tersebut.!!!

Tanpa Nama berkata...

Anak-anak hafiz quran ni bukan macam mat rock. Banyak benda kena pelihara seperti makannya, matanya, pendengarannya.... kalo diasak dgn dangdut boleh terjejas hafalannya.

Sedih dgn sikap "setengah" pemandu bas. Tak kenal waktu solat. Dahlah hidupnya atas jalan raya yang menjadi tempat nyawa tercabut..

agen pelangsing wsc biolo berkata...

biarlah mereka dapat ganjarannya,sebab terlantarkan anak yatim

pelangsing aman ampuh berkata...

pecat saja tuh supir tak bermoral melecehkan

Tanpa Nama berkata...

Kita tak sedar hukum kebenaran dan keadilan sedang berjalan.

Sikap dan perangai orang yang bergelar ulamak yang menyumbang kepada penghinaan pada anak anak ini.

Kalau yang tua dan banyak ilmu dan pengalaman pun boleh main cilok apa nak harap lah pemandu nak pandang tinggi pada anak anak tahfiz sekarang ini.

Sedangkan ikut adab jika kita sedang duduk atas kerusi, kita kena beri tempat duduk tersebut kepada anak tahfiz sebab yang dia bawa ialah Quran.

Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

Setelah kes itu menjadi viral di laman sosial, laman Facebook rasmi Famira Travel & Tours diserang dari pelbagai sudut oleh pengguna Facebook.

Bagaimanapun, tampil seorang individu yang tidak didedahkan namanya pula memberikan 'cerita sebenar' menafikan dakwaan Durratun Naim.

"Ini kes semua auta belaka. Customer penipu, putar belit cerita. Ini Ustazah Durratun Naim pun lidah bercabang. Mau tau cerita sebenar, tanya saya.

"Kes 1, dari Jitra sampai Melaka. Ustaz itu haram tak ambil nombor handphone driver. Buat sombong, cakap gitu-gitu aja. Sampai di Melaka masa lunch tadi, ustaz dan murid-murid turun lunch. Pelawa driver pun tak. Jadi driver pergi makanlah kat kedai seberang jalan aja pun. Bila siap, mereka datang kat bas, driver tak ada. Nak call, tak ada nombor handphone. Tunggu tak lama lepas itu, driver datang terus kena maki. Driver okay (memang jenis lurus bendul) tak melawan.

"Kes 2. Ustaz kurang ajar ni duduk seat depan belakang driver. Letak kaki atas partition. Driver nampak melalui cermin pastu tegurlah cara elok. Dia kata driver bas payah kira. Banyak lagi bas ada di Melaka ini.

'Payah-payah, pergi hantar kami kat Melaka Sentral,'

"Macam yang ustaz tu suruh. Lepas turunkan, apa lagi dia blah la.

"Ustazah bangan inilah yang putar belit cerita nak minta simpati.

"Ust tu ingat ada bas 24 jam dari Melaka balik ke Jitra. Sampai sana malam baru ada bas. Jadi seorang hamba Allah ni tolong bawa budak-budak ni naik lori pergi homestay dekat tu ja pun. Yang naik lori tu pasal bahaya nak lintas highway AMJ depan Sentral tu.

"Kes dvd memang ada berlaku masa perjalanan malam nak pergi tetapi tak ada kaitan pun. Driver pasang slow aja pun tengah malam. Buat halwa telinga dia drive seorang-seorang. Ustaz tu pula suruh tutup sebab dia nak tidur. Maklumlah dia duduk depan.

"Ustazah bangang ni buat cerita putar beli. Driver tu bukan pergi tinggalkan budak-budak tu kat dalam hutan. Kat stesen bas. Bukan dia yang nak tinggalkan tetapi ustaz tu yang suruh tinggalkan mereka kat situ. Dok tak dok nak salahkan driver. Salah sendiri tak nak mengaku," jelas individu terbabit yang berang dengan netizen menuduh pemandu bas Famira sengaja menganiaya anak-anak tahfiz berkenaan.

Tanpa Nama berkata...

Ini status terkini FB Durratun Nurin tu...

"Saya dengan ini memohon maaf kepada pihak syarikat bas Famira kerana mengeluarkan status seolah2 menyalahkan syarikat berkenaan sedangkan yang sepatutnya dipersalahkan dalam hal ini adalah pemandu bas itu sendiri.
Saya akui menulis status itu dalam keadaan marah kerana ia melibatkan pelajar fakir dan anak yatim ape lagi pelajar hafiz yang dijaga iman dan akhlaknya.
Sebagai ibu saya membayangkan anak saya berada dalam keadaan sedemikian.
Saya berharap hal ini tidak terjadi lagi buat masa akan datang.
Sesumgguhnya..saya mengakui keailapan saya dalam mengeluarkan kata2 yang kasar."

-----------
Ambillah iktibar kerana sekali tekan je kita merosakkan rezeki orang...sebaiknya siasatlah dahulu, jangan terlalu beremosi dalam menilai berita.

Tanpa Nama berkata...

Orang kafir yang tiada agama pun lebih baik daripada pemandu bas yang berhati hitam ini.

Bro 009 berkata...

Tak ada masalah bro.. kita netizen faham berdasarkan makluman atau cerita yang diberi, kita terus komen dan bukan kerja kita nak siasat, so yang terlibat kena cepat2 respon kalau tak betul dan lepas tu kita komen balik.... Biasa bro adat kehidupan memang chegitu !

Tanpa Nama berkata...

Mungkin jenis mcm ni lah yg sentiasa tak puashati dgn tuntutan Islam. Mengaku Islam tapi benci kan ajaran Islam.
Bukan susah pun, tutup tayangan / mainan lagu dangdut habis cerita. Balik rumah nak pasang 7 hari 7 mlm lantaklah.

Tanpa Nama berkata...

Semoga Allah SWT memberi hidayah pada pemandu bas tersebut..amin ya rabbal allamin